Thursday, July 12, 2012

PANAS!!! Bapa Altantuya mahu Mahathir diheret sama

KUALA LUMPUR 13 Julai: Bapa Altantuya, Setev Shaaribuu mahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diheret sama dalam skandal kapal selam Scorpene sehingga menyebabkan kematian anaknya.

“Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab dalam sub marin selaku Menteri Pertahanan masih

membisu mengenai perkara ini, namun, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri pada masa itu mesti tampil berhubung perkara ini,” kata Setev dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu dibacakan Ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor, semalam.Ia merupakan keterangan Setev di Mahkamah Perancis pada Jun lalu.


Setev berkata, beliau sanggup menunjukkan bukti bahawa anaknya, Altantuya ke Perancis menggunakan pasport dengan nama Aminah Abdullah.“Ingin sekali saya ulangi bahawa anak perempuan saya, pergi ke Perancis dan beberapa negara menggunakan pasport Aminah Abdullah.



“Kami ada bukti bahawa dia (Altantuya) ke Perancis dan akan tunjukkan bukti itu jika perlu. Walaupun laporan Imigresen Perancis melaporkan tiada rekod Altantuya ke Perancis antara 1999 hingga 2007,” jelas Setev.


Kata Setev, bagi meneruskan pembongkaran misteri kematian anaknya itu, sekumpulan penyiasat daripada Mongolia akan datang ke Malaysia pada Ogos ini.“Saya harap dapat pengadilan dan atas dasar hubungan dua negara, harap kerajaan Malaysia boleh memberikan bantuan secara ikhlas kepada kumpulan dari Mongolia itu,” katanya.

Read more ...

BIAQ BETUL!!!Dato' AC Mizal ajak Abby berdebat ?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiEcDEAO60jc9hlVfffo3O6blqdgFUpLtfTP01ly_T_HjiQ1zrVV75s5nbAFK42vRapo9aYq0XfQjZnd6141WIC7bwuedwMvu9StN1CeDJn6_qRINQ39fkLAQQS7Z-vZWYXEsa0IJ9lfL8D/s1600/Kes_Shafnie_AC_Mizal_3.jpgEkoran kelantangan aktres yang kini menjadi penceramah bebas untuk sebuah parti politik, Abby Abadi di laman sosial Twitter berkenaan isu PDRM, bekas rakan seangkatannya di dalam drama bersiri kepolisan 'Gerak Khas', Dato' AC Mizal mengajak Abby Abadi berdebat berhubung isu terbabit.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh AC menerusi status Twitter miliknya yang berbunyi;

"Saya mewakili anak anak POLIS MALAYSIA mencabar @abby_abadi112 berdebat secara terbuka atas kutukan beliau terhadap PDRM!"

Sebelum itu, Abby Abadi dilihat hadir menyertai demontrasi mendesak kerajaan membebaskan 45 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Kem Kamunting pada 8 Julai lalu.

Read more ...

TERKINI!!! 55 ahli MIC keluar parti sertai PAS (DHPP)

Alhamdulillah...Petanda-petanda semakin jelas kelihatan...terbaru 55 ahli MIC Ampang mem­buktikan menyertai PAS bukanlah satu perkara yang pelik malah ini membuktikan PAS semakin mendapat sokongan di ka­langan masyarakat bukan Melayu.

Wakil Belia MIC, Tiru Morty a/l Amasamy telah menyerahkan 55 borang ke­ ahlian DHPP kepada Ahli Dewan Negeri (Adun) Lem­bah Jaya, Kasim Abdul Aziz

Ejensi Fakap EP: Jika tempoh mandat boleh di panjangkan nescaya Najib akan tarik sampai kiamat takmau bubar Parlimen.. Era pasca

Read more ...

TINGGALKAN UMNO!!! 25 ahli UMNO sertai PAS di DUN Selat Klang


Semalam berlangsung ceramah Pakatan Rakyat di Jalan Yadi, Sungai Udang Selat Klang, Selangor. 
 
Antara penceramah yang hadir, bekas Menteri Besar Perak, YB Nizar Jamaluddin, YB Dr Rani Osman, Dr Hajah Halimah Ali Exco Kerajaan Negeri Selangor, dan Cikgu Fariz Musa pengerusi Jingga 13. 
 
Pada ceramah tersebut berlangsung penyerahan borang 25 orang ahli Umno cawangan Taman Firdaus, Teluk Gadong untuk menyertai Parti Islam, PAS.

Borang itu diserahkan oleh Mohd Zaini bin Abu Saha, Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Taman Firdaus Teluk Gadong mewakili 25 orang pengikutnya.

Read more ...

KENA BACA!!! Usaha Jahat "Kantoi"kan Ustaz Azhar Idrus


Ini kisah sedih idola gua Ustaz Azhar Idrus sewaktu beliau hendak buat program di Grek baru-baru ni.Punyalah susahnya nak dapat kelulusan daripada peguasa sekular ala Hosni Mubarah ni..

Kisahnya bermula..(Macam cite Hikayat Sang Merong lak beb..ha3 ) apabila permohonan untuk mengadakan ceramah di Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek dilakukankan,maka bermulalah detik-detik mengerikan dan menggeramkan..


Kalau nak ikutkan..segalanya berjalan dengan izin Allah,seperti apa yang dirancang..mengikut maklumat Majlis Daerah Grek,Pihak Polis,Pejabat Agama Grek dan penjaga Padang Lapangan Terbang Tentera di Grek pun semuanya memberikan isyarat "Line Clear"...Alhamdulillah dan bersyukurlah penganjur kerana segalanya berjalan lancar.


Namunnnn..apabila tinggal lagi 2 hari saja beb program nak on..maka puak-puak keris tak bersarung ni mulalah gatal pungkok tak boleh nak tenang jiwa apabila difikirkan puluhan ribuan manusia akan hadir dalam program UAI nanti..sudah pasti ini akan menggugat sokongan masyarakat kepada puak keris telanjang ni..maka kepala puak ni pun dah jadi biul dan masuk angin...


Maka dipanggillah Ketua Polis Grek dan dipertikaikan mengapa boleh bagi kelulusan??Maka..jalan terakhir kut-kut boleh sangkut program ni,Pihak polis diarahkan untuk mendapatkan kelulusan pemilik sebenar Tanah Lapangan Terbang dan Kebenaran bertulis dari Pejabat Mufti Perak.

 Fuhhh..Penganjur pening kepala beb..cuma tinggal 2 hari program nak On..Maka pergilah penganjur ke Ipoh mencari siapa tuan punya Padang yang sebenarnya..Maka berjumpalah pihak penganjur dengan tuan punya Tanah..dengan bicara yang santun kerana agama Allah..Pihak tuan tanah dengan berbesar hati membenarkan pihak penganjur untuk mengadakan progran UAI tersebut...

Semasa hendak pulang,salah seorang AJK penganjur bertanya kepada tuan yang diamanahkan menjaga tanah itu.."Apakah sebelum ini setiap program seperti konsert atau karnival perlu memohon kebenaran daripada pihak tuan..??" Jawab yang punya tanah,"Dah Puluhan Tahun pelbagai pihak menganjurkan pelbagai program di tanah tersebut tak pernah sama sekali mereka dikehendak meminta kebenaran seperti hari ini.."katanya dengan senyum sinis.

Kemudian pihak penganjur terpaksa pulak mengadap Pak Mufti di pejabatnya..namun malang Pak Mufti tidak ada...kebenaran akan hanya diberikan oleh Pejabat Mufti keesokan harinya..iaitu hari akhir sebelum program bermula..fuhh..suspen habis beb..

Esok paginya sampailah kebenaran dari mufti melalui faks seperti yang dinanti-nantikan oleh seluruh masyarakat Islam Grek..Benarlah kata Allah "Kamu merancang tipudaya,sesungguhnya tipu daya Allah Maha Hebat."..Rupanya hebat sungguh Insan yang bernama UAI di mata musuh-musuh Islam..Takbirrrrr...karat E-jau

Read more ...