Tuesday, January 31, 2012

FAHAM BUDAYA CINA!!! Mai tengok beza PAS dan PERKASA

Ketika kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengagihkan “angpau bersampul putih” kepada masyarakat Cina sempena sambutan Tahun Baru, parti Islam PAS, menurut warga maya ternyata lebih bijak dalam menghormati budaya bangsa lain.

perkasa open house 290112 ibrahim ali 3Beberapa gambar merakamkan pemimpin PAS termasuk di kalangan akar umbi 'celik budaya' khususnya yang membabitkan masyarakat Cina.

Antaranya, memaparkan gambar seorang pemimpin akar umbi PAS dari Mersing, Johor memberi angpau kepada penjual daging babi telah mendapat sambutan hangat.

Turut mendapat pujian adalah gambar exco kerajaan negeri Selangor Iskandar Abdul Samad mengagihkan angpau di hadapan sebuah gerai menjual daging babi dan tarian "singa hijau" yang diadakan sempena rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran PAS Perlis.

Negara Islam

Warga maya di laman Facebook itu juga membandingkan ‘kecerdikan’ antara PAS dan PERKASA yang didakjwa sebagai ‘buta budaya’ dan gagal memahami kepercayaan serta cara hidup masyarakat Cina di negara ini.

NONE"Ini babak yang mahu dielakkan oleh MCA, momokan mereka mengenai negara Islam akan menjadi sia-sia," kata Denise Yee dalam Facebook.

"Pengerusi PAS bahagian Mersing, Johor (Rosalan Mamat) dan ADUN Cempaka (Iskandar Abdul Samad) menyambut Tahun Baru Cina dengan penjual daging babi sambil mengedarkan limau mandarin. Mereka tidak mengagihkan 'angpau putih’ kepada masyarakat Cina."

Ketika dihubungi Malaysiakini, Rosalan Mamatmengucapkan terima kasih kepada pelayar di Facebook kerana memuji tindakan beliau itu.

Rosalan, 51, yang juga seorang ahli perniagaan berkata gambar itu dirakamkan dua hari sebelum Tahun Baru Cina ketika beliau dan beberpa pemimpin PAS tempatan mengedarkan angpau, limau dan kad tahun baru di sebuah pasar di Mersing.

NONEDitanya mengapa beliau menghampiri dan menyapa penjual daging babi berkenaan dan tidak mengelakkan dirinya kerana bagi masyarakat Islam daging berkenaan dianggap tidak "halal", Rosalan berkata agamanya tidak pernah melarang orang bukan Islam untuk memakan daging tersebut.

Tak ada masalah

"Tidak ada masalah untuk Cina makan babi, hanya umat Islamyang tidak boleh makan daging babi. Kita mesti menghormati budaya Cina dan ini adalah hak mereka.

"Hanya Umno dan orang-orang MCA yang akan memutar-belitkan fakta dan mendakwa bahawa apabila PAS berkuasa, orang Cina tidak akan dibenarkan makan babi," katanya.

Menurutnya lagi, ini adalah kali pertama bagi pemimpin tempatan Pakatan Rakyat keluar bersama mengucapkan selamat tahun baru kepada masyrakat Cina. Sebelum ini mereka menganjurkan aktiviti masing-masing secara sendirian.

NONESementara itu, Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin berkata ini bukan kali pertama parti Islam itu menjemput "singa hijau" memeriahkan majlis mereka.

Menurutnya, sejak dua atau tiga tahun lalu, PAS sebenarnya telah menampilkan persembahan tarian singa di jamuan makannya di Arau dan Sanglang.

Bagaimanapun, beliau berkata ini kali pertama parti itu mengadakan rumah terbuka Tahun Baru Cina dengan menjemput "singa hijau" untuk memeriahkan majlis itu di ibu pejabatnya pada 29 Jan lalu.

Melayu terhibur

Difahamkan bahawa singa hijau itu dijemput dari sebuah kelab sukan di Kedah.

Apabila ditanya mengapa PAS mengadakan persembahan tarian singa, Hashim menjelaskan bahawa mereka mengikuti jejak kerajaan PAS Kelantan yang sentiasa mengalakkan persembahan kebudayaan berbilang kaum.

hashim jasin"Bukan sahaja Cina, orang Melayu juga terhibur dengan persembahan tarian singa. Ia amat menarik."

Ditanya sama ada tindakan itu, cubaan PAS untuk meraih sokongan masyarakat Cina, Hashim (kiri) berkata terpulang kepada rakyat untuk menilai bagaimana parti Islam itu berinteraksi dengan masyarkat berlainan agama dan kaum.

Ini katanya, jelas bertentangan dengan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh PAS akan “memotong tangan dan kaki orang Cina” apabila mereka berkuasa nanti.Malaysiakini

Read more ...

NAMPAK SANGAT UMNONYA!!! Rakyat bimbang penipuan dalam pilihanraya tapi Pengerusi SPR bimbang hari penamaan calon

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj6SsUVnXZKF0J1yEHEJLLNZhLe6fOBZtrfZXIT-rurKOfdZKO7LDe0gLTXtEliHr7YEF976YDfgyVpR2vEyy1vuWMhNykjph9rbRWE3K-lD8SyZBnP2p-tVrDjaw3JUj4Yk4GIJyuv4cM/s1600/spr+love+umno.jpgGEORGE TOWN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahu menghentikan amalan calon yang bertanding pada pilihan raya membawa kumpulan penyokong dalam jumlah yang besar pada hari penamaan calon.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perarakan mengiringi calon ke pusat penamaan calon sepatutnya dimansuhkan bagi memastikan suasana aman pada hari berkenaan.


"Hanya sepuluh penyokong dan wakil-wakil calon dibenarkan. Hari penamaan calon dan hari pengundian adalah yang paling membimbangkan saya," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan taklimat pilihan raya di sini, Selasa.


Beliau berkata berdasarkan pengalaman 16 pilihan raya kecil sebelum ini, sikap penyokong semakin berubah dan sangat berbeza.

"Mereka menjerit, baling botol dan suka mencabar. Sebab itu semua pegawai pengurus mesti mengetahui undang-undang dan peraturan dengan baik," katanya.

Selain itu Abdul Aziz berkata, peraturan menggantung bahan kempen juga akan diperkemaskan kerana menurut beliau tidak ada mana-mana negara yang membenarkan kain rentang atau bendera digantung di pokok atau bangunan awam.

"Tapi di sini, mereka akan panjant pokok, lampu isyarat, tiang lampu untuk pasang kain rentang. Saya fikir kalau seseorang itu berdiri dalam keadaan tetap, badan dia juga akan dihiasi bahan kempen," katanya.

Tambah Abdul Aziz beliau akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan sistem pilihan raya.

Read more ...

NASIHAT ATAU PERLI!!! Zahid Hamidi minta Hasan Ali bertanding atas tiket bebas , tak perlu sertai UMNO

http://media1-cdn.malaysiakini.com/397/364e9af97d1ae581de2353196c943379.gifSHAH ALAM - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membayangkan tidak ada keperluan bekas Exco Kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali bersama parti itu sekiranya mahu terus aktif berpolitik.

Katanya, adalah lebih baik Hasan berjuang dengan caranya sendiri kerana beliau percaya tokoh motivasi itu mempunyai kekuatan sendiri."Kekal lah dalam kepompong sekarang, lebih baik berada di luar Umno dan juga luar Pas.

Beliau boleh membawa agenda yang beliau rasakan sesuai dengannya.

"Hasan ada kekuatannya, jika hendak berterusan berpolitik bertandinglah dengan kerusi bebas," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas melawat Karnival Karangkraf 2012, semalam.

Hasan sebelum ini dipecat daripada Pas berikutan kenyataannya berterusan mengecam parti dan Pakatan Rakyat (PR) dimana keputusan dilakukan selepas Pas Pusat mengadakan musyawarah.

Dalam satu kenyataan, Pas menjelaskan, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) dan setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa Pas Pusat.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Hasan yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.

Menurut Ahmad Zahid, beliau sudah ada jenama sendiri yang mampu berjuang dengan namanya itu.

"Beliau boleh memberikan pendapat yang lebih profesional dengan berada di luar Pas," katanya.

Hasan Ali kini aktif sebagai penceramah Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) dalam usaha membendung orang Islam daripada terpesong akidah.SH

Read more ...

PANAS!!! Budak Suruhan UMNO tuduh Khalid Samad adalah parasit

Oleh: WFAUZDIN NS

Pelesit yang meracau

AKHIRNYA Hassan anak Ali @ Hassan Akidah, menyebut Khalid Samad adalah `parasit' di dalam PAS. Di dalam ceramahnya di Shah Alam malam kelmarin, Hassan Akidah ini mendakwa Khalid Samad yang juga MP Shah Alam sentiasa membantah `kerja-kerja Islam' Hassan Akidah.

Apakah `kerja-kerja Islam' Hassan? Rampas arak? Serbu gereja? Atau, seperti sekarang iaitu bersekutu dan berbaik dengan TV3 suku iaitu media utama penyebar fitrnah dan seks itu kerja Islam Hassan Akidah?

Apa jawapan Khalid Samad atas dakwaan Hassan Akidah? Mahu tergelak rasanya bila membaca jawapan Khalid Samad terhadap Hassan Akidah, kerana tidak disangka Khalid Samad yang tidak setinggi Phd Hassan Akidah nampaknya lebih bijak dan pintar dari Hassan.

Betul lah kata orang, sebijak mana pun seseorang itu, jika duduknya di kawasan penuh taik, maka tidaklah bijak ia.

Kita petik jawapan Khalid Samad terhadap tuduhan Hassan Akidah bahawa beliau adalah `parasit' di dalam PAS. Khalid Samad berkata, " Ini menampakkan yang Hassan sendiri tidak tahu maksud sebenar perkataan parasit yang dilaung-laungkannya itu. Katanya, parasit sebenarnya hidup di atas kekuatan pihak lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. ” Dalam hal ini dialah (Hassan) parasit sebab tumpang nama Pas, saya dah tentu orang Pas sejak dulu lagi. Bagi saya ia hujah yang memalukan bagi seorang yang mempunyai Phd,” katanya pada Mynewshub.my di sini hari ini.

Sebiji tepat ke lubang hidung Hassan Akidah. Sekarang kita tanya, siapa pula `Pelesit'? Pelesit dikenali sebagai `binatang berhantu dan berpuaka' yang sering membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain di samping menjadi perasuk.

Siapa yang ke hulu ke hilir buat bising tidak cukup di dalam media TV3 suku, terbang lah pelesit ini ke pelusuk kota dan desa menghasut dan merasuk orang ramai? Jawapannya Hassan Akidah. Beliau adalah `Pelesit' sebenar.
Mulanya menghasut orang ramai agar tidak hadir ke mahkamah Jalan Duta pada 09 Jan yang lalu untuk menyokong DS Anwar. Ada sesiapa yang terasuk dengan pelesit ini?

Terbukti, ribuan orang hadir menandakan tidak semua rakyat mempunyai hati yang sebusuk Hassan Akidah. Dikatakan beliau tercampak dari PAS kerana hasutan Azmin, kemudiannya menyalahjkan DS Anwar, kemudiannya menuding jari pada `parasit' pula. Mana satu, wahai pelesit?

Setelah cuba menghasut orang ramai agar tidak menyokong DS Anwar dan beliau gagal, pelesit ini tidak berputus asa. Baru-baru ini di Shah Alam, beliau menghasut pula agar orang ramai agar jangan mengundi PAS yang diwakili oleh Khalid Samad di Shah Alam di dalam PRU nanti.

Hati yang busuk sang pelesit ini semakin terserlah. Menghasut orang ramai agar tidak mengundi Khalid Samad sebagai calon PAS, bererti Hassan Akidah ini mahu Umno menang. Mahu Umno menang, ertinya Hassan Akidah ini pejuang Islam? Kelakar, bukan?

Mari kita cabar sang pelesit ini agar bertanding satu lawan satu dengan Khalid Samad di Shah Alam. Tentu sekutu Apco akan sudi memberikan laluan untuk Hassan Akidah bertanding di situ. Ada berani?

Paling tidak pun, kita cabar Hassan Akidah ini berdebat dengan Khalid Samad atas isu `Siapa Parasit dan siapa Pelesit". Ada berani? Jawapannya, Hassan Akidah akan menjawab sama seperti `tuan baru'nya iaitu Haji Najib bahawa jika debat diadakan, pasti Khalid Samad akan demam. Itulah jawapan lazim puak bacul dulu, kini dan selamanya./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...

TAK NAK 1CARE!!! Projek menindas dan menzalimi rakyat


Skim ‘1 Care’ akan kenakan cukai ke atas pesakit


Kemarahan umum meningkat terhadap cadangan "1 Care" skim penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan, pengkritik mendakwa ia memaksa pekerja dan perniagaan untuk memberikan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi menguruskan dana kesihatan kerajaan.
Walaupun maklumat terperinci skim masih samar-samar dan pegawai-pegawai Kementerian Kesihatan menyifatkan masih "terlalu awal" untuk mengkritik, pengamal perubatan dan persatuan pengguna memboikot cadangan itu sejak Disember lalu bermula kempen "Tak Nak 1 Care", berharap Putrajaya mengkaji semula sebelum dikuatkuasa.
Menggelar diri mereka "Gabungan Membantah Penswastaan Perkhidmatan Kesihatan", kumpulan ini telah menggunakan media alternatif dengan menggunakan laman sosial Facebook, Twitter, blogs dan Youtube untuk menyebarkan maklumat tentang skim seterusnya mendapat sokongan orang ramai.
Kumpulan ini antara lain telah membuka laman komuniti di Facebook yang dinamakan "#TakNak1Care", Twitter menggunakan akaun @taknak1care dan memuatnaik beberapa video klip di Youtube, menggesa rakyat menolak skim itu.
Usaha itu mendapat perhatian dengan cepat di Internet malah menarik perhatian Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang terlibat secara peribadi dalam perbincangan dengan kumpulan itu di laman Facebook.
Difahamkan skim "1 Care" dimodelkan selepas Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan United Kingdom (NHS), satu sistem pembiayaan penjagaan kesihatan dan telah ditekankan dalam Rancangan Malaysia ke-10 untuk Pelan Strategik Kementerian Kesihatan 2011 - 2015.
Difahamkan skim mempunyai lima fasa dan kini sudah memasuki fasa ketiga dan inisiatif penuh, perbincangan dengan doktor dan farmasi seluruh negara, akan dibentangkan kepada Kabinet pada Mac
Menurut anggota CHC, "1 Care" akan menggantikan sistem dua peringkat (awam dan swasta) penjagaan kesihatan dengan memiliki maklumat sulit hospital awan dan swasta, dengan harapan dapat memastikan ia lebih "saksama" kepada rakyat merentasi sosioekonomi.
Di bawa sistem dua peringkat, rakyat Malaysia boleh memilih rawatan di klinik swasta atau hospital dengan pembayaran ditanggung sendiri atau melalui tuntutan insurans atau mendapatkan rawatan di klinik kerajaan atau hospital dan pembayaran di bawah kos minima, di bawah subsidi penjagaan kesihatan.
Melalui "1 Care", CHC berkata ia akan mewajibkan semua individu yang berpendapatan termasuk kakitangan kerajaan dan pesara, perniagaan dan menyumbang 10 peratus pendapatan mereka kepada agensi kerajaan, Skim Insurans Kesihatan Sosial (SHI) .
"Jadi sesiapa yang mampu bayar akan bayar, mana yang dikecualikan membayar seperti orang miskin dan sebagainya akan tetap mendapat faedah perubatan asas percuma yang ditawarkan di bawah skim itu. Pada asasnya mereka yang mampu akan bayar bagi mereka yang tidak boleh," kata anggota CHC.
Tetapi, selain sistem "perkhidmatan-sebelum-bayar" di bawah "1 Care", CHC juga mempersoalkan faedah penjagaan kesihatan yang terhad di bawah skim itu seperti jika seorang pesakit dirujuk kepada doktor pakar (GP); rawatan hanya enam kali sehari; rawatan hanya seorang pesakit setiap kali memberi perkhidmatan dan pembekal penjagaan kesihatan (PHCPs) dinilai di bawah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) diberikan penalti.
"Dalam sistem ini, keuntungan PHCPs dengan mengiklan perkhidmatan SHI. Seperti semua insurans, SHI tidak meluluskan semua tuntutan. PHCPs mungkin dikenakan tindakan kerana memberi terlalu banyak perkhidmatan atau merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital atau pakar.
"Doktor mungkin perlu kurangkan khidmat penjagaan kesihatan bagi mengelak penalti...tetapi anda tidak berhenti membayar atau bayar kurang ke SHI," dakwa kumpulan itu dalam video di Youtube.
Menjelaskan perkara ini, anggota CHC memberitahu "1 Care" memperuntukkan tuntutan maksimum RM360 setiap pesakit untuk GP dari SHI, dengan RM60 setiap kali rawatan.
"Dan dengan kuota-kuota KPI, GP akan cuba melengah-lengahkan dari merujuk terlalu ramai pesakit ke hospital. Sesiapa yang memerlukan rawatan segera, yang perlu ke hospital sendiri dan membayar sendiri," adu anggota itu.
Semasa cuba mengurangkan kebimbangan ke atas "1 Care" baru-baru ini, Dr Noor Hisham menjelaskan ia hanya "peringkat konsep" dan penstrukturan semula sistem penjagaan kesihatan negara amat diperlukan.
"Sekarang sektor awam akan membelanjakan RM16 bilion dan mendapatkan semula dua peratus. Sebaliknya kami tidak mahu membebankan rakyat tetapi melihat pelbagai pilihan dan model.
"Pada ketika ini tiada apa yang telah dipersetujui sehingga semuanya mendapat persetujuan orang ramai dan kami perlu mengkaji kos analisis. Bagaimanapun ada banyak andaian dan spekulasi dan imej buruk seperti kempen TAK NAK.
"Saya hairan dari mana mereka mendapatkan angka-angka itu tanpa disokong data substantif," katanya dalam satu respons.
Namun dakwaan CHC, ia dipercayai undang-undang baru "Akta 1 Care" dijadualkan untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi, kemungkinan pada awal Mac.
CHC akan menemui pemberita untuk memberitahu mengenai perkara itu esok, disusuli Forum Awam Kesihatan Selangor-Kuala Lumpur pada 12 Februari....


SATUUUUUUUUUUUUUUUUU...MALAYSIA....SATUUUUUUUUUUUUUUUU.... MALAYSIA.....SATUUUUUUUUUUUUUU.... MALAYSIA......RAKYAT DIPERBODOHKAN KEUNTUNGAN KRONI DIUTAMAKAN

OMAK KAU

Read more ...

JOLI WANG RAKYAT!!! Hukuman penjara 35 tahun untuk Presiden Tunisia yang digulingkan rakyat

Emelda Marcos versi arab

Presiden Tunisia yang digulingkan Zine el Abidine Ben Ali dan isterinya dijatuhi hukuman penjara masing-masing 35 tahun, Isnin, dalam persidangan in absentia kerana menggelapkan dana negara, kata seorang hakim.

Hakim Touhami Hafi juga mendenda bekas pemimpin Tunisia yang kini berada dalam buangan itu 50 juta dinar (25 juta euro) dan isterinya, Leila Trabelsi, 41 juta dinar, pada hari pertama persidangan itu, lapor AFP.

Dia menunda persidangan dalam kes kedua sehingga 30 Jun untuk memberi masa peguam Ben Ali mempersiapkan pembelaan mereka.

Ben Ali dan Trabelsi dituduh melakukan penggelapan dana selepas penemuan wang dan perhiasan di dalam istana mereka di sebuah daerah di Tunisia.

Kes kedua, yang hanya ditujukan pada Ben Ali, melibatkan senjata dan dadah yang khabarnya ditemui di sebuah tempat tinggal presiden di Carthage.

Ben Ali membantah semua tuduhan tersebut sebelum persidangan itu melalui peguamnya, Akram Azouri.

Mantan presiden itu, isterinya dan kedua-dua anaknya kini berada dalam buangan di Arab Saudi.

Ben Ali meninggalkan negaranya pertengahan Januari selepas berkuasa 23 tahun di tengah-tengah tuntutan yang meningkat agar dia mengundurkan diri meskipun dia telah menyatakan tidak akan mengupayakan pembaharuan masa jabatan selepas 2014. Dia dikhabarkan berada di Arab Saudi.

Dia dan isterinya serta ahli-ahli lain keluarganya kini menjadi buruan dan Tunisia telah meminta bantuan Interpol untuk menangkap mereka.

Read more ...

MAK AI!!! Terdesaknya sampai kena buat kempen 'Sayang Najib'

http://2.bp.blogspot.com/_5hd7oe3kKow/SqkAaSkdoFI/AAAAAAAADlY/2DbKSgRs_Ug/s400/sayang+najib.jpgKempen 'Sayang Najib' dilancarkan oleh dua kumpulan, Murid-Murid Persatuan Dewa Kuan Seng Teoh Kong dan Kelab Belia Graduan 1 Malaysia, hari ini dengan matlamat untuk menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk di bandar raya ini terutamanya kepada bukan Melayu.

Menurut mereka, Najib telah membawa usaha untuk cuba memenangi semula sokongan masyarakat Cina dan India, yang telah meninggalkan BN pada Pilihan Raya 2008 yang membawa kepada prestasi terburuk Bn dalam pilihan raya yang pernah diadakan.

Kempen Yang Sia-Sia
Kempen ini dianggap oleh Rakyat pelbagai kaum di negara ini sebagai satu lagi usaha memperbodohkan Rakyat oleh kerajaan UmnoBn.

Najib terpalit dengan satu siri skandal yang melibatkan ahli-ahli Kabinet, terutama kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikaitkan dengan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat, yang telah mencalarkan usaha Najib.

Dan juga satu-satunya cara bagi Najib untuk memenangi hati bukan Melayu adalah menghentikan sikap perkauman, menghentikan rasuah yang berleluasa seperti NFC, kontrak pertahanan, menghentikan pemberian imbuhan untuk memenangi undi yang menggunakan wang rakyat, menjalankan pilihan raya yang adil, memberhentikan jurang kaum, berhenti memanipulasi jentera Kerajaan dan lain-lain yang amat menjijikkan kepada rakyat biasa. Barulah bukan Melayu akan menghormati Najib dan akan mengundi untuk dia! Tetapi itulah yang paling mustahil perkara yang akan dilakukan oleh Najib.

Tanggapan semua rakyat Malaysia adalah beliau tidak dapat mengawal isterinya sendiri dan dianggap sebagai pemimpin yang sangat lemah… sehinggakan beliau menunjukkan sikap flip flop dalam kes perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim yang mana mahkamah mendapati anwar tidak bersalah, tetapi Peguam Negara membuat rayuan yang memalukan. Oleh itu, apa yang boleh rakyat biasa harapkan daripada Najib???

Rakyat mahukan perdebatan dengan Anwar Ibrahim diadakan bagi menilai hujah-hujah dan pandangan yang selama ini Rakyat masih tercari-cari jawapan yang terbaik dari kedua-dua pemimpin.

Rakyat juga akan sentiasa ingat orang-orang yang tidak memohon maaf kerana cuba untuk menghunus keris dengan darah Cina, memanggil Cina pendatang, balik Cina (baca sini) dan dalam keadaan hina Najib membiarkan bintang porno Chua Soi Lek menjalankan propaganda-propaganda liar yang membangkitkan keresahan Rakyat.

Janganlah perbodohkan Rakyat lagi dengan propaganda-propaganda murahan yang dapat ditangkis sendiri oleh Rakyat di negara ini.

Read more ...

PERKASA PUNYA HAL!!! Collin Tiew terpaksa minta maaf

Collin Tiew (President Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Istimewa Insan) perkasa cny open houseAhli jawatankuasa MCA bahagian Seputeh, Collin Tiew mendakwa beliau menjadi mangsa kerana membawa kira-kira 50 orang ke rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran kumpulan pendesak Melayu, PERKASA di Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.

Dakwanya, walaupun beliau menyedari majlis itu anjuran PERKASA, namun beliau berpendapat ia hanya lawatan Tahun Baru Cina dan tidak menjangkakan tindakan berkenaan akan mengundang kontroversi.

"Bukan niat saya (untuk menyinggung sesiapa), Jika tindakan saya telah melukakan hati orang ramai, saya mohon maaf kepada masyarakat Cina," katanya.


PERKASA pada majlis rumah terbuka anjurannya Ahad lalu mengundang kontroversi selepas presidennya Datuk Ibrahim Ali memberikan 'ang pow' dalam sampul surat putih, satu amalan yang hanya dikhaskan ketika pengkebumian dalam budaya masyarakat Cina.


Tiew, yang juga ketua cawangan MCA Sri Desa, menimbulkan kemarahan warga maya apabila beliau hadir pada majlis itu.


Mempertahankan tindakannya itu, Tiew berkata beliau hadir atas kapsitinya sebagai pengerusi sebuah persatuan kebajikan dan bukannya ahli MCA.


perkasa open house 290112 ibrahim ali 2
Disoal mengapa beliau naik ke pentas semasa majlis itu dan memuji PERKASA, Liew mendakwa beliau semata-mata menterjemahkan ucapan Ibrahim untuk hadirin yang berbangsa Cina.

"Saya sedang menghadiri satu lagi rumah terbuka dan tiba ketika Ibrahim menyampaikan ucapan. Pengacara majlis tiba-tiba meminta saya untuk menterjemahkan ucapan Ibrahim.


"Saya tidak sokong apa yang beliau kata, saya hanya terjemahkan."

Read more ...

HASAN ALI TUBUH JATI!!! JATI tu apa? Jual Agama Tipu Islam ka?


Bekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan ‘Jati’ untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu.

”Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)…saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati,” katanya kepada pemberita di sini.


Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan ‘parasit’ yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS.


Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno.


Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini.


Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk ‘kuasa ketiga’ yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13.


Psssstt.. JATI ITU APA?... Jual Agama Tipu Islam ke??????

OMAK KAU

Read more ...

HABIS DUIT RAKYAT!!! Peralatan Stadium Sultan Mizan RM50Juta dicuri


Tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh berlaku pada 2 Jun 2009 kira-kira pukul 9.30 pagi, ianya telah mengakibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh mengakibatkan struktur besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk dan kerugian awal yang dianggarkan sejumlah RM25 juta.

Stadium berharga RM292 juta itu baru siap kira-kira setahun lepas dan dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada 3 Julai 2009 dalam mStar , menyatakan bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk mengetahui punca runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak.

Malah beliau juga berkata perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur dijangka menyerahkan hasil siasatan dalam tempoh tiga bulan.


Manakala Utusan Malaysia pada 6 Jun 2009 melaporkan , bahawa Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.

Buletinonline.com pada 15 Julai 2009 pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata setakat ini, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.

Sudah hampir 3 tahun.. dimanakah laporan siasatan oleh SPRM ?

19 Disember 2011, Sinar Harian melaporkan Kerajaan Negeri Terengganu mengambil keputusan membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bermula awal tahun depan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan berlaku.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, kerja membaik pulih yang akan dilakukan itu melibatkan padang bola terlebih dahulu kerana ia rosak akibat tidak digunakan sejak kejadian struktur bumbungnya runtuh lebih dua tahun lalu.

Malangnya.. sebelum proses baik pulih yang dijangka menelan belanja puluhan juta RM bermula..

Berita Harian pula melaporkan Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak lesap dipercayai dicuri.










Siapa yang harus kita persalahkan??

Tapi biar siapapun yang bersalah yang pasti wang dari pembayar cukai akan digunakan untuk menggantikan atau membaiki apa yang telah rosak dan hilang itu..

Yang pasti juga ialah para kroni akan bergembira!!



Sumber gambar dan lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

ASD

Read more ...

BUTA PERUT!!! Ada juga pensyarah kangkong kata Alor Setar tak berubah di bawah PR

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Apabila membincangkan aspek kejayaan atau kegagalan sesebuah kerajaan negeri perkara penting yang perlu dibuat ialah mengenalpasti skop pertanggungjawapan.

Ada urusan yang menjadi bidangkuasa negeri semata-mata, misalnya urusan tanah, pentadbiran agama Islam dan protoKol istana.

Ada urusan yang menjadi bidangkuasa kerajaan Persekutuan semata-mata, misalnya pengurusan kesihatan, pendidikan melibatkan sekolah dan IPTA dan keselamatan. Ada juga urusan yang menjadi tanggungjawab bersama, misalnya bidang pertanian dan kebajikan.



Akibat kejahilan sebahagian rakyat dalam mengenalpasti peranan dua kerajaan ini (Pusat dan negeri) maka BN telah mengeksploitasi sepenuhnya keadaan itu dengan mendakwa bahawa segala yang buruk berlaku di dalam negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat adalah berpunca dari kelemahan kerajaan negeri. Manakala semua kejayaan adalah dibuat oleh Pusat.

Media BN menyerang kerajaan negeri berhubung isu ekonomi dan pengangkutan awam, walhal perkara tersebut di bawah bidangkuasa Pusat.

Mereka juga membangkitkan isu jalan MADA dan jalan luarbandar yang gagal diturap walhal perkara tersebut tidak menjadi tangungjawab kepada kerajaan negeri.

Mereka membangkitkan isu pelancongan, pelaburan dan kebajikan sedangkan perkara tersebut adalah isu bersama yang mesti ditangani oleh Pusat dan Negeri.

Baru-baru ini RTM menganjurkan forum Bicara Rakyat. Seorang pensyarah kangkong dari sebuah IPTA menghentam kerajaan negeri kononnya sepanjang empat tahun mentadbir negeri tiada perubahan yang dilihatnya di Bandaraya Alor Setar.

Mujur antara yang menjadi panel forum tersebut ialah Exco Kerajaan Negeri Kedah Dr. Ismail Salleh. Beliau menjawab dengan ilmiah dan berhemah. Jika penulis yang menjadi panelis maka ayat pertama yang dilontarkan ialah, “Awak pensyarah buta!”


Begitu banyak perubahan yang berlaku di Bandaraya Alor Setar sepanjang empat tahun, jika perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan fizikal (yang menjadi kayu ukur pembangunan BN yang sekular); maka dalam tempoh yang singkat begitu banyak kawasan perumahan yang muncul di Langgar, Tandop, Alor Mengkudu, Kuala Kedah, Kuala Sungai dan Mergong sekaligus mengubah lanskap bandaraya Alor Setar.

Perumahan dibangunkan oleh pihak swasta dan GLC melalui perancangan teliti serta kelulusan oleh kerajaan negeri. Apabila wujudnya perumahan, sekaligus mewujudkan premis-premis perniagaan yang akan menjana ekonomi negeri.


Pusat Bandaraya Alor Setar kini berubah wajah. Bangunan serbanika yang usang di Stesyen Bas Baru dirobohkan dan dibangunkan UKIR Mall yang tersergam gagah.

Ia projek Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Di belakangnya dibina medan selera yang baru dan cantik. Di sisi UKIR Mall yang dahulunya menjadi bangunan usang tinggalan sebuah syarikat bas, kini dibangunkan sebagai gerai-gerai makanan ala ‘one stop center’. Berpuluh peniaga Melayu boleh mencari rezeki.


Kalau di zaman BN Bandaraya Alor Setar hanya menjadi bandar mati, atau sekadar tempat anak muda melepak dan merempit kini bandaraya lebih ceria dengan wujudnya bazaar larut malam di perkarangan stadium dan bazaar sinar malam di perkarangan Pekan Rabu. Hampir semua yang terbabit dengan perniagaan adalah golongan Bumiputera.


Di sepanjang jalan utama pusat bandar, Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) membina tembok penghadang. Di samping mencantikkan pemandangan ia mengurangkan ancaman keselamatan terhadap pejalan kaki. Bulatan Jalan Kota dibangunkan semula.


Anak Kedah di perantauan pulang ke Kedah dan berkunjung ke Alor Setar tercari-cari di mana letaknya ‘junjungan mahkota’ di bulatan Teluk Wanjah.

Rupanya ia sudah hilang apabila sebuah jalan atas yang lebih besar dibina di situ. Kalau ada orang yang mendakwa wajah Alor Setar tidak berubah, maka individu itu sangat ketinggalan zaman.


Di zaman BN terdapat sebuah bangunan usang gergasi bersebelahan Menara Alor Setar. Pihak menara agak sukar melakukan promosi terhadap menara kerana pemandangan pertama yang pengunjung saksikan ialah sebuah bangunan lusuh yang terbengkalai.

Bangunan itu terbengkalai selama 33 tahun tanpa dapat dilakukan apa-apa oleh lima orang Menteri Besar BN.


Alhamdulillah, selepas tiga tahun Pakatan Rakyat mentadbir bangunan usang itu berjaya dirobohkan untuk dibangunkan sebuah super mega mall.

PKNK dengan kerjasama sebuah syarikat swasta akan membangunkan kawasan tersebut dengan nama Aman Central. Pembinaan projel Aman Mall yang bernilai 500 juta itu sedang berjalan dan dijangka siap dalam masa 30 bulan.

Di penjuru super mega mall itu akan dibina sebuah surau besar yang boleh menampung 400 jemaah dalam satu masa. Ia mungkin kali pertama di negara ini sebuah pusat membelibelah raksasa mempunyai sebuah surau yang gah terserlah, ada kubah dan menara serta boleh melaungkan azan sepanjang lima waktu melalui pembesar suara tanpa halangan. Ia tidak berlaku atau tidak mampu dibuat di zaman BN.


Itulah yang membuatkan UMNO Kedah meracau siang malam, lalu mengaitkan pembinaan projek raksasa Aman Central kononnya melalui perobohan sebuah bangunan bernama Salihiah.

Ia didirikan di atas tanah wakaf Majlis Agama Islam Kedah (MAIK). Madrasah yang didakwa sebuah surau itu sebenarnya adalah sebuah bangunan yang sebelum ini adalah pejabat sebuah syarikat insuran.

Terdapat sebuah surau di ruang atas bangunan itu tetapi tidak dimakmurkan sepanjang waktu.


Apabila Majlis fatwa memutuskan bahawa tanah wakaf dan bangunan itu boleh ditukar tempat melalui kaedah istibdal, maka pembangkang mengambil kesempatan mengeksploit sebagai isu itu sebagai isu politik, kononnya kerajaan negeri memaksa 10 ahli Majlis Fatwa membuat fatwa mengikut kehendak pemaju. Sungguh dungu tuduhan itu.


Apa yang hendak diceritakan di sini ialah kejayaan kerajaan PR mengubah wajah bandaraya Alor Setar dari aspek pembangunan fizikalnya, jika itulah yang ditagih oleh pihak pembangkang yang sering memomokkan kononnya kerajaan negeri tidak melakukan apa-apa.


Penulis hanya mencatatkan secebis dari begitu banyak perubahan di bandaraya Alor Setar, belum lagi di tempat lain. Ruangan amat terhadap untuk menyenaraikan perubahan lanskap fizikal seluruh negeri Kedah.

Sekurang-kurangnya ia dapat mencelikkan tohmahan seorang pensyarah kangkong pro BN.


Jika projek kerohanian pula yang ditohmah sebagai tidak dilakukan sepanjang PR memerintah Kedah, maka ia lebih sedap untuk disenaraikan.

Kuliah agama di seri Mentaloon, Kem Anak Soleh, Kem Bina Insan, Kem Bina Sahsiah, Kem Belia Sejahtera, Mahligai Sejahtera, bantuan terhadap sekolah agama rakyat, guru Al-Quran sukarela, guru pra sekolah adalah antara yang berlaku di zaman PR oleh kerajaan negeri tetapi tidak dilakukan oleh kerajaan negeri dahulu.


Tapi biasalah pembangkang, jarang menumpu aspek kerohanian di Kedah untuk menyerang kerajaan negeri kerana mereka pun ‘kemere’ dalam bidang tersebut.


Read more ...

RUPANYA!!! Bukan Brahim Ali sahaja takut bini, Mat Maslan pun sama


Sama ada pengakuan terbaru ini benar atau tidak wallahuakhlam bissawab.....

dulu dia mengaku secara terbuka menengok video seks bersama bini dia...

kini mengaku pula yang beliau takut bini....

bini dia tak izinkan dirinya berdebat dengan sesiapa sebab kalau kalah malu satu keluarga...tengok video seks tak pe...

satu keluarga tak malu...satu keluarga rasa bangga sebab ada sepasang suami isteri giler gaban tengok video seks bersama...

saling tak tumpah perangai macam bosnya....

Inilah kualiti yang ada pada para pemimpin
UMNO....bacul takut bini........


PSSSTTTT.....INGATKAN HEBAT....RUPA-RUPANYA TAKUT BINI...BUKAN SATU KELUARGA MALU....SATU UMNO MALU...KWAH KWAH KWAH



BUDAYA DEBAT BUDAYA BARAT, TIDAK SESUAI DIGUNA PAKAI DINEGARA KITA...AHMAD MASLAN KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

UMNO secara rasminya mengistiharkan yang budaya berdebat ditolak secara total sebab ianya datang dari budaya barat...

ini berikutan penolakkan kali ketiga Hj Ah Jib Gor yang takut menikus dan bacul bila dipelawa berdebat secara "live" oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan keseluruh negara mengenai isu dan topik yang membabitkan kepentingan negara iaitu politik dan ekonomi....

membiarkan rakyat melihat sendiri serta membolehkan mereka berfikir dan menilai parti kelompok manakah yang lebih memberi faedah dan keuntungan kepada masa depan rakyat...

Bila budaya memberi ruang dan peluang rakyat berfikir dan menilai secara rasional maka itu amatlah digeruni oleh UMNO..

bila rakyat bebas berfikir dan menilai maka sudah pasti segala kepalsuan,kejijikkan dan penipuan yang selama ini disorok dan diselindungi akan terburai dan terungkai akhirnya....

maka dijadikan alasan kononnya negara kita negara berbilang kaum dan agama....

alasan picisan yang memualkan serta memalukan...

alasan yang menghina dan memperleceh serta memperlekehkan kebijaksanaan rakyat .....

walaupun negara kita sudah dikatakan mencapai kemerdekaan lebih 54 tahun....

alasan lapuk dan pupus tarikh serta politik purba dan primitif masih lagi didendangkan oleh UMNO bila berdepan dengan kemelut yang dia tidak mampu atasi...

jelas UMNO kini sudah dilihat sebagai sebuah parti politik yang sudah uzur dan lemah longlai...

parti politik yang sudah gersang dan kering kontang idea yang bernas yang menyakinkan....

lesu dalam sifat keberanian...lumpuh jati diri untuk dibanggakan...

dengan itu tidak menghairankan mengapa anak-anak muda lari bertempiaran dari dipalitkan diri mereka dengan UMNO..merasa malu untuk menyokong UMNO...

rasa amat terhina jika menjadi ahli UMNO.


Jika alasan poyo oleh Ketua Penerangan UMNO diambil pakai maka pertandingan debat tahunan antara varsiti merebut Piala Perdana Menteri hendaklah dimansuhkan serta merta...

kerana ianya budaya barat... budaya yang memudaratkan keharmonian negara kita... sebab warga varsiti terdiri dari pelbagai latar belakang bangsa dan agama...


Apalah punya alasan bangang yang diberikan oleh Ketua Penerangan UMNO ini...ish ish ish ish...

MASANYA SUDAH TIBA UNTUK
UMNO MENJADI PARTI PEMBANGKANG DINEGARA KITA....JIKA TERUS MENTADBIR NEGARA MAKA RAKYAT AKAN TERUS DIBANGANGKAN.

JADILAH WARGA YANG CERDIK...TOLAK
UMNO....TOLAK PARTI YANG MENGHINA KEBIJAKSANAAN RAKYAT UNTUK BERFIKIR DAN MENILAI.

OMAK KAU

Read more ...

AZIZ BARI!!! 'UIA boleh ambil profesor, tapi bukan ilmu saya'

Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari berkata, beliau tidak kisah gelaran sama ada gelaran profesornya ditarik balik oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau tidak kerana kepakaran yang dimiliki tetap bersamanya.

"UIA boleh tarik gelaran itu tapi UIA tak boleh ambil ilmu saya. Kepakaran saya akan terus bersama saya.


"Saya tidak boleh sekat orang panggil saya profesor; apa pun saya saya tidak kisah ada gelaran atau tidak. Saya tetap saya," katanya.


Dr Aziz hari ini dilaporkan tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah menamatkan perkhidmatan dengan UIA.

Menjawab pertanyaan pembaca
Utusan Malaysia, Bahagian Komunikasi Korporat UIA berkata, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

Dalam kenyataannya kepada
Malaysiakini, Dr Aziz berkata, beliau sedih dengan gelagat UIA yang didakwa jelas menjadi "alat orang lain" dengan mengeluarkan kenyataan memalukannya, hanya kerana pertanyaan sepucuk surat pembaca "yang jahil" tentang ilmu dan gelaran profesor.

"Nampak macam UIA hendak ikut sama memalukan saya supaya saya sukar menghadapi hari-hari yang mendatang. Negara sudah tahu saya tidak lagi berkhidmat di UIA; jadi perlukah UIA membuat kenyataan begitu?" katanya.


Dr Aziz juga berkata, secara faktanya, ramai "profesor pencen" masih dipanggil profesor kerana orang yakin dan hormat dengan ilmunya dan setakat ini tidak ada universiti di Malaysia yang membuat kenyataan umum seperti UIA itu.

Read more ...

KEPALA BABI !!! Dah dapat agak , puak mana yang lempar di masjid

Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.

NONE
Menurut ADUN Rawang Gan Pei Nei (dua dari kiri) kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.

Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.


Gan berkata anggota polis berkenaan adalah dari balai polis Rawang dan kes itu akan disiasat oleh jabatan siasatan jenayah.


Beliau mengutuk tindakan itu sebagai perbuatan provokatif yang cuba menyinggung sensitiviti agama, sambil menambah bahawa ia mungkin bermotifkan politik memandangkan pilihan raya umum semakin hampir.

Menurut Gan lagi, kejadian seumpama itu bukannya berlaku secara spontan kerana Masjid Nurul Iman telah bertapak di situ selama 48 tahun.


NONE
"Pilihan raya umum semakin hampir dan ada orang cuba untuk timbulkan masalah," katanya.

Gan menggesa pihak polis mempercepatkan siasatan dan membawa penjenayah ke muka pengadilan.


Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu yang juga meninjau masjid berkenaan berkata bahawa Gan akan mewakili kerajaan negeri pada mesyuarat jawatankuasa masjid malam ini dan melaporkan kepada Menteri Besar untuk tindakan susulan.


Liu juga mengecam tindakan itu yang dianggap sebagai provokatif tetapi bersyukur kerana semua pihak, khususnya jawatankuasa masjid berkenaan tidak bertindak sebarangan tetapi kekal tenang.


Beliau juga enggan membuat sebarang spekulasi dan berkata adalah lebih baik bagi membiarkan pihak polis melakukan siasatan mereka.

Read more ...

TAMBAH MASALAH!!! BN gagal urus bantuan rakyat

Oleh Hafiz Zainuddin


31 JANUARI – Sama ada rakyat gembira, skeptik, bersyukur atau apa pun, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi RM500 seorang telah dan sedang diagihkan mengikut beberapa fasa.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa bantuan ini dapat menaikkan moral penyokong dan imej pentadbiran beliau yang semakin buruk dengan pelbagai pembongkaran skandal.

Pemberian bantuan ini melibatkan anggaran kos RM2.6 bilion meliputi sekurang-kurangnya 79.5% isi rumah negara ini. Belanjawan 2012 yang lalu turut memperuntukkan sejumlah besar RM790 juta baucar buku bagi pelajar sekolah, penuntut IPT awam dan swasta.

Kita amat mengalu-alukan inisiatif sebegini. Ia duit rakyat dari cukai rakyat dan hasil sumber negara. Ia bukan duit poket mana-mana parti.

Tanda soal besar yang berlegar di fikiran rakyat ialah kenapa pemberian one-off seperti ini merupakan yang pertama kali setelah 54 tahun negara merdeka walhal ekonomi Malaysia tidaklah sestabil seperti dulu.

Apa lagi dengan jumlah defisit negara mencatatkan kenaikan mendadak dari RM217 bilion pada tahun 2004 kepada RM437.2 bilion seperti yang dicatatkan sehingga Jun 2011.

Umpan PRU ke-13

Seperti mana yang rakyat jangkakan, adakah durian runtuh ini ikhlas dari kerajaan atau pun semata-mata umpan untuk PRU ke-13? Apakah dengan bantuan ini juga rakyat boleh berasa lega dengan keadaan perbelanjaan isi rumah yang semakin meningkat? Lagi pun pemberian ini ‘berkala’ dan bukannya setiap bulan.

Mungkin juga pemberian bantuan one-off ini adalah bantuan once in a whole life, sekali seumur hidup.

Kita sendiri boleh menilai sejuh mana keberkesanan pemberian ini dalam menangani masalah ‘duit poket’ rakyat dan kemiskinan bandar yang semakin meruncing.

Banyak lagi isu terdahulu yang harus diselesaikan dengan kadar segera oleh kerajaan. Kajian Perolehan Pendapatan oleh Kementerian Sumber Manusia pada 2009 yang menunjukkan bahawa 34% daripada 1.3 juta pekerja di negara ini menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan iaitu dibawah RM720 sebulan.

Kita percaya pada tahun 2012, peratusan pekerja yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan akan meningkat selagi kerajaan tidak melaksanakan gaji minimum seperti yang diperjuangkan oleh kesatuan-kesatuan pekerja dan Pakatan Rakyat.

Ini tidak lagi melibatkan masalah pelajar dan kos pendidikan tinggi di Malaysia yang boleh dilihat sebagai sebuah ‘kilang cap duit.’

Tambah lagi masalah…

Sedangkan masalah lama belum mampu diatasi, ia ditambah pula dengan isu bantuan one-off ini yang berbangkit.

Yang pertamanya melibatkan ketelusan dan kaedah penilaian penerima bantuan. Keduanya ialah, bantuan ini seolah-olah menggalakkan lagi budaya konsumerisme melampau yang tidak sihat di kalangan warga.

Budaya konsumerisme bermaksud keasyikan masyarakat membeli-belah. Memang ia hak bebasan individu tetapi apabila yang tidak mampu memaksa diri berbelanja kerana tekanan psikologi persekitaran, ia boleh menimbulkan krisis kemasyarakatan.

Lihat sahaja kedai-kedai buku sekitar pusat membeli-belah utama dan sebagainya yang menerima baucar RM200 pelajar, bukan sahaja digunakan untuk membeli bahan rujukan tetapi juga majalah dan komik-komik kegemaran sekali gus mencipta ‘keperluan-keperluan baru’.

Kita juga digemparkan dengan penjualan baucar buku di internet, malah ada juga yang menggunakan wang bantuan RM500 tersebut untuk menukar telefon bimbit baru dan sebagainya.

Jika kerajaan benar-benar ingin membantu rakyat yang kurang berkemampuan, mengapakah bantuan ini tidak disalurkan melalui agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Baitulmal, rumah-rumah kebajikan dan sebagainya? Apakah kerajaan sendiri tidak yakin dengan kemampuan agensi-agensi tersebut mengurus dana yang diamanahkan?

Atau, cukuplah dengan menurunkan takrif elektrik dan kadar petrol semasa sen, seluruh negara akan bergembira. Jika kapitalis penjana kuasa bebas (IPP) boleh mendapat subsidi kerajaan, mengapa tidak rakyat jelata?

Dengan kadar rakyat yang muflis dan penggangguran yang semakin meningkat, ditambah lagi dengan kebanjiran pendatang asing, kenaikan harga barang keperluan, kebocoran dana awam, gejala rasuah dan salah guna kuasa, defisit negara yang meningkat lebih 50% dari KDNK; kita hanya mampu menggeleng kepala sebelum merumuskannya di atas kertas undi.

Ternyata, inisiatif bantuan rakyat ini tempang dengan segala masalah ‘lepas pandang’ dan retorik semata-mata untuk meraih sokongan rakyat yang semakin merosot terhadap Barisan Nasional dan kepimpinan Najib.

Read more ...

ANGPOW PUTIH!!! Najib tak mahu dikaitkan dengan Perkasa

Post Pic
KUALA LUMPUR, 31 Jan : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ketua NGO Perkasa, Datuk Ibrahim Ali adalah ahli parlimen bebas dan pentadbirannya tiada kena mengena dengan tindakan Perkasa memberikan ang pow bersampulkan paket berwarna putih dalam majlis sambuatn Tahuin Baru Cina anjuran pertubuhan berkenaan.

Perkasa, dilaporkan sebagai berkata Ibrahim Ali telah memberikan ang pow bersampul surat putih di majlis berkenaan, Ahad lalu yang menurut adat kaum Cina digunakan hanya ketika majlis pengkebumian.

Tindakannya itu, mengundang kemarahan di kalangan masyarakat Cina dan juga daripada parti komponen BN pimpinan Najib, iaitu MCA dan Gerakan.

“Ibrahim Ali adalah seorang ahli parlimen bebas. sehubungan itu, majlis sambutan Tahun Baru Cina dimana paket ang pow berwarna putih yang diedarkan tidak wajar dilihat sebagai sesuatu yang restui kerajaan," Najib dilaporkan sebagai berkata dalam laman facebook beliau, “Ah Jib Gor” dan dilaporkan oleh media aliran Cina hari ini.

Beliau menambah, kontroversi berkaitan paket ang pow berwarna putih itu boleh dielakkan dengan "pemahamanan mendalam dan sensitiviti terhadap budaya serta kepercayaan kaum Cina.

Menurutnya lagi, insiden terbabit adalah sesuatu pembelajaran pengalaman bagi perhubungan antara kaum di negara ini.

Read more ...