Saturday, November 6, 2010

Tiada warga emas mohon tidak mahu terima wang kerajaan Pulau Pinang


BATU MAUNG, 7 Nov. : Kerajaan Negeri belum menerima senarai warga emas yang tidak mahu lagi menerima wang penghargaan RM100 daripada Kerajaan Negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, walaupun UMNO mengutip sejumlah wang daripada warga emas kerana mengesyakinya dari sumber judi, namun sehingga sekarang Kerajaan Negeri tidak menerima senarai nama dan pengesahan warga emas mengenai pemulangan wang itu.


Menurutnya, Kerajaan Negeri tidak pernah menghalang warga emas untuk memulangkan wang penghargaan yang diberikan namun mereka perlu mengikut prosedur yang ditetapkan dan bukan melalui UMNO atau saluran lain.

“Kita tak halang mereka pulangkan wang itu namun jangan lakukan melalui UMNO kerana mereka akan mempolitikkan isu ini. Mereka cakap ramai warga emas sudah pulangkan namun mereka tidak ada rekod dan jumlah warga emas yang berbuat demikian.

“Saya juga menyemak dengan pejabat daerah, tak ada satu pun pendaftaran yang dibuat oleh warga emas untuk menolak pemberian wang penghargaan ini.

"Kalau betul UMNO nak bantu warga emas untuk pulangkan wang penghargaan, bawa mereka ke pejabat daerah untuk padamkan nama daripada senarai penerima,” katanya kepada media ketika ditemui pada majlis kesyukuran di Kampung Permatang Tepi Laut semalam di sini, semalam.

Guan Eng berkata, tindakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Norman Zahalan untuk memasukkan wang yang dikutip daripada warga emas ke dalam akaun Kerajaan Negeri adalah satu tindakan yang salah dan tidak mengikut prosedur.

“Kalau ada individu yang mahu memasukkan wang ke akaun Kerajaan Negeri, kita mesti tahu wang itu daripada siapa. Dia mesti ada pengesahan dahulu sebelum membuat transaksi ke dalam akaun Kerajaan Negeri.

“Dia tidak boleh masukkan wang itu sesuka hati. Kerajaan Negeri bimbang itu bukan duit warga emas seperti yang dikatakan mereka tetapi adalah hasil rasuah dan dari sumber yang haram,” katanya.

Pada majlis berkenaan, ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kasim menyerahkan salinan surat daripada pemaju yang belum berhasrat memajukan kawasan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Permatang Tepi Laut, Saroni Hasan.SH

Read more ...

Kerajaan cuba tutup kes



KUALA LUMPUR, 6 Nov. : Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.

Read more ...