Tuesday, October 12, 2010

Tarik balik penswastaan Kem Sungai Besi



















KUALA LUMPUR, 12 Okt.: Ahli Perlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menuntut satu kertas putih dibentangkan di Dewan Rakyat berhubung penswastaan Kem Kantomen dan Kem Sungai Besi.

Ianya kerana timbul keraguan berhubung nilai harga yang dijual kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

"Kita tuntut kerajaan bentang kertas putih, kita nak tahu dari aspek keselamatan, kos yang diperoleh syarikat itu, berapa harga yang ditawar kedua-dua syarikat itu.

Soalan berhubung perkara itu sebelum ini dibangkitkan ahli Parlimen Batu, Tian Chua namun tidak dijelaskan oleh Menteri Pertahanan.

Dalam sidang media sama, Tian berkata, kerajaan juga tidak pernah menyatakan secara terbuka penswastaan tersebut namun proses itu berlaku secara dalaman degan kedua-dua syarikat tersebut.

"Kementerian Pertahanan dan Perdana Menteri menjalankan penswastaan ke atas kedua-dua kem ini adalah perkara yang tidak masuk akal.

"Ini membuktikan bahawa ia menggadaikan jaringan keselamatan dan kedaulatan negara.

Dalam soalan Tian semalam, beliau bertanya siapa pembeli kedua-dua kem tersebut dan kenapa kerajaan tidak menjualnya secara tender terbuka.

Beliau juga bertanya mengenai keluasan kawasan serta nilai harga yang ditawarkan.
Menteri dalam jawapannya bagaimanapun tidak menjelaskan berhubung nilai harga yang diberikan kepada dua syarikat tersebut.

Sehubungan itu, Tian mendesak kerajaan menarik balik cadangan penswastaan tersebut sebelum satu kertas putih dibentangkan.

Read more ...

Lebih ramai ahli Gerakan akan sertai Pakatan, PCM

GEOGRETOWN, 12 Okt. : Mesyuarat agung luar biasa (EGM) Gerakan Pulau Pinang yang berakhir Ahad lalu dilihat masih belum meredakan krisis kepimpinan parti itu. Ia berikutan beberapa bahagian yang tidak berpuas hati, mengugut untuk menyertai parti lawan.

Menurut bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan, parti yang baru ditubuhkannya, Parti Cinta Malaysia (PCM) telah didatangi oleh beberapa ahli Gerakan yang bercadang membubarkan bahagian mereka kerana tidak berpuas hati dengan keputusan EGM berkenaan.

EGM pada 10 Oktober lalu memutuskan bahawa lebih separuh daripada 322 perwakilan yang mengundi menyokong Datuk Dr Teng Hock Nan kekal sebagai ketua Gerakan Pulau Pinang. Beliau menang dengan kelebihan 29 undi, manakala 145 perwakilan mahu Teng dilucutkan jawatannya. Terdapat satu undi rosak.

Di sebalik kemenangan Teng, ada perwakilan yang berpendapat rasa tidak puas hati terhadap mereka yang mahu beliau dipecat diberikan tumpuan khas agara pembaharuan dapat dilakukan.

Huan yang sekarang ini adalah naib presiden PCM berkata beberapa pemimpin peringkat bahagian dan cawangan juga telah menyatakan minat mereka untuk menyertai Pakatan Rakyat atau PCM.

Antara mereka, dakwanya adalah Kebun Sireh yang bercadang membubarkan bahagiannya bagi membolehkan ahlinya menyertai PKR manakala ahli bahagian Bukit Tengah pula dikatakan berminat menyerati DAP.

"Lebih banyak bahagian akan mengambil tindakan yang sama dan membubarkan bahagian masing-masing dan anggota mereka akan menyertai PCM. Orang yang patut dipersalahkan ialah diri Teng sendiri, kerana mengamalkan politik berpuak-puak,” Kata Huan.

Ketika dihubungi, ketua bahagian Kebun Sireh, Sim Chooi Kung mengesahkan anggota bahagiannya bercadang meninggalkan Gerakan kerana tidak berpuas hati Teng kekal ketua parti itu meskipun mereka mengundi menentangnya.

Menurut Sim, anggota Kebun Sireh yang dianggarkan berjumlah 250, bebas menyertai mana-mana parti tetapi kebanyakan mereka memilih PKR, meskipun parti itu tidak mempunyai bahagian di kawasan itu.

“Kami bercadang letak jawatan beramai-ramai dan menubuhkan bahagian PKR yang baru. Ahli akan bermesyuarat minggu ini sebelum kami mengumumkan keputusan rasmi,” katanya.

Ketua bahagian Bukit Tengah Lee Nam Sim pula keberatan untuk mendedahkan rancangan pembubaran bahagian itu tetapi memberitahu mereka akan bermesyuarat dalam sehari dua ini bagi membincangkan tindakan susulan.

"Selepas berbincang, kita akan membuat keputusan rasmi,” kata Lee.

Sementara itu, Teng berkata beliau tidak mempunyai maklumat berhubung desas desus ada bahagian yang mahu meninggalkan Gerakan berikutan EGM berkenaan.

"Saya tidak mahu membuat sebarang spekulasi. Saya juga tidak akan memanggil untuk bertanyakan mengapa mereka mahu meninggalkan Gerakan. Kita akan lihat apa yang terjadi selepas ini,” katanya ketika dihubungi.

Adalah dipercayai ketua bahagian Kepala Batas Gerakan Jeffrey Beh meletakkan jawatannya hari ini bersama 300 penyokongnya.

Read more ...

Pakatan Rakyat akan kembali tawan Perak



IPOH, 12 Okt. : Pakatan Rakyat akan merampas semula Perak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang walaupun ada usaha untuk memindahkan para pengundi ke tempat-tempat tertentu, kata Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Pakatan Rakyat, kata AJK PAS Pusat itu, akan membincangkan pembahagian kerusi di kalangan parti komponen kemudian nanti.

Menurutnya, Pakatan Rakyat juga menilai calon berdasarkan masa pilihan raya diadakan tetapi memberi jaminan hanya calon yang berwibawa akan dipilih.

Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan PKR memenangi PRU 2008 dan membentuk kerajaan negeri Perak sebelum digulingkan, dipercayai didalangi oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak pada 2009.

Ujar beliau, "kalau pilihan raya itu diadakan sekarang atau serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, Pakatan rakyat akan menang.

BN main kotor?

Nizar berkata, "cuma kita takut Barisan Nasional (BN) main kotor. BN telah memindahkan para pengundi ke kawasan sasaran mereka. Sebagai contoh, para pengundi PAS dari kawasan saya (Pasir Panjang) telah dipindahkan ke Dun Sitiawan.

"Tetapi oleh kerana DAP menang dengan majoriti lebih 8,000 undi di kawasan itu maka ia tidak boleh memberi kemenangan kepada BN," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen hari ini.

Nizar juga berkata, politik dalaman PKR tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat termasuk kepada calon PKR.

Bagaimanapun, AJK PAS Pusat itu berkata, Pakatan Rakyat perlu menyebarluaskan maklumat kepada penduduk luar bandar termasuk di kawasan peneroka Felda.

"Di kawasan bandar atau separuh bandar, kita tidak ada masalah kerana mereka faham dengan apa yang berlaku," tambahnya.

Nizar berkata, prestasi pentadbiran Najib yang menurun dari 72% kepada 68% juga boleh membantu Pakatan Rakyat dalam menghadapi PRU.

Sementara itu, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beberapa kenyataan Menteri Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menimbulkan tanda tanya.

Ujar beliau, "bancian keluarga miskin di Perak menunjukkan seramai 2,000 keluarga tetapi menteri besar memberitahu terdapat hanya 700 keluarga sahaja. Kita tanya macam mana angka begitu, dia tidak boleh jawab.

"Kita tanya mengenai status tanah seluas 35,000 ekar di Gerik, juga dia tidak boleh jawab. Jadi biar rakyat Perak menilai pentadbiran BN Perak itu," katanya.

Read more ...

Jamuan raya sempena penubuhan cawangan

IMG_1769.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 12 Okt. : Walaupun syawal hampir ke penghujungnya, PAS Cawangan Jalan Pantai tidak mahu ketinggalan menganjurkan majlis jamuan hari raya sempena penubuhan PAS Cawangan berkenaan yang baru diluluskan pendaftarannya.

Ketua PAS Cawangan Jalan Pantai Shafie Awang berkata, tidak kurang dari 300 orang penduduk termasuk orang-orang Tionghua dan India di Jalan Pantai dan kawasan sekitar menghadiri majlis jamuan hari raya.

“ Inilah detik permulaan bagi kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim tanpa memikirkan fahaman politik. Dari tinjauan dibuat bukan sahaja ahli PAS yang hadir malahan ahli umno juga turut hadir memeriahkan majlis jamuan hari raya ini.

“ Kehadiran orang ramai pada majlis jamuan raya ini membuktikan bahawa semua kaum masih lagi bersama-sama PAS dan PR. Melayu, Cina dan India duduk makan bersama serta berbual mesra membuktikan keharmonian kaum “ katanya

Shafie berkata, PAS Cawangan Jalan Pantai menyemarakkan semula adat gotong royang dikalangan ahli dan penyokong PAS dengan bergotong royong menyediakan Jamuan Hari Raya PAS Cawangan Jalan Pantai.

“ Jamuan hari raya yang diadakan sememangnya mendapat sambutan daripada penduduk dan apa yang lebih istimewa, persiapan diadakan secara gotong-royong termasuklah dari segi penyediaan makanan.

“ jamuan hari raya yang mengumpulkan penduduk itu mampu menjadi platform buat penduduk mengeratkan hubungan baik yang sudah sedia terjalin” katanya ketika ditemui di majlis berkenaan.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Yang DiPertua PAS Parit Buntar Harun Hashim, Timbalan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Abdul Bahrain Desa, AJK PAS Kawasan dan pimpinan PAS cawangan-cawangan berhampiran.

Sekitar jamuan raya

IMG_1750.jpg picture by paspb

IMG_1746.jpg picture by paspb

IMG_1767.jpg picture by paspb


Read more ...

Rahimi tandatangani akuan bersumpah di hadapan Wee Choo Keong



PETALING JAYA, 12 Okt. : Bekas pemimpin PKR yang kini menjadi ahli parlimen Bebas, Wee Choo Keong dikenal pasti sebagai saksi ketika bekas pembantu ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Rahimi Osman - menandatangani akuan bersumpahnya.

Dua peguam yang didakwa oleh Rahimi “memaksanya” menandatangani akuan bersumpah itu - ketua penerangan parti itu, Latheefa Koya dan ketua Pemuda PKR Kedah, Saiful Izham Ramli - berkata akuan itu ditandatangani di hadapan Wee, yang ketika itu adalah ahli parlimen PKR di Wangsa Maju.

"Rahimi tandatangan akuan bersumpah pertama pada 29 Jun 2008, di Quality Hotel di Shah Alam. Dia tandatangan secara sukarela di hadapan peguam, ahli parlimen dan pesuruhjaya sumpah Wee Choo Keong.

"Dakwaannya, kami 'kurungnya' di Quality Hotel adalah lucu dan tidak benar. Dia berada di situ atas kerelaannya sendiri sepanjang masa dan secara suka rela menawarkan maklumat bagi membantu kami dengan kes Anwar,” kata Latheefa dalam kenyataan kepada polis.

Beliau bersama Saiful Izham, sebelum memberikan salinan laporan polis berkenaan, disoalsiasat selama sejam di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Bukit Aman.

Mereka turut diiringi peguam masing-masing, N Surendran and Rashid Ismail.

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 199 Kanun Jenayah kerana didakwa membuat akuan palsu dan jika didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Rahimi memberi keterangan kepada polis semalam.

Dalam pendedahannya pada 6 Oktober lalu, Rahimi mendakwa dia dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah pada 2008 yang memalit Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan perbicaraan Anwar yang sedang berlangsung.

Dakwanya, kedua-dua Latheefa dan Saiful Izham "menahannya" di sebuah hotel untuk beberapa hari selepas itu.

Read more ...

Jangan percaya rayuan Najib





















KUALA LUMPUR, 12 Okt: PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat memberi mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebaliknya, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyeru rakyat menggemblengkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN.

“Ini kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Najib mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21.

Kata Najib, kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.

Bagi Idris, indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama yang berpendapatan rendah yang tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.

Menurutnya, pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka.

Sepatutnya, kata beliau pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.

Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini.hrkh

Read more ...

Warga emas tolak fitnah Umno Pulau Pinang











BUTTERWORTH, 12 Okt.: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.hrkh

Read more ...

ADUN Kuala Nerang pertahan sokong MB Kedah


ALOR SETAR, 11 Okt. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim bersedia pada bila-bila masa untuk dipanggil memberi penjelasan kepada pimpinan UMNO negeri berhubung kenyataannya menyokong Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam isu air yang mencetuskan kontroversi sejak minggu lalu.

Syed Sobri yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap berkata, beliau juga bersedia untuk menjawab mengenai tindakannya mengkritik Ketua Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim yang mendesak Azizan meletak jawatan jika isu itu terus berlarutan.


“Kenyataan saya mengenai sokongan kepada Menteri Besar hanya berhubung isu laporan kepada SPRM, bukannya menyentuh mana-mana parti politik atau untuk kepentingan peribadi.

“Saya bercakap demi kepentingan rakyat dan saya bersedia pada bila-bila masa untuk memberikan penjelasan kepada Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal jika dikehendaki berbuat demikian,” katanya.

Syed Sobri berkata, beliau akan tetap mempertahankan kenyataan itu yang dianggap tidak melanggar disiplin parti.

“Saya sedia dihukum jika didapati bersalah namun saya akan tetap mempertahankan kenyataan yang saya buat demi kepentingan rakyat,” katanya.

Sementara itu, kata Syed Sobri, isu kenaikan tarif air perlu dilihat secara positif sebagai kempen agar rakyat lebih sedar akan kepentingan air dan menggunakannya dengan bijak.

“Kita belum lagi terima bil untuk bulan ini bagi melihat sejauh mana kesannya, bagaimanapun saya akan membuat semakan Januari depan bagi menilai kualiti perkhidmatan air yang disalurkan Syarikat Air Darul Aman (Sada) kepada rakyat selepas kenaikan tarif air.

“Jika masih ada kawasan yang terputus bekalan air atau menerima air yang tidak bersih, keputusan Sada menaikkan tarif air wajar dipertikaikan,” katanya.

Syed Sobri berkata, Sada wajar diberikan peluang untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan seiring dengan kenaikan tarif air.

Ditanya mengenai maklum balas yang diterima selepas beliau membuat kenyataan menyokong Azizan, Syed Sobri berkata, ramai juga yang menyokong kenyataannya itu termasuk pemimpin UMNO.

“Yang marah, mungkin mereka tak baca kenyataan saya itu dengan teliti sehingga habis. Kalau faham, mereka takkan marah,” katanya.SH

Read more ...

SPRM Kedah mula siasat


ALOR SETAR, 11 O kt. : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah akan memulakan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dalam kos pembinaan loji air di Lubuk Buntar, Bandar Baharu dan di Padang Sanai, Padang Terap.

Pengarahnya, Datuk Idrus Jaafar berkata, pihaknya telah menerima laporan rasmi berhubung dakwaan itu daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahya di pejabatnya di sini semalam.


“Saya sudah menerima laporan yang diserahkan oleh Pemuda PAS dan SPRM akan memulakan siasatan berdasarkan maklumat yang diterima,” katanya.

Ditanya bagaimana proses siasatan itu akan dijalankan termasuk kemungkinan memanggil pemimpin-pemimpin kerajaan terdahulu yang terlibat dengan dua projek itu, Idrus berkata, buat masa ini, beliau tidak dapat memberi sebarang komen berhubung perkara itu.

Sementara itu, Ahmad ketika ditemui sejurus selepas menyerahkan laporan itu kepada Idrus di sini semalam berkata, tindakan itu diambil tanpa arahan daripada mana-mana pihak.

“Hari ini (semalam), kami membuat laporan rasmi kepada SPRM mengenai apa yang dimaksudkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak iaitu penyelewengan yang berlaku dalam isu air di negeri ini. Tindakan ini adalah atas inisiatif Pemuda PAS Kedah sendiri,” katanya

Ditanya mengenai kandungan laporan, Ahmad berkata, isu penyelewengan itu sudah disiarkan menerusi media sebelum ini.

“Bagaimanapun pada hari ini, kami ingin membuat satu laporan secara rasmi kepada SPRM dan menyerahkan sepenuhnya kepada agensi itu untuk menjalankan siasatan.

Laporan dua muka surat yang menyentuh mengenai semua isu berkaitan pengurusan bekalan air di Kedah sudah diserahkan kepada Pengarah SPRM Kedah pada jam 10 pagi tadi (semalam),” katanya.

Ahmad dilihat memasuki pejabat SPRM di Wisma Persekutuan di sini bersama Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Ahmad Izzat Shauki; Setiausaha Politik Menteri Besar yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Mohammad Sanusi Md Nor dan Pegawai Khas Menteri Besar, Rosli Azmi.

Azizan dalam satu kenyataan sebelum ini mendedahkan kos pembinaan loji air di Lubuk Buntar bagi 25 juta liter air ialah antara RM25 juta hingga RM30 juta sebaliknya perbelanjaan yang direkodkan ialah RM65 juta.

Manakala pembinaan loji air di Padang Sanai yang mempunyai kapasiti 50 juta liter air sehari pula mencecah RM155 juta sedangkan anggaran sebenar kos hanya sekitar RM60 juta.

Ekoran pendedahan itu, Azizan dilaporkan meminta SPRM menjalankan siasatan mengenai penyelewengan yang dilakukan Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini, tetapi enggan membuat laporan rasmi sebaliknya mahu SPRM menjalankan siasatan sendiri.SH

Read more ...

Majlis Syura pilih calon PAS Galas


KOTA BHARU, 11 Okt. : PAS akan mengumumkan nama calonnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada 24 Oktober ini, kata Pengarah Pilihan Raya Negeri, Abdul Fatah Haron.

Katanya, semua senarai calon parti itu untuk pilihan raya tersebut telah diserahkan kepada Dewan Syura untuk diperhalusi sebelum diputuskan secara muktamad.


“Kita (PAS) bercadang membuat pengumuman nama calon 24 Oktober ini serentak dengan hari pengumuman yang akan dibuat oleh parti lawan BN (Barisan Nasional), ini dikirakan sesuai dan adil bagi semua pihak, calon pun mempunyai masa untuk mengisi borang sebelum hari penamaan dijalankan, katanya kepada :Sinar Harian: di sini, semalam.


Abdul Fatah berkata, pimpinan PAS Pusat akan membuat kaji selidik dan semakan secara terperinci latar belakang calon terbabit sebelum membuat keputusan.


Mengenai pelancaran jentera pilihan raya PAS bagi menghadapi kempen di kawasan Galas itu, Abdul Fatah berkata, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan majlis pelancaran jentera parti itu di Markaz Besar PAS Gua Musang pada 19 Oktober ini.


“Kita kini sedang memperkemaskan persediaan menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Galas. Setiap petugas pilihan raya akan diberikan kursus kemahiran untuk meningkatkan kembali kemahiran mereka dan tugas yang sedia ada.


“Kami yakin semua itu akan berjalan lancar memandangkan jentera yang sedia ada mempunyai kemahiran dan pengalaman yang cukup. Cuma apa yang perlu kita ‘hangat’ kan kembali melalui kursus dan kemahiran yang dijalankan,” katanya.


Menurutnya, beliau mahukan semua jentera PAS sentiasa bersedia untuk turun ke akar umbi untuk berjumpa dengan masyarakat.


“Langkah itu diambil bagi memastikan semua pihak bersedia dan tidak mengambil mudah ataupun leka dengan cabaran yang bakal dihadapi,” katanya.
SH

Read more ...