Sunday, January 29, 2012

MOGOK LAPAR !!! Wayang terbaru UMNO cari publisiti di Selangor

Wayang baru!! Drama terkini!! Wayang@drama cari publisiti.

Kah kah kah kah....

Gambaran atau mesej yang cuba dipaparkan daripada drama terkini ini ialah kerajaan PR negeri Selangor ialah crook dan pembawa masalah, manakala... UMNO@BN ialah hero atau penyelamatnya.


Weh... korang ingat rakyat bodoh ke?? Cer gali dalam-dalam permasalahan ini dan tanya balik kepada para pelakon drama tersebut, apakah asas puncanya masalah ini timbul, bila ia mula muncul dan siapa yang menjadi punca timbulknya masalah ini. Pakatan Rakyat atau UMNO@BN??

Siapa yang sebenarnya cuba untuk menyelesaikan masalah mereka setelah kerajaan UMNO@BN jatuh di Selangor??


Weh.... kekadang akibat kekangan undang-undang, masalah yang dihadapi mengambil masa untuk diselesaikan. Jangan tahu nak marahkan pihak yang cuba nak selesaikan masalah tetapi marah kepada pihak yang menjadi PUNCA kepada masalah yang dihadapi.

Dan... most importantly, jangan membodohkan diri dan jual maruah diri untuk menjadi barua atau pencacai kepada UMNO@BN.


Rakyat bukan bodoh. Di Selangor dan lain-lain negeri Pakatan Rakyat, UMNO@BN banyak meninggalkan 'taik'. Oleh sebab Pakatan Rakyat, ada rasa tanggung jawab sebagai kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat, maka kita ambil insiatif untuk cuci segala taik peninggalan UMNO@BN. Jadi... rakyat tahu siapa CROOK@PENYANGAK dan siapa pulak HERO@PENYELAMT!! So, usah nak main wayang ler...


Ciiittt.... Low class punya drama@wayang. Poooraahhh!!

PETALING JAYA, 30 JAN : Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini mengadakan mogok lapar sebagai bantahan terhadap Kerajaan Negeri Selangor kerana gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Mogok lapar yang bermula seawal 9.00 pagi itu disertai lebih 100 orang bagi mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Difahamkan, Ahli Parlimen Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah sebelum ini berjanji kepada setiap keluarga untuk mendapatkan mereka rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.

"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.

"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.

Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.

Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.

"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Anggota Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.

Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.

"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.-Antarapos.com

Read more ...

INI SEBABNYA!!! Dasar Kerajaan UMNO punca utama gejala murtad


KUALA LUMPUR, 30 Jan: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menyambut baik penubuhan Jawatankuasa Pusat Mengenai Murtad seperti yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Kami mendapati bahawa gejala murtad yang tidak boleh dinafikan berlaku di kalangan umat Islam perlu segera dibendung terutama ancaman sekularisme yang mendasari dasar-dasar kerajaan telah menjadi punca utama gejala ini semakin parah,” kata presidennnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.

Katanya, jawatankuasa yang ditubuhkan itu perlu memberi perhatian serius kepada punca murtad berlaku.

Menurutnya, murtad tidak boleh hanya dilihat dari sudut undang-undang semata-mata tetapi juga harus ditangani dari pelbagai faktor lain iaitu sosio-budaya, pendidikan dan ekonomi masyarakat.

Katanya, kebiasaannya mereka yang menjadi mangsa murtad ialah apabila mereka didekati oleh pihak lain yang sememangnya mempunyai hasrat untuk mempengaruhi agar mangsa dimurtadkan.

Tambahnya, kini sudah ujud kes murtad golongan remaja hanya kjerana terpengaruh dengan perhubungan dalam facebook.

Menurutnya lagi, gejala perhubungan diluar pengetahuan ibubapa dan guru telah mendedahkan remaja kepada penukaran agama tanpa diketahui oleh sesiapapun.

“Kami sangat khuatir terhadap gejala mereka yang murtad tetapi terus berpura-pura masih Islam,” katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata, kes ibu bapa dikejutkan dengan pengakuan anak-anak yang keluar dari Islam pernah berlaku dan hal ini sangat perlu diberi perhatian serius.

Kami memandang serius gejala murtad yang berkembang dikalangan anak muda akibat masalah keluarga yang tidak dapat dikendali dengan baik.
Justeru, ujarnya, Teras juga berpendapat adalah sangat penting jawatankuasa itu membantu negeri-negeri sama ada negeri yang sudah ada enakmen mengenai larangan menyebar agama lain dari Islam kepada orang Islam atau negeri yang masih belum ada enakmen berkenaan.

Katanya, kerjasama bersepadu dengan semua agensi hendaklah dilakukan jika jawatankuasa ini serius untuk mengatasi gejala murtad.

Menurutnya, isu penguatkuasaan undang-undang perlu diatasi segera kerana ia akan memberi imej kepada wibawa pihak berkuasa agama.

Ujarnya, jika enakmen yang ada tidak dikuatkuasa walaupun sudah terbukti pihak yang terbabit bersalah maka enakmen dan agensi yang wujud akan menjadi momokan masyarakat.

Jawantankuasa tersebut juga, ujarnya perlu memberi perhatian kepada mengkaji dan menyemak semua enakmen mengenai murtad yang ada di negeri-negeri.

Ini, katanya adalah kerana ada negeri yang maseh mempunyai kelonggoran dalam isu murtad sehingga pihak yang mahu memohon menukar nama dan agama dari Islam kepada bukan Islam boleh berbuat demikian di negeri tersebut.

“Kami juga sangat prihatin terhadap pelbagai kes taraf keislaman anak-anak bila salah seorang pasangan suami isteri memeluk Islam,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, kes suami atau isteri yang memohon untuk membatalkan pengislaman anak di mahkamah sivil akan membawa implikasi besar kepada status undang-undang Islam yang diputuskan di Mahkamah Syariah.

“Teras menggesa supaya Jawatankuasa ini juga memberi perhatian kepada pelbagai persoalan kebajikan mualaf yang masih belum diatasi dengan sempurna terutama dari sudut undang-undang,” ujarnya.

Read more ...

RAKYAT BUKAN BODOH!!! Kerajaan BN nak tunjuk bagus naikkan subsidi gula

Jumaat lepas, Ismail Sabri berkata, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat.

Sehubungan itu, subsidi gula meningkat daripada RM262.41 juta tahun lepas kepada RM567 juta pada tahun ini.


Betulkah harga gula didunia telah meningkat? Atau subsidi dipertingkat oleh kerajaan UMNO/BN untuk meningkatkan keuntungan kroni mereka?

Mengikut rekod setelah pengeluaran gula Malaysia dikuasai oleh kroni UMNO/BN harga gula di Malaysia telah meningkat sebanyak 4 kali ini sejak daripada tahun 2010 :

1- 1 Januari 2010 : RM1.65 sekilo (Harga gula meningkat 20 sen)

2- 16 Julai 2010 : RM1.85 (Harga gula meningkat 20 sen)

3- 4 Disember 2010 : RM2.05 (Harga gula meningkat 20 sen - menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM283.5 juta)

4- 10 Mei 2011 : RM2.30 (Harga gula meningkat 25 sen – menjimatkan perbelanjaan subsidi kerajaan sebanyak RM116.6 juta)

Peningkatan harga gula sejak daripada tahun 2010 adalah bersamaan dengan 58.6 peratus. Kalau dahulu, negara mengimport sehingga 99 peratus gula daripada luar, sekarang ini kerajaan terpaksa import gula telah meningkat sehingga 100 peratus yang sebahagian besarnya datang dari negara Brazil.

Tetapi yang peliknya apabila dirujuk harga gula dunia sebenarnya, ianya telah jatuh sejak 6 bulan lepas. Sepatutnya apabila melihat situasi sekarang ini, subsidi gula akan berkurangan berbanding kenyataan Ismail Sabri baru-baru ini :


Kerajaan memutuskan untuk mengekalkan harga gula pada harga RM2.30 sekilogram walaupun harga pasaran dunia telah meningkat


Lihat graf harga gula dunia di bawah ini..


(Sumber : Indexmundi)


- Harga gula dunia naik, harga di Malaysia naik
- Harga gula dunia turun, harga di Malaysia masih lagi kekal sama
- Harga gula dunia menurun, subsidi kerajaan telah meningkat?

Hakikatnya, harga gula dunia telah mencecah kepada paras tertinggi AS$29.47 (RM89.66) setiap £100 pada bulan Julai 2011. Walaubagaimanapun selepas daripada itu, harga gula dunia telah mula menurun setiap bulan kepada paras AS$ 23.42 pada bulan Disember 2011 yang lalu di mana penurunannya telah mencecah sehingga 20.5%.

Nak kencing rakyat pun agak-agak la....

Pemimpin UMNO kena tahu.. bukannya semua rakyat Malaysia boleh diperbodohkan seperti pencacai UMNO..

Tak cukup dana untuk pilihanraya ke?

Dua syarikat kroni UMNO/BN yang memonopoli pengeluaran gula ialah MSM Holdings dan Tradewind Corporation Bhd.

MSM Holding merupakan anak syarikat Felda dengan nilai pegangan saham sebanyak 71 peratus, dan Tradewind dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sebanyak 43 peratus dan 20 peratus oleh Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd.

ASD

Read more ...

KELAKAR!!! Ceramah 'Bersatulah Umatku' Hasan Ali bertukar jadi Ceramah 'Bantulah Aku"


29 Jan 2012 ~ Ceramah Dr Hasan Ali di Bukit Gantang yang bertajuk "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."

Dari kehadiran pada sessi ceramah Dr Hasan Ali malam ini memang ramai,sehinggakan 3 biji bas dari luar Bukit Gantang pun disewa. (Salah sebuahnya dari Semanggol).

Ada juga ahli PR yang datang,rata-rata yang datang ialah kerana ingin mendengar apa isi kandung ceramah dari mantan Exco Selangor dari PAS ini berceramah..dan mejoritinya ialah ahli UMNO.

Nampaknya isi kandung ceramahnya berlegar tentang kisah kekecewaan apa yang berlaku pada dirinya dan Dr Hasan Ali buat-buat tak tahu apa salahnya hingga dipecat.

Selebihnya ialah mencerca dan memfitnah PR dan yang menariknya Dr Hasan Ali juga mengikut rentak pemimpin2 UMNO dalam ceramah iaitu memfitnah Datuk Seri Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) konon-nya DSN mempertikaikan tindakan-tindakan beliau semasa menjadi exco Selangor dahulu dan menganggap DSN adalah perasit. Sedangkan sebelum ini semasa Dr Hasan Ali menjadi ahli PAS beliau tidak pernah menjejaki kakinya disini dan kenapa sekarang datang menghentam DSN..???

* ~ Perkara yang menarik ialah diakhir ceramahnya,beliau meminta diletakan songkok dihadapan pentas,aku ingat nak buat apa..??? rupanya untuk derma, aku pun tak faham derma apa....hahaha... agaknya Dr Hasan Ali ingin melatih puak UMNO menderma...nanti kalau dah jadi pembangkang dalam negara kenalah buat macam ni...dana dah tak ada...hahaha....

Gambar : "Bersatulah Umatku" telah bertukar tajuk menjadi "Bantulah aku..."Orangni

Read more ...

KULIAH UST. AZHAR IDRUS !!! 30 000 penuhi Masjid Negeri Shah Alam, 34 000 online

30,000 kat masjid dan 34,000 online.masjid pasang aircond kuat sero panah lg.solat jumaat xramai camni.ramai org muda dtg.

kuliah us azhar idrus masjid negeri shah alam.semoga majlis ilmu begini terus subur.kalau umno rampas selangor,boleh ke kuliah masjid negeri ramai camni??


http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/430793_356198407731546_195600903791298_1356142_1114818113_n.jpg

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/419544_356198431064877_195600903791298_1356143_1124172625_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/417128_356198457731541_195600903791298_1356144_1156476171_n.jpg

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/425527_356198494398204_195600903791298_1356146_809031535_n.jpg

Read more ...

PRESIDEN PAS MASIH DIPERLUKAN!!! Kit Siang harap Ust. Hadi tidak tarik diri


SHAH ALAM 29 JAN : Penasihat DAP, Lim Kit Siang berharap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menarik diri dari menyertai PRU13 akan datang kerana sumbangan beliau amat diperlukan bagi memastikan usaha Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Lim berkata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam memenuhi desakan rakyat yang ingin melihat perubahan tampok pemerintan negara amat memerlukan pemimpin veteran PAS itu.

"Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Hadi pada PRU-13 akan datang supaya dapat merealisasikan cita-cita mengambil alih Putrajaya,"katanya ketika dihubungi TVSelangor.

Mengimbau kembali tsunami politik yang melanda negara pada 2008 lalu, Kit Siang berkata kejayaan gagasan Pakatan Rakyat itu seharusnya diteruskan lagi untuk membawa harapan baru kepada rakyat Malaysia.

"Oleh sebab itu, kejayaan yang bakal kita (Pakatan Rakyat) kecapi pada PRU-13 ini memerlukan sumbangan semua parti dengan barisan kepimpinan yang hebat seperti Tuan Guru Hadi Awang,"jelasnya.

Abdul Hadi menyatakan hasratnya untuk berundur dari PAS dalam satu wawancara ekslusif yang disiarkan di Sinar Harian semalam.

Abdul Hadi menjelaskan pengundurannya itu berdasarkan khidmatnya yang disifatkan sudah terlalu lama menyandang jawatan sebagai yang berhormat.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berpendapat bahawa gagasan Pakatan Rakyat memerlukan sumbangan Abdul Hadi dan ia bukan suatu yang mudah untuk melepaskan pemimpin seperti Abdul Hadi daripada tidak bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Memetik laporan sebuah portal berita, Anwar berkata, beliau akan bertemu dengan Abdul Hadi bagi menggesa veteran PAS itu terus bertanding dalam pilihan raya umum akan datang dalam masa segera.

"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"katanya.

Read more ...

MAHATHIR!!! Antara manusia paling takut jika Pakatan berkuasa



SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.

Read more ...

ANG POW PUTIH!!! Perkasa nak rai orang Cina atau nak hina orang Cina


Inilah yang berlaku apabila seorang yang terkenal dengan sikap racistnya berpura-pura menerima baik golongan yang di bencinya selama ini…


Ibrahim Ali cuba untuk membuktikan kepada Masyarakat Tionghua bahawa beliau dan pertubuhannya iaitu PERKASA bukanlah sebuah pertubuhan yang racist.. oleh itu mereka telah mengadakan satu jamuan sempena menyambut Gong Xi Fa Cai buat Masyarakat Tionghua.

Malangnya dengan sifat racist yang menebal dalam diri mereka, mereka jelas tidak ambil tahu sama sekali pantang larang Masyarakat Tionghua yang menyambut perayaan itu..

Jika diperhatikan betul-betul pada gambar di atas, envelope atau sampul ‘ang pow’ yang dihulurkan oleh Ibrahim Ali kepada masyarakat Tiong Hua yang hadir dalam jamuan sempena sambutan Gong Xi Fa Cai oleh PERKASA ianya adalah berwarna putih.

Samada Ibrahim Ali sedar atau tidak atau mungkin juga sengaja dilakukan Ibrahim Ali ianya adalah satu perbuatan biadap atau kurang ajar bagi masyarakat Tionghua.

Ini kerana angpow putih ditakrifkan sebagai PAK KAM atau funeral payment oleh masyarakat Tionghua dan adalah pantang bagi mereka untuk menerima pemberian sebegitu di hari perayaan mereka..

Tindakan Ibrahim Ali itu bukan saja tidak menghormati budaya Tionghua, malah menghina dan mencacatkan keindahan budaya masyarakat Tionghua.

Lain kali kalau tak tahu tanya!!

Tapi.. kalau kita minta dari Bank atau beli dari pasaraya tak ada rasanya diberikan atau dijual envelope ang pow warna putih..

SENGAJA atau TIDAK DISENGAJAKAN ni??

Pesan seorang sahabat.. "When giving money on festive or auspicious occasions, you should never put money in a white envelope or you would face the resentment of the recipient! Money wrapped in white envelopes is given when the occasion is sad, like funerals, when a gift of money is given to help with the funeral costs. This is called 'Pak Kum' money for the family of the departed. So if you ever come across a Chinese client please think twice about giving his or her fee in a white envelope although in our western countries it would be unlikely to offend."ASD

***********************************************



PERKASA seru Cina bantu Melayu capai 30% ekuiti

PERKASA hari ini berkata, pihaknya menyokong tindakan afirmatif berasaskan keperluan, bagaimanapun sasaran 30 peratus pemilikan ekonomi Melayu seperti digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak harus diketepikan.

"(Kita menyokong afirmatif) secara keperluan dan pada masa yang sama, dalam perkara berkongsi kek ekonomi, kami mahu mencapai 30 peratus itu.

"Kami berpegang kepada dasar afirmatif berdasarkan keperluan. Kami menyokongnya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Malah, ahli parlimen Pasir Mas menegaskan pihaknya memperjuangkan perkara tersebut sejak awal penubuhannya, tetapi hasrat mereka disalah-ertikan.

Dakwanya, hal demikian berlaku disebabkan terdapat penulis blog dan laman web yang 'twist' perkara itu sehingga meletakkan imej yang buruk kepada NGO - yang lantang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera itu.

"Saya harap tidak ada persepsi salah terhadap PERKASA," katanya dalam sidang media, selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran pihaknya di ibu negara hari ini.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 2Mengulas lanjut, Ibrahim berkata, pihaknya juga mahu keadilan dalam pembahagian "kek ekonomi" di mana 40 peratus diperuntukkan kepada lain-lain kaum, 30 peratus Melayu/Bumiputera dan 30 peratus untuk pelabur asing.

"Masyarakat Tionghua telah maju jauh ke hadapan. Saya percaya hampir 50 peratus menguasai ekonomi negara.

"Ini membuktikan, walaupun di Malaysia majoritinya kaum Bumiputera, dan orang-orang Melayu, tetapi membuktikan betapa sifat toleransi kaum Bumiputera dan orang Melayu, saling bergantung antara satu dengan lain, (dengan) masyarakat Tionghua yang merupakan masyarakat perdagangan.

Sebab itu saya menyeru kaum Cina, kaum Tionghua yang menguasai perdagangan turut membantu kaum bumiputera dalam bidang-bidang yang mereka boleh bantu terutamanya dalam perdagangan dan perusahaan supaya esok nanti tercapailah matlamat 30 peratus. Ertinya kaum Melayu dan bumiputera akan bahagia.

"Jadi ini akan membantu keselamatan negara pada masa akan datang," kata Ibrahim yang juga anggota parlimen Pasir Mas.


Malaysiakini

Read more ...

IBARAT BOLA API!!! Fahami mesej Presiden PAS




oleh Aris Awang @ PakTeh

Ahli PAS (bukan untuk ahli parti lain) perlu faham mesej yang ingin disampaikan oleh Presiden.

Ketika memegang jawatan sebagai Presiden pun masih merasa tidak layak untuk menjadi calon dan jika sudah pernah menjadi calon dan menang menjadi Wakil Rakyat pun menyerahkan soal itu kepada parti. Apakah pimpinan/ahli lain sudah merasa terlalu layak?


Pak Teh: Menjadi calon (menang atau kalah) adalah amanah Tuhan, amanah itu pula adalah umpama memegang bola api, jika ada orang dalam jamaah yang mahu merebut bola api tersebut, lebih baik kita beri kepadanya kerana dia merasa mampu mengawal bola api itu, dan akan terselamatlah tangan kita dari kepanasan bola api itu.

Namun jika bola api (amanah itu) tiada lagi anggota jamaah ingin memegangnya dan akan terlepas kepada UMNO memegangnya yang memang sejarah membuktikan mereka tidak tahu mengawalnya yang akan membakar seluruh manusia disekitarnya.

Maka ketika itu wajib kita memikul bola api tersebut walaupun tangan hampir hangus menahan kepanasan bola api tersebut.


Sehingga sekarang mungkin masih ramai ahli yang mengidam bola api tersebut...Kedah La

Read more ...

BN BURU CALON BERPOTENSI!!! Tak nampakkah katak-katak yang melompat nak jadi calon

Rupanya, BN tak selesai lagi nak cari 'boleh menang'. Sebab tu la pilihanraya kena tangguh.

Muhyidin kata BN masih 'buru' calon berpotensi. Maksudnya, calon UMNO yang sampai kat Najib ramai yang tak berpotensi untuk menang.

Takut sungguh UMNO/BN kali ini. Calon pun kena tapis betul-betul kerana jika silap pilih , kalah la BN.

Bila BN masih nak 'buru 'calon berpotensi , maksudnya BN tak nampak katak-katak yang melompat-lompat untuk tunjuk kehebatan melompat.

Bukan sikit katak, banyak katak yang melompat tapi BN tahu katak-katak ini bukanlah calon berpotensi. Katak-katak ini hanya melompat ikut musim, katak -katak ini melompat bila nampak peluang besar sahaja.

Pastinya, katak-katak masih cuba melompat setinggi mungkin supaya diterima sebagai calon berpotensi . Namun, setakat ini Raja Katak pun tak pasti lagi jadi calon BN di Pasir Mas. Katak-katak lain pun usah berharap la.

Degup jantung katak semakin berdebar apabila semakin hampir pilihanraya umum. Kenapa berdebar? kerana selepas pilihanraya umum nanti, katak-katak ini dah tak boleh melompat lagi.Admin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVgGc0wNma2WkjgqmsGVdzj15nEt3txi2ez_l8b4vfxbDqwCJFBNuhb5iC_4XheI5Qa3ie0fW81gQtQ0bETXvIRjvdIATwdaYBp5D-keu43TSduivs_9ZnIv9fn4ICGVIVIEFKRYDt-3c/s200/frog%2520jump.gifPAGOH - Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) di setiap peringkat perlu menganalisis secara mendalam calon yang dicadangkan bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) bagi memenuhi kehendak rakyat di kawasan masing-masing.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, faktor calon amat penting kerana ia merupakan antara fokus utama pemilih dalam pilihan raya umum.

"Saya lihat kali ini walaupun parti yang bertanding itu diberikan nilai oleh pengundi macam BN apa perjuangan, falsafahnya, apa ideologi dan visinya...parti pembangkang pun dinilai juga, tetapi antara faktor yang lebih berat ialah calon.

"Sebab itu kita nak pemimpin BN menganalisis secara mendalam mana calon yang terbaik yang kita nak letakkan di kawasan itu...apa tokoh dia, latar belakang dia, dan penerimaan secara umum, ini penting," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia zon Sungai Terap/Sungai Raya di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata parti komponen BN ketika ini masih dalam peringkat mengenal pasti calon-calon yang berpotensi.

"Sekarang ini belum selesai lagi untuk mengenal pasti calon-calon berpotensi, masih dalam proses penilaian yang dibuat setiap parti komponen dalam BN...Umno dengan penilaian sendiri, MCA, MIC pun ada senarai-senarainya," katanya.

Beliau berkata, pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak juga belum mengeluarkan arahan untuk setiap parti mengemukakan senarai calon masing-masing.

Mengenai sama ada terdapat perubahan atau pertukaran kerusi antara parti komponen BN pada PRU-13 nanti, Muhyiddin berkata perkara itu akan dibincangkan apabila ada pemintaan daripada parti komponen.

"Kita akan buat penilaian pro dan kontra sama ada sesuai nak buat pertukaran kerana kita kena mengambil kira dua kawasan yang terlibat." - Bernama

Read more ...

MAT MASLAN MAI JAWAB!!! Debat budaya barat, 10 perkara ini budaya apa?

Oleh Ameno World

http://malaysiaaktif.my/v2/media/k2/items/cache/d65885a0515f97e5177077dfca6ecc57_XL.jpgRasanya ramai dah tahu bahawa ahmad maslan bagi alasan DEBAT BUDAYA BARAT sebagai respon balas dalam isu DEBAT NAJIB VS ANWAR. Mungkin ahmad maslan tidak faham bahawa malaysia sudah lama mengamalkan budaya2 barat neh dan yang lebih dasat ia dipelopori oleh umno, parti yang dianggotai oleh ahmad maslan itu sendiri.

Dalam isu neh, soal samada debat itu budaya barat ka islam ka apa ka bukan isu langsung. Isu nya sejauh mana debat neh boleh membantu aku, ko dan kita semua mengenali apa yang ingin di bawakan oleh najib dan anwar kepada rakyat malaysia.

Jika debat neh boleh membuka jalan supaya rakyat2 macam aku dan ko kenal apa yang ingin pemimpin2 kita buat, maka aku tak nampak apa silapnya. Yang penting ialah isi debat ialah isi ilmiah. Bukan isi maki hamun, fitnah, meroyan, lari topik apatah lagi label melabel.

Mari kita lihat 10 perkara barat yang di amalkan oleh kerajaan dan umno tanpa banyak soal dan pertikaian oleh ahmad maslan selama neh. Jika yang di bawah neh boleh, kenapa debat tidak boleh pula?

1. Perlembagaan malaysia.

Ini sah2 budaya barat. Sistem pentadbiran yang diwarisi dari penjajah yang pernah menjajah tanah melayu. Walaupun perlembagaan malaysia telah diubahsuai agar mengikuti acuan dan budaya negara kita tetapi still ini budaya barat yang kita bawa, tiru dan amal. Yang neh ahmad maslan dah lupa ka?



2. Pakaian.

Lihat baju yang ahmad maslan neh pakai. Dari mana? Budaya malaysia kah?


3. Tidak menutup aurat.

Bab tudung aku no komen. Sebab tidak bertudung neh ramai orang dah amalkan sebelum2 neh tak kira dari barat or timur. Tapi bab dedah2 badan neh. Yang seksi2 neh asalnya dari mana? Bukan barat kah?


4. English.

Bukan budaya barat ka? Bukan kah kita selama neh belajar bahasa enggeris bagi memperkasakan ilmu pengetahuan kita supaya kita boleh cipta pelbagai teknologi dan macam2 lagi bagi membantu kehidupan kita? Jadi, jika english boleh, kenapa debat tidak boleh?



5. Komputer.

Walaupun asalnya bukan dari barat tapi benda neh melalui pelbagai evolusi di barat sehingga berjaya dikembangkan. Di bawa masuk ke malaysia dan digunakan dengan meluas. Jika komputer boleh, kenapa debat tidak boleh? Ahmad maslan pun guna komputer rasanya, kan?



6. Kasino dan pusat hiburan.


Yang neh aku tak sure kenapa umno dulu2 bawa masuk ke malaysia. Aku pun tak sure kenapa umno masih meneruskan perangai2 begini pada zaman sekarang. Tapi yang aku sure ia ada kaitan dengan cara hidup barat yang suka kepada hiburan berdasarkan kepada sejarah penubuhan kasino di genting yang aku pernah baca dulu2. So, kalau yang neh boleh, kenapa debat tidak boleh?

7. Kilang arak.


Yang neh pun aku tak pasti kenapa umno setuju luluskan pembinaan kilang arak neh di malaysia. Tapi still ada involvement dari orang2 putih dalam kilang neh. Kalau arak boleh, kenapa debat tidak boleh?

8. Program hiburan dan konsert2.

Tidak adil menyalahkan semua program hiburan dan konsert2 itu melalaikan. Tapi still neh bukan budaya yang dicipta oleh orang malaysia. Ia masih budaya luar yang di bawa masuk. Lebih2 lagi konsert adam dan elton yang gay dari barat tue pernah berlangsung di malaysia tahun lepas. Rileks jek. Jika budaya barat neh boleh ditiru, kenapa debat tidak boleh?


9. Cara bersosial yang mengikut budaya barat.

Parti larh, sambutan harijadi larh, sambut halloween larh, raikan valentine larh.. itu apa? Bukan dari luar yang dibawa masuk ke malaysia ka? Tindik hidung, mulut, warna rambut, pakai rantai, seks bebas dan lain2, itu apa? Bukan nak main isu peribadi anak2 pemimpin umno disini tapi kalau anak2 pemimpin umno pun kebaratan dan sekarang mungkin kekoreaan, tapi kenapa yang itu okey tapi bab debat tak okey pula?


10. U.M.N.O



United Malays National Organization. <== nama parti gunakan bahasa enggeris sebab ketika itu ramai anak2 muda yang belajar di luar negara [barat] kembali ke malaysia dan mula menyertai perjuangan bagi menentang malayan union. Kalau dah umno itu sendiri membawa masuk konsep2 barat ke malaysia, jadi kenapa debat tidak boleh pula?

Bukan seme budaya2 barat neh teruk. Kita kena pandai bezakan ia. Ada yang baik boleh follow, ada yang buruk memang kena tinggal. Tapi silap kita bagi muka pada umno = geng2 barat. Hah tengok, neh lah musibah dia bila budaya2 barat = umno, mai malaysia dan tadbir negara neh. Habis rosak seme nya. Heh.

Ahmad Maslan, jawab. Kalau berani larh. Heh.

petikan dari http://amenoworld.blogspot.com

Read more ...

BN TAK BOLEH HARAP!!! Suruhajaya Diraja siasat kes NFC jika Pakatan perintah


Pakatan Rakyat akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) yang melibatkan dana kerajaan sebanyak RM250 juta sekiranya berjaya membentuk kerajaan persekutuan, kata Lim Kit Siang.

"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beliau setuju apabila merampas Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13, Pakatan akan membentuk suruhanjaya diraja bagi menyiasat skandal NFC jika masih tiada ketelusan memuaskan seputar kontroversi itu," kata penasihat DAP itu.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini berkata, pembentukan badan itu tidak diperlukan memandangkan langkah-langkah sedang diambil kerajaan melalui beberapa agensi penguatkuasaan sudah memadai.

Muhyiddin dilaporkan berkata, selain penjelasan dan laporan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung isu itu, Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menjalankan siasatan terperinci.

Malaysiakini/-

Read more ...