Monday, November 8, 2010

Kelantan bayar gaji ADUN dalam dinar

KOTA BHARU, 9 Nov. : Separuh daripada gaji ADUN Kelantan mungkin dibayar dalam bentuk dinar dan dirham, Dewan Undangan Negeri diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata pihaknya sedia untuk memanjangkan cadangan itu kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk diperhalusi.

"Kita cadang bawa perkara ini kepada pertimbangan kerajaan negeri dan juga Jabatan Perbendaharaan Negeri.


"Jika tiada apa halangan, kita mungkin akan melaksanakan separuh bayaran gaji kepada wakil rakyat dalam bentuk dinar dan dirham," katanya menjawab soalan Arifabillah Ibrahim (PAS-Dabong).


Beliau bagaimanapun berkata cadangan pembayaran separuh bayaran gaji dengan menggunakan dinar dan dirham bergantung kepada pilihan para Adun sendiri.


"Atas pilihan masing-masing, kita boleh bayar menggunakan mata wang itu kepada mereka yang setuju, tetapi bagi yang tidak setuju, kita boleh terus bayar dengan duit kertas," kata Husam.

- Bernama

Read more ...

Remaja menderita terima darah HIV








































KUALA LUMPUR , 9 Nov. :
Penderitaan seorang remaja yang dijangkiti virus HIV sejak 11 tahun lalu gara-gara kecuaian kakitangan Hospital Segamat, Johor semasa melakukan pemindahan darah ke atasnya berterusan setelah dia kini disahkan menghidap AIDS.


Remaja lelaki berusia 14 tahun itu dikesan menghidap AIDS sejak empat bulan lalu.


Dia dijangkiti virus HIV ketika mendapatkan rawatan di Hospital Segamat sewaktu diserang penyakit kuning ketika umurnya tiga tahun.


Pengerusi Biro Aduan Komuniti UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pemindahan darah tersebut dilakukan tanpa mendapat sebarang persetujuan daripada keluarga remaja itu.

"Pihak hospital mengakui kesilapan yang mereka lakukan dan memberi pampasan sebanyak RM100,000 bagi meringankan beban pesakit. Bagaimanapun, ia jumlah yang amat kecil dan dianggap tidak berpatutan dengan kesalahan yang mereka lakukan.

"Lebih malang, remaja itu sekarang hidup menderita apabila disahkan menghidap AIDS oleh pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana sel darah putihnya semakin berkurangan," katanya di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO di sini semalam.

Menurutnya, remaja tersebut kini terpaksa menjalani rawatan yang terperinci di HKL akibat implikasi penyakit berbahaya tersebut kerana terdapat jangkitan kuman pada limpanya.

Read more ...

Operasi Pejabat Agung PAS dibekukan 2 minggu




















KUALA LUMPUR, 9 Nov:
Operasi pentadbiran Pejabat Agung PAS yang terletak di tingkat satu bangunan pejabat milik parti itu di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur terpaksa dibekukan selama dua minggu sementara selesai kerja-kerja pembaikan yang dilakukan ekoran kebakaran 4 November lalu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali menjelaskan, kerja-kerja pembaikan yang dilakukan di tingkat tersebut telah pun bermula semalam, setelah pihaknya melihat dengan jelas kejadian yang berlaku dan mengadakan perbincangan dengan kontraktor terbabit.


“Kerosakan yang berlaku akibat kebakaran itu bukan major, tetapi kerja-kerja pembaikan mengambil masa agak lama sehingga paling kurang sehingga Raya Korban.


“Oleh itu, kakitangan Pejabat Agung PAS tidak diarahkan bekerja macam biasa. Mereka dikira bercuti dan on call jika ada keperluan-keperluan tertentu sepanjang tempoh pembaikan itu berlaku,” katanya pada sidang media dalaman di pejabat Harakah di sini, hari ini.


Menurut beliau, untuk urusan harian di Pejabat Agung, kakitangan tidak perlu datang ke pejabat macam biasa, tetapi tunggu maklumat baru yang akan dibuat oleh pihaknya apabila kerja-kerja pembaikan itu telah selesai dijalankan.


Sepanjang tempoh percutian itu, pihak-pihak yang ingin berurusan dengan kakitangan-kakitangan terbabit bagi menyelesaikan sebarang urusan boleh terus berhubung dengan individu berkenaan dengan menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Bagaimanapun, kata Mustafa
(gambar), mesyuarat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang dijadualkan 14 November ini di tingkat lima bangunan pejabat itu akan diteruskan seperti yang dijadualkan.

Menjelaskan tentang kebakaran di tingkat satu bangunan pejabat itu, beliau berkata, kebakaran tersebut berpunca dari kabel elektrik masuk, manakala kos kerugian pula masih belum dapat dipastikan.


Beliau juga menjelaskan, pihaknya tidak mengesyakki sebarang kegiatan sabotaj dari sebarang pihak dengan kejadian itu.


“Begitu juga dengan dakwaan kecuaian kakitangan, langsung tidak berbangkit,” jelas beliau.

Read more ...

Zaid tidak akan keluar PKR


























PETALING JAYA, 9 Nov:
Datuk Zaid Ibrahim menegaskan tetap setia bersama ahli PKR dan tidak akan meninggalkan parti yang disertai sejak lima bulan lalu itu.

Menurutnya, apa yang beliau mahu ialah PKR mesti dibersihkan dan perlunya ada tenaga atau pemimpin baru untuk menyegarkan parti.

Justeru, beliau menggesa Ketua Umum PKR dan Naib Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali supaya berundur daripada memimpin parti kerana didakwa menjadi punca terhadap permasalahan yang berlaku.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang meletakkan semua jawatan dalam PKR semalam menyatakan demikian pada sidang media di kediamannya di Tropicana, di sini, sebentar tadi.

Beliau turut memaklumkan mempunyai bukti terhadap apa yang didakwa berlaku penyelewengan di dalam Pemilihan PKR 2010.

Zaid yang mengumumkan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden parti semalam juga memberitahu mempunyai bahan bertulis dan bergambar berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, beliau turut menggesa Azmin agar menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden.

Hentikan pemilihan

Sementara itu, seorang lagi calon timbalan presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub memberikan masa 48 jam agar pemilihan parti itu dihentikan.

Bagi beliau, pemilihan kepimpinan pusat PKR yang sedang berlangsung sejak 28 Oktober 2010 mempunyai 162 aduan atas kepincangan yang akan menjejaskan integriti dan kredibiliti JPP.


"Hari ini saya dan teman-teman akan menyerahkan memorandum bagi mendesak pembatalan dan penjalanan semula pemilihan kepimpinan pusat 2010 kepada Presiden PKR dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).


"Antara lain dalam memorandum ini kami mempersoalkan tentang sistem dan perjalanan pemilihan secara telus yang diperkenalkan pada tahun ini amat jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh perwakilan yang meluluskan pindaan Perlembagaan parti dalam Kongres Khas pada bulan Jun 2009," kata beliau dalam satu kenyataan medianya.


Bagi beliau, kegagalan utama JPP ialah dalam mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil (clean, free and fair election). Integriti JPP amat dipersoalkan sehingga terdapat lebih 162 aduan yang diantara lain berkenaan tindakan-tindakan ahli-ahli JPP dan pengawas-pengawas pemilihan yang bertindak memihak, berat sebelah malah terlibat dalam penipuan undi.

"Kami juga mendesak supaya JPP mengisytiharkan pemberhentian Pemilihan 2010 dalam tempoh 48 jam dari masa penerimaan memorandum ini. Sekiranya tindakan pemberhentian Pemilihan tidak dilakukan dalam tempoh tersebut, kami akan mengambil tindakan yang lebih tegas demi mempertahankan prinsip keadilan.


"Saya percaya calon-calon yang bertanding memang bersedia untuk membuktikan parti kita sebagai parti yang bersih, integriti dan demokratik untuk semua rakyat Malaysia," kata beliau dalam kenyataan itu.

Read more ...

Tambah cawangan untuk menang PRU 13



















KUALA LUMPUR, 8 Nov. : Kekalahan PAS di Galas memerlukan parti itu memperbanyakkan cawangan aktif di kawasan, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Cawangan yang aktif, katanya penting bukan sahaja dalam usaha menyampaikan maklumat tepat, malah sebagai duta PAS mendampingi masyarakat.

"Pengajaran besar adalah kita perlu banyak cawangan bergerak.

"Saya harap PAS negeri banyakkan cawangan," katanya kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas faktor kekalahan PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas 4 November lalu.

Pada PRK itu Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamed mendapat 4,134 undi berbanding calon BN, Abdul Aziz Yusof 5,324 undi.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, kebanyakan PAS kalah adalah di kawasan pedalaman di mana parti itu tidak mempunyai cawangan yang aktif.

Sebaliknya, rakyat bandar dan pinggir bandar masih mengekalkan sokongan kepada PAS seperti PRU 2008 lalu.

"Trend rakyat bergantung kepada maklumat. Bila rakyat tidak dapat maklumat, kita sukar untuk menang," katanya lagi.

Faktor tersebut juga, ujarnya membezakan kenapa PAS mampu mengekalkan pemerintahan Kelantan namun tidak di Terengganu.

"Saya bangga PAS Kelantan mampu bertahan lebih 20 tahun walaupun dikepung segenap penjuru.

"Bezanya dengan Terengganu adalah kerana Kelantan mempunyai banyak cawangan yang bergerak," katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Selain maklumat tidak sampai, faktor besar kekalahan PAS, katanya adalah padang permainan tidak sama rata.

PAS, katanya bukan sahaja berdepan BN, malah berdepan kerajaan itu sendiri.

"Kita tak rasa hairan dengan keputusan itu, bahkan kita merasa hairan jika kita menang.

"Kita ada pengalaman, kita pernah kalah pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, tapi bila pilihan raya umum, kita menang.

"Pilihan raya kecil tidak boleh menjadi ukuran sebenar pilihan raya," katanya.

Beliau bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus menjayakan kempen PAS di Galas.

Beliau juga menolak pendapat sesetengah pihak yang mendakwa tsunami politik 2008 berhenti di Galas.

Menurutnya, arus perubahan khususnya di kalangan pengundi muda masih berlaku dan akan terus berlaku jika mereka mendapat akses maklumat.

"Kita lihat mereka yang berpendidikan tinggi, tidak suka kepada BN. Ini satu perkembangan yang baik," katanya.hrkh

Read more ...

PAS desak saman ekor dimansuhkan

KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mencadangkan kerajaan khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperbaiki sistem yang digunakan sekarang untuk mengenakan saman kepada pengguna jalan raya.

Salahuddin ketika mencelah dalam perbahasan di Dewan Rakyat petang tadi berkata, saman ekor yang dikenakan PDRM bersifat tidak adil dan perlu dimansuhkan segera.

Ini kerana katanya, terdapat banyak masalah yang timbul akibat saman yang dikenakan antaranya apabila bukan pemilik kenderaan itu sendiri yang menggunakannya ketika saman dikenakan.

"Menteri tadi secara terbuka mengakui memang ada kesilapan di peringkat pelaksanaan seperti mesin manual yang digunakan, dan seumpamanya tetapi pengguna jalan raya tetap menerima saman.

"Saya melihat saman ekor ini satu saman yang tidak adil. Apabila diberikan saman ini kepada mereka yang melakukan kesalahan itu secara umum, kadang-kadang bukan tuan kereta yang pandu. Orang pinjam kereta, tiba-tiba ada saman. Ini menimbulkan banyak masalah.

"Adakah Yang Berhormat tidak boleh mempertimbangkan bahawa apa yang penting saman ekor itu dihapuskan, diperbaiki sistem itu," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS.

Sementara itu, Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) menegaskan, saman ekor bercanggah dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak seseorang terhadap hartanya.

"Saman ekor bertentangan dengan perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu hak terhadap harta.

"Sekiranya seseorang itu disenarai hitamkan, dan Jabatan Pengangkutan Jalan enggan memperbaharui cukai jalan maka dia tidak boleh menggunakan keretanya.

"Jadi tidakkah ini melanggar prinsip perlembagaan," katanya.hrkh

Read more ...

Dulu kata haram, sekarang minta bagi setiap bulan

GEORGETOWN, 9 Nov: Adun Teluk Bahang, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi wang penghargaan warga emas sebanyak RM100 setiap bulan dan bukannya setahun sekali sepertimana yang dilaksanakan kini.

Adun Barisan Nasional (BN) itu juga menyatakan langkah tersebut adalah suatu perkara yang wajar dilaksanakan kerana warga emas sememangnya memerlukan bantuan dan perhatian.

"Apa salahnya sekiranya bantuan RM100 ini diberikan setiap bulan kepada warga emas yang memang benar-benar memerlukannya. Kerajaan negeri wajar memberi bantuan tersebut kepada warga emas yang memerlukan pembelaan sejajar dengan apa yang diwar-warkan selama ini," ujarnya mantan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain ketika dihubungi pula berkata, ini membuktikan Umno Pulau Pinang sememangnya tidak mempunyai pegangan dalam perjuangan mereka.

"Sepatutnya percakapan mereka sebagai pemimpin tidak harus berbelit-belit, sekejap kata wang penghargaan warga emas dari sumber yang haram ,kini kata wang itu patut diberikan setiap bulan pula.

"Mana satu yang mereka perjuangkan. Oleh kerana itu suka saya sarankan kepada kepimpinan Umno di Pulau Pinang supaya bermuhasabah diri sebelum membuat apa-apa tindakan yang akhirnya mencalitkan lumpur ke wajah mereka sendiri," ujarnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendakwa wang sumbangan warga emas itu dari sumber yang tidak halal.

Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim turut mendakwa menerima wang yang dipulangkan bagi kawasan Dun Penaga, kemudian diikuti pula oleh Umno Bayan Baru.

Rentetan itu, Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan, turut membuat dakwaan yang sama dengan menjalankan usaha mengutip wang yang didakwa dari warga emas untuk dipulangkan kembali kepada kerajaan negeri.hrkh

Read more ...

Kedah bantu mangsa banjir tanpa liputan media

KULIM, 9 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah turun padang untuk meninjau dan membantu mangsa banjir lebih awal dari apa yang didakwa oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional.

Demikian dinyatakan oleh Pegawai Khas Perhubungan Awam dan Politik Menteri Besar Kedah, Ustaz Hassan Razak semasa menyampaikan ceramah di Dewan Putra, Taman Putra, kelmarin.

Menurut beliau lagi apabila berlakunya musibah atau bencana seperti banjir di Kedah, kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada semua mangsa tanpa diskriminasi sepertimana yang didakwa oleh media arus perdana milik Umno dan BN.

"Bantuan awal disalurkan melalui pelbagai agensi negeri seperti Majlis Bandaraya Alor Setar, Pejabat Daerah Kubang Pasu dan Pokok Sena, Jabatan Kebajikan Negeri dan juga Kebawah Duli Sultan Kedah.

"Manakala badan politik yang menyalurkan sumbangan turut datang dari Lajnah Kebajikan PAS Kedah, Dewan Pemuda, PKR dan juga DAP. Bantuan sebanyak RM1.2 juta telah disalurkan bagi membantu mangsa banjir tanpa mengira kaum dan fahaman politik," tegasnya lagi.

Tambahnya, media arus perdana tidak bersikap adil dengan memberi laporan berat sebelah apabila sering menonjolkan kepimpinan BN semata-mata dengan meminggirkan kepimpinan kerajaan negeri yang turut turun padang menyalurkan bantuan dan sumbangan sehingga terpaksa meredah banjir sejak awal kejadian lagi.

Beliau yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kulim Bandar Baharu berkata, Umno di Kedah yang mengamalkan diskriminasi tanpa disedari oleh masyarakat.

"Sebagai bukti, saya nyatakan dalam permohonan bagi mendapatkan rumah mesra rakyat borang permohonan bagi mendapatkan rumah tersebut disediakan di pejabat Umno. Walaupun yang memohon itu adalah orang Melayu tanpa sijil ahli Umno maka ia akan didiskriminasikan.

"Begitu juga dengan permohonan pinjaman Tekun, mereka mendiskriminasikan orang Melayu yang bukan ahli Umno bagi mendapat pinjaman tersebut walaupun yang memohon itu adalah mereka yang layak dan memerlukan bantuan," ujarnya lagi. HRKH

Read more ...

Umno anjur karaoke di penempatan Orang Asli



KOTA BHARU, 8 Nov: Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini diberitahu Umno didakwa menganjur program tidak sihat di penempatan Orang Asal semasa kempen pilihan raya kecil Dun Galas baru-baru ini.

Wakil kerajaan negeri mendedahkan program terbabit iaitu disko dan karaoke yang diadakan di penempatan terbabit. Sedangkan kata anggota Exco, Abdul Fattah Mahmood kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam cuba mendekatkan penduduk di penempatan terbabit dengan kefahaman agama.

Malah satu sumber lain pula memberitahu ada pihak dipercayai didalangi Umno membawa minuman arak dan disaji kepada penduduk Orang Asal.

“Kita membawa ustaz untuk mengajar mengenai agama kepada Orang Asal di penempatan mereka. Namun dalam masa yang sama Umno menganjurkan karaoke dan disko.

”Ini menggambarkan di satu ketika kerajaan bimbang gejala sosial begitu parah sekarang, dan dalam masa yang sama menganjur pula program menjurus kepada keruntuhan akhlak,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Lutfi Wan Sulaiman (PAS-Kemuning).

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Galas, enam daerah mengundi membabitkan penduduk Orang Asal iaitu Lojing, Sungai Ber, Belatim, Balar, Bihai dan Hau dikawal ketat agensi kerajaan pusat diketuai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli.

Jabatan itu difahamkan turut dibantu pasukan tentera dan Rela serta beberapa agensi lain milik kerajaan pusat. Ketika menjawab soalan asal Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) Abdul Fattah berkata, kerajaan negeri telah menggubal beberapa enakmen bagi mengekang masalah sosial di negeri ini. Katanya, enakmen tersebut memberi kuasa bagi mencegah kegiatan maksiat berlaku di negeri ini.

”Ketika kerajaan negeri berusaha keras bagi menangani gejala maksiat, sebaliknya perdana menteri pula mencetus idea mewujudkan hub hiburan malam.

”Biar pun program itu dicadangkan dalam bajet yang dibentangkan perdana menteri bagi merangsang pertumbuhan ekonomi, namun kesan kepada keruntuhan gejala sosial akan menjadi lebih parah.

”Apa yang dcadangkan itu secara tidak langsung akan menghancurkan masa depan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa depan,” katanya.

Abdul Fattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ihsan, Belia, Sukan dan NGO berharap Datuk Seri Najib Razak mengkaji balik cadangan tersebut kerana impak negatif lebih besar. Malah katanya, ramai pelajar Malaysia yang berada di luar negara menyatakan bantahan terhadap cadangan perdana menteri mewujudkan hub hiburan malam. (AK)

Read more ...

Penduduk bantah pembinaan kilang simen


IPOH, 9 Nov. : Kira-kira 40 petani dan penduduk terus membantah cadangan membina sebuah kilang simen yang terletak bersebelahan Kampung Changkat Legong dan Kampung Changkat Tualang.

Wakil petani, Chai Ming Yai, 39, berkata, kawasan pembinaan kilang berkenaan terlalu hampir dengan kediaman penduduk selain menyebabkan petani bakal kehilangan punca pendapatan dan mampu mencemarkan sungai berhampiran.


Menurutnya, pihaknya sudah mati akal memikirkan perkara itu malah tidak tahu ke mana arah tujuan jika mereka dihalau keluar dari kawasan berkenaan.


“Kami difahamkan pihak berkenaan tetap meneruskan agenda untuk membina kilang simen.


“Kami petani di sini bukanlah dari kalangan orang yang berada dan diharap keprihatinan Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah ini, bukannya menambah beban rakyat apatah lagi memperjudikan nasib petani serta penduduk,” katanya kepada Sinar Harian.


Penternak, Mohd Ariffin Tahrin, 53, berkata, dia kecewa apabila mengenangkan tanah itu yang diteroka lebih 30 tahun bersama rakannya kini seolah-olah lenyap di depan mata.


“Agensi dan jabatan kerajaan sering menyatakan kepada pengusaha agar membangunkan dulu kawasan dan apabila sudah stabil, baru lakukan permohonan milikan tanah, namun apa gunanya jika sudah diteroka tetapi akhirnya orang lain yang mendapat manfaat.


“Perkara ini ibarat kita menanam tebu dan setelah tebu yang ditanam sudah boleh dituai datang orang yang tidak dikenali mengambil segala hasil, setidak-tidaknya tinggalkanlah sedikit untuk kami,” katanya.


Chai Fu Teck, 52, berkata, pihaknya hairan bagaimana kawasan berkenaan diluluskan untuk dijadikan kilang simen apatah lagi ia berhampiran dengan kawasan perumahan selain dikenali dengan tempat pertanian.


“Selama ini kami turut menyumbang kepada sosioekonomi masyarakat di Perak dan dapatlah kiranya Kerajaan Negeri membuka ruang bagi petani untuk mendapatkan hak milik tanah memandangkan kami sudah lama mengusahakan tanah ini.


“Saya sama sekali membantah pembinaan kilang simen ini kerana ia tidak membawa manfaat atau keuntungan kepada penduduk dan hanya menyebabkan kerosakan alam sekitar,” katanya.:


Bagi Thye Thin Thoon, 67, tindakan membina kilang simen bukan sahaja dilihat tidak memikirkan masalah penduduk malah dia mendakwa memberi tekanan kepada petani mencari rezeki.


“Kami sudah lama bertapak di sini lebih 30 tahun lalu dan sepanjang itu juga kami bertani demi menyara keluarga, namun ia seperti tidak diendahkan oleh Kerajaan Negeri malah walaupun sudah di bantah.


“Lebih mendukacitakan, pampasan yang ditawarkan sebelum ini tidak seberapa seolah-olah memandang kami sebelah mata tanpa menilai dan mengkaji secara menyeluruh serta kesannya kepada kami,” katanya.


Bagi seorang penduduk, Shasani Tan, 56, jika beroperasi kelak, sudah pasti debu daripada kilang itu berterbangan masuk ke kediaman penduduk dan mengganggu kesihatan mereka.


"Penyakit seperti batuk, selesema, sakit tekak, gatal mata dan sebagainya pasti menghantui kami terutama anak kecil.


“Kehidupan kami tidak lagi aman seperti sekarang sekiranya pembinaan ini diteruskan dan kami bukan bermaksud menolak pembangunan tetapi ia perlulah memikirkan segala aspek berkaitan masyarakat serta ekosistem alam,” katanya.


Katanya, apabila kilang itu beroperasi, penduduk akan menanggung kerugian besar kerana debu kilang akan menyebabkan pokok kelapa sawit, getah, buah-buahan dan hidupan akuatik mati, jika para petani di sini berpindah bersebelahan kilang ini juga akan berhadapan masalah kejatuhan mutu hasil ladang.:


Runding bersama penduduk cari jalan penyelesaian


Sementara: itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Chang Lih Kang ketika ditemui mendakwa, pihaknya kecewa dengan sikap Kerajaan Negeri yang meluluskan kawasan itu untuk dijadikan kilang simen.

“Pembinaan kilang simen di kawasan ini bukan sahaja mampu menimbulkan masalah kesihatan, pencemaran alam malah pada masa sama menindas petani di sini.


“Saya hairan bagaimana pihak berkenaan tidak menghiraukan bantahan dan aduan penduduk sebelum ini yang membuat bantahan malah kita turut kecewa mengapa diluluskan tanah kepada individu yang sama sekali tidak mengusahakan kawasan berkenaan dan tidak pula memberikan kelulusan kepada petani asal,” katanya.


Katanya, apa yang penting pihaknya mengharapkan Kerajaan Negeri dapat berunding terutamanya dengan petani dan penduduk serta mendengar sendiri masalah yang dihadapi.


“Diharap kerajaan dapat duduk semeja dengan petani dan penduduk bagi membincangkan jalan penyelesaian yang berkesan terutamanya mereka yang terlibat apatah lagi apabila ada khabar angin projek akan dijalankan dalam masa terdekat.


“Petani mendakwa, pampasan yang diberikan tidak berpatutan dan saya lihat satu penyelesaian secara berperingkat perlu dilakukan segera bagi membela nasib petani termasuk penduduk,” katanya
SH

Read more ...

Tiada pegawai Kelantan rasuah sejak PAS memerintah

KOTA BHARU, 8 Nov: Sejak PAS menerajui Kelantan pada Oktober 1990 sehingga sekarang tidak ada pegawai kerajaan yang didapati terbabit dengan kesalahan rasuah.

Nombor sifar itu diberitahu Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob (gambar) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Pegawai terbabit dari golongan profesional dari gred N41 hingga N54.

Bagaimanapun menurutnya bilangan kakitangan sokongan dari gred N1 hingga 28 yang terbabit dengan kesalahan rasuah dicatat sebanyak 15 kes.

“Bagi kes jenayah pula hanya mencatat lima kes membabit pegawai profesional negeri sejak 1990 sehingga 2010.

“Manakala bagi kakitangan sokongan pula sebanyak 14 kes bagi kesalahan jenayah,” katanya menjawab soalan Zulkifli Mamat (PAS-Pulai Chondong).

Timbalan Menteri Besar berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada dasar Membangun Bersama Islam yang diterap kerajaan negeri kepada kakitangan awam sejak 1990 sehingga sekarang.

Katanya, dasar itu berjaya diselami dalam jiwa setiap kakitangan kerajaan negeri sehingga mengelakkan diri daripada kegiatan rasuah dan jenayah.

Menjawab soalan tambahan Mohamed Mustapha (PAS-Demit) katanya, buku panduan dasar Membangun Bersama Islam akan ditambah baik dari semasa ke semasa.

“Kita lakukan selaras dengan tuntutan agama,” katanya.hrkh

Read more ...

Memorandum kes orang hilang, mahu polis lebih agresif


KUALA LUMPUR, 9 Nov. : Dewan Pemuda PAS Pusat menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien di Parlimen semalam bagi mendesak pihak polis agar lebih agresif dalam menyelesaikan masalah kes orang hilang yang semakin membimbangkan di negara ini.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, memorandum yang dihantar bagi menyatakan komitmen dan kesungguhan DPPP berganding bahu bersama pihak berkuasa selain memberikan cadangan bagi mengatasi masalah tersebut.


Menurutnya, pihak polis digesa mewujudkan sebuah task force yang disertai oleh agensi kerajaan yang lain seperti Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Ikatan Relawan Masyarakat (Rela) termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik.

“Penubuhan task force sebagai satu komitmen bersama untuk terus menggerakkan usaha mencari orang yang masih lagi belum dijumpai.

“Ia juga sewajarnya dapat mewujudkan satu pelan bertindak bersama dalam tempoh masa tertentu bagi memastikan ia mencapai matlamat yang disasarkan secara efisien dan efektif,” katanyapada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.

Terdahulu, Hishammuddin mendedahkan di Dewan Rakyat sebanyak 35,473 kes kehilangan individu dilaporkan sejak 10 tahun lalu di mana daripada jumlah tersebut, 14,129 kes masih belum diselesaikan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberitahu Dewan Rakyat hanya 7,184 iaitu 56 peratus daripada 12,841 orang telah ditemui sepanjang 2005 hingga 2009.

Pihak polis pula melaporkan statistik jumlah keseluruhan orang yang hilang dari tahun 2007 hingga Mei 2010 adalah seramai 7,312 orang.

Seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih hilang.

Beliau berkata, kerajaan perlu menjalankan satu kajian komprehensif bagi mengenal pasti faktor dan motif kes kehilangan orang dikhuatiri terdapat kes penculikan, pembunuhan dan pemerdagangan orang yang aktif bergerak di negara ini.

“Berdasarkan penguatkuasaan undang-undang, kerajaan diharap dapat mengkaji semula beberapa peruntukan sekiranya ia melibatkan isu jenayah seperti penculikan dan pemerdagangan orang bagi memastikan hukuman setimpal dikenakan,” katanya.

Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS akan melancarkan kempen besar- besaran di seluruh negara bagi menyebarkan maklumat dan memberi kesedaran kepada rakyat bagi memperjuang isu ini.

“Selain kerjasama dengan pihak polis dan pihak berkaitan bagi memperkasa gerakan mengesan orang hilang, Pusat Aduan Rakyat akan ditubuhkan bagi memudahkan medium pengantara dan melicinkan sistem penyampaian maklumat,” katanya.SH

Read more ...

Insiden kuil libatkan SJKT, Pejabat Pendidikan Daerah


PUCHONG , 9 Nov. : Insiden kekecohan yang berlaku ketika operasi perobohan bangunan sementara di sebuah kuil di Taman Perindustrian Puchong yang dijalankan semalam berjaya dileraikan selepas kata sepakat diambil antara pihak kuil dan sekolah.

Difahamkan, pihak kuil membina bangunan sementara tanpa permit itu di atas kawasan tanah sekolah sejak lebih empat tahun lalu.


Sinar Harian dimaklumkan, pihak sekolah sudah beberapa kali menghantar surat kepada jawatankuasa kuil meminta mereka mengalihkan bangunan sementara itu namun tiada tindakan diambil pihak berkenaan.

Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Castlefield, Nagamuthu Periasamy berkata, tanah sekolah diceroboh pihak kuil dengan pembinaan tandas dan stor simpanan barang sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, sebelum ini jawatankuasa kuil bersetuju untuk mengembalikan tanah yang digunakan itu sekiranya pihak sekolah memerlukannya untuk apa-apa pembinaan.

“Baru-baru ini Kementerian Pelajaran memberikan peruntukan sebanyak RM500,000 untuk membina tadika di lokasi itu.

“Kita sudah berhubung dengan pihak kuil memaklumkan hal itu dan sekali lagi meminta mereka mengalihkan bangunan sementara itu ke tempat lain kerana ia bakal digunakan untuk tujuan pembinaan tadika,” katanya yang memaklumkan peruntukan sudah diperoleh sejak enam bulan lalu.

Menurutnya, pada 15 Oktober lalu ketika mahu menyerahkan tapak kepada pihak kontraktor jawatankuasa kuil melarang pekerja masuk ke kawasan itu.

“Bukannya pihak kuil tidak tahu, sekolah sudah beri surat, Pejabat Pendidikan Daerah juga sudah mengeluarkan surat mengenai pembinaan tadika itu kepada mereka.

“Tetapi mereka masih berdegil dan enggan merobohkan bangunan sementara itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Nagamuthu berkata, selepas berhubung dengan polis, pihaknya kemudian mengambil keputusan merujuk perkara itu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

“Majlis menampal notis perobohan pada 26 Oktober namun pihak kuil tetap tidak mengambil peduli hal itu sehinggalah operasi dijalankan hari ini.

“Hari ini (semalam) mereka meminta tempoh setahun lagi supaya bangunan itu dapat dikekalkan di situ. Apa pun kami tidak dapat membiarkan ia berlaku kerana bimbang geran diberi kerajaan akan diambil balik sekiranya masalah tanah ini tidak diselesaikan segera,” katanya.

Menurutnya, atas perbincangan dilakukan bersama Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, T Mohan, Ketua MIC Bahagian Puchong, A Sakthivel dan Ahli Majlis MPSJ, Michael Tamilarason, pihak kuil bersetuju memindahkan bangunan itu di satu kawasan lain berdekatan pusat ibadat itu.

“Saya sudah memberi jaminan bahawa kos itu ditanggung LPS namun apa yang kami mahu binaan sementara di lokasi lama dirobohkan untuk memberi laluan pembinaan tadika,” katanya.

Sementara itu, wakil MPSJ yang ditemui berkata, pihak berkenaan perlu menghantar cadangan permohonan binaan sementara itu kepada majlis sebelum apa-apa keputusan dibuat berikutan ia bakal dibina atas tanah kerajaan.SH

Read more ...

Tindakan pukul ADUN melampau patut dikutuk


SABAK BERNAM, 9 Nov. : Jawatankuasa kampung, ahli majlis serta penyokong dan ahli Pakatan Rakyat (PR) mengadakan perhimpunan bagi menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang bertindak mencederakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan beberapa orang kanannya sewaktu kunjungan mereka ke Kampung Sempadan Kunci Air Buang, Khamis lalu.

Timbalan Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, Rojikin Sarbini berkata, perhimpunan yang disertai hampir 200 orang itu bagi menyuarakan kekesalan terhadap tindakan yang dianggap melampau dilakukan kepada seorang wakil rakyat.


“Kita tidak mahu perkara seumpama ini berlaku lagi. Dalam sebuah negara yang demokrasi dan mengamalkan politik matang, kejadian seperti itu tidak seharusnya berlaku terutama kepada seorang pemimpin,” katanya.

Perhimpunan yang berlangsung selama hampir 10 minit di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Sekinchan bersurai secara aman.

Seorang Ahli Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mah Eng Kian berkata, dalam dengan keadaan negara yang aman, seharusnya tidak timbul budaya pukul memukul seumpama itu

Menurutnya, Selangor yang kini berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) sendiri tidak pernah menyekat mana-mana pemimpin daripada parti lain untuk melaksanakan sebarang aktiviti dan program di negeri itu.

“Itu bukan budaya kita. Apa juga masalah timbul boleh diselesaikan dengan cara baik bukan bertindak memukul atau sebagainya.

Saya terperanjat apabila dimaklumkan perkara ini apatah lagi yang menjadi mangsa adalah wakil rakyat,” katanya.

Suee Lim yang mengalami bengkak di kepala, senak di perut, luka kecil di siku dan kaki dipercayai ditumbuk serta ditendang kini berada dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di hospital selama tiga hari.

Dalam kejadian kira-kira 11.35 pagi itu, beberapa rakannya termasuk ketua kampung dan pegawai akhbar yang berada di tempat kejadian turut mengalami cedera ringan.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor menerima dua laporan daripada kedua-dua pihak dan mengambil keterangan daripada enam individu berhubung insiden itu.SH

Read more ...

Sultan Kelantan ke Mekah bersama Tok Guru Nik Aziz Rabu ini


KOTA BARU, 8 Nov. : Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke V akan berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji Rabu ini, menurut Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Baginda akan berangkat bersama Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

“Ini menunjukkan sikap Tawadak KDYMM Tuanku yang begitu memberi perhatian kepada agama,” kata Abdul Halim dalam kenyataan di sini hari ini.

Sultan Kelantan, Nik Aziz dan Mustapa yang akan ke Mekah menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) dijangka pulang ke tanah air pada 23 November ini, katanya. — Bernama

Read more ...

Umno-BN eksploitasi rakyat miskin

MS1

KULIM, 8 Nov. : Sejak lebih 50 tahun, Umno-Barisan Nasional telah mengeksploitasi rakyat miskin, peneroka Felda, Felcra serta undi pos melalui penipuan, ugutan, rasuah dan penyelewengan bagi mengekalkan tampuk kekuasaan

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Sabu berkata Umno-BN menganggao golongan rakyat miskin terutamamnya dikalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak sebagai simpanan deposit yang boleh diguna pakai apabila ingin memenangi pilihan raya.

Ini dapat di lihat ketika pilihan raya kecil di Galas di mana Umno-BN telah menggunakan pendekatan hiburan terlampau untu mendapat undi Orang Asal sehingga sanggup membekalkan minuman arak dan konsert di tengah-tengah hutan.

Begitu juga di Batu Sapi, Umno-BN trelah mengerahkan seluruh jentera dan agensi kerajaan untuk memenangi pilihan raya kecil itu dengan apa cara sekali pun.

Bagaimanapun Mohamed berkata BN sebenarnya sedar hakikat bahawa majoriti rakyat sudah pun menolak parti itu sejak PRU-12 lalu di mana Pakatan Rakyat memperolehi hampir 52 peratus undi popular di Semenanjung.

“Menyedari hakikat kurangnya sokongan yang BN terima, maka mereka pergunakan deposit tetap yang ada dengan memperalatkan undi pos serta masyarakat miskin sepertimana yang kita sedia maklum untuk mendapatkan sokongan.

“Begitu juga dengan apa yang berlaku di Sabah. Masyarakat Bumiputera Sabah yang miskin dan melarat menjadi taruhan mereka untuk digula-gulakan bagi meraih sokongan melalui pelbagai janji pilihan raya.

“Apakah pembelaan terhadap nasib masyarakat miskin hanya terbela apabila menjelangnya pilihan raya sahaja. Inilah yang menjadi amalan pimpinan BN selama mereka menerajui kepimpinan negara, ” kata Mohamed ketika berucap pada majlis jamuan makan malam anjuran PAS kawasan Kulim-Bandar Baharu di Dewan Putra semalam.

Ujar beliau lagi, dengan mengekalkan kemiskinan kepada sebahagian besar masyarakat di pedalaman seperti Sabah itu, maka sokongan bagi mendapat undi menjelang pilihan raya sudah sedia ada melalui janji-janji politik.

Namun begitu kekalahan yang diterima dalam PRK Galas dan Batu Sapi bukan penamat kepada kebangkitan Pakatan Rakyat untuk terus menumbangkan kerajaan Umno-BN yang sedia ada.

Tambahnya lagi, amalan demokrasi secara berat sebelah yang menjadi amalan pemerintahan Umno-BN dalam negara ini harus segera dikekang supaya rakyat tidak lagi terpedaya dengan sifat hipokrit dan penipuan licik BN bersama-sama agensi kerajaan yang mereka peralatkan.

“Oleh kerana itu untuk menewaskan BN bukanlah satu perkara mudah untuk meneruskan agenda Pakatan Rakyat menuju Putrajaya. Kesedaran kepada rakyat terutamanya di kawasan pedalaman dan golongan miskin harus dilipatgandakan supaya BN tidak terus memperkudakan
golongan ini bagi mengekalkan kuasa mereka, ” katanya lagi

Read more ...