Saturday, April 16, 2011

BN menang dengan masalah

http://mynewshub.my/bm/files/2011/04/20b3880f8fda5b928f17ce512e1b6506.jpgRakyat Sarawak telah membuat pilihan dengan mengekalkan pemerintahan Sarawak di bawah BN. Keputusan sebagaimana diumumkan oleh Tan Sri Aziz Pengerusi SPR sebagaimana berikut:

Bil. Parti Jumlah Kerusi Jumlah Undi Peratusan

1. BN 55 372,379 74.6
2. DAP 12 134,847 12.7
3. PKR 3 117,100 4.2
4. Bebas 1 20,064 1.4
5. PAS 0 9,719 -
6. SNAP 0 15,663 -
7. Cinta M`sia 0 - -

Undi rosak ialah 8,224
Peratus keluar mengundi ialah 70%

Pilihanraya Sarawak ke 10 di Sarawak yang penduduknya ialah 2.26 milion
Pengundi 979,796
Pusat mengundi 1,749 tempat
Calon bertanding 213
Kerusi 71
Parti yang bertanding: BN 71, DAP 15, SNAP 26, PKR 49, PAS 5, Cinta Malaysia 6 dan Bebas 41.
Daripada keputusan di atas dapat diambil keputusan:

a) Dengan keputusan di atas Perdana Menteri, Dato` Seri Najib dapatlah dikatakan berpushati kerana dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Usaha beliau berulang alik ke Sarawak bersama Tan Sri Muhyiddin berbaloi.

b) Sarawak masih menghadapi masalah kepimpinan. Masa yang baik Taib Mahmud berundur sepatutnya digunakan bagi pelantikan Ketua Menteri yang baru. Tetapi Majlis mengangkat sumpah Taib diadakan tergesa-gesa untuk mengelak dari tekanan dan jawatan terlepas kepada orang lain.

c) Perdana Menteri kelihatan tidak dapat mengawal tidak tanduk Taib Mahmud. Majlis mengangkat sumpah sepatutnya diadakan secara teratur dan di bawah restu Perdana Menteri. Masalah akan berterusan, jika Taib Mahmud bertindak tidak mengundur diri dari kepimpinan.

d) DAP dapat dikatakan parti yang smart. Parti ini bertanding di 15 kerusi dan memenangi 12 kerusi. Pengundi Cina dan pengundi di Bandar padu memberi sokongan kepada DAP.

e) PKR yang bertanding di 49 kerusi tidak dapat menyerlahkan prestasi dengan hanya memenangi 3 kerusi. Ini ialah kerana masalah dan isu yang banyak ditanggung oleh parti itu.

f) Pas yang dijangka dapat melahirkan anak sulungnya terutama bagi calonnya Abang Ahmad Kerdee di Beting Maro, nampaknya belum diizin Allah. Walau bagaimanapun, pencapaiannya baik. Beliau mendapat undi 2,678, kurang 391 undi dari lawannya. Pas berjaya mendapat tempat dihati pengundi. Usaha mengekalkan pengaruh dan sokongan perlu terus dilakukan bagi memungkinkan kemenangan Pas pada masa hadapan.

g) Semua pihak mungkin boleh mendakwa berjaya. BN dapat mempertahankan dua pertiga majoriti. Bagi Pakatan Rakyat dapat mendakwa bertambah pengaruh dengan bertambahnya kerusi dan pengundi. Pokoknya ada perubahan politik dan pengundi Sarawak semakin terbuka.

h) Kemungkinan pilihanraya umum ke 13 akan berlaku dalam masa terdekat. Semua pihak dari sekarang perlu bersedia menghadapi pilihanraya berkenaan.


Dipetik daripada blog Dr Shafie Abu Bakar (ADUN Bangi)

Read more ...

Walaupun menang peratus undi rakyat kepada BN merosot kepada 54.5%

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcLRGhelMEzZx78pInvQ8zp48JIf_xgppODuVzvsjXmHCKOJyEz9diAmEzeQRii3XjGIPn-8neaKv9h9Hy5hw68d7muhdTL47XGJcCKPY75t_I9xSiHHLrerb9KH8NLYdNVmZoR-CI8kLg/s1600/pilihanraya_sarawak.gifKUALA LUMPUR, 17 April — Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperoleh 55 kerusi tetapi peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini.

Lima tahun lalu perikatan itu menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001.

Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan dan kelapan pada 2006 dan 2001 di mana masing-masing hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.

Kali ini BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat pula 15 kerusi manakala baki satu dimenangi oleh Bebas.

Sistem pilihan raya negara ini tidak menggunakan pemerolehan undi popular dalam pembahagian kerusi.

Dalam pilihan raya negeri kali ini, baki undi popular pergi kepada barisan pembangkang dan calon-calon Bebas.

Pakatan Rakyat (PR) yang pertama kali bertanding dalam satu perikatan tiga parti di peringkat negeri memperoleh 38 peratus, sekali gus memperlihatkan peningkatan undi popular kali ini.

Kali ini, DAP yang memenangi 12 kerusi merekodkan 134,847 undi (19.7 peratus), Parti Keadilan Rakyat dengan memperoleh tiga kerusi mendapat 117,100 undi (17.14 peratus) manakala PAS yang gagal memperoleh sebarang kerusi mengumpulkan 9,719 (1.4 peratus).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP mengumpulkan 82,134 undi (15.13 peratus), PKR (47,348 undi; 8.72 peratus) dan PAS (1,901 undi; 0.35 peratus).

Lima tahun lalu, BN bertanding di kesemua 71 kerusi tetapi menang dua kerusi tanpa dicabar pada hari penamaan calon manakala DAP bertanding di 12 kawasan, PKR (25), PAS (satu), Snap (29) dan Bebas (20).

Peningkatan undi popular bagi parti-parti komponen PR juga ada kaitan dengan bilangan kerusi yang ditandingi kali ini, yang meningkat berbanding lima tahun lalu khususnya PKR.

Kali ini kesemua kerusi disaingi BN dengan DAP bertanding di 15 kerusi, PKR bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu manakala Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Snap dan dan PCM yang turut tidak memperoleh sebarang kerusi masing-masing menerima 15,663 undi dan 2,895 undi.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang atau 70 peratus.

Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

Kerusi DUN yang merekodkan majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi manakala majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi.

Katanya, jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon.

Read more ...

Idris, Haminah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar

PARIT BUNTAR, 16 April : Tuan Haji Idris Zaini, 68 dan Hajah Haminah Yaakob, 64 telah dipilih oleh PAS Kawasan Parit Buntar sebagai Tokoh Veteran PAS 2011 sempena Mesyuarat Agung PAS Kawasan Parit Buntar kali ke-57 di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husain, Titi Serong di sini.

Idris anak kelahiran Parit Haji Ali, Kuala Kurau merupakan seorang guru yang bergiat aktif dengan PAS.

Banyak cabaran dan halangan yang beliau tempuhi termasuklah ditukarkan sekolah beberapa kali.

Beliau pernah memegang jawatan Setiausaha Pemuda PAS akhir tahun 70-an dan sehingga 2007 jawatannya adalah Penolong Setiausaha PAS Kawasan Parit Buntar.

Manakala tokoh veteran Muslimat, Haminah merupakan aktivis muslimat PAS yang aktif dan sanggup berkorban masa dan tenaga berkempen untuk PAS termasuklah dalam pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK) seperti di Kedah, Kelantan, Terengganu, PRK Permatang Pasir, Bukit Gantang dan banyak lagi.

Ibu kepada tiga cahaya mata ini merupakan seorang yang berani berhadapan kempen pihak lawan termasuk pernah dihalau ketika berkempen untuk Pilihanraya Umum Ke-11 pada tahun 2004 yang lalu.

Cenderahati anugerah untuk tokoh veteran lelaki telah disampaikan perasmi Mesyuarat Agung pada malam tersebut iaitu Dr Mujahid Yusof Rawa yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat serta Ahli Parlimen Parit Buntar.

Manakala Haminah diwakili oleh Masniah Yahya bagi menerima anugerah tersebut kerana keuzuran. Anugerah disampaikan oleh Harun Hashim, Yang Dipertua PAS Parit Buntar

Di dalam ucapan perasmian majlis tersebut, Dr Mujahid menyeru supaya ahli-ahli PAS agar dapat mencontohi pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh ini yang bekerja keras bagi memastikan parti PAS terus berada di hadapan dan membantu parti untuk memenangi dalam pilihanraya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Abdul Baharin Desa, Timbalan YDP PAS, Ahmad Azhar Sharin, Naib YDP PAS serta penceramah jemputan Dato' Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani.




Pada malam tersebut lebih 3000 hadirin memenuhi ruang tempat ceramah bagi mendengar pendedahan eksklusif isu skandal seks serta kematian pegawai tinggi kastam di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Read more ...

Keputusan Pilihanraya Sarawak bukti rakyat Sarawak semakin berani untuk berubah

Baru Bian : Keputusan PRN Bukti Rakyat Sarawak Yakini Sistem Dua Parti


KUCHING 17 APRIL : Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Sarawak, Baru Bian berkata, keputusan Pilihan Raya Negeri kali ke-10 ini pastinya memberi implikasi kepada Sabah dan tentunya Semenanjung Malaysia pada Pilihan Raya Umum kelak.

Ini katanya terbukti melalui trend pengundian rakyat Sarawak yang mula membuka ruang kepada pembangkang seterusnya mula mendokong sistem dua parti yang selama ini cuba dinafikan oleh Umno-BN.

Malah ujarnya kejayaan Pakatan Rakyat merampas lapan kerusi daripada BN adalah satu petanda baik, perubahan sedang menular di Bumi Kenyalang.

Justeru mesej yang disampaikan Pakatan Rakyat dalam siri kempennya berjaya membuka minda rakyat Sarawak.

" Kemunculan sistem dua parti, petanda baik, bukti rakyat terima konsep sistem dua parti dan ini digambarkan dalam keputusan PRN Sarawak," kata Baru kepada pemberita malam tadi.

" Keputusan juga akan punyai implikasi penting kepada Sabah dan juga beri keyakinan kepada pengundi Semenanjung terhadap Pakatan Rakyat,"tambahnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi mengumumkan BN memperoleh 55 kerusi, hilang lapan kerusi berbanding 2006 dengan 63 kerusi.

DAP pula berjaya memenangi 12 kerusi daripada 15 kawasan yang ditandinginya.

DAP memperoleh 134,847 undi, manakala Parti Keadilan Rakyat pula berjaya merampas tiga kerusi dengan undi 117,100 undi.

Sementara Bebas memenangi satu kerusi, manakala lainnya, SNAP, PAS, PCM tidak memenangi mana-mana kerusi.

Pilihan raya kali ini juga menyaksikan 71 calon hilang wang deposit apabila gagal memperoleh 8 peratus pengundi di kawasan yang ditandingi.

Kajian segera yang dibuat penganalisis mendapati reputasi BN semakin menjunam dan cengkaman mereka ke atas Sarawak semakin longgar.

Sementara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dalam Twitternya malam tadi menulis, undi popular BN Sarawak telah merosot teruk dari 62.93 peratus kepada 55.24 peratus.

Menurut Baru, BN perlu sedar hakikat, bahawa Sarawak bukan lagi simpanan tetap buat mereka.

" Nampaknya simpanan tetap BN telah mula dikeluarkan melihat kepada keputusan PRN ini.

" Fokus kita sekarang ialah terhadap isu tanah, (saya) akan bawa isu dalam sidang DUN dari segi aspek perundangan dan dasar sedia ada. Ini akan jadi keutamaaan kita,"katanya yang akan mengangkat sumpah bila-bila masa sahaja sebagai ADUN Ba'kelalan.

Baru semalam memperoleh 2,505 undi berbanding calon BN dari SPDP yang memperoleh 2,032 undi.

Meskipun menang tipis dengan hanya 475 undi, laluan Baru untuk calon PKR itu berhadapan rintangan besar apabila dikatakan berlakunya proses pembelian undi yang begitu hebat di kawasan berkenaan.

DUN Ba'kelalan mempunyai 6,958 pemilih berdaftar.

Pengundi di DUN ini terdiri daripada Melayu/Melanau 2.72 peratus, Cina 3.29 peratus, Iban 4.05 peratus, Bidayuh 0.26 peratus, Orang Ulu 89.67 peratus dan lain-lain 0.01 peratus.

Read more ...

Pakatan longgarkan cengkaman BN di Sarawak



ANALISIS : Meskipun bertarung dengan seluruh jentera kerajaan dan sumber kewangan Barisan Nasional, Pakatan Rakyat memenangi dua kali ganda jumlah kerusi pada pilihanraya negeri kali ini, sekali gus menyampaikan mesej bahawa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud perlu berundur segera.

DAP mencapai kejayaan paling besar, memenangi 12 kerusi berbanding 6 sebelumnya, manakala Parti Keadilan Rakyat menang tiga kerusi berbanding hanya satu pada tahun 2006.

Walaupun kejayaan itu jauh daripada mencukupi untuk menafikan BN majoriti dua pertiga, ia sudah cukup untuk menghantar mesej jelas kepada Putrajaya dan Perdana Menteri Najib Razak iaitu:

Sarawak tidak lagi boleh dianggap simpanan tetap BN pada pilihanraya umum DAN Taib harus berundur segera sebelum BN bertarung di peringkat Parlimen pada pilihanraya umum kelak.

Keputusan DUN Sarawak menunjukkan sekurang-kurangnya tujuh atau lapan kerusi Parlimen sekitar Kuching, Sibu dan Miri adalah “kawasan hitam" bagi BN yang pasti memberi kesan kepada jangka hayat Taib sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Keputusan setakat ini yang menyaksikan BN menang sekurang-kurangnya 56 kerusi dan Pakatan 16 memberi isyarat paling jelas kepada Najib bahawa beliau belum boleh selesa mengharapkan kemenangan mutlak pada pilihanraya umum akan datang.

Di atas kertas, kemenangan lebih dua pertiga BN itu adalah meyakinkan, tetapi tidak ada sesiapa akan menafikan bahawa BN terpaksa membelanjakan jumlah wang yang besar dan menurunkan seluruh jentera Kerajaan Persekutuan untuk memperolehi keputusan itu.

Hakikat adalah prestasi BN merudum kali ini berbanding dengan kemenangan 63 daripada 71 kerusi pada tahun 2006, bermakna trend sokongan rakyat untuk BN terus menyusut.

Sekali imbas, BN kali ini berhadapan dengan sebuah Pembangkang yang masih tidak mempunyai sumber kewangan atau kemudahan untuk menyaingi pemerintah.

Namun rekod Taib selama 30 tahun menerajui Sarawak yang dibelit dengan dakwaan rasuah, rampasan tanah dan penyelewengan kuasa mendorong pengundi bandar, khususnya kaum Cina untuk menolak BN.

BN kalah semua lima kerusi yang dipertandingkan di Kuching kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

SUPP parti kedua terbesar dalam BN Sarawak ditolak sepenuhnya di ibu negeri Sarawak itu.

Presiden parti itu Dr George Chan pula kalah kepada calon DAP di Piasau Miri, keputusan yang mencerminkan sentimen pengundi terhadap BN pimpinan Taib yang merupakan besan Chan.

Kerusi Batu Kawah pula dimenangi DAP dengan sokongan pengundi bumiputera, yang menunjukkan DAP tidak bergantung sepenuhnya kepada pengundi Cina untuk menang.

Bagi PKR, usaha membawa angin perubahan ke kawasan pedalaman, khususnya rumah panjang Dayak dan Iban tidak mencapai keputusan yang diharapkan sungguhpun parti itu menang tiga kerusi berbanding satu sebelumnya.

Sesiapa yang arif dengan politik Sarawak akur dengan misi PKR dalam cuba menghebahkan mesej”ubah perintah” dengan segala kekangan logistik dan kewangan berbanding BN yang menjelajah ke seluruh pelosok Sarawak menggunakan helikopter dan feri-feri tempah khas.

Ini ditambah dengan penguasaan seluruh media arus perdana yang dilarang memberi liputan kepada ceramah pembangkang.

Laman-laman media alternatif pula digodam termasuk TVSelangor, Malaysiakini dan HarakahDaily di dalam Negara dan Sarawak Report di United Kingdom.

Meskipun kalah di sebilangan banyak kerusi, jumlah undi yang dipungut PKR di sesetengah kawasan memberi harapan kepada PKR untuk memberi cabaran yang lebih sengit dalam empat tahun lagi.

Kemenangan Pengerusi PKR Baru Bian di Be’kalalan tentunya membanggakan Pakatan Rakyat dan menjanjikan perjuangan lebih jitu untuk mendapatkan semula hak penduduk asal yang kehilangan tanah adat mereka kepada pemimpin BN dan kroni mereka.

Read more ...

BN kekal kuasa, Pakatan tambah kerusi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcLRGhelMEzZx78pInvQ8zp48JIf_xgppODuVzvsjXmHCKOJyEz9diAmEzeQRii3XjGIPn-8neaKv9h9Hy5hw68d7muhdTL47XGJcCKPY75t_I9xSiHHLrerb9KH8NLYdNVmZoR-CI8kLg/s1600/pilihanraya_sarawak.gifKUALA LUMPUR, 17 April: Barisan Nasional (BN) meneruskan penguasaan kerajaan negeri buat penggal ke-10 dengan memperoleh 55 kerusi tetapi peratusan undi popular yang diperolehnya menurun berbanding pilihan raya negeri 2006.

BN memperoleh 55 kerusi, Pakatan Rakyat pula 15 kerusi manakala baki satu dimenangi oleh Bebas. Berdasarkan maklumat dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, BN merekodkan 372,379 undi atau 54.5 peratus daripada keluar mengundi kali ini.

Lima tahun lalu perikatan itu menerima 62.91 peratus (341,587 undi) dan 71.16 peratus (382,137 undi) pada 2001. Sarawak mengadakan pilihan raya negeri kesembilan dan kelapan pada 2006 dan 2001 di mana masing-masing hanya 69 dan 43 kerusi disaingi selepas bakinya dimenangi BN tanpa saingan.

Sistem pilihan raya negara ini tidak menggunakan pemerolehan undi popular dalam pembahagian kerusi. Dalam pilihan raya negeri kali ini, baki undi popular pergi kepada barisan pembangkang dan calon-calon Bebas.

Pakatan Rakyat (PR) yang pertama kali bertanding dalam satu perikatan tiga parti di peringkat negeri memperoleh 38 peratus, sekali gus memperlihatkan peningkatan undi popular kali ini. Kali ini, DAP yang memenangi 12 kerusi merekodkan 134,847 undi (19.7 peratus), Parti Keadilan Rakyat dengan memperoleh tiga kerusi mendapat 117,100 undi (17.14 peratus) manakala PAS yang gagal memperoleh sebarang kerusi mengumpulkan 9,719 (1.4 peratus).

Pada pilihan raya negeri 2006, DAP mengumpulkan 82,134 undi (15.13 peratus), PKR (47,348 undi; 8.72 peratus) dan PAS (1,901 undi; 0.35 peratus). Lima tahun lalu, BN bertanding di kesemua 71 kerusi tetapi menang dua kerusi tanpa dicabar pada hari penamaan calon manakala DAP bertanding di 12 kawasan, PKR (25), PAS (satu), Snap (29) dan Bebas (20).

Peningkatan undi popular bagi parti-parti komponen PR juga ada kaitan dengan bilangan kerusi yang ditandingi kali ini, yang meningkat berbanding lima tahun lalu khususnya PKR. Kali ini kesemua kerusi disaingi BN dengan DAP bertanding di 15 kerusi, PKR bertanding di 49 kerusi majoriti Melayu/Melanau dan Dayak, dan PAS di lima kawasan Melayu manakala Snap di 26 kerusi majoriti Dayak, Parti Cinta Malaysia (PCM) di enam kawasan Bumiputera dan 41 calon Bebas.

Snap dan dan PCM yang turut tidak memperoleh sebarang kerusi masing-masing menerima 15,663 undi dan 2,895 undi. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata jumlah bilangan keluar mengundi 682,854 orang atau 70 peratus. Jumlah undi ditolak sebanyak 8,224 undi.

Kerusi DUN yang merekodkan majoriti tinggi ialah Bukit Assek iaitu 8,827 undi manakala majoriti paling rendah ialah Senadin iaitu 58 undi. Katanya, jumlah calon yang hilang deposit kerana gagal mendapat satu per lapan daripada jumlah undi keseluruhan ialah 71 calon. (IH)

Read more ...

TERKINI PENDAHULU : 15 PR VS 43 BN VS 1 BEBAS

18
Bukit Assek-DAP Menang
Repok - DAP Menang
Kidurong - DAP Menang
Maradong - DAP Menang
Ba'Kelalan - PKR Menang
Krian - PKR Menang
Batu Kawah - DAP Menang
Pending - DAP Menang
Pujut - DAP Menang
Pelawan - DAP Menang
Piasau - DAP Menang
Padungan - DAP Menang
Batu Lintang-PKR Menang
Kota Sentosa - DAP Menang


43
Balingian - PBB Menang
Opar
Satok
Meluan
Bawang Assan
Simanggang
Bukit Kota
Pantai Damai
Demak Laut
Batang Ai-PRS Menang
Katibas - PBB Menang
Nangka - PBB Menang
Kakus - (Kiraan Semula Undi)
Saribas
Semop - PBB Menang
Bukit Saban - PBB Menang
Daro-PBB Menang
Jemoreng-PBB Menang
Baleh - PRS Menang
Tupong
Sadong Jaya
Tanjung Datu
Batu Danau
Tebedu
Layar
Belawai
Senadin - BN POS Menang (Kiraan Semula Undi)
Bukit Sari
Samariang
Muara Tuang
Pakan
Engkili
Ngemah
Tarat
Tebedu
Sebuyau
Kedup
Lambir
Asajaya
Balai Ringin
Kalaka
Dalat
Beting Maro - PBB Menang


Pelagus - BEBAS

Read more ...