Saturday, May 7, 2011

isu UUM - UMNO saja2 buat pejam mata..ingat rakyat bodo macam depa kaa..!!??

5 soalan untuk Universiti Uzur Malaysia (UUM), mai pakat jawab

Oleh: Che Nad

Hari ni Che Nad nak ajukan 5 solalan berhubung cukai tanah UUM, jadi Che Nad nak mintaklah pihak UMNO Be End bermula dari Najib Razak, Mat Bashah hinggalah ke JKKKKK yang dok kilik fail terbalik kat kampung tu. Soalannya mudah saja, sapa boleh jawab semua soalan dengan betul Che Nad bagi hadiah melancong ke Koh Samui selama sebulan. Tambang pi mintak kat Syed Johan, kot-kot duit yang STDC bagi dulu tu tak habih belanja lagi.

Okaylah ini soalannya:

1. Cukai tanah UUM cuma RM0.20 semeter persegi, cukai tanah UiTM Merbok RM0.55 semeter persegi. Kenapa BN Kedah tak desak kerajaan negeri bagi rebat kat UiTM Merbok sama? Dua-dua tu IPTA jugak kan?

2. Cukai tanah Universiti Malaysia Perlis (UNIMEPs) RM0.50 semeter persegi. Menteri jaga IPTA hentam Kedah sebab tak bagi rebat kat UUM, mengapa menteri tu tak hentam Perlis yang diperintah BN kerana tak bagi rebat kat UNIMEPs?

3. Pusat bagi RM300 juta setahun belanja urus UUM termasuk cukai tanah. UUM kata tak cukup duit, kemana agaknya UUM perabih peruntukan cukai tanah yang diberi Pusat itu?

4. BN kata Kedah tak prihatin dekat UUM sebagai institusi pendidikan. Baiklah BN yang prihatin.. mengapa setiap pelajar nak masuk belajar UUM kena yuran? Mengapa tak bagi free semuanya?

5. UUM yang mengaku takdak duit (uzur), tahun lepas umum syarikat2 miliknya untung RM80 juta. UUM dakwa bukan bussines oriented guna premis dan tanah yang cukainya berstatus IPTA (semeter persegi RM0.20)hingga buat untuk besar tapi liat nak bayar cukai ikut kadar sebenar. Agak-agak perangai macam ni namanya bertanggungjawab ke tak?

Selamat menjawab, masa menjawab sampai PRU ke 13.

UMNO PENGKHIANAT AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

Read more ...

Pilihanraya Singapura : Keputusan penuh dan analisis

ANALISIS KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA UMUM SINGAPURA 2011


Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperoleh mandat baru untuk lima tahun lagi dengan majoriti besar daripada 87 kerusi dipertandingkan, tetapi mengalami kekalahan pertama kerusi Perwakilan Kumpulan Kawasan Pilihan Raya (GRC).

PAP tewas GRC Aljunied, sekali gus menyumbangkan Parti Pekerja (WP) kerusi signifikan di Parlimen.


Kejayaan WP itu dilihat lebih signifikan kerana ia turut membabitkan kekalahan anggota Kabinet.

Singapura berhadapan dengan pilihan raya umum yang menyaksikan saingan di majoriti kerusi buat julung kali dalam sejarah republik itu.


Pada 2006, PAP memenangi 67 peratus undi dan 82 daripda 84 kerusi.


Kali ini undi diperoleh merosot kepada 60 peratus.


PAP memenangi enam kawasan pilihan raya keanggotaan tunggal (SMC) manakala WP menang di SMC Hougang.


Yaw Shin Leong dari WP mengalahkan calon PAP Desmond Choo di Hougang.


Kawasan SMC dimenangi PAP ialah Mountbatten, Whampoa, Radin Mas, Bukit Panjang, Joo Chiat dan Hong Kah North.



Sebanyak 82 kerusi menyaksikan pertandingan selepas baki dimenangi tanda saingan ketika hari penamaan calon bulan lalu.

Dengan kehilangan GRC Aljunied, bermakna Perdana Menteri Lee Hsien Loong perlu melantik Menteri Luar yang baru bagi menggantikan George Yeo.


Menteri Kewangan Kedua Lim Hwee Hua merupakan seorang lagi yang kalah kepada WP di GRC itu, lapor Reuters.


WP diketuai Setiausaha Agungnya Low Thia Khiang dan peguam korporat Chen Show Mao.


Kerajaan PAP memperkenalkan sistem GRC 1988 atas alasan mahu memastikan calon minoriti daripada kalangan Melayu dan India diwakili di Parlimen.


PAP tidak pernah hilang kerusi GRC sejak sistem itu diperkenalkan pada pilihan raya umum 1988.


Di bawah sistem semasa, Singapura mempunyai 15 GRC yang menawarkan empat hingga enam kerusi setiap kawasan dan 12 SMC. — Agensi

Read more ...

Isu Kristian agama rasmi, macam fitnah Ku Li pakai Salib semasa PRU 1990

Apabila Utusan Menggugah Keharmonian Negara


KOMENTAR : Bagaimana agaknya persepsi pelabur asing, terutama yang datang dari barat dan beragama Kristian bila memahami kandungan laporan Utusan Malaysia pada Sabtu, 7 Mei 2011? Laporan itu mendedahkan ada usaha untuk menjadikan Krisitian agama rasmi Malaysia dan perdana menteri negara ini mungkin seseorang yang beragama Kristian.

Mungkin ada di kalangan mereka yang teruja untuk terus melabur di Malaysia dengan harapan apabila Malaysia menjadi sebuah Negara Kristian akan mudah mereka berurusniaga.

Sudah tentu ada yang berkira bahawa pegangan agama mereka akan memberi kelebihan dalam iklim niaga yang dikendalikan oleh pemerintah Kristian yang seagama dengan mereka.

Sudah pasti juga ada sebilangan pelabur yang waras dan bijaksana membaca laporan Utusan itu sebagai sesuatu yang membimbangkan. Pelaburan mereka mungkin dalam bahaya.

Sudah pasti sebagai pengusaha skala besar-besaran mereka dapat mencongak bahawa tidak mudah Kristian menggantikan Islam di Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Bumiputera. Hampir semua Melayu di Malaysia adalah penganut Islam. Sudah tentu pelabur kategori ini dapat merumuskan betapa gempita reaksi orang Melayu dan Islam tehadap komplot Kristian ini.

Mereka juga pasti akur bahawa majoriti anggota polis adalah Melayu-Islam. Begitu juga dengan tentera. Maka adakah institusi ini akan membiarkan perubahan tunggak agama ini dengan mudah berlaku di Negara ini?

Natijahnya tentu mudah ditelah. Lebih baik jangan melabur di Malaysia. Peniaga yang bijak tentu tidak mahu melabur di bumi yang akan bergolak.

Benar atau tidak laporan Utusan itu bukan persoalan di sini. Itu harus dipulangkan kepada pihak berkuasa untuk menilainya.

Jika benar, tindakan perlu diambil bagi menjamin kedamaian dan ketenangan sosio-politik negara.

Jika tidak benar, maka makin lebih perlu lagi tindakan diambil ke atas jenis kewartawanan sensasi yang memperjudikan keharmonian Negara.

Namun kesannya amat mengerikan. Yang pertama akan merasa bahana perang agama ini adalah pelabur. Ia juga akan mencengkam rasa damai dan tenteram rakyat beragama Kristian.

Bagaimana mereka dapat merenung mata jiran dan sahabat handai Islam mereka jika orang Islam mula curiga akan keikhlasan mereka bermaustatin di bawah naungan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan?

Orang Melayu Islam pun juga bimbang. Jika pelabur asing mulai meninggalkan negara ini tentu ramai yang menganggur.

Namun tidak kurang juga yang akan “berdiri tocang” kerana marah akan niat buruk Kristian mahu merampas kuasa di negara ini. Orang Melayu memang berdarah pahlawan.

Tentu ramai yang sedia syahid untuk mempertahankan agama dan bangsa mereka. Akibatnya tentu lebih parah daripada 13 Mei 1969.

Secara ringkasnya, ini adalah di antara pelbagai kesan negative daripada laporan media arus perdana perihal perkara sensitif dalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia.

Sebab itu, para pemimpin yang berfirasat tinggi memutuskan untuk meluluskan perundangan menghalang prasangka begini menular di kalangan rakyat. Akta Hasutan adalah penawarnya.

Sedihnya, ini bukan kali pertama Utusan bersikap begini. Akta Hasutan langsung tidak menggerunkannya. Mungkin ini kerana Utusan yakin ia berada di luar lingkungan kuasa apa jua Akta di Negara ini.

Mungkin di atas lessen memperjuangkan kepentingan Melayu dan Islam, ia wajib mendedahkan sebarang ancaman yang mungkin menggugat kepentingan khalayak yang menjadi pendokong parti pemerintah -Umno.

Menteri Dalam Negeri ahli Umno. Mungkin sebab itu, Utusan merasakan mustahil Umno akan bertindak ke atasnya kerana menjadi jurucakap Umno.

Bicara ini bukan soal kesahihan sumber atau landasan laporan Utusan itu. Ia bersabit soal tanggungjawab sosial dan politik Utusan disuluh dari sudut kewartawanan.

Apakah Utusan berharap dengan laporan sensasi ini ia akan membantu pulihkan jumlah akhbarnya yang kian merosot? Atau, agendanya ialah menggertak orang Melayu supaya terus berpayung di bawah parti pemerintah, Umno?

Jika itu niatnya, amat malang bagi Malaysia. Utusan mungkin mendabik dada ia berbuat demikian kerana sayangkan bangsa Melayu dan agama mereka.

Namun dalam pada itu, ia jelas tidak menunjukkan kecintaan kepada negara apatah lagi cita-cita 1Malaysia perdana menteri.

Laporan Utusan itu menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara.

Ini mengingatkan kita pada tuduhan beberapa tahun lalu bahawa gerakan pelampau Tamil Eelam bergerak di Malaysia dan beberapa pemimpin Hindraf turut terbabit dengan gerakan itu.Hingga hari ini tiada pendakwaan atau bukti kukuh diketengahkan.

Apa yang patut dilakukan oleh Utusan ialah serahkan pada pihak berkuasa menyiasast dahulu perkara sensitif ini sebelum menggemparkan rakyat.

Menyakat rakyat dengan kemiskinan, prasangka kaum dan prejudis agama adalah jelas bertentangan dengan semangat perpaduan 1Malaysia.

Apa yang perlu ditanyakan Utusan bagi pihak rakyat apa sudah jadi dengan Badan Pemuafakatan Antara Agama yang ditaja oleh kerajaan? Hormati institusi kerajaan. Usahlah bertindak secara unilateral.

Jika tiada tindakan diambil ke atas laporan sebegini, maka rakyat haruslah maklum bahawa memang benar ada amalan siasatan terpilih berlaku dan dilakukan dengan sedar dan sengaja di negara ini.

Read more ...

UMNO parti perbodoh rakyat

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan BN supaya tidak terus “memperbodohkan” rakyat negara ini terutamanya orang Melayu melalui “pembohongan” semata-mata untuk berkuasa, lapor TV Selangor.

Berucap pada ceramah perdana isu-isu semasa dalam siri jelajahnya malam tadi, Anwar berkata, Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak kini berada dalam keadaan semakin terdesak terutamanya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang diramalkannya sebelum bulan Ramadan ini.


“Saya benci sikap pimpinan Umno yang anggap orang Melayu bodoh. Asal baca
Utusan Malaysia dia anggap bodoh semua. Jangan berikan maklumat palsu. Semua kenaikan harga dan kos barangan naik jangan beritahu. Maknanya dia anggap rakyat ini bodoh,” katanya.


“Bila saya datang, orang tengok muka saya... ada yang tengok perut saya... ini celaka punya Umno,” katanya secara berseloroh.


NONE
Malah ujar Anwar, serangan bertali arus Umno terhadap beliau dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat jelas menunjukkan sikap cemas BN yang semakin hilang kepercayaan rakyat.

“Sebab apa Najib tuduh saya macam itu? Ini budaya apa? Budaya Melayu? Budaya Cina? Budaya India? Budaya apa ini?... budaya Najib.

Pergunakan media

“Sebab apa dia serang (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Sebab apa serang (Datuk Seri) (Abdul) Hadi (Awang)? Sebab apa mereka serang saya? Ini sebab mereka berasa cemas,” katanya di hadapan kira-kira 4,000 orang di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di Kuala Terengganu.


NONE
Tegas Anwar, rakyat terutamanya orang Melayu diperbodohkan dengan tindakan Umno yang mempergunakan media bagi mengelakkan segala kelemahan mereka terbongkar.

“Kenapa saya kata rakyat diperbodohkan? Media kita dikongkong, adakah rakyat tahu masalah ekonomi negara? Tidak... adakah rakyat tahu masalah-masalah yang dihadapi negara? Sudah tentu tidak.


“Sebab itu, saya kata rakyat perlu buat perubahan, orang muda kena ikut trend... orang muda kena berfikiran terbuka... berfikiran bebas untuk menjatuhkan pemimpin yang zalim, rasuah dan mengawal semuanya,” katanya.


Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh berkata, sekiranya Umno masih berkuasa segala masalah atau penyalahgunaan kuasa yang berlaku tidak akan diketahui rakyat termasuk kes jenayah dan rasuah.


azlan
“Kalau sokong Umno, kes bunuh... kes rasuah... kes rogol, semua akan tutup kes.

“Tapi kalau kita tidak bersetuju dan tentang mereka, yang tidak ada akan mereka adakan (ciptakan)... jangan bagi maklumat kepada rakyat, Umno anggap rakyat bodoh,” katanya.


Anwar juga berkata, Umno juga akan memperalatkan apa sahaja termasuk agama bagi memastikan tiada sesiapa yang boleh mencabar kepimpinan parti itu.


“Kes (liwat) saya, bila saya minta dibawa ke mahkamah syariah tidak dibenarkan, malah menteri agama Umno yang halang saya untuk dibicarakan di mahkamah syariah.


“Jadi ini macam mana? Bila saya mahu cabar di mahkamah syariah mereka halang saya,” katanya merujuk kes liwat yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan tiga tahun lalu.


NONE
“Sudah tiga tahun tapi tiada apa yang berlaku, saya tidak buat tapi kata saya buat,” tambah Anwar.

Kes liwat yang melibatkan Anwar itu masih berjalan di mahkamah.


Mahkamah akan menentukan sama ada Anwar akan dipanggil membela diri ataupun sebaliknya pada 16 Mei ini.


Anwar didakwa meliwat Mohd Saiful di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Read more ...

Berhati-hati dengan fitnah terbaru puak-puak Songkok Tiga Jengkal

PAPARAN muka depan akhbar Utusan Malaysia hari ini terpampang tajuk besar "Kristian Agama Rasmi?". Jelas sekali tanpa berselindung, niat akhbar rasmi milik gerombolan songkok tinggi itu mahu mencetuskan perasaan benci rakyat beragama Islam di negara ini kepada orang-orang Kristian. Dengan berbekalkan artikel provokasi dari blog-blog jalanan gerombolan songkok tinggi, Utusan kini jadi medium menanam kebencian dan memecah belahkan rakyat Malaysia.


Seperti yang pernah didedahkan di MiLo SuaM sebelum ini, taktik terbaru Najib Tun Razak pada Pilihanraya Umum kali ini adalah dengan mendapatkan "undi solid" 70% kaum Melayu melihatkan rekod PRK dan PRN Sarawak sebelum ini, kaum Cina sudah tidak mahu lagi mengundi Barisan Nasional. Maka isu kaum dan isu agama akan digunakan.

Barisan Nasional sudah mula menanamkan kebencian Melayu kepada kaum cina sebelum ini dengan mengedarkan VCD perkauman melampau di dalam sebuah program karnival satu Malaysia rujuk sini [Karnival 1 Malaysia].

Kali ini demi mengekalkan kuasa, Barisan Nasional memainkan isu agama pula untuk melaga-lagakan orang Islam dan orang Kristian. Telah berulang kali ReJaM© tekankan, kita harus berhati-hati dengan dua isu yang selalu dibangkitkan oleh Barisan Nasional, iaitu "isu kaum" dan "isu agama", dua isu ini akan membawa kita kepada huru hara, dan mencetuskan pertumpahan darah antara rakyat Malaysia yang berlainan agama dan bangsa.

Demi mengekalkan kuasa Najib Tun Razak sanggup mempertaruhkan nyawa rakyat asalkan dia kekal menjadi Perdana menteri. Perdana Menteri bangsat ini tidak peduli jika rakyat saling berbunuhan, tidak peduli mayat rakyat bergelimpangan akibat dari isu kaum dan agama yang dicetuskan ini. Bila rakyat sudah bergaduh dan berbunuhan sesama sendiri, Najib dan pemimpin gerombolan songkok tinggi yang lain boleh lari menaiki jet atau pesawat peribadi untuk bersembunyi di luar negara.

Lihat sahajalah semua kempen Barisan nasional kini semuanya berbaur provokasi perkauman dan agama. Jika anda sayangkan keamanan negara ini, ayuh tumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang bangsat ini! Lihat sahajalah, di depan mata dan batang hidung anda, masyarakat cuba dipecah belahkan. Ini semua demi kuasa, demi wang ringgit.

ReJaM© "Rakyat mampos mereka tak peduli, yang penting Barisan Nasional terus memerintah dan Najib terus jadi Perdana Menteri!"


Read more ...

Isu Kristian agama rasmi , fitnah terbaru sebaran Utusan



SHAH ALAM 7 MEI : Pakatan Rakyat (PR) tetap berpendirian Islam kekal sebagai agama rasmi negara ini dan tidak timbul persoalan gagasan itu akan mengambil langkah untuk mengubah statusnya jika berjaya menawan Putrajaya sekali gus menyangkal dakwaan Utusan Malaysia bahawa " Malaysia Negara Kristian".

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi nota admin blog hari ini, Utusan Malaysia bertindak melampaui batas dengan menyogok rakyat dengan berita fitnah dan hasutan apabila memainkan isu agama rasmi di Malaysia.

Malah katanya, Utusan juga telah mengetepi tanggungjawab sebagai pengamal media apabila tunduk kepada adikuasa atau pemerintah, tanpa rasa malu dengan menidakkan fakta apabila berterusan memutar belit fakta sehingga mengelirukan rakyat.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini di bawah tajuk “Kristian agama rasmi?

Laporan itu juga memetik Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menafikan dakwaan kononnya beliau menganjurkan satu majlis pertemuan paderi dari seluruh negara, yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Menurut wakil rakyat DAP itu, beliau hanya menghadiri majlis kesyukuran yang diadakan secara tertutup untuk paderi-paderi tersebut di sebuah hotel di Jalan Macalister, George Town sebagai tetamu.

Akhbar milik Umno itu mendakwa majlis pertemuan paderi-paderi berkenaan dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan didedahkan oleh dua laman blog.

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia jika Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan.

“Jelas, Utusan tidak layak untuk digelar selaku akhbar arus perdana, ia hanya layak menyandang gelaran ‘Tabloid Umno’ sesuai dengan kenyataan bahawa parti itu merupakan pemegang saham sekaligus majikan mereka.

“Amat sedih melihat akhbar yang diasaskan pejuang pembebasan tanah air dahulu, dirantai oleh manusia-manusia rakus kuasa zaman ini,” tulis nota itu lagi.

Tulisan itu menambah, isu agama rasmi bagi Malaysia menjadi sasaran terbaru “aparatus pemerintah manakala Utusan tanpa rasa malu telah menidakkan fakta yang terbentang di depannya dengan berterusan memutar belit fakta bertujuan mengelirukan rakyat.”

“Sudah dinyatakan sebelum ini, bahkan ia merupakan kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh semua pimpinan Pakatan Rakyat bahawa Islam tetap kekal sebagai agama rasmi di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan pada masa hadapan,” katanya.

Selain itu, nota berkenaan juga memuatkan penyataan bersama yang dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 September yang turut terkandung dalam Buku Jingga yang menjamin kedudukan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia.

“Kami sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan menjamin kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak semua kaum yang dijamin Perlembagaan,” kata penyataan itu.

Read more ...

UMNO punya pasal, tanah tergadai


SEORANG ahli Umno kecewa dengan tindakan parti itu yang mengakibatkan beliau kehilangan dua bidang tanah milik keluarga.

Tanah itu dicagarkan kepada bank untuk tujuan perbelanjaan membina pejabat Umno Bahagian Pendang, 30 tahun lalu.

Ahli Umno terbabit, Mohamad Said Awang Kechik berkata, tiada pemimpin Umno tampil menyelesaikan baki pinjaman overdraf yang ditanggungnya sehingga salah seorang rakan perniagaan, Yahya Abu membuat pembayaran RM15,346 kepada bank pada 19 September 1995 untuk mengelakkan dua tanah itu dilelong.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi diarah menjelaskan pembayaran semula pinjaman sebanyak RM25,000 oleh bank melalui perintah mahkamah pada Mei 1997 untuk mengelakkan tanah itu dilelong.

"Sebagai tindakan susulan, kami memutuskan berjumpa dengan Ketua Umno Bahagian Padang Terap, Datuk Dr Afifuddin Omar yang menjadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan memohon beliau membuat permohonan pelupusan baki dan caj faedah pinjaman mencecah lebih RM100,000 ketika itu.

"Dr Affifuddin memberi respons dan membuat permohonan pelupusan baki pinjaman overdraf itu kepada bank melalui surat bertarikh 1 Ogos 1997, bagaimanapun tiada jawapan balas dikemukakan bank," katanya.

Mohamad Said mendakwa, beberapa kali berjumpa dengan pihak Umno Bahagian, termasuk Ketua Bahagian, Datuk Mohd Rozai Shafian tetapi tidak mendapatkan kerjasama sewajarnya.

"Saya mendesak Umno negeri segera menjelaskan tuntutan dan sekiranya tidak diberi perhatian, kami sekeluarga akan membawa tikar dan bantal untuk ke pejabat Umno yang dibina menggunakan wang kami," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media dekat sini yang dihadiri puluhan media arus perdana termasuk RTM namun hanya sebuah akhbar sahaja yang melaporkan isu tersebut.

Selain itu beberapa ahli Umno yang hadir turut melahirkan kekecewaan sehingga mengungkap 'Umno buat kami macam paria' ketika sidang media tersebut.

Ujar mereka, pada 1979 ahli-ahli Umno sanggup meminjam duit daripada bank untuk menyiapkan bangunan Umno Bahagian Pendang.

"Ahli-ahli Umno tersebut pinjamkan duit kepada Umno Bahagian, bukan sikit RM15,000. Malangnya bila siap bangunan itu, Umno bahagian tak mahu bayar balik dekat depa sampai la ni.

"Mereka pergi minta tolong dengan Najib. Najib tak layan suruh pi jumpa Umno negeri. Mereka nak jumpa Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah. Malang sungguh, surat dan telefon kepada Ahmad Bashah juga tidak dilayan.

"Inikah budaya kerja pemimpin di peringkat negeri?" luah mereka.



ReJaM© "Orang dah cakap UMNO ni penipu taknak percaya kah kah kah..."

Read more ...

Najib bakal Ketua Pembangkang Malaysia

Anwar nasihat Najib jangan bongkak: anda akan akan jadi ketua pembangkang pula

Sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak mahu merampas Selangor dengan menggunakan apa sahaja sebagai senjata, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Presiden Umno itu jangan terlalu yakin untuk menawan balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.

Sebaliknya Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memberi amaran kepada Najib agar tidak mengamalkan “politik rampas” semata-mata untuk memerintah negara.

“Rampas-merampas ini mana punya kerja? Ini politik rampas tidak boleh (diamalkan), bini (isteri) orang nak rampas… Perak rampas… Selangor nak rampas… mana boleh macam ini.

“Najib jangan bongkak… insya-Allah kami akan tawan Putrajaya, kamu akan jadi ketua pembangkang yang baru,” katanya pada ceramah perdana isu-isu semasa di Madrasah Darul Iman, Kedai Buluh di sini malam tadi.

Dalam ucapan di hadapan kira-kira 3,000 orang itu, Anwar menggesa supaya rakyat melakukan perubahan dan memilih Pakatan Rakyat bagi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi… Pulau Pinang tambah lagi satu… Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi.

“Di Wilayah Persekutuan kita menang 11 kerusi, kalah satu kerusi di (Parlimen) Setiawangsa itu pun sebab undi pos… 14,000 undi pos paling banyak dalam sejarah.

“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh.

Laporan media semalam menyebut, Najib mahu Umno Selangor melupakan kekalahan pada pilihan raya umum 2008 dan bangkit bagi memastikan BN dapat merampas kembali negeri itu pada pilihan raya umum ke-13, yang disifatkannya “sudah hampir tiba.”

Presiden Umno itu berkata, bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang, warga Umno Selangor perlu menggunakan apa sahaja ‘senjata’ yang dimiliki mereka.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Selangor, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Perak, Pulau Pinang dan Kedah dengan mengekalkan Kelantan di bawah pentadbiran PAS.

Namun Perak dirampas semula BN setahun kemudian.

“Kita tidak harus membiarkan maruah parti terus tercemar dan tercalar dengan terus bersedih kerana kekalahan lepas.

“Kita juga tidak boleh terus terbawa-bawa dengan kesedihan, kehilangan keyakinan kita, sebaliknya kita mesti menyusun semula barisan, kuatkan iltizam dan semangat juang serta bangkit menebus kekalahan dengan semangat juang yang tidak tahu erti kalah,” kata Najib yang juga pengerusi Umno Selangor.

Kata Anwar, Pakatan Rakyat akan mempertahankan setiap kerusi yang dimenangi walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai strategi kotor Umno-BN.

“Kita perlu pertahankan kerusi-kerusi ini, saya percaya Umno akan gunakan apa sahaja cara untuk melemahkan kita.

“Mereka (Umno-BN) kata kita bermimpi (untuk tawan Putrajaya) tapi jangan lupa kita pernah menang di Terengganu, Selangor, Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Kelantan, malah di Wilayah Persekutuan juga kita menang… cukuplah dengan sistem sedia ada (sekarang), kita perlukan perubahan,” katanya.

Bercakap soal Buku Jingga yang dilancarkan Pakatan Rakyat, Anwar berkata, janji-janji yang terkandung dalam dasar bersama tiga parti perikatan akan dilaksanakan jika berjaya menawan Putrajaya.

“Apa yang kita buat dalam Buku Jingga ini adalah buku program kita yang akan kita laksanakan jika kita berjaya tawan Putrajaya, yang penting kita perlu tawan Putarajaya.

“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun… dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.

Kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan.

“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik… saya bukan main-main.

“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.

Buku Jingga yang terdiri daripada dasar kerajaan Pakatan Rakyat dan 10 inisiatif 100 hari pertama pemerintahan diperkenalkan pada konvensyen keduanya di Pulau Pinang Disember lalu.

tmi

Read more ...

UMNO cipta fitnah, Utusan tukang sebar



PULAU PINANG 7 MEI : Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyifatkan laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa DAP mahu menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan sebagai permainan politik jahat dan sangat merbahaya.

“Ini memang satu permainan politik yang jahat dan bahaya. Mereka sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan undi. Merekalah anasir yang yang paling jahat dan bahaya di Malaysia sekarang ini,” katanya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan kononnya Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi menganjurkan satu pertemuan paderi Kristian yang membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan.

Menurut Guan Eng, laporan Utusan itu tidak berkredibiliti kerana ia bersifat spekulasi dan datangnya daripada sumber yang kabur dan tidak boleh dipercayai.

“Perkara ini siapa pun tak akan percaya tapi ia akan dipermainkan. Mereka tak ada bukti dan ia diambil dari blog. Blog mana dan individu mana yang membuat tuduhan itu tidak pula diambil peduli,” Lim Guan Eng dalam sidang media beliau pagi tadi.

Justeru, satu laporan polis akan dibuat DAP bagi mengekang perkara yang lebih buruk daripada berlaku.

Menurut Guan Eng lagi, sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat DAP sejak dahulu sememangnya sentiasa mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Kita dah banyak kali tekankan Islam agama rasmi Malaysia. Kita tidak pernah pertikai perkara ini. Kita tidak pernah desak minta Malaysia jadi negara Kristian, negara Hindu atau pun apa-apa gama lain,” kata Guan Eng.

Pada masa yang sama, kata Guan Eng, Utusan tidak pula menyiarkan laporan yang akan memburukkan nama Barisan Nasional walau pun peristiwa yang berlaku itu menjejaskan keharmonian kaum dan beragama.

“Mereka tidak siarkan Gerakan menghentam kerajaan Pulau Pinang kerana kita bagi lebih peruntukan untuk hal ehwal Islam. Kalau dia adil, dia akan siarkan Gerakan hentam kerajaan negeri Pulau Pinang. Mintalah orang Cina buat demo depan pejabat Gerakan. Mereka tak akan buat,” kata Guan Eng.

Read more ...