Monday, October 8, 2012

PANGKAH LA BN!!! Demi kemewahan hidup Rosmah


Selepas gempar dengan kemewahan ‘aksesori’ Datin Seri Rosmah Mansur melalui pendedahan cincin RM24 juta dan beg tangan RM28,000, kini tersebar pula gambar isteri Perdana Menteri itu memakai jam tangan yang dikatakan bernilai RM350,000.

Jam tangan yang dipakai Rosmah ketika menghadiri satu majlis di Vietnam itu dilihat menyerupai jenama jam tangan antara paling mahal di dunia iaitu Franck Muller.

Berdasarkan beberapa blog, jam tangan itu dikatakan bernilai antara RM350,000 hingga RM500,000. Rosmah sebelum ini dikatakan memiliki 11 beg tangan mewah jenama Birkin yang setiap satu dianggar bernilai minimum RM638,000 dan maksimum RM5,192,000.


Sehubungan itu, Ketua Srikandi, Siti Aishah Shaik Ismail mencabar Rosmah mendedahkan aset peribadinya kepada rakyat jika dakwaan mengenai kemewahannya tidak benar.


“Sahut cabaran agar dedahkan aset peribadi kepada rakyat kerana tak masuk akal untuk seorang isteri pemimpin kerajaan mampu memiliki aksesori semahal itu.


“Jika lihat laporan yang tersebar di internet, dengan aset bernilai ratusan ribu begitu membuatkan kita kesal kerana isteri pemimpin berboros tatkala rakyat dihimpit keadaan ekonomi yang membebankan.


“Ternyata slogan wassatiyah yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak hanya retorik politik semata-mata untuk menagih simpati rakyat,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.


Sebelum ini, Rosmah dan Najib dilapor berbelanja sehingga RM17,118,650.58 sepanjang lawatan rasmi mereka dalam tempoh 2008 hingga 2011.


Dewan Rakyat sebelum ini dimaklumkan kos keseluruhan lawatan rasmi Rosmah ke Arab Saudi, Oman dan Bangladesh yang ditanggung kerajaan berjumlah RM134,317.76.


Malah, Rosmah dikaatkan berbelanja hampir RM140,000 bagi penginapan hotel mewah di Atlantis, Dubai hanya untuk satu malam.  
Kedah La

 

Read more ...

PANAS!!! Menteri mengaku 8000 jururawat menganggur


Berapa ramaikah sebenarnya graduan kejururawatan yang menganggur, 8,000 atau 40,000? Jika sudah berlaku lambakan jururawat swasta kenapa dibenarkan lagi IPTS mengambil pelajar baru? Kenapa pula dibenarkan hospital swasta mengambil 8,000 jururawat asing?

8,000 JURURAWAT MENGANGGUR
8 Okt. 2012

Sebanyak 8,000 lepasan bidang kejururawatan di negara ini gagal memperoleh pekerjaan dalam bidang berkaitan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keadaan itu disebabkan mutu lepasan jururawat yang rendah serta ketidakseimbangan peluang pekerjaan.

"Mengambil kira perkara itu, kita sedang bekerjasama secara berterusan dengan Kementerian Kesihatan bagi menyelesaikan isu pengangguran dalam kalangan golongan tersebut terutama lepasan kolej-kolej swasta.

"Malah, kita sedang melihat beberapa modul yang boleh digunapakai seperti menawarkan latihan praktikal kepada lepasan jururawat yang sudah bertahun-tahun menganggur bagi membuka peluang mereka terlibat dalam dunia pekerjaan," katanya.

'HIRE LOCAL NURSING GRADS'
07 May 2012

THE Health Ministry has called on private hospitals to recruit experienced locally-trained nurses rather than hire foreign ones  to reach the targeted nurse-patient ratio by 2015.

Rosnah said private hospitals had hired 8,052 foreign nurses.

LEBIH 50 PERATUS GRADUAN KEJURURAWATAN MENGANGGUR

Graduan kolej jururawat menganggur

SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.

Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?

Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.

GRADUAN KECEWA,
Kuala Terengganu.


JEYAKUMAR : KEMENTERIAN KESIHATAN MESTI BERTANGGUNG-JAWAB
By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?

PENIPUAN DI KOLEJ JURURAWAT

Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduan pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.
Sumber :

Read more ...

KES SCORPENE!!! Bernama kantoi berbohong


Satu kenyataan yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi pihak peguam mereka di Perancis, William Bourdon lewat malam tadi (Isnin) menepis dakwaan laporan yang dipetik agensi berita nasional Malaysia (Bernama) yang menjadi 'jurucakap' kepada bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Beberapa jam sebelum itu, Charpenel yang dipetik laporan Bernama mengatakan bahawa beliau
 menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat negara itu berhubung pembelian dua kapal selam kelas Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Tambah Charpenel lagi, kununnya proses perbicaraan yag sedang berlangsung sebenarnya hanyalah proses perbicaraan di media semata-mata dan bukannya perbicaraan sebenar.


Justeru katanya, media mesti dapat membezakan antara khabar angin dan fakta serta kes sesuatu perbicaraan bagi mengelakkan berlaku salah faham oleh masyarakat.


Tidak lama selepas berita tersebut dikeluarkan, maka seperti biasa berlumba-lumbalah media pencacai Umno seperti The New Straits Times (NST), mStar dan Utusan Meloya menyiarkan kenyataan tersebut (termasuk portal pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini) seolah-olah Charpenel menjadi jurucakap pihak pendakwaan Perancis.


Bagaimanapun, William Bourdon dalam kenyataan balasnya menyatakan bahawa adalah tidak benar sama sekali kenyataan yang dikeluarkan Charpenel yang hanya bergelar "bekas pendakwa" dengan hujahnya merujuk kepada prosiding siasatan mahkamah yang sedang berlangsung, termasuk mengeluarkan sepina pertama ke atas saksi pertama daripada tujuh yang dimohon Suaram.


Jelasnya lagi, kenyataan Charpenel bertentangan dengan fakta bahawa tribunal The deGrande Instance telah menerima permohonan Suaram bagi menyiasat skandal tersebut setelah Bourdon dan seorang lagi peguam, Joseph Breham berhujah di hadapan hakim penyiasat selama lebih tiga jam pada Mac lalu di Paris.


"Apabila selesai siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan pergi kepada perbicaraan penuh. Iaitu hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukan pihak pendakwa".


Sepanjang pengetahuannya, pihak pendakwa semasa meneliti kes itu tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dinyatakan oleh Charpenel. 


Dua orang hakim penyiasat tersebut ialah Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang memutuskan untuk meneruskan siasatan mereka mengenai skandal Scorpene.


Dipercayai Bernama sengaja mengelirukan cara pemberitaannya bagi menguatkan ceritanya dengan tujuan meyakinkan pembaca walaupun diletakkan dalam perenggan berbeza seperti yang dipetik di bawah:


------------

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.
military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

------------

Sekarang nampak kedua-dua tulisan yang berwarna merah di atas bukti bahawa Bernama sengaja menulis dua kenyataan yang jelas bertentangan?


Percanggahan ketara tersebut jelas membuktikan bahawa laporan Bernama sudah tidak boleh dipercayai lagi, ditambah lagi dengan beberapa siri penipuan membabitkan gambar Perdana Menteri Najib Altantuya kununnya menerima "sambutan hebat" majlis rumah terbuka Aidilfitri dan perasmian mesyuarat Umno Pekan beberapa munggu lalu.


Malaysiakini dan laman portal berita lain dinasihatkan supaya berhati-hati daripada dijerat perangkap yang sengaja dipasang media pencacai Umno walaupun mengaku sumber berita mereka adalah sumber rasmi kerajaan!


JALAN PULANG



Kenyataan Media Untuk Edaran Segera


William Bourdon (peguam SUARAM) kepada Bekas Pendakwa Perancis Yves Charpenel

8hb Oktober 2012

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yves Charpenel benar-benar bercanggah dengan Tribunal semasa penyiasatan.


The deGrande Instance telah memulakan siasatan jenayah SUARAM telah diterima sebagai pihak sivil sejak Mac 2012. 


Setelah tamat siasatan itu hakim penyiasat akan membuat keputusan sama ada kes itu akan terus ke perbicaraan penuh. 


Hakim penyiasat yang membuat keputusan dan bukannya pendakwa.


Untuk pengetahuan kami pendakwa semasa dalam pertuduhan kes ini tidak membuat apa-apa kenyataan seperti yang dicadangkan oleh Charpenel.


Dua Hakim, Roger Le Loire dan Serge Tournaire meneruskan siasatan mereka mengenai siasatan Scorpene ".


Dikeluarkan oleh,


SUARAM

JALAN PULANG

Read more ...

PANAS!!! Bekas Menteri UMNO dedah skandal TV Bernama .....

Pendedahan Zam Maidin - Bernama TV tidak dirunding dengan menteri

Di dalam posting blognya www.zamkata.blogspot.com yang terbaru Zainudin Maidin, mantan Menteri Penerangan telah mendedahkan bahawa Bernama TV ditubuhkan tanpa berunding dengan beliau selaku Menteri Penerangan ketika itu.

“Malangnya Bernama TV yang dicetuskan berikutnya tanpa perundingan dengan saya, ketika saya menjadi menteri penerangan oleh seorang yang diberikan kepercayaan kerana kepetahan bercakap, pandai merancang, melobi dan membuat orang rasa "kembang" telah menyebabkan kerugian berjuta ringgit yang terpaksa ditanggung oleh Bernama hingga sekarang dan masih dalam usaha penyelesaian.

Mulanya Bernama TV ini hanyalah sebagai pembekal berita kepada Astro, tetapi tercetus idea " fantastic" yang tidak berasaskan kepada realiti untuk mewujudkan Channel Berita TV Bernama menerusi penswastaan, tetapi oleh kerana pencetus idea ini tidak berpengalaman sebagai wartawan, sebaliknya pandai ber"gendang kosong" maka ianya tidak praktikal dan berjuta wang rakyat menjadi korban kecuali memberi faedah kepada diri sendiri.

Mungkin kalau sekiranya bekas-bekas wartawan seperti Abdul Rahman Sulaiman, Rejal Arbi, Jalaluddin Bahauddin atau Syed Jamil menjadi Pengerusi Bernama masa itu, maka besar kemungkinan bencana ini tidak berlaku kerana kesedaran terhadap penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat selalu menjadi bahan kritikan dan penulisan mereka.”.

Mengikut pendedahan yang telah dibuat oleh Blogger Kuda Ranggi
Anuar Zaini Perlu Tanggung Jawab ) individu yang dimaksudkan Zam ialah Tan Seri Anuar Zaini rakan karib Pak Lah yang cukup berpengaruh ketika itu. 
 
Anuar Zaini telah dilantik sebagai Pengerusi Bernama walaupun beliau bukan berlatarbelakangkan media. Bernama TV yang berhutang kurang lebih RM10juta kepada Bernama menghadapi kerugian besar sehingga terpaksa dibailout oleh Kerajaan demi menutup kudis pentadbiran terdahulu.

Begitulah selalunya apabila terdapat mereka-mereka yang rapat dengan PM konon the inner circle yang boleh berbisik dan melangkah kepala-kepala pentadbir dan menteri yang dilantik. Kecurangan hanya akan terbungkang apabila sesuatu perniagaan atau projek Kerajaan itu gagal dan menanggung kerugian yang besar. Pada masa dan ketika itu terceliklah segala panau dan kurap di badan. 
 
Siapa yang meluluskan dan saluran mana yang digunakan. Badan bernasib baik jika panau dan kurap dapat diubati. Apa akan jadi jikalau panau dan kurap merebak menjadi kayap dan kanser sehingga keseluruh badan?. 
 
Pada masa itu mereka ini akan lari konon ‘lie low’bergentayangan di bungalow mewah mereka di luar negara (Australia yang terdekat) hasil wang rakyat.

Bernama TV adalah contoh typical kelemahan pentadbiran Kerajaan Pak Lah dan tidak siapa dapat mengatakan tidak, bahawa pentadbiran Najib juga ada tokoh-tokoh oportunis sebegini yang sedang berkeliting (bahasa Kedah yang bermaksud berlegar-legar disekeliling mencari peluang) di sekeliling keluarga Najib untuk ‘hijack’ dan menukar kulit mana-mana cadangan perniagaan dari usahawan tulin.

Iktibarnya, kejatuhan mana-mana pemimpin bukan kerana pembangkang tetapi sedikit sebanyak berpunca dari ‘The All President's Men’ yang bersembunyi di belakangnya mengatasi segala pentadbir yang diberi amanah.


Sumber :MR 
 
Kedahkini

Read more ...

MIC BERGADUH SAKAN!!! Ketua Pemuda MIC Satish Kumar, dihalang masuk pejabat MIC

Satish Kumar dua dari kiri

Satish Kumar mendakwa dia dimalukan apabila dihalang masuk ke bangunan MIC Negeri Sembilan, kelmarin ketika hadir untuk menyerahkan satu dokumen.
Saya menjawat selaku Setiausaha Pemuda MIC negeri dan lebih menghairankan, katanya, larangan tersebut dikatakan arahan daripada Pengerusi MIC negeri, Datuk T Rajagopalu. Menyorot kembali kejadian kira-kira 2.30 petang itu, Satish Kumar berkata, dia datang ke bangunan MIC negeri di sini kerana mahu menyerahkan beberapa dokuman penting berhubung masalah rakyat.
“Saya terkejut apabila Setiausaha Kerja Rajagopalu tidak membenarkan saya masuk dan meminta saya pula untuk pulang. Dia memberitahu arahan itu datang dari Rajagopalu. “Saya tidak faham kenapa beliau mengeluarkan arahan demikian sedangkan saya tidak mempunyai sebarang rekod buruk atau masalah dengan parti," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Kuala Pilah berkata, masalah itu mungkin berpunca daripada tindakannya memperjuangkan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Kuala Pilah, baru-baru ini. "Tindakan saya itu mungkin dianggap melebihinya selaku ketua dalam MIC. Saya hanya menjalankan peranan saya sebagai pemuda MIC dan isu itu kita perjuangkan sejak 2009 lagi," katanya.
Sementara itu Ketua Pemuda MIC Negeri, Palani Mahadevan berkata, beliau kesal kejadian tersebut dan akan membawanya kepada Pemuda MIC peringkat pusat untuk dibincangkan.
Dalam pada itu, Rajagopalu ketika dihubungi Sinar Harian, semalam menafikan ada mengeluarkan arahan tersebut. "Saya tidak bagi arahan seperti itu dan saya rasa telah timbul salah faham kepadanya.
“Sebenarnya dia sendiri bermasalah kerana saya ada terima aduan daripada MIC Bahagian Kuala Pilah berhubung kelakuannya itu," katanya. 

mengejar cahaya

Read more ...

SABAH NEGERI TERMISKIN!!! Pemimpin UMNO cuba tutup tapi Bank Dunia sudah isytiharkan

KUALA LUMPUR: Mantan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin memberitahu kerajaan Umno Barisan Nasional cuba menyembunyikan peratus sebenar tahap kemiskinan di Sabah.

Namun, jelasnya lagi walaupun sepandai mana kerajaan ingin menyembunyikannya, masyarakat dunia tetap mengetahuinya.


"Menurut kajian Bank Dunia pada tahun 2012 yang disiarkan dalam Malaysia Economic Monitor, kadar kemiskinan di Kelantan adalah jauh lebih baik berbanding Negeri Sabah.

"Di mana rakyat Sabah yang paling ramai dibelenggu kemiskinan adalah daripada suku kaum Rungus, Orang Sungai dan etnik Suluk," jelas beliau selaku Ahli Parlimen Beaufort di Dewan Rakyat ketika membahaskan Bajet 2013.

Tambahnya lagi, Sabah juga mencatat kadar kemiskinan bandar tertinggi di Malaysia dengan saiz isi rumah purata terbesar di Malaysia dari segala segi.


"Kerajaan Umno-Barisan Nasional gagal menyelesaikan masalah rakyat Sabah, walau pun kerajaan setiap hari mengangkut hasil negeri dan memberi kemewahan kepada Kerajaan Persekutuan.


"Namun rakyat Sabah hanya menerima sedekah ehsan daripada kerajaan dan mereka tidak ikhlas dalam membangunkan rakyat Sabah dan Sarawak," ucap beliau lagi.


Lajim juga turut mempersoalkan peruntukan yang besar iaitu sebanyak RM236 juta bagi program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Azam Niaga, Azam Khidmat, Azam Tani dan Azam Kerja tetapi masalah kemiskinan tetapi membelenggu rakyat Sabah.


Katanya, usaha membasmi masalah kemiskinan tegar oleh kerajaan ternyata gagal, ini adalah kerana pemimpinnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada program pembasmian kemiskinan terhadap kumpulan sasar dan mereka hanya memikirkan agenda politik sahaja.


"Rakyat Sabah terus dinafikan pembangunan apabila dipinggirkan dari arus pembangunan pesat negara yang dinafikan akses fasiliti dan infrastruktur, mesti pun Sabah sudah merdeka melalui Malaysia sejak tahun 1963 lagi.


"Jadi tidak mustahil jika Bank Dunia mengisytiharkan Sabah sebagai negeri termiskin di Malaysia apatah lagi rakyat terus terbeban dengan potongan subsidi gula sebanyak 20 sen," sambung beliau lagi


Beliau yang sempat menyatakan bajet 2013 ini umpama bajet untuk membuai rakyat, namum rakyat Sabah sentiasa memerhati dan sedia membuat satu perubahan agar Sabah terus maju selari dengan semenanjung pada masa akan datang.


Read more ...

ALASAN BANGGANG!!! Harga gula naik elak kencing manis, harga minyak masak naik untuk elak kolestrol?

Saya terasa bagikan kurang percaya membaca ulasan daripada Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr AWang Adek Hussein di dalam Sinar Harian hari ini, 8 Oktober 2012 semasa mengulas isu kenaikan harga gula.

Di dalam kenyataan beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok, beliau menyatakan bahawa masyarakat harus memandang positif kenaikan harga gula yang diumumkan di dalam pembentangan Bajet 2013  baru-baru ini.

Menurut Awang Adek, kenaikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan rakyat sakit akibat mengambil gula yang berlebihan.

Pada mulanya, saya menyangkakan barangkali kenyataan beliau telah tersalah lapor memandangkan agak mustahil seorang Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan sebegini dangkal.


Tetapi mengingat rekod beliau yang pernah ditabalkan sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu, beliau pada hemat saya bukannya seorang yang cermat dalam mengatur gerak politik.

Sehingga hari ini, saya percaya, pertabalan beliau sebagai bakal Menteri Besar Kelantan satu ketika dahulu hanyalah untuk menyekatnya dari naik.

Teringat saya satu pepatah Greek yang di dalam bahasa Inggerisnya berbunyi, an old enemy never becomes a friend.

Hari ini, Awang Adek menyerlahkan satu lagi gerak catur politiknya yang menjemput checkmate.

Jika beginilah cara beliau menyokong kenaikan gula, ertinya beliau juga akan menyokong segala macam kenaikan harga selepas ini.

Kenaikan harga petrol untuk menyekat rakyat daripada boros ke sana ke mari, kenaikan harga minyak masak bagi mengelakkan rakyat mempunyai kolestrol berlebihan dan semestinya pemasangan kamera saman trafik yang  berselerak sudah tentu bagi mengelakkan kemalangan jalan raya!

Perlu diingat, hanya sekitar dua tahun lepas, harga gula masih di tangga RM1.65 sekilo. pada bulan Julai 2010, ia dinaikkan kepada harga RM1.90.

Bulan Disember tahun yang sama naik lagi kepada harga RM2.10 dan pada bulan Mei 2011 naik lagi kepada harga RM2.30. Justeru, kenaikan 20 sen sekilo yang diumumkan oleh Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2013 yang lepas ialah kenaikan yang kelima dalam tempoh 33 bulan.

Hakikatnya, harga gula hari ini ditentukan oleh pasaran yang dimonopoli oleh beberapa orang kroni tertenu sahaja. Sudah menjadi satu rahsia yang terbuka bahawa hanya terdapat empat sahaja kilang pemeroses gula di negara ini iaitu 4 kilang penghasilan gula di Malaysia iaitu MSM (Gula Prai) Sdn Bhd, Central Sugar Refinery Sdn Bhd, Gula Padang Terap Bhd dan Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Manakala individu yang paling bertuah dalam industri gula ini ialah Raja Gula Robert Kuok, mengekori daripada belakang ialah Tan Sri Syed Bukhary.


Pemilik empat syarikat ini sahaja yang diberikan permit untuk mengimport bahan-bahan bagi memperoses gula di negara ini. Selain daripada mereka, permit tidak dikeluarkan secara terbuka.


Sewajarnya, Awang Adek bersuara untuk menghapuskan amalan monopoli seperti ini yang akhirnya meletakkan harga gula berada di tangan mereka.

Saya sangat sangsi bahawa satu kontrak jangka masa panjang telah diberikan kepada mereka sehingga kerajaan seolah-olah menjadi ðicucuk hidung untuk mengikut telunjuk mereka.

Bolehkah sebenarnya harga gula diturunkan jika permit diberikan secara terbuka? Jawabnya boleh.

Ia dinyatakan sendiri oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu wawancara yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada 26 Januari 2010.

Antara lain beliau berkata, "..Bagi kementerian ini, kita mencadangkan agar AP dibuka seluas-luasnya kepada sesiapa yang ingin mengimport gula kerana kita balik kepada teori permintaan dan bekalan.

Jika berlaku lambakan gula di negara ini, harga akan turun. Cumanya, kita bimbang pula kalau harga gula turun, orang akan ambil gula berlebihan..."

Ertinya harga gula tidak mustahil boleh turun jika ia didagangkan secara terbuka tanpa sebarang keistimewaan diberikan kepada para kapitalis yang sudah buncit perutnya kerana kekenyangan ini.

Dari konteks kerajaan pula, subsidi 20 sen yang dipotong ini hanyalah memberikan pulangan penjimatan sebanyak RM163 juta sahaja, berbanding dengan kenaikan harga barang yang tentunya akan menghimpit kehidupan golongan marhaen.

RM163 juta yang dijimatkan oleh kerajaan hanyalah tiga kali ganda sewa rumah Perdana Menteri dan Timbalannya yang berjumlah RM49 juta setahun!

Saya kira Awang Adek lebih nampak cerdik jika diam atau setidak-tidaknya memperrsoalkan amalam monopoli yang sedang berlaku pada hari ini.

Bukan saya sahaja yang kesal dengan amalan monopoli ini, bahkan Awang Selamat dalam kolumnya di Utusan Malaysia turut kesal. Rujuk sahaja Utusan Malaysia 3 Januari 2010.

Jika Utusan Malaysia yang dipercayai oleh PERKASA inipun sudah bangkit bersuara dalam isu monopoli import gula, maka apatah lagi kita rakyat biasa?

Read more ...

TERKINI!!! Suri rumah mengaku dapat taraf kewarganegaraan melalui 'Projek Mahathir'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg5yZG_k5cJUi110DMXj7IeFf6ZLGAzyuVRPm4sXvYkBMs7rukGW-44nZnYdSgwkBEe46L1gua54WPIeQ5IsJvniricGU_AnYTvY1zDMvGi7AzoJqgI0YIllo0kpWEjesQwckRtBrbKeu4/s1600/mahathir-projek-ic.jpgSeorang penduduk Sabah mengakui menjadi sebahagian daripada "Projek Mahathir" dan mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia selepas memasuki negara ini secara haram dari selatan Filipina.

Surirumah berkenaan, Fawziah Abdul, 50, dalam laporan agensi berita Reuters itu berkata beliau juga ingin menyampaikan penghargaannnya kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas peluang itu.

"Saya merupakan sebahagian daripada Projek Mahathir... Saya diberitahu supaya pergi ke satu pejabat dengan dua keping gambar dan sedikit wang," kata Fawziah dalam laporan itu.

Fawziah juga menunjukkan kad pengenalan yang menyatakan beliau sebagai seorang warga yang dilahirkan di Sabah, menurut laporan itu lagi.

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa "Projek Mahathir" itu merupakan "rancangan sulit" yang dikatakan telah diluluskan Mahathir.

Projek berkenaan, menurut Reuters, membantu memacu peningkatan populasi Sabah kepada lima kali ganda sejak 1970 dan menjadikan negeri itu sebagai simpanan tetap untuk undi kepada BN.

Laporan itu juga memetik kenyataan seorang pengkaji politik di Universiti Teknologi Mara Sabah yang berkata, kekecewaan masyarakat minoriti di negeri itu boleh menyebabkan Pakatan Rakyat berjaya meraih sehingga 10 daripada 25 kerusi parlimen.

Read more ...

PANAS!!! Anwar gempur Bagan Datoh! Zahid Hamidi terasa bahang kekalahan?


Nampaknya Menteri Pertahanan yang juga ahli parlimen Bagan Datoh, Zahid Hamidi kini semakin tertekan dengan perkembangan terbaru membabitkan kawasan parlimennya, terutamanya sejak malam tadi.

Apa tidaknya, sambutan Jelajah Merdeka Rakyat yang singgah di parlimen tersebut yang diketuai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim malam tadi sangat memberangsangkan.


Dkhabarkan, kira-kira 6,000 orang hadirin memenuhi tapak ceramah Pakatan Rakyat tersebut yang diadakan di sebuah rumah di Sungai Sumun, Jalan Bagan Datoh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN).


Anwar yang berceramah bersama-sama dengan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Perak, Dr Mohd Nur Manuty, ahli parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye dan ADUN Hutan Melintang, S Kesavan sentiasa mendapat tepukan gemuruh hadirin yang datang sejauh Teluk Intan dan Sabak Bernam, Selangor.


Ada di antaranya tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenang-kenangan di hadapan bas dua tingkat milik KEADILAN yang pernah disimbah cat merah dan dibaling batu di bahagian tempat duduk pemandu sebagai bukti betapa takutnya Umno menghadapi kemaraan Pakatan Rakyat.


Dalam ceramahnya, Anwar terus menekankan harga minyak diturunkan selari dengan dasar bersama yang terkandung dalam Buku Jingga selain memberi isyarat bahawa pilihanraya umum hampir pasti akan diadakan sebelum hujung tahun ini.


Walaupun khuatir kejadian samseng berulang di sini, namun nampaknya Umno tidak mampu menyekat kemaraan pengunjung yang datang dari hampir segenap penjuru semata-mata mahu bertemu dan mendengar pidato pemimpin Pakatan Rakyat.


Anwar menyifatkan bahawa Bagan Datoh kini bukanlah kubu kuat Umno lagi ekoran kesedaran rakyat terhadap perubahan politik semakin kuat dirasakan dan ini terbukti dengan penyertaan ahli Umno menyertai Pakatan Rakyat terutama di Sabah dan Sarawak.


Paling mencuri tumpuan, semasa Anwar menunggu gilirannya untuk berucap, beliau tidak duduk di atas kerusi yang disediakan, sebaliknya duduk bersila di atas hamparan permaidan bersama-sama dengan hadirin yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.


Untuk rekod, Zahid cuma menang tipis dengan majoriti 2,692 undi menewaskan calon KEADILAN, Madhi Hassan yang juga Ketua KEADILAN Cabang Bagan Datoh dalam pilihanraya umum lalu berbanding majoriti besar yang diperolehi Zahid pada 2004 sebanyak lebih 12 ribu undi.

JALAN PULANG

Read more ...

AMBIK KO !!! Utusan memohon maaf dan bayar RM 50 000 kos penyelesaian kerana fitnah Ahli Parlimen DAP



Pengerusi Institut Akhbar Malaysia,  Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
 
um book launching 021205 chamil wariyaPeguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.

Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer

Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.

Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam 
Mingguan Malaysia.

Read more ...