Tuesday, March 9, 2010

Umno bantah Umno di Perlis


KANGAR, 9 Mac ; Beberapa pemimpin Umno Perlis membantah usaha Majlis Tindakan Anak Perlis (MANTAP) untuk membuat kaji selidik terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.

Selain berangapan kaji selidik itu akan mengeruhkan suasana politik di negeri ini, ia juga dilihat memperkecilkan jawatan Menteri Besar.

Naib Ketua Umno Bahagian Kangar Abdul Jamil Saad menyifatkan usaha sekretariat MANTAP itu untuk membuat perbandingan populariti Md Isa dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai 'kebudak-budakan'.

"Institusi Menteri Besar tidak boleh dipermudahkan. Perlantikan Menteri Besar bukan hak badan bukan kerajaan," kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis itu selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno pelbagai peringkat serta kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), di sini Selasa.

Beliau mengulas penubuhan MANTAP yang diumum semalam oleh sekumpulan bekas pemimpin Umno negeri dengan tugas pertamanya membuat kaji selidik pada kalangan 10,000 penduduk Perlis mengenai kepimpinan Md Isa sebagai Menteri Besar.

Abdul Jamil yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sena berkata adalah tidak adil untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan Md Isa hanya selepas dua tahun beliau meneraju negeri itu

"Jika asyik sibuk dengan penilaian maka pembangunan negeri juga akan terjejas," katanya sambil menyifatkan penubuhan MANTAP yang diketuai bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dan kajiselidik yang bakal dijalankan itu sebagai "usikan" mereka yang kecewa dalam perjuangan parti.

Abdul Jamil juga menegaskan isu pertukaran Menteri Besar Perlis daripada Md Isa kepada Shahidan tidak pernah berbangkit meskipun khabar angin bertiup kencang sejak lebih setahun lalu.

Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad pula kecewa dengan pembabitan Exco Wanita Azihani Ali dalam sekretariat itu yang dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan anggota wanita dalam parti.

"Kami tak akan berdiam diri walau apa pun terjadi. Kami tetap menyokong Menteri Besar Perlis yang ada," katanya.

Bekas Adun kawasan Kayang, Azam Rashid pula menyifatkan kehadiran MANTAP hanya mengeruhkan keadaan politik yang kini tenang.

Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar itu berkata mereka akan membuat satu laporan polis terhadap badan tersebut yang didakwanya mahu menimbulkan keresahan rakyat.BERNAMA

Read more ...

PR Perak belum bincang “Semboyan Halilintar ke Putrajaya”

IPOH , 9 Mac : Pakatan Rakyat (PR) Perak masih belum memberi apa-apa kata putus berhubung tindakan PR Negeri Sembilan yang akan menandatangani perjanjian persefahaman menyokong agenda “Semboyan Halilintar ke Putrajaya”.

Pesuruhjaya PAS Perak, Abu Bakar Hussain berkata, perkara ini masih belum dibincangkan lagi di peringkat PR negeri dan kita masih belum mengetahui secara mendalam tujuan sebenarnya semboyan halilintar dilaksanakan.

Menurutnya, setakat ini hanya PR Negeri Sembilan sahaja yang melaksanakan gerakan berkenaan, negeri-negeri lain masih belum berbuat demikian.

“Bagaimanapun, kami akan membincangkan perkara ini jika ia memberi manfaat kepada semua pihak, besar kemungkinan PR Perak akan membuat perkara yang sama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Mustafa Kamil Ayub pula menyifatkan ia adalah satu idea yang baik.

Katanya, di peringkat negeri Perak, ia masih belum dibincangkan secara mendalam sebaliknya kami lebih menumpukan kepada dua perkara utama yang masih belum selesai dalam kelemut politik negeri.

“Dua perkara berkenaan merangkumi isu sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 30 Mac ini dan kedudukan Speaker DUN yang masih menjadi persoalan dan belum selesai.

“Namun begitu, tindakan PR Negeri Sembilan ini, kita akan berbincang dengan seluruh kepimpinan PR negeri terlebih dahulu dan akan mengambil keputusan sewajarnya kelak,” katanya.SH

Read more ...

Pemimpin jangan bangga dengan kuasa yang ada

ALOR SETAR, 9 Mac : Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengingatkan golongan pemimpin, terutama yang beragama Islam agar tidak berbangga dengan kuasa yang dimiliki.

Titah baginda, kuasa adalah amanah daripada Allah S.W.T. untuk dilaksanakan oleh golongan pemimpin dengan sebaik-baiknya bagi memenuhi keperluan rakyat dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini.

“Kerana itu, dalam menunaikan amanah ini, setiap pemimpin perlu ada sifat keikhlasan agar pentadbiran yang dilaksanakan mendapat restu dan hidayah daripada Allah S.W.T.,” titah baginda.

Tuanku Abdul Halim bertitah, agama Islam yang dibawa oleh Rasullah S.A.W. berdiri di atas prinsip luhur yang tidak mempunyai tipu helah dan prinsip itu telah menjadi dasar yang mendatangkan kebaikan kepada manusia sejagat.

“Agama Islam telah hadir bertujuan untuk mengeluarkan manusia daripada kegelapan atau kejahilan untuk menuju ke jalan yang terang lagi benar dengan membetulkan akidah dan pembangunan serta akhlak.

“Garis panduan tertentu turut diberikan untuk membina masyarakat yang kukuh dan saling bantu membantu sesama umat manusia untuk kesejahteraan hidup,” titah baginda ketika menyampaikan ucapan pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Kedah, di sini, semalam.

Tuanku Abdul Halim bertitah, sambutan Maulidur Rasul yang disambut pada setiap tahun dapat menyemarakkan semula nilai kemanusiaan kerana agama Islam merupakan agama suci yang didokong oleh umat sejagat.

Baginda bertitah, Allah telah memberi amanah kepada Rasullah S.A.W. kerana yakin dengan keperibadian yang ada pada baginda untuk memimpin umat manusia.

Majlis yang bertema Memantapkan Ukhwah, Memperkasakan Ummah turut diserikan dengan pameran Artifak Kesenian Islam daripada khazanah Muzium Istana Topkapi, Istanbul.

Pada majlis yang sama, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam turut berkenan menyampaikan Anugerah Maulidur Rasul kepada Zakaria Ismail, 73, dari Jeneri, Sik yang merupakan pengasas Madrasah Irsydiah Islamiah dan beliau diiktiraf kerana jasa dalam pendidikan sekolah pondok menerusi penubuhan madrasah itu pada 1974.

Tokoh Imam pada tahun ini dianugerahkan kepada Abdul Somad Abdul Halim, 81, sebagai mengiktiraf sumbangan beliau sebagai imam Masjid Kampung Sena, Tobiar, Pendang sejak 39 tahun lalu.SH

Read more ...

368 ketua kampung di Selangor terima surat kuasa

SHAH ALAM , 9 Mac : Seramai 368 ketua kampung seluruh Selangor menerima surat kuasa (watikah) pelantikan sebagai ketua kampung semasa Majlis Penyampaian Watikah Ketua Kampung Negeri Selangor yang diadakan di Stadium Malawati, di sini semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pelantikan itu dibuat selepas mereka (ketua-ketua kampung) telah berjaya melepasi tempoh percubaan lantikan sebagai ketua kampung selama enam bulan.

“Kerajaan Negeri melantik ketua-ketua kampung kerana kita sedar jawatan ini sangat penting bagi memastikan segala rancangan Kerajaan Negeri dapat dilaksanakan sehingga ke seluruh mukim dan kampung.

“Mereka juga berperanan sebagai agen Kerajaan Negeri untuk menyampaikan maklumat dan membantu melaksanakan program dan projek-projek pembangunan di peringkat akar umbi,” katanya ketika berucap pada majlis berkenaan.

Menurut Abdul Khalid, pengurusan negeri yang maju bermula daripada kecekapan pentadbiran di peringkat akar umbi terutamanya di peringkat kampung, kemudian di peringkat daerah.

“Oleh itu jika dilihat pada sudut peranan dan tanggungjawab, maka peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) amat besar iaitu sebagai perantara kerajaan dan masyarakat.

“JKKK mewakili Kerajaan Negeri bagi menyampaikan segala maklumat dan perancangan yang hendak dilaksanakan dan pada masa sama JKKK merupakan wakil masyarakat kepada kerajaan.

“Dalam hal ini, jika tidak ada kerjasama yang erat antara semua pihak, maka jentera pentadbiran negeri Selangor tidak dapat digerakkan dengan lancar dan berkesan,” katanya.

Turut hadir pada majlis berkenaan termasuk Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakop Sapari, Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liew Tian Khiew dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud.SH

Read more ...

Ekonomi negeri Pakatan mampu selamat negara

SHAH ALAM, 9 Mac : Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ekonomi di negeri-negeri di bawah pentadbiran PR menunjukkan perkembangan amat positif dan mampu menyelamatkan negara.

“Selangor mencatat jumlah pelaburan sebanyak RM6.76 bilion dengan 20,753 peluang pekerjaan. Daripada jumlah itu, 40.8 peratus adalah pelaburan tempatan selain penurunan indeks jenayah sebanyak 5.3 peratus iaitu sebanyak 54,339 kes sepanjang tahun 2009 berbanding 57,704 kes pada tahun sebelumnya.

“Selangor juga memperuntukkan kira-kira RM6 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu untuk aktiviti pendidikan dan pembelajaran berteraskan Islam sepanjang 2010,” katanya pada sidang media sempena Ulang Tahun ke-2 Pemerintahan PR di ibu pejabat PKR, di sini, semalam.

Anwar berkata, ekonomi di Pulau Pinang juga menunjukkan perkemba- ngan positif dengan merekodkan lebihan belanjawan sebanyak RM88 juta, mewujudkan 200 ekar hub pendidikan untuk menjadikan negeri itu pusat pendidikan terunggul dan mengiktiraf pelajar terbaik SPM dan STPM melalui bantuan kewangan (pemberian tunai).

Katanya, bantuan juga diberikan kepada SAR negeri itu berjumlah RM97,000 setiap sekolah, RM60,000 untuk sekolah Cina dan RM63,000 kepada sekolah Tamil dengan jumlah keseluruhan RM11.3 bilion.

Sementara itu di Kedah, Anwar berkata, negeri itu telah mencatat jumlah pelaburan keseluruhan lebih RM839 juta dengan nilai pelaburan tempatan sebanyak RM279.4 juta dan asing sebanyak RM559.8 juta.

“Walaupun dianaktirikan, Kelantan berjaya dengan program Kilafah, menjadikan bandar Kota Bharu sebuah pusat komersial satelit dan mengambil alih bekalan air daripada Thames Water kepada Air Kelantan,” katanya.SH

Read more ...

PAS dan Umno tak mungkin berbaik












KOTA BHARU , 9 Mac :
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS tetap meneruskan perjuangan dalam Pakatan Rakyat (PR) dan sama sekali tidak akan berbaik dengan UMNO yang telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan parti itu sebelum ini.

Menurutnya, meskipun parti itu menolak pendekatan perpaduan dengan UMNO, namun bukan bermakna PAS mengetepikan tanggungjawab menyebarkan Islam yang menjadi teras perjuangannya selama ini.

“UMNO menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.” katanya dalam perutusan sempena dua tahun pemerintahan PR.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, PAS pernah membuat persetujuan untuk bersama-sama dengan Barisan Nasional(BN) walaupun ada yang menyokong dan menentang sehingga menyebabkan berlakunya kecelaruan dalam parti.

Namun katanya, adalah suatu perkara yang sukar diterima memandangkan PAS berkorban semata-mata ingin bersama UMNO, tetapi tindakan itu tidak dihargai dengan menendang keluar dari kerjasama tersebut.

“Ia sungguh perit untuk berbaik semula dengan UMNO atau masuk balik bersama BN. Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan dalam PR,” katanya.

Dalam pada yang sama, Nik Aziz berkata, PAS dituduh sebagai boneka DAP sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, UMNO yang mendapat kuasa majoriti tetapi gagal memerintah dengan kuasa yang diberikan.

“Apa yang jelas pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan UMNO sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan.

“Ada sejumlah kerusi yang sepatutnya UMNO bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC," katanya.SH

Read more ...

Umno jangan mimpi










SHAH ALAM, 9 Mac :
K
etua Kelab Penyokong-Penyokong Selangor, Mohamed Azmin Ali memberi amaran kepada jabatan-jabatan kerajaan khususnya anggota polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya tidak menjadi alat perkakas Umno dan Barisan Nasional bagi meruntuhkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, kudeta kerajaan seperti ini tidak berkeupayaan menundukkan kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat kerana rakyat secara total menolak pemerintahan Umno-BN dalam pilihanraya lalu.

"Genap dua tahun berlakunya tsunami politik dalam negara kita, dua tahun lalu orang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan dan seluruh rakyat Malaysia dengan berani dan tegas bangun untuk menyatakan pendirian mereka dengan menolak Umno dan Barisan Nasional serta mengangkat suara rakyat sebagai kuasa baru termasuk di negeri Selangor ini," katanya ketika berucap pada program 'Syarahan Perdana 2 Tahun Pentadbiran Kerajaan Selangor' di Stadium Malawati Shah Alam malam tadi.

Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa ini turut memberi jaminan Pakatan Rakyat merupakan pilihan rakyat di Selangor pada masa kini seterusnya akan datang.

"Saya percaya dengan rekod dua tahun Pakatan Rakyat di Selangor, dalam dua tahun yang akan datang kita akan menghadapi satu lagi pilihanraya bukan sahaja kita pertahankan kerusi-kerusi yang ada malah kita akan berjaya memerintah Selangor dengan majoriti sokongan yang lebih besar, kita juga akan meraih lebih banyak undi daripada rakyat Selangor."

Justeru, katanya, amanah yang diberikan rakyat kepada Pakatan Rakyat di Selangor akan diurus dengan sebaik-baiknya.

"Saya ingin memberi jaminan kepada Menteri Besar, kami akan memikul amanah ini, kami tak akan khianat amanah yang diberi rakyat kepada kami, kami akan mendukung pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dan didukung seluruh kekuatan Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Namun kita jangan terlalu selesa kerana di luar sana ada mahkluk sejenis spisis yang rakus, ganas, zalim yang masih bercita-cita untuk merampas kerajaan dan serata rakyat di Selangor.

"Mereka mungkin berjaya di negeri Perak tetapi apakah mereka akan berjaya di negeri Selangor, Insya-Allah tidak," katanya sambil disambut laungan 'tidak' lebih 8,000 hadirin.

Beliau turut mengulas kejayaan Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor 7 Mac lalu termasuk tindakan ganas polis menganggu majlis ceramah yang diadakan Pakatan Rakyat sempena ulang tahun kedua pentadbirannya.

"Konvensyen lalu membuktikan kekuatan yang ada di kalangan pemimpin KEADILAN, PAS, dan DAP, kita muafakat dengan berpegang kepada kerangka besar agenda perjuangan untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri Selangor dan Alhamdulillah dengan kepimpinan yang telah ditunjukkan oleh Menteri Besar dan seluruh anggota Exco Selangor, kita telah berjaya menjana perubahan lebih besar apa yang telah dilakukan Umno selama 50 tahun lalu.

"Namun asakan masih lagi berlaku. Malam semalam (7 Mac), kita mengadakan sambutan dua tahun program yang sama peringkat Wilayah Persekutuan sebab Wilayah Persekutuan juga Pakatan Rakyat menang, 9 Parlimen daripada 10 Parlimen.

"Kalau Umno benar-benar ada maruah, sepatutnya Menteri Wilayah Persekutuan adalah di kalangan pimpinan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka pilih orang yang tidak bertanding, tidak diangkat oleh rakyat.

"Tetapi sambutan kita malam tadi diserang kerana apa kerana Umno sudah tidak ada kekuatan untuk berdepan dengan rakyat. Umno tidak ada kekuatan untuk mendepani isu-isu rakyat. Umno sekadar menggunakan jentera kerajaan, tali SPRM, jabatan peguam negara dan mahkamah untuk menekan rakyat, tetapi percayalah rakyat negeri Selangor akan bangun mempertahankan hak rakyat dalam negeri Selangor. Hari ini mereka perintah esok belum tentu," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pimpinan Pakatan Rakyat mengamalkan nilai-nilai murni dan menjaga amanah yang dipertanggungjawabkan dengan baik. Sementara bagi mereka yang belot akan menerima akibatnya.

"Yang pergi biarlah mereka pergi. Yang penting Pakatan Rakyat khususnya KEADILAN ingin memberikan satu mesej yang cukup jelas kepada rakyat di negeri Selangor. Kita akan bertindak dengan tegas tidak kira dia Ahli Parlimen ataupun Ahli Dewan Negeri, kalau dia tidak memikul amanah rakyat, dia tidak menjaga amanah rakyat, kita akan nyahkan daripada parti KEADILAN.

"Dalam KEADILAN, dalam Pakatan Rakyat, tidak ada tempat bagi mana-mana pemimpin yang bertungkus-lumus dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tender-tender dan projek-projek. Tidak ada tempat bagi pemimpin yang berlumba-lumba untuk mendapatkan kedudukan dan jawataan, dan di Selangor tidak ada tempat bagi pemimpin yang cuba merebut jawatan-jawatan dalam syarikat-syarikat dan anak-anak syarikat kerajaan negeri. Ini adalah hak rakyat dan bukan hak Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Negeri untuk menentukan," terang ADUN Gombak ini lagi.

Beliau turut menegaskan pemimpin-pemimpin Umno-BN terdahulu yang bertanggungjawab menyeleweng khazanah di Selangor hendaklah diheret ke muka pengadilan supaya hak rakyat di negeri itu dapat dikembalikan. SK/TVS

Read more ...

Satu dunia kata Umno-BN pimpinan paling korup,







SHAH ALAM, 9 Mac : "Kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional, tak ada orang tak kata. Satu dunia kata. Yang tak kata Utusan Melayu. Yang tak kata Berita Harian. Yang tak kata TV3. Yang tak kata TV1. Yang tak kata TV2. Tapi satu dunia kata pimpinan UMNO Barisan Nasional, zaman berzaman, adalah pimpinan yang paling korup!"

Demikianlah kritikan yang dilontarkan oleh Hasan Ali (gambar kiri), EXCO Kerajaan Negeri Selangor terhadap UMNO-BN. Malah, Pesuruhjaya PAS Selangor yang beberapa kali mencetus kontroversi di kalangan PR ini, menyerang habis-habisan pimpinan UMNO-BN dan bekas Menteri Besar BN Selangor Khir Toyo, semalam.

Susulan daripada seruan terbuka untuk "mengebumikan UMNO-BN pada PRU ke-13" dalam ucapannya di Konvensyen PR Selangor pada 7 Mac, Hasan Ali semalam membuktikan dirinya masih bersama PR, dengan kata-kata pedasnya yang dilemparkan terhadap UMNO-BN dalam "Syarahan Perdana Sempena Ulang Tahun Ke-2 Kemenangan Pakatan Rakyat Negeri Selangor", di Stadium Malawati Shah Alam.

Pemimpin yang pernah "dikhabarkan" bakal "melompat" untuk menjatuhkan kerajaan PR Selangor ini bermula dengan melafazkan syukur kepada Allah swt, "... Sebab, bagi sesetengah orang, UMNO terutamanya, meramalkan kita (PR) dapat memerintah Selangor ini sekadar enam bulan. Ada yang meramalkan tak lebih daripada tiga bulan. Tapi sekarang sudah masuk bulan yang ke-24, dua tahun hari ini."

Melihat kepada sambutan masyarakat Selangor terhadap PR, Hasan Ali menyambung ucapannya dalam tepukan, "...Yakinlah, Pakatan Rakyat terus jadi pilihan rakyat untuk tahun-tahun dan dekad-dekad yang akan datang!"

Batu asas dalam tamadun manusia

Sebermulanya Hasan Ali berucap, beliau menyeru agar hadirin-hadirat memujuk keluarga, jiran dan orang ramai untuk bersama perjuangan politik PR.

"Nak pujuk untuk apa? Nak pujuk untuk bersama-sama meletakkan satu batu asas pembinaan tamadun manusia, tamadun yang akan ditegakkan atas dasar... satu perkataan yang..., tuan-tuan, sangat memberikan harganya, nilai yang paling tinggi...," sebelum beliau menyambung, "Perkataan itu ialah keadilan."

"Saya nak tengok anak saya hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cucu Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Saya nak tengok cicit Hasan Ali nanti hidup dalam suasana adil! Adil untuk dirinya, adil untuk keluarganya, adil untuk masyarakatnya, adil untuk negerinya, adil untuk teman-teman Cina, teman-teman India, teman-teman Melayu yang mesti digarap, yang mesti disongsong atas makna keadilan yang sebenarnya!" kata-katanya disambut dengan tepukan daripada lebih 4,000 penyokong yang hadir semalam.

Khir Toyo menjadi sasaran

Hasan Ali kemudian memperhebatkan serangannya terhadap bekas kerajaan negeri Selangor BN, dengan membandingkan antara UMNO-BN dengan PR.

"Sejarah seluruh Menteri Besar (Selangor), sejarah mereka dicatit dengan sejarah hitam, black history," katanya merujuk kepada 13 orang bekas MB Selangor BN sebelum Khalid Ibrahim menyandang jawatan tersebut selepas PRU ke-12. Beliau sempat mengusik Khir Toyo, dengan berkata, "...Menteri Besar UMNO BN akhir sebelum Khalid Ibrahim, rumah di Shah Alam, (bernilai) 24 juta."

Hasan Ali menyindir Khir Toyo yang memanggil sidang akhbar dalam minggu pertama ketika baru-baru dilantik menjawat MB, memberitahu media bahawa beliau berasal dari "keluarga yang sangat miskin", "...jual botol untuk bayar yuran sekolah", "tapi anak jual botol bina rumah (bernilai) 23 juta!"

Untuk membandingkan antara UMNO-BN dengan PR, beliau mendakwa setiap kali sebelum mesyuarat kerajaan negeri, Menteri Besar (PR, gambar kanan) akan sendiri baca doa, "Wahai Allah, Hindarkan kami dari rasuah, wahai Allah..."

Hasan Ali kemudiannya cuba menonjolkan kekayaan dan kemewahan hidup yang dinikmati pemimpin UMNO-BN, dengan berkata, "Kalau ada istana di Sabak Bernam, istana itu adalah rumah ADUN-ADUN atau MP-MP UMNO-Barisan Nasional, betul atau tidak?"

Malah, beliau seterusnya menyasarkan bekas MB, "Kalau ada istana selain daripada istana Sultan di Shah Alam ini, istana itu pastinya istana Menteri Besar yang ke-13, Yang Amat Berhormat Khir Toyo!"

Kepimpinan Ulamak

Untuk Hasan Ali, perbezaaan kedua yang wujud antara UMNO-BN dengan PR adalah, PR berjaya membariskan ulamak besar seperti Nik Aziz (Mursyidul Am PAS), Hadi Awang (Presiden PAS), Haron Din (Timbalan Mursyidul Am PAS) dan Harun Taib (Ketua Dewan Ulama' PAS) dalam pimpinannya.

"Untuk membangun negara, kita perlukan ulamak besar ini untuk merintis jalan kita," katanya. Beliau kemudian menjelaskan bahawa pimpinan ulamak tersebut akan memastikan PR sentiasa berada dalam jalan lurus yang diredai Allah, iaitu jalan yang adil, menjaga hak negeri, tidak mementingkan sendiri, keluarga dan kekayaan untuk peribadi.

Media: Najib-Rosmah-Muhyiddin

Hasan Ali memegang portfolio sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam. Selain membentangkan pencapaiannya dalam "menghidupkan semula masjid dan surau", selepas mengambil alih kerajaan negeri dari UMNO-BN, beliau juga menyentuh isu kebebasan bersuara.

Sambil mempertikaikan "keadilan" yang ditampilkan media cetak arus perdana, beliau menyindir penyiaran rancangan televisyen yang sarat dengan muka-muka tertentu sahaja. "Buka pula televisyen, lepas Najib (Perdana Menteri), Rosmah (isteri Najib). Lepas Rosmah, Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri). Lepas Muhyiddin, Rosmah balik..." kata-katanya ini disambut dengan gelak-ketawa di bawah pentas.

Beliau memaklumkan bahawa kerajaan PR Selangor sedang mengkaji pengubalan Enakmen Keterbukaan Infomasi Maklumat, yang diusahakan oleh EXCO Selangor, Elizabeth Wong. Beliau menjanjikan saluran maklumat yang tepat dan adil untuk masyarakat, melalui saluran media PR seperti Selangorkini, TV Selangor dan sebagainya.MerdekaReview

Read more ...