Wednesday, December 28, 2011

DERHAKA SULTAN DAN HINA FATWA!!! Tunggu 31 Disember ini, nak tengok polis setia kepada Raja atau UMNO@BBSMS?

Dewan Pemuda PAS Alor Setar yang diketuai Ketuanya Mohd Azam Awang telah membuat laporan polis terhadap puak-puak yang derhaka kat Sultan dan menghina majlis fatwa Negeri Kedah.



Berikut ini adalah salinan laporan tersebut:


LAPORAN POLIS TERHADAP BBSMS


Laporan polis ini dibuat kerana sebuah pertubuhan yang menamakan diri mereka sebagai Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan menganjurkan himpunan pada 31 Disember 2011 di Madrasah Salihiah, Kanchut mulai 12 tengahari hingga 5 petang. Antara pengisiannya ialah bantahan terhadap usaha merobohkan madrasah wakaf bagi dibina surau baru oleh pihak pemaju.


Saya sebagai rakyat negeri Kedah merasakan program tersebut mesti dihalang serta tidak diberikan kebenaran (permit) oleh pihak polis berdasarkan sebab-sebab berikut:


1) Tindakan mereka adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang membenarkan ISTIBDAL iaitu pindah wakaf bagi mendapat manfaat lebih besar. Kaedah tersebut yang diputuskan oleh Majlis Fatwa bagi mengizinkan madrasah tersebut dirobohkan dengan pampasan RM1.48 juta bagi mengadakan wakaf yang baharu, di samping pihak pemaju akan membina semula sebuah surau di lokasi yang sama dengan keluasan lebih besar. Sikap tidak menghormati keputusan majlis fatwa yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama Islam boleh mendorong kepada perpecahan ummah.


2) Majlis Fatwa Negeri Kedah adalah dinaungi oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini baginda adalah Yang DiPertuan Agong. Setiap keputusan majlis fatwa telah dipersembahkan kepada baginda untuk makluman atau perkenan. Dengan itu tindakan BBSMS menentang keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah bererti menderhaka kepada KDYMM Tuanku Sultan yang kini merupakan Yang DiPertuan Agong.


3) Ahli-ahli majlis fatwa yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri Kedah, Sohibul Samahah Syeikh Badaruddin Haji Ahmad adalah terdiri dari mereka yang alim (berilmu) di bidang keIslaman. Mereka terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor, Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh, Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof, Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir, Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar, Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim. Mereka telah berbahas dengan terperinci akan hukum hakam sebelum membuat keputusan. Dengan itu tindakan BBSMS menganggah keputusan ulamak yang berautoriti serta berwibawa dalam bidang tersebut boleh menyebabkan berlaku perpecahan dalam masyarakat Islam.


4) Madrasah Salihiah bukannya premis persendirian, ia berada di bawah Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah. BBSMS mestilah mendapat kebenaran dari MAIK sebelum mengadakan himpunan haram seumpama itu di premis tersebut.


Dengan itu saya menggesa pihak yang bertanggungjawab:


1) Menghalang program yang dicadangkan pada 31 Disember 2011, di Madrasah Salihiah, kanchut dari diadakan.

2) Mengambil tindakan tegas terhadap BBSMS yang mengkucar-kacirkan serta mencelarukan pemikiran rakyat berhubung isu Madrasah Salihiah, Kanchut.


Laporan polis oleh:


MOHD AZAM BIN AWANG

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Alor Setar.
Bertarikh: 28 Disember 2011

Read more ...

GEBANG UMNO, 200 ORANG BANTAH !!! Tapi seorang pun tak nampak sembahyang kat surau waktu Maghrib, Isya dan Subuh

http://umno-online.com/wp-content/uploads/2011/12/pas-kedah.jpg
Ni yang berdemo , ada ka mai solat kat surau? Tak da pun sebab suma orang luar yang jadi pencacai demo umno


Fakta penting pakat-pakat pikiag tengok:


*Waktu Maghrib, Isyak dan Subuh sekog pun tak pi solat kat surau tu. Mana dia kononnya 200 ahli jamaah yang bantah surau tu diroboh (untuk buat baru)

*Zaman BN dulu depa roboh masjid Alog Malai untuk susun semula pembangunan kompleks Al-Bukhary yang di atasnya terletak Pasaraya Giant. Giant tu Ibrahim Ali (Melayu) punya ke?

*Mana lebih alim (berilmu).. Syeikh Mukhriz, Syeikh Bashah, Syeikh Sobri Sudin atau 10 ulamak Majlis Fatwa Negeri Kedah?


Latarbelakang:


PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta ingin memulih dan memajukan Kompeks Tunku Yaakob yang terbengkalai lebih 30 tahun. Projek yang dinamakan Aman Central bukan sahaja memulihkan bangunan terbengkalai tetapi keseluruhan kawasan di sekitar itu.

Pelaburan besar itu bakal memberi peluang ekonomi serta peluang pekerjaan kepada beribu rakyat negeri ini. Isu yang timbul ialah dalam kawasan yang mahu dibangunkan itu terdapat tanah wakaf berkeluasan 0.08 hektar dan di atas tanah itu ada bangunan yang dinamakan Madrasah Salihiah.

Pemegang amanah harta wakaf itu adalah Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK). Kerana harta wakaf itu terbabit dalam pelan pembangunan maka ia dicadang untuk dirobohkan sementara dan dibangunkan sebuah surau baru di tempat yang sama.


Dakwaan yang timbul dan penjelasannya:

1. Perobohan surau adalah tindakan zalim

Kerajaan negeri tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam. Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad.

Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar. Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu.

Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama. Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!


2. Mufti Kedah dipaksa turut kehendak kerajaan negeri

Yang Berbahagia Dato' Mufti dan Majlis Fatwa Negeri Kedah berada di bawah KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang kini adalah Yang DiPertuan Agong, bukannya lantikan oleh Menteri Besar.

Justeru tuduhan tersebut adalah fitnah dan tidak berasas. Mufti juga tidak membuat keputusan berseorangan, mereka bermuzakarah secara mendalam dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah yang terdiri dari Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (Universiti Al-Azhar Mesir, Universiti Ain As-Syam, Mesir), Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah Sarjana Muda (BA) Syariah), Universiti Islam Antarabangsa (Diploma Undang-undang Pentadbiran dan Kehakiman), Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (Universiti Ain Syam, Kaherah, Mesir (Diploma Pendidikan), Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (Universiti Al-Azhar Mesir (Ijazah BA Syariah Dan Undang-undang) Jayyid (Diploma Pendidikan), Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (Universiti Ein Syams, Mesir (Diploma Pendidikan) Universiti Al-Malik Saud, Riyadh, Universiti Kebangsaan Malaysia (Sarjana Pendidikan (M.Ed)), Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (Universiti Al-Azhar Mesir, Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Jurusan Syariah Politik Islam/Ekonomi Islam, Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin, Universiti Al-Azhar Mesir - Ijazah Sarjana Muda (Syariah), Universiti Malaya - Ijazah Sarjana (Syariah) Fiqh dan Usul Fiqh dan Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (Universiti Al-Azhar Mesir - Sarjana Muda (BA) Syariah).

Kehebatan ilmu mereka dalam membuat keputusan berkaitan kepentingan Islam tidak boleh dipertikaikan.


3. Surau baru berada dalam kompleks membeli belah, sukar dimasuki

Surau baru yang akan dibina berada di aras bawah kompleks dan boleh dimasuki dari luar pada bila-bila masa walaupun kompleks beli belah ditutup. Ia menampakkan syiar sebuah surau dari luar, ada kubah dan boleh melaungkan azan setiap kali masuk waktu solat.

Sedangkan Madrasah Salihiah yang ada sekarang hanya di buka waktu Zohor dan Asar. Pada waktu lain surau dikunci dari luar dan tidak dimakmurkan sepanjang lima waktu.


4. Surau bernilai 100 tahun, ada nilai sejarah mesti dipertahankan

Sebenarnya bangunan surau yang kononnya bernilai 100 tahun di atas tapak itu sudah diroboh tahun 2007 dan dibina sebuah bangunan yang baharu (yang ada kini).

Sebahagian besar bangunan itu adalah ruang pejabat yang disewakan kepada sebuah syarikat insuran, hanya satu ruang digunakan untuk bersolat.

Bangunan itu baru berusia 4 tahun dan pampasan yang diberikan dengan menilai keseluruhan tanah dan bangunan tersebut.


5. Seluruh bangunan Madrasah Salihiah yang berusia 4 tahun itu adalah surau atau Rumah Allah

Rumah Allah adalah gelaran untuk bangunan surau atau masjid yang menepati syarat. Antara syaratnya ialah tandas mesti terpisah dari bangunan utama musolla seperti mana hampir kesemua masjid yang terdapat di dunia ini.

Madrasah Salihiah tidak boleh dipanggil Rumah Allah kerana tandas, pejabat perniagaan dan surau berada dalam satu bangunan. Hanya satu ruang diguna untuk surau macam surau yang terdapat di mana-mana bangunan lain juga.


6. Surau itu dimakmurkan oleh kira-kira 200 jamaah pada setiap waktu solat

Tidak benar. Hanya ada beberapa buah rumah orang Islam berhampiran surau itu kerana ramai yang sudah berpindah. Orang Islam yang masih tinggal, lebih selesa berjemaah di Masjid Zahir.

Solat berjemaah di surau itu biasanya hanya waktu Zohor dan Asar, dihadiri beberapa orang yang bekerja di situ. Waktu Maghrib, Isya dan Subuh, pagar pun berkunci. Jika benar surau itu mempunyai 200 anak khariah, mengapa tiada seorang pun yang datang bersolat Subuh di surau?

Ramai yang berdemonstrasi membantah bangunan itu dirobohkan tempohari mengaku ahli khariah tetapi sebenarnya mereka adalah penduduk Taman Wira Mergong, bukannya ahli khariah di situ. Bangunan itu lebih berfungsi sebagai pejabat syarikat insuran dari sebuah madrasah atau surau.


7. Sepatutnya ganti wakaf (RM1.48 juta) dibuat di sekitar lokasi tersebut juga

Cadangan itu mungkin baik tetapi persoalannya bagaimana hendak memenuhkan surau ganti wakaf yang dicadangkan itu sedangkan kawasan tersebut bukan perkampungan yang ramai orang Islam.

Bukankah lebih baik memikirkan untuk memenuhkan surau baru di kompleks perniagaan yang dibina itu. Dan lebih baik juga RM1.48 juga diguna untuk membina surau di mana-mana kawasan ramai penduduk.

Bukan setakat untuk solat tetapi juga untuk pelbagai kegiatan umat Islam yang lain. Pahala yang mengalir kepada pihak yang mewakaf tentulah lebih besar.


8. Di sekitar itu juga terdapat gereja, mengapa gereja tidak dirobohkan sekali

Gereja tidak termasuk dalam lokasi strategik yang mahu dimajukan. Andainya gereja sengaja mahu dimasukkan, maka ganti gereja juga terpaksa dibuat di kompleks membeli belah itu. Adakah umat Islam negeri ini bersedia melihat sebuah gereja di kompleks membeli belah?


9. Pemaju Aman Central adalah orang kafir, mengapa beri peluang orang kafir majukan ekonomi mereka?

Aman Central adalah usahasama antara PKNK dan pemaju tersebut. PKNK adalah milik kerajaan negeri justeru tidak semuanya kafir. Ia akan memberi manfaat kepada kerajaan negeri dan rakyat Kedah (peluang pekerjaan) yang majoritinya terdiri dari orang Islam.

Realiti dunia hari ini, akibat kelemahan orang Islam, tidak ada satu aspek yang umat Islam dapat membangunkan iktisad sendiri tanpa orang bukan Islam.

Kita tidak boleh bersikap ‘biar orang Islam mundur asal bukan Islam jangan kaya.’ Jika begitu, orang Islam tidak boleh pergi menunaikan haji untuk elak orang kafir yang buat kapal terbang dapat untung.


10. Tidak pernah berlaku dalam sejarah negeri Kedah, Rumah Allah (masjid atau surau) diroboh untuk sebuah shopping complex

Tidak benar. Masjid Alor Malai pernah diroboh untuk pembangunan menyeluruh Kompleks Al-Bukhari yang juga dibangunkan kompleks perniagaan di situ (antaranya Pasaraya Giant).

Sebuah masjid baru dibina, bukan di atas tapak masjid lama tetapi dilokasi lain menggunakan kaedah Istibdal, sama seperti kaedah yang digunakan terhadap tanah wakaf Madrasah Salihiah.

Ia tidak menjadi isu kerana pihak pembangkang pada masa itu (PAS) tahu hukum hakam, menghormati institusi ulamak dan tidak membantah membuta tuli.

Sekarang isu Salihiah menjadi ‘panas’ kerana pihak UMNO sebagai pembangkang kini merasa ‘terlebih pandai’ dari para ulamak yang ada dalam Majlis Fatwa Negeri Kedah.Kedah La

Read more ...

HABIS LA BN!!!Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Berita panas tentang Ketua MCA Pulau Pinang ini diyakini tidak akan disiarkan oleh Utusan Malaysia mahupun TV3, jika disiarkan oleh mereka nescaya editornya akan diberikan surat tujuk sebab..


Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, 439 lagi keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (kanan) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Malaysiakini

Read more ...

PENGUNDI SIAM SOKONG PR!!! Kerusi Dun Pedu dan Sungai Tiang sudah tidak selamat untuk UMNO

Oleh: Saiburi Sudin

SS ikut serta rombongan Menteri Besar dalam program bersama masyarakat Siam di Titi Akar, Pendang baru-baru ini. Hampir semua tok-tok sami penting Siam di kedah turun dalam program tersebut. Mereka sangat teruja dengan kehadiran seorang MB PAS yang masa BN dulu jarang depa dapat jumpa MB.

SS sempat bersembang dengan beberapa tokoh penting masyarakat Siam itu, hampir semua depa sependapat, selagu dan seirama. "Orang Siam tadak susah punya, sapa jadi kerajaan kami sokong." SS buat-buat tak faham, pi tanya pulak dengan sorang MKK Siam yang ada kat situ. Dia pun cakap benda yang sama tapi lebih jelas lagi, "Pilihanraya umum ni kita (PR) jangan takutlah orang Siam mesti bagi undi dekat Ustaz Azizan (PR) di DUN tapi Pusat (Parlimen) depa bagi kat Najib (BN). Perangai Siam memang macam tu, sapa jadi kerajaan depa sokong," cakap MKK tu terus terang.


SS tak mau syok sendiri dengan kenyataan tu tapi dari penelitian yang dibuat kenyataan tu memang ada asasnya sebab dekat Kelantan orang Siam bagi undi kat parti Tok Guru untuk DUN. Sebelum PRU12 lalu SS masih ingat, PAS jangan harap nak masuk kampung Siam. Semuanya dikuasai BN, bila PAS menang jadi kerajaan... Mat Sabu pun boleh ceramah dalam wat Siam.


Jika benarlah itu sikap masyarakat Siam di Kedah, maka BN hampir pasti akan hilang dua kerusi DUN yang masyarakat Siamnya sangat ramai iaitu Pedu dan Sungai Tiang. Jadi logiklah kalau Tok Det Khalid pun dah berkira nak cabut lari dari Pedu, nak ambik Parlimen pulak. SS dok nampak dah ketua pemuda Umno Kedah, Badrul Hisham nak kena 'sembelih' kat Pedu.


Di Sungai Tiang pulak YB Suraya dok pekemaih barang nak angkat bungkuih. Dok cadang nak bagi Datuk Azmi Din SADA bertanding di situ. Kena 'sembelih'lah hang Midin woi kat Sungai Tiang.

Kedah La

Read more ...

UMNO LEBIH ALIM?!!! Inilah Profil Ahli Majlis Fatwa Kedah yang dipertikaikan UMNO

UMNO menempelak keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah yang telah membenarkan Bangunan Madrasah Salihiah, Kanchut dirobohkan mengikut kaedah Istibdal (ganti wakaf yang lebih besar manfaatnya).

Kononnya Majlis fatwa telah dipaksa membuat keputusan mengikut kehendak Menteri Besar.

Kononnya anggota majlis fatwa jahil, buat keputusan tak betul, tak takut akhirat... Betulkah?


Mai kita pakat tengok profail Anggota Majlis Fatwa Negeri Kedah yang keputusan mereka dipertikaikan oleh UMNO dan rakan kongsi mereka Perkasa itu..



1. Dato' Paduka Syeikh Muhamad Baderudin Bin Hj. Ahmad (PENGERUSI)


Sarjana Muda di Nadwatul Ulama', Lucknow, India

Pada tahun 1980 beliau berangkat ke Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang Ilmu Hadis


Berjaya memperolehi Ijazah Sarjana (M.A) peringkat mumtaz setelah menyampaikan tesis 1000 mukasurat yang menghuraikan dan mengkategorikan Sunan Baihaqi di bawah seliaan Prof. Dr. Muhammad Umar Hashim, Rector Al-Azhar.


Ahli Majlis Agama Islam Kedah, Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah, Ahli Jawatankuasa PERKIM Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah


Dekan Kulliyyah Usulluddin selama dua penggal iaitu selama 6 tahun


Tokoh Pendakwah Negeri Kedah sempena sambutan Maulidur Rasul. Anugerah itu telah disampaikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah semasa Majlis Pelancaran Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah pada 1 Mei 2004 bersamaan 12 Rabiulawal 1425.



2. Dato' Mursyid Diraja Dato' Paduka (Dr) Syeikh Abd. Majid Bin Mohd. Noor (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR


UNIVERSITI AIN AS-SYAM, MESIR


YANG DIPERTUA MAJLIS HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


MUFTI NEGERI KEDAH


PENASIHAT LEMBAGA URUSAN DAN TABUNG HAJI

PENGURUSI LEMBAGA MA'HAD MAHMUD

AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM KEDAH


PENGERUSI JAWATANKUASA SYARIAH KEDAH


3. Dato' Wira Syeikh Yahya Bin Hj Jusoh (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH SARJANA MUDA (BA) SYARIAH)

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (DIPLOMA UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN DAN KEHAKIMAN)


PENGALAMAN KERJA


: GURU SANDARAN MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR


: PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM,


JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: KADI DAERAH PENDANG


: KADI DAERAH BANDAR BHARU


: PENDAFTAR MAHKAMAH SYARIAH ALOR SETAR


: TIMBALAN KADI BESAR, KEDAH UTARA


: KETUA BAHAGIAN DAKWAH,


JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: YANG DIPERTUA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH


: KETUA HAKIM SYARIE NEGERI KEDAH (KONTRAK)


SUMBANGAN


1. PENASIHAT BADAN KEBAJIKAN JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH NEGERI KEDAH


2. TIMB. PENGERUSI LEMBAGA MAKTAB MAHMUD


3. TIMB. YANG DIPERTUA PBMITT (CAW. KEDAH / PERLIS)


4. PENGURUSI PUSAT PENGAJIAN DARUS SALIHIN


5. YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH MENENGAH TUNKU MALIK, ALOR SETAR


6. PENGURUSI MA'HAD ADDINI, ALOR SETAR


7. AHLI MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH (MAIK)


8. AHLI JAWATANKUASA ZAKAT NEGERI KEDAH



4. Dato' Syeikh Abdul Razak Bin Haji Mohd Yusof (AHLI)

UNIVERSITI AIN SHAM, KAHERAH, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL MAAHAD TAHFIZ NEGERI KEDAH


AHLI JAWATANKUASA MERANGKA PENUBUHAN AWAL INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AGAMA NEGERI KEDAH (INSANIAH


PENDAFTAR INSANIAH


SETIAUSAHA MAJLIS INSANIAH


PENGETUA MAAHAD AD-DINI



5. Dato' Syeikh Abd. Hamid Bin Md. Tahir (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR (IJAZAH B.A SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG)

JAYYID (DIPLOMA PENDIDIKAN)



PENGALAMAN KERJA


1 : GURU PENOLONG KANAN DI KOLEJ ISLAM KELANG


2 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. KUALA PEGANG, BALING


3 : GURU PENOLONG DI SEK. MEN. SAINS, SG. PETANI


4 : PENASIHAT AGAMA DI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


5 : PENOLONG KANAN DI SEK. MEN. KEB. AGAMA AL-MASHUR


6 : PENGETUA DI SEK. MEN. KEB. AGAMA KEDAH


7 : PENSYARAH MAKTAB PERGURUAN GAYA KOTA KINABALU, SABAH


8 : GURU PENOLONG AL-MA'HAD MAHMUD, ALOR SETAR


HASIL KARYA:


BUKU HADIS DAN MUSTALAH HADIS UNTUK TINGKATAN 6 (KELUARAN DBP)



6. Dato' Syeikh Fadzil Bin Haji Awang (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR MESIR

1-(B.A) AL-AZHAR -TAFSIR & ULUM AL-QURAN


2-DIPLOMA PENDIDIKAN AL-AZHAR



PENGALAMAN KERJA


PUSAT PENYELIDIKAN ISLAM JABATAN PERDANA MENTERI KUALA LUMPUR


MA'HAD MAHMUD ALOR SETAR




7. Tuan Syeikh Abdul Rahman Bin Abu Bakar (AHLI)

UNIVERSITI EIN SHAMS, MESIR (DIPLOMA PENDIDIKAN)

UNIVERSITI AL-MALIK SAUD, RIYADH (SIJIL KURSUS: TA'LIM AL ARABIAH LIGHAIRI


AN-NATIQIN BIHA)


UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI (SARJANA PENDIDIKAN (M.Ed))



PENGALAMAN KERJA:


GURU KOLEJ ISLAM KLANG, SELANGOR


PENSYARAH SAMBILAN INSTITUT TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM


GURU SEKOLAH MENENGAH KEB. AGAMA, KEDAH


TENAGA PENGAJAR (Pengajian Islan & Bahasa Arab) INSTITUT PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI UTARA (IPTURA) SIMPANG KUALA, ALOR SETAR



SUMBANGAN:


PENULIS BUKU TEKS BAHASA ARAB TINGKATAN 4 DAN 5


PENULIS SKRIP TOPIK MUAMALAT BERSIRI UNTUK SIARAN TV MALAYSIA


JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN MATAPELAJARAN SYARIAH 1 STPM


AJK PEPERIKSAAN SIJIL RENDAH AGAMA DAN SIJIL TINGGI AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR


JAWATANKUASA PENGGUBAL SUKATAN BAHASA ARAB TINGGI SPM


PENCERAMAH KURSUS PENDEDAHAN PENGAJARAN BAHASA ARAB SPM KEPADA GURU-GURU BAHASA ARAB


KETUA KUMPULAN PEMERIKSA KERTAS SYARIAH 1 STPM


PENGGUBAL DAN PANEL SOALAN BAHASA ARAB SPM, LEMBAGA PEPERIKSAAN


PENYELARAS PEPERIKSAAN UJIAN LISAN SYAFAWI BAHASA ARAB STPM NEGERI SELANGOR, KEDAH DAN PULAU PINANG


JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SMRA DAN STA MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


JAWATANKUASA PENAPIS SOALAN PEPERIKSAAN SYAHADAH NIHAIYYAH MAKTAB MAHMUD


PANEL PENGGUBAL SOALAN, PEMERIKSAAN DAN PENILAIAN UJIAN LISAN TAULIAH MENGAJAR AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH



8. Prof. Madya Dr. Haji Abdul Aziz Bin Hj Hanafi (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR

Ijazah sarjana (MA) Syariah, Doktor Falsafah (Ph.D) Dalam Jurusan Syariah Sa Politik Islam / Ekonomi Islam,(Tajuk Tesis : Polisi Campur Tangan Kerajaan Islam Dalam Kegiatan Ekonomi)



PENGALAMAN KERJA


PENSYARAH, TIMBALAN DEKAN FAKULTI SYARIAH AKADEMI ISLAM DAN PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA


PENSYARAH DAN KETUA JABATAN SYARIAH, INSTITUT PENGAJIAN ISLAM KEMENTERIAN UGAMA ISLAM BRUNEI


PENSYARAH, PENGARAH, PENGARAH AKADEMIK KOLEJ ISLAM DARUL ULUM, POKOK SENA, KEDAH


PENSYARAH KANAN,KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH DEKAN KULIYYAH SYARIAH KOLEJ UNIVERSITI INSANIAH


HASIL PENULISAN:


KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Nota Kuliah (200 halaman)

MATLAMAT ASASI PENUBUHAN SEBUAH NEGARA ISLAM Nota Kuliah, (180 halaman)
ZAKAT SEBAGAI YAYASAN JAMINAN SOSIAL Kertas Kerja Yang Dibentangkan di Seminar Zakat di Universiti Islam Negeri Acheh, 1986
KONSEP PERMODENAN MENURUT KACAMATA ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan di Seminar Pembangunan Islam Masjid Saidina Abu Bakar, Bangsar, Kuala Lumpur
KONSEP PEMILIKAN NEGARA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Seminar Fakulti Syariah, Universiti Malaya,1987
PENETAPAN HARGA BARANG MENURUT PERSPEKTIF ISLAM Kertas Kerja Yang Dibincangkan Di Seminar Antarabangsa Anjuran UUM di Kaherah, 2009


9. Tuan Syeikh Marwazi Bin Dziyauddin (AHLI)

UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - IJAZAH SARJANA MUDA (SYARIAH)
UNIVERSITI MALAYA - IJAZAH SARJANA (SYARIAH) FIQH DAN USUL FIQH

PENGALAMAN KERJA:


GURU - MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR

PEGAWAI DAKWAH - BHG PENERANGAN DAN DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
KETUA UNIT KARIAH - BHG DAKWAH JABATAN AGAMA ISLAM KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PENDANG, KEDAH
PEGAWAI AGAMA DAERAH PADANG TERAP, KEDAH
TIMBALAN MUFTI NEGERI KEDAH

HASIL PENULISAN:


KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA NEGERI KEDAH


RAMADHAN BULAN KEBERKATAN - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH


BEBERAPA SIRI KHUTBAH JUMAAT - DIKELUARKAN OLEH JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI KEDAH




10. Tuan Syeikh Aminudin Bin Hj Abd Rahim (AHLI)


UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR - SARJANA MUDA (BA) SYARIAH


PENGALAMAN KERJA:


GURU SANDARAN - SEK. AGAMA TAUFIQIAH KHAIRIAH AL-HALIMAH, GUAR CHEMPEDAK


PENSYARAH - INSTITUT BAHASA ARAB (MINDA) SUNGAI PETANI


GURU MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR


GURU J-QAF - SEK. KEB. HAJI HASSAN ITAM,


PENOLONG PENSYARAH - KULIYYAH SYARIAH, KUIN (2010 HINGGA KINI)



HASIL PENULISAN


1 : HUSNUL IBANAH FI BAYAAN SYURUT MALABIS AL-MU'MINAH


2 : AL-KAULUL JALI FI DU'A AL-IMAM GHAZALI


3 : TASYWIK AL-MUSLIM ILA HUDHUR MAJALIS AL-ILMI


4 : PAKAIAN MUSLIMAH - TERBITAN JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH





11. Ustazah Faridah Bt. Hj Ahmad (SETIAUSAHA)

Kedah La

Read more ...

PRU 13!!! Ku Li ramal UMNO kalah

KUALA LUMPUR, 28 Dis: Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party (UMNO) akan menerima kekalahan lagi.

Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.

Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.

Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."

Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.

"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.

Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."

Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya.

Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Read more ...

SHAHRIZAT AKAN DEDAH PEKONG UMNO!!! Najib takut bertindak terhadap Shahrizat

SHAH ALAM, 28 Dis: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bertindak ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil boleh menimbulkan pelbagai persepsi berhubung penyelewengan NFC membabitkan wang rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan Pusat.

Adun Taman Medan, Haniza Mohamed Talha berkata tidak ada sebab munasabah untuk Najib melengah-lengahkan tindakan sedangkan pelbagai pihak termasuk pemimpin Umno sendiri menggesa Shahrizat diambil tindakan, lapor TVSelangor.

“Apakah Najib takut bertindak disebabkan bimbang Shahrizat mendedahkan pelbagai lagi penyelewengan lain yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno lain termasuk keluarga Najib sendiri sekiranya beliau dipecat?.

“Apakah juga disebabkan ada pemimpin lain yang turut terlibat, Kalau tidak mengapa Najib masih membisu” kata beliau mencabar Najib bertindak menjawab segala persepsi yang ada bagi membersihkan imej kerajaan dimata rakyat.

“Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, beliau seharusnya mendepani masalah ini kerana beliau adalah ketuanya,” tegas Haniza (gambar) yang juga Timbalan Speaker Dun Selangor.

Melihat kepada kepincangan yang dicetuskan oleh Shahrizat, Haniza menzahirkan rasa kecewa kerana tidakannya itu bukan sahaja mengkhianati wang rakyat, malah turut mengaibkan kaum wanita.

“Ia amat memalukan sebagai seorang ketua wanita dari satu organisasi yang besar pada masa yang sama mewakili kaum melayu terbabit dalam salah laku seperti ini,” katanya.

“Ini adalah pertama kali pemimpin wanita negara melakukan kesalahan secara terang-terangan,” jelas Hanzia ketika dihubungi TVSelangor.

Katanya di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat pemimpin yang terlibat dengan skandal akan segera meletak jawatan sebagai tanda bertanggungjawab.

Namun begitu, Haniza berkata, ini tidak mungkin akan berlaku dalam kepimpinan Umno-BN.

Mengulas lanjut, Haniza berkata penyelewengan tersebut adalah dilema hebat dalam kepimpinan Umno kerana apa jua tindakan yang bakal diambil tetap akan menerima hukuman dan kritikan daripada rakyat.

“Luah mati emak, telan mati bapak. Bagaimana cara sekalipun, Umno tidak akan terlepas daripada diadili oleh rakyat dan tidakan mereka itu akan dilihat sebagai sebuah janji yang telah mengkhianati rakyat, ” kata beliau.

PKR sebelum ini mendakwa sejumlah RM250 juta dana awam diberikan kepada syarikat berkenaan yang dikaitkan dengan suami Menteri Pembangunan, Wanita dan Keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagaimanapun wang itu didakwa telah disalahguna sehingga projek tersebut dikatakan dalam ‘kucar-kacir’ seperti dirumuskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

PKR kemudiannya mendedahkan wang tersebut digunakan oleh NFC bagi membeli dua buah unit kondominium mewah di Bangsar bernilai RM13.8 juta.

Selain itu, PKR turut mendakwa sejumlah RM5 juta pula dibelanja untuk membeli kereta Mercedes Benz dan tanah di Putrajaya serta RM588,585 disalurkan kepada syarikat-syarikat milik keluarga menteri itu.

Selain PKR, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga berpendapat siasatan awal mendapati beberapa kelemahan yang berlaku pada awal perancangan dan juga perlaksanaan.

Read more ...

WAHAI OSTAZ MUKHRIZ MAHATHIR!!! Majlis Fatwa yang lulus, dapat surau baru

ALOR SETAR, 28 Dis: Majlis Fatwa negeri Kedah telah membenarkan Madrasah Salihiah Kanchut dekat sini dirobohkan dan sebuah surau yang lebih besar akan dibina.

Surau baru itu bakal memuatkan jamaah sehingga 400 orang dan boleh jadi ia akan dijadikan tempat solat Jumaat.

"Berkemungkinan surau baru ini boleh digunakan untuk solat Jumaat," kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Diraja Azizan Abdul Razak.

Beliau membidas sikap sesetengah pihak khasnya Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir yang mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan surau itu diroboh.

Surau itu terpaksa dirobohkan untuk membolehkan projek Aman Central dibina di atasnya kerana ia bakal memberikan peluang pekerjaan kepada 2,000 penduduk.

"Saya tahu hukum-hakam..saya (juga) lulusan (Universiti Al Azhar) Mesir. Perkara ini juga telah dirujuk kepada Majlis Fatwa dan Mufti.

"Jangan cari publisiti murahanlah...selesai dulu kes lembu (NFC) RM250 juta tu dulu," kata Azizan membidas pemimpin Umno yang membangkit isu itu.

Kerajaan negeri juga, katanya, telah membayar pampasan bernilai RM1.48 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (Maik) sebagai pemegang amanah madrasah berdasarkan konsep 'istibdal' bagi membolehkannya mencari tapak baru yang lebih bermanafaat kepada umat Islam.

Read more ...

Hassan datang minta maaf, Nik Aziz buat kenduri kesyukuran


BACHOK, 28 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Dr Hassan Mohd Ali telah bertemu dengan pimpinan tertinggi PAS semalam dan menarik balik segala kenyataannya terhadap PAS sebelum ini.

Beliau juga berkata, Hassan Ali juga telah meminta maaf dari pimpinan PAS mengenainya.

"Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Hassan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya.

"Saya juga berharap, orang lain yang mempunyai masalah seperti ini berlapang dada seperti Datuk Dr Hassan," kata Nik Aziz kepada wartawan di sini.

Nik Aziz bercakap kepada pemberita ketika melawat kesan hakisan ombak di Pantai Irama, Bachok hari ini.

Menurut beliau, pertemuan itu berlangsung di JKR 10 semalam di mana Hassan dan Ustaz Nasharudin Mat Isa bertemu dengan tiga pemimpin tertinggi PAS di Kota Bharu.

Dua lagi pemimpin adalah Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Nik Aziz, pertemuan ini dianjurkan oleh PAS Pusat "Dan jika PAS Pusat tak atur pun, saya akan panggil dia."

Kenduri kesyukuran

"Saya sendiri akan membuat kenduri makan tengahari kecil-kecilan di JKR 10 hari ini tanda kesyukuran penyelesaian kes ini.

"Saya berharap PAS Pusat boleh menganjurkan kenduri besar-besaran untuk meraikannya dan ahli-ahli PAS boleh memberi sumbangan untuk menjayakan kenduri kesyukuran ini," cadang beliau.

Nik Aziz yakin, hal ini tidak lagi boleh dijadikan isu oleh Umno kerana ruangnya sudah ditutup rapat.

Read more ...

APA LA UMNO!!! Tuduh DAP anti Melayu ,tapi bekas Adun UMNO sertai DAP

DAP telah menarik beberapa pemimpin Melayu termasuk sekurang-kurangnya dua veteran Umno sebagai satu langkah untuk menghakis sokongan dari komuniti dominan selepas dituduh anti Melayu dari parti pemerintah.

The Malaysian Insider difahamkan penulis blog terkenal Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz, yang juga bekas wakil rakyat Pulau Manis dan Aspan Alias, veteran Umno Negeri Sembilan, telah dijemput untuk menyertai DAP, yang berkemungkinan besar akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda DAP Anthony Loke (gambar), yang ditugaskan untuk menambah sokongan Melayu bersama anggota strategi Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari, mengesahkan penyertaan dua individu itu.

“Kami mendekati mereka tetapi tiada keputusan dibuat. Tetapi bukan penentu mereka akan bertanding dalam pilihan raya. Ia kebimbangan kedua kami,” kata Ahli Parlimen Rasah ini.

Loke menambah bahawa buat masa ini, parti gembira apabila kedua-dua veteran Umno itu membuat kritikan secara terbuka terhadap parti Melayu terbesar dan Barisan Nasional (BN) dalam blog mereka.

Kedua-dua veteran itu menghadiri Konvensyen Media Sosial yang dipanggil “Rakan Pulau Pinang” yang dianjurkan Zairil dua minggu lalu.

“Kami mahu mendekati orang yang berpengaruh di media sosial. Tetapi kami bukan mewujudkan tentera siber. Tidak seperti Umno, kami tidak membayar dan rakan tidak boleh dibeli,” katanya namun enggan mengulas sama ada kedua-dua veteran itu akan menyertai DAP.

Zairil, anak kepada bekas menteri pendidikan dan bekas pemimpin Umno , Tan Sri Khir Johari, telah dilantik sebagai setiausaha politik Lim Guan Eng awal tahun ini dilihat sebagai satu langkah untuk untuk mewujudkan parti berbilang bangsa.

Tetapi pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat mengakui dalam laporan The Malaysian Insider sebelum ini bahawa Umno melemparkan pelbagai tuduhan kepada pembangkang semata-mata mahu mendapatkan kembali sokongan orang Melayu.

The Malaysian Insider juga telah mengeluarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan DAP di mana menunjukkan sokongan orang Melayu di Pulau Pinang telah menurun kepada 30 peratus, jatuh hampir 50 peratus selepas beberapa bulan Lim memegang jawatan ketua menteri pada 2008.

Umno berulangkali menuduh Pakatan Rakyat terutamanya DAP, sebagai anti Melayu, terbaru perkara itu dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya di mana beberapa wakil dan pemimpin termasuk timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan pembangkang anti Melayu, anti Islam, ejen Kristian dan biadap terhadap raja Melayu.

Akhbar rasmi Umno, Utusan Malaysia pada awal tahun ini mendakwa DAP telah berkomplot dengan pihak Kristian untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

DAP telah mendekati orang Melayu dengan melantik pemimpin Melayu dan pengasas Transparency International Malaysia Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang kini memegang jawatan naib pengerusi.

Difahamkan pemimpin DAP telah bertemu dengan pemimpin Melayu dalam satu mesyuarat tertutup untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan negara Islam, hudud dan Bumiputera.

Dengan penyertaan Mohd Ariff Sabri, yang menggunakan nama samaran Sakmongkol AK47 akan menjadi perubahan yang besar dalam parti memandangkan beliau merupakan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pada 2008 dan juga ketua penerangan bahagian Pekan yang merupakan kawasan Datuk Seri Najinb Tun Razak.

Aspan Alias pula lantang mengkritik pentadbiran pemerintah sejak beberapa tahun lalu dan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai DAP selepas dilaporkan telah memberikan ucapan pada satu majlis makan malam DAP di Tampin, Perak awal tahun ini.

Read more ...