Thursday, May 3, 2012

TERBUKTI FITNAH!!! NST minta maaf , Senator Australia tetap akan saman




KUALA LUMPUR, 4 Mei
— Senator Australia Nicholas Xenophon telah mengesahkan beliau akan mengemukakan saman terhadap New Straits Times (NST), menuduh akhbar Umno itu sengaja menjejaskan keselamatannya apabila mengeluarkan artikel yang menggambarkan dirinya sebagai anti Islam.

Ahli Parlimen bebas itu berkata kepada The Malaysian Insider, beliau memahami niat akhbar berkenaan menarik balik laporan yang disiarkan mereka namun beliau akan tetap mengambil tindakan perundangan sama ada di Malaysia mahupun Australia.

“Saya akan mengadakan perbincangan dengan peguam di Malaysia dan Australia berhubung perkara ini.

“Ini adalah fitnah yang keterlaluan dan ianya amat menyedihkan.

“Pendapat saya terhadap Islam adalah satu rekaan semata-mata ... ianya menjelikkan,” katanya dalam perbualan telefon kepada The Malaysian Insider semalam.

Akhbar pro-Umno itu semalam mengakui telah membuat kenyaatan tidak benar terhadap Xenophon (gambar) dalam artikelnya pada Rabu laluyang menggelarkan Islam sebagai “pertubuhan jenayah” ketika ucapannya pada 2009 di Parlimen Australia.Namun, menurut Hansard, senator terbabit yang merupakan sekutu kuat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan beliau menggunakan istilah “Scientology”.

“Sudah tentu ia membahayakan saya. Saya dituduh melakukan sesuatu yang sangat serius ... menghina Islam dalam keadaan yang amat hina.“Saya telah dinasihatkan keselamatan saya sekarang ini berada dalam keadaan merbahaya,” katanya.

Xenophon menjelaskan walaupun NST telah menarik balik kenyataan dalam artikel tersebut daripada laman web mereka, ia telah dibaca oleh ribuan pelawat.

Beliau menegaskan dirinya tidak menentang Islam malah amat menghormati agama tersebut.

“Sampai hati mereka melakukan perbuatan itu?” soalnya. “Saya amat menghormati masyarakat Malaysia ... Malaysia merupakan rakan saya.”


Tambahnya, beliau berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada suruhanjaya pemerhati antarabangsa pembangkang untuk memantau Bersih 3.0 bukan atas jemputan tetapi atas “dasar kehendak” untuk negara dan rakyatnya.


“Ini adalah perkara yang saya perlu lakukan, satu keperluan. Saya perlukan tindakan mahkamah atas apa yang berlaku,” katanya merujuk kepada keputusan mengambil tindakan mahkamah.


Apabila ditanya, sama ada beliau akan menggesa kerajaan Malaysia mengambil tindakan NST, Xenophon menjelaskan beliau akan mendapatkan nasihat peguamnya terlebih dahulu.


Namun begitu, menurutnya, akhbar Umni itu telah “mengeruhkan keadaan.”


“Saya tidak faham bagaimana mereka boleh melakukan perkara ini,” katanya.


Dalam respon terhadap insiden semalam, NST telah berjanji akan menyiarkan “kenyataan yang sepatutnya” di akhbar dan juga laman webnya, dan menambah mereka menyesali tindakan ke atas senator bebas Australia itu.


Respon balas NST adalah: “merujuk kepada berita yang disiarkan terhadap rungutan Encik Nicholas Xenophon berhubung artikel bertajuk ‘Pemerhati Di dalam Perhatian’ dengan sub tajuk ‘Rakan Subahat Dipersoal: Pemimpin Anti Islam Australia Dikecam’, seperti yang disiarkan pada 2 Mei, 2012 edisi New Straits Times yang disiarkan kami.


“Kami menyesali artikel tersebut mengandungi kenyataan terhadap Xenophon, terutamanya yang menggunakan perkataan ‘Islam’ yang beliau tidak gunakan sewaktu ucapan di Parlimen pada November 2009. Kami mengambil langkah untuk meminda kenyataan itu dengan kenyataan yang wajar dalam akhbar dan versi online untuk menyelesaikan isu ini.


“Kami menyesali perkara ini dan memahami Xenophon telah terseksa dan malu daripada penyiaran artikel berkenaan, dan secara jujurnya, tindakan kami ini akan menyelesaikan perkara ini.


Menurut laporan Sydney Morning Herald (SMH) semalam, Xenophon mendakwa NST telah menuduhnya menggunakan perkataan “Islam” bagi menggantikan perkataan sebenar “Scientology”, yang telah dikritiknya pada ucapan 2009 adalah,”contoh taktik kotor kerajaan yang juga digunakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar.”


NST telah menggugurkan artikel tersebut daripada laman web mereka, namun salinan tersebut masih boleh ditemui dalam direktori mereka.


Dalam artikel NST, Xenophon bukan sahaja dituduh menghina Islam dalam ucapan penangguhan Parlimen Australia pada 2009, namun turut menyatakan sokongan terhadap komuniti LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender.


NST memetik laporan ucapan tersebut yang mana senator itu berkata: “Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Islam bukanlah pertubuhan agama. ia adalah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama.” (“What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Islam is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.”)


Namun begitu, SMH melaporkan, ucapan sebenar Xenophon berbunyi: “Apa yang kita lihat adalah paten jenayah dan kekejaman dunia. Sebagai bukti, ia tidak berlaku dengan sengaja; ia telah dirancang. Scientology bukanlah organisasi keagamaan. Ia adalah organisasi jenyah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan beragama.” (“What we are seeing is a worldwide pattern of abuse and criminality. On the body of evidence, this is not happening by accident; it is happening by design. Scientology is not a religious organisation. It is a criminal organisation that hides behind its so-called religious beliefs.”)


Menurut laporan NST, Xenophon turut menyatakan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dalam ucapan penangguhan yang sama, dan menyatakan ahli Parlimen lain turut sependapat dengannya dan pertubuhan sedemikian dibenarkan oleh undang-undang.


Akhbar itu turut memetik kenyataan Ahli Parlimen Bebas, yang bersama PKR sebelum ini, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang mengkritik Xenophon atas kenyataan tersebut yang bukan sahaja melampau terhadap Islam malah turut menyokong LGBT.


“Perlukah kita membiarkan orang macam Xenophon ini mempengaruhi budaya dan moral masyarakat kita menggunakan politik? dengan bersama Xenophon, adakah ini menyatakan Anwar turut menyokong pergerakan LGBT?” soalnya dipetik NST.


“Saya turut mencabar ulama PAS untuk menyoal Anwar kenapa beliau bersama Xenophon sebagai rakan, sedangkan jelas Xenophon menentang nilai-nilai Islam.”


SMH bagaimanapun tidak menyatakan laporan NST berkenaan sokongan Xenophon terhadap gejala homoseks.


Namun akhbar itu mendakwa NST enggan mengulas lanjut berkenaan perkara itu malam tadi.


Xenophon merupakan salah seorang panel bebas yang antarabangsa “pra pilihan raya” yang dijemput ke Kuala Lumpur oleh Anwar untuk memerhati sistem pilihan raya negara.


Kumpulan tersebut mempunyai misi enam hari bermula 25 April ditugaskan untuk menemuramah kerajaan tempatan dan pemimpin politik, sebelum menyiapkan laporan dan cadangan berkenaan penambah baikan system pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia, berikutan pembangkang menyatakan sistem pilihan raya Malaysia adalah tidak adil dan bebas.


Mereka turut membuat pemantauan sewaktu Bersih 3.0 Sabtu lalu, dan dalam respon awal, Xenophon menegaskan perhimpunan itu aman dan meriah, walaupun pemimpin kerajaan mendakwa berlakunya kekacauan. Oleh kerana kenyataan itu, Xenophon menerima kritikan kerana dikatakan bersekongkol dengan Anwar, dan persoalan berkenaan pendirian bebasnya ditimbulkan.

Read more ...

PANAS!!! Hishamuddin pengkhianat , letak jawatan - Kerabat Diraja Negeri Sembilan

Seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan menggesa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatannya, dengan menyatakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan polis yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap di majlis ceramah “Jelajah Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan” di Seremban, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata polis tiada alasan apa pun untuk melakukan keganasan.



Beliau berkata beliau berada di perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dari tengahari hingga 11 malam.

“Keadaan pada awalnya seperti kita pergi picnic di Port Dickson,” ujarnya di majlis itu.

“Terdapat warga emas dan juga kanak-kanak. Saya tidak lihat sebarang niat yang serong di kalangan peserta perhimpunan.

“Pihak polis yang sepatutnya melindungi para peserta perhimpunan, sebaliknya mereka menjadi agresif dan memukul para peserta perhimpunan laksana segerombolan serigala.

“Anehnya ada di antara yang memakai baju Bersih tetapi pakai kasut boot. Ini menimbulkan kecurigaan di hati saya.

“Saya tidak dapat memikirkan teori lain selain dari (keganasan itu) telah dirancang rapi."

Hishammuddin perlu dipertanggungjawabkan terhadap kekacauan dan perlu meletakkan jawatannya dengan segera.”


Tunku Harmy juga menyifatkan Hishammuddin sebagai pengkhianat, mendakwa beliau (hishammuddin) yang bertanggungjawab memberikan IC kepada warga asing.

“Tak kisah samada MyKad itu tulen atau palsu. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, beliau mesti dipertanggungjawabkan kerana membiarkan keadaan terlepas dari kawalan. IC diberikan kepada warga asing untuk (membantu BN) menang di dalam pilihanraya,” tambahnya.

“Pergi dan semak di Chow Kit, Selayang dan lain-lain tempat di Kuala Lumpur. Terdapat jumlah warga asing yang ramai berniaga memiliki MyKad.”

Nah, "tukanglawan" mahu tanya pada orang umno yang kononnya sangat menghirmati institusi kesultanan, apakah anda mahu menyangkal kata-kata kerabat diraja ini?, jika masih mahu sangkal, anda telah menderhaka.
-TL

Read more ...

SUHAKAM!!! Tindakan polis tidak dapat diterima akal


Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.


"... di mana mereka (polis) mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam," kata Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam.


Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan

polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.
"Sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa," tambahnya.

Berikut adalah kenyataan penuh pengerusi Suhakam yang bertajuk 'Kebebasan bersuara dan hak untuk berhimpun secara aman mesti dilindungi dan dihormati'.


Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suruhanjaya) amat kecewa dan bimbang dengan pelbagai insiden yang dilaporkan berlaku semasa perhimpunan awam pada 28 April 2012, termasuk laporan pasukan pemantaunya, khususnya dakwaan pengendalian yang terlalu kasar dan secara sembarangan oleh pihak polis dalam menyuraikan orang ramai.


Suruhanjaya juga terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod,mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika; sesetengah daripada mereka dikasari sementara dua wartawan dilaporkan ditahan, di samping peralatan mereka dimusnah dan dirampas oleh pihak penguatkuasa.


Suruhanjaya juga mengambil maklum dengan penuh kebimbangan keadaan di mana kelakuan dan tingkah laku peserta perhimpunan yang tidak dapat dikawal dan menjadi huru-hara.


Namun begitu, penggunaan kekasaran yang tak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali di mana mereka mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan ketenteraman serta keselamatan awam secara professional lebih-lebih lagi sekiranya diperlukan untuk mengendali dan memudahkan perhimpunan awam.


Suruhanjaya, dalam Laporan Tahunan serta laporan Siasatan Awam berkenaan penggunaan kekerasan yang melampau oleh pihak polis semasa perhimpunan awam, telah berulang kali menyeru pihak berkuasa, agar menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.


Tambahan pula, Prinsip Asas Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Penggunaan Kekerasan dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang juga menyediakan bahawa pegawai penguatkuasa undang-undang haruslah, seboleh mungkin, menggunakan cara yang tanpa kekerasan sebelum mengambil keputusan untuk menggunakan kekasaran.


Walaupun Suruhanjaya telah beberapa kesempatan menawarkan diri sebagai mediator antara polis dan penganjur perhimpunan agar satu persetujuan secara konsensus antara dua pihak sebelum perhimpunan dapat dicapai, namun, tawaran tersebut telah ditolak. Suruhanjaya juga telah beberapa kali menyeru pihak berkuasa untuk membenar dan memudahkan orang ramai untuk berhimpun secara aman.


Ia juga telah menggesa agar polis memudahkan orang ramai untuk melaksanakan hak mereka untuk berhimpun secara aman dan mengeluarkan pandangan tanpa membahayakan hak orang lain untuk menjalankan kehidupan dan hal ehwal harian dengan gangguan minima.


Peserta di perhimpunan yang seumpama di beberapa tempat lain seperti Georgetown, Kuantan, Johor Bahru, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu telah dibenarkan untuk berhimpun dan bersurai secara aman, teratur dan bertanggungjawab tanpa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku merupakan satu testimoni kepada kebolehlaksanaan langkah-langkah tersebut.


Suruhanjaya ingin mengulangi pendiriannya bahawa ia mengakui keamanan dan kestabilan adalah yang paling utama dan bahawa ketenteraman awam perlu dikekalkan pada setiap masa, namun ianya juga berpendapat bahawa perhimpunan awam menyediakan ruang untuk orang ramai melahirkan perasaan mereka mengenai isu yang menjadi kebimbangan.


Hak-hak tersebut adalah terkandung dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 20(1) Perisytiharan hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) serta Akta Perhimpunan Aman 2011 dan juga Perkara 19 UDHR mengenai kebebasan mengeluarkan pendapat.


Walau bagaimanapun, dalam usaha ke arah demokrasi yang berfungsi sepenuhnya, Suruhanjaya telah berulangkali menggesa semua pihak untuk melaksanakan hak mereka secara bertanggungjawab dalam memastikan keamanan dan keselamatan semua yang terlibat dilindungi dan yang lebih penting hak orang lain yang terlibat secara tidak langsung juga mesti dihormati dan dilindungi.


Buat ketika ini, Suruhanjaya menyeru orang ramai, pihak media serta pihak berkuasa yang berkaitan yang telah menyaksikan sebarang pelakuan atau insiden mengenai dakwaan pelanggaran hak asasi manusia semasa perhimpunan 28 April 2012 untuk mengemukakan maklumat, dokumen lain dan bukti yang berkaitan kepada Suruhanjaya untuk siasatan.


Sementara itu, Suruhanjaya akan membincangkan perkara ini, menganalisa bukti yang terkumpul dan mengkaji laporan pemantuan perhimpunan tersebut secara terperinci dalam mesyuaratnya yang akan datang bagi mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Read more ...

UGUT PELAJAR LUAR NEGARA!!! Tindakan Malaysia memalukan , dikutuk dunia



Sarawak Report telah mendapat salinan-salinan email ugutan yang telah dikirimkan oleh seorang pegawai dari Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia di Washington kepada semua pelajar Malaysia yang menerima geran-geran pengajian di Amerika Syarikat.

Email itu yang ditulis dan ditujukan kepada para pelajar bahawa jika mereka “bersemangat” menyertai perhimpunan-perhimpunan Bersih esok bagi menuntut pilihanraya Bebas dan Adil maka mereka akan menerima “padahnya” dan berkemungkinan akan dilucutkan bantuan biasiswa pengajian mereka.Email itu mencerminkan banyak ugutan secara lisan sebagai mana yang telah dihamburkan sejak beberapa hari yang lalu terhadap para pelajar Malaysia termasuk mereka yang menuntut di UK.

Kini ramai di kalangan pelajar Malaysia memilih untuk membeli topeng muka, agar mereka dapat menyertai perhimpunan aman itu tanpa dapat dikenali oleh berpuluh-puluh orang pegawai dari Cawangan Khas Malaysia yang dijangka akan memantau dan mengambil gambar semasa perhimpunan itu nanti. Sementara pelajar-pelajar yang lain pula masih merasa takut menyertai perhimpunan itu.

Taktik itu, yang digunakan untuk menyerang asasi kebebasan manusia di negara-negara tempat pelajar-pelajar Malaysia menuntut telah mencetuskan provokasi di kalangan ahli akademik dan orang-orang politik di Britain dan juga di Amerika Syarikat. Pada hari ini, MP Tom Greatrex, seorang ahli Kumpulan All-Party Parliamentary ke atas Malaysia, berkata:


“Cubaan Malaysia untuk mengugut para pelajarnya secara terang-terang tidak dapat diterima akal.

Hak untuk mengadakan dan menyertai bantahan secara aman merupakan asas dalam mana-mana sistem demokrasi, begitu juga pilihanraya yang bebas dan adil, dan mereka tidak seharusnya diugut sedemikian rupa dan cara.

William Hague seharusnya bertindak segera bagi pihak kerajaan Malaysia bagi mempastikan bahawa ugutan terhadap para pelajarnya dihentikan.”
Jenayah Mengugut di ‘Bumi Kebebasan’!

Email yang bernada keras dan kasar, yang ditujukan kepada semua pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), telah dihantar pada hari Khamis 26hb April oleh seorang yang bernama Mohd Nazrol Marzuke, seorang penasihat pendidikan dan latihan dalam Jabatan Perkhidmatan Awam di Kedutaan Malaysia.


Dihantar dua hari menjelang perhimpunan Bersih, Mohd Nazrol Marzuke menjelaskan bahawa emailnya itu sebagai “peringatan bernasihat” untuk “mengingatkan dan mencergaskan semula para pelajar terhadap tanggungjawab-tanggungjawab mereka”. Namun, email itu langsung tidak menyentuh tentang hak kebebasan bersuara, yang dijamin oleh Perlembagaan negara tempat mereka menuntut, Amerika Syarikat.


Amaran rasmi itu turut disisipkan sesalinan Perjanjian Biasiswa Persekutuan untuk “perhatian” para penerima email itu dan bersempena ‘isu-isu semasa yang berkembang itu’ menuntut agar para pelajar “memberikan perhatian khusus” pada Perenggan 5.4 dan 5.5 yang berkaitan dengan pemberian yuran-yuran pengajian mereka.

Dengan nada emailnya yang amat serius Mohd Nazrol Marzuke menuntut:

“Sila berikan perhatian penuh pada Perengan 5.4 dan 5.5 dan fahami makna penuh klausa-klausa yang ditulis dalam huruf halus itu”.

Dia seterusnya menjelaskan bahawa klausa-klausa yang menghalang para pelajar untuk terlibat “secara langsung atau tidak dalam apa jua kegiatan yang difikirkan boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan negara”.

Dan pengertian yang kurang jelas itu pula dihakimi oleh “Kerajaan” Malaysia sendiri! Siapa di dalam “Kerajaan” tidak pula dinyatakan secara spesifik. Namun, kata-kata yang kurang jelas mengenai tatakelakuan boleh menyebabkan para pelajar menjadi mangsa politik parti BN yang memerintah. Isi kandungan email itu seterusnya menyebut:


Sebarang siapa yang bertindak sebaliknya dan melanggari kandungan klausa itu, Kerajaan tidak akan teragak-agak menarikbalik dan menamatkan prosedur seperti yang terdapat dalam Perenggan 7.


Amaran rasmi itu cuba diakhiri dengan salam yang bernada mesra, sebagaimana yang cuba diucapkan oleh Mohd Nazrol Marzuke untuk kejayaan para pelajar dalam peperiksaan akhir semester mereka. Namun, dia kelihatan kekurangan bahasa yang lebih halus yang digunakannya untuk memperkuatkan peringatannya yang bernada ugutan itu.


Amaran yang bernada keras itu dilihat sebagai melanggari hak asasi para pelajar untuk mengemukakan pandangan dan pendapat mereka secara aman.


Pada hari ini, cawangan Kumpulan Hak Asasi Manusia Malaysia (SUARAM) di London telah membuat kenyataan bagi memberikan keyakinan pada para pelajar dan penunjuk perasaan yang telah diugut itu:


“SUARAM merayu pada pihak polis dan kerajaan untuk menghentikan sebarang bentuk ugutan ke atas sesiapa yang ingin menyuarakan hak-hak kebebasan. SUARAM menyeru pada kerajaan untuk melayan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 tanpa menafikan kebebasan mereka bersuara dan berhimpun. Jika Perdana Menteri Najib jujur dan ikhlas mendengar suara rakyatnya dan mempraktikkan laungan slogan “Rakyat Didahulukan”, maka beliau tidak seharusnya menyekat hak-hak dan kebebasan mereka.


Kami menyeru pada kerajaan, yang menjadi anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menghentikan sama sekali ugutan dan mengamalkan prinsip-prinsip hak-hak asasi manusia di dalam semua undang-undang dan dasarnya.


Sementara itu, pengelola Bersih 3.0, Ambiga Sreenevasan, yang baru-baru ini telah dianugerahkan gelaran Wanita Waja oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hilary Clinton, telah mengutuskan mesej peribadinya sebagai tanda bersyukur pada kesepaduan rakyat Malaysia yang menyokong perhimpunannya di peringkat antarabangsa.

Adalah dipercayai bahawa lebih dari 70 buah perhimpunan akan dianjurkan di bandaraya-bandaraya di seluruh dunia – suatu perhimpunan yang cuba dihalang oleh BN dengan cara mengugut sesiapa yang akan menyertainya. Para penasihat undang-undang turut mencadangkan bahawa Kedutaan Malaysia mungkin telah bertindak melampaui status diplomatiknya dalam negara tempat ianya bernaung, dan ianya telah dilihat sebagai melakukan jenayah mengugut rakyatnya sendiri di mana mereka mencari mana-mana negara untuk menyuarakan hak-hak asasi mereka. Kenyataan-kenyataan menerusi email dari beberapa universiti di Amerika Syarikat di mana para pelajarnya yang terjejas dijangka akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi 


Kedah.kini

Read more ...

BONGKAR SEMULA!!! Kematian Pakar Kapal Selam pada tahun 2004 jadi misteri


Allahyarham Mustaffa Dapat dikhabarkan adalah merupakan seorang pakar kapal selam. Beliau mendapat pendidikan di Amerika Syarikat. Pernah berkhidmat dengan TLDM. 


Beliau adalah merupakan pegawai TLDM pertama mendapat sijil kapal selam pada tahun 1993 ketika berkhidmat dengan Tentera Laut Australia sehingga Tentera Laut Australia begitu kagum dengan kebolehan beliau.

Beliau telah dilantik sebagai konsultan dalam projek pembelian kapal selam negara pada tahun 2001 dan telah dihantar ke Perancis. Allahyarham Mustafa Dapat meninggal dunia pada 28 Ogos 2004 setelah menghidap demam. Keadaan bertambah kritikal setelah mendapat alahan penisilin yang jarang berlaku.

Malaysia kehilangan seorang pakar kapal selam yang mungkin belum ada penggantinya lagi.


Pendakwa Perancis dakwa Najib minta AS$1b untuk Perimekar
1:23PM Mei 3, 2012 

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa telah menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI - anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa telah meminta jumlah tersebut untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks yang bertarikh 1 Jun 2001 adalah dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Read more ...

ISU JIRAT CINA!!! Perkasa nak tembak PAS tapi UMNO yang kena

Sepatutnya serang BN, kerana jirat itu mereka yang luluskan

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

(Petikan Nota Utara, Harakah)

Foto: Ehsan jurugambar Warta Darul Aman


Selang dua hari selepas Himpunan Bersih 3.0, sekumpulan penduduk dari beberapa buah kampung di Mukim Karangan, Kulim mengadakan himpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman. Mereka datang dengan empat buah bas yang membawa kanak-kanak (yang dipaksa ponteng sekolah), wanita, orang tua dan lain-lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan tanah perkuburan Cina (jirat) yang kononnya dibangunkan di atas tanah berstatus Simpanan Melayu.


Penulis tidak pasti benarkah mereka itu penduduk dari kawasan terbabit atau 'pemain import' dari kawasan lain sebab tidak kenal kesemuanya. Cuma sebahagian dari mereka yang dikenali adalah orang yang pernah mengaku sebagai ahli khariah Madrasah Salihiah Kanchut. 

Sewaktu demonstrasi membantah perobohan bangunan Salihiah dahulu mereka memegang hailer membelasah kerajaan negeri, sekarang pun orang yang sama juga yang menggalas hailer. Pelik juga ada manusia yang boleh bernaung di bawah dua buah khariah yang sama serentak, sedangkan antara Alor Setar dan Kulim jaraknya lebih dari 100 km.

(Kanak2 yg tidak berdosa dipaksa ponteng sekolah untuk berdemonstrasi secara haram, mujur polis tak tembak gas mokalau tidak teruklaa makcik2 tu selak kain buat lap muka)

Bersama-sama mereka juga adalah para lelaki yang memakai baju hitam ala Perkasa, duduk beramai-ramai di atas jalanraya di hadapan Wisma Darul Aman. 


Mereka turut menahan setiap kereta yang keluar dari Wisma Darul Aman, mengarahkan cermin kereta diturunkan kononnya untuk mempastikan supaya Menteri Besar tidak terlepas keluar. Lagaknya kira-kira macam samseng Kampung Dusun.

Apa yang diperjuangkan oleh kumpulan tersebut? Mereka menuntut supaya Kerajaan Negeri membatalkan projek pembinaan jirat Cina di atas tanah seluas 190 ekar di Sungai Kob. 


Hujah mereka tanah tersebut berstatus Simpanan Melayu serta jirat Cina tersebut tidak sesuai diadakan di kawasan yang terdapat ramai penduduk Melayu/Islam. 

Mereka menuduh projek tersebut diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah. Asas penentangan mereka adalah berkaitan isu perkauman, selari benar dengan perjuangan Umno dan Perkasa.


Penulis pernah membuat penjelasan mengenai isu berkaitan dalam keluaran terdahulu. Persoalan paling pokok ialah benarkah jirat Cina itu diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat? Jawapannya, tidak benar! 


Projek pembinaan jirat Cina itu telah diluluskan pada 2007 di masa Menteri besarnya ialah Datuk Seri Mahdzir Khalid. Serentak dengan kelulusan tersebut, penduduk kampung sudah bangkit membantah. 

Sewaktu kerajaan negeri termanggu-manggu mencari penyelesaian tiba-tiba kerajaan BN tumbang di Kedah.

Maka macam biasa beban pun terpikul kepada kerajaan PR. Untuk tidak memberi kelulusan projek dari awal adalah lebih mudah dari membatalkan projek yang telah diluluskan. Maka kerajaan perlu memikirkan kaedah terbaik supaya kedua-dua pihak berpuas hati.


(Perancang kepada tindakan kumpulan tersebut ialah Sobri Sudin (foto atas, tengah). Yang pakai helmet kat bawah tu ialah Padi Jantan, blogger upahan UMNO)

Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan negeri dalam mencari penyelesaian ialah Majlis Perbandaran Kulim menganjurkan dailog melibatkan pemaju dan penduduk. Rumusan terbaik dari dailog tersebut ialah perlu ada zon penampan (buffer zone) lebih lebar di antara tempat perkuburan dan perkampungan yang terdekat.


Jika di zaman BN zon penampan cuma melibatkan tanah seluas 20 ekar, tetapi hasil perbincangan semua bersetuju zon penampan dilebarkan sehingga melibatkan keluasan 80 ekar. Cadangan terbaru itu diluluskan oleh kerajaan negeri. 


Zon penampan mempunyai tembok dan ditanam pokok-pokok besar. Jaraknya hampir satu kilometer. Kira-kira tidak sampai 10 keluarga yang tinggal berhampiran sempadan zon penampan tidak akan nampak tapak perkuburan tersebut.

(Foto atas kanan sekali tu ialah Mansor pejuang Madrasah Salihiah, laa ni tukaq khariah dah kot pi dok Kulim pulak..keh, keh, keh. Foto bawah, Padi Jantan sedang sibuk ambik gambaq nak masuk blog dia untuk proses pemutarbelitan dan pembohongan)


Pembangkang dengan nada perkauman mendakwa kerajaan PAS lebih lunak dengan pemaju apabila menambahkan lagi keluasan tapak jirat Cina. Memang betul keluasan projek ditambah dengan tujuan melebarkan lagi zon penampan bukan menambah keluasan tapak perkuburan.


Projek yang diluluskan pada tahun 2007 itu adalah tanah milik bukan Melayu (Cina) tetapi berstatus Simpanan Melayu yang dibeli oleh datuk neneknya pada 18 April 1926.  


Penulis ingin membetulkan status tanah tersebut, di mana dalam keluaran terdahulu ianya didakwa sebagai bukan Tanah Simpanan Melayu. Memang di negara ini masih terdapat Tanah Simpanan Melayu yang menjadi milik bukan Melayu. 

Pemilikan terhadap tanah tersebut berlaku sebelum zon Tanah Simpanan Melayu diwartakan pada 4 April 1933 oleh penjajah British. Tuan tanah bukan Melayu masih berhak ke atas tanah tersebut cuma mereka tidak berhak menukar status tanah serta mesti mematuhi syarat-syarat ke atas tanah tersebut seperti yang termaktub dalam syarat-syarat Tanah Simpanan Melayu. 



Timbul persoalan, jika dari awal sudah tahu statusnya Tanah Simpanan Melayu mengapa kerajaan negeri luluskan juga untuk projek pembinaan jirat Cina yang bertentangan sama sekali dengan roh sebenar kewujudan Tanah Simpanan Melayu? Jawapannya, kena bertanya kepada kerajaan BN dahulu kerana mereka yang luluskan! 

Kumpulan yang berdemonstrasi itu membantah tindakan kerajaan meluluskan tanah berstatus Simpanan Melayu yang cuma seluas 190 ekar untuk dijadikan jirat Cina. 


Yang meluluskan BN, yang diserang ialah PR. Tetapi bagaimana pula tentang kehilangan 1280.5 hektar Tanah Simpanan Melayu yang hilang di zaman BN. Terdapat 4845.22 Tanah Simpanan Melayu yang ditukar ganti (swapping) menjadi tanah Pegangan Bebas untuk tujuan perumahan, hanya 3564.72 yang berganti. Mengapa kumpulan tersebut tidak mengadakan himpunan mengecam kerajaan negeri BN dahulu?

(Buka tingkap kami nak cek tengok sapa, jangan melawan mokalau tak mau kami kalih kreta mcm Bersih nuu.. pak gad hang pi dok tepi, hari ni kami berkuasa)

Bagi perjuangan kumpulan yang terlebih Melayu itu, kekesalan atau kemarahan mereka bukan terhadap hak Melayu yang hilang (atau dianggap hilang) tetapi pihak mana yang menghilangkan. 


Jika pihak yang telah menghilangkan hak Melayu itu BN maka mereka buat pekak badak, tetapi jika yang (dianggap) menghilangkan itu PR, maka mereka pun meracau macam orang meroyan.

(Wakil penduduk diberi penjelasan panjang lebar oleh YAB Menteri Besar mengenai isu sebenar sehingga fahamlah mereka apa yang telah berlaku)
(Wakil penduduk yang telah faham isu sebenar memberi penjelasan pula kepada anak-anak buahnya,sehingga fahamlah akan anak2 buahnya. Alhamdulillah segalanya selesai dengan baik)

Suntingan oleh: Pak Dee Jantan

Read more ...

VIDEO BARU!!! Peserta Bersih diperlaku seperti binatang oleh polis

Blog AmenoWorld

Aku dah tak boleh sabar dah. Macam2 video keluar. Semakin lama semakin sakit hati aku tengok kekejaman polis terhadap pendemo2 bersih neh. 


Apa masalahnya nak melayan seme orang macam penjenayah? Penjenayah pun tak dilayan seteruk pendemo2 bersih neh.

Lihat di atas. Ini video baru yang di upload.

Read more ...

BERSIH 3.0!!! "Mukjizat" media baru

Semasa program sembang santai blogger dan wartawan dengan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Ulu Yam, Selangor, petang Ahad lalu, sehari selepas himpunan BERSIH 3.0, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man menekankan soal "keajaiban" dan sumbangan besar media baru.

Suatu waktu dahulu, ketika berdepan asakan dan serangan berterusan media yang dikawal mutlak elit pemerintah, parti-parti pembangkang yang dinafikan hak untuk "bermain di atas padang sama rata" terasa begitu perit sekali. Tiada langsung peluang untuk menjawab segala tohmahan.

Namun, dalam suasana langit terbuka dan penemuan gajet baru yang lebih sofistikated, proses pendemokrasian semakin mudah untuk menjadi lebih matang, teruji dan menyeluruh. Setiap pihak mempunyai ruang untuk berbicara mengemukakan hujah, menjelaskan kekeliruan, sekali gus menyanggah fitnah.

Lebih menarik apabila gambar-gambar yang dirakam, tidak terbatas oleh jurufoto profesional, malah rakyat biasa, terutama yang disiarkan melalui YouTube, tambah menyemarakkan lagi usaha menumbangkan kerajaan zalim.

Contoh ketara, kebangkitan dunia Arab membuktikan diktator rakus kecundang apabila maklumat tidak dapat lagi dimonopoli elit penguasa. Segala tindakan di luar batas kemanusiaan, termasuk mengakibatkan kematian dan kecederaan parah ke atas penunjuk perasaan, seperti di Medan Tahrir, tersebar luas ke seluruh dunia dalam sekelip mata.

Terbaru, demonstrasi raksasa 28 April lalu, di sekitar Dataran Merdeka, yang menghimpunkan - paling kurang - suku juta rakyat prihatin, bukan saja mencatatkan sejarah baru perjuangan menuntut hak di Malaysia, malah mendedahkan ketakutan regim pemerintah terhadap pembongkaran tindakan ganas pasukan polis.

Rakyat bangkit serentak, berganding bahu, membentuk gelombang kuning yang melaut, dengan gaya santai tapi penuh bersemangat, menuntut reformasi menyeluruh ke atas sistem dan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

Dari perspektif lain, benar sekali ungkapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, semasa mengulas BERSIH 3.0, bahawa transformasi Perdana Menteri Najib Razak kali ini begitu berjaya sekali, "Najib berjaya menukar imej polis daripada kurang ganas kepada lebih ganas. Ya, lebih ganas daripada aksi polis regim Israel kepada penduduk Palestin. Lihatlah video yang merakamkan adegan ganas polis itu, yang banyak tersebar dalam internet."

Perhimpunan dan juga perarakan yang berjalan secara aman, teratur, berdisiplin dan lancar sehingga jam 2 petang, bertukar menjadi kecoh, kelam-kabut dan huru-hara. Anggota polis yang mulanya nampak mesra bertukar watak (atau kembali kepada "fitrah" sebenar?); dalam keadaan tertentu lagak mereka seperti samseng upahan yang tidak berakal, rakus dan ganas menyambar mangsa, membelasah tanpa belas kasihan.

Tidak cukup dengan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, yang mengasak lokasi sendat peserta demonstrasi, ditambah dengan maki hamun, sepak terajang dan aksi brutal lainnya. Ya, lebih 250,000 orang mengisi ruang yang sempit dan kemudiannya ditembak gas dan air kimia. Ke mana arah untuk menyelamatkan diri?

Lebih dahsyat dan keji, apabila video-video yang disiarkan dalam internet membuktikan begitu banyak sekali aksi provokasi pihak polis, yang tujuan akhirnya untuk menukar situasi aman dan terkawal itu menjadi "panas dan ganas", bagi memenuhi niat jahat taukeh-taukeh politik yang gelabah menunggu tarikh Parlimen dibubarkan.

Anggota polis, mungkin daripada cawangan khas (SB), yang berpakaian preman, termasuk wanita - malah ramai di antara mereka turut berbaju kuning dan menjeritkan slogan reformasi pilihan raya - dikenal pasti menjadi agen provokator yang kelihatan begitu proaktif. SB ini cuba merangsang peserta demonstrasi bertindak lebih agresif di luar kawalan.

Rupa-rupanya inilah strategi elit pemerintah (mungkin dengan bantuan pakar luar negara, seperti APCO) yang dirancang lebih awal, bagi menggambarkan perjalanan BERSIH 3.0, "yang diterajui NGO dan disokong pembangkang", sebagai kotor dan tidak bertamadun, sekali gus menghitam-legamkan imej Pakatan Rakyat.

Anda lihat sendiri tajuk utama di muka depan semua akhbar harian esoknya, Ahad, 29 April. Senada saja. Sama ada mendapat arahan "pihak atasan" atapun sememangnya setiap ketua editor akhbar yang dikontrol ketat UMNO itu sudah "faham sangat" apa yang dikehendaki Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri.

Gambar yang dipilih juga serupa, iaitu kereta polis diterbalikkan, satu imej global tentang keganasan "para perusuh". Tanpa menunggu lama, Buletin Utama TV3 pada malamnya juga sudah memulakan kempen memburuk-burukkan pejuang demokrasi itu, yang kemudiannya berlangsung berhari-hari.

Cerita latar sebelum kereta Waja itu diterbalikkan langsung tidak dijelaskan, malah dipadamkan. Sekali lagi, YouTube banyak membantu mencerahkan. Kita dapat melihat bagaimana kereta polis itu, dari arah Kompleks Pertama atau Jalan Dang Wangi, yang mulanya perlahan, tiba-tiba dipandu laju dan melencong meluru ke arah pejalan kaki di sebelah kompleks membeli-belah Sogo.

Tiga empat orang melambung dilanggar. Salah seorang daripadanya, Su Kuang Hong, 25, seperti dilaporkan Malaysiakini, berkata beliau terpelanting ke bahagian atas kenderaan tersebut selepas dilanggar.

Proton Waja polis itu juga terus bergerak selepas melanggarnya dan beliau sekali lagi melayang dan melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah itu apabila kenderaan itu berhenti secara tiba-tiba.

Cuba bayangkan, dalam suasana tegang sejurus selepas ditembak pemedih mata, meriam air dan sebahagiannya dipukul atau sekurang-kurangnya belum dapat menarik nafas lega dikejar, mereka menyaksikan pula kereta polis melanggar rakan-rakan yang lain. Jika turut di situ, apa reaksi spontan anda?

Wartawan Malaysiakini, Zulaikha Zulkifli, yang berada di tempat kejadian merakamkan, "Kenderaan yang bergerak di antara kumpulan peserta berkenaan kemudian melanggar beberapa orang sehingga menyebabkan salah seorang individu berkenaan terpelanting ke atas kenderaan tersebut."

"Saya nampak kereta itu kemudiannya tersasar ke arah kanan dan seterusnya melanggar tembok di hadapan pusat membeli belah Sogo. Individu yang saya lihat berada di atas bonet kenderaan itu juga terjatuh dalam kejadian yang berlaku dengan pantas itu."

"Seramai kira-kira 30 orang peserta perhimpunan kemudiannya mengerumuni kenderaan tersebut dalam keadaan marah dan bertindak menendang dan memukul kereta tersebut. Saya turut mendekati untuk melihat dengan lebih jelas dan mendapati salah seorang lelaki yang dilanggar itu mengalami kecederaan dan berdarah di bahagian muka."

"Saya juga mendengar jeritan daripada individu di sekitar kawasan tersebut yang cemas kerana menyangka ada orang terperangkap di bawah kenderaan itu."

Pada hemat saya, insiden itu sebenarnya mungkin dirancang dengan teliti, dan merupakan salah satu elemen provokasi yang cukup berbahaya, agar himpunan itu tidak berakhir secara mudah dan aman, apatah lagi memberikan imej baik dan positif kepada BERSIH 3.0. Tegasnya, pihak polis sengaja mengundang kemarahan demonstran supaya mereka bertindak "gila".

Beberapa minit sebelum itu, sebuah kenderaan polis, juga merempuh kawasan hampir sama, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, berdekatan Sogo. Ia nyaris melanggar orang ramai ketika membuat belokan tajam ke lorong sebelah kanan, bersebelahan kompleks membeli-belah itu. Satu lagi bukti provokasi polis yang diperalatkan regim yang sedang meniti saat-saat sakratul-maut!

Sesungguhnya pentas BERSIH 3.0 adalah medan terakhir UMNO-BN melancarkan serangan terhadap pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 yang cukup kritikal itu. Motif Najib untuk tidak menyekat demonstrasi itu, seperti dilakukannya semasa BERSIH 2.0, juga sarat dengan kepentingan politik.

Saya dimaklumkan bahawa ketua-ketua editor telah dipanggil ke Bukit Aman, pada Jumaat, 27 April, sehari sebelum perhimpunan. Khabarnya Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein (gambar kanan) sendiri memberikan taklimat dan arahan. Pastinya berkaitan dengan liputan media terhadap demonstrasi BERSIH 3.0.

Menurut Naib Presiden KeADILan, N Surendran: "Kami diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan bagaimana melaporkan keadaan semasa perhimpunan BERSIH 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis. Pihak polis dengan jelas mengikut telunjuk KDN apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari."

Wartawan Harakah Kedah, Izwan Abdul Halim, turut ditangkap dan dibawa ke Pulapol, Jalan Semarak. Kamera beliau yang banyak merakam sudut menarik demonstrasi dirampas dan memori kadnya tidak dikembalikan selepas beliau dibebaskan pada awal pagi Isnin. Satu bentuk pencabulan dan gangguan melampau terhadap kerjaya seorang pemberita.

Ramai lagi pengamal media menghadapi nasib sama, malah lebih buruk apabila ada yang diganasi polis berunifom, walaupun selepas memaklumkan mereka adalah wartawan, di samping menunjukkan kad akreditasi media, seperti dialami pembantu editor MerdekaReview edisi Mandarin, Chen Shaua Fui. Tiada langsung rasa hormat polis terhadap wartawan.

"Selepas ini kita pun tak perlu lagi menghormati kerja polis," marah seorang editor kanan sebuah akhbar harian.

Wartawan The Sun, Mohd Radzi Abdul Razak, 27, dicederakan oleh lapan anggota polis semasa membuat liputan, sekitar jam 7 malam, berdekatan waterfall persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut.

Beberapa wartawan lain berdekatan menjerit berulang kali, "Press! Media!", namun kumpulan polis itu terus menyerang Mohd Radzi. Beliau terpaksa dirawat dalam wad Hospital Kuala Lumput.

Begitu juga dengan nasib jurugambar Malay Mail, Arif Kartono, yang ditumbuk oleh polis dan kameranya dipecahkan. Wartawan Malaysiakini, Koh Jun Lin, pula ditahan dan peralatan kameranya dirampas.

Turut dirampas kamera ialah P Malayandy, jurufoto akhbar Tamil, Makkal Osai, selain dicederakakan lima anggota polis. Huang An Jian, juga jurugambar, sebuah akhbar Cina, Guang Ming Daily, ditangkap ketika merakam kejadian demonstran ditahan.

Malah wartawan antarabangsa, Harry Fawcett daripada Al-Jazeera pun tidak terkecuali, apabila mereka dikasari semasa mengambil gambar polis sedang memukul peserta perhimpunan. Kameranya juga rosak dan beliau terpaksa menggunakan iPad untuk melaksanakan tugasannya.

Sehubungan itu, Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJ) menggesa supaya siasatan ke atas dakwaan serangan polis terhadap wartawan itu dijalankan jawatankuasa bebas dan bukannya pasukan polis.

Ia jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi serta bertentangan dengan hak wartawan untuk melakukan tugas dalam susana dan persekitaraan aman. Biarlah jawatankuasa tersebut memanggil anggota polis yang terlibat dan para wartawan dan jurugambar untuk memberi keterangan supaya orang ramai akhirnya mengetahui apa yang berlaku," kata Presiden NUJ, Chin Sung Chew.

Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) memandang serius pencabulan ketara terhadap tugas wartawan ini. Semasa KAMI aktif memperjuangkan akses media yang adil dan saksama buat semua parti yang bertanding dalam PRU13 nanti, insiden 28 April itu menggambarkan Malaysia, dari sudut kebebasan akhbar, sedang berundur ke belakang.

KAMI turut memberi sokongan padu kepada insiatif NGO media yang lain, yang begitu prihatin dengan perkembangan menyedihkan itu, antaranya, Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia.

Satu tragedi yang memalukan semasa dunia menyambut Hari Kebebasan Akhbar Sedunia, pada 3 Mei ini!

KAMI juga sedang mengumpulkan bahan dan dokumen yang perlu bagi memulakan tindakan undang-undang terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia, di atas insiden keganasan membabitkan warga media itu.

Kebebasan wartawan untuk melaksanakan tugas tanpa gangguan dan ancaman perlu dipertahankan. Ia selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.

Saya telah merujuk hal ini kepada peguam Hanipa Maidin. Katanya, beliau akan menimbulkan "ancillary right", iaitu hak-hak tambahan (suplemantary rights) yang timbul daripada hak-hak utama (primary rights). Hak ini timbul daripada perkaitan yang munasabah dengan hak-hak utama.

Misalnya, kata Hanipa, hak bersuara adalah hak utama, dan daripada hak utama ini timbul hak kebebasan media dan hak wartawan menjalankan tugas tanpa gangguan dan ancaman.

Kita perlukan perisytiharan mahkamah di atas hak wartawan tersebut.

Saya juga merasakan inilah masa sesuai bagi menilai semula, secara menyeluruh, sebarang undang-undang atau peraturan mengenai media di negara ini. Tidak cukup dengan pindaan kosmetik terhadap Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini, apabila konsep permit dan pemilikan akhbar masih tidak dirombak.

Mungkin pengalaman Amerika Syarikat, yang memperuntukkan dengan jelas, bukan saja peruntukan tentang kebebasan akhbar dalam perlembagaannya, tetapi juga melarang Kongres Amerika daripada menggubal undang-undang berkaitan dengannya. 

*Ahmad Lutfi Othman ialah Ketua Pengarang Harakah.

Read more ...

FITNAH SEXS!!! Azmin Ali saman Utusan Malaysia RM 100 Juta kerana siar gambar lucah palsu



KUALA LUMPUR, 3 Mei: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (gambar) hari ini menuntut Utusan Malaysia membayar RM100 juta kerana menyiarkan gambar lucah palsu.

Azmin melalui peguamcaranya Tetuan Edwin Lim suren & Soh mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Berhad Melayu (Malaysia) yang memiliki akhbar Utusan Malaysia dan menuntut editornya menarik balik tuduhan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka di muka depan Utusan Malaysia.


“Memandangkan seriusnya aib dan edaran akhbar di seluruh negara, Azmin Ali telah menuntut sejumlah RM100 juta sebagai ganti rugi.


“Azmin Ali telah memulakan prosiding undang-undang ini untuk menjustifikasi nama dan reputasi beliau sebagai seorang pemimpin negara dan ahli politik, dan untuk mempertahankan hak orang ramai kepada kewartawanan yang adil dan bersih,” kata Naib Presiden PKR, N Surendran dalam satu kenyataan.


Katanya, dakwaan-dakwaan tersebut dan gambar-gambar yang direka, bermotifkan politik dan rendahnya etika kewartawanan.


Tambahnya, imej yang bersifat lucah yang mengaitkan Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak telah telah disiarkan pada muka hadapan Utusan Malaysia 2 Mei, semalam.
~HarakahDaily

Read more ...

DIFITNAH ANTI ISLAM!!! Senator Australia terkejut begitu rendah tahap akhbar Malaysia reka laporan palsu


[HD] KUALA LUMPUR: Senator Nick Xenophon dari Australia akan mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar Malaysia yang memaparkan beliau seolah-olah anti-Islam.

Daam satu kenyataannya yang disiarkan oleh News.com.au, beliau melahirkan rasa terkejut dengan serangan itu.

Nick Xenophon bersama-sama dengan pemerhati antarabangsa berada di Malaysia baru-baru ini termasuk semasa hari perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lepas.

Beliau, dalam misi menjadi pemerhati politik, telah membuat kenyataan menyesali apa yang berlaku dalam perhimpunan itu.

Senator bebas Australia itu berkata, “Ia adalah aman (sehingga para pendemo diprovokasi).”

Beliau turut mengkritik laporan berat sebelah media perdana terhadap perhimpunan Bersih 3.0, yang dikatakan lebih mementingkan wajah perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah daripada perhimpunan terbesar di Malaysia.

“Media perdana adalah memihak dan tidak adil. Ia menonjolkan lebih perdana menteri di Sabah pada televisyen daripada perhimpunan politik terbesar di Malaysia,” kata Xenophon.

Ekoran itu, media tradisional milik Umno dan BN menyerang peribadi beliau termasuk melabelkan beliau sebagai anti-Islam dan pejuang hak gay.

NST misalnya melaporkan Nick Xenophon anti Islam semasa berucap dalam Parlimen Australia padahal katanya dalam ucapan itu beliau menggunakan perkataan 'Scientology' dan bukannya Islam.

"Laporan itu palsu sepenuhnya," kata beliau dan akan meminta nasihat undang-undang mengenainya.

"Ia satu fitnah dan saya akan ambil tindakan," katanya.

"Saya terkejut ada yang pergi hingga sebegitu rendah," kata Xenophon sebagaimana dilaporkan oleh media Autralia itu.

Read more ...