Wednesday, May 11, 2011

JUARA BARU CARTA BLOGGER DISAYANGI UMNO

TOP 3 : BLOGGER DISAYANGI UMNO



NO 1. BIGDOGDOT

Inilah juara baru carta blogger disayangi UMNO , mengatasi blogger - blogger fitnah UMNO yang lain. BIGDOGDOT memberi kejutan apabila muncul dengan fitnah paling rasis dan mengemparkan.

Keberanian BIGDOGDOT menjadikannya blogger paling disayangi UMNO. Seperti ada kekebalan blogger ini masih tidak disentuh polis walaupun fitnahnya sangat bahaya.

BIGDOGDOT nama baru disayangi UMNO bakal mengemparkan negara lagi selepas ini, tulisan fitnahnya masih kekal diblognya. KEBAL......KEBAL.......


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgtJiFw555fqEUfM4psbTjML0I0QGrjTGD_FhclkxCjZ-AjO9FzN_H4w16Jjlitaju2MXSfVubHLqNCRcZTLyKAQtb3bUthI3HdBqiuyixDozECqR5lSNvcT3gfPI7425FLpYKTrye4qlo/s320/parpukari1.JPG

NO 2. PARPU KARI

Setelah mengatasi PAPA GOMO menduduki rangking NO. 1 blogger disayangi UMNO kerana gambar terbuka minum arak , kini PARPU KARI gagal mempertahankan kejuaraannya.

Adakah PARPU KARI akan mencipta fitnah baru dalam blognya bagi menaikkan kedudukan dalam carta, kita nantikan , NANTIKAN....NANTIKAN.....kemunculan baru PARPU KARI


http://shahalamkini.com/v2/wp-content/uploads/2011/04/papagomo_01.jpg

NO. 3 PAPA GOMO

Lama PAPA GOMO menduduki carta NO . 1 blogger disayangi UMNO kerana kepakarannya dalam kerja fitnah. Tapi selepas gambar minum arak PARPU KARI didedahkan , PAPA GOMO turun satu anak tangga ke NO.2 .

Nasib tidak menyebelahi PAPA GOMO apabila jatuh satu lagi anak tangga apabila BIGDOGDOT merampas gelaran juara blogger disayangi UMNO.

Akibat kejatuhan ini, PAPA GOMO mengamuk sehingga mahu BIGDOGDOT dimasukkan ke kandang ISA.HEBAT....HEBAT....

Read more ...

Siapa kritik Mat Said digelar pengkianat ?

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/bannerbt6.jpgMenteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad said pernah berkata, slogan Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan – rakyat perlu didahulukan, bukan sekadar janji manis.

Namun, hakikatnya, beliau sendiri yang sering 'bermulut manis' berjanji projek itu dan ini, serta mengurus tadbir kerajaan Terengganu umpama mentadbir syarikatnya 'sendirian berhad'.

Beliau telah berjanji, kerajaan BN Pusat akan membayar royalti petroleum sepenuhnya kepada rakyat dan negeri Terengganu.pada bulan Mac 2011 lalu

Janji itu dibuat Ahmad pada 13 Disember, 2010, dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Namun, ketika Perdana Najib datang pada 30 April baru-baru ini, Najib sikit pun tidak berkata, kerajaan pusat akan membayar royalti tersebut.

Selepas 3 hari Najib pulang, pada 3 Mei, Ahmad berbuat janji pula ketika melawat Hospital Setiu.

Katanya Kuala Trengganu akan mempunyai sebuah lagi Hospital Pakar Swasta yang akan dibina oleh Kuala Terengganu Specialist Centre, dibawah anak syarikat kerajaan negeri.

Pada hal, ketika dia melawat hospital Setiu itu pun, masalah dewan bedah yang tidak selesai sejak tahun lalu, belum diperbaiki.

Dalam pada itu, hospital jantung yang dijanjikan oleh Ahmad akan di bina di Kijal juga tidak dengar 'khabar berita'

Manis mulutnya bagai lidah tidak bertulang dan berkata pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Siswa dan Siswi serta Anak Terengganu di Kuala Lumpur, di Seri Pacific Ballroom, Kuala Lumpur.

“yang miskin dan kurang bernasib baik khususnya yang menghidap penyakit jantung, kanser dan strok lebih terjamin apabila Institut Jantung Terengganu bakal beroperasi pertengahan tahun depan,”kata Ahmad sebagaimana dipetik UKOM.

Cadangan dan perancangan Ahmad juga memalukan kakitangan kerajaan dan rakyat negeri Terengganu.

Banyak projek-projek beliau, bukan sahaja dikritik oleh PAS sebagai pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), malah oleh ADUN Umno sendiri.

Antaranya adalah projek ubi gadung yang bernilai RM2 juta.

Projek pulau-pulau RM300 juta di Kenyir juga menjadi buah mulut orang.

Bagaimana seorang Menteri Besar boleh membeli seekor angsa dengan harga RM5000, hampir sama harganya dengan sebuah motosikal kapcai.

Justeru ramai yang mengkritik Ahmad dan kerajaan Uno-BN Terengganu dibawah pimpinannya.

Sepatutnya Ahmad bersikap terbuka dan terus buat kerja, sebagaimana yang pernah diucapkannya juga.

Tetapi, kerana sikap 'pongoh' dan 'gedebe'nya, beliau memberi amaran kepada kakitangan kerajaan.

Selepas mengugut guru-guru pasal projek politik 'E-Book'nya, Ahmad melabel kakitangan kerajaan sebagai ‘gunting dalam lipatan’ dan menuduh kakitangan menyokong pembangkang.

Ahmad berkata demikian pada Majlis Perjumpaan Menteri Besar Terengganu Bersama Ketua-ketua Jabatan dan Kakitangan Kerajaan Daerah Hulu Terengganu.

Beliau seolah-olah tidak sedar, bukan Umno-BN yang membayar gaji kakitangan kerajaan, tetapi wang hasil cukai yang dipungut dari rakyat yang membiayai emolumen kakitangan.

Sebab itu beliau berkata, kakitangan tidak boleh kerana gaji mereka dibayar oleh kerajaan.

“Kita tahu ada kakitangan kerajaan yang menyokong pihak lain (pembangkang) dan kita juga telah mengenal pasti tetapi kita akan beri peluang terlebih dahulu kepada individu ini.

“Paling penting, kakitangan kerajaan dan ahli politik perlu bergerak seiring melaksanakan dasar kerajaan bukan sekadar menjadi api dalam sekam. Malah, budaya ‘punch card’ dan kemudiannya keluar minum tidak seharusnya terus dijadikan amalan kerja,” katanya yang membayangkan masalah yang sedang berlaku dalam pentadbirannya.

Tetapi bagaimana kakitangan kerajaan mahu mempertahankan kerajaannya, sekiranya beliau membina 'sistem parking' pelik dengan harga RM9 juta.

Setelah dua bulan beroperasi, hanya mdapat kutipan RM300 sahaja!

Bagaimana kakitangan kerajaan boleh setuju apabila diarahkan menyodok rumah rakyat, sedang perundingan tidak dibuat dengan tuannya, sebagaimana yang berlaku di Banggol Donas.

Bagaimana kakitangan boleh setuju kalau Ahmad menggunakan wang kerajaan jutaan ringgi untuk beri makan 'gajah' dan 'harimau' di Zoo peribadinya?

Tak bolehkah kakitangan kerajaan kritik kalau Ahmad kata, peruntukan ratus juta untuk besarkan jalan, tapi hanya buang 'divider' sahaja, sebagaimana dilakukakannya jambatan Sultan Mahmud, sepanjang jalan Tengku Mizan?

Siapa pun akan kritik Ahmad dan kerajaan Umno-BN, bila Najib datang, kedai-kedai di Batu Enam diberikan 'banner' untuk tanda nama, kemudian diminta bayar RM120 ???
BO

Read more ...

UMNO terus mainkan isu agama dan bangsa untuk kuasa

- kerana perlukan 5% sokongan Melayu Islam

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita47/idrisceramahcukai.jpgKEMAMAN - Kekerapan Umno dan Barisan Nasional (BN) memainkan isu yang menyentuh bangsa dan agama menandakan pilihanraya umum ke-13 adalah terlalu hampir.

Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad menjangkakan pilihanraya umum akan diadakan paling awal pada bulan Julai akan datang dan selewat-lewatnya akan diadakan pada bulan November.

Menurutnya ada empat isu yang berkaitan bangsa dan ugama yang akan di'heret' oleh Umno-BN sehingga pilihanraya umum diadakan.

"Bunga-bunga pilihanraya (umum ke-13 akan diadakan) sudah dekat, dijangka pilihanraya akan diadakan pada bulanJulai, secepat-cepatnya, kemungkinan juga (kalau) habis lewat dalam bulan November,

"Teruitama kalau kita lihat dari segi isu yang dibangkitkan, isu video seks, isu Umno mahu berbaik dengan PAS supaya PAS keluar dari Pakatan Rakyat, isu (agama rasmi) negara digantikan dengan kristian (dan) PAS dianggap sebagai kuda tunggangan DAP,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah Isu-isu Semasa di Kuala Kemaman, disini, 9 Mei.

Namun begitu, katanya, isu-isu yang dimainkan tidak mendapat perhatian, sebaliknya menimbulkan kemarahangolongan terbabit kepada Umno-BN.

Menurutnya, oleh kerana sokongan masyarakat Cina dilihat tidak akan kembali, BN akan memberikan kepada pengundi Melayu.

"Mutakhir, dengan daftar pemilih penggal pertama yang baru saja dikeluarkan, kita lihat di Selangor klhususnya, hampir 80,000 berlaku penambahan pengundi, teruitama DUN (majoriti orang Melayu) untuk mereka fokus,

"jadi, mereka tidak boleh tunggu lama, yang penting mereka mahukan kuasa,"jelasnya.

Beliau mendakwa, Umno-BN akan cuba mendapatkan undi Melayu sebanyak lima peratus dikawasan-kawasan Melayu yang ditandingi, samada peringkat DUN atau Parlimen bagi mengekalkan kuasa mereka.

Belaiu menolak dakwaan bahawa orang Melayu tdak boleh berubah, malah yakin, orang Melayu juga boleh berubah sebagaimana kaum lain yang menyokong PAS dan Pakatan, sekiranya diberikan penerangan.

"jentera penerangan kita (mungkin) tidak sampai ke kawasan (dimana) orang Melayu menjadi pengundi tegar, bukan orang Melayu tidak boleh berubah,

"kita mesti terangkan (kepada mereka) antaranya PAS lebih bijak untuk menjaga (orang) Melayu daripada Umno,"tegasnya.

Selain itu, menurutnya, maklumat juga mesti disampaikan kepada orang Melayu bahawa Umno telah berpakat dengan MCA untuk mengkhianati Islam dan Melayu.

Katanya, Umno telah menggunakan kapasitinya, bukan untuk menaikkan taraf orang-orang Melayu, malah sebenarnya Umno telah menindas mereka

Read more ...

Percaya lagi fitnah Utusan, Pandy Kutti punya Utusan

UTUSAN Malaysia akhbar milik gerombolan songkok tinggi semalam menyiarkan sebuah berita yang dilihat sengaja dibesar-besarkan tentang isu Anwar Ibrahim menyebut perkataan "Pandy Kutti" di dalam ceramahnya yang diadakan di Dewan Hamzah Klang Sabtu lalu di hadapan masyarakat India.

Utusan memutarbelitkan perkataan yang disebut Anwar Ibrahim itu kononnya Anwar menyebut gelaran "Pandy Kutti" (anak babi) kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu [Utusan]


Perdana Menteri Najib, apabila diminta mengulas tentang laporan itu menyerang kembali Anwar Ibrahim serta menyifatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai mengamalkan politik tidak beretika.

Sungguh pun selama ini gerombolan songkok tinggi tidak henti-henti meyerang peribadi Anwar Ibrahim dengan video lucah, kes seksual dan lain-lain sebagai taktik meraih sokongan politik, Najib sempat "berpura-pura suci" sambil berkata

'Tetapi untuk serang peribadi orang lain, itu sudah terjebak dalam kancah politik yang tidak beretika. Saya percaya rakyat sendiri boleh menilai dan saya tak perlu buat ulasan lebih lanjut mengenainya'


Bagaimana pun, orang tengah sebenar yang melagakan antara Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim, adalah Utusan Malaysia. Anwar Ibrahim tidak pernah menggelarkan Najib sebagai "anak babi" (Pandy Kutti), sebenarnya Anwar menujukan perkataan "pandy kutti" kepada politik kotor dan lucah yang dilakukan oleh UMNO.

Namun begitu, Utusan dilihat sengaja mengubah dan memutar belitkan isu ini dengan membuat laporan fitnah bagi menggambarkan Anwar Ibrahim menggelarkan Najib anak babi. Sebagai bukti, sila tonton video rakaman ucapan Anwar Ibrahim pada waktu itu, di bawah ini.

Read more ...

Subsidi untuk ahli UMNO : Ahli UMNO dapat diskaun harga gula jika tunjuk kad ahli ?

Kemana pergi subsidi yang dijimat?


11 MEI — Harga gula sekali lagi dinaikkan semalam. Regim penguasa cuba mengelirukan rakyat dengan tidak menggunakan perkataan naik harga sebaliknya penyelarasan.

Harga gula akan naik 20 sen kepada RM2.30 sekilogram berkuatkuasa esok (10 Mei). Kenaikan harga gula kali ini kerana regim sudah tidak mampu mengeluarkan RM116.6juta sebagai tanggungjawab memberikan subsidi kepada rakyat.

Langkah sedikit — demi sedikit ini adalah untuk melalikan rakyat agar sehingga satu tahap nanti rakyat akan terbiasa dengan harga pasaran terbuka. Rakyat akan hanyut dalam pasaran terbuka dunia kerana regim sudah tidak mampu melindungi rakyat.

Ini diakui oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Mohd Zain Mohd Dom, yang mengatakan dalam kenyataan pengumuman kenaikan harga gula dengan mengatakan langkah ini adalah selari dengan strategi jangka panjang kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi secara berperingkat-peringkat.

Seperti biasa teknik yang sama “membodohkan rakyat” ialah dengan membandingkan dengan negara jiran. Walaupun perubahan harga runcit dibuat, ia adalah lebih rendah berbanding negara serantau, termasuk Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.

Beliau malah menyebut harga gula di negara-negara berkenaan sebagai perbandingan. Kali terakhir harga gula naik pada 4 Disember lalu, sejajar dengan kenaikan harga petrol RON95, diesel, Petroleum Gas Cecair (LPG).

Kenaikan yang dikenali sebagai “4-dalam-1” itu menimbulkan kemarahan banyak pihak, termasuk mewujudkan beberapa siri bantahan, terutamanya sekitar Kuala Lumpur. Pada masa itu, harga gula turut meningkat 20sen, menjadikan harganya RM2.10 sekilogram.


Sebelum itu, berlaku juga kenaikan pada 15 Julai tahun lalu dalam kenaikan “5-dalam-1. Selain gula, turut mengalami kenaikan dua gred petrol, diesel, gula dan gas pada masa itu.

Dalam satu lagi kenyataan berasingan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengingatkan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan daripada kenaikan harga gula hari ini untuk menaikkan harga makanan.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Mahani Tan Abdullah berkata kenaikan harga gula tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga makanan memandangkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram adalah minimum.

“Kenaikan ini tidak seharusnya membebankan pengguna dan mereka seharusnya melihat dari sudut positif bahawa pengurangan penggunaan gula dapat mencegah dari penyakit seperti kencing manis,” katanya kepada pemberita dan dilaporkan oleh beberapa agensi pemberitaan tempatan.

Selepas ini juga pasti akan ada Kutbah Jumaat yang bertajuk “kurangkan gula dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman”

Persoalan


Industri gula ini telah menjadi industri yang dimonopoli oleh kelompok kroni tertentu yang rapat dengan regim. SAMM mendesak agar industri gula ini dibuka dari dimonopoli kelompok tertentu sahaja yang walau apa pun berlaku mereka tetap kaya dan untung.

Persoalan penting kini ialah regim boleh mengumumkan kenaikan tetapi peniaga kecil pasti akan terhimpit dengan kenaikan dan jika menaikkan harga terpaksa berdepan tindakan termasuk saman dari pihak regim yang akhirnya menguntungkan regim lagi dengan berjaya mengutip duit saman.

Ini memberi makna regim melindungi kelompok peniaga korporat besar tetapi yang kecil marhaenis akan menjadi kambing hitam untuk disalahkan kerana menaikkan harga dan terus ditindas.

Kedua subsidi untuk mengawal harga sememangnya hak rakyat negara ini. Semangat ini terbina lama kerana ia sebahagian semangat apabila regim menggali dan mengaut keuntungan negara seperti petrolium dan rakyat dipulangkan hak mereka dalam negara yang dianugerah hasil bumi tuhan ini dalam bentuk subsidi.

Namun mutaakhir ini oleh kerana pengurusan negara yang lemah serta membazir, rasuah yang berleluasa dan ketirisan yang melampau maka negara kekurangan wang sebagai tindak balas regim melihat subsidi rakyat sebagai cara paling mudah untuk menampung kelemahan urustadbir mereka.

Bagi kenaikan kali ini, regim hanya boleh menjimatkan RM 116.6 juta sahaja. Apalah nilai ini jika dibandingkan dengan kes - kes ketirisan, rasuah dan wang negara hilang yang dilaporkan (itu belum masuk yang belum terbongkar). Sebenarnya sedikit sahaja wang boleh diselamatkan tidak berbaloi dengan nilai pertambahan kesukaran hidup rakyat.

Persoalan ke tiga ke mana wang penjimatan subsidi ini disalurkan.
Masih terngiang lagi ditelinga ketika Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri Malaysia negara dilanda kenaikan harga minyak yang antara tertinggi dalam sejarah atas alasan kononya untuk memperbaiki taraf pengangkutan awam.

Yang pasti harga minyak naik, wang subsidi kerajaan “selamatkan” juga telah habis tetapi pengangkutan awam meningkatkah tarafnya.... siapa biasa menggunakan komuter pasti paham derita ketika masa kemuncak bersesak dengan warga perbagai negara dengan perbagai bau serta aroma.

Isu kenaikan ini isu besar, regim cuba mengalihkan kegagalan pengurusan ekonomi kepada rakyat. Jika rakyat terus tergula dan akhirnya lali dengan kenaikan ini maka rakyat akan diserahkan terus terdedah ke pasaran harga terbuka. Ketika itu peranan regim kutip cukai dan sebagainya tetapi rakyat tak dilindungi untuk disembelih oleh sistem kapitalis dunia yang kejam.

SAMM menggesa seluruh rakyat supaya bangkit segera sebelum terlambat!


* Badrul Hisham Shaharin ialah pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia

Read more ...

Utusan tak tarik laporan walaupun fitnah

KM : Hisham Harus Paksa Utusan Tarik Balik Laporan


PULAU PINANG 11 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu Kementerian Dalam Negeri memaksa Utusan Malaysia menarik balik laporan mengenai dakwaan konspirasi DAP- Kristian serta membuat permohonan maaf.

Guan Eng berkata, mesyuarat mingguan exco negeri hari ini memutuskan untuk menghantar aduan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menggesanya mengambil tindakan tegas terhadap akhbar milik Umno itu berhubung laporan muka depan tersebut pada 7 Mei lalu.

Surat tersebut telah difaks kepada Hishammuddin di Putrajaya hari ini.

Menurut Lim, laporan kontroversi itu telah terbukti palsu ekoran pengakuan dua ADUN Umno Pulau Pinang yang mereka tidak percaya ianya benar.

Datuk Hilmi Yahya (BN-Teluk Bahang) dan Muhammad Farid Saad - memberitahu demikian di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, walaupun mengakui Umno mempunyai pegangan besar dalam akhbar tersebut.

“Mereka berdua merupakan dua pemimpin Umno yang pertama menyatakan mereka tidak percaya kebenaran laporan tersebut, dan bahawa ia adalah berita palsu,” Lim berkata pada sidang akhbar di Komtar hari ini.-malaysiakini

Read more ...

"Pandi Kutty" tidur lena

Najib Tak Perlu "Melatah" Istilah Pandi Kutty

SHAH ALAM 11 MEI : Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyarankan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya bersikap lebih rasional dan profesional sebelum mempercayai mana-mana laporan media sebelum memberikan sebarang reaksi berhubung laporan yang dibuat.

Malah katanya sebagai seorang pemimpin nombor satu negara, Najib ujarnya patut membuat semakan dahulu sebelum memberikan sebarang komentar mengenai perkataan "pandy kutty" yang didakwa dilemparkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Najib.

"Saya berasa kesal dengan tindakan Datuk Najib yang mengikut dan hanya menurut apa sahaja yang dilaporkan Utusan dan tidak bertindak sebagai seorang Perdana Menteri yang rasional, walaupun penjelasan telah diberikan tetapi masih terus menggunapakai laporan itu yang jelas bohong dan tersasar jauh daripada apa yang berlaku," kata Shamsul kepada Tv Selangor.

Ujar beliau, dalam situasi sebegini Najib seolah-olah bersetuju dan menyokong sepenuhnya laporan yang dikeluarkan Utusan Malaysia walaupun dalam rakaman penuh Tv Selangor pada ceramah Ketua Pembangkang itu menyaksikan Anwar tidak menggelarkan Najib dengan panggilan tersebut seperti yang dilaporkan oleh media kawalan Umno itu semalam.

"Beliau (Najib) tidak lagi menggunakan pendekatan menyaring maklumat dan sebagainya Perdana Menteri tetapi hanya menerima bulat-bulat terhadap apa yang dilaporkan Utusan.

"Sebenarnya tiada keperluan untuk pemimpin Umno-BN untuk menyemak sama ada perkara itu benar atau tidak, jika laporan itu dikeluarkan Utusan lantas terus bertindak untuk mempercayainya," tambahnya lagi.

Semalam Utusan Malaysia sekali lagi memfitnah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa beliau menggunakan perkataan kesat "pandi kutty" terhadap Najib dalam ceramahnya di Klang Sabtu lalu.

Walau bagaimanapun, rakaman Tv Selangor menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu kepada Najib sebaliknya terhadap taktik kotor politik untuk menjatuhkan beliau.

"Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutty","kata Anwar pada ceramah yang dimaksudkan oleh utusan.

Justeru ujar Shamsul, jelas sekali Utusan Malaysia sekali lagi menjadi alat mainan politik oleh pemimpin Umno-Barisan Nasional apabila maklumat yang disiarkan hanyalah untuk kepentingan parti itu sendiri.

"Pendirian parti jelas dalam hal ini iaitu kita telah menyatakan pendirian bahawa ini merupakan fitnah yang dijalankan oleh Utusan Malaysia dan kita lihat Utusan menjadi mesin propaganda yang jelas telah digunakan sepenuhnya oleh BN,"katanya.

Najib dalam reaksinya semalam mengenai perkataan itu berkata, walaupun dilempar dengan kata-kata kesat,waktu tidur beliau tidak pernah terjejas.

"Ini tak menyebabkan saya tak tidur jendera (lena) waktu malam kerana dia (Anwar) buat sebutan sebegitu sebab saya yakin rakyat boleh menilai perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin sepertinya," Najib dipetik sebagai berkata kepada Bernama.

Read more ...