Wednesday, February 1, 2012
NOH OMAR GAGAL TUNAI JANJI!!! Pengerusi JKKP letak jawatan, sokong Pakatan
HASAN ALI DAH MENGARUT!!! Tuduh tidak logik, cakap ikut sedap mulut, suka menipu
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata, jika Hasan seorang yang baik dan beriman, beliau tidak menuduh PR bercita-cita, mahu menjadikan Malaysia negara republik, sekali gus menggugurkan Perkara 153 Perlembagaan Negara yang menjamin hak dan keistimewaan orang Melayu.
“Tuduh itu tidak logik, jauh panggang dari api. Dia hanya mahu mengapi-apikan sentimen rakyat supaya membenci PR,” tegasnya.
“Sekarang dia cakap ikut sedap mulut saja, tipu orang sana sini, seolah-olah dia tahu semua perkara. Orang macam ini tak boleh pakai sebab suka menipu,” katanya Ahli Parlimen Kepong itu.
Menurutnya, jika Hasan seorang yang beriman, beliau tidak akan melemparkan tuduhan melulu serta tidak berasas terhadap orang lain.
“Saya mewakili DAP menafikan tuduhan beliau. Kita semua tahu kenapa dia dipecat.
“Kalau Pas sendiri pecat Hasan, kita pun tahu Hasan jenis orang macam mana dan sekarang siapa dia untuk bercakap tentang Pas? Beliau tidak ada jawatan lagi dalam Pas dan kenyataannya tidak menggambarkan kenyataan parti itu,” tegasnya.
Seng Giaw berkata, bukan sahaja Pas, malah DAP dan PKR juga berjuang pertahankan Perlembagaan Negara.
“Hasan hendak cari populariti sebab itulah tuduh kami macam-macam. Sekiranya PR berjaya menawan Putrajaya, keutamaan kami adalah mempertahankan kedaulatan undang-undang, bukan meminda.” katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, Hasan tidak layak bercakap mengenai hal itu kerana beliau anggota Pas.
“Saya tidak mahu ulas lagi mengenai dakwaan, kononnya PR berhasrat menggugurkan Perkara 153 dan menubuhkan negara republik.
“Kalau hendak tahu lagi mengenai perkara ini, tanya Hasan sahaja. Saya tidak mahu cakap,” katanya.
Menurutnya, sebagai bekas ahli Pas, kenyataan Hasan tidak patut diulas oleh pemimpin parti itu.
CERAMAH DEKAT-DEKAT!!! Takut berceramah dengan kerusi, UMNO terpaksa bagi duit minyak, makan free, cabutan bertuah
Sikap kebudak-budakan jentera UMNO Gopeng kembali terserlah di mata rakyat apabila sekali lagi UMNO Gopeng di bawah arahan YB Dato' Hamidah Osman mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah Pakatan Rakyat di UPU Kampung Pisang, Batu Gajah hari ini, 1 Februari 2012.
Sehingga kini, hanya UMNO Perak dan Melaka sahaja yang melaksanakan dasar pembutaan maklumat kepada rakyat melalui usaha menutup kehadiran rakyat ke majlis ceramah Pakatan Rakyat dengan mengadakan program ceramah serentak atau boleh dikatakan sebagai ceramah berkembar.
Jika di Barat, kita melihat demokrasi matang mereka mengakibatkan pembangkang bebas berceramah dan berpidato di merata tempat. Pihak parti lain pula akan menghormati pihak yang sedang berceramah dengan tidak menimbulkan gangguan seperti apa yang UMNO ajar kepada anak muda di Perak.
Rakyat Batu Gajah dan Gopeng dapat menilai insiden malam ini yang dimeriahkan dengan ceramah oleh Bob Lokman dan YAB Dato' Seri Ir Nizar sebagai simbol paranoid ADUN Sg Rapat (YB Dato' Hamidah Osman) terhadap kebangkitan rakyat Gopeng dan Batu Gajah yang bakal menolak beliau dalam PRU-13 nanti.
UMNO mengekalkan prestasi sebagai parti yang tidak membangunkan generasi berakhlak apabila sanggup mengupah remaja bermotor untuk membuat bising sambil memegang bendera BN di kawasan ceramah Pakatan Rakyat. Lebih lucu, beberapa remaja telah ditahan oleh polis yang berkawal di tapak ceramah kerana menunggang sambil memegang bendera.
Sekitar 300 orang yang menghadiri ceramah UMNO tanpa permit ini kelihatannya lebih tertarik dengan jamuan makan percuma, wang kopi dan duit minyak bagi remaja motosikal yang ditaja oleh UMNO. Malah ada yang sanggup menunggu hingga 11.30 malam semata-mata untuk pengumuman keputusan cabutan bertuah!
Adakah UMNO menilai majlis malam ini di Kampung Pisang sebagai majlis penerangan jika kehadiran di khemah-khemah UMNO hanya disertai oleh wanita-wanita Melayu, kanak-kanak, pelajar sekolah dan para penunggang motosikal remaja bawah umur? Adakah strategi UMNO memberi penerangan dengan diupah dengan cabutan bertuah?
Rata-rata rakyat menyatakan negeri Perak boleh bangkrap kerana penerangan UMNO sebegini terpaksa menelan wang belanja sebanyak RM 60 000 hanya dalam tempoh semalam! Sedangkan ceramah Pakatan Rakyat bersebelahan hanya menggunakan modal RM 1000 sahaja!
Dari jeritan dan laungan serak suara ADUN Sg Rapat melaungkan 'Hidup UMNO' pada jam 11.45 malam melambangkan kehampaan beliau kerana majlis penerangan UMNO itu hanya dipenuhi dengan penceramah (termasuk ADUN) yang bukan berceramah sebaliknya menjerit dan menempik sehingga beberapa remaja menutup telinga di belakang khemah.
Disebabkan mereka menjerit dan melalak dengan dahsyat dengan harapan menutup pembesar suara Pakatan Rakyat, mereka hanya mampu berceramah sehingga jam 11.30 malam sahaja, manakala Pakatan Rakyat yang berceramah tenang mampu bertahan sehingga 12.20 malam. Malah 20 minit tambahan selepas jam 12 tengah malam diberi atas kebenaran OCPD Balai Polis Batu Gajah kerana awal ceramah terganggu akibat hujan.
OCPD yang bersimpati dengan penyokong Pakatan Rakyat yang sanggup berhujan semata-mata mempertahankan majlis yang sah mendapat permit polis telah dipuji sendiri oleh YAB Dato' Seri pada muqaddimah ceramahnya.
Ternyata paranoid UMNO Gopeng akan terus mencengkam kerana ternyata sasaran mereka untuk mengatasi majlis Pakatan Rakyat memberi maklumat dan memahamkan rakyat tidak berjaya.
Jika dibincang dari aspek majmuk kaum, ceramah Pakatan Rakyat berjaya mengekalkan status sebagai majlis ceramah multi-kaum yang berkesan. Sebaliknya cukup memalukan apabila ADUN Sg Rapat mengarahkan pihak urusetia majlis UMNO memasang lagu 1 Malaysia dengan kuat sedangkan majlis mereka hanya dipenuhi dengan kaum Melayu serta ceramah yang sarat dengan perkauman dan sorakan Hidup Melayu.
Kecerdikan rakyat Gopeng dan Batu Gajah kian nampak melalui kehadiran pendengar yang semakin ramai serta konsisten sehingga tamat majlis.
Muhammad Nuruddin Bashah
Ketua Unit Penerangan MTD Sg Rapat
http://landskapsiasah.blogspot.com/UMNO JAHIL!!! Jumpa tokey babi pun boleh jadi isu
Oleh: Tok Non
Bagi Tok Non UMNO kat bumi Malaysia ni tinggai nyawa-nyawa ikan saja, dok mud-mud nak mampoih sangat dah. Yang nampak 'hebat dan gagah' ialah cuma make up yang dipasang oleh kerajaan Pusat, lebih kurang macam orang bela hantu raya.
Nampak segak, kemaih lagi..padahal yang nampak hebat tu ialah hantu raya yang menumpang dalam badan tuan dia.
Begitulah UMNO, kalau tak kerana kerajaan Pusat yang menumpang dalam badan depa... ghuyup lama dah.
Tok Non garu kepala bila terbaca sebuah blog yang Tok Senapi gelar 'Blogger UMporNO bodo piang'. Betoi-betoi kemarau isu sampai cerita ADUN PR Selangor hulur ole-ole kat tokeh babi pun jadi isu besar. Mengikut ajaran UMNO, tokeh babi dari kalangan orang Cina ni sangatlah hina jadi haram dijumpai. Teruk sungguh fahaman depa.
(Baca caption tu, kononnya seluar kena babi. Still photo akan merakam semua imej secara satu dimensi. Daging babi yang berada di belakang sana mestilah akan terakam bersama imej seluar orang tu di hadapan tetapi bukan bersentuhan.. Alahai Blogger UMporNO bodo piang, hang pi perbodo puak2 bingai hak tak sekolah bolehlah..ini masuk blog, dunia baca.. nampak sangatlah kebodohpiangan hangpa tu..)
Kedah La
DEDAH!!! Email kepada wartawan Patty Huntington bukti laporan perbelajaan Ro$mah adalah benar
via balik pulau |
Fesyen wartawan Patty Huntington, di blog beliau Frockwriter , telah didedahkan pertukaran e-mel untuk membuktikan laporan tentang perbelanjaan isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor pakaian pereka eksklusif di Sydney, Australia adalah sahih lagi benar!!!!
Publicists would disagree, but any journalist worth their salt will tell you the best stories never come straight off a press release. Occasionally that’s where they start, however. And so it was at 2.44pm on January 16th, when I received an email from Sydney-based fashion PR firm Little Hero headed “Malaysia’s First Lady covets Carl Kapp”, alerting me to what they were claiming would in anybody’s terms constitute an unusually large single, personal order of a designer brand - 61 items.
Many designers wouldn't have 61 pieces in a single collection. The alleged client was Rosmah Mansor, the wife of Malaysian Prime Minister Najib Razak. I called Little Hero back within minutes.
The story had been passed over by the fashion editors of two Australian newspapers, said Little Hero staffer Holly Beer, who immediately followed up with a second email, with yet more tantalising details.
The second of two appointments had taken place in the PM’s hotel on New Year's Eve – as it emerged,The Star Sydney Casino’s new venue The Darling, the penthouse no less – with the PM himself present.
After taking Rosmah's measurements and order, Kapp was due to be flown by the client to KL for a second round of fittings, said Beer. "It was unbelievably surreal" Kapp told me later that day. Indeed. No mention was made of Kapp being dispatched to KL in a Learjet but by this stage nothing would have surprised me.
KALAU PENDEDAHAN INI PALSU DAN FITNAH... SILA DATIN SERI HAJAH ROSMAH MANSOR SAMAN BLOGGER INI....
OMAK KAU
ISU KUIN!!! Penjelasan dari Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak
Menurut Ustaz Azizan.. Tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).
Ini bermakna ada seorang Pengarah Komunikasi sebuah parti tu dah tembak membabi buta..
Ucapan aku buat dia.. lain kali kalau tak tahu tanya dulu.. jangan ikut perangai Ibrahim Ali.ASD
MB: Pihak pertikai Kuin tak faham undang-undang
1 Februari 2012
ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pihak yang mempertikaikan keputusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggantung lima pelajarnya, tidak memahami undang-undang yang digunakan universiti milik kerajaan negeri itu.
Azizan yang juga Pengerusi Kuin menjelaskan tindakan yang dikenakan bukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) 1971 kerana Auku adalah bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sedangkan Kuin adalah IPT Swasta (IPTS).
"Mereka yang tak faham...tembak tak betul menyebabkan semua orang keliru dan pening kepala. Saya dah beri jawapan (undang-undang) IPTS lain daripada IPTA," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata beliau telah menerangkan perkara itu kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan hari ini beliau mengarahkan setiausaha politiknya supaya ke Kuala Lumpur bersama dokumen berkenaan untuk menerangkannya lagi.
"(Pengurusan Kuin) sebagai satu badan bebas, apa keputusan dibuat selagi tak bercanggah dengan prinsip nyata biar mereka putuskan. Saya tak boleh campur tangan. Saya pun tak boleh cakap banyak kerana perkara ini telahpun dibawa ke mahkamah...bukan kami tetapi pelajar tu yang bawa ke mahkamah," katanya.
Katanya difahamkan Kuin telah melantik peguam Karpal Singh untuk mewakili mereka dalam kes itu.
Lima pelajar universiti itu digantung pada April lalu kerana memprotes tindakan universiti mengosongkan asrama mereka di kediaman Ar-Razi, di sini.
Bagaimanapun, empat daripada pelajar terbabit sudah dibenarkan menyambung semula pengajian baru-baru ini, manakala seorang lagi masih dalam penggantungan.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad dan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Dr Abdul Aziz Bari meminta supaya pakatan pembangkang mengambil tindakan terhadap Azizan kerana mendakwa Menteri Besar itu menyokong kewujudan Auku, sedangkan manifesto Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga menjanjikan mereka akan menghapuskan akta
berkenaan.
Azizan berkata beliau bersetuju dengan Buku Jingga tetapi pelaksanaan Buku Jingga itu adalah selepas pakatan pembangkang membentuk kerajaan pusat.
"Ada yang boleh digunakan sekarang, ada yang tidak boleh. Setiap negeri ada masalah masing-masing. Ada yang sesuai yang dilaksanakan di Semenanjung tetapi tidak di Sabah dan Sarawak. Ada yang boleh di Kelantan tetapi tidak di Kedah.
"Bukan saya menentang. Buku Jingga tu bagus tetapi ada perkara kena tunggu suasana yang mengizinkan," katanya.
Mengenai kenyataan Abdul Hadi untuk tidak bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13), Azizan berkata sebagai ketua parti, Abdul Hadi perlu bertanding.
"Saya tak tau apa sebab (Abdul Hadi buat kenyataan itu) sedangkan dia masih mampu. Dia asas kepada parti dan tidak ada buat kesalahan apa pun. Malah kalau ikut kesihatan, dia lagi sihat daripada saya," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU-13, Azizan berkata semuanya bergantung kepada pucuk pimpinan parti. - Bernama
UMNO TERDESAK !!! Cyber Troppers UMNO ciplak laman web Buletin Online
Skuad BO menemui satu laman ciplakan www.buletinonline.net (BO) dengan menggunakan tema dan bentuk penampilan yang sama.
Laman yang beralamat www.buletinonines.net tersebut adalah laman fitnah yang memuatkan berita-beritadan gambar-gambar BO yang diputarbelitkan.
Sebagai contohnya poster ucapan Selamat tahun Baru Cina yang dipaparkan baru-baru ini dengan meletakkan gambar-gambar Pesuruhjaya dan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu telah di tukar kepada gambar Limkit Siang, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Gambar Mohamad Sabu telah diubahsuai pula dengan memakai topi yag tertera ‘tiga bintang’ merujuk kepada lambing parti komunis. Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia adalah satu kerja jahat yang cuba mengelirukan rakyat.
“Ini bermakna PAS Terengganu melalui laman rasminya buletinonline.net telah berjaya mengenengahkan isu-isu benar dan tepat tentang rakyat Terengganu, “sebab itu lawan kita merasa terdesak dan bertindak menciplak laman tersebut,”ujarnya ketika dihubungi sebentar tadi.
Beliau berkata, pihaknya sedag mengkaji tindakan yang akan dibuat bagi menghalang laman ciplak tersebut meneruskan operasi menyebarkan fitnah. Antaranya, kata beliau, membuat laporan polis dan aduan kepada pihak Suruhanjaya Multimedia.
Siasatan awal skuad BO mendapati, salah seorang yang terlibat dalam penciplakan laman BO adalah individu yang memakai nama 'keris warisan' dalam laman sosial facebook. ~ buletinonline.net
PRU 13!!! PAS yakin menang sekurang-kurangnya 5 Dun di Melaka
PAS memang dari awal lagi iaitu selepas PRU 12 telah meletakkan kelima-lima Dun tersebut sebagai Dun target yang paling berpotensi untuk dimenangi.
"Mungkin calon PAS bertanding di Dun Bandar Hilir atau Kesidang, manakala DAP bertanding di Bukit Baru atau Telok Mas, semua itu boleh dilakukan demi kelangsungan perjuangan menumbangkan kezaliman BN di Melaka".
"PKR boleh bertanding di Dun Duyong dan Ayer Keroh, DAP boleh bertanding di Paya Rumput dan Machap, ini semua ada kemungkinan, kita dalam PR bekerja dalam satu pasukan, yang penting PR menang bukan macam BN, MCA, Gerakan dan MIC serta Umno berebut kerusi" kata beliau.Mutaligat
NAK TAHU!!! Siapa taja Hasan Ali ?
Orang yang mengutuk dan menghentam PAS sudah tentu akan dijadikan kawan baik oleh Umno/BN selagi suaranya laku. Biasanya tidak lama tak sampai setahun pun, selepas itu senyaplah. Itulah yang berlaku kepada Noor Deris, Mustafa Taib, Nakhaie Ahmad, Ghazali Ahmad, Wan Ismail dan lain-lain.
Selepas diarak ke sana ke mari mereka dihumban dan diketepikan macam tikar buruk oleh Umno. Hassan Ali akan mengalami nasib yang sama., tidak lama lagi Umno akan menyisihkan beliau apabila suara dan ceramahnya tidak lagi mahu didengar orang. Sekarang inipun yang datang ceramah beliau adalah penyokong Umno sahaja. Itulah yang menyebabkan Hassan Ali seronok. Perasan orang ramai sokong dia....
Orang yang lawan PAS sudah tentu Umno suka, orang yang kutuk PAS sudah tentu Umno akan bantu sebab Umno tahu sedikit sebanyak Umno dapat untung.......keluar TV seluruh rakyat dengar, kutukan dan fitnah itu Umno rasa akan menyebabkan sokongan kepada PAS kurang dan sokongan pada Umno bertambah. Hakikatnya tidak semudah itu. Rakyat terutama orang PAS sudah matang. Mereka kenal siapa Hassan Ali, mereka kenal Hassan Ali masuk PAS bila dan adakah Hassan Ali merasa susah ketika masuk PAS dahulu.......masuk PAS terus jadi AJK PAS dan jadi Wakil Rakyat dua sekali Adun dan Ahli Parlimen (PRU 1999)...Semua orang PAS tahu....
Bila serang PAS Umno suka.......jadi agaknya siapa yang sponsor Hassan Ali.....liputan media sudah tentu Umno/BN sponsor sebab media mereka pegang.....duit dan belanja ke sana ke mari, kumpul orang, sistem siaraya, khemah, poster, iklan kerusi dan sebagainya siapa sponsor....Tuan Jawab Sendiri la?????Mutaligat
TEMBAK REMAJA!!! Anggota Polis dihukum penjara 6 bulan
Majistret Nor Azlina Hashim membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dan mendapati tiada alasan yang sah bagi tertuduh, Konstabel Mohd Hakimi Shamsul melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri Aziz.
Nor Azlina bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman tersebut ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menaikkan jaminan daripada RM3,000 kepada RM8,000 dengan seorang penjamin ke atas tertuduh.
Mohd Hakimi, 21, dituduh melepaskan tembakan terhadap Mohd Azizi Azri, 20, tanpa apa-apa alasan yang sah sehingga mendatangkan kecederaan kepada mangsa, di Jalan Jelebu menghala ke Pantai dekat sini pada 3 petang, 8 Mei 2010.
Dia dituduh mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000 atau kedua-duanya.
Menurut keterangan kes, insiden dikatakan bermula di depan sebuah pusat beli belah di Jalan Datuk Siamang Gagap, dekat sini, apabila kereta peronda dinaiki dua anggota polis termasuk Mohd Hakimi mengejar sekumpulan penunggang motosikal termasuk Mohd Azizi Azri.
Mangsa dikejar
Kumpulan penunggang motosikal itu kemudian berpecah dan motosikal ditunggang Mohd Hakimi dikejar kereta peronda polis tersebut beberapa kilometer sehingga ke lokasi kejadian.
Polis kemudian melepaskan beberapa tembakan amaran, namun satu das tembakan dari senjata milik Mohd Hakimi dipercayai terkena perut Mohd Azizi Azri yang kemudiannya ditahan.
Terdahulu, peguam yang mewakili Mohd Hakimi, Param Sundram memohon mahkamah mengenakan hukuman denda memandangkan ia kesalahan pertama selain tertuduh masih muda dan baru memulakan tugasnya sebagai anggota polis ketika kejadian.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin pula memohon mahkamah mengenakan hukuman yang setimpal kerana tertuduh tidak mempunyai alasan yang sah untuk melepaskan tembakan itu hanya semata-mata hendak memberhentikan mangsa yang cuba lari.
Katanya, sebagai anggota polis, tertuduh sepatutnya menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk memberhentikan mangsa dengan cara lain dan bukannya dengan melepaskan tembakan apatah lagi tertuduh tidak diancam oleh mangsa. – Bernama
HASAN ALI TIMBALAN PENGERUSI MAIS!!!! Daripada dok ceramah fitnah PAS, lebih baik selesaikan masalah harta wakaf Dr Kamarul Zaman
Katanya, alasan yang diberikan oleh (MAIS) bahawa rumah 26 unit yang diwakafkan tidak selamat diduduki dan tidak menepati spesifikasi Pihak Berkuasa Tempatan disangkal sekeras-kerasnya oleh beliau.
Dr Kamarol ketika dihubungi TVSelangor menyifatkan bahawa alasan yang diberi MAIS sekadar melepas batok ditangga bagi menutup kekhilafan mereka.
"Saya menyangkal 100 peratus apa yang dikatakan MAIS itu. Sewaktu diwakafkan, rumah-rumah itu sempurna dengan api, air dan sisem perparitan yang elok untuk kemudahan penghuninya.
'Kalau tidak memenuhi spefikasi masakan letrik, air dan saluran pembentungan disalurkan.
"Kalau mereka mendakwa saya tidak menepati spesifikasi yang ditetapkan, tidak selamat, saya mencabar mereka untuk bersemuka dengan saya kerana saya mempunyai bukti bahawa ianya bukan seperti didakwa mereka," ujar doktor yang berusia 54 tahun ini.
Sementara itu, alasan bahawa barangan seperti pintu, grill, kipas, tangki air dan lain-lain dibuka dan disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kecurian, Dr Kamarol mengatakan bahawa kenyataan itu 'kelakar'.
"Bukan saya sahaja, malah orang ramai ada juga bertemu saya memberitahu bahawa alasan yang diberi itu bodoh," kata Dr. Kamarol.
Menurut doktor itu lagi, apa yang beliau cuba pertahankan bukan sekadar rumah-rumah yang diwakafkan tapi persoalan agama yang cuba diperkotak-katikkan badan yang sepatutnya menjalankan amanah sesama umat.
"Mereka ini mempermain-mainkan amanah yang diberi sewenang-wenangnya mengikut tekak mereka tanpa memperdulikan nilai-nilai yang seharusnya diangkat oleh mereka.
"Hari-hari saya menangis mengenangkan usaha dari titik peluh saya ini, yang suatu masa dulu menjadi nadi saya, harapan saya berbakti pada mereka yang memerlukan dipersiakan begitu sahaja.
Lebih sayu ia diperlekehkan oleh mereka yang merupakan saudara sesama Islam saya," jelas beliau.
VIDEO DEBAT RAFIZI VS KHAIRY!!! Rafizi 1 , Khairy 0
Amat merugikan apabila rakyat Malaysia di rumah terlepas di dalam program perbahasan yang meriah, merangsang dan menarik ini kerana ia adalah wacana intelektual untuk semua. Tiada maki hamun. Tiada panggilan gelaran-gelaran atipikal yang biasa kedengaran di parlimen Dewan Rakyat.
Perdebatan meriah antara Khairy dan Rafizi, menjadi inspirasi kepada Malaysia agar perdebatan seperti ini perlu direplikasikan di Malaysia.
Kedua-dua mereka adalah produk-produk Universiti Inggeris dan kesopanan yang mereka tunjukkan, dihadapan orang ramai yang bersemangat terhadap mereka, telah membuktikan kepada barisan lama di dalam Umno bahawa perdebatan awam adalah sihat dan tidak perlu ditakuti. Walaupun ia tidak sehingga taraf Mitt Romney dan Newt Gingrich, bagi Malaysia, ia adalah percubaan pertama yang sangat cemerlang.
Kedua-dua mereka menyampaikan hujah-hujah mereka pada sebuah majlis pertama tahun 2012 yang dianjurkan oleh United Kingdom dan Eire Majlis Pelajar Malaysia. Topik mereka adalah 'Dasar Awam: Wawasan 2020 - Malaysia bergerak ke arah yang betul?.
Ia bukanlah perbahasan yang Rafizi mahu. Cadangan beliau untuk membincangkan kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Permintaan pertama tidak rasmi kepada Khairy, melalui media pada 14 Nov, diikuti oleh jemputan rasmi seminggu kemudian. Semuanya tidak dilayan jadi acara di London ini adalah alternatif.
Pelajar telah mengorbankan hari Ahad mereka untuk mendengar penceramah lain seperti, Rafidah Aziz, Marina Mahathir, Pang Khee Teik, Yunis Raiss, Karim Raslan, Zainah Anwar, Dr Dzulkefly Ahmad dan Dr Carool Kersten.
Tanpa ragu-ragu bintang-tarikan mereka ialah pada segmen 'Khairy dan Rafizi'. Kehadiran adalah rendah pada waktu pagi tetapi oleh masa sesi mereka dewan persidangan menjadi penuh dan melimpah ke bilik bersebelahan.
Perwataan pendebat berbeza bagaikan langit dan bumi. Khairy yang tampil dengan gaya gung-ho kelihatan pintar dengan sut kemas bagaikan gaya seorang usahawan. Tinggi dan gelap, beliau sangat berbeza berbanding Rafizi yang mengambil sikap mesra dan bertolak ansur, dengan pakaian berwarna biru muda, warna Keadilan, seakan menghantar mesej bawah sedar yang halus.
Jika Khairy kelihatan seolah-olah seperti 'Aksi Figura', Rafizi (kanan) menyampaikan imej beliau seseorang yang teratur dan teliti, menunjukkan latar belakang mereka yang berbeza.
Jika Khairy kelihatan seperti dia akan menakluk orang ramai, Rafizi dalam pakaian kasual itu pintar, kelihatan lebih terjamin dan mudah didekati, memaparkan bukan sikap acuh tak acuh dan tidak berpura-pura.
Ramai yang biasa dengan ceramah Khairy sebelum ini berpendapat bahawa dia mungkin akan menjadi pemidato yang lebih baik dalam kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris, dan merasa ragu-ragu jika Rafizi dapat menandingi kemahiran berdebat pemimpin Pemuda Umno ini.
Mereka terbukti salah.
Bercakap dari hati
Sepanjang perdebatan itu, Khairy gagal untuk mendapat apa-apa kelebihan berbanding Rafizi. Khairy kelihatan cuba terlalu keras. Dia mungkin menjangka isu kejatuhan Shahrizat Abdul Jalil akan disebut dan tidak langsung menyangka apabila Rafizi mengabaikan isu-isu seperti NFC itu.
Rafizi meraih kesan awal dengan mengakui peranan yang dimainkan oleh bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamed, yang dia kreditkan dengan memberikan negara arah tuju. Rafizi ringkaskan keadaan ekonomi dan berkata bahawa jika Wawasan 2020 dapat dicapai, sasaran yang ditetapkan untuk kadar pertumbuhan ekonomi tahunan telah dikekalkan sejak tahun 1990, tetapi ini tidak mapan. Selain itu, sasaran ekonomi telah terkeluar.
Hujah Rafizi ditambah lagi dengan fakta-fakta yang mudah diperolehi daripada rakyat-rakyat yang hidup di jalanan. Beliau turut bercakap tentang jurang perbezaan kekayaan, dan 40 peratus daripada penduduk negara ini berpendapatan bulanan sebanyak RM1,500 atau kurang, kebanyakannya bumiputera .
Beliau membezakan ini dengan orang-orang kaya di atas masyarakat yang terdiri daripada sebahagian kecil masyarakat. Beliau mengaitkan fakta-fakta ini dengan kemarahan rakyat.
Khairy yang gagal menolak penilaian ekonomi Rafizi ini mula menghujani orang ramai dengan angka-angka dan akronim seperti ETP, FDI, Indeks Pembangunan Manusia dan krisis kewangan Asia.
Adakah ini disengajakan?. Adakah niatnya untuk mengelirukan atau dia sekadar tersilap?. Terdapat terlalu banyak untuk diserap dalam satu hujah. Ia adalah sukar untuk disahkan dan sukar untuk dikaitan dengan pergelutan purata rakyat Malaysia.
Sambil mengakui bahawa beliau bercakap dari hati, hujah-hujah Rafizi hadir dalam bentuk yang mudah dihadamkan manakala penggunaan statistik Khairy telah membutakan kami dengan sains dan menjadikan dia seolah-olah kaku seperti kayu yang hanya membaca mengikut skrip.
Pemimpin Pemuda Umno berulang kali mencabar Rafizi soal perpaduan dalam Pakatan Rakyat dan berjenaka: "Berapa kukuhkah perpaduan di dalam PR?"
Mengambil isu di Kedah, Khairy menyerang pendirian Menteri Besar yang menggunakan Akta Universiti dan dan Kolej Universiti (AUKU) terhadap pelajar dan tidak konsisten dalam janji Pakatan.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak juga yang diakuinya. Khairy memuji beberapa langkah Buku Jingga, dan bersetuju dengan pembangkang di atas keperluan perisytiharan aset.
Khairy turut mengakui dakwaan Rafizi bahawa rakyat Malaysia sentiasa berjaya untuk kembali pada masa kesusahan hanya kerana daya tahan mereka. Perdebatan Rafizi: "... kita perlu yakin kepada masyarakat ...." Dan parti-parti politik mesti "terlibat dengan rakyat".
Khairy menegaskan bahawa telah ada suara reformasi dalam Umno. Beliau tidak bersetuju dengan "satu aliran" yang dilakukan oleh sekolah-sekolah kita, Perkasa dan Ibrahim Ali.
Rafizi menyampaikan kekuatan perpaduan Pakatan secara bertulis berdasarkan perlembagaan. Tidak seperti BN, yang hanya boleh mengurus senarai yang longgar bercampur dengan pencapaian yang dibina di atas 50 tahun pembangunan negara, dan bukannya perlembagaan.
Khairy mempertahankan kerajaan dan menampilkan pembaharuan Najib, pemansuhan ISA, pindaan yang dicadangkan kepada AUKU, masyarakat liberal di Malaysia dan hakikat bahawa parti itu komited untuk pilihanraya yang bebas dan adil.
Khairy memainkan kekuatan politik tetapi Rafizi mempunyai kelebihan berbanding Khairy. Sekurang-kurangnya dua kali semasa perdebatan, Rafizi memuji populariti Khairy, terutamanya di kalangan pelajar yang ramai di antara mereka ialah ahli-ahli Kelab Umno. Pada satu ketika dia menggelar Khairy "aset negara". Walau bagaimanapun, beliau menambah, populariti Khairy ini tidak dapat diterjemahkan dalam mempengaruhi Kabinet atau Perdana Menteri.
Rafizi berharap Khairy akan menjadi Menteri Dalam Negeri dan kemudian mengusik beliau mengenai kemungkinan menjadi Menteri Pelajaran untuk membantu menekan pelbagai pembaharuan yang beliau sebutkan. Pada satu ketika, beliau juga cuba untuk menarik pemimpin Pemuda Umno untuk mempertimbangkan untuk menyertai pembangkang, kerana persamaan dan pandangan yang dikongsi.
Seorang pemerhati politik berkata: "Rafizi menang bergaya dan hebat. Khairy telah dihapuskan ".
Seseorang pelajar berkata, "Rafizi 1, Khairy 0."
JAWAB UMNO PENANG!!! Tolong tunjuk 22 keluarga miskin yang dibantu dengan peruntukan RM 1.1 Juta
Ketika Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengagihkan wang ehsan RM100 buat warga emas yang menjadi pengundi di negeri ini dulu, ada beberapa pemimpin UMNO yang telah menjalankan gerakan mengutip semula wang tersebut kerana menurut mereka wang tersebut adalah datangnya dari hasil judi..
Dalam gerakan mengutip tersebut mereka memperbodohkan ramai warga emas hinggakan dalam media tunggangan mereka iaitu TV3 ada ditunjukkan beberapa orang warga emas yang menangis kerana mengenangkan dosa yang ditanggung mereka akibat menggunakan wang tersebut.
Tindakan mereka itu telah menyebabkan Dr. Asri berkata “Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.
Antara pemimpin-pemimpin UMNO yang telah mengumpulkan wang dari warga emas itu ialah.. Datuk Azhar telah mengumpulkan RM4000.00, Datuk Abdul Rahim Saibu pula RM7000.00 dan Datuk Musa Sheikh Fadzir pula RM4700.00..
Sehingga kini mereka dari UMNO ini masih belum menyerahkan wang ehsan yang dikutip dari warga emas yang diperdayakan mereka kepada kerajaan negeri Pulau Pinang secara rasmi..
Itu pasal wang ehsan RM100 yang disumbangkan oleh kerajaan negeri untuk warga emas Pulau Pinang. Segala laporan dan artikel berkaitan boleh dibaca di SINI.
Ini pula pasal RM1.1 Juta untuk 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang yang dah hilang…
Pada sekitar tahun 2009, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya iaitu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Guan Eng gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.
Datuk Zainal Abidin Osman berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.
Jika niat mereka itu ikhlas apa salahnya.. bantulah mereka-mereka itu..
Tetapi yang menjadi persoalannya disini ialah setelah hampir tiga tahun.. 22 keluarga miskin tegar itu tetap miskin tegar..
Jadi kemana menghilangnya RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang tersebut?
RM100 hangpa songlap.. RM1.1Juta pun hangpa nak songlap ka???
*******************************************
ASD
UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana peruntukan sebanyak RM1.1 juta
UMNO Pulau Pinang perlu menjawab ke mana hilangnya peruntukan sebanyak RM 1.1 juta yang diperuntukkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah kepada 22 keluarga miskin tegar Pulau Pinang. Dengan kata lain, adakah benar setiap keluarga menerima RM50, 000?
Penasihat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLKW) merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman telah membuat kenyataan yang disiarkan dalam laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Februari 2009 bahawa kementeriannya sedia mengambil alih masalah kemiskinan tegar berikutan kegagalan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan saya gagal menunaikan janji membasmi miskin tegar di negeri Pulau Pinang.
Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan membantu keluarga berkenaan menerusi Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SPKR) yang memperuntukkan dana RM1.1 juta untuk membantu 22 keluarga terbabit.
EXCO Kesihatan, Kebajikan & Masyarakat Penyayang Negeri Pulau Pinang YB Phee Boon Poh telah menulis surat kepada Zainal pada 7 April dan 12 Mei tahun 2009 untuk mendapatkan maklumat 22 keluarga tersebut serta memohon status program- program khas yang dirancang tetapi tiada maklumbalas diterima. Malangnya tidak ada jawapan daripada Zainal Abidin ataupun maklumat tentang 22 keluarga miskin tegar mana yang menerima RM50, 000 setiap keluarga?
Sehubungan itu, laporan polis telah dibuat pada 31 Julai 2009 oleh YB Phee bagi membolehkan satu siasatan dilakukan untuk mengetahui ke mana perginya RM1.1 juta yang sepatutnya disalurkan kepada keluarga berkenaan.
Selepas 3 tahun, demi memastikan wang kebajikan sampai ke tangan keluarga miskin adalah dikesali, Datuk Zainal Abidin Osman tidak berani memberi jawapan macam mana dan kepada siapa peruntukan tersebut telah disalurkan. Dan mengapa hanya 22 buah keluarga ini sahaja yang boleh menerima RM50, 000 setiap keluarga dan bukan keluarga miskin tegar yang lain.
Sejak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang memperkenalkan Dasar Pembasmian Kemiskinan Tegar pada Mac 2009 sehingga Disember 2011, sebanyak RM6.32 juta telah disalurkan kepada lebih kurang 700 buah keluarga setiap bulan. Ini sekaligus menghapuskan miskin tegar di Pulau Pinang, negeri pertama yang berjaya buat begitu di Pulau Pinang. Kini, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menambah wang pendapatan bulanan kepada minima RM600 sebulan untuk setiap keluarga. Dengan kata lain, Kerajaan Negeri akan menambah wang atau 'top- up' sehingga RM600 sebulan untuk keluarga yang menerima wang pendapatan kurang daripada RM600. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang untuk membasmi kemiskinan menjelang 2015.
Ingin ditegaskan di sini bahawa Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang akan meneruskan semua program kebajikan yang dilaksanakan dan akan menyalurkan lebihan belanjawan yang diperolehi untuk dikongsi bersama rakyat selaras dengan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus).
Saya mencabar Zainal Abidin untuk menyenaraikan 22 keluarga miskin tegar tersebut. Adakah RM1.1 juta telah masuk dalam poket pihak- pihak tertentu? UMNO dan Kerajaan Persekutuan perlu bertanggungjawab dan tampil memberi penjelasan bagi mengelakkan keraguan kepada semua pihak.
LIM GUAN ENG
*Dipetik dari Ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, Sempena Majlis Makan Malam Silver Jubilee Home,Bertempat Di Dewan Silver Jubilee Home pada 31 Januari 2012*
TUDUH ANWAR!!! Hakikatnya , Mahathir berkawan dengan Yahudi sejak di universiti
Pada 30 Januari 2012 yang lalu, BERNAMA telah melaporkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad beliau kecewa tetapi tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.
Ini kerana menurut Tun, Datuk Seri Anwar Ibrahim sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.
"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.
Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat – laporan penuh sila baca di SINI
Kurang pasti pula aku ‘Anwar hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dulu lagi’ yang dimaksudkan oleh Tun itu sejak bila agaknya.. boleh jadi sejak Anwar dilahirkan kot..
Jika Anwar mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi sejak beliau dilahirkan barulah Tun boleh mengatakan Anwar sudah lama ada hubungan rapat dengan pemimpin Yahudi..
Yalah.. Tun dikatakan pernah berkawan dengan Yahudi sejak di Universiti lagi.. jadi kalau Anwar dah berkawan dengan Pemimpin Yahudi sejak dari dilahirkan barulah boleh dikatakan Anwar dah lama berkawan dengan Yahudi oleh Tun..
Menurut apa yang pernah disiarkan oleh The Australian Jewish News pada 17 Julai 2009, Tun Mahathir dikatakan bersahabat dengan seorang Yahudi Singapore bernama Yahya Cohen.
Yahya Cohen yang kemudiannya menjadi Pengerusi Persatuan Perubatan Singapura adalah rakan sekelas Dr Mahathir sewaktu beliau belajar di Universiti Malaya di Singapore.
Dan dalam artikel yang berjudul ‘Life in Jewish Malaysia’ itu Tun Mahathir juga dilaporkan sering berutus surat dengan Yitzak Rabin, bekas Perdana Menteri Israel.
Malah Tun juga didakwa pernah mengajurkan lawatan sambil belajar bagi kanak-kanak Yahudi dari Israel untuk bertemu kanak-kanak Islam di Malaysia.
Selain itu Tun juga dilaporkan telah membawa masuk seorang intellek Yahudi tersohor ke Malaysia untuk satu lawatan rasmi..
Betul ke nih Tun?.. Bertanya tak salahkannnn?
Info dari : TulangBesi @ Malaysia Waves
Artikel yang dimaksudkan iaitu ‘Life in Jewish Malaysia’ boleh dibaca di SINI
RUPANYA!!!Ro$mah tolong shopping untuk Raja Rezza Shah
DPPM menganggap jawapan yang diberikan oleh Raja Rezza Shah adalah jawapan lucu dan pelik. Beliau turut mengakui mengikuti rombongan Perdana Menteri dan isterinya ke Australia dalam kenyataannya itu. Persoalannya, bagaimana Raja Rezza Shah mendapat suatu keistimewaan boleh bersama-sama rombongan Perdana Menteri dan isteri ke Australia dalam suatu urusan kerajaan. Apa kelebihan beliau kepada Perdana Menteri sehingga beliau turut diundang bersama dalam rombongan tersebut?
Persoalan kedua, bagaimana Datin Seri Rosmah boleh ‘menolong’ membeli 61 helai pakaian bagi pihak Raja Rezza Shah untuk stok kedainya di London. Seolah-olah Datin Seri Rosmah menjadi ‘budak suruhan’ Raja Rezza Shah untuk membeli pakaian di butiknya. Begitu hebatnya beliau sehingga boleh ‘mengarah’ atau ‘meminta tolong’ Datin Seri Rosmah membeli 61 helai pakaian untuk stok di kedainya?
Jika beliau menyatakan pembelian tersebut adalah untuk stok butik kedainya di London, ini menunjukkan beliau menggunakan kepentingan peribadi melalui kabel politik pemimpin besar negara. Bagi DPPM, beliau tidak sepatutnya dibenarkan mengiringi rombongan PM dan isteri ke Australia kerana tujuan lawatan itu adalah kerana urusan rasmi kerajaan, sementara beliau menggunakan kesempatan rombongan ini untuk meraih kepentingan peribadi.
Selain itu, Datin Seri Rosmah Mansor berkali-kali menafikan membuat pembelian tersebut dan menganggap ia sebuah fitnah yang direka-reka. Sedangkan penjelasan Raja Rezza Shah mengesahkan pembelian 61 helia pakaian itu benar-benar dibuat. Mengapa Datin Seri Rosmah Mansor tidak mengakui lebih awal atau terus meminta Raja Rezza Shah menjawab bagi pihaknya? Sudah hampir dua minggu tohmahan itu berlegar di kalangan rakyat, baru sekarang penjelasan diberikan.
Jawapan Raja Rezza Shah bukan meleraikan dakwaan ‘pemborosan wang di luar negara’ Datin Seri Rosmah Mansor, sebaliknya lebih menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah. Lebih banyak penjelasan dituntut dari isteri PM itu berhubung rombongan beliau itu.
Disediakan oleh;
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia