Sunday, January 9, 2011

Jurugambar Bernama pun kena juga

Dipukul Dan Digari Polis Bantuan, Jurugambar Buat Laporan Polis


KUALA LUMPUR 10 Jan.: Seorang jurugambar membuat laporan polis terhadap beberapa anggota polis bantuan yang didakwanya telah memukul, menggari serta mengugutnya berhampiran Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS), di sini semalam.

Hairul Nizam Baharin, 37, dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) berkata beliau diperlakukan sedemikian selepas menjalankan tugas mengambil gambar di persekitaran terminal tersebut kira-kira-kira pukul 11.30 pagi.

"Sekumpulan lelaki yang memakai ves polis bantuan meminta saya memberhentikan motosikal selepas saya selesai ambil gambar di situ, tapi saya enggan kerana tidak tahu tujuan mereka," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Hairul Nizam berkata beliau bagaimanapun terpaksa memberhentikan motosikalnya apabila kumpulan itu terus mengekori dan menghalangnya daripada meneruskan perjalanan.

"Mereka kemudian merampas kunci motosikal saya dan apabila saya tanya kenapa mereka cuma diam. Seorang daripada mereka minta kad pengenalan namun saya enggan serahkan kerana tidak tahu tujuan mereka.

"Polis berpangkat sarjan itu kemudian menyentuh badan saya dan saya kata padanya yang dia tidak boleh menyentuh saya. Dia kemudian bertindak menumbuk
saya," katanya.

Hairul Nizam berkata kepalanya juga diketuk dengan topi keledar meskipun berulang kali meminta dilepaskan.

"Salah seorang daripada mereka kemudian mengarahkan saya digari sebelum dibawa ke balai polis TBS-BTS. Di situ anggota yang bertugas mengarahkan gari saya dibuka dan saya dibebaskan," katanya.

Hairul Nizam berkata tindakan kumpulan polis bantuan itu adalah tidak profesional selain memperlakukannya seperti penjenayah sedangkan beliau hanya menjalankan tugas yang diarah majikannya.- BERNAMA

Read more ...

Mana peruntukan RM 1.72 juta termasuk untuk asrama anak yatim ?

Jeyakumar gesa siasat penyelewengan

http://media1.malaysiakini.com/294/0a23d50d03801e37451d78e614788c46.jpgIPOH, 10 Jan.: Polis diminta supaya menyiasat isu berhubung salah guna wang rakyat berjumlah RM1.72 juta daripada Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri (ICU) di Sungai Siput baru-baru ini.

Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar berkata, pihaknya memohon peruntukan itu bagi melaksanakan beberapa projek di kawasan itu, khususnya Sekolah Menengah (SM) Shing Chung, Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Sungai Siput dan asrama Anak Yatim Nurul Ihsan.

Menurutnya, peruntukan itu juga telah pun diluluskan pihak ICU dan berdasarkan surat diterima pada 12 Oktober 2010, ICU mengatakan sehingga 25 Julai lalu peruntukan berkenaan telah pun disalurkan.

“Bagaimanapun, apabila saya menghubungi penerima peruntukan itu, mereka mendakwa tidak menerimanya, sementara yang ada menerimanya kurang daripada jumlah asal.

“Dua daripada penerima iaitu SK Sing Chung hanya memperoleh peruntukan RM2,000, manakala SK Methodist (RM2,500). Ini agak mengejutkan kerana asrama Anak Yatim Nurul Ihsan belum menerima sebarang bantuan kewangan daripada ICU bagi tahun 2010.

“Saya berharap perkara ini dapat disiasat oleh polis bagi memastikan ke manakah pengaliran peruntukan itu,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap bekas Pegawai Kemajuan Negeri, Datuk Zainal Abidin Omar.

Sementara itu, ketika dihubungi, Zainal Abidin berkata, perkara itu dalam tindakan pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Penasihat Undang-Undang juga telah menyediakan hujah bagi menafikan berlaku penyelewengan.SH

Read more ...

Umno ulang perangai lama

Selangor: Mereka tunjuk lagi perangai itu

SHAH ALAM, 10 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu.

Beliau ketika menyampaikan pidatonya di Stadium Malawati, Shah Alam malam tadi berkata, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi.

"Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini.

"Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambik balik pada tahun 1999," katanya yang menjelaskan terpaksa bersabar lebih 40 tahun sebelum dirampas pula pada tahun 2004.

Beliau berucap demikian dihadapan lebih 30 ribu hadirin yang hadir pada Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana di sini malam tadi.

Ianya dianjurkan PAS Pusat ekoran beberapa insiden terbaru melanda Pakatan Rakyat, khususnya percubaan rampasan kuasa di Selangor dan isu penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim selama enam bulan dari Dewan Rakyat.

Tambahnya lagi, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan menggunakan akta darurat pada waktu itu.

Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula mengambil Kelantan pada tahun 1990.

Dan terbaru pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang, mahu rakyat tahu bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah.

"Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai.

"Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu," katanya.

Namun apa yang penting tegasnya, Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan bersabar.

Perjuangan tersebut tambahnya, perlu dibuat pada landasan yang betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak mengerti.

"Ini bukan janji PAS, bukan Keadilan, tapi ini janji Allah dalam al-Quran.

"Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Turut berucap pada malam tadi, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Read more ...

Isu pertemuan 24 Dis PAS-Umno sudah selesai

NONESHAH ALAM, 10 Jan. : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sudah menyelesaikan kontroversi berhubung pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.


“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum,” katanya.

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar pada sidang media selepas program Solat Hajat dan Pidato Perdana di Stadium Malawati malam tadi.

Sebelum menghadiri program anjuran PAS itu, Anwar dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlebih dahulu telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan soal “pertemuan 24 Disember” itu.

Pada sidang media yang diadakan malam tadi, Hadi berkata, pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada Pakatan Rakyat.

“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

“Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis,” kata Ahli Parlimen Marang.

Dalam laporannya petang semalam, The Malaysian Insider menyebut, Anwar dan Hadi dijangka mengadakan pertemuan petang semalam - langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.

Pertemuan tertutup itu diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di sini.

Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dikatakan memfokus pertemuan 24 Disember.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat di ibu negara semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat jika perlu.

Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat semalam, kata beliau.

Jumaat lalu, Najib mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu lalu.

Dalam kenyataan terbaru sehari sebelum itu, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau.

Read more ...

Rakyat Selangor hadiri solat hajat di Shah Alam...UMNO tertekan..!!!

NONEPuluhan ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Mereka juga berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.

NONEMajlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah oleh timbalan mursyidul am pas, Datuk Harun Din.
Berkerusi roda
Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat.Antara yang hadir termasuk, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang dengan berkerusi roda. Kehadiran menteri besar Kelantan itu disambut dengan laungan 'takbir' yang bergema di stadium berkenaan.

NONESelain Nik Aziz, tutut bersama adalah Anwar, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Solat Isyak dan solat hajat perdana diimamkan oleh Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Anwar.

NONELaungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Anwar dalam pidatonya pula berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Lawan Umno

"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan kita.

NONE“Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib, kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang berlaku membuktikan andaian tersebut.
Tak boleh tahan

NONE“Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar.

Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh Umno dari semua hala.

NONE"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.

“Pendirian DAP, PKR dan PAS. Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada Umno ini pendirian kita," kata Anwar lagi.

Read more ...

“Umno sudah tolak Islam, bila tolak Islam Umno berdoa kepada siapa?

SHAH ALAM, 10 Jan. : Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kerajaan pimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) tidak akan mendapat keredaan Allah kerana tidak berlandaskan kepada prinsip-prinsip Islam.

“Allah mengatakan kerajaan dalam genggamannya, saya memimpin Kelantan mengikut kehendak Allah... Umno pula tidak.

“Semua yang ada di dunia ini Allah yang buat, kerajaan yang kita pegang adalah kerajaan Allah.
“Jadi kita kena selari dengan kehendak Allah, dalam dunia ini tiada manusia yang boleh buat benda yang tiada jadi ada.

“Udara adalah dari Allah ia bukan datang dari syarikat atau parti,” katanya ketika menyampaikan ceramah di program Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS di Stadium Malawati di sini malam tadi.

Justeru, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pimpinan kerajaan perlu sentiasa bermuhasabah.

“Muhasabahlah bila pegang kerajaan, Menteri Besar, Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong semua sekali akan mati.

“Tiada orang yang tidak akan mati, doktor pun mati. Tapi orang Melayu khasnya Umno gerun sangat kepada mati,” katanya.

Beliau berkata Allah akan menolak Umno kerana parti Melayu itu “berbalah” dengan Allah apabila menolak Islam.

“Umno sudah tolak Islam, bila tolak Islam Umno berdoa kepada siapa?

“Tolak Islam bermakna tolak Allah, kita doa kerana kita perjuangkan Islam sebagai asas,” katanya.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti Islam itu sudah melakukan satu anjakan paradigma apabila menerima orang bukan Islam dalam mempertahankan perjuangan yang dibawa parti Islam itu.

Beliau menegaskan Islam sentiasa mengajar umatnya supaya menghormati dan melindungi hak orang bukan Islam.

“Ia perlu ada anjakan paradigma dan kita tidak boleh jadi macam Umno yang tidak pedulikan jirannya, MCA dan MIC. Mereka dengan senang lupa dan menafikan hak jiran mereka. Ini adalah politik ketidaksiuman.

“Kita sedar orang bukan Islam adalah sebahagian daripada Malaysia dan Islam mengajar kita untuk mentadbir negara dengan masyarakat majmuk,” katanya.

Hadi juga menegaskan Pakatan Rakyat akan memberikan keadilan kepada semua rakyat di negara ini.

“Islam bukan ajar menghormati orang Islam sahaja tetapi bukan Islam dan rumah ibadat mereka. Ini bukan janji PAS atau PKR tapi Allah.

“Pakatan sudah berjaya dan kita akan mempertahankan dan memperbetulkan apa yang tidak betul. Harap Allah akan beri kemenangan dalam pilihan raya umum nanti,” kata Ahli Parlimen Marang itu.

Beliau juga berkata PAS perlu bersabar dan berada di landasan terbaik merampas Putrajaya.

“Allah mengatakan kita perlu sentiasa berada di laluan betul dan jangan ikut jalan orang yang tidak mengerti.

“Ada yang mahu ikut jalan mudah dan senang. Ada juga yang sanggup ambil jalan pintas dan bertindak sesuka hati tapi mereka lemah.

“Kita kena bersabar dan ikut jalan yang betul,” katanya.

Read more ...

Khalid cabar Umno sokong pindaan kembalikan kuasa Sultan

Khalid : Pinda Undang-Undang Untuk Perbetul 'Kesilapan' Pentadbiran


SHAH ALAM 10 Jan. : Cadangan Pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor ialah untuk membetulkan 'kesilapan' pentadbiran sehingga berlaku ketidakadilan kepada Kerajaan Negeri sejak 1993.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, adalah tidak wajar kuasa Sultan Selangor diambil alih oleh Umno demi memperkukuhkan kuasa Persekutuan ketika krisis Perlembagaan Persekutuan 1993.

Beliau dengan tegas akan terus memperjuangkan hal ini bagi membolehkan keadaan menjadi baik di masa hadapan.

"Drama ini akan berterusan. Tujuan saya ialah bukan saja selesaikan perkara ini tapi betulkan apa yang salah. Jadi tanggungjawab saya ialah memanggil sidang DUN dalam 2 minggu ini untuk bincang mengapa enakmen dan undang-undang iniyang ditarik Umno pada 1993 dan mengapa biarkan ia memberi ketidakadilan kepada pengurusan negeri," jelas Khalid.

Kemelut pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri dicetuskan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan mengumumkan pelantikan itu tanpa mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri.

Justeru Khalid menyatakan kerajaan Selangor akan membuat beberapa usul akhir bulan ini untuk memastikan kuasa pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri — Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri kembali ke tangan Sultan dan kerajaan Selangor.

Khalid turut mempertikaikan tuduhan Umno yang menyatakan beliau derhaka kepada Sultan dalam isu ini walhal, Umno-lah yang telah meminda Perlembagaan dan menghapus kuasa Sultan sejak tahun 1993.

"Umno yang menariknya (kuasa itu). Dia dah tarik dan sekarang baru dia cakap bila kami memberitahu Tuanku Sultan, terus dia mengatakan jangan derhaka kepada Sultan. Siapa yang derhaka?", soal Khalid ketika berucap dalam Majlis Pidato Perdana dan Solat Hajat menyelamatkan Selangor anjuran PAS malam tadi.

Khalid menegaskan bahawa beliau komited dengan rancangan beliau.

Malah Khalid mencabar Umno untuk menyokong pindaan itu jika mereka benar-benar mendukung institusi DiRaja Selangor.

"Kita kena tengok belang Umno samada dia sokong Sultan atau tidak. Kita kena tengok samada dia benar. Kata depan tuanku, Ampun Patik harap di ampun tapi dibelakang langsung tidak dipeduli," tambah Khalid lagi.

Read more ...

Najib terdesak jumpa MP, tak yakin boleh menang PRU 13

Lima Minit Jumpa MP: Bukti Umno Alami Krisis Keyakinan



SHAH ALAM 10 Jan. : Pertemuan lima minit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional bukti kerajaan kini mengalami krisis keyakinan.

Malah menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, pertemuan terbaru Perdana Menteri dengan Ahli Parlimen Umno merupakan kali pertama dalam sejarah.

"Mengapa dia begitu terdesak nak buat semua? Kerana dia (Najib) sudah tidak ada keyakinan. Umno sekarang dilanda malapetaka besar. Inilah kali pertama PM jumpa Ahli Parlimen seorang 5 minit. Nak buat apa 5 minit? Bagi Panadol bolehlah. Mana nak rawat pesakit dalam masa 5 minit," ujar Anwar ketika menyampaikan ucapan pada majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana anjuran PAS semalam.

Ketua Umum PKR itu juga menyifatkan kejelasan hal ini dapat dilihat melalui mainan dan agenda politik mereka yang seolah-olah obses dengan kuasa.

Majlis ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu hadirin menyerikan majlis ini.

Anwar turut mengulas mengenai cubaan berterusan Umno untuk memujuk PAS bergabung dengan Barisan Nasional yang dianggap beliau ibarat 'bermimpi di siang hari'.

"Yang dia boleh hanya cuba pujuk ahli Parlimen, beli beberapa orang. Dia berjaya dengan beberapa Keadilan dan DAP, dia tak berjaya dengan PAS. Cuba melunakkan. Kalau boleh. Najib sampai bermimpi, kalau lah boleh Tok Guru Nik Aziz, Haji Hadi Awang bersama dia semula, mudahlah dia. Mimpilah awak (Najib) di siang hari," kata Anwar.

Malah permainan Umno menggunakan media seperti Utusan Malaysia, RTM dan TV3 membuka lagi ruang spekulasi mengenai betapa terdesaknya Umno untuk menghalang rakyat dari mendapat kebenaran.

"Gambaran umum kita di media teruk. Tapi sebenarnya Umno ini sudah habis fikir. Cuba fikir apa lagi dia hendak buat? Dia guna segala mungkin, saya sudah turun naik mahkamah. Diserang pula di surat khabar, pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang serta pemimpin DAP. Kuat serangan dalam Utusan

Malaysia sampai orang taknak baca. Tengok TV 3 dah tak ada cerita lain dah. Dah habis ikhtiar dia (Najib)," tambah Anwar lagi.

Malah menurut Anwar, Umno akan menjadi tidak relevan jika media tidak lagi dikawal oleh pihak tertentu dan tidak pernah memberi ruang kepada Pakatan Rakyat menjawab segala tohmahan yang dilemparkan.

"Saudara ingat Umno kuat, tidak, saudara fikir Umno yakin, tidak. Saudara tahu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, mana ada mesyuarat Umno? Umno masih hidup kerana mengapi-apikan sentimen Melayu. Kalau kita boleh turun jawab, Umno sudah tamat!," tegas Anwar lagi.

Read more ...

JPJ tambah kuasa, rakyat nak lari mana ?

Hati-Hati JPJ Kini Di Mana-Mana


ARTIKEL : Berita Harian (09/01/11) melaporkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa lebih luas untuk mengambil tindakan terhadap pengguna yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan.

Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad, berkata sebelum ini, tumpuan JPJ hanya di lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan perbandaran, namun kini mereka yang menggunakan jalan seperti di ladang, kebun, kampung serta kawasan perumahan juga tidak akan terlepas, sekiranya melakukan kesalahan.

Ismail berkata, penguatkuasaan undang-undang meliputi semua jenis jalan Itu terkandung dalam pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang diluluskan Dewan Negara pada 22 Disember lalu.

Jangan terasa pelik kalau selepas ini JPJ akan buat sekatan jalan raya dalam ladang sawit atau jalan batas tali air, jalan tanah merah dalam kebun getah atau di belakang rumah kita dalam kawasan perumahan.

Semakin ramailah pemandu yang akan termasuk dalam senarai hitam terutamanya penoreh-penoreh getah dan pekerja-pekerja ladang yang sebelum ini menggunakan motosikal cabuk semata-mata untuk ke ladang atau ke kebun.

Apakah ini petanda kerajaan kita benar-benar berhadapan dengan masalah aliran tunai negara sehingga rakyat ditekan segenap sudut dan mereka berdepan risiko penguatkuasaan (baca saman) sekalipun sedang menunggang motosikal buruk untuk ke sawah padi.

Kita menghargai usaha penguatkuasaan ini kalau ianya mengfokuskan demi keselamatan walaupun kita hampir tidak pernah terdengar berita kemalangan maut berlaku di jalan seperti di ladang, kebun serta kampung.

Tapi alangkah malangnya kalau penguatkuasaan ini bermatlamatkan supaya lebih ramai rakyat dapat disaman lantas boleh menyumbang kepada pendapatan negara.

Undang-undang bukan setakat perlu adil tapi perlu kelihatan adil. Penguatkuasaannya perlu kena pada tempat supaya tidak menjadi bahan ketawa masyarakat.
Dr Azman Ibrahim

Read more ...

Pertahan Selangor, tambah khidmat kebajikan kepada rakyat

Anwar : Fokus Serta Perbaiki Khidmat Jika Mahu Kekal Perintah


SHAH ALAM 10 Jan.: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar pimpinan Kerajaan Negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat biarpun teruk diasak dalam kes pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Anwar menyatakan hal ini penting bagi menjaga kebajikan dan keselesaan rakyat di bawah pentadbiran baik Pakatan Rakyat selain mendapat mandat untuk masa hadapan.

"Ingatan dan nasihat saya kepada Menteri Besar, ahli exco dan kerajaan Negeri Selangor. Kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor.

"Ini yang akan memenangkan kita. Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan UMNO di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di hadapan hampir 10 ribu hadirin di Majlis Solat Hajat dan Pidato Perdana di Stadium Melawati di sini malam tadi.

Majlis anjuran PAS Pusat ini turut dihadiri Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kepimpinan tertinggi PAS dan PKR.

Anwar menegaskan Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman UMNo, yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib, kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang berlaku membuktikan andaian tersebut. Selangor dianggap mutiara bagi UMNO. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar lagi.

Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi Oleh UMNO dari semua hala.

"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden UMNO tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita. Pendirian DAP, PKR dan PAS. Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada UMNO ini pendirian kita," tambah Anwar lagi.

Read more ...

' Kita Bersaudara ' eratkan perpaduan hindari sentimen perkauman

Kita Bersaudara tanpa kira kaum, agama

KUALA LUMPUR, 10 Jan: Lajnah Penerangan dan Dakwah khususnya skuad Kita Bersaudara yang baru dilancarkan semalam harus digunakan sebagai medium pendidikan kepada rakyat mengenai semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan agama.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, skuad Kita Bersaudara harus menyediakan satu garis panduan yang sesuai digunakan oleh semua peringkat dalam parti bagi kelangsungan gerak kerja penerangan kepada semua kaum.

(Gambar: Mahfuz menyerahkan sijil keahlian DHPP.)

"Program begini sangat baik yang sepatutnya tidak boleh habis di sini, tapi harus dikembangkan di pelbagai peringkat dengan menyediakan satu garis panduan yang mudah diikuti oleh organisasi dalam parti untuk menghidupkan program melibatkan semua kaum ini," kata beliau ketika ditemui di mjlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang semalam.

Menurut beliau, unsur pendidikan mengenai persaudaraan antara kaum harus ditekankan dalam setiap program yang dilaksanakan pihak lajnah.

"Bukan sekadar buat program dengan satu keramaian sahaja tapi yang penting mesti ada unsur bagaimana proses pendidikan kepada rakyat pelbagai kaum untuk buang sifat perkauman yang melampau sehingga tidak melihat rakyat Malaysia ini sebagai satu keluarga," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Tambahnya skuad Kita Bersaudara ini juga dapat mewakili suara anak muda yang inginkan pembaharuan dan membenci sifat perkauman.

"Ini satu proses pendidikan iaitu dalam kumpulan ini, terdiri daripada wanita muda yang menggambarkan citarasa golongan muda yang bukan hanya boleh dihayati oleh wanita muda tapi keseluruhan masyarakat.

"Ini juga boleh menggambarkan perasasan anak muda yang tak mahu lagi melihat negara kita dipenuhi dengan sifat perkauman," katanya lagi.

Ujarnya, pemikiran anak muda tidak harus terus dirosakkan dengan menanamkan sifat perkauman yang melampau.

"Generasi yang sudah melangkaui era 50 dan 60-an tidak harus dirosakkan lagi pemiliran mereka.

"Mereka sedang membawa peradaban baru iaitu peradaban kita adalah bersaudara," katanya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sijil keahlian seumur hidup PAS kepada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Sementara itu, program sehari bermula jam 8 pagi hingga 5 petang itu diwarnai dengan pelbagai aktiviti melibatkan semua kaum dan peringkat umur.

Program khidmat kesihatan percuma yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA), dan persatuan rawatan secara Islam mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada golongan dewasa lelaki dan wanita.

Turut dibuka ialah kaunter derma organ dan perkhidmatan derma darah serta rawatan refleksologi dari orang kelainan upaya (OKU).

Manakala kanak-kanak pula berpeluang menunjukkan bakat masing-masing melalui pertandingan melukis dan mewarna bersama pasukan kartunis Ujang dan Kluang Man manakala golongan remaja pula diuji ketajaman minda mereka dalam pertandingan eksplorasi minda yang dijalankan di kawasan sekitar.

Turut berlangsung lelong amal barangan berharga milik pimpinan PAS antaranya barangan peribadi bekas Mursyidul Am, Almarhum Tuan Guru Yusof Rawa.

Tidak ketinggalan acara cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk pakej percutian ke Pulau Redang.

Kumpulan dikir barat Salam Pantai Timur dari Kelantan, pasukan gendang tiga budaya serta kumpulan kompang dari Ampang pula diundang khas untuk membuat persembahan mereka.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat, (DMPP), Aiman Athirah Al-Jundi menyifatkan program dengan kerjasama pusat khidmat wakil rakyat Titiwangsa itu sebagai berjaya membawa mesej persaudaraan.

Ujarnya, meskipun melalui pelbagai halangan termasuk kekurangan dana, namun pihaknya berjaya melaksanakan program sedemikian dan berjanji akan meneruskannya pada masa akan datang.

"Tugas yang lajnah kami pikul ini bukan tugas mudah. Selain merentasi kaum, bangsa, agama dan budaya, kami juga mengalami masalah kekurangan dana untuk melaksanakan program.

"Tapi berkat kesungguhan pihak kami, kami berjaya sampai ke perkampungan orang asli di Semenanjung, ke kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.

"Insya Allah usaha menghapuskan sifat perkauman ini akan kami teruskan sehingga mesej persaudaraan benar-benar sampai kepada rakyat di negara ini," katanya. 

Read more ...

Bandingan himpunan orang Umno dengan himpunan rakyat Selangor

Himpunan orang-orang Umno Selangor







Ini himpunan terbaru

http://2.bp.blogspot.com/__lkgNLN-F3I/TSQ17Hh38bI/AAAAAAAAGJg/JHEt7bCyr_c/s1600/IMG02109-20110105-1531.jpg

Ini himpunan sebelum tu



Ini himpunan yang dulu

Semua ini dapat liputan meluas media perdana seolah-olah dah habis sokongan rakyat kepada kerajaan PR selangor. Namun, sebenarnya rakyat Selangor bersama Kerajaan PR Selangor. Buktinya lihat di bawah,


SHAH ALAM, 9 Jan: Lebih 30 ribu rakyat berhimpun dalam Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana anjuran PAS Pusat yang diadakan di Stadium Malawati, dekat sini sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

Ramai kalangan pimpinan Pakatan Rakyat hadir antaranya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Timbalan Keadilan, Azmin Ali, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Selepas majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjamaah di tengah arena diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi, tazkirah disampaikan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Solat Isyak dan Solat Hajat Perdana diimamkan oleh Ustaz Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT. menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Datuk Seri Anwar.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

Read more ...

Pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara

PAS bersikap terbuka kepada semua kaum

KUALA LUMPUR, 9 Jan: PAS bersikap terbuka kepada semua kaum di negara ini bukan bertujuan meraih sokongan politik semata-mata sebaliknya kerana mengikut perintah Allah Taala, tegas Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata, Islam sememangnya tidak memaksa penganut agama lain memeluk Islam namun umat Islam diwajibkan menjalinkan hubungan baik sesama manusia tanpa mengira agama, bangsa dan kaum.

"Kita berhimpun di sini untuk melancarkan Sua Kasih kita bersaudara melibatkan semua kaum, bukan secara pandai-pandai diatur oleh PAS.

"Sebenarnya inilah perintah Allah SWT yang menurunkan ajaran Islam. Walaupun kita umat Islam mengakui dan percaya bahawa Islam mengajak kaum yang lain bersama kita dan dalam masa yang sama kita dilarang memaksa pengganut agama lain mengikut agama kita.

“Tapi dalam masa yang sama kita diwajibkan menghubungkan kasih sayang sesama manusia, bukan sahaja terdiri darpada pelbagai kaum dan bangsa bahkan terdiri daripada pelbagai agama," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Sua Kasih Kita Bersaudara di tapak Kompleks Pendidikan Titiwangsa, Jalan Gurney, dekat sini petang tadi.

Menurut beliau juga, PAS hanya menjalankan peranannya mewujudkan kemakmuran tanpa diskriminasi kaum seperti yang diperintahkan Allah.

"Peranan manusia di atas muka bumi ini bagi memakmurkannya dan Allah mewajibkan manusia hidup bermasyarakat.

"Allah membahagikan manusia ke seluruh pelusuk dunia, yang hidup di tempat masing-masing, dengan cuaca masing-masing, hasil bumi masing-masing, bangsa dan budaya masing-masing," katanya di hadapan kira-kira seribu tetamu yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India.

Program anjuran bersama Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat (LPD DMPP) dan pusat khidmat masyarakat parlimen Titiwangsa itu turut dihadiri Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pimpinan-pimpinan yang lain.

Antaranya setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar, bendahari, Dr. Mohd Hatta Ramli, Ketua Muslimat, Nuridah Salleh dan beberapa pimpinan lain.

Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada beberpa negeri juga memenuhi majlis dengan diketuai pengerusinya, Hu Pang Chau.

Sementara itu, ahli Parlimen Titiwangsa, Dr. Lo' Lo' Ghazali yang juga ahli jawatan kuasa muslimat PAS Pusat berkata, program tersebut terlaksana di atas kesedaran peri pentingnya mewujudkan persaudaraan sesama manusia, bukan lakonan untuk meraih sokongan rakyat.

"Kita tidak bercakap retorik, kita tidak berbelanja jutaan ringgit, kita tidak ada penasihat daripada Apco yang dibayar berjuta ringit untuk melahirkan satu suasana kasih sayang antara satu sama lain.

"Kita tidak boleh pilih nak jadi orang Melayu ke, orang Cina ke, India ke. Ini bukan pilihan kita tapi daripada Allah. Jadi tak ada sebab kita nak prejudis antara satu sama lain.

"Tidak ada formula lain untuk mewujudkan keharmonian antara kaum selain sifat hormat-menghormati," katanya.

Justeru beliau berkata, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah negara ini, segala dasar yang digubal akan mengambil kira kebajikan seluruh rakyat tanpa ada diskriminasi kaum.

"Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kami boleh memastikan setiap rakyat dalam negara kita ini saling berkasih sayang melalui program yang kami disediakan.

"Kalau kami diberi peluang menjadi Kerajaan Pusat, kami akan pastikan seluruh dasar menjurus kepada kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa diskriminasi kaum," katanya.

Read more ...

Taib Mahmud makin gentar

Tangkap Aktivis : Provokasi BN Sarawak- Baru Bian



SHAH ALAM 9 Jan. : Penangkapan Peguam Hak Asasi Manusia, Abun Sui Anyit dan Nicholas Mujah sebagai satu provokasi kerajaan Barisan Nasional (BN) Sarawak bagi menghadapi pilihan raya negeri tidak lama lagi, kata Baru Bian.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak ketika dihubungi Tv Selangor turut menyatakan, kerajaan BN pimpinan Tan Sri Taib Mahmud gentar dengan perkembangan yang didedahkan oleh pejuang sosial negeri ini menerusi Pakatan Rakyat dan media alternatif.

"Saya berpendapat tangkapan ini berkaitan dengan politik kerana mereka sekarang ini takut bahawa kebenaran telah dikeluarkan dan ramai rakyat Sarawak kini tahu BN bersikap tidak adil terhadap rakyat Sarawak," katanya.

Abun Sui, ditangkap di Lapangan Terbang Kuching, 7 Januari lalu dan disoal siasat sehingga jam 3:30 pagi hari yang sama di bawah Akta Hasutan 1948 kerana membawa cakera padat rancangan Radio Free Sarawak dan TV Free Sarawak.

Semua cakera padat tersebut bagaimanapun dirampas polis dan beliau dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis Kuching pada 7 Februari depan.

Sementara itu, Aktivis Persatuan Dayak-Iban Sarawak (SADIA) Nicholas Mujah pula telah disoal-siasat di Balai Polis Satok pada hari yang sama setelah enam orang pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerbu ke pejabat SADIA pada 11.30 malam, selepas Abun Sui ditangkap.

Lebih 1000 keping cakera padat, dua mesin fotostat serta kereta Nicholas Mujah dirampas dalam serbuan dua jam itu.

Pegawai KDN membuat aduan di balai polis bahawa mereka telah melanggar Akta Filem (Penapisan) 1952. Dua jam digunakan pegawai KDN untuk mengira dan merampas cakera padat ini, termasuk dua buah mesin fotostat.

Baru Bian berharap pendedahan hal ini oleh media dapat dimanfaatkan rakyat Sarawak.

"Kalau dilaporkan dalam surat khabar agak baiklah sebab ia menerangkan keadaan BN sekarang ini. Kita harap rakyat Sarawak tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena atau betul.

"Saya harap rakyat Sarawak pandai dan bijak memikir sebab tangkapan ini terutamanya pada masa ini ketika kita menunggu-nunggu masa untuk pilihanraya Negeri Sarawak," jelasnya lanjut.

Read more ...

Calon Muslimah PAS berdepan calon Wanita Umno di Tenang? Adakah ini calon-calonnya?

Adakah ini calon-calonnya ?



















KUALA LUMPUR, 9 Jan:
Besar Kemungkinan pertembungan antara wanita berlaku di Tenang apabila BN dikatakan akan mengemukakan calon wanita manakala PAS juga mempertimbangkan dua calon iaitu seorang lelaki dan seorang wanita.

"Mesyuarat hari ini telah membuat keputusan calon yang akan mewakili PAS tetapi ianya hanya akan diumumkan 16 Januari ini di Tenang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Katanya, mesyuarat telah memilih salah seorang dari dua calon yang telah disenarai pendek oleh PAS Johor iaitu seorang dari Pemuda dan seorang lagi dari Muslimat PAS.

PAS hari ini mengadakan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. Ini adalah mesyuarat pertama yang diadakan disitu selepas bangunan itu mengalami kebakaran kecil hujung tahun lalu.

Antara agenda mesyuarat hari ini adalah mempertimbangkan calon untuk pilihan raya kecil Tenang bagi mewakili Pakatan Rakyat.

Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 19 Disember lalu di Pulau Pinang telah memutuskan calon PAS akan mewakili Pakatan rakyat dalam pilihan raya kecil ini.

Menurut sumber media, BN akan meletak calon wanita dalam pilihan raya kecil ini. Ia dikaitkan dengan lobi MCA. Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek adalah bekas anggota Parlimen Labis manakala dalam pilihan raya umum lalu anak beliau menjadi calon BN dan menang.

PAS Johor pula telah menghantar dua calon, seorang lelaki dan seorang wanita untuk dipilih oleh pucuk pimpinan PAS dalam mesyuarat hari ini.

Sebelum ini, lima nama disebut-sebut untuk dipilih sebagai calon PAS.

"Kita telah pilih salah seorang dari dua calon yang dikemukakan oleh PAS Johor itu," kata Mustafa kepada Harakahdaily hari ini.

PAS dijangka akan memaklumkan keputusan ini kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat dalam pertemuan menjelang ceramah dan solat hajat di Stadium Melawati malam ini.

Read more ...

Tulisan Awang Selamat bukti Umno makin kritikal

Mahfuz : Umno Kian Terdesak 'Peralat' Utusan Kaburi Mata Rakyat



KUALA LUMPUR 9 Jan.: Datuk Mahfuz Omar menyifatkan parti Umno kini berada dalam keadaan terdesak sehingga menggunakan Utusan Malaysia bagi mengaburi mata rakyat dalam isu hubungan antara parti politik dan monarki di Malaysia.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tuduhan mengenai PKR dan DAP anti sultan dan mahu menjadikan Malaysia sebuah republik dalam kolum Awang Selamat hari ini membelakangi hakikat sebenar cadangan yang cuba dilakukan Pakatan Rakyat.

"Kenyataan yang dibuat Awang Selamat ini menunjukkan Umno dalam keadaan kritikal apabila cuba menonjolkan dan menaikkan isu bahawa PKR dan DAP sebagai anti sistem kesultanan dalam negara kita ini dan cuba mengaitkan isu Khusrin seolah mengkhianati tapi pada hakikatnya kita cuba mengembalikan kuasa lantikan kepada Sultan atas nasihat Menteri Besar," katanya kepada Tv Selangor.

Dalam kolum hari ini, Awang mendakwa Khalid dengan didalangi oleh DAP mahu mencetuskan krisis perlembagaan di Malaysia serta PKR dan DAP sengaja memainkan isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi kerana mahu mengalihkan perhatian daripada kegawatan dalam PKR serta kelemahan kerajaan negeri.

Mahfuz dengan tegas menyatakan bahawa Rancangan Pemindaan Undang Tubuh Negeri Selangor Pakatan Rakyat dan Akta Pemulihan Demokrasi bertujuan menguatkan kuasa Sultan dan Yang Di-Pertuan Agong yang telah ditarik oleh Umno pada tahun 1993.

"Ini bukan isu nak menjadikan Malaysia sebagai Republik, ini isu yang kita nak mengangkat kuasa Raja kembali. Kita bukan nak buang Raja, kita nak kukuhkan kuasa Raja yang bukannya diperalat oleh pemimpin Umno seperti sekarang ini," jelasnya.

Sentimen sama dikongsi oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini.

Melalui kenyataan medianya, Kit Siang menganggap Utusan sebagai punca perpecahan masyarakat dalam negara ini dan menjadi duri dalam daging slogan 1 Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Apa yang dinyatakan Awang Selamat adalah berteraskan pembohongan. Dalam tujuh perenggang artikel 'Iktibar Kemelut Selangor', Awang Selamat telah menyatakan lebih dari tujuh pembohongan dalam usaha mereka menyemai kebencian dan cubaan merosakkan hubungan di antara Parti Pakatan Rakyat dalam kerajaan Selangor," tegas beliau.

Beliau turut menuntut agar Najib mengambil tindakan di atas hal ini serta agar kabinet BN tidak lagi berdiam diri.

"Jika Najib dan pemimpin Umno serta pemimpin komponen Barisan Nasional yang lain samada dari MCA, Gerakan, MIC atau Sabah dan Sarawak, terus menutup mata dengan penipuan ini, Rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, dan taraf hidup, sepatutnya tahu kredibiliti slogan 1 Malaysia Najib di mata dunia," kata Kit Siang lagi.

Read more ...

PKR umum senarai Ketua PKR negeri

PKR Umum Senarai MPN Baru




KELANA JAYA 9 Jan. : Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengumumkan senarai baru Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan pengerusi biro-biro PKR bagi penggal 2010 - 2013.

Setiausaha Agungnya, Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan senarai baru selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibupejabat PKR petang tadi yang menampilkan beberapa muka baru dilantik ke jawatan tertinggi negeri dan juga untuk biro-biro PKR.

Jawatan Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Wilayah Persekutuan yang kosong selepas Datuk Zaid Ibrahim keluar parti November tahun lalu diisi oleh Ketua Cabang Segambut, Dr Idris Ahmad, manakala jawatan PPN Sabah pula yang dikosongkan oleh Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang menubuhkan parti baru, Barisan Bersatu Sabah (UBF) akan diisi oleh Timbalan Angkatan Muda keadilan (AMK) Sabah, Pajuddin Nordin.

Empat MPN juga turut memperlihatkan muka baru iaitu negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan. Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri Kedah merangkap Ketua PKR Cabang Langkawi, Wan Salleh Wan Isa dilantik menjadi PPN Kedah menggantikan Ahmad Kasim yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah.

Mustafa Kamil Ayub akan digantikan oleh Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Dr Mohd Nor Manuty sebagai PPN Perak yang baru dan Saifuddin yang menyandang jawatan PPN Kelantan bagi penggal lalu akan digantikan oleh Ahli Parlimen, Ketereh, Abdul Aziz Kadir.

Manakala bagi Terengganu, Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dilantik sebagai PPN baru menggantikan Haji Abdul Rahman Yusof.

Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha Agung: Haji Rosli Abdullah, Steven Choong ,T Kumar , Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar ,Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran ,Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong

Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron , Hee Loy Sian , Khalid Jaafar , bdul Rahman Yusof , Johari Abdul , Haniza Talha, Fariz Musa , Zakaria Abdul Hamid , Roland Chia ,Siti Aishah Ismail Yusop ,Latheefa Koya , S Kesavan, Shuhaimi Shafiei , M R Summugam, Yusmadi Yusoff , S Manikumar , Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali , S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie ,Abdul Malek, See Chee How, Chang Li Kang

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasiah ,Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali ,Tan Yee Kew, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim


Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri

Perlis - Johari Shafie

Kedah - Wan Salleh Wan Isa

Perak - Dr Mohd Nor Manuty

Wilayah - Dr Idris Ahmad Persekutuan

N Sembilan - Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Pahang - Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu - Azan Ismail

Kelantan - Abdul Aziz Kadir

Sabah - Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak - Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan: Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Pennyelaras Ahli Parlimen Dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat FELDA & Orang Asal: Suhaimi Said

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah

Read more ...

PAS letak calon anak tempatan di Tenang

http://2.bp.blogspot.com/_7SDFlehEAPs/THVza6XzMcI/AAAAAAAAAhc/psfj0lgsgpw/s400/mustafa_ali_bernama.jpgKUALA LUMPUR, 9 Jan. : PAS sudah membuat keputusan muktamad berhubung siapa yang bakal mewakili Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hujung bulan ini.

Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali berkata, parti Islam itu sudah memutuskan siapa calon dalam mesyuarat bulanan ahli jawatankuasa kerja pusat yang diadakan hari ini.

Bagaimanapun beliau enggan memberi bayangan siapa calonnya. Ia dijangka akan diumumkan 16 Januari ini.

“Dalam mesyuarat hari ini, kita bincang banyak perkara tapi yang utama adalah soal calon.

“Kita terima senarai nama dari (PAS) Johor, bincang dan sudah buat keputusan siapa calon yang akan bertanting mewakili PAS dan Pakatan Rakyat.

“Calon akan diumumkan pada 16 Januari ini, calon adalah anak tempatan, jadi jangan nak tanya banyak-banyak (pasal calon),” katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Beliau berkata dengan perubahan yang dibawa Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP tidak mustahil untuk menang walaupun ia kubu kuat Umno-Barisan Nasional (BN).

“Bagi kita Johor dianggap sebagai kubu Umno paling kuat dari dulu tapi perubahan sudah berlaku, tapi kita masih anggap Johor dan Tenang masih kubu kuat.

“Keadaan sudah berubah, kalau dulu tak menang tapi sekarang kita sudah menang, kalau kita boleh kurangkan majoriti BN ia satu kemenangan.

“Kalau menang ia satu kejutan tapi bukan mustahil (untuk menang),” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata “kejutan” akan berlaku di pilihan raya kecil DUN Tenang.

“Kita sedar kekuatan Umno tapi dengan calon dan jentera akan berlaku kejutan, satu persembahan yang menarik yang akan memeriahkan lagi pilihan raya kecil Tenang.

“Kita tahu sejak lima tahun kebelakangan ini Anak telah bekerja dengan begitu kuat sekali, kita sudah dapat dekati dengan warga Felda.

“Jadi saya rasa tiada masalah (untuk dapat sokongan), dengan kehadiran ramai peguam dan kes yang memihak kepada peneroka ia lebih mudah untuk kita,” kata beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Tenang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang ialah pada 22 Januari in manakala manakala hari pengundian diadakan pada 30 Januari.

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. Kawasan itu mempunyai tiga penempatan Felda dengan pengundi dianggarkan lebih 3,000 orang.

Read more ...

Anwar , Ust. Hadi adakan pertemuan tertutup

http://kickdefella.files.wordpress.com/2009/05/anwar-hadi-naziz0019jkr10.jpg?w=510&h=449KUALA LUMPUR, 9 Jan. : Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengadakan pertemuan petang ini, langkah yang dilihat bertujuan menjernihkan hubungan Pakatan Rakyat (PR) yang bermula dengan siri isu sejak awal tahun ini.

Pertemuan tertutup itu akan diadakan beberapa jam sebelum majlis solat hajat dan ceramah perdana di Shah Alam malam ini.


Kedua-dua Hadi dan Anwar (gambar) akan disertai Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim bagi memperlihatkan solidariti pemimpin-pemimpin PR.

Agenda utama perjumpaan Ketua Pembangkang dan Presiden PAS itu dijangka memfokus pertemuan 24 Disember bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

Majlis itu yang diadakan atas undangan Yang di-Pertuan Agong dilihat bertujuan memulihkan kerjasama politik antara PAS-Umno atas nama perpaduan Melayu-Islam meskipun kedua-dua Najib dan Nik Aziz enggan mengulas agenda dan hasil pertemuan itu.

Bagaimanapun ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat ahli jawatankuasa kerja pusat, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya bersedia untuk memberi penjelasan kepada pemimpin-pemimpin PR jika perlu.

Pertemuan 24 Disember juga disentuh pada mesyuarat hari ini, kata beliau.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail memberitahu The Malaysian Insider, pertemuan itu akan diadakan untuk mengatasi beberapa isu didepani perikatan tiga parti tersebut sejak awal tahun ini.

Selain isu perundingan kerjasama perpaduan, kemelut ekoran pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri juga dikatakan agenda utama memandangkan ia membabitkan istana dan sokongan pengundi Melayu.

“Tetapi saya tidak fikir ceramah (malam ini) akan menyentuh pertemuan malam menjelang Krismas. Ia (majlis malam ini) menyentuh pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, kes liwat Anwar dan juga Program 100 Hari jika kami mengambil alih kerajaan persekutuan,” katanya.

“Ia satu peluang bagi kami merapatkan kerjasama dan membawa mesej yang sama,” kata Ahli Parlimen Machang ini.

Bagaimanapun menurut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, beliau percaya pemimpin-pemimpinnya akan menyentuh isu pertemuan Umno-PAS dua minggu lalu.

Katanya, ia penting memandangkan Umno menggunakan pelbagai taktik, termasuk istana untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri pilihannya selain membawa pemimpin PAS bertemu bagi mencetuskan perbalahan dalam PR.

Yang Dipertua PAS Shah Alam ini menambah, majlis malam ini sudah diputuskan beberapa minggu lalu bagi mengadakan doa selamat untuk Anwar kerana parti percaya Ketua Umum PKR itu tidak mendapat perbicaraan yang adil dalam kes liwat semasa.

Bagaimanapun krisis pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri menjadi agenda tambahan hari ini.
Khalid percaya perhimpunan malam ini akan menyampaikan mesej bahawa “kami bersama dalam PR dalam perjuangan yang dikongsi bersama.”

Kelmarin, Najib mengambil langkah Nik Aziz untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin parti itu 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sebagai langkah menghormati titah Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri juga memutuskan untuk tidak berkongsi maklumat mengenai pertemuan sempena majlis santapan di Istana Terengganu di sini.

“Kami kena menghormati persefahaman pertemuan dan Yang di-Pertuan mahukan ia satu majlis peribadi,” kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Najib berkata beliau bersama pemimpin-pemimpin PAS menghadiri majlis makan malam demi menghormati undangan Yang di-Pertuan Agong.

“Sebab itu kami hadir. Itu sahaja. Tiada komen lagi,” kata Najib yang diminta mengulas mengenai laporn The Malaysian Insider awal minggu lalu.

Dalam kenyataan terbaru sehari sebelum itu, Nik Aziz menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup ‘book’ (buku) dah,” kata beliau.

Pada 4 Januari lalu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pertemuannya dengan Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu bulan lalu tiada kaitan dengan isu politik.

Nik Aziz berkata, berkata pemergiannya itu adalah bagi menjunjung perintah Seri Paduka Baginda yang menyampaikan titahnya melalui Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bekas Perdana Menteri itu melawatnya ketika beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia di sini bulan lepas.

“Saya menghadap baginda bersama beberapa pemimpin termasuk Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Istana Terengganu, di Kuala Lumpur atas dasar menghormati dan menjunjung titah perintah Tuanku,” katanya.

“Adalah sangat tidak beradab dan beretika bagi saya untuk menceritakan apa-apa yang menjadi perbualan semasa menghadap,” katanya.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata: “Ia (pertemuan 24 Disember) ada dibincangkan (pada mesyuarat hari ini), kita beri penjelasan kepada mereka (pemimpin PAS) tentang apa berlaku.”

“Dalam mesyuarat yang akan diadakan nanti (13 Januari) adalah mengenai calon pilihan raya kecil sahaja.

“Tapi kalau ia dibangkitkan pimpinan Pakatan Rakyat, maka kita akan jelaskan,” katanya sambil menambah, satu mesyuarat bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat akan diadakan pada 13 Januari ini.

Beliau juga berkata mesyuarat yang akan diadakan itu nanti lebih memberikan tumpuan berhubung pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon yang akan memikul tanggungjawab itu pada 16 Januari ini.

“Dalam mesyuarat itu nanti kita akan bincangkan pasal pilihan raya kecil (DUN Tenang), pilihan raya umum dan mengenai calon.

“Dalam agenda (mesyuarat) tiada pasal pertemuan itu tapi kita akan jelaskan jika ditanya.

“Sebenarnya tiada isu, kita nak tutup buku,” katanya mengulas lanjut pertemuan 24 Disember.

Read more ...