Tuesday, July 24, 2012

JASA UMNO!!! Memiskinkan Sabah dari kedudukan No 5 kepada yang termiskin di Malaysia

UMNO/BN berjaya menumbangkan PBS pada tahun 1994. UMNO/BN berjanji melalui slogan "SABAH BARU", Sabah akan dibebaskan dari kemiskinan menjelang tahun 2000. 

Kini Sabah tidak bebas dari kemiskinin malah menjadi negeri termiskin dalam Malaysia.Fb Ust. Suhaimi Saad

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Bakal calon Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong bersama PAS Parit Buntar cari sumbangan Ramadhan


PARIT BUNTAR, 22 Julai : PAS Kawasan Parit Buntar dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Parit Buntartelah berjaya mengadakanMajlis Penyampaian Sumbangan Pengimarahan Masjid dan Surau seluruh Parlimen Parit Buntarsempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak di Masjid Al- Huda , Sungai Kota, Bagan Tiang.

Setiausaha Program Ehya Ramadhan Hairul Nizam Ishak ketika ditemui berkata,  beberapa siri program yang telah diatur sepanjang bulan Ramadhan ini seperti sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, guru-guru al-Quran dan iftar perdana akan diadakan. 

 
" Pada tahun ini program Ehya Ramadhan akan melibatkan bakal calon PAS DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin yang juga Pesuruhjaya PAS Perak dan bakal calon Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa. 
 
" Seperti tahun lepas, lebih RM 100 ribu diperlukan untuk program ini. Sekiranya tahun lepas hanya Dr. Mujahid bersama seluruh jentera PAS Parit Buntar berusaha mencari dana Ramadhan. Pada tahun ini, bakal calon DUN Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin turut bersama mencari dana Ramadhan" katanya 
 
Sementara itu, Ahli Parlimen Parit Buntar, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa menggesa supaya seluruh masjid dan surau diimarahkan dengan pelbagai program yang boleh dihadiri seluruh umat Islam untuk beramal ibadah di rumah Allah sepanjang Ramadhan ini.

"Kita jangan hanya menggunakan masjid dan surau dalam bulan Ramadhan ini hanya untuk berbuka puasa dan bersolat tarawikh sahaja. Sebaliknya adakan juga program-program lain seperti menghayati Nuzul Al-Quran, Badar Al-Qubra, menyampaikan sumbangan kepada fakir miskin, anak yatim dan sebagainya." katanya

Majlis ini telah dihadiri seluruh wakil 27 buah masjid dan 100 buah surau menerima sumbangan untuk digunakan bagi mengimarahkan masjid dan surau masing-masing sepanjang bulan Ramadhan.Sejumlah RM18,000.00 disampaikan pada malam tersebut. 

Menurut Mujahid lagi, pihaknya dan Pas Parit Buntar tiada peruntukan khas untuk disampaikan, namun atas usaha dirinya dan juga pimpinan Pas mencari dana telah berjaya mendapatkan sumbangan khususnya daripada individu-individu serta badan-badan korporat yang sudi membantu bagi sama-sama mencari pahala bersempena kedatangan Ramadhan yang mulia ini.
 
Untuk itu sumbangan dana Ramadhan amat diperlukan dan dialu-alukan dari orang ramai. Sebarang sumbangan bolehlah dibuat atas nama  JAWATANKUASA DANA JPR PARIT BUNTAR -No. Akaun: 0801-0000839-71-1, Bank Muamalat Parit Buntar atau PAS Kawasan Parit Buntar No. Akaun 08022010016590, Bank Islam.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi di talian 019-5779345 atau 017-5998069.
 
 

 
 
 

Read more ...

PARIT BUNTAR!!! Golongan belia diseru tingkatkan amal di bulan Ramadhan


PARIT BUNTAR, 21 Julai : Sepanjang bulan Ramadhan ini umat Islam akan berlumba-lumba meningkatkan amalan untuk mencari keredhaan Allah SWT. Namun tanggungjawab itu bukan hanya untuk golongan tua sahaja akan tetapi golongan belia juga disaran agar turut sama mengambil peluang berbuat amal ibadah mencari keberkatan Ramadhan Al-Mubarak ini.
Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, golongan belia disaran mengambil peluang di dalam bulan yang penuh barakah ini untuk menambahkan amalan seperti beriktikaf di masjid, bertadarus, solat tarawikh, berqiyamullail dan banyak lagi amalan-amalan lain yang boleh menambahkan pahala yang berganda-ganda sepanjang Ramadhan. 

Pemuda PAS Parit Buntar juga akan mengadakan program khusus bersama-sama dengan golongan belia sepanjang Ramadhan ini dengan program seperti mengedarkan bubur lambuk, mengadakan tadarus Al-Quran di masjid-masjid, qiyamullail perdana serta program Badar Al-Qubra.
Pemuda PAS juga akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar serta PAS Kawasan Parit Buntar mengadakan program sumbangan untuk fakir miskin, meraikan anak yatim, guru Al-Quran serta lawatan ziarah ke Hospital Parit Buntar.

Kita minta golongan belia bersama-sama mengambil peluang ini. Sudah terlalu lama dan banyak kita menumpukan urusan dunia, hiburan, sukan dan macam-macam lagi, jangan kita menunggu apabila usia tua baru hendak beramal, sebaliknya semasa usia muda ataupun belia inilah kita jadikan sepanjang Ramadhan ini untuk meraih keuntungan saham di akhirat. 
 

Read more ...

TERKINI! Lagi ADUN BN keluar parti!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjkny_n_6QQDyy3WGE2Utu-fN4SgqsQr9K46pcco-qIsB9xF6HkNrh6hX5BCp4vwPJCVF5By_mFJh0prevlh3ugfsvjVwVOKixxM66s3rXgy-jTCsWtBXEDZGmZT6r1RwHRNiWujWGZUsgH/s1600/Sarawak+09+Map+1.pnghttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj0AKKDkNpWd2HatH-FTD2U0ssR7d0sYMvW7sRtpOw3IlZrbID861s4hlLMnGkqqppSUMq1v5_PM-DUxT19y04nYASW1ht3yhbO-L4TB-O9z2LQxHA-QmglV88guhXR5S5EbrqMdtb9TPbm/s1600/SARAWAK+parlimen.jpgMalang bertimpa-timpa buat Barisan Nasional ibarat sudah jatuh ditimpa tangga!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.


Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.


“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), William Mawan dan Timbalannya, Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.


“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.


Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.


Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.


“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.


Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011.


Beliau menyertai SPDP pada 2003.


DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban.


Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.

JALAN PULANG

Read more ...

AGIHAN KERUSI!!! 95 % selesai, Pakatan hanya tunggu bubar parlimen

KUALA LUMPUR 24 Julai: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk pilihan raya umum ke 13 telah 95 peratus selesai.


“Kalau ada negeri belum selesai pembahagian kerusi, ia tetap dianggap belum selesai. Tapi, kalau Dewan Rakyat dibubarkan hari ini, hari ini juga pembahagian kerusi Pakatan selesai,” kata Mustafa.



Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat bersama wakil parti DAP dan KEADILAN.

Antara yang hadir termasuk Naib Presiden KEADLAN, Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar; Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

“Kita tak umum sekarang. Sampai masa kita akan beritahu. Ada calon baru, ada muka lama. Tapi, boleh kata 95 peratus pembahagian kerusi selesai,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=33314

Read more ...

FITNAH ULAMA MUDA UMNO!!! Penjelasan Ketua Pemuda PAS , Ust. Nasaruddin Hasan Tantawi

Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....

1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.


2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.


3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.

4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.


Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.

FB Ust. Nasruddin

Read more ...

BUKTI SAH!!!! UMNO bayar blogger upahan, nak nafi lagi....

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYomTQOcU2IYM6eJnShecCUG5hFZR_8yc233vdQSCy_t8rt60OSK9ZWmhCenQ7r747gZ8T4a0CR-4kxuke-Z3G2fXayoC_2zFcxSvhinEwTskk9HA9HVOzxTIa_nuDz2NpiVQHcXprkujV/s1600/bangkrap20umno.jpg[SH] BANDARAYA MELAKA - Umno Melaka mengganggap dakwaan seorang pengendali blog tidak dibayar tunggakan gaji sehingga mencecah RM24,370 sebagai ‘tiada isu’.

Malah, Setiausaha Kerja Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Akbar Ali turut mengemukakan bukti bahawa segala pembayaran sudah dijelaskan menerusi dokumen di pejabat Umno Melaka.


Menurutnya, pengendali blog berkenaan sudah pun menandatangani sendiri surat persetujuan Badan Perhubungan Umno Melaka membayar tunggakan gaji bertarikh 20 Disember 2011.


Katanya, tunggakan RM24,370 itu setelah dipotong baki pinjaman serta aset pejabat Umno yang masih belum dipulangkan selepas berhenti kerja.


“Gaji tertunggak RM38,000 yang dituntutnya terpaksa ditolak baki pinjaman berjumlah RM2,300 serta 12 peralatan pejabat yang masih dalam simpanannya berjumlah RM24,370. Menjadikan jumlah sepatutnya dibayar RM11,330.


“Malah, dalam surat kita bertarikh 20 Disember 2011, kita sendiri telah nyatakan bersetuju membayar RM11,330 selepas ditolak jumlah disebut tadi," katanya.


Menurutnya, pengendali blog itu sendiri telah menandatangani surat berkenaan yang mana boleh dianggap sebagai persetujuan dengan jumlah dipersetujui.


"Jadi tidak timbul sebarang isu tunggakan. Malah, pemeriksaan di pejabat Umno menunjukkan tiada satu pun rayuan daripada dia untuk mempertimbangkan semula, sekali gus membuatkan isu ini boleh kita anggap sebagai sudah selesai,” katanya kepada Sinar Harian di Bangunan Umno Negeri, di sini semalam.


Akbar berkata demikian sebagai mengulas laporan Sinar Harian, Ahad lalu mengenai dakwaan pengendali blog, Ahmad Faisal Mohd Yunos, 44, bahawa sebuah parti politik di negeri ini belum membayar tunggakan gajinya.


Dia yang bertugas sebagai Pegawai Sistem Maklumat Perhubungan Umno Melaka turut mendakwa hanya dibayar kurang RM1,000 sebulan walaupun dijanjikan gaji RM3,000 sebulan.


Sementara itu, Akbar berkata, Badan Perhubungan Umno tidak pernah menawarkan gaji RM3,000 kepada Ahmad Faisal, sebaliknya hanya RM1,500 selari dengan surat tawaran bertarikh 13 Mei 2008.


Bagaimanapun, katanya, jumlah berkenaan kemudiannya dinaikkan ke RM2,000 beserta elaun kenderaan RM200 sebulan apabila dia membuat rayuan.


“Soal gaji RM3,000 tidak timbul kerana tiada hitam putih beliau meminta jumlah berkenaan.


“Apabila beliau meminta tunggakan RM38,000 (baki gaji bulanan selama 38 bulan berkhidmat), Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam tidak bersangka buruk padanya dan bersetuju membayarnya,” katanya.


Bagaimanapun, Akbar berkata, jumlah RM38,000 terpaksa ditolak setelah Ahmad Faisal tidak memulangkan tiga komputer riba, dua pencetak, empat modem jalur lebar, dua 'external hard disk' dan satu kamera.


“Kalau benar dia  sanggup pulangkan sebagaimana didakwa, kenapa tidak berbuat demikian walaupun sudah tiga surat peringatan kami keluarkan sebelum ini?" katanya.


P/s: Kes ini membuktikan memang wujud blogger upahan yang menerima gaji daripada UMNO. Jika blogger kurang ternama ini menerima jumlah gaji yang agak banyak, cuba bayangkan imbuhan yang diterima blogger ternama. Cerita awal di sini.

Read more ...

TERKINI!!! Shafie Apdal bakal gugur, kuasa ditangan Najib dan Musa Aman?

http://kinabalusabahtimes.files.wordpress.com/2010/02/google_image_shafie_apdal3.jpg

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan dan sedang menjalankan siasatan berhubung aduan rasmi terhadap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa meluluskan beberapa projek Top-Up (projek yang berharga luar biasa), termasuk 16 projek NKRA yang diluluskan kepada Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin dan Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing .

Maklumat dalaman yang diperolehi daripada SPRM sebentar tadi mengesahkan siasatan ditumpukan kepada 16 Projek NKRA yang menyimpang daripada tatacara tawaran biasa sehingga melibatkan penyalahgunaan kuasa, memperdaya dan mengemukakan maklumat palsu secara curang agar projek-projek berkenaan diluluskan kepada kroninya.


"Siasatan juga termasuk Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta," kata sumber SPRM mengesahkan bahawa siasatan termasuk jalan berkenaan.


Kata sumber itu lagi, adalah tidak munasabah jika jalan sepanjang 12 kilometer berkenaan dibina dengan kos RM82 juta iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer iaitu 600 peratus lebih mahal daripada kos tertinggi pembinaan jalan luar bandar.


Sumber tersebut juga mendedahkan siasatan termasuk Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid di Pulau-Pulau Daerah Semporna Sabah melalui tender bernombor KKLW.T.40/2011 bernilai RM95,282,320.00 yang diberikan kepada Ternama Tabah Sdn.Bhd dan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) Sistem Solar Hibrid Fasa II di Pulau Banggi melalui tender bernombor KKLW.T.67/2011 bernilai RM81,475,281.42 diserahkan kepada Usaha Serimas Sdn.Bhd.


"Sekalipun dibuat secara tender, tetapi terdapat campurtangan menteri dan manipulasi di kalangan Jawatankuasa Tender KKLW yang menjadi asas siasatan kerana kuasa Menteri KKLW hanya RM10 juta sahaja," ujar sumber berkenaan yang mengesahkan siasatan sudah di peringkat akhir.


Dalam pada itu, keberanian luar biasa Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin yang seolah-olah menunjukkan 'jari tengah' kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dengan menghadiri beberapa acara rasmi anjuran Parti Pembangkang, memang dikagumi ramai pemerhati politik Sabah.


Bukan rahsia lagi jika dikatakan bahawa semua tindakan Lajim mendapat restu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yang mengumpan Lajim dengan beberapa projek Pembangunan Luar Bandar bernilai RM150 juta; terutama Projek Pembinaan Jalan Luar Bandar berimpak tinggi, Jalan Montineor-Halogilat sepanjang 12 kilometer dengan kos RM82 juta.


Sudah terang lagi bersuluh, Shafie menggunakan lidah Lajim untuk mengutuk kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Datuk Anifah Aman, terutama membayar sejumlah wang tertentu kepada Sarawak Report untuk mengitar semula kes Skandal Penggubahan Wang Haram Michael Chia Tien Foh yang kononnya proksi dan adik angkat Musa Aman.


Menurut maklumat dalaman SPRM, Projek Jalan Montineor-Halogilat ini termasuk dalam siasatan mereka kerana dilaporkan sebagai 'Projek Top-Up' sekalipun dikategorikan sebagai Jalan Luar Bandar(JLB) oleh KKLW; tetapi terlalu tinggi iaitu RM6.83 juta bagi satu kilometer sedangkan kos pembinaan jalan baru dan berturap di Sabah antara RM2 hingga RM3 juta (kos naiktaraf hanya RM1 juta).


Projek HQ.191/2011(F) bagi kerja-kerja Naiktaraf Jalan Montenior-Halogilat, Beaufort, telah ditawarkan kepada Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. pada 15 Disember 2011 dengan kos RM 81,536,660.10 oleh Jabatan Kerjaraya sebagai Penyelia Projek setelah dipersetujui oleh Agensi Pelaksana, KKLW.


Syarikat Kumpulan Kemajuan K.K. (Sabah) Sdn. Bhd. yang dimiliki Abd Kahar Bin Bacho, Faridah Ang Mei Ling dan Sahlih Bin Sirin sebelum ini pernah melaksanakan Projek Pembinaan Kem Batalion Ke-7 Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD), Batalion Infantri Standard, Kem Kubota, Tawau, Sabah pada 26 Januari 2011 dengan kos RM 61,867,858.10 dan Projek Naiktaraf Jalan Apin-Apin-Kg. Bundu-Kg. Tiga (Design & Build) pada 30 Julai 2007 dengan kos RM 18,585,154.87.


Pengumuman Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini bahawa beliau belum memutuskan senarai calon PRU-13 mungkin untuk menimbang dengan semasaknya tokoh yang mempunyai kes dengan SPRM, termasuk Shafie, Lajim, Salleh Kalbi dan beberapa Wakil Rakyat yang masih dalam peringkat saringan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.


OSIN DIKUN-sabahkini.net

Read more ...

KOMEN ARTIS BERHIJRAH!!! Ust. Kazim patut baca komen Ust. Azhar Idrus dan Ust. Wan Ji

Heboh di blog umno kononnya Ustaz Kazim mengatakan artis yang baru berhijrah baru 2 3 hari terus nak jadi ustaz atau ustazah.

Ustaz ni dengar nada memperli artis-artis yang ingin berubah. Begini ke perangai orang agama jika ada sesiapa baru nak berhijrah?

Ustaz Azhar telah mengulas tetapi lebih kepada isu post perkara yang berkaitan agama dalam facebook.

Orang agama, tunjukkan lah cara orang agama yang sering mengajak ke arah kebaikan. Kalau begitu la caranya, orang akan takut nak berhijrah. Mereka fikir kalau berhijrah, ustaz-ustaz akan perli dan kutuk.

Ayuh Ustaz Kazim, nyatakan perkara kebenaran.

ustaz Kazim kena baca hadis riwayat imam muslim;

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا

barangsiapa yang menyeru kepada kebaikan, baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya, tanpa dikurangkan dari pagala mereka sedikit pun. 

kalau puak2 artis yang berhijrah, mereka menceritakan pengalaman hidup mereka menjadikan orang insaf dan ambil pengajaran, mereka dapat pahala tau... puak2 artis yang berhijrah tu, bukan buat benda jahat, sewajarnya disokong, bukan dikondem....
Ust. Wan Ji

Read more ...

TU DIA!!!Ketua Pemuda PAS "RELA' di solek oleh jurusolek wanita?

Ah Sheikh Shaikul Umnoriah Fatul Bari selalu berpesan pada pendengarnya,, jangan buka aib seseorang,,,, tetapi apakan daya,, anak buah dia sendiri kelaku sedemikian.... 


Read more ...

ARTIS SERTAI PAS!!! Bukan salah PAS Kata ahli UMNO

Tersiar di akhbar beb. Orang umno amek iktibar. Lapangkan dada. Belajar terima hakikat. Belajar menerima bahawa walaupun PAS itu tidak maksum tetapi ada banyak benda baik yang PAS buat dalam memartabatkan islam di malaysia. Bahkan lebih banyak dan lebih ikhlas berbanding UMNO itu sendiri geng.

Suka tak suka ko punya pasal. Tetapi once ko belajar terima kebenaran + hakikat = ko akan faham kenapa PAS diperlihatkan sebagai parti yang mengutamakan islam dan bukan nya umno. Nak lebih kefahaman? Maybe orang umno kat bawah neh bleh explain kat korang sendiri beb.


Sumber : rakan fb.

Fikir2kan oke. Nasihat ikhlas dari orang umno untuk orang umno. Kalau member sendiri bagi nasihat pun tak bleh terima tak tau lah aku nak cakap apa lagi.Amenoworld


Read more ...