Monday, September 3, 2012

PEMIMPIN UMNO MENGAKU!!! Untung RM 5 juta, beli tanah orang Melayu jual kepada pemaju

NONEIsu dua pemimpin Umno di Pulau Pinang yang dikatakan telah mengaut jutaan ringgit keuntungan daripada penjualan plot tanah Melayu di Balik Pulau empat bulan selepas membelinya, kini bernada perkauman.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (kiri) membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan memanggilnya "rasis" kerana mensasarkan beliau dan pengarah strategi pilihan raya negeri, Omar Faudza berhubung penjualan tanah tersebut.

Musa, yang juga merupakan ketua Umno Bukit Mertajam, berkata Lim tidak akan mensasarnya seandainya beliau seorang ahli perniagaan Cina.

Musa berkata, beliau boleh katakan bahawa ramai pemaju yang menyokong DAP telah membeli tanah di Pulau Pinang, tetapi bertanya mengapa Lim hanya mensasar Umno.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Musa berkata Lim berbuat demikian kerana dia tidak senang melihat Melayu melakukan lebih banyak perniagaan.

Musa dan Omar telah mengaku membeli plot tanah seluas 10 ekar daripada 31 penduduk Melayu di Kampung Terang pada harga RM8.6 juta.

NONEMereka kemudian menjualanya kepada pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Bagaimanapun, mereka menafi menjual tanah itu untuk mendapat keuntungan cepat, tetapi berkata mereka dipaksa berbuat demikian kerana syarikat mereka telah "disenaraihitamkan" oleh kerajaan negeri.

Musa menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang mempersoalkan mengapa pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow didakwa membisu berhubung isu tersebut, sambil menuduh dua pemimpin Umno itu  bertindak sebagai "broker" penjualan tanah tersebut. Malaysiakini

Read more ...

KANTOI!!! Penulis Australia persoal bagaimana Saiful bersolat dalam keadaan junub


Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .


Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.


"Saya difahamkan bahawa sebagai seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.


"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.


"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.


"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.


Biasa dengan adat Malaysia


Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.


Yang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.


Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.


Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.


Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Read more ...

TERKINI!!! Blog UMNO berebut spekuasi kedudukan MB Kedah




Spekulasi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.


Difahamkan, pemimpin PAS Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.


Sebuah laman blog pro-Umno
(Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin PAS yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog juga pro-Umno (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin PAS kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.


“Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin PAS Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu,” katanya.


Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.


“Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan,” katanya.


Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.


“Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka PAS Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.


“Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC),” katanya.


Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.


“Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” katanya.


Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

Read more ...

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.


Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.


Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.


Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.


“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.


“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.


“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.


Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.


Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.


“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Read more ...

PANAS!!! Konspirasi Taib Mahmud singkir James Masing direstui Najib?


Ini berita terkini pergolakan politik yang diperolehi dari Bumi Kenyalang.

Khabar angin kini bertiup kencang ekoran rancangan untuk 'membunuh' karier politik Menteri Kanan James Masing dan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam pilihan raya umum akan datang, timbul berikutan mesyuarat rahsia antara parti kontroversi baru Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) baru-baru ini.


Spekulasi tersebar bahawa kedua-dua SWP, didakwa 'ditaja' oleh Ketua Menteri Taib Mahmud, dan SPDP, diketuai oleh William Mawan, telah menjalin pakatan rahsia.


Khabar angin tersebut telah mendapat momentumnya berikutan pembelotan ADUN Meluan, Wong Judat dari SPDP.


Judat telah dilantik sebagai naib presiden SWP walaupun peletakan jawatannya dari SPDP masih belum diluluskan.


Khabar angin 'pakatan rahsia' semakin terserlah apabila Judat membawa lebih daripada 90 pemimpin akar umbi SPDP dan ahli termasuk 33 Tuai Rumah (ketua rumah panjang) - yang mewakili kira-kira 3,000 ahli SPDP daripada Meluan dan Pakan - mengadakan mesyuarat rahsia dengan presiden SWP Larry Sng.


Butiran mesyuarat rahsia tersebut masih tidak diperolehi setakat ini.


Walau bagaimanapun sumber dari Sarikei berkata bahawa mesyuarat itu memberi tumpuan bukan sahaja kepada mengalahkan Joseph Salang, penyandang kerusi parlimen Julau dan naib presiden PRS, tetapi juga bagaimana untuk 'membunuh' PRS di lima kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu.


PRS kebiasaannya diperuntukkan enam kerusi Parlimen.


Parlimen tersebut adalah Julau, Selangau, Kanowit, Hulu Rajang, Lubok Antu dan Sri Aman.


SWP telah bersumpah untuk bertanding di kesemua kerusi PRS dalam pilihanraya umum ke-13.


Meluan dan Pakan yang adalah kubu kuat SPDP berada di bawah kawasan Parlimen Julau, parlimen yang kini dipegang oleh Salang.


Dendam politik


Seorang pemimpin kanan PRS, yang enggan namanya disiarkan, berkata bahawa 'bukti' lain wujudnya konspirasi SWP-SPDP adalah desakan Sng bahawa SWP adalah entiti yang mesra Barisan Nasional.


SWP telah menegaskan bahawa ia adalah rakan kepada PBB, SUPP dan SPDP, tetapi tidak dengan PRS.


Pemimpin ini berkata satu perancangan rahsia SWP digunakan untuk menggulingkan PRS dan menggantikan parti itu ke dalam BN.


Masing sering bercakap mengenai sabotaj terhadap partinya dengan parti komponen BN.


Beliau tidak menamakan parti tetapi penganalisis politik negeri percaya bahawa dia merujuk kepada SPDP.


Kedua-dua pihak dikatakan mempunyai sejarah hubungan dingin.


Sementara itu apabila ditanya mengenai khabar angin konspirasi, Sng mengetepikannya dan mengatakan bahawa SWP mengalu-alukan sesiapa sahaja "termasuk mereka dari BN" berkongsi perjuangan politik bersamanya.


"Kami adalah mesra BN. Kami mesra dengan PBB, SUPP dan SPDP, tetapi malangnya tidak dengan PRS, "katanya kepada pemberita selepas mengaku Judat sebagai ahlinya.


Walaupun menolak cakap-cakap bahawa SWP bertujuan untuk menggantikan PRS dari BN, dia bagaimanapun berkata: "Saya memberitahu anda kami berhasrat untuk menang dalam enam kerusi, dan apabila keputusan pilihan raya diketahui, maka kami (sahaja akan) menentukan sama ada memutuskan untuk menyertai Barisan Nasional. "


Tangan Taib?


Sng juga menafikan bahawa niat SWP terhadap PRS berdasarkan dendam peribadi.


"Kami tidak mempercayai dendam peribadi apabila kita memilih untuk bertanding menentang PRS. Kita tidak mengambil politik peribadi.


"Matlamat kami adalah untuk mewakili orang-orang yang berada di bawah diwakili kami selama ini.


"Kami melihat fakta dan keperluan rakyat. Jika kita merasakan bahawa rakyat di bawah diwakili atau kita merasakan bahawa perkara-perkara yang tidak dilakukan dengan betul kita akan berjuang untuk rakyat, "katanya.


Sng juga mengenepikan soalan mengenai spekulasi bahawa Taib adalah dalang di sebalik pembentukan SWP.


Taib dilaporkan mempunyai tempat selesa untuk Sng.


Walaupun kontroversi yang mengaitkan Sng, beliau masih dikekalkan dalam kabinet negeri.


Sng dipecat daripada PRS pada tahun 2009, tetapi Taib mengabaikan keputusan parti itu dan melantik Sng untuk beberapa jawatan penting.


Bagaimanapun Taib menghalangnya sehingga pilihan raya negeri tahun lepas atas nasihat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Najib Altantuya.


Malah, selepas pilihan raya, Sng yang tidak dibenarkan untuk bertanding, dikekalkan oleh Taib dalam pentadbiran negeri beliau sebagai Menteri Khas untuk menasihatkannya mengenai Hal Ehwal dan Pembangunan Belia.


Walaupun sokongan Taib kepada Sng tinggi, Masing sengaja digagalkan setiap kali tawaran untuk bertanding pada pilihan raya negeri April lepas termasuk 'restu' Najib Altantuya sendiri.


Permohonan Sng untuk menjadi calon BN untuk kawasan beliau di Pelagus juga telah ditolak oleh Najib Altantuya.


PRS akhirnya kehilangan Pelagus kepada calon Bebas, George Lagong yang merupakan bapa saudara Sng dan sekarang menjawat jawatan timbalan presiden SWP.


SWP bersedia untuk pemilihan


Sementara itu, Sng berkata sambutan akar umbi kepada SWP adalah positif, menunjukkan bahawa rakyat tidak sabar-sabar untuk mengetahui pendirian partinya.


"Jika pilihanraya akan dipanggil esok, SWP bersedia untuk itu. Dan sebagai pemimpin parti saya sendiri akan membawa ia ke dalam pilihan raya.


"Kami mempunyai senarai calon - sekurang-kurangnya dua nama telah disenarai pendek bagi setiap bahagian pilihan raya. Kami bagaimanapun, memuktamadkan senarai pada mesyuarat yang akan datang, "katanya.


Walaupun Judat berkemungkinan untuk bertanding menentang Salang di Julau, Sng disebut-sebut untuk bertanding menentang Joseph Entulu, timbalan presiden PRS di parlimen Selangau.


Bagi Kanowit, nama pensyarah Ellison Ludan sering disebut.


Lawannya berkemungkinan besar penyandangnya, Aaron Dagang dari PRS.


ADUN Pelagus George Lagong atau anaknya disebut-sebut untuk bertanding di Hulu Rajang, manakala Jonathan Jalin, bekas pegawai polis adalah salah satu calon-calon yang mungkin bagi Parlimen Lubok Antu.


Bagi Parlimen Sri Aman pula, nama Lawan Donald telah sering disebut.


Beliau telah dilihat semakin rapat dengan pemimpin SWP.


JALAN PULANG 

Read more ...

UMNO BENGONG SEJARAH!!! Bendera Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.



Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan 30 Ogos lalu.

Ketua umum PKR itu juga berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.


Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang di mana PR menafikannya termasuk Anwar sendiri dalam satu mesej di Twitter beberapa hari lalu.


“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan sebentar tadi.


“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”


Beliau juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.


Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata niatnya mahu memperkenalkan kepada umum tentang sejarah negara.


"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara penting dalam lipatan sejarah negara," katanya.


Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.


Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bentuk bulan penuh berwarna putih dengan hijau sebagai warna dasarnya.


Dalam nada serupa, sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan pihaknya ada kaitan dengan insiden mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' yang didakwa bagi menggantikan Jalur Gemilang ketika Himpunan Janji Bersih Khamis lalu.


Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang berlaku adalah manifestasi jiwa anak muda yang celik sejarah negara.


"Kami berpendapat apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarah negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bendera Sang Saka Malaya ini mempunyai hubungkait dengan AMK kerana bendera tersebut telah dicipta oleh Timbalan Penerangan AMK Malaysia, Najwan Halimi.


"Apa yang dilakukan oleh Najwan adalah pada tahun 2007 lagi dan ia tidak ada kaitan dengan AMK.


"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau sebelum ini, malah sepanjang penglibatan beliau bersama AMK perkara tersebut tidak dibincangkan," sambungnya lagi.


Sehubungan itu juga katanya, AMK tidak pernah bercadang untuk menukarkan Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya malah bertegas ia akan terus kekal sebagai bendera rasmi negara ini.


Menurutnya lagi, isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara.


Dalam pada itu, Shamsul juga mencabar Umno sekiranya eleman merah putih pada bendera 'Sang Saka' itu satu ancaman, maka Umno harus menukar lambang 'Sang Saka Bangsa' berkuatkuasa serta-merta.


"Kita desak Umno menukarkan bendera mereka kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen 'Sang Saka' selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini," kata beliau.


Beliau juga mengharapka, tindakan pihak berkuasa yang telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian tersebut agar berlaku adil.


"Kalau pihak polis ingin menyiasat berhubung 'Sang Saka' ataupun menghina gambar pemimpin ia perlu berlaku adil.


"Mereka juga perlu menyiasat individu yang telah menghina gambar Menteri Besar Kelantan dan juga pemimpin DAP, hendak siasat biar siasat semuanya jangan berat sebelah," tegas beliau.

Read more ...

UMNO TUDUH DAP ANTI MELAYU!!!! Tapi Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi pula sertai DAP

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.


Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.


“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.


“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.


Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.


“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.


Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.


“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.


“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.


Sumber : SHarian.


Sudah berbuih-buih mulut pimpinan DAP menafikan bahawa DAP anti Melayu dan parti perkauman. Malah ianya sudah lama dibuktikan dengan lahirnya pimpinan Melayu DAP seperti Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahaya, Allahyarham Tan Kassim, Tunku Aziz, Tengku Puri dan sebagainya.Mutaligat

Read more ...