Thursday, September 6, 2012

SELEPAS BAS, TRELER PULA!!! UMNO pasti pening, nak simbah cat merah pula?


PKR melancarkan sebuah treler yang bakal digunakan untuk kempen pilihan raya umum (PRU) ke-13 dalam satu majlis yang telah dirasmikan oleh presiden parti Dr Wan Azizah Wan Ismail pagi ini di ibu pejabat PKR.

Dr Wan Azizah (gambar) dalam ucapan perasmiannya memberitahu treler ini akan menjadi simbol baru buat Pakatan Rakyat (PR) dan merupakan wadah baru bagi perjuangan rakyat.


Ogos lalu, PKR juga telah melancarkan sebuah bas ekpres yang digunakan untuk kempen 'Jelajah Merdeka Rakyat' namun terdapat segelintir mereka yang kurang senang hinggakan ia diserang pihak tidak bertanggungjawab di Kota Bharu.


“Treler tersebut akan memulakan perjalanannya dalam program ceramah pada malam ini yang akan berlangsung di Rantau, Negeri Sembilan.


“Saya berharap tiada lagi insiden yang tidak diingini seperti yang berlaku di Kelantan dan Kedah baru-baru ini,” katanya

Read more ...

AKHIRNYA!!! Wakil Rakyat UMNO sendiri mengaku bahawa anak muda tolak BN

KANGAR- Wakil penyokong kerajaan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perlis mengakui bahawa kecenderungan sokongan golongan muda kepada parti pemerintah kini semakin menurun.

Berucap pada Sidang DUN pagi tadi, Khairi Hassan (BN-Mata Ayer) berkata, kerajaan perlu memberi penumpuan kepada masa depan orang-orang muda.


"Orang muda ni nak kena jaga mereka, kena cari peluang-peluang pekerjaan kepada golongan ini. Mereka sekarang ini dilihat sudah tidak menyokong kita," katanya ketika berucap membahaskan Usul Menjunjung Kasih Ke atas Titah Ucapan Tuanku Raja Perlis yang merasmikan Penggal Persidangan Kelima Dewan Undangan Negeri Perlis Ke-12 semalam.

Dalam ucapannya juga, selaku seorang wakil rakyat Khairi juga mengakui isu-isu seperti Altantuya atau isu liwat kini sudah tidak mendapat tempat di kalangan masyarakat khususnya di peringka bawahan.


"Rakyat sekarang ni mahu kerajaan lebih memberi perhatian kepada nasib mereka. Isu-isu macam ni hanya sebahagian masyarakat kelas pertengahan sahaja yang ambil tahu.


"Masyarakat bawahan pula dah meluat dengan benda-benda macam ni. Kita wakil rakyat tak kira Umno atau PAS kena ambil tanggungjawab membantu rakyat dengan sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan," jelasnya.

Read more ...

JANJI DITEPATI!!! Secara senyap-senyap harga minyak naik




Untuk kali kedua dalam tempoh kurang daripada satu bulan, kerajaan persekutuan telah secara senyap-senyap menaikkan harga petrol gred RON97.

Kenaikan RM0.30 seliter harga yang berkuatkuasa tengah malam tadi, menjadi harganya mencecah RM3 seliter.


Kali terakhir pengumuman rasmi dibuat ialah pada bulan Julai apabila Menteri Kewangan Kedua, Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan pengurangan RM0.20 harga seliter.


Sejak September 2009, harga RON97 harga telah ditentukan oleh apungan terurus sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan untuk mengetatkan jumlah subsidi kerajaan.


Sebagai kompromi, kerajaan persekutuan memperkenalkan petrol gred RON95 dengan harga RM1.85 seliter.


Ia telah dinaikkan kepada RM1.90 seliter pada bulan Disember 2010 dan sejak itu  tidak berubah.


JALAN PULANG 

Read more ...