Thursday, February 20, 2014

AHLI UMNO SERTAI PKR!!! Tiga ranting PKR ditubuhkan di negeri kelahiran Najib

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKy6yyn5EtsYhPg1xfbCtaKposUKNy0RuVH-XV0-MLju1kmSHUwraXv2lz2ANUBjujJUqGu69W-niLNQ5DKAek0dgeYJn_qBdeDhFvgQNkSYtOykTxhIi17cLcYH0HRWNAdcN89BR7dJW5/s1600/1SelamatTinggal+UMNO.jpgPada 22 Februari ini (Sabtu), di Maran akan diadakan program Ceramah sempena penubuhan tiga Ranting KEADILAN yang mana majoritinya diwujudkan oleh ratusan ahli Umno Maran yang akan menyertai KEADILAN.  
 
Program ceramah pada sebelah malamnya akan menampilkan YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi KEADILAN Pahang/MP Indera Mahkota), YB Zulpuri (Adun Mentakab/Ketua Pembangkan Dun Pahang), YB Lee Chean Chung (Adun Semambu) dan YDP Pas Maran.  

KEADILAN Pahang mengucapkan tahniah kepada Ketua Cabang Maran, Sdr Boestamim beserta AJK-AJK dan seluruh ahlinya yang bekerja keras untuk menambah keahlian parti di Cabang Maran.  
 
Komitmen beliau di dalam menerajui Cabang Maran haruslah dipuji walaupun beliau tidak tercalon sebagai calon di dalam PRU 13 yang lalu.  Keikhlasannya memperjuangkan prinsip dan dasar parti lebih diutamakan dari kepentingan peribadi.
 
Di dalam PRU 13 yang lalu, prestasi Parti KEADILAN Pahang amatlah membanggakan.  Wakil KEADILAN telah dapat merebut dua Kerusi Dun di Dun Negeri Pahang iaitu melalui YB Lee Chean Chung, Adun Semambu dan juga YB Sim Choon Sian, Adun Teruntum.  
 

Read more ...

JIKA BN KALAH DI KAJANG!!! Bersedialah Najib, desakan letak jawatan menjadi gelombang kuat dari dalam UMNO

 

Ada sesuatu yang unik di negara kita. Sesuatu perkara itu selalunya berlaku bermusim dan berturut-turut. Jika mula berlaku tanah runtuh misalnya, selalunya beberapa kejadian lagi akan berlaku selepas itu. 

Begitu juga jika ada kes penderaan pembantu rumah, kanak-kanak mati di taska, kes orang hilang, remaja perempuan dilarikan ke Lombok dan sebagainya, selalunya kejadian yang sama akan berturut-turut berlaku untuk beberapa lama sehingga ia menjadi perbualan di seluruh negara.

Perkara yang saja kini nampaknya sudah menjangkit ke dunia politik pula.


Selepas pilihanraya umum 2013, suara-suara yang meminta Najib berundur mula kedengaran. Ia bukan saja kerana prestasi beliau lebih buruk berbanding pencapaian Pak Lah pada 2008, tetapi juga kelemahan yang berterusan dan sikap tidak mahu berubah sehingga lebih ramai yang percaya kekalnya beliau akan menyebabkan BN lebih mudah ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang ini.


Tetapi jika sebelum ini, hanya golongan penulis, blogger, pemimpin veteran UMNO dan seumpamanya saja yang menyuarakan perlunya Najib berundur dan memberi peluang kepada pemimpin lain menerajui parti serta kerajaan tetapi kini seruan yang sama turut datangnya daripada kelompok yang terlibat secara langsung dalam politik.


Bermula dengan perletakan jawatan pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy ssbagai timbalan menteri dan kemudian meminta Najib segera meletakkan jawatan kerana diangggap khianat dan mungkir janji untuk membantu golongan miskin kaum India, seruan yang sama kemudian datang pula daripada pemimpin Sabah, Jeffrey Kitingan yang mengetuai parti STAR.

Read more ...

GURU TANGKAP PENGEDAR BIBLE!!! Inilah manusia yang membawa berita palsu ini, polis tak mahu tangkap ka?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiRwFDqU-OQ3725qZS0YHRKcR8guL9sgq_aBbkpHqnBbO-JHhtehF91_HUqVhxcwt3aQDsEJTbzbrWdcYSOixwAHZ9mSYinRK6QvYC_nULNOzObK2JgwrzBydRDwktNypv7vB2wAiVrp5FN/s1600/edar+bible.png 
 Inilah penyebar berita palsu, polis tak mahu tangkap ka?

Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini.

Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang.

Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru.

Read more ...