Sunday, September 16, 2012

GEMPAR!!! Siapa Exco Kerajaan N/Sembilan dari UMNO lepaskan tembakan ?


Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini!

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.


Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:


@anthonyloke
Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:


Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!


Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno-APCO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.


Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.


Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.


Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut.


JALAN PULANG

Read more ...