"Utk makluman mama sy msih dlm rawatn di hospital dn sebarang berita lanjut akn di post dr masa ke semasa.. Minta terus doakn mama sy.." Muhammad Farhan Aminuddin - anak dr lolo
Saturday, July 16, 2011
BERITA KEMATIAN DR. LO'LO' ADALAH TIDAK BENAR... MINTA DIBETULKAN... HARAP MAAF....
"Utk makluman mama sy msih dlm rawatn di hospital dn sebarang berita lanjut akn di post dr masa ke semasa.. Minta terus doakn mama sy.." Muhammad Farhan Aminuddin - anak dr lolo
Cincin RM70 Juta : Sistem kastam di kargo, KLIA alami gangguan 3 jam
Kenyataan BANGANG terbaru : Ramai hadir Himpunan Bersih 2.0 sebab dibayar
Najib sepatutnya "Harakiri" & Rosmah "Jigai"
Apabila Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai perdana menteri yang "memang kejam" berbanding dengan beberapa perdana menteri sebelum ini. "Kalau tengok (perdana menteri) yang sudah-sudah itu, (Najib) memang kejamlah," katanya ketika diminta membandingkan pentadbiran Najib dan dua penyandang sebelumnya - Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.
A Samad Said berkata, perkara itu boleh dilihat melalui rakaman video dan gambar di internet yang mana kerajaan "berantakan dengan orang awam
"Youtube siarkan, kita boleh lihat semua dan (dia) tak boleh tipu. Cuma, malangnya dalam akhbar-akhbar (dan) media utama, sudah tentu kamu nampak berat sebelah," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad. "Tapi kalau (di) Youtube, tak boleh tipu. Kamu kata tidak jentik-jentik, (itu) pun nampak (di Youtube). Kamu kata tidak ada orang yang dipijak, (tetapi ada) yang ditendang berulang kali," katanya.
Sehubungan itu, A Samad mendesak Najib meletakkan jawatan, selaras dengan berlakunya kempen di FB yang kini digemari lebih daripada 200 ribu orang.
Kalau mengikut dasar yang diterapkan oleh Tun Dr Mahathir, sepatutnya beberapa orang dari kepimpinan Umno-BN patut melakukan Harakiri atau juga disebut dengan seppuku. Budaya Jepun yang menggambarkan rasa bertanggung-jawab terhadap kegagalan atau kerosakan yang berlaku.
Harakiri (Perut Kiri) iaitu membunuh diri sendiri dan kemudiannya dipancung kepala oleh Kaishaku-Nin. Mereka biasanya memakai baju putih yang melambangkan kebersihan & kesucian. Sebelum melakukan Harakiri mereka menulis Jisei no ku iaitu puisi kematian.
Bagi pimpinan Umno-BN, mereka ini disrankan supaya melakukan Harakiri dengan memakai baju kuning, lambang ‘Bersih 2.0’. Kegagalan mereka kerana pekak terhadap suara rakyat serta kejayaan himpunan yang mereka sekat tetapi berjaya juga diadakan dengan meraih ratusan ribu manusia menuntut hak mereka.
Mereka-mereka ini disarankan supaya melakukan harakiri
1. Najib selaku PM yang sepatutnya memikul amanah rakyat
2. Hisyamuddin Husein Onn selaku Menteri Keselamatan yang gagal menjaga keselamatan
3. Abdul Aziz Yusof selaku Pengerusi SPR yang gagal memikul amanah ketelusan & keadilan sistem pilihanraya di Malaysia
4. Ismail Omar selaku Ketua Polis Negara yang gagal menjaga keamanan rakyat dan bertanggung-jawab dengan kematian Baharuddin.
5. Ibrahim Ali , Pengerusi Pesaka yang gagal menghalang Himpunan Bersih 2.0
6. Khairy Jamaluddin, yang berarak dengan Patriot seramai 50 termasuk bangla.
Kalau lelaki dinamakan Harakiri tapi kalau wanitapun disebut dengan 'Jigai ' dan sewajarnya Rosmah turut sama mengadakan Jingai. Orang dok sibuk memperjuangkan Hak & Keadilan, dia dok sibuk cincin berjuta-juta dan gelan intan berlian. Sibuk memperkayakan diri sendiri.
Apa yang kita tuntut bukannya merodok pisau ke perut melakukan Harakiri maupun Jigai menurut tradisi Jepun dan dalam Islam pun haram membunuh diri. Tetapi lakukanlah harakiri politik. Sila letak jawatan kalau ada rasa maruah dan rasa malu diri. Tapi kalau dah takde lagi sifat ke'malu'an... nak buat macam mana. tunggulah hukuman rakyat pada Pru 13 nanti, I'Allah.
Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal tak habis-habis buat kerja kotor edar risalah lucah
Kerja Pembantu Pejabat tapi belanja kenduri anak lebih RM 45 000
Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya
RM45,000.00 untuk katering kenduri kahwin dengan 3000 jemputan?? Biar betul!!..
Macam belanja kenduri anak-anak Datuk saja padahal kerja sebagai pembantu pejabat saja..
Lagipun sejak bila pula kenduri kahwin telah menjadi satu perniagaan yang menguntungkan? namapun dah kenduri.. amal jariah tu.. kalau nak untung jangan buat kenduri!!
Ayat ini menunjukkan beliau tidak ikhlas dengan apa yang dikatakannya sebagai sedekah itu.."Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang,ASD
Komen :
1: Apa jenis manusia kamu ni wahai Kamariya? sedekah dirasakan satu kerugian. Kalau kamu bersedekah kerana terpaksa memanglah rugi. tapi kalau kamu sedekah kerana ALlah, tiada yg rugi malah ALlah akan balasi sedekah kamu berlipat ganda nanti. Pendeknya perkiraan kamu. Bertaubatlah kerana kamu melakukan sesuatu bukan kerana ALlah.
2: Berjuang utk kepentingan ummah satu kesalahan ke? BERSIH berhimpun utk menuntut keadilan dan ketelusan di dalam pengurusan pilihanraya negara yg impaknya menentukan jenis dan kualiti kepimpinan negara di masa mendatang.
Puan Kamariya telah berasa marah hanya kerana dirugikan dgn kos ketering $45.000 sahaja. Rakyat Malaysia lagi berhak marah kerana dgn jenis dan kualuiti KERAjaan kini negara telah mengalami kerugian berbilion ringgit dan tergadainya banyak harta negara kerana dayusnya KERAjaan yg ada kini.
Rakyat marhaen terdesak kehidupan mereka tetapi sang pengkhianat bertopeng pemimp[in hidup mewah.Bertaubatlah wahai Puan Kamariya kerana kamu jelas menyokong kebatilan KERAjaan Be End dan menentang ma'ruf yg diusahakan oleh BERSIH.
Saya nak tumbuk Anwar - Kamariya
KUALA LUMPUR 16 Julai - "Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."
Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.
Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.
Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.
"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.
"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.
Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.
Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.
Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.
"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.
Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.
Lidah Rasmi UMNO
Benarkah orang bukan Islam dizalimi di Kedah atau UMNO yang cucuk agar MCA , Gerakan menyalak
Berita dari Kedah :
Peraturan pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan
1) Pemilik pusat hiburan Non Muslim boleh teruskan operasi, dengan syarat buka untuk pelanggan Non Muslim saja. Jika pemilik benarkan orang Islam masuk, maka lesen perniagaan akan ditarik serta merta.
2) Jika pemilik Muslim maka ia tidak dibenarkan beroperasi, sekalipun hanya dibuka untuk pelanggan Non Muslim.
Kedah la
Kedai makan bukan Islam tidak terbabit dengan arahan
KedahLa...ALOR SETAR, 14 Julai 2011 – Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menghalang ataupun mengeluarkan kenyataan bahawa kedai makan bukan Islam hanya boleh beroperasi selepas jam tiga petang.Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, kedai francais dan restoran antarabangsa seperti Kopitiam, kedai kopi Cina boleh beroperasi seperti biasa.
“Kita menguatkuasakan peraturan tersebut hanya kepada kedai milik orang Islam sahaja, dan ianya tidak melibatkan kedai makan bukan Islam kerana kita tidak kejam untuk tidak membenarkan orang bukan Islam makan.
“Perkara tersebut tersebut tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat exco kerana peraturan berkenaan hanya membabitkan peniaga kedai makan Islam,” ujarnya.
Beliau hairan kerana isu ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu sedangkan kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan jika kedai makan tersebut milik Cina tetapi pekerjanya adalah orang Islam, mereka tetap boleh beroperasi kerana yang tidak dibenarkan adalah orang Islam makan ataupun menjual makanan sebelum jam tiga petang, bukannya bekerja.
Azizan berharap dengan penjelasan tersebut, tidak timbul lagi tanggapan negatif terhadap kerajaan negeri yang dikatakan tidak peka terhadap kehendak bukan Islam.
UMNO nak kata apa...? Cuba komen nak dengaq.
MCA nak kata apa...? Cuba komen nak dengaq.
BERSIH 2.0 - Propaganda murahan UMNO dan kuncu-kuncunya tidak laku
Islam lebih kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apalagi bentuk sebuah negara. Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau).
Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".
Proses inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya’aban 1432. Perhimpunan aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain. "Anwar Dalang Perhimpunan Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita media perdana agar perhimpunan dipandang serong. Stadium Merdeka mula dicanang mempunyai simbol negara.
Walhal pada suatu ketika, stadium itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat. Ramai masih dalam bebalisme-nya itu, tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang dimainkan 'bangsa' lain".
Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin. Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.
Inilah Malaysia yang rakyat perlukan. Tiada sempadan kelas, etnik, agama, gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan "K" besar). Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan penindasan.
PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam. Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam. Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot.
Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL. NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.
"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM
Benarlah kata Rosmah sebelum ini yang ditemubual akan hal suaminya, PM kita ini pandai bergurau! Jika lihat di berita TV3 jam 8 malam semalam, orang yang dimaksudkannya itu mungkin Khairi Jamaludin!
Malah, kodok besar yang selama ini menyanyikan lagu sumbang, juga tidak ada semalam. Kodok yang satu ini tidak lebih tidak kurang seperti Encik Ghaffar.
Rakyat masih ingat kata-kata Ibrahim Ali yang lancang menyuruh Cina duduk rumah. Tanggal 9 Julai sudah cukup membuktikan pihak yang berani dan pihak yang kecut.
BERSIH 2.0 dikatakan hanya akan melagakan Melayu sesamanya, menjayakan agenda pembangkang, menjadi alat kepentingan politik dan macam-macam lagi telah menunjukkan ia perayaan yang dikongsi rakyat multi etnik.
Mereka berganding bahu melindungi satu sama lain, menghulur tangan bagi mereka yang tersungkur di jalan dan memberi air mineral dan garam kepada yang lain.
Mereka yang merupakan "bangsa pendatang", "kafir", dan entah apa lagi tohmahan ini melindungi pakcik-pakcik tua dan anak muda tampan yang sedang solat dalam hujan tetapi diserang atas arahan parti yang dikatakan membela "bangsa" dan agama.
Di situ, hari itu, cukup membuktikan rakyat telah menolak politik primordial yang berasaskan warna kulit, agama, "bangsa".
Mereka berkongsi agama Cinta, rentas agama, etnik/ kaum, gender; mendahulukan kebajikan bersama daripada kepentingan diri. Perempuan juga sehebat bilangan lelaki turun ke jalan, lagaknya tidak seperti Maria Sunari dan Musa Elba.
OKU juga didapati hadir dan bergerak bersama dalam laungan "Hidup Rakyat", "Daulat Tuanku", dan nyanyian lagu Negaraku. Unit amal terus mengawal lalu lintas, mereka yang hadir walaupun tidak cukup jari yang mengira, membuka jalan kepada kereta-kereta, biarpun itu kereta polis! Pemandu, penumpang, malah mereka yang berada dalam monorail menyatakan sokongan mereka dengan membunyikan hon dan melambai-lambai. Siapakah gerangan yang senang-senang dibodohkan dengan "BERSIH 2.0 tidak mendapat sokongan"?
Seperti biasa, media TV1, TV2, TV3, NTV7 dan banyak lagi tidak akan putus-putus menyaring dan memilih berita yang serasi dengan kepentingan rejim sedia ada. Bukan semalam, tetapi sejak minggu-minggu lepas.
Sekejap kerugian peniaga mencecah RM1 juta, sekejap RM100 juta? Setelah kerajaan mengarahkan peniaga-peniaga menutup kedai, kini melalui presiden Ikhlas dengan tag 1Malaysia di dadanya menawarkan khidmat percuma peguam kepada peniaga-peniaga?? Berita Harian juga tidak terlepas mempamerkan gambar pemuda memegang senjata berupa pisau semasa "perhimpunan haram".
Propaganda murahan itu tidak laku. Media bukan satu. Rakyat multietnik semalam membawa bunga, membawa cinta kasih untuk disampaikan pada anjing-anjing penguasa. Turut kelihatan juga belon-belon kuning dengan mesej "balloons not bombs". Namun, semua itu dibalas dengan tuba.
Media sebagai aparatus politik terus mengabsahkan kata-kata dan tindakan kerajaan menipu orang ramai. Solidariti yang ditunjuk semalam itu tidak mampu dibeli dengan harga RM200, mungkin hanya dalam perhimpunan Belia di Putrajaya.
907 itu ekspresi rakyat yang mencapai kesedaran atas penindasan yang mereka alami. Pemerintahan BN selama lebih lima puluh tahun cukup untuk membuatkan siapa-siapa sahaja turun. Tambah lucu, penganjur dan pengikut perhimpunan ini dikatakan "menderhaka/ mengkhianati perintah YDP Agong".
Orang ramai ada di Brickfields, ada di Hospital Tung Shin, dan ada juga yang memenuhkan jalan-jalan di hadapan KLCC, tertera "Daulat Tuanku" di situ. Mereka duduk. Sambil mendengar ucapan. Helikopter berlegar-legar di langit pun tidak mampu menutup suara dan telinga yang ingin mendengar.
Ada juga yang sanggup keluar dari BMW untuk duduk mendengar bersama. Membuat stadium mereka sendiri. Semua ini gara-gara stadium tidak diberi, permit tidak dikeluarkan, "pertubuhan" BERSIH diharamkan kerana yang di atas itu tidak mampu atau mahu mengabulkan tuntutan berkehendakkan pilihan raya bersih.
Hari itu di sekitar Kuala Lumpur diakhiri dengan "tren rakyat". Di KL central pada malam harinya, kelihatan ramai yang melabuhkan punggung di lantai menantikan pembohongan tepat jam 8 malam. Berita Utama TV3 hanya menjadi hiburan bukannya alat hegemoni.
Dalam tren, ramai yang masih melaungkan "Hidup hidup, hidup Rakyat!" sambil memberi laluan pada yang lain. Kata mereka ini tren rakyat, dan dengan senangnya perempuan masuk ke dalam gerabak bukan-perempuan. Budak- budak muda semuanya mendengar kata-kata nasihat dan komen orang tua yang juga penumpang.
Gelak tawa seolah difahami pelancong luar yang ada. Sesudah tiga orang tua itu turun di Bandar Tasik Selatan, kedengaran takbir dilaung berkali-kali. Beberapa minit kemudian, tren berhenti di UKM. "FRU dan kereta black Maria telah menjadikan UKM sebagai tempat mereka keluar masuk." Universiti yang didirikan atas usaha rakyat, kini menjadi balaci penguasa yang zalim! Itulah mesej yang tertera di media baru seperti Tweeter, Facebook, WhatsApp.
Walaupun tidak dinafikan ia mungkin menjadi landasan buat mereka yang mempunyai kepentingan politik tetapi ia juga hasrat warga, hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bersuara. Penguasa bukan sahaja menggunakan berpuluh trak FRU tetapi polis dengan anjing buruan, polis yang berkuda di sekitar KL dan telah memberi amaran awal jika keadaan tidak terkawal, tembakan dengan peluru juga akan dibenarkan. "dispersed or we'll shoot" itu tidak lagi hanya tembakan gas pemedih mata. Penguasa harusnya menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat bukan melindungi tembolok diri dan anak cucu cicitnya.[Aishah@Merdeka Review]
Mukhriz cuba cover kakak , terpaksa akui pilihanraya tidak bersih
Gambar yang buat Mat Said tak lelap tidur
Dikhabarkan puluhan ribu kawan dan lawan membanjiri perkarangan Masjid dan di sepanjang jalan. Kalau anda meletakkan kenderaan anda sejauh i kilometer dan berjalan kaki ke perkarangan Masjid atau berhampiran.....itu sudah dikira dekat kerana masih ramai lagi yang terpaksa berjalan kaki lebih jauh kerana lautan manusia. Mereka dahagakan maklumat kerana mass media kawalan mereka sentiasa meutarbelit fakta.....sentiasa meng'gelap'kan berita sebenar.
Deruan ombak serta rintik-rintik hujan turut menyejukkan suasana yang memang 'hangat'. Mereka tidak berganjak malah mendengar dengan penuh semangat. Para peniaga turut mendapat rahmat dengan kehadiran rakyat berbagai peringkat....rezeki dapat berlipat-lipat.
Kutipan dibuat mencecah angka 40 ribu ringgit Malaysia memberi isyarat bahawa rakyat Terengganu sudah bersedia ber'korban' apa saja.....dari titisan keringat terakhir sehingga emas ditangan untuk menyelamatkan Terengganu daripada semakin hari semakin boros......sudah sampai masanya 'PAS Ganti Umno di Terengganu'.
Gambar di atas menceritakan segala2nya......gambar di atas juga bikin Mad Said dok nyenyak tidur.....sementelah lagi bosnya, Najib.....Rosmah pun...alahai...
al-brangionline:
Tahniah kepada rakyat Terengganu yang berani keluar dari kotak pemikiran yang sentiasa dikaburkan oleh umno dengan umpan yang tak semolek mana pun.
Berilah UNDI anda kepada PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya di PRU13 nanti.
p/s
Syabas kepada mana-mana individu yang secara langsung atau tidak langsung menyumbangkan tenaga sehingga memungkinkan majlis penerangan ini diadakan.al-brangi online
Ulamak Tolak Demonstrasi? Bangang Oit, Mai Sini Tengok!
'Polis bengis macam nak makan saya' - Datuk A Samad Said
"Sebelum (gas) ditembak, ada himpitan dari belakang, (oleh) kelompok polis juga. Jadi kami agak tersepit, seperti di (Hospital) Tung Shin, (kami) tiada alternatif jadi go through saja.
"Tidak pernah saya rasakan begitu bencinya saya pada kerajaan. Iitulah waktunya saya lebih benci," kata A Samad yang mengimbau kembali pengalamannya di KL Sentral, tempat beliau mula-mula bertembung dengan polis.
Ketika diwawancara Malaysiakini di Bangsar kelmarin, penulis kreatif pelbagai genre itu bagimanapun, beliau sempat berseloroh bahawa ia masih belum sampai ke tahap "paling benci".
Menghabiskan hari yang panjang daripada pagi sehinggalah disekat polis kali terakhir kira-kira 200 meter daripada Istana Negara di sebelah petang, A Samad menyifatkan tindakan polis menangani "perhimpunan damai" itu secara "bengis".
"(Dikasari) secara langsung tidak. Tetapi dengan wajah dengan apa itu memanglah kalau boleh mereka hendak makan saya," kata lelaki 76 tahun yang bersosok kecil dan berjanggut lebat bewarna putih itu.
Generasi 709 adakan himpunan memperingati Allahyarham Baharuddin
Video 1.30 pagi waktu Malaysia : Demo Bersih 2.0 sebelum Najib dan Rosmah berlepas pulang di Hotel Intercontinetal,London
DIPERCAYAI NAJIB MENGADAKAN MAJLIS BERSAMA DENGAN RAKYAT MALAYSIA DI SANA DAN YANG TERAKHIR SEBELUM BERLEPAS PULANG KE KUALA LUMPUR.
"SHAME, SHAME, SHAME ON NAJIB RAZAK"!!
"SHAME, SHAME, SHAME ON YOU"!!
KAH KAH KAH...
KAH KAH KAH...
TERKINI ISU SCOPENE : Pendedahan Peguam Perancis bahawa pegawai-pegawai kerajaan disogok komisyen besar
Himpunan Bersih 2.0 berjaya bersihkan kotoran perkauman yang dibawa UMNO/BN
9 Julai 2011 membuka satu lembaran baru dalam proses pendewasaaan demokrasi di Malaysia. Puluhan ribu rakyat Malaysia melepasi segala rintangan sekatan polis dan ugutan kekerasan untuk berhimpun dan berarak demi satu matlamat bersama - sistem pilihanraya yang BERSIH.
Apa yang lebih signifikan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 kali ini ialah ia bukan sahaja berlangsung di Kuala Lumpur malah di berpuluh bandaraya di seluruh dunia di mana rakyat Malaysia menetap.
Pada hari tersebut, yang keluar berarak atau berhimpun tidak melihat dirinya sebagai orang Melayu, India, Dayak, Kadazan atau Cina tetapi sebagai rakyat Malaysia yang mahu memastikan kesuburan sistem demokrasi terjamin untuk generasi yang akan datang.
Mereka yang dipancut air dari truk FRU mahupun terkena gas pemedih mata akan menceritakan kepada anak dan cucu mereka dalam masa 20 atau 30 tahun akan datang bahawa "saya berada di sana!" dengan rasa penuh kebanggaan.
Namun, pada hemat saya, kejayaan terbesar pada 9 Julai ialah ia telah menghapuskan satu stigma lama di kalangan masyarakat Cina Malaysia iaitu demonstrasi dalam apa bentuk sekali pun, akan membawa kepada rusuhan kaum dan keadaan huru-hara.
Stigma ini sudah lama tertanam dalam minda masyarakat Cina Malaysia hasil daripada propaganda berterusan dari UMNO dan MCA bahawa masyarakat Cina akan menjadi mangsa paling teruk dalam keadaan rusuhan kaum.
Kedai-kedai milik orang Cina akan dibakar, orang Cina akan diserang dan dibelasah teruk dan akhirnya masyarakat Cina tidak dapat hidup dalam keadaan aman, kata mereka.
Apabila keadaan politik tidak stabil, maka ekonomi negara akan terjejas dan ini tentulah akan menjejaskan kepentingan ekonomi masyarakat Cina yang banyak terlibat dalam sektor perniagaan.
Ini merupakan skrip lama daripada Unit Penerangan UMNO sejak berlakunya peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 dan disokong sepenuhnya oleh budak suruhan mereka, MCA.
Sudah tentu MCA menyokong skrip tersebut kerana ia telah berjaya memastikan BN terus berkuasa di Malaysia semenjak 1969 lagi dan mereka bolehlah mendapat sedekah daripada UMNO dalam bentuk jawatan-jawatan kerajaan.
Ingat, skrip inilah yang memenangkan BN dan Mahathir pada pilihanraya umum 1999 di ambang kebangkitan penentangan pengundi Melayu terhadap UMNO.
Mereka ingat skrip ini masih laku pada tahun 2011 dan mereka telah mengupah "kontraktor" baru yang bernama PERKASA untuk melaksanakan kerja-kerja ini.
Masih ingat apa yang dikatakan oleh Ibrahim Ali beberapa minggu lepas? Beliau "menasihatkan" orang Cina yang duduk di KL supaya membeli lebih banyak stok makanan dan beras sebelum 9 Julai dan sembunyilah di rumah pada hari tersebut kerana akan berlaku pertembungan di antara dua kumpulan orang Melayu dan huru-hara akan tercetus.
9 Julai datang dan lalu. Perarakan dan perhimpunan telah dijalankan secara aman. Yang menyebabkan rakyat yang berhimpun secara aman lari lintang-pukang ialah apabila FRU memancut air dan menembak gas pemedih mata dengan sewenang-wenangnya.
Tidak ada dua kumpulan yang bertembung seperti yang digembar-gemburkan oleh PERKASA. Yang ada, hanya sekumpulan kecil dalam lingkungan 300 orang yang menamakan diri mereka sebagai "Patriot" yang diketuai oleh Ketua Pemuda UMNO. Tak apa, itu hak mereka berhimpun.
Perarakan dan perhimpunan tersebut berlangsung di beberapa kawasan yang sinonim dengan masyarakat Cina di Kuala Lumpur. Jalan Bukit Bintang, Jalan Pudu, Jalan Petaling adalah kawasan yang padat dengan kedai-kedai peniaga Cina.
Perarakan melalui kedai-kedai tersebut dan kaki lima menjadi tempat perlindungan kepada mangsa gas pemedih mata.
Adakah kedengaran mana-mana kedai di kawasan tersebut musnah teruk akibat "keganasan" oleh para demonstran? Jawapannya TIDAK! Tak ada satu kedai pun yang dilaporkan mengalami kerosakan teruk.
Malah saya berani mengatakan tong sampah pun tak ada yang rosak. Ada pula demonstran yang membersihkan jalan selepas perarakan, atas semangat dan sifat "BERSIH".
Ini satu aspek yang membuktikan kematangan pemikiran rakyat Malaysia. Para demonstran yang berarak hari itu tahu mengapa mereka berada di sana, Ia adalah kerana satu tuntutan yang sah untuk menikmati sistem pilihanraya yang adil dan bersih.
Mereka ingin membuktikan bahawa "tunjuk perasaan" merupakan satu manifestasi kebangkitan kesedaran hak politik rakyat secara aman. 9 Julai berjaya menghilangkan kebimbangan para peniaga terhadap demonstrasi jalanan.
Malah, yang membuka perniagaan mereka seperti biasa pada hari tersebut mendapat "durian runtuh" disebabkan pelanggan yang ramai.
Kalau rakan saya, Ng YenYen mengatakan sektor pelancongan kehilangan RM100 juta pada hari tersebut, maka beliau patut menyalahkan pihak polis yang membuat sekatan jalan ke Kuala Lumpur pada hari tersebut sehingga ratusan ribu lagi "pelancong" dari seluruh negara tak dapat sampai ke ibu kota.
Dalam aspek yang lain pula, 9 Julai menampakkan penglibatan yang ramai dari pemuda-pemudi kaum Cina. Ini satu fenomena yang luar biasa dan cukup menarik.
Saya tahu ada yang mengambil cuti dan menaiki bas dari Johor Bahru untuk datang berhimpun.
Ada yang telah menulis "surat kepada editor" untuk menceritakan pengalaman mereka pada hari tersebut dan berasa selamat berarak bersama-sama dengan ahli-ahli PAS.
Fenomena inilah yang tidak dapat difahami oleh MCA. Mereka masih menggunakan skrip dan pendekatan generasi "radio dan televisyen hitam putih" era-1969 ke atas generasi "Facebook dan Twitter" era-2011!
Pendek kata, mereka telah ketinggalan zaman dalam memahami perubahan sosio-politik masyarakat Malaysia dan pemikiran anak muda. Tak apalah, biarlah Chua Soi Lek dan Liow Tiong Lai terus tidur dalam buaian!
Utusan Malaysia dan propagandis UMNO ingin menyembunyikan fakta bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 berjaya mengumpulkan rakyat pelbagai kaum. Mereka terus memainkan perang psikologi dan mendakwa kononnya PAS telah diperalatkan oleh DAP.
Mereka cuba menggambarkan bahawa yang ditangkap dan terhidu gas pemedih mata hanya orang PAS. DAP dan yang lain hanya memainkan "remote control" untuk memperkudakan ahli-ahli PAS. Ini satu permainan politik yang cukup kotor dan menjijikkan.
Faktanya, DAP memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan BERSIH 2.0 malah kepimpinan DAP mengetuai satu kumpulan perarakan seramai 3,000 orang yang berarak dari Pudu Plaza dan bercantum dengan kumpulan lain yang diketuai oleh Hatta Ramli di Puduraya.
Lim Kit Siang dan saya pula menyertai kumpulan di Plaza Sentral yang sama-sama diserang gas pemedih mata di terowong Plaza Sentral dengan Tok Guru Hadi Awang, Anwar Ibrahim sekeluarga, Ambiga dan kepimpinan PR dan BERSIH yang lain yang dilarang memasuki Kuala Lumpur oleh pihak polis.
Sebagai seorang pemimpin DAP, saya berasa amat terharu dan berterima kasih kepada pimpinan PAS atas semangat setiakawan dan keprihatinan mereka terhadap kumpulan perarakan kami di Pudu Plaza.
Pada malam 8 Julai, saya dan Vincent Wu (Penolong Setiausaha Organisasi Pusat DAP) telah dipanggil untuk perbincangan mengenai isu keselamatan di Pejabat Agung PAS bersama dengan Salahuddin Ayub, Hatta Ramli, Dzukefly Ahmad dan Kamarulzaman dari Pemuda PAS. Tian Chua juga berada dalam perbincangan tersebut.
Salahuddin Ayub menyatakan kebimbangan beliau kepada saya bahawa kemungkinan ada anasir-anasir tidak bertanggungjawab yang akan sabotaj perarakan kami dari Pudu Plaza dan menjadikannya sebagai satu rusuhan kaum.
Justeru, beliau menjanjikan bahawa PAS akan memobilisasi 200 anggota Unit Amal untuk berarak dengan kumpulan kami dari Pudu Plaza. Hakikatnya, perarakan dari Pudu Plaza berjaya sampai ke Puduraya tanpa sebarang kekacauan dan provokasi.
Dalam hal ini, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada PAS khususnya kepada anggota-anggota Unit Amal yang bersama kumpulan kami pada hari tersebut.
Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai telah melakarkan satu wadah baru dalam lanskap sosio politik Malaysia. Sekiranya rakyat berbilang kaum boleh berarak dan berhimpun bersama-sama untuk satu tujuan dan matlamat yang diidami, maka tidak ada alasan mengapa kepimpinan pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat tidak boleh terus mara memimpin agenda perubahan untuk Malaysia dan mengembumikan Barisan Nasional dalam PRU ke-13 nanti.
Baca: Catatan seorang peserta Cina: Saya rasa selamat bersama orang PAS
Baca: Kisah 709 seorang paderi: Air mata saya mengalir demi tanahair ini
*Loke Siew Fook (gambar kanan) ialah Ketua DAPSY merangkap Ahli Parlimen Rasah.
Keluarga Allahyarham Baharudin tuntut KPN mohon maaf
Tuntutan ini terkandung bersama 4 lagi tuntutan lain dalam memorandum yang diserahkan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.
Mereka yang hadir bersama peguam Pakatan Rakyat mahu kesemua pegawai polis termasuk pegawai tinggi yang memerintah operasi di kawasan tersebut digantung tugas sehingga selesai penyiasatan kes ini dan penyiasatan yang komprehensif tanpa sebarang percubaan untuk melindungi mana-mana pihak dijalankan dengan segera.
Selain itu, turut dituntut agar laporan penuh penyiasatan ini dicetak dan disiarkan kepada orang awam serta tindakan pendakwaan dibawa ke atas semua pegawai polis tanpa mengira ketinggian pangkat yang bertanggungjawab di atas kematian arwah.
Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.
"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.
Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.
"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?
"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.
Memorandum tersebut diterima oleh ASP Shafiei Mohamad dan kemudiaanya dipanjangkan kepada pegawai atasan, Ramly Mohamed Yusuf atas permintaan mereka.
Sementara itu, abang Allahyarham, Kasim Ahmad berkata, beliau akan terus menuntut pihak polis bertanggungjawab di atas kekejaman mereka.
Beliau yang merupakan pesara tentera juga berkata, rakyat termasuk allahyarham cuma pencinta demokrasi dan polis tidak wajar bertindak kasar ke atas mereka.
"Rakyat cuma keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil tapi polis khususnya Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jadikan Kuala Lumpur seperti Gaza, penuh huru-hara, jalan semua ditutup, menyusahkan orang ramai," katanya.
Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0.
Sementara itu, seorang saksi kejadian, A. Rajaratanam melahirkan rasa kesal dengan sikap polis yang enggan menghulurkan bantuan meskipun menyaksikan allhayarhan sedang tenat.
"Masa arwah sedang tenat, saya minta polis panggil ambulans tapi mereka enggan.Polis beruniform tidak layan pun permintaan saya.Jadi minta polis jelaskan perkara ini," katanya.