Himpunan di ambang Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang turut dirai bersama oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bertempat di restoran Singgah Singgarung di Jalan Tuaran Kota Kinabalu malam tadi mendapat sambutan hebat di luar dugaan dari kalangan masyarakat Sabah. Kira-kira 20,000 hadir untuk bersama sama-sama menghitungkan detik 12:00 malam 16 September sempena hari ulang tahun penubuhan Malaysia ke 49.
Kalaulah majlis itu tidak diganggu mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya telah tiga kali terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat kebenaran. Beberapa sekatan jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga diadakan bagi melecehkan perjalanan orang ramai.
Semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir dan ia merupakan satu sejarah, sekaligus menjadi majlis malam tadi menyebabkan pimpinan Umno Sabah dibawah pimpinan Musa Aman akan menjadi tidak berapa aman lagi.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir bersama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama timbalannya Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng.
Selain itu semua pemimpnan tertinggi dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat Sabah itu hadir.
Walaupun majlis malam tadi agak terganggu kerana angin dan hujan di namun orang ramai terus berada dalam majlis berkenaan. Sikap ini menjelaskan orang ramai yang hadir benar-benar ingin menyatakan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan kerajaan Sabah hari ini.
Pernyataan Hadi itu menjelaskan akan keadilan Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Pernyataan itu juga sekaligus dapat menyapu kekeliruan sesetengah pihak yang kabur mengenai bentuk atau prinsi-prinsip pemerintahan Islam yang adil dan saksama.
MSO
Read more ...
Anwar sedang menyampaikan amanah. |
Barisan pimpinan tertinggi PR. |
Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.
Sebahagian dari hadirin. |
Kesesakan jalan raya kerana gangguan. |
Lain-lain pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.
Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.
Bendera Pas melatari himpunan. |
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim.
Program itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa yang lain.
Husam Musa antara pemimpin Pas yang sampai awal. |
Beberapa orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49 itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah Lajim Okim.
Menafsir himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.
Seorang pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.
Menurutnya rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20 yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.
“Saya yakin kerajaan BN akan bertukar dalam pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu tidak sekuat hari ini.
Serorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.
“Saya tidak mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.
“Dulu rakyat masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.
Mereka yang hadir juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang tujuh janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.
Manakala Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan sebahagian sedikit hadirin terkaget.
Menurut Abdul Hadi rakyat tidak maju dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.
“Apa-apa kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.
MSO