Saturday, December 18, 2010

Tawaran 100 hari pemerintahan PR

Saifuddin : Tubuh IPCMC, Bebas SPRM, Dalam 100 Hari PR Memerintah












KEPALA BATAS, 19 Dis. : Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mencadangkan pemulihan profesionalisma pasukan Polis Diraja Malaysia dan membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari (SPRM)kawalan Eksekutif.

Isu berkenaan menjadi fokus utamanya ketika pembentangan kertas-kerja di Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 hari ini.

"Sejurus mengambil-alih kuasa, tekad kita adalah melaksanakan saranan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Penambahbaikan Polis, termasuk mewujudkan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis atau IPCMC," kata Saifuddin.

Kematian mendiang A Kugan dan Allahyarham Aminulrasyid Amzah di tangan polis menunjukkan kerosakan PDRM dibawah Umno-Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat melahirkan rasa khuatir akan kerosakan yang bakal diwarisi generasi akan datang.

"Polis sepatutnya berkhidmat kepada rakyat, bukan zalimi rakyat. Topi dan 'boot 'mereka adalah dari duit rakyat. Kerja mereka bukan untuk sepak terajang rakyat, tetapi tegakkan keadilan di bumi Malaysia," kata Saifuddin.

Saifuddin dalam pembentanganya berkata perlaksanaan IPCMC menjadi keutamaan Pakatan Rakyat dalam 100 hari mentadbir Malaysia.

Selari dengan langkah itu, Pakatan Rakyat meletakkan keutamaan untuk membebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dari campurtangan politik.

"Pakatan Rakyat akan memastikan SPRM bertanggungjawab terus kepada Parlimen, dan melaksanakan tugasnya dengan adil dan amanah, tanpa rasa takut kepada penguasa," tegas Saifuddin.

Read more ...

Muafakat PR buktikan kebolehan

Konvensyen PR Ke-2 : Perkukuh Muafakat Bersiap Hadapi PRU-13














KEPALA BATAS ,19 Dis. : Lim Guan Eng mengingatkan Pakatan Rakyat bahawa masa bercakap sudah tamat dan kini adalah masa untuk semua bekerja bagi membuktikan kepada rakyat kebolehan PR.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian apabila diberikan mandat untuk menyampaikan ucapan pertama di konvensyen kedua Pakatan Rakyat hari ini.

Ucapan yang penuh semangat itu juga berjaya mendapat tepukan gemuruh apabila beliau mengajak kesemua mereka bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pendekatan bertahan perlulah diubah, dengan Pakatan Rakyat sendiri menentukan agenda bersama rakyat, dan bukan hanya responsif terhadap serangan musuh.

"Oleh yang demikian, sudah tiba masanya untuk kita memasuki fasa seterusnya dalam gerakerja kita, dengan kita menggunakan media kita sendiri yang boleh sampai kepada rakyat. Gerakerja ini perlulah disusun secara bersama di kalangan negeri Pakatan Rakyat, petugas parti dan semua kalangan pengamal media yang bersama dengan kita," katanya.

Hadi Awang juga menyatakan PR komited mempertahankan empat buah kerajaan negeri dan mencabar Umno-BN turun ke gelanggang tanpa memperkudakan agensi kerajaan dalam PRU-13 ini.

"Kita pertegaskan pada hari ini bahawa kita bukan sahaja komited untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di empat buah negeri ini, tetapi kita akan bangkit untuk merubah kedudukan percaturan politik yang menjadi dominasi Barisan Nasional selama ini, InsyaAllah.

"Kita juga mencabar pimpinan Barisan Nasional untuk berani turun ke gelanggang secara amanah dan jujur, tanpa bergantung kepada agensi dan institusi kerajaan, tidak memperkudakan media massa serta menaburkan janji kosong pilihanraya yang saban tahun menjadi rasuah mereka kepada rakyat. Marilah kita turun ke gelanggang secara penuh demokrasi, bukannya berpaut kepada demokrasi yang rosak," katanya.

Read more ...

Misi PR jelas untuk rakyat, misi BN kaburi rakyat

Azizah : Misi Pakatan Rakyat Lebih Jelas














KEPALA BATAS, 19 Dis. : Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam ucaptama di Konvesyen Pakatan Rakyat kali ke -2 menjelaskan misi Pakatan Rakyat jauh lebih jelas dan mudah difahami berbanding dengan pelbagai konsep yang diciptakan Umno-Barisan Nasional.

Katanya, pelbagai akronim dicipta dan dirangka oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional seperti Model Ekonomi Baru,(MEB) Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan konsep seperti 1 Malaysia yang hakikatnya hanya untuk mengaburi mata rakyat.

" Satu pun gagal mencapai impak positif kepada negara," tambah Azizah lagi.

Malah ujarnya lebih malang apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak terpaksa menggunakan khidmat Apco Worldwide, sebuah firma perunding antarabangsa yang turut berperanan dalam mencipta slogan 1 Israel.

Justeru katanya, pendedahan Pakatan Rakyat mengenai perkara ini ditentang habis-habisan sehingga membawa kepada penggantungan 4 ahli parlimen Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lantaran itu, Azizah menggesa seluruh pucuk pimpinan dan akar umbi parti agar jangan mudah diadu-dombakan dan membulatkan tekad untuk meneruskan perjuangan.

Dalam sidang media selepas itu, Azizah tegas merumuskan dengan berlangsungnya Konvensyen kali kedua hari ini menyangkal dakwaan bahawa Pakatan Rakyat sedang bergolak.

" Insya-Allah, Pakatan Rakyat akan melaksanakan kesepakatan. Pakatan akan lebih utuh dan erat antara kami dan menyangkal apa-apa dakwaan bahawa kami ini berpecah dan akan runtuh," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Read more ...

Umno BN pasti menolaknya

PR Sedia Kerjasama Dengan BN Dalam Akta Pemulihan Demokrasi














KEPALA BATAS, 19 Dis. : Pakatan Rakyat sedia menjalin kerjasama dengan Kerajaan Barisan Nasional bagi membincangkan Akta Pemulihan Demokrasi di negara ini.

Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata Pakatan Rakyat bersedia mengenepikan perbezaan politik dengan BN dalam hal ini, bagi memulihkan demokrasi yang semakin tenat.

Kerjasama dwi-partisan ini menyentuh enam perkara iaitu pembatalan semua pengisytiharaan darurat, pemansuhan undang-undang anti-demokrasi, menunaikan perjanjian bersama Sabah dan Sarawak, perlaksanaan pilihanraya umum yang telus, mengembalikan pilihanraya kerajaan tempatan dan membebaskan media.

"Perubahan yang dicadangkan ini adalah komitmen kami dalam Pakatan Rakyat.

Perubahan ini juga adalah perkara yang mahu kita laksanakan dalam masa 100 hari dari tarikh Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia," kata Lim Guan Eng di satu sidang akhbar hari ini.

Pakatan Rakyat akan mengadakan kempen mengumpul satu juta tandangan rakyat menyokong pembentangan Dwi-Partisan ini kepada Duli Yang Maha Mulia, Yang Dipertuan Agong.

Sementara itu, ketika ditanya wartawan apakah pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan pembatalan Darurat adalah strategi menghadapi Barisan Nasional dalam PRU-13, Presiden PAS menafikan perkara itu.

"Cadangan memansuhkan ISA dibuat kerana ia adalah yang terbaik untuk negara. Kita tidak boleh mewujudkan satu undang-undang untuk menghukum jenayah yang belum berlaku," jawab Hadi.

"Kita dapat lihat undang-undang seperti ISA misalannya digunakan bukan untuk keselamatan negara, sebaliknya untuk mengekalkan kuasa pemerintah,"tegas beliau.

Semntara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menambah darurat diumumkan sebanyak empat kali, dari kebangkitan insurgensi komunis, kepada Konfrontasi Malaysia-Indonesia, dan akhirnya sekali Darurat di Kelantan.

"Tetapi ancaman-ancaman yang dikatakan wujud pada ketika itu tidak lagi wujud sekarang ini. Kerajaan Pusat perlu mengakui perkara ini, dan membatalkan semua pengisytiharaan Darurat," kata Kit Siang.

Read more ...

Live Konvensyen PR ke 2 : Perasuah tidak layak digelar warganegara Malaysia














KEPALA BATAS. 19 Dis. : Mereka yang rasuah, menyokong perilaku rasuah, menyemai perpecahan kaum dan ketegangan agama, serta petualang rompakan harta rakyat tidak boleh diakui sebagai warganegara kerana kegiatan mereka menjejaskan negara dan rakyat seluruhnya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata rakyat Malaysia tulen hanyalah mereka yang mendakapi lima semangat Rukunegara iaitu, ketakwaan kepada tuhan, kesetiaan pada raja dan negara, memartabatkan Perlembagaan, kedaulatan undang-undang dan memelihara kesopanan dan kesusilaan rakyat.

"Rakyat Malaysia tidak akan terbabit dengan kegiatan yang menjejaskan negara. Rakyat Malaysia sebenarnya adalah majoriti negara ini, yang mahukan keadilan dan layanan sama-rata kepada semua. Rakyat Malaysia yang tulen adalah mereka yang mahukan keharmonian sesama kita, yang mahu undang-undang didaulatkan dan ketakwaan kepada tuhan," kata Guan Eng.

Beliau melahirkan dukacita diatas sika kepimpinan Umno-BN yang melanggar prinsip dan semangat Rukunegara. Guan Eng berkata sudah tiba masanya rakyat mempertikaikan kesetiaan pemimpin gagasan pemerintah berdasarkan kepada tindak-tanduk mereka.

"Barisan Nasional menggunakan strategi bangsa, agama dan Raja-Raja Melayu untuk memecahkan-belahkan rakyat. Sikap seperti ini bukan sikap rakyat Malaysia tulen. Golongan yang rasuah, tamak-haloba, yang menyebar fitnah dan menjual kepentingan awam bukan rakyat negara ini," tegas Guan Eng.

Beliau menambah tiada tempat untuk golongan itu dalam wawasan kerajaan Pakatan Rakyat.

"Malaysia Baru bukan untuk mereka," kata Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang melahirkan dukacita dengan laporan media yang bersekongkol dengan pemerintah tidak memberi liputan dan pendedahan yang adil kepada Pakatan Rakyat.

Guan Eng menambah rakyat terkeliru dan mengganggap DAP anti-Melayu akibat dari kempen bersepadu Umno-Barisan Nasional yang mahu Malaysia kekal di takat lama.

"Perlembagaan DAP mengiktiraf dan mengakui bahawa Bahasa Melayu adalah Bahasa Rasmi, Islam adalah Agama Negara, Pertahankan keistimewaan bangsa Melayu-Bumiputera, dan tidak meminggirkan kepentingan kaum-kaum lain," tegas beliau.

Guan Eng menambah kepatuhan kepada semangat Perlembagaan dizahirkan dalam urustadbir negeri Pulau Pinang.

"Barisan Nasional gunakan strategi kaum, agama dan Raja untuk melaga-lagakan Pas dan DAP. Mereka dakwa orang Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan dari arus ekonomi negeri. Walhal rakyat Pulau Pinang tidak pun bising akan hal ini, kerana mereka maklum bahawa kontraktor Melayu mendapat hampir 100 peratus atau 100 peratus dari kontrak-kontrak kerajaan negeri sejak penmilihan meritokrasi diperkenalkan," kata Guan Eng.

"Mereka dipilih bukan kerana mereka itu berbangsa Melayu. Sebaliknya mereka dipilih kerana merekalah kontraktor yang terbaik untuk tugas yang diamanahkan. Mereka di pilih berdasarkan kebolehan dan keupayaan. Yang sebenarnya buat bising di Pulau Pinang adalah kontraktor Umno, yang tidak menepati ciri-ciri kontraktor berkebolehan," jelas beliau.

Dalam pesanannya kepada rakan komponen Pas, PKR dan SNAP, Guan Eng berkata Pakatan Rakyat perlu lebih menumpukan kepada menyelamatkan ekonomi negara.

"Dahulunya kita adalah ekonomi yang ke-3 terbesar di rantau ini, sekarang kita ditinggalkan Singapura. Keluaran Dalam Negara Kasar republik itu jauh lebih besar, meskipun rakyat mereka lima kali ganda lebih kecil dan tanah Singapura kontang tanpa sumber alam," kata Guan Eng.

"Kalau kita bernasih baik, menjelang 2020, Malaysia tidak akan jatuh muflis," keluh beliau.

Guan Eng berkata Barisan Nasional menguar-uarkan pelbagai akronim ekonomi dan projek gergasi untuk mengaburi realiti ekonomi yang semakin mundur.

Namun hakikatnya, rakyat terus tertekan dan diasak situasi ekonomi semasa.

"Apa yang mahu dihairankan dengan menara 100 tingkat. Firaun suatu masa dahulu juga membina piramid tinggi-tinggi," katanya disambut tawa dari 2,000 hadirin yang hadir hari ini.

"Saya yakin rakyat yang berpegang kepada amar makruf, nahi mungkar, sama-sekali tidak akan membenarkan firaun hidup kembali," katanya.

Guan Eng mengingatkan Pakatan Rakyat untuk menggemblengkan kekuatan bagi menghadapi pilihanraya umum ke-13, yang beliau sifatkan bakal menentukan nasib dan halatuju negara.

"Kita harus pertahankan Ketuanan Rakyat, supaya ia terus hidup di Malaysia. Sekarang masa untuk kita bekerja. Kalau tidak, kita cakap kosong sahaja," tegas Guan Eng.

"Saya juga ambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud, diatas perkahwinan beliau. Moga dengan perkahwinan itu, beliau bersedia untuk bertarung dalam PRU-13 nanti," kata Guan Eng.


INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang @

Read more ...

Live Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke 2

'Ubah Sekarang' Mengajak Rakyat Mempersiapkan Diri Menjelang PRU-13 (KEMASKINI) - Video LIVE INSIDE











KEPALA BATAS, 19 Dis. : Kira-kira jam 9.30 pagi, lagu Negaraku berkumandang di Dewan Millenium Kepala Batas. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat bersama-sama dengan perwakilan sama-sama bernyanyi dan menghayati lagu Negaraku dengan penuh semangat.

Setahun sudah berlalu. Terdahulu konvensyen pertama Pakatan Rakyat diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam,

Konvensyen kali ini dihadiri oleh 1,800 perwakilan yang dijangka akan mempersiapkan semua pemimpin dan penyokong menuju Putrajaya.

Majlis pagi ini akan bermula di luar dewan dengan persembahan kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia iaitu silat, tarian naga dan silamban.

Kini sedang berlangsung ucapan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng,

Seawal jam 8.00 pagi lagi, kelihatan para perwakilan dari seluruh Malaysia membanjiri Dewan Millenium ini. Kaunter pendaftaran juga penuh sesak.

Wakil media juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama membuat liputan.

Difahamkan fokus akan diberikan kepada dua perkara utama iaitu cerita kejayaan-kejayaan negeri di bawah pentadbiran Pakartan Rakyat dan mempersiapkan gagasan itu menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13.

Konvensyen bertemakan 'Ubah Sekarang' menyaksikan setiap parti menghantar 600 wakil dari parti masing-masing.

INFO: Sekarang LIVE: Siaran Langsung Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2, Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang @

Read more ...

Sejarah raja-raja Melayu dihina di bawah Songkok Tiga Jengkal Umno

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpg

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan.

Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09.

Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09).

Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang.

Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, ultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993).

Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno.

Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.

Read more ...

Risalah protes kenaikan 4 dalam 1 diedar

pas handing out leaflets on price hikes 5





























PAS memulakan kempen memprotes kenaikan harga 4-dalam-1 dengan mengedar risalah kepada pengunjung gedung membeli-belah di ibu kota lewat petang ini.

Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.

Risalah berkenaan antara lainnya menyebut "rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen)."

Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan.

"Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi," kandungan risalah itu dipetik.
Edar risalah lebih berkesan

Ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman yang mengetuai program berkenaan berkata, pergerakan itu pada awalnya bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan berkenaan, tetapi kemudiannya memutuskan untuk menjalankan program mengedar risalah sahaja.

pas handing out leaflets on price hikes 2"Cukuplah sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.

Tambahnya, program itu juga merupakan satu kejayaan apabila kira-kira 2,000 risalah berkenaan berjaya diedarkan dalam program berkenaan.

"Saya rasa kehadiran anggota polis ramai pada hari ini mungkin mereka fikir kita akan adakan demo agaknya. (Tapi) mereka tak ganggu kita edar risalah," katanya lagi dengan berseloroh.

Fadhil berkata demikian ketika mengulas kehadiran kira-kira lebih 10 orang anggota polis yang berkawal di luar perkarangan Kompleks Sogo sejak jam 4.15 petang lagi.
3 mahasiswa ditangkap
10 Disember lalu, tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di Putrajaya dengan memakai baju berwarna hitam sambil menjeritkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul.

Read more ...

Deklarasi 6 Perkara : Tandatangan sejuta rakyat

KEPALA BATAS, 19 Dis . : Pakatan Rakyat (PR) bercadang menggubal Akta Pemulihan Demokrasi berteraskan enam perkara dengan mengajak bersama Barisan Nasional (BN), yang menurutnya perlu bagi “menyelamatkan negara yang semakin sempit” dan bebas daripada “krisis kenegaraan.”

Cadangan itu terkandung dalam deklarasi, yang dijangka akan diterima pada Konvensyen Pakatan Rakyat Kedua yang diadakan di sini, hari ini. Memorandum mengenai cadangan menggubal akta itu juga akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong tahun depan. Kenyataan mengenainya diedarkan kepada media pagi ini.

Kenyataan deklarasi itu menyebut Pakatan Rakyat sebagai tanda kesetiaan kepada Raja-raja Melayu dan negara bersedia dalam membentangkan Akta Pemulihan Demokrasi. Menurut deklarasi itu, negara berhadapan dengan krisis ekonomi, krisis sosial dan krisis politik.

Akta yang dicadangkan itu merangkumi enam perkara iaitu membatalkan semua pengisytiharan darurat, memansuhkan semua undang-undang antidemokratik, menunaikan perjanjian kemasukan Sabah daan Sarawak ke dalam Malaysia, mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dan mewujudkan kebebasan media.

Deklarasi itu menggariskan bahawa akta tersebut akan menjamin negara dengan kadar yang segera memperkukuhkan perpaduan, membangunkan daya saing ekonomi berprestasi tinggi yang mapan, pengupayaan modal insan yang berwibawa, pelestarian alam sekitar yang murni dan membina jati diri bangsa Malaysia, yang berpaksikan “Ketuanan Perlembagaan” atau sebagaimana tertera dalam Rukun Negara sebagai Keluhuran Perlembagaan menjadi satu kenyataan.

“Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat akan melancarkan kempen memorandum satu juta tandatangan rakyat menyokong pembentangan dwipartisan Akta Pemulihan Demokrasi kepada Yang di-Pertuan Agong,” kata demokrasi. Kempen itu akan berlangsung selama dua bulan mulai 1 Januari ini dan meletakkan sasaran untuk mengumpulkan sejuta tandatangan.

Deklarasi itu dilihat susulan kepada Dasar Bersama, yang diterima pada Disember 2009, yang berteraskan demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestasi tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan hubungan persekutuan-negeri dan dasar luar negara. (AK)

Read more ...

Masjid untuk politik Umno dibenarkan

Umno Melaka Biadap Guna Masjid Untuk Politik- AMK









SHAH ALAM, 18 Dis.: Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menjelaskan tindakan Umno jelas biadap dan tidak beretika apabila terus menggunakan masjid sebagai medan untuk mencari pengaruh.

Selasa lalu, Umno tanpa segan silu memasang bendera Umno-Barisan Nasional (BN) di pagar Masjid Saidina Ali, Bukit Katil untuk menyambut kedatangan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak yang hadir untuk merasmikan masjid tersebut.

"Umno-BN khususnya di Melaka dengan jelas mempolitikkan masjid. Mereka menggunakan perasmian masjid baru itu dengan meletakkan bendera Umno-BN padahal itu tidak ada kaitan dengan perasmian masjid., apatah lagi yang hadir itu ialah Najib, beliau bukan hadir untuk program Umno.

Menurut Shamsul lagi, sepatutnya memaparkan sifat natural dan tidak taksub atau ekstrem. Kita selalu dengar kritikan yang keras dari BN terhadap negeri Pakatan, sehingga melibatkan tuanku dan sultan yang sentiasa memperingatkan kerajaan supaya tidak mencampurkan politik dalam institusi masjid. Tapi itu tidak berlaku di Melaka.

Tambah Shamsul, ini menunjukkan BN tidak konsisten dengan pendirian mereka dan tindakan terdesak dengan menggunakan peluang yang ada untuk menunjukkan bahawa Umno-BN berjasa pada rakyat hatta perasmian masjid.

"Saya kesal dan mengambil sikap keras terhadap usaha jelas mencemarkan institusi agama ini," jelasnya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Melaka.

Untuk rekod, Umno sebelum ini menuduh PAS dan Pakatan Rakyat menggunakan Masjid untuk kepentingan politik parti itu.

Read more ...

Inilah kelebihan memperjuangkan ketuanan Melayu Umno

RM1.9 Bilion Kontrak Kementah Dibolot Seorang Pemuda Umno
















BATU KAWAN, 19 Dis. : Sebanyak RM1.9 bilion ringgit telah disedut keluar dari Kementerian Pertahanan ke kocek pihak tertentu yang berkaitan dengan Pemuda Umno.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, RM1.9 bilion ini meliputi pelbagai bentuk projek daripada pembekalan peralatan ke pembersihan parit.

Anwar menjelaskan penyelewengan seperti ini adalah satu lagi bukti Umno menggunakan nama Melayu untuk memperkayakan kelompok mereka sahaja.

"Umno kata Melayu, Melayu, Melayu. Baik kita cakap soal Melayu. Ada seorang pemuda Umno Perak, dari Bukit Gantang. Perdana Menteri Najib (Razak) beri dia kontrak. Dia seorang, ada 30 syarikat. Nama dia Syed Abu Hussein.

"Semua kontrak yang dia dapat adalah dari Mindef. Satu kontrak membekalkan kelengkapan tentera, RM800 juta, kontrak kedua RM600 juta, kontrak ketiga cuci parit RM1.5 juta, sediakan makan pun dia sapu. Jumlahnya RM1.9 bilion," kata Anwar.

Beliau berkata demikian di majlis makan malam Parti Keadilan Rakyat di Dewan Serbaguna Perkampungan Juru, di sini, malam tadi.

Seramai 600 penduduk setempat menempah meja, untuk mendengar Anwar dan pimpinan Pakatan Rakyat yang dijemput berucap di majlis ini.

"Bila kita soal, mereka lagi marah, mereka tanya di mana dapat dokumen ini. Dia tidak mahu jawab. Dia buang kita dari parlimen," ujar Anwar yang digantung selama enam bulan dari menghadiri sidang Parlimen apabila mendedahkan hubungkait Apco Worldwide, yang diupah oleh kerajaan Malaysia untuk membersihkan imej Perdana Menteri Najib Razak dengan kerajaan zionis Israel.

Anwar menjelaskan Umno-BN terlalu bimbang dengan pendedahan salahlaku seperti ini hingga sanggup memperalat institusi dan agensi nasional bagi melindungi jenayah mereka.

"Kalau saya tak boleh cakap, apa gunanya jadi Ketua Pembangkang. Kalau saya takut, apa gunanya saya ini? Kalau tangkap, sudah tangkap. Kalau telanjang, sudah telanjang, dipukul, dia buang saya, saya tidak peduli. Kalau dia mahu lawan, saya turun dan saya lawan," jelas Anwar dengan penuh semangat.

Selain Anwar, tiga lagi ahli parlimen Pakatan Rakyat turut digantung daripada tugas sebagai ahli parlimen iaitu ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Sing, ahli parlimen Subang, sivarasa Rasiah dan ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Menurut Anwar lagi,pendedahan seperti ini telah menyaksikan kejatuhan parti-parti komponen Barisan Nasional. Justeru itulah mereka terlalu takut sehingga terpaksa mengambil tindakan dengan kekuasaan yang dimiliki oleh mereka termasuk menggantung ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang lantang bersuara di Dewan Rakyat.

Umno-BN katanya terlalu terdesak, dan sekali lagi menggunakan isu perkauman dan agama untuk mewujudkan perpecahan.

"Dia hentam saya, dia kata kalau Anwar jadi Perdana Menteri, dia mahu lantik orang Cina. Habis Melayu semua. Ini kempen dia. Saya tak tahu apa reaksi MCA dan Gerakan kepada provokasi ini. Ada lagi ke Gerakan sekarang ini?," kata Anwar lagi.

Read more ...

Bajet KL lebih besar daripada bajet negeri Selangor

Bajet 2011 DBKL: Datuk Bandar Perlu Telus










KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Datuk Bandar Kuala Lumpur diminta agar bersifat telus dalam Bajet 2011 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjumlah RM2.007 bilion.

Ini kerana pihak DBKL gagal menyerahkan perincian laporan itu kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Semalam, menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan bebas telah bertemu dengan Datuk Bandar bagi mendapatkan Belanjawan 2011 DBKL, namun seperti biasa maklumat terperinci tidak diberikan, hanya gambaran am tentang belanjawan DBKL yang jauh lebih besar daripada negeri Selangor dan Perak berjumlah RM2 bilion.

"Kita telah berkali-kali meminta supaya diberikan perincian peruntukan yang sampai ke setiap Parlimen seperti di Lembah Pantai yang diberitakan ada beberapa projek berlangsung tetapi tiada perincian," katanya sambil menjelaskan akhirnya Datuk Bandar bersetuju memberi maklumat tersebut.

Izzah yang juga Naib Presiden PKR turut menyelar berkenaan pembangunan yang bakal dilaksanakan.

Dakwanya, apa yang diputuskan oleh Menteri dan Datuk Bandar berkenaan pembangunan tentunya tidak mencermin kemahuan sebenar warga Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat merasa diketepikan apabila pihak DBKL tidak melibatkan wakil rakyat ini dalam merencana pembangunan ibu negara Malaysia berkenaan.

Kata Izzah, apa yang membimbangkan pihaknya ialah berkenaan ketelusan dan rasuah dalam urusan DBKL.

"Walaupun ada sedikit sebanyak maklumat diberikan, terdapat juga kesalahan contohnya isu perumahan bawah DBKL dimana menurut akhbar The Star mengatakan terdapat 71,000 unit manakala Datuk Bandar memberitahu 69,000 unit yang kebanyakkannya akan diberikan oleh kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk diselenggarakan oleh DBKL.

"Tapi seperti yang diberitahu Pengarah Perumahan, semua unit-unit itu akan diselenggarakan oleh KPKT ada cacat-celanya di mana ada elemen rasuah, yang akhirnya menyebabkan kualiti yang begitu rendah," jelasnya.

"Pada saya berbalik kepada soal ketelusan, di mana jika isu ini tidak diselesaikan...kita akan berhadapan dengan wang dana DBKL di mana kos operasi jauh lebih besar daripada kos pembangunan di mana akan dibazirkan untuk menyelenggara bangunan-bangunan yang dibina tidak mengikut spesifikai yang terbaik untuk warga Kuala Lumpur.

"Jadi, saya melontarkan persoalan, apa yang kita mahukan adalah pimpinan menjaga dengan penuh telus dan amanah oleh DBKL," Izzah menambah.

Bagi menyelesaikan masalah ini, beliau mencadangkan sudah tiba agenda Pilihanraya Kerajaan Tempatan diadakan bagi menjamin ketelusan.

Sebelum itu, Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata bajet bertemakan "Kuala Lumpur Bersih, Selesa dan Hijau" itu juga memberi tumpuan kepada memperkasa penyelenggaraan infrastruktur jalan, saliran dan kemudahan awam, mengutamakan penyelenggaraan dan pembangunan perumahan awam, serta mempergiat program penghijauan dan penyelenggaraan taman awam.

Beliau berkata 63 peratus atau RM1.273 bilion daripada bajet itu adalah kos mengurus manakala bakinya untuk perbelanjaan pembangunan. "Berasaskan kepada agihan-agihan peruntukan ini, dijangkakan program dibawah peruntukan operasi dan projek-projek pembangunan dapat mencapai objektif DBKL, dan visi menjadi 'Bandaraya Bertaraf Dunia'," katanya

Read more ...

Tangkapan Syiah untuk tutup isu demokrasi hitam dan kenaikan harga barang

Berdialog Dengan Pengikut Syiah Bukan Tangkap Dan Aibkan Mereka


Hampir semua media cetak berbahasa melayu menyiarkan berita tentang serbuan JAIS ke atas markaz syiah dan menangkap lebih kurang 200 dikatakan pengikut syiah baru-baru ini.

Pelbagai tuduhan liar di lemparkan ke atas mereka yang ditangkap termasuklah tuduhan kononnya tarikan seks menjadi faktor utama pengikut syiah.

Dari kenyataan pengarah Jais yang dilaporkan di media massa nampaknya Jais sudah menghukum mereka yqng ditangkap tanpa mereka yang ditangkap diberi peluang membela diri. Mereka yang ditangkap digambarkan seolah-olah setaraf dengan pengikut ajaran sesat.

Bagi saya amat tidak adil untuk Jais menyamaratakan syiah dengan ajaran sesat. Ini kerana isu fahaman syiah mempunyai sejarah yang panjang. Ya,benar ada perbezaan teologi antara syiah dan sunni namun agak tersasar untuk Jais meletak kedudukan syiah setara dengan ajaran sesat.

Bagi saya Jais sepatutnya memilih jalan dialog atau hujah dengan pengikut syiah bukan meyerbu, tangkap dan aibkan mereka. Saya tidak nampak tindakan yang diambil ke atas pengikut syiah itu boleh dikategorikan 'islamic'.

Mungkin juga dengan daya intelektual yang tidak begitu tinggi untuk berhadapan dengan pengganut mazhab syiah maka pengarah Jais yang kita tahu amat sinonim dengan Umno terpaksa menggunakan kuasa dan 'force' untuk berdepan dengan pengikut syiah.

Saya boleh bayangkan jika pengarah Jais berdepan dengan mana mana ayatullah atau hujjahtul Islam syiah beliau bukan sahaja tidak mampu berhujah mungkin juga pengarah Jais selepas ini tidak berani lagi 'mengusik' syiah .


Dalam keadaan ulama sunni dan syiah berusaha keras mendekatkan kedua dua mazhab besar ini melalui 'taqrib al madzahib' tindakan Jais nampaknya makin menjauhkan kedua dua mazhab itu.

Read more ...

PAS letak calon PRK Dun Tenang, Umno tak akan menang mudah






















KUALA LUMPUR, 18 Dis. :
PAS akan meletakkan calonnya di DUN Tenang sambil yakin bakal mencatatkan kejutan pada pilihan raya kecil kali ini berdasarkan prestasi parti itu sejak lebih sedekad lalu.

Mengambil kira pengalamannya bertanding dalam tiga pilihan raya umum yang lalu - 1999, 2004 dan 2008, Naib Presden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, partinya akan bertanding di kerusi tersebut.

PAS bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang sejak 1999 manakala pada pilihan raya umum 1990 dan 1995, Semangat 46 menurunkan calonnya di mana PAS menjalin kerjasama dengannya.

“PAS pernah bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini, jadi ini kerusi bagi PAS meletakkan calon. Maka, PAS akan meletakkan calon di sini untuk bertanding,” kata Tuan Ibrahim

Pengarah Operasi Jentera PAS DUN Tenang Zulkifli Ahmad juga mengesahkan pihaknya akan meletakkan calon mereka walaupun ada kedengaran DAP kemungkinan bertanding.

Perkembangan 13 pilihan raya kecil sejak Mac 2008 menunjukkan Pakatan Rakyat mengekalkan kesepakatan pembahagian kerusi Mac 2008.

“Secara tradisi ini kerusi diperuntukkan dan ditandingi PAS. Berdasarkan konvensyen pembahagian kawasan, kerusi yang ditandingi oleh mana-mana parti dalam pilihan raya umum lalu akan ditandingi oleh parti berkenaan.

“Atas sepakat ini, PAS akan bertanding di kerusi DUN Tenang,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor ketika dihubungi petang ini.

Katanya, PAS Johor mengadakan mesyuarat terbaru malam tadi.

“Kami sudah mengadakan mesyuarat tiga hari lalu dan yang terbaru malam tadi bagi membincangkan persediaan,” kata Zulkifli lagi.

Pilihan raya kecil ini akan diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha awal pagi semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya dijangka akan mengadakan mesyuarat hujung minggu depan. Ia pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008 dan yang pertama di Johor.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, pihaknya yakin untuk merampas kerusi itu memandangkan rakyat Johor mahu melihat perubahan dengan kesan tsunami 2008 masih dapat dilihat dan dirasai di negeri itu.

“Selain itu, kita melihat generasi muda mahukan perubahan di peringkat Johor, dan oleh itu, saya yakin mereka akan meneruskan sokongan untuk membawa perubahan,” katanya sambil menambah, wakil rakyat Pakatan Rakyat juga telah menunjukkan prestasi baik di Dewan Undangan Negeri sepanjang dua tahun lalu. - TMI

Read more ...

Saman RM1 Bilion: PAS pertahankan hak rakyat


KUALA TERENGGANU, 17 Dis. : PAS mempertahankan tindakannya menamatkan kontrak konsesi pembalakan yang diberikan kepada Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd ketika memerintah kerajaan Terengganu. Tindakan tersebut kerana mahu mempertahankan hak dan harta rakyat dari diceroboh kerana tanggungjawab PAS terhadap rakyat serta amanah kepada Allah SWT.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali mendakwa telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan syarikat Riyapadu Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat berkenaan gagal membayar premium pembalakan mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian tersebut.

“Kita hendak mempertahankan harta rakyat, balak ini harta rakyat. Kita tidak boleh membiarkan dia (Riyapadu) mengerjakan balak dengan premium tidak dibayar mengikut jadual.

“Ini akan merugikan rakyat, kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat, amanah kita dengan Allah SWT kita tidak boleh buat main-main.

“Keputusan itu dibuat dengan pandangan Penasihat Undang-undang Negeri. Ini kerana, telah berlaku pelanggaran kepada syarat-syarat perjanjian kontrak yang dibuat antara kerajaan negeri Terengganu dengan Syarikat Riyapadu Sdn. Bhd,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Taman Sri Intan, Jalan Sultan Omar, dekat sini, 13 Disember lalu.

Menurutnya, pada tahun 2003 kerajaan negeri membuka satu tender terbuka bagi kawasan pembalakan seluas 16,587 hektar di Mukim Tembat dan Petuang, Hulu Terengganu.

Katanya, syarikat Riyapadu terbabit telah terpilih serta diluluskan oleh jawatankuasa tender dari enam buah syarikat yang memohon.

Menurutnya, selepas ditawarkan sudah tentu terdapat terma-terma perjanjian yang ditetapkan serta perlu dipatuhi.

Dato’ Mustafa yang juga bekas Ahli Exco Kerajaan PAS Terengganu ketika itu menjelaskan syarikat Riyapadu berkenaan gagal membayar premium ditetapkan dalam perjanjian meski pun kerja pembalakan diteruskan.

“Selepas ditawarkan ada penjanjian. Bayaran premium kena bayar ikut jadual yang dipersetujui dan ditetapkan dalam perjanjian itu. Selepas itu, diberi lesen dan balak dikeluarkan.

“Kita ikut perjanjian dan sampai suatu masa yang sepatutnya Riyapadu ini membayar premium mengikut peringkat-peringkat yang telah ditetapkan dalam perjanjian. Dia gagal, dia tidak bayar. Premium itu tidak dibayar tetapi balak dikerjakan,” ujarnya.

Mengulas dakwaan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said kononnya menjadi mangsa tuntutan saman RM1 bilion oleh Riyapadu kerana terpaksa menanggung beban dan natijah kepincangan kerajaan pimpinan PAS.

Beliau menyifatkan Mat (Ahmad) Said seorang Menteri Besar yang tidak cerdik serta tidak tahu membezakan antara kerajaan dan parti.

“Saya merasakan sebagai seorang Menteri Besar, Mat (Ahmad) Said tidak reti sebenarnya beza antara kerajaan dengan parti politik. Sebab, kerajaan ini satu entiti dan parti ini satu entiti yang lain.

“Dulu saya dengar ‘Mat Said’ ini orang Umno kata, bukan saya kata ini, bodoh ‘Mat Said’ ini. Saya tidak mahulah guna istilah itu tetapi saya kata dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat itu tidak cerdik Mat Said ini,” ujarnya.

Menurutnya, tujuan kenyataan tersebut dibuat untuk mendapat ‘political mailers’ tetapi boleh menimbulkan subjudis kerana kes masih dalam proses mahkamah.

Katanya, kes mahkamah belum selesai tetapi telah diberi gambaran oleh akhbar seolah-olah kerajaan terpaksa menanggung beban RM1 bilion itu.

“Saya faham sebenarnya untuk dapat ‘political mailers’ tetapi kena faham sebab kes mahkamah ini boleh menimbulkan subjudis kerana proses mahkamah belum selesai.

“Tetapi, gambaran yang diberi oleh akhbar-akhbar ini seolah-olahnya kerajaan ini terpaksa tanggung beban RM1 bilion. Ini satu persepsi yang salah dan dari segi proses mahkamah pun dia boleh menimbulkan subjudis,” tegasnya.

Malah, menurutnya tidak pernah seorang pun di kalangan pimpinan bekas kerajaan PAS Terengganu dipanggil memberi keterangan atau sebagai saksi di mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Dato’ Abdul Rahim Muda dalam penghakiman 27 Oktober memerintahkan defendan (kerajaan Terengganu) mengembalikan wang RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif (Riyapadu) pada 2003 bagi bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,587 hektar.

Mahkamah juga memerintahkan bayaran faedah RM7.55 juta pada kadar faedah empat peratus setahun termasuk baki deposit bagi bayaran lesen dan cukai balak sebanyak RM166,432.86 dibayar kepada plaintif.

Hadir sama pada sidang media tersebut Timbalan Pesuruhjaya (II) PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.BuletionOnline

Read more ...

Jangan sokong Umno lagi

BERA, 17 Dis. : sewaktu berceramah dalam kempen majlis bersama ANAK, atau dengan lebih tepatlagi kempen membuat laporan polis terhadap FELDA, Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang semalam menjelaskan bahawa para peneroka seharusnya sedar bahawa mereka bukan sahaja mengalami kerugian dan penipuan, malahan selama 53 tahun memerintah dan sejak awal tahun 70an mereka datang memugar tanah dari hutan rimba kepada kawasan pertanian, FELDA masih lagi belum dapat memberikan mereka geran tanah yang mereka usahakan.

Menurut beliau lagi perubahan telah berlaku dalam politik di Malayisa. Maka kerana itulah para peneroka dan orang kampung perlu juga berubah sealiran dengan perubahan yang di buat oleh orang bandar .

"Semua orang bandar telah berubah ,kecuali Perlis dan Johor Bahru, maka kerana itulah kita lihat, para peneroka memainkan peranan untuk berubah dan perubahan ini akan dapat membantu menyelamatkan Pahang yang kini tenat dalam memberikan belanjawan dalam negeri ini katanya",disambut takbir oleh para hadirin yang hadir.

Malah menurut Dato Fauzi Abdul Rahman lagi,di Pahang , apa yang masih mengekalkan Pahang di tangan Bn dan Umno ialah undi para peneroka , Undi kaum asal dan juga undi pos.

Jika konsep ini berjaya kita ubah terutamanya dengan perubahan yang di lakukan oleh para peneroka, maka sudah tentulah lanskap iklim politik Pahang akan turut berubah juga. Kita punya rekod bahawa para peneroka boleh berubah.

" Jika peneroka berubah, maka Pahang akan berubah,tuan adalah pemilik tanah,jika peneroka berubah, lanskap tanah Pahang ini akan berubah, kita boleh mentadbir Pahang dengan lebih baik lagi kerana Pahang punya banyak kekayaan, hasil hutannya,taseknya,pemandangan, pusat pelanconganya, " demikian jelas Dato Fauzi lagi.


Baru baru ini PKR telah mengadakan pemilihan di peringkat cabang .Apa yang menjadikan Umno gila ialah kerana Umno hanya mempunyai 192 bahagian , manakala PKR mempunyai 222 bahagian atau cabang termasuk di Sarawak.

Apa yang menjadi masaalah ialah cuma 9 cabang sahaja , maka Tv3 dan akhbar umno memainkan peranan mereka kononya kita telah menghadapi masaalah yang besar.

"Saya tidak mahu ulas hal ini kerana tuan-tuan tahu sendiri masaalah dalaman Umno. Kita adalah parti pertama di Malaysia yang memberi peluang kepada ahli untuk mengundi.Umno sendiri tidak berani untuk melakukannya meski pun telah 53 tahun mereka mengusai negara ini.

" Tuan-tuan tahu kenapa? kerana jika umno mendakwa bahawa mereka punya 3 juta ahli, maka para pemimpin yang bertanding akan perlu menyediakan RM 3 juta ringgit untuk merasuah.Inilah kerja umno. " demikian jelas beliau lagi.WRLR

Read more ...

Analisis DUN Tenang : Pertarungan Chua Soi Lek Vs Mazlan Aliman


























ALFATIHAH buat Adun bagi kawasan Tenang Johor,Datuk Sulaiman Taha,59 tahun yang meninggal dunia di Hospital Pakar Puteri pada 17 Disember yang lalu.Allahyarham yang mengalami jangkitan kuman dalam darah semenjak 24 November yang lalu meninggal dunia sekitar jam 1.10 pagi Jumaat.

Apapun,yang pastinya negara bakal berdepan dengan satu lagi siri pilihanraya kecil,yang keempat belas dalam tempoh tiga tahun sejak Mac 2008.Untuk rekod,pilihanraya kecil terakhir di Johor adalah hampir 21 tahun yang lalu di N33 Tambatan dalam Parlimen Pulai pada 5 Ogos 1989 berikutan kematian Adun kawasan tersebut,Allahyarham Mahmood bin Daud.

N5 Tenang terletak di dalam Parlimen Labis,di kawasan utara negeri Johor. Secara umumnya,jumlah pemilih di Dun tersebut dalam daftar pemilih Tahun 2008 adalah seramai 14 511 orang pengundi dengan pecahannya iaitu 49.59% daripadanya adalah pengundi Melayu,38.24% Cina dan 12.07% India.


Pada Pilihanraya Umum ke 12 hampir tiga tahun yang lalu,pertandingan dua penjuru satu lawan satu di Dun ini menyaksikan pertembungan calon UMNO,Allahyarham Datuk Sulaiman Taha menentang calon Pas yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Labis ketika itu,Mohd Saim Siran.Berikut adalah keputusan rasmi pilihanraya bagi Dun tersebut pada tahun 2008:



N5 Tenang mempunyai 13 buah daerah mengundi iaitu Kampung Redong,Pekan Ayer Panas,Ladang Labis Utara,Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah,Labis,Felda Tenang,Sawah Bahru,Tenang Station,Ladang Bukit Dato,Chemplak Barat dan Chemplak.

Dari segi demografinya,penduduk kawasan Tenang terdiri daripada peneroka,pekerja ladang,pekebun dan peniaga.Untuk rekod,terdapat tiga buah kawasan tanah rancangan FELDA di Dun Tenang iaitu Chemplak,Chemplak Barat dan Felda Tenang.

Kawasan majoriti pengundi Cina pula terletak di kawasan peti undi Bandar Labis Timor,Bandar Labis Tengah dan Labis,di mana rata-rata mereka adalah peniaga dan pekebun.Pengundi India pula kebanyakannya terletak di kawasan ladang seperti Ladang Bukit Dato dan Ladang Labis Utara.

Kawasan Tenang,seperti di kawasan-kawasan lain di Malaysia umumnya masih mencerminkan peninggalan dasar pecah perintah British yang tidak banyak berubah di mana orang Cina masih kekal di bandar dan berniaga,orang Melayu di kawasan luar bandar dan tanah rancangan manakala orang India masih menetap di kawasan ladang-ladang.

Apa yang menariknya di Dun Tenang ini,cerminan komposisi utama kaum di Malaysia dapat dilihat di sini,di mana orang Melayu menjadi majoriti,diikuti kaum Cina dan kemudiannya India.

Oleh itu, apa juga keputusan dalam pilihanraya kecil ini nanti bakal memberikan gambaran awal terhadap kecondongan beberapa golongan dalam Pilihanraya Umum ke 13 terutamanya kaum Cina,India,golongan luar bandar dan golongan peneroka.

CABARAN BUAT SOI LEK DAN MAZLAN ALIMAN

Parlimen Labis,kawasan di mana terletaknya Dun Tenang adalah kawasan kubu kuat Presiden MCA sekarang,Datuk Seri Chua Soi Lek.

Dalam pilihanraya umum yang lalu,beliau tidak bertanding di Parlimen Labis memandangkan ketika itu, skandal video seksnya sedang hangat diperkatakan membawa ke arah pengundurannya daripada arena politik tanah air.

Tempat beliau itu walaubagaimanapun diambil alih oleh anaknya,Chua Tee Yong yang tiada masalah untuk mengekalkan kedudukan MCA di Labis meskipun hampir kesemua kawasan tandingan lain MCA di semenanjung telah kalah teruk kepada calon-calon DAP dan PKR.

Pun begitu,kesan tsunami politik sebenarnya turut dirasai di kawasan Labis di mana Chua Jr hanya mampu mendapat majoriti sebanyak 4094 undi berbanding 10 729 undi pada tahun 2004.


Pengurangan undi MCA itu bergerak dalam pengurangan majoriti sebanyak 44.76% undi.Di kawasan Dun Tenang sendiri misalnya di kawasan majoriti Cina,calon Pas Mohd Saim Siran mampu memperoleh undi sehingga 50 hingga 67 peratus,sesuatu yang tidak pernah dicapai sebelum ini.

Di kawasan India pula,Pas memperoleh hampir 50 peratus undi di kawasan Ladang Labis Utara tetapi hanya mampu meraih sekitar 32.1 peratus undi di Ladang Bukit Dato.

Dijangka,dalam pilihanraya kecil kali ini,sokongan pengundi Cina kepada calon Pakatan Rakyat (berkemungkinan Pas) adalah sekitar sehingga 70 peratus.


Jika ini berlaku,semestinya keputusan itu memberi isyarat jelas kepada Chua Soi Lek untuk terus membiarkan anaknya di kerusi Labis dan beliau mungkin boleh mencari kerusi lain yang lebih selamat jika beliau bercita-cita untuk kembali ke Parlimen.

Persoalannya,apakah perkaitan Saudara Mazlan Aliman dalam pilihanraya kecil kali ini?Sebenarnya, pilihanraya kecil kali ini penting bagi Pas terutamanya ANAK,badan bertindak bagi warga Felda menilai sokongan balas yang diberikan oleh warga Felda sendiri kepada Anak.

Apakah warga-warga Felda mengambil tahu secara terperinci akan kes-kes penipuan Felda seperti di Felda Kemahang dan Serting?Adakah pendedahan demi pendedahan ANAK dalam isu Felda termasuk isu Felda Bangkrap tidak diambil pusing atau adakah warga Felda peduli dan inginkan perubahan tentangnya?

Perlu diingatkan bahawa bukan semua warga Felda adalah fixed deposit kepada Barisan Nasional semata-mata.Dalam Pilihanraya Umum 1999 misalnya,Pas dan KeAdilan menang di beberapa buah kerusi majoriti peneroka seperti di Jengka,Chini dan Penor di Pahang?


Malah,peralihan signifikan warga Felda dan KETENGAH di peti-peti undi dalam Dun Terengganu berjaya menenggelamkan Umno di Terengganu.Di Parlimen Kemaman,Dungun,Setiu dan Besut contohnya,pengurangan undi warga Felda terhadap UMNO membolehkan Pas menyapu bersih Parlimen terbabit dan hampir kesemua Dun di dalamnya.

Oleh itu,adakah Pas mampu mencuri undi warga Felda di Dun Tenang kali ini?Pada dasarnya,mungkin sukar untuk Pas memenangi peti undi di kawasan tersebut,namun kejayaan mengurangkan margin dan jurang undi Pas-Umno adalah penting bagi membentuk kekuatan dalam pilihanraya kecil itu nanti.


Menurut Mazlan Aliman,untuk memenangi Dun Tenang,
Pas perlu menembusi kawasan Felda dan semua sudah sedia maklum undi golongan peneroka cukup dijaga oleh Barisan Nasional bagi menjamin kemenangan mereka.

Tambah Mazlan,dalam PRU 12 yang lalu,undi warga Felda untuk calon Pas di Dun Tenang hanya berada dalam lingkungan hanya 18 peratus undi sahaja.Ini bermakna,undi besar diperoleh oleh calon UMNO dan jurang majoriti untuk calon Pas dirapatkan oleh undi daripada pengundi Cina.

Untuk berada di kedudukan selesa,Pas perlu mencuri undi sehingga 30 hingga 40 peratus undi di kawasan Felda.Sebenarnya,banyak isu yang boleh ditonjolkan di kawasan Felda ini terutamanya tentang nasib generasi kedua Felda yang hanya bekerja sebagai buruh di kawasan tanah rancangan selain penghijrahan golongan muda keluar untuk mencari kerja terutamanya di Kuala Lumpur dan Singapura.

Keadaan kurangnya generasi muda di Tenang menyebabkan berlaku ketidakseimbangan dinamik penduduk menyebabkan pengundi tua di kawasan Tenang menjadi lebih dominan.

Adakah warga Felda bersama Anak atau tidak?Ini adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan.Untuk perhatian juga,ada beberapa pihak kini dilihat bersungguh untuk menaikkan nama Mazlan Aliman sebagai calon Pas di Dun Tenang memandangkan beliau sendiri adalah anak jati Johor.


PELUANG PAS DALAM PRK DUN TENANG


Satu lagi soalan yang paling wajar diajukan adalah,adakah Pas mempunyai peluang untuk menang?Ini jawapannya.Secara umumnya,para penganalisis politik yang rasional pada angka dan kemungkinan tidak meletakkan peratusan menang yang tinggi bagi calon Pas untuk menang jika diambil pelbagai faktor semasa.


Walaubagaimanapun,dalam politik semuanya adalah tidak mustahil dan di luar jangkaan.Siapa jangka Barisan Nasional mampu hilang majoriti di Parlimen dalam pilihanraya umum yang lalu?Namun ianya telah benar-benar berlaku.

Secara umumnya,penulis menjangkakan peluang untuk Pas menang dalam Pilihanraya Umum kali ini adalah 45 peratus sahaja.Calon UMNO berkemungkinan menang,tetapi dengan majoriti yang lebih mengecil,mungkin di sekitar 1500 undi.


Asasnya ada satu,walaupun pengundi bukan Melayu diyakini memihak kepada Pas, warga Felda dijangka akan mengekalkan sokongan mereka kepada Umno.Pun begitu,undi Pas mungkin boleh diharapkan kepada golongan Melayu separa bandar seperti di kawasan peti undi Pekan Ayer Panas kerana diyakini mereka adalah pengikut media baru,jika dibandingkan dengan pengundi Melayu luar bandar yang masih mempercayai media tradisi seperti RTM dan Utusan Malaysia.

Pertambahan undi Pas mungkin akan bertambah sehingga 5000 undi dan calon Umno kekal dengan kelebihan hampir 6500 undi.Rasional penulis adalah bersandarkan kepada sokongan kaum Cina dan Melayu separa bandar,dan jika ini berjaya diambil oleh Pas,peluang untuk mengurangkan majoriti Umno itu ada kalaupun tidak mampu merampas kerusi tersebut daripada tangan Umno.


Di sini penulis sertakan pergerakan undi Pas dan pembangkang bagi Dun Tenang sejak Pilihanraya Umum 1986:


PERBANDINGAN JUMLAH UNDI 1986-2008


PERGERAKAN UNDI PAS/S46 1986-2008


KONKLUSI
Apapun,selamat mengundi buat pengundi di kawasan Dun Tenang.Pilihlah calon pilihan anda,tapi sila ingat, mereka-mereka yang diangkat bakal mencatat sejarah Adun terpendek tempoh perkhidmatannya dalam sejarah negara memandangkan PRU 13 semakin hampir....Kamisokongpas

Read more ...

Bolot tanah RM 90 juta: Rakyat muak dengan rasuah Taib Mahmud











KUCHING 18 Dis.: Naib Presiden PKR Pusat, Baru bian berkata rakyat Sarawak sudah muak dengan kepimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang secara terang-terangan mengambil hak pribumi Sarawak demi kepentingan peribadi sahaja.

Beliau berkata demikian apabila di tanya Tv Selangor bagi mengulas pendedahan sesawang Sarawak Report yang mendakwa Ketua Menteri paling lama berkuasa itu dengan pembelian tanah yang mencurigakan disekitar Sri Aman membabitkan nilai sehingga RM90 juta.

"Ini adalah rasuah. Ketua Menteri ini seorang yang berkuasa 'kuku besi'. Oleh itu, dia boleh melakukan apa saja. Ini satu korupsi, banyak laporan bukan hanya cakap saja, ada dokumen yang dikeluarkan," kata Baru.

Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban dan tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching.

Kumpulan berkenaan melaporkan tanah berkenaan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit.

Berikutan itu, menurut Sadia 15 komuniti Iban menduduki tanah itu bakal terjejas.

Jelas Baru Bian, terdapat laporan salah laku mengenai Ketua Menteri, namun hanya di pandang ringan oleh pihak berkuasa. Bagi beliau, bukti jelas menunjukkan Taib seorang pemimpin yang mengaut keuntungan negeri demi kronoi dan suku sakat sahaja, namun tiada tindakan diambil.

"Ada satu bukti bahawa Ketua Menteri selama ini bukan melaksanakan pembangunan untuk rakyat, tetapi terbukti dalam semua kes yang keluar dan dilaporkan sekarang ini semua untuk kepentingan sendiri. Bagi saya rakyat Sarawak ingin perubahan.

"Banyak laporan telah dibuat. laporan polis pun sudah difailkan tapi tindakan tak ada," jelasnya lagi. Sebelum ini, masyarakat Iban tempatan mendakwa pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman sejak empat bulan lalu. Sehinggalah baru-baru ini mereka menyedari apa yang berlaku.

"Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itu dan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,"- Sarawak Report

Pejabat Tanah Daerah, mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

Dilapor juga, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil mendakwa tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu.

Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanah itu kepada Titanium Management Sdn Bhd.

Syarikat berkenaan hampir sepenuhnya dimiliki Mahmud (anak lelaki Taib) dan seorang kroni yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam.

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib.

Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.

"Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar," - Sarawak Report

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Read more ...

Penduduk Kampung Baru tidak puas hati















KUALA LUMPUR, 18 Dis. : Persatuan Pembangunan Kampung Baru hari ini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap langkah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar membentangkan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 di Parlimen Selasa lepas.

Persatuan itu mendakwa pembentangan itu dibuat tanpa memberi penerangan secara terperinci mengenainya kepada mereka terlebih dahulu.

Pengerusi persatuan, Dr Mohd Yusof Ismail berkata banyak perkara yang memerlukan pindaan terhadap deraf asal dibincangkan dalam lab rang undang-undang itu di Melaka pada Ogos lepas dan sepatutnya segala pindaan dibincangkan serta mendapat persetujuan penduduk terlebih dahulu sebelum rang undang-undang itu dibentangkan di Parlimen.

"Antara aspek yang dibincang pada lab tersebut ialah bidang kuasa perbadanan,kerana menurut deraf asal, perbadanan itu akan mempunyai kuasa yang luas termasuklah dari segi pengambilan tanah penduduk manakala Majlis Penasihat yang dikatakan akan dianggotai oleh Lembaga Pentadbiran Petempatan Pertanian Melayu (MAS) tidak akan mempunyai pengaruh terhadap keputusan perbadanan.

"Selain itu, anggota perbadanan juga dijamin perlindungan mereka daripada tindakan undang-undang di mana peruntukan seumpama ini akan membawa kepada kesan yang tidak baik," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Dr Mohd Yusof berkata walaupun perjumpaan telah dibuat oleh pihak kementerian dengan 200 penduduk dari Kampung Hujung Pasir dan Kampung Periok pada Selasa lepas, namun penjelasan yang diberi terlalu umum.

"... dan juga boleh dipersoalkan sama ada 200 orang yang menghadiri pertemuan itu tahu tentang perkara penting terkandung dalam rang undang-undang itu,"katanya yang mendesak agar kementerian berkenaan memberi penjelasan secara terperinci kepada seluruh penduduk Kampung Baru sebelum rang undang-undang itu dikemukakan untuk bacaan kali kedua di Parlimen.

Dr Mohd Yusof, yang juga bekas Pengarah (Industri) Unit Perancang Ekonomi(EPU),turut mengulas mengenai harga tanah terlalu rendah yang dinilai oleh syarikat perunding pelaburan hartanah antarabangsa, Rahim & Co yang dilantik oleh kementerian.

"Rahim & Co pernah mengatakan bahawa nilai tanah Kampung Baru boleh berganda,tetapi kalau nak diikutkan pada harga tanah yang ditetapkan mereka (Rahim & Co),tanah di Kampung Baru sekarang bernilai RM350 sekaki persegi (skp) untuk tanah perumahan.

"Tetapi persoalannya jika tanah yang dijual oleh keluarga Tan Sri Aishah Ghani 15 tahun lepas boleh mencecah RM500 skp, jadi bagaimana harga tanah di Kampung Baru sekarang boleh ditetapkan pada paras yang sedemikian.

"Sepatutnya, harga minimum ditetapkan pada RM700 skp dan boleh mencapai sehingga RM2,000 skp," tegas beliau.

Sementara itu, seorang penduduk yang ditemui, Hasri Yazid, 42, berpendapat kementerian perlu mengutamakan persetujuan penuh penduduk Kampung Baru terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan.

"Dari segi pembangunan, jangan nafikan hak kami untuk mendapatkan penjelasan yang penuh," katanya.

Seorang lagi penduduk, Fuad Fahmy, 37, pula berkata generasi muda Kampung Baru seperti beliau tidak akan menolak pembangunan, malahan mereka ingin lihat Kampung Baru membangun.

"Tapi, kita hanya minta kerajaan supaya telus membuat cadangan dan penjelasan, kerana terlalu banyak keraguan mengenai rang undang-undang itu sekarang," katanya.

-BERNAMA-

Read more ...

Sokong Kerajaan Selangor

Charles Santiago: Pemegang Bon Diseru Sokong Kerajaan Selangor
















KLANG, 18 Dis.: Pemegang bon air di Selangor diseru agar memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam isu pengambilalihan pengurusan air, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Bercakap kepada Tv Selangor Charles juga membidas kerajaan persekutuan yang beria-ia mempertahankan Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS sedangkan pengguna air di negeri ini terabai.

Semalam Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui mendakwa pucuk pimpinan negeri gagal menyelesaikan masalah berkenaan yang akan memberikan kesan negatif terhadap industri air, malah kebajikan rakyat akan terjejas sekaligus mengancam pasaran kewangan negara.

Reaksi ini diberi menteri berkenaan selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkata Pakatan Rakyat akan mengadakan siri jelajah secara besar-besaran membantah langkah Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan isu bon berkaitan air di negeri itu.

"Untuk isu bon ini, saya fikir yang bagus sekali pemegang-pemegang bon itu pergi kepada kerajaan negeri Selangor dan mengatakan supaya sokong kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih balik pengurusan air di Selangor,"katanya.

Tambah Charles lagi berkenaan saranan kerajaan kerajaan pusat agar kerajaan negeri tidak meneruskan hasrat untuk menyaman Syabas, disifatkan tidak masuk akal kerana jelas pihak Syabas telah melanggar terma-terma perjanjian konsesi air.

Peter Chin juga semalam menyeru kerajaan negeri Selangor dan syarikat-syarikat air mengambil tindakan bertolak ansur berbanding tindakan mahkamah.

"Sebab jelas kita tahu kerajaan pun tahu dan rakyat pun tahu bahawa Syabas telah banyak membuat kesalahan dari segi undang-undang negara dan banyak melanggar perjanjian konsesi dan jelas terdapat dalam laporan Audit yang telah dikeluarkan, tetapi kerajaan tidak ambil tindakan terhadap Syabas tetapi menasihat kerajaan negeri Selangor jangan bawa Syabas ke Mahkamah, ini langsung tidak masuk akal.

"Ini jelas pada saya Syabas lebih disokong oleh kerajaan persekutuan oleh kerana kepentingan masing-masing sebab mereka ini di bawah naungan Umno-Barisan Nasional, apa yang menjadi masalah ialah wang rakyat digunakan," katanya.

Read more ...