Friday, March 12, 2010

Pemimpin Umno kaya, ahli Umno jadi mangsa










Shah Alam, 12 Mac : P
impinan Umno dan Majlis Amanah Rakyat harus tampil memberi penjelasan berhubung kemelut yang melanda peniaga-peniaga di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, peniaga-peniaga berkenaan menjadi mangsa salahguna kuasa Umno yang menggunakan MARA untuk kepentingan politik parti.

Kontrak pengurusan bangunan itu diberikan kepada syarikat Inno Elegan Sdn Bhd (IESB) dengan seorang Ketua Putri Umno sebagai pemegang saham terbesarnya.

IESB diberi kontrak panjang mengendalikan Anggerik Mall tetapi gagal menjalankan aktiviti promosi secukupnya.

Akibatnya pusat membeli belah ini ketandusan pengunjung dan peniaga terpaksa menanggung kerugian sekian lama.

"Diserahkan kepada satu syarikat IESB dan tempoh perjanjian di mana bangunan itu diserahkan pada Inno Elegan Sdn Bhd adalah selama 3 tahun + 3 tahun + 3 tahun, dengan adanya tempoh bernafas selama 12 bulan, bermakna 10 tahun.

"Syarikat Inno elegan ini adalah milik pemegang saham utama bernama Huzryfionawatty yang merupakan Ketua Puteri umno Wilayah Persekutuan,"katanya.

Beliau berkata IESB yang mendapat kontrak itu sejak Julai 2009 dikenakan kadar sewa 22,000 ringgit sebulan manakala pulangan dianggarkan 60,000 ringgit.

“Bagaimana syarikat yang dibina dengan modal RM50,000 boleh mengambilalih bangunan itu pun menjadi tanda tanya,”katanya.

Khalid menggesa Umno untuk menghentikan amalan memelihara kroni dan membelakangkan kepentingan rakyat.

"Kononnnya hendak tolong orang Melayu tetapi hanya menolong seorang-orang Melayu iaitu Ketua Puteri wilayah Persekutuan tapi memangsakan ramai orang Melayu yang merupakan peniaga-peniaga kecil yang kebanyakkannya orang Umno, perkara ini biasa dalam Umno," katanya.KG

Read more ...

Inilah rupa pejuang Melayu sejati













KUALA LUMPUR, 12 Mac : P
engerusi Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim hanya mentertawakan tuduhan yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai aktivis Melayu ekoran kaitannya dengan jutawan Cina, Tan Sri Vincent Tan.

Tuduhan itu tersebar di internet empat hari selepas beliau mengecam tokoh-tokoh korporat Cina, termasuk Tan Sri Vincent Tan, yang digelarnya 'tauke' dan "mendominasi" ekonomi dan seterusnya menyebabkan berlaku ketidakstabilan politik dan sosial.

Bagaimanapun, tersebar laporan di internet yang menunjukkan hubungan Ibrahim dengan syarikat Dunham-Bush Malaysia, yang pernah dimiliki Tan.

Penulis blog Raja Petra Kamaruddin menyiarkan dalam lamanwebnya Malaysia-Today, salinan laporan tahunan 2003 syarikat berkenaan yang menunjukkan Ibrahim adalah salah seorang anggota lembaga pengarahnya.

Ketika menjawab SMS dari Malaysiakini, Ibrahim berkata tidak ada salahnya urusan perniagaannya dengan Tan kerana ia tidak menolak hakikat bahawa tokoh-tokoh besar perniagaan Cina mendominasi bidang ekonomi.

Sebaliknya, kata Ibrahim, beliau bercakap mengenai ekonomi makro dan isu-isu dalam gambaran lebih besar.

Beliau bertanya apakah masalahnya jika beliau berurusan perniagaan dengan ramai rakan-rakan Cina dan mempunyai rakan kongsi Cina. -malaysiakini

Read more ...

Dedahkan pencuri balak

Kenyataan Media








Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) amat kesal dengan kegiatan pembalakan haram sepertimana yang di dedahkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Perak yang telah merampas ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

DPPN Pk amat risau dengan perkembangan tersebut terutamanya kejadian pembalakan haram, tanpa tindakan konkrit dari pihak berkuasa bagi menghalang kejadian seumpama itu berulang lagi. Kelemahan penguatkuasaan dan juga unsur rasuah adalah punca utama berlakunya kegiatan pembalakan haram ini. DPPN Pk merasakan sudah tiba masanya pihak-pihak yang terlibat berkaitan mesti duduk semeja bagi memastikan kegiatan ini dapat di cegah.

DPPN Pk juga bimbang pihak-pihak yang telah mengeluarkan balak haram tersebut yang mana tindakan mereka ini telah merugikan kerajaan. Walau pun kejayaan SPRM menyelamatkan ratusan kayu balak yang bernilai jutaan ringgit di kawasan seluas 100 hektar tetapi bagaimana balak yang telah di keluarkan sebelum ini atau di tempat-tempat lainnya. Kerajaan mesti serius di dalam perkara ini jika hendak selamatkan wang rakyat.

Oleh yang demikian, DPPN Pk mendesak supaya di tubuhkan satu Jawantakuasa Khas bagi menyiasat punca berlakunya kelemahan kawalan yang akan menjejaskan infrastruktur hutan dan alam sekitar di Negeri Perak. DPPN Pk juga meminta supaya di dedahkan kepada umum penglibatan pihak-pihak yang bertanggungjawab di dalam kegiatan pembalakan haram ini.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Read more ...

Edar risalah benar, dua orang ditahan

two amk members arrested












SHAH ALAM, 12 Mac : Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.

Menurut timbalan ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, - Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis Taman Melawati sebelum dihantar ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang.

Menurut Zainol Abidin, pada taklimat khas malam semalam oleh setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, ahli PKR diarahkan mengedarkan risalah tersebut ke masjid-masjid sekitar Gombak.

"Arahan aNONEdalah supaya 10,000 risalah diedarkan di 10 masjid di Gombak. Di setiap masjid, kami tempatkan dua petugas," katanya.

Zainol Abidin (kanan) berkata kedua-dua Muhammad Hafiz (bawah, berbaju jingga) dan Arie Yudistira (bawah, berbaju hijau) sempat mengedarkan lebih 500 risalah itu manakala selebihnya dirampas polis.

Sementara itu, ketika dihubungi, Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka dibebaskan pada jam 6.25 petang ini selepas ditahan kira-kira empat jam.

"Metwo pkr youth release 120310.jpgreka dijamin lisan oleh pihak polis. Mereka dikehendaki melaporkan diri semula kepada polis pada 26 Mac ini di balai polis Bukit Indah, Ampang," katanya.

Turut hadir di IPD Ampang ialah bekas pengerusi Gerak Anti Rasuah, Mohd Nazri Yunus dan ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Sebelum ini, Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.Malaysiakini

Read more ...

GST : Orang miskin akan terima beban

PUCHONG , 12 Mac : Golongan miskin paling menerima beban dan berkemungkinan menghadapi masalah kewangan serius sekiranya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diuar-uarkan diperkenalkan Kerajaan Pusat.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian berkata, dalam sesi Parlimen yang bakal berlangsung pihaknya percaya isu hangat itu akan dibahaskan wakil rakyat Pakatan Rakyat (PR) supaya ia tidak dilaksanakan.

Katanya, sekiranya kerajaan melaksanakan empat peratus cukai itu pada Jun tahun depan, semua golongan pasti tidak dikecualikan dan perlu membayar cukai.

“Golongan miskin pasti akan menghadapi masalah kewangan yang serius kerana bentuk diguna pakai dalam GST dilihat tidak adil.

“Cukai ini sepatutnya tidak perlu kerana pendapatan rakyat kita masih rendah jika dibandingkan negara lain yang sudah melaksanakannya sebelum ini,”katanya.

Loy Sian berkata, Kerajaan perlu memikirkan cara membantu orang miskin bukannya bagaimana membebankan mereka.

“Pelaksanaannya mungkin memberi implikasi teruk kepada rakyat Malaysia terutama kepada mereka yang tidak perlu membayar cukai sebelum ini.

“Golongan berpendapatan rendah yang tidak dikenakan cukai terpaksa pula berbuat demikian pada masa akan datang,”katanya lagi pada Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Putra Perdana dekat sini.

Beliau berkata, sekiranya pelaksanaan cukai dilaksanakan hanya RM1.5bilion dapat diraih berbanding kesukaran diterima rakyat.SH

Read more ...

Usaha menekan pemimpin PR

PETALING JAYA ,12 Mac : Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa wujud usaha terancang pihak tertentu untuk menekan pemimpin-pemimpinnya. Anwar sendiri berhadapan siasatan polis atas pelbagai tuduhan, termasuk isu berkaitan anti Islam dan Melayu.

“Kita sedang menghadapi banyak sangat gangguan dan tekanan polis. Jangan halang dan ugut, saya rasa keterlaluan. Mengapa tidak boleh bercakap pasal isu enjin jet hilang, kapal selam scorpene. Ini isu politik dan harus ditangani secara politik.

“Saya bantah sekeras-kerasnya tindakan mereka untuk ganggu proses demokrasi. Polis kena kekalkan profesionalisme mereka, jangan habiskan banyak masa dengan menyoal siasat pemimpin PR. Tumpukan kepada meningkatkan tahap keselamatan tangani jenayah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Merchant Square di sini, semalam.

Kelmarin polis mengambil keterangan Anwar berhubung empat laporan yang masing-masing dibuat polis sendiri dan seorang individu.

Empat pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan seorang Inspektor, semalam mengambil keterangan Anwar sambil pemberita serta jurukamera dibenarkan menyaksikan proses itu di luar bilik kaca di aras tiga pejabat.

Tiga pegawai polis yang merakam kenyataannya itu daripada tiga balai di Pulau Pinang, manakala dua lagi daripada Unit Cawangan Khas Bukit: Aman.

Anwar yang juga Penasihat PKR, ditemani peguam Yusmadi Yusof dan Sivarasa Rasiah, masing-masing Ahli Parlimen Balik Pulau dan Subang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin.

Setiausaha Agung parti, Saifuddin Nasution hadir di sidang media selepas polis selesai mengambil keterangan.

Anwar, ketika ditanya pemberita mengenai lokasi laporan polis yang dibuat di beberapa tempat di Pulau Pinang berkata: “Secara kebetulan, saya tidak tahu kalau ada usaha terancang, tetapi pihak-pihak ini sengaja meniup api perkauman untuk mengaitkan pemimpin-pemimpin PR sebagai anti Islam dan Melayu,” katanya.

Katanya, 15 Ahli Parlimen dan ADUN PR telah disiasat polis atas isu terbabit dan isu-isu lain.

Anwar menyifatkan kerjasama polis sebagai mesra dan baik semasa siasatan tersebut.SH

Read more ...