Sunday, February 26, 2012

MANA HASAN ALI!!! Nak salahkan PAS juga kah bila akhbar The Star milik MCA siar gambar ini?

KUALA LUMPUR, 27 Feb: Kenapa gambar seperti di atas boleh disiarkan di akhbar The Star - Star 2 - Music ms 17 - hari ini, 27 Februari.

“Dan kenapa penyanyi Erykah Badu boleh buat persembahan di Kuala Lumpur setelah seolah-olah menghina Islam dengan gambar ini?” demikian pertanyaan dilontar seorang pembaca Harakahdaily yang menamakan dirinya Hamba Allah.

Beliau merujuk kepada satu artikel yang disiarkan akhbar tersebut hari ini mengenai Erykah Badu yang akan membuat persembahan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Justeru, penyanyi Neo-Soul kelahiran Texan, Amerika Syarikat, Erykah Badu yang bakal mengadakan persembahan di Malaysia hujung Februari ini disifatkan menghina Islam.

Perkara itu jelas melalui tatu kalimah Allah yang terdapat di dadanya seperti gambar yang disiarkan akhbar The Star.

Kehadiran penyanyi yang berusia 40 tahun itu tidak sepatutnya berlaku kerana pihak berkuasa sepatutnya memantau sebarang artis luar yang ingin membuat persembahan di negara ini.

Read more ...

BADRUL AMIN!!! Dituduh khalwat di luar bilik hotel

Gegak gempita riuh rendah bising bangau media dan para blogger berjiwa UMNO menjadi cerita Ustaz Dr Badrulamin Bahron kena tangkap "berkhalwat" dengan isteri orang jam 3 pagi disebuah hotel di Kuantan Pahang..

Punyalah seronok sampaikan akhbar Kosmo keluaran Utuseks Meloya, media kepunyaan UMNO, media lidah biawak rasmi UMNO menjadikan isu itu sebagai tajuk utama muka depan...para blogger UMNO pula mainkan isu itu dengan membuat penambahan dalam fitnah yang sedia ada... dikatakan ketika itu Ustaz Dr Badrulamin Bahron enggan membuka pintu lebih dari setengah jam.. apabila beliau membuka pintu dapati beliau hanyalah bertuala mandi...

Peliknya kata-kata ini tidak pula keluar dari Jabatan Agama Islam Pahang....jabatan yang bertanggungjawab diatas serbuan tersebut....

Hari ini dimuka 6 akhbar The Star.. akhbar milik MCA.. parti komponen rakan karib UMNO dalam Barisan Nasional menyatakan bahawasanya..." Pahang Islamic Religious Department Deputy Director Datuk Ghazali Abdul Aziz confirmed that the raiding team arrived at the hotel at 3.10 am yesterday...By the time we arrived they were outside the room"....maknanya apabila pihak Pegawai dari JAIP sampai.. kedua mereka berada diluar bilik hotel dan bukannya didalam bilik....

Tiada langsung disentuh pihak JAIP kena tunggu selama lebih setengah jam baru Ustaz Dr Badrulamin Bahron buka pintu.. semasa pemeriksaan dilakukan dikatakan beliau bertuala mandi saja.

Menunjukan betapa akhbar milik Cina lebih bermaruah dan tahu rasa salah dan berdosa jika dibandingkan dengan akhbar milik UMNO parti yang mengaku dan mendabik dada perjungkan Islam dan Ketuanan Melayu termasuklah para blogger murahan mereka...apa yang penting isu ini cuba dijadikan sebagai peluru untuk menghancurkan kredibiliti pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya dari Parti KeADILan Rakyat..

Sekarang penipuan dan fitnah UMNO sudah kantoi!!!.. Omak Kau!!!

Read more ...

GELAGAT BERUK!!! (Video)Samseng Taik Minyak UMNO memalukan bangsa





Himpunan Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.




Ketika acara itu dimulakan pada jam 6 petang, kumpulan itu mula menjerit kepada orang ramai yang berhimpun secara aman itu dan memberi amaran kepada mereka bahawa isu Lynas itu bukan "isu Pulau Pinang" dengan melaungkan slogan "Hidup Umno", "Kami mahukan kebebasan" dan "Balik Kuantan (Kembali ke Kuantan)".

Kira-kira 500 penyokong Himpunan Hijau kemudian membalas dengan laungan "Hidup Rakyat”.

Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.



Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tiba kira-kira jam 6:30 petang dan berucap kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat berpendirian tegas bahawa tidak akan menyokong kilang penapisan nadir bumi bernilai RM700 juta yang dibina di Gebeng, dekat Kuantan itu kerana bahaya pencemaran bahan radioaktif.



Beliau juga menggesa rakyat yang hadir supaya tidak diperbodohkan dan digertak oleh kumpulan yang berkumpul berhampiran.





Apabila mendengar nasihat Lim itu, kumpulan berkenaan terus mencaci Lim dan melemparkan kata-kata kesat ke atas setiausaha agung DAP itu. Para hadirin kemudian bertindak dengan mem-boo mereka.




Berikutan itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan berlakunya pertengkaran.

Menurut orang saksi, seorang wartawan dan seorang jurugambar sebuah akhbar berbahasa Cina cedera didakwa dipukul dengan topi keledar.





Mereka dikenal-pasti sebagai wartawan dan jurugambar akhbar Kwong Wah Jit Poh iaitu Andrew Chew, 29, dan Lee Hong Chun, 25, masing-masing cedera di bahagian badan dan kepala.

Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Pihak polis akhirnya tiba pada jam 7:15 malam dan menagarahkan orang ramai supaya bersurai.

Sementara itu, menurut laporan Benama, Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata penganjur langsung tidak memaklumkan kepada polis mengenai acara itu sehingga berlaku kekecohan.

#KALAU MAKLUM KAT POLIS PUN, BERANI KA POLIS DENGAN SAMSENG TAIK MINYAK UMNO. KO.. BOLEH TENGOK JA MACAM KAT SEMBRONG....ADMIN

"Memang tidak memerlukan permit tetapi sepatutnya penganjur memaklumkan atau berunding dengan pihak polis berhubung perhimpunan berkenaan supaya polis dapat bersiap sedia atau menempatkan anggota di kawasan berkenaan bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

"Bila berlaku kekecohan, baru penganjur maklumkannya dan mereka juga cuba menyalahkan polis kerana lambat bertindak," katanya.










Read more ...

GEMPAQ!!! Ketua "Baru" Parti KITA dilaporkan "Tidak Siuman"

NONE
Parti KITA hari ini menafikan bahawa Zamil Ibrahim telah dilantik sebagai ketua parti yang baru menggantikan presiden, Datuk Zaid Ibrahim.

Setiausaha KITA, Masrum Dayat berkata “laporan akhbar yang memetik Zamil Ibrahim sebagai ketua parti baru menggantikan Datuk Zaid Ibrahim adalah satu berita lucu, kenyataan yang bebal dan tidak siuman, silap dan sama sekali tidak berasas.

"Ketua parti ini hanya boleh diganti mengikut perlembagaan dan peraturan parti dan bukan ikut sesuka hati sesorang bekas ahli yang dipecat secara sah atau ikut ‘syok sendiri.

"Mesyuarat yang dikatakan diadakan di Kota Bharu pada 25 Februari baru-baru ini bukan mesyuarat parti ini. Barangkali ia mesyuarat bekas ahli-ahli parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat Parti pada 17 Februari lalu, dihadiri 25 daripada 30 ahli anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat, telah bersetuju sebulat suara menolak tawaran Zaid untuk mengundur diri.

Selain itu, beliau berkata parti itu tidak akan dibubar tetapi ahli yang menentang dasar parti untuk menyokong pembangkang akan diambil tindakan disiplin, termasuk memecat keahlian mereka. - Bernama

Read more ...

PEMBOHONG BESAR!!! Berita Harian lapor berita tidak berasas , kelirukan rakyat Kedah



Alor Setar, 26 Februari 2012 - Laporan Berita Harian kononnya lima Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah memulau 'mesyuarat khas bersama Menteri Besar' adalah tidak berasas dan bermotif politik.


Menurut Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Kedah, Musodak Ahmad, mesyuarat yang diadakan di Kompleks PAS Kedah semalam adalah Mesyuarat Lajnah Politik yang membincangkan mengenai persiapan pilihanraya.


"Tidak semua Exco menjadi ahli jawatankuasa Lajnah Politik, antaranya Dato' Dr Hamdan dan Ustaz Abdul Ghani Ahmad mereka bukan AJK jadi mereka tidak dijemput," ujarnya.


Dato' Phahrolrazi Zawawi, katanya, sedang bercuti, manakala Dato' Amiruddin sudah maklumkan tidak dapat hadir kerana ada urusan rasmi di Kuala Lumpur dan Dr. Ismail Salleh juga tidak dapat hadir bersebab.


"Jadi tak timbul dakwaan Ustaz Azizan diboikot," tegasnya.

Read more ...