Monday, March 19, 2012

INGKAR TITAH SULTAN!!! Ini bukti Pakatan Rakyat gadai tanah rezab Melayu?


Gila arh kaw.

Kali neh dengan bukti sekali. Minta tolong jangan nafikan ia geng. Kita dah bagi bukti sekali. Patutlah sultan selangor bertitah seperti kat bawah neh ;


SHAH ALAM 19 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

Justeru, baginda mahu agar tanah rizab Melayu di negeri ini dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.
Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.


Minta tolong utusan siarkan bukti dokumen kat atas tue dalam paper terbitan mereka. Harap2 tv3 pun boleh hebahkan dalam news mereka. Pleaseee......



kah kah kah


Sumber asal : sini


Ameno : Utusan..utusan rentikanlah fitnah dan memutarbelitkan statement sultan..

Read more ...

BEKAS-BEKAS KOMANDO SERTAI PAS!!! Serah borang kepada Presiden PAS penuh istiadat


IPOH (17.3.12): Semasa program Jamuan bersama rakyat di Taman Pinji Mewah, Pengkalan Pegoh, telah berlangsungnya satu acara yang istimewa.

Bekas-bekas Anggota Komando 69 Pasukan Gerak Khas (PGK -Unit Elit PDRM) dengan diwakili oleh Mohamad Ismail Bin Hj Saleh telah berbesar hati untuk menyampaikan sendiri borang-borang kemasukan mereka ke dalam Pas kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Lebih istimewa dan uniknya apabila Mohamad Ismail telah menyerahkan borang-borang tersebut dengan penuh istiadat dan penghormatan seorang angkatan tentera kepada Tuan Guru Presiden.

Aksi-aksi beliau semasa penyerahan borang-borang tersebut telah sempat saya rakamkan. Mari saksikan adegan tersebut:-

Mohamad Ismail melutut di hadapan Tuan Guru untuk memulakan penghormatan beliau

Songkok yang dipakai telah ditukar kepada beret Komando PGK yang disertakan dengan logo Pas

Beret dipakai kemas dikepala

Beliau bangun dengan penuh tertib dan hormat setelah memakai beret tadi

Tabik hormat seorang bekas anggota komando PGK kepada Tuan Guru Haji Hadi



Bersalaman sebelum menyerahkan borang

Borang diserahkan kepada Tuan Guru Presiden bagi menandakan beliau dan rakan-rakannya ingin bersama di dalam jemaah Islam parti Pas. Takbir!!!

Ajijoi

Read more ...

ANTARA NAJIB & NIK AZIZ!!! Siapa beribadat, siapa buat maksiat, siapa pula pilihan anda?

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/403872_2764242546886_1282547734_32113583_138484478_n.jpg
http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/483770_2764231186602_1282547734_32113574_615707396_n.jpg

Tepuk dada anda, tanya Iman dalam diri anda.

Pilihan di tangan anda

Read more ...

BN BAKAL TUMBANG!!! Skandal besar Najib akan meletup bila hampir PRU 13

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Melihat gaya agresif Najib Razak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13, nampak sangat Pengerusi BN itu dalam keadaan cukup tertekan. Gelagatnya dalam sidang Parlimen, terutama ketika menjawab isu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), menjelaskan kekalutannya.

Daripada corak pendekatan kempen itu, saya kira, strategis Umno meletakkan harapan tinggi kepada imej personal Najib, melebihi faktor-faktor lain, bagi mengutip kembali sokongan BN yang telah hilang.


Tergambar seolah-olah Najib akan bertanding jawatan presiden, yang dipilih oleh seluruh rakyat, walhal beliau hanya mencuba nasib di Pekan, dan keupayaannya mengekalkan posisi perdana menteri ditentukan oleh kemenangan calon-calon BN yang lain.


Satu sisi, popularitinya semacam meningkat, dibantu pelbagai kempen penjenamaan program kerajaan (yang juga mengelirukan sebenarnya), namun imej BN langsung tidak dapat dipulihkan, terutama dari kacamata masyarakat Tionghua.

Bagaimanapun, hakikatnya, semakin Najib ditonjolkan -- sehingga menenggelamkan terus pemimpin BN yang lain -- sandaran parti itu bakal berdepan situasi lebih sulit.

Jika personaliti beliau dicalarkan dengan teruk, kedudukan BN yang amat bergantung kepadanya itu akan turut merudum. Tanpa perlu mengada-adakan cerita atau menokok-tambah paparan negatif tentang Najib, persepsi rakyat terhadapnya mudah dibentuk.

Perwatakan Najib, seperti diakui rakan baiknya, bekas Adun Pulau Manis, Pekan, Ariff Sabri Abdul Aziz, bukan sahaja ghairah memburu populariti murahan, tetapi begitu lemah daripada segi kepemimpinan.

Beliau hanya bergantung kepada pelbagai bentuk "sogokan" bagi meraih undi dan merebut sokongan. Namun, pengundi tidak semudah itu untuk "dibeli" atau "diugut", terutama generasi muda yang buat pertama kali akan mengundi.

Pastinya Najib tidak mahu diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno. Beliau juga tentunya tidak bersedia berundur lebih awal dan berusaha mengelak daripada berdepan asakan anggota partinya sendiri.


Mungkin pandangan veteran Umno, Daim Zainuddin turut menganggu fikirannya.

Bekas Menteri Kewangan, yang pernah membuat ramalan mengejutkan tentang pencapaian BN empat tahun lalu itu, berkata, Umno akan menyingkirkan Najib jika gagal memperbaiki pencapaian BN pada PRU13.

Sekiranya Najib tidak mampu menunjukkan prestasi lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi, apatah lagi jika kehilangan lebih banyak kerusi, Daim berkata, "Umno akan menggulingkannya ... ini politik."

Dalam wawancara dengan Sin Chew Daily, Daim menjelaskan bahawa amalan menyingkirkan pemimpin yang gagal menang pada pilihan raya adalah trend global, dan bukan hanya terhad kepada Umno.

Justeru, misi getir Najib adalah, sekurang-kurangnya, mengembalikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dan menawan kembali negeri termaju Selangor.

Sedangkan, menurut sumber, Daim turut bimbang BN boleh kecundang di Negeri Sembilan dan Perlis, manakala Pakatan Rakyat akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak.

Isu SBPA dan Pusat Fidlot Nasional (NFC) -- yang dianggap menjadi duri dalam daging buat BN dan mesti ditangani secara tuntas sebelum Parlimen dibubarkan -- tidak mungkin selesai hanya dengan penegasan Najib untuk melakukan penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan juga pengunduran "Makcik Bollywood", Shahrizat Jalil.

"Mungkin musuh-musuh Najib dalam Umno, tidak terkecuali timbalannya sendiri, mengimpikan prestasi BN tidak lebih baik berbanding PRU12 bagi memudahkan mereka mengasak beliau meletakkan jawatan, seperti dilakukan Najib kepada Pak Lah dahulu," pandangan seorang pemerhati politik dipetik.

Secara peribadi saya tidak gemar dan memilih untuk mengelak daripada mengungkit kisah peribadi berkaitan kehidupan Najib, termasuk masa silamnya, apatah lagi membabitkan isterinya sekarang (tidak terkecuali kisah bekas isterinya!).

Bagaimanapun, saya percaya, semasa kempen PRU13 nanti, cerita-cerita itu pasti terbongkar, mungkin dengan "bukti-bukti" yang lebih memeranjatkan.

Apabila membaca laporan mengenai perbelanjaan mewah hampir setengah juta ringgit majlis pertunangan anak perempuannya (belum kenduri kahwin lagi) dan disusuli pendedahan mengenai sambutan hari jadinya melibatkan RM79,053 yang dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri, saya kira Najib dalam keadaan bahaya.

Agakan saya, Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli, menyimpan banyak lagi cerita sensasi mengenai kes salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN.

Sumber yang dekat dengan serambi kuasa, dan muak melihat kerakusan-ketamakan tanpa had elit penguasa dan para kroninya tentu melihat Rafizi sebagai tokoh yang boleh disalurkan maklumat.

Ia mengingatkan saya semasa giat mendedahkan amalan korupsi bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo, sepuluh tahun lalu. Selepas membuat aduan ke Ibu Pejabat BPR (sekarang SPRM) di Putrajaya dan mendapat tumpuan media, secara bertali arus saya dibekalkan info, daripada sumber yang kebanyakannya tidak dikenali.

Rupanya, seteru (dan yang berpotensi untuk menjadi musuh) kepada orang no. 1 adalah mereka yang berada di sekelilingnya atau kadang-kadang tokoh no. 2 sendiri! Kalau tak percaya, tanyalah Khir ....

Dalam masa sama, pentadbiran Najib cuba mengeksploitasi isu-isu agama, terutama bagi mengekalkan saki-baki sokongan masyarakat Melayu kepada Umno. Beberapa pertubuhan perkauman Melayu, seperti Perkasa dan Pekida, ditonjolkan ke hadapan.


Selain isu Israel yang gegak-gempita hebohnya mutakhir ini, Najib lebih awal lagi mempopularkan ungkapan wasatiyah atau kesederhanaan. Tanpa perlu menghuraikan lebih lanjut prinsip itu, saya yakin banyak pihak boleh menilai sama ada Najib, apatah lagi isterinya, Rosmah Mansor mengamalkan wasatiyah.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dalam perbahasan di Parlimen turut menyinggung hal ini. Malah, dalam khutbah Jumaatnya, pada 16 Mac lalu, beliau menyelar golongan yang memperalatkan istilah wasatiyah dan menyifatkannya sebagai penipu.

Katanya, kalimah itu disebut dalam al-Quran tetapi golongan penipu mengambil kesempatan dari penggunaan istilah tersebut bagi mengelirukan umat Islam untuk kepentingan tertentu.

“Mereka yang menipu ini, mereka menafsirkan wasato (pertengahan), wasatiyyah (kesederhanaan), yang diucap seolah-olah tidak mengira halal dan haram," kandungan khutbahnya dipetik.

Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali pula, dalam ucapannya di Parlimen, 4 Mac lalu, mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim mencetuskan gagasan wasatiyah, seawal 7 Disember 1975, ketika menyampaikan Ucapan Dasar Muktamar ABIM ke-4, bertemakan 'Jelas Wadah, Perbaru Tekad'.

Anwar turut mengupas prinsip wasatiyah pada 1978 dalam kertas kerjanya, 'Islam dan Masyarakat Majmuk' di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang turut dihadiri Lim Kit Siang.

"Wasatiyyah tidak boleh sekadar menjadi ungkapan dan retorika yang dicandukan kepada masyarakat untuk menjustifikasikan amalan boros, rasuah dan penyelewengan. Wasatiyyah menolak pendekatan yang keras dan zalim serta menawarkan pendekatan santun, ramah dan persuasif," kata Azmin.

"Apakah ia menepati prinsip wasatiyyah apabila Umno membudayakan politik fitnah dan budaya samseng," tegas Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, strategis Umno yakin isu agama, khususnya kenyataan Anwar mengenai Israel, bukan saja dapat menarik sokongan pengundi Islam kepadanya, tetapi juga mampu meretakkan PAS daripada dalam.

"Malah tukang propaganda Umno percaya isu Israel ini boleh menyebabkan PAS berpisah daripada Anwar atau keluar Pakatan Rakyat," kata sumber, yang turut menambah bahawa Umno akan memperalatkan bekas pemimpin PAS, Dr Hasan Ali untuk tujuan itu.

Saya sekadar tersenyum mendengar "pendedahan" itu, tambahan pula selepas mengetahui Hasan mahu dijadikan senjata utama untuk menarik undi orang Melayu daripada PAS atau Pakatan Rakyat.


"Patutlah akhbar kerap sangat melaporkan ceramah Hasan dan mendakwa ia mendapat sambutan hangat," kata seorang rakan.

"Tapi kita tahu isi ceramah Hasan ini, kali pertama mungkin agak ramai sebab orang nak dengar sendiri apa kisahnya, tetapi sekali dengar, mereka takkan datang lagi," tambahnya.

Jumaat lalu saya menghubungi sahabat di Baling selepas membaca laporan akhbar bahawa ceramah Hasan di sana mendapat sambutan lebih 5,000 orang.

Beliau, yang turut hadir di pertengahan ceramah Hasan, berkata: "Tak sampai seribu pun, dan ramai juga yang balik sebelum ceramah habis. Bukan anta tak tahu ceramah Hasan Ali, dok pusing kot tu juga."

Read more ...

2012 TAHUN MELAWAT PERAK!!!Tahun Najib berulang-ulang melawat Perak

Hoi..hoi..ya..hoi..Lanun melawat Perak..
Hoi..hoi..ya..Zambry banyak susah..tak bleh wat kerja..najib dok mai saja…..

Najib sudah 5 kali dan Mahyudin pula dah masuk 3 kali..itulah tandanya Thumpo Haoup* UMNO Perak…

Sejak awal Jan 2012 sehingga ketika aku sedang menaip ni, sudah naik jemu rakyat Perak dengan cerita dan berita tentang Najib datang Perak,Najib turun Sitiawan,Najib lawat Bukit Gantang,Najib bersenam Robot di Taiping, Najib ke Cangkat Lada,Najib ke Beruas,Najib ke Ipoh, Najib kehulu kehilir di perak diselang seli oleh Mahyudin dan yang tumpang seronok pusing2 Perak menunjuk gaya rambut glamour ialah isterinya Najib iaitu Rosmah Si Gumpal Mayang turut kehulu-kehilir dengan fesyen rambut terjojol..jenuh le orang Perak nengok gaya rambutnye ye...hehehe..

Begitu juga dengan Mahyudin yang boleh dikata-kan sangat kerap turun Perak kebelakangan ini …khabarnya akan datang lagi dalam hujung bulan Mac ini di Daerah Kerian.

Dari sumber UMNO disini mengatakan kekerapan Najib dan Mahyudin datang Perak telah mengakibatkan reputasi Si Zambry sebagai MB Perak tergugat..apa tidaknya..

kalau udah kerap bebenor Najib dan Mahyudin datang melawat ni…udah tentu ada yang tak kena dan mungkin ada yang akan bakal kena…hahaha.. Tambahan pula sokongan rakyat di Perak tehadap UMNO BN teramat merosot sekarang ini.

Ada sumber mendedahkan bahawa dalam setiap lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak akan membuat Zambry menjadi pening,runsing dan keluh kesah ibarat seperti burung gagak betina tua yang hendak bertelur.

Zambry terpaksa mengarahkan setiap ADUN-nya (BN) di Bahagian-Bahagian untuk mengerah paksa ahli UMNO untuk datang meramaikan majlis2 Najib dan Mahyudin . Keadaan ini dilihat seolah-olah Najib dan Mahyudin sentiasa ingin menguji sokongan rakyat terhadap UMNO BN di Perak.

Kehulu kehilir dalam Perak semata-mata nak tengok keadaan sokongan. Jadi Zambry kena buat sesuatu demi menutup keadaan sebenar.

Apa betulkah rakyat Perak masih ramai menyokong UMNO BN..???. Bagi merealisasikan semua itu maka terpaksalah Bahagian2 UMNO di Perak mengeluarkan pulus yang banyak…apa tidaknya..!!

Nak sewa bas kilang, bas sekolah dan bas estet untuk memunggah dan mengangkut ahli UMNO datang..kalau nak harapkan ahli UMNO datang sendiri dengan kenderaan sendiri..tobat lahom mereka tak datang , paling tidak kena bagi duit minyak dan duit poket..itu adalah perkara wajib dalam UMNO BN..hehehe…

UMNO Perak juga dikatakan terpaksa import penyokong UMNO dari Kedah, Pulau Pinang dan Selangor untuk menampak-kan UMNO Perak ramai penyokong.

Udah macam team bola sepak UMNO Perak sekarang…penyokong boleh di import eksport..hahaha… Hakikatnya ibarat “tokey tipu kuli dan kuli tipu tokey” yang untung tokey khemah majlis dan tokey bas-bas sewa…hahaha…

Aku tak hairan dan tak kisah dengan amalan tabur menabur pulus dari UMNO Perak tu…sebab sudah menjadi amalan wajib mereka dalam berpolitik dari peringkat atasan hingga ke ahli baru mendaftar..hahaha..

Apa yang agak pelik kalau kita fikirkan ialah mengapa dan kenapa berlaku kekerapan melampau Najib dan Mahyudin melawat Perak…tak mungkin sempena tahun melawat Perak 2012 mereka jadi galak mengila berulang-ulang datang Perak…hahaha…

Nak kata rasmi sesuatu bangunan baru di Perak pun tidak..nak rasmi jambatan baru di Perak pun tidak…( Jambatan rosak ada le kat Kerian…tunggu laporanye akan datang..haha…) Ada siapa boleh jawap..Apa kejadahnye Najib dan Mahyudin kerap sangat datang Perak..???

Hanya wajah murung Zambry Kadir yang boleh menjawap segala persoalan ini..sebab kalau tanya Zambry pasti dijawap dari mulutnya dengan jawapan berunsur ampu dan bodek kat Najib dan Mahyudin.. sebab kedudukan Zambry dalam politik di Perak jelas nampak pun sudah parah.

Bagi aku..lagi kerap Najib dan Mahyudin datang melawat Perak bermakna lagi terserlah keadaan parah UMNO BN Perak dan makin jelas terserlah tahap kepercayaan Najib dan Mahyudin terhadap Si Zambry Kadir sudah kurang atau mungkin juga sudah tiada langsung kepercayaan.

Keadaan ini aku kuatkan lagi dengan semua situasi lawatan Najib dan Mahyudin ke Perak 90% atas tiket sebagai pemimpin VVIP UMNO BN bukan sebagai Perdana Menteri dan Tim. Perdana Menteri.

Zambry juga harus sedar yang beliau dijemput dengan terkejut tergempar menjadi MB Haram di Perak oleh Najib..maka tidak hairanlah jika Najib akan terkejut tergempar selalu melawat Perak sekarang ini. Chip Lanun bangsawan mau test lanun dari pulau…hasil didiknya. hoi..hoi..ya..hoi…hahaha..

Najib ke Perak kehulu-kehilir
Rosmah dipikul kesana kemari
Zambry terkedu terpinga terjelir
Kerajaan haram Perak bakal di-akhiri
*Thumpo Haoup – Keadaan sangat teruk,kritikal,parah

Orang ni

Read more ...

SETELAH BANYAK KES FELDA KALAH!!! Najib cuba campurtangan untuk kalahkan peneroka


Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution mendedahkan wujud campur tangan Perdana Menteri dalam perbicaraan kes perahan minyak melibatkan peneroka dan Felda.

Beliau berkata, dalam dokumen rasmi mesyuarat dengan pengurusan tertinggi Felda yang diperolehinya, Datuk Seri Najib Razak, telah meminta supaya hakim dan peguam yang mengendalikan kes berkenaan diberi kefahaman jelas mengenai Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG).


“Dokumen Mesyuarat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bersama Felda, bilangan 3, 2011, tarikh 27 Jun 201, tempat mesyuarat di Bilik Mesyuarat aras 4, Bangunan Parlimen Malaysia. Masa mesyuarat 3 petang.


Butiran minit 7.9 yang menyebut ‘bagi kes melibatkan perahan minyak di mana kedua-dua kes belum ditetapkan untuk perbicaraan penuh. Pastikan hakim dan peguam diberi kefahaman subjek dan kaedah teknikal bagi pengiraan OER.


Pastikan Felda menang kes ini supaya tidak menjejaskan kes-kes seterusnya’,
” katanya ketika perbahasan titah Yang Dipertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, arahan Najib seperti terkandung dalam laporan itu menunjukkan campur tangan secara jelas pihak eksekutif dalam badan kahakiman negara.


Dengan campur tangan itu, Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang bimbang hak peneroka mendapatkan keadilan di mahkamah berkaitan kes-kes melibatkan Felda akan dinafikan.


Felda sejak kebelakangan ini terus berdepan ratusan saman daripada peneroka berkenaan kes penipuan KPG.


Antara yang memfaikan saman termasuk 400 peneroka Felda Gugusan Chini, 113 peneroka Palong 9 dan sekumpulan peneroka di Felda Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang.


Selain berdepan dengan saman KPG, Felda juga berdepan beberapa saman daripada NGO berkaitan bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Read more ...

BELASAH DUIT RAKYAT!!! Pulangkan RM976.7 juta kepada rakyat

Saya mengikuti dengan rapat penjualan konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya oleh Maju Holdings Sdn Bhd kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 bilion.

Ini menimbulkan keraguan serta merta memandangkan pembinaan lebuhraya tersebut menggunakan dana awam yang besar melalui geran kerajaan bernilai RM976.7 juta.

Kos keseluruhan lebuhraya tersebut dianggarkan bernilai RM1.32 bilion dan sebahagian besarnya dibiayai oleh rakyat melalui geran RM976.7 juta yang diberikan kerajaan kepada Maju Holdings Sdn Bhd. Selain geran tersebut, saya menganggarkan suntikan dana yang dibuat oleh Maju Holdings Sdn Bhd hanyalah sekitar RM60 juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

Oleh yang demikian, penjualan berjumlah RM1.7 bilion ini akan memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd sekiranya geran oleh kerajaan berjumlah RM976.6 juta tidak dikembalikan. Jika ini berlaku, selepas membayar hutang institusi kewangan berjumlah RM370 juta, bermakna Maju Holdings Sdn Bhd bakal membuat keuntungan berjumlah sekitar RM1.33 bilion sedangkan modal pelaburannya dianggarkan RM60 juta sahaja.

Saya mendesak Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan mengesahkan sama ada Maju Holdings Sdn Bhd akan mengembalikan dana rakyat sejumlah RM976.7 juta itu, kerana jika tidak ia menimbulkan lebih banyak persoalan yang akan terus menaikkan kemarahan rakyat.

Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan oleh Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO? Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalurkan kembali kepada UMNO sebagai dana pilihanraya?

Sejak akhir-akhir ini, keghairahan Perdana Menteri meluluskan urusniaga melibatkan kroni UMNO/Barisan Nasional bernilai berbilion ringgit menguatkan syak wasangka rakyat bahawa harga yang tinggi yang dikenakan kroni merugikan rakyat. Tambahan pula, urusniaga dalam serba kerahsiaan dan tiadanya ketelusan boleh menguatkan lagi wasangka rakyat itu.

Penjualan konsesi lebuhraya ini adalah urusniaga yang kedua dalam masa sebulan yang membelakangkan kepentingan rakyat, selepas pembelian aset dan perniagaan Ananda Krishnan oleh dana 1MDB yang dikawal sepenuhnya Perdana Menteri berjumlah RM8 bilion, walaupun 1MDB tidak pernah ada sebarang pengalaman di dalam industri penjanaan tenaga.

Jumlah dana rakyat yang terlibat sebanyak RM976.6 juta itu adalah empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang membabitkan NFC. Perdana Menteri mungkin berfikiran beliau boleh mendiamkan diri mengenai NFC, tetapi sudah tentu jumlah dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari beliau memandangkan urusniaga tersebut tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau sendiri sebagai Menteri Kewangan.

Mohd Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi PKR

Read more ...

UMNO BELI UNDI!!! Pertahan dakwaan, Tan Sri Kadir keluar UMNO

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir mempertahankan kenyataannya sebelum ini yang mendakwa BN menggunakan wang untuk meraih sokongan pengundi dalam pilihan raya.

Abdul Kadir berkata beliau juga tidak pernah menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan dengan sekumpulan pemimpin Umno bahagian Kulim-Bandar Baru pada 19 Februari lalu

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan seorang pemimpin Umno bahagian tersebut, Mat Saad Osman yang mendakwa Abdul Kadir menafikan kenyataan tersebut dalam pertemuan tersebut.Mat Saad juga menuntut Abdul Kadir supaya menyaman portal berita berkenaan kerana menyiarkan berita tersebut.

Abdul Kadir bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah menafikan kenyataannya itu dalam pertemuan berkenaan.

"Apa saya kata, saya tak nafi langsung. Setiap apa yang saya kata, mana boleh nafi. "Tak perlu saman, tak perlu tarik balik... Sekarang semua orang cari (Mat Saad), marah dekat dia," kata Abdul Kadir lagi dalam sidang media di pejabatnya .

Portal The Malaysian Insider pada 17 Januari lalu memetik Abdul Kadir sebagai berkata perbuatan "membeli undi" itu dikenali sebagai taktik "bom."

Dalam laporan itu juga, Abdul Kadir dipetik sebagai berkata bahawa beliau sendiri telah mengalami pengalaman itu dan telah memberikan "RM200 hingga RM1,000 dalam kempen pilihan raya Barisan Nasional (BN) untuk mendapat undi."

Read more ...

ULAMA UMNO!!! Jangan dok kelirukan umat Islam, mai baca kenyataan Tuan Guru Nik Aziz

http://www.2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2012/03/nik-aziz1.jpgSusulan kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang pensyarah Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian hari ini Isnin 19 Mac 2012 di halaman N4 yang bertajuk Presiden PAS Kelirukan Umat Islam, saya ingin membuat sedikit penjelasan lanjut.

Selain itu sukalah saya turut merujuk kepada kenyataan beberapa orang pimpinan UMNO yang menyatakan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima dana daripada Yahudi.

Yahudi tidak meminta untuk menjadi Yahudi, sebagaimana Melayu tidak meminta untuk dilahirkan sebagai Melayu. Jutseru, sedari dulu lagi saya sentiasa konsisten untuk menyatakan bahawa bangsa tidak ada apa-apa kelebihan dan kekurangan di sisi Allah SWT.

Nilai yang melebihkan manusia ke atas manusia yang lain ialah imannya kepada Allah SWT. Menjulang keris ke langit menjerit ketuanan bangsa tidak akan membantu apa-apa ke arah keharmonian hidup antara kaum.

Bolehkah berurusniaga dengan Yahudi? Perlulah diingat bahawa ada beza antara Yahudi dengan Zionis. Yahudi sebagai seorang individu dan manusia tidak mempunyai apa-apa beban kesalahan yang dipikul di atas bahunya hanya semata-mata dirinya seorang Yahudi. Bahkan Rasulullah SAW sendiri berurusan dengan Yahudi. Di dalam hadis sahih Bukhari dinukilkan kata-kata daripada Ummul Mukminin Aisyah Radhiallahuanha :

تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَدِرْعُهُ مَرْهُونَةٌ عِنْدَ يَهُودِيٍّ بِثَلَاثِينَ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ

yang bermaksud : "Telah wafat Rasulullah SAW dalam keadaan baju besinya tergadai kepada seorang Yahudi dengan (nilaian) 30 sho' gandum..."

Di dalam hadis ini, jelas sekali dinyatakan bahawa Rasulullah SAW sendiri pernah menggadaikan baju besinya kepada seorang Yahudi untuk mendapatkan 30 sho' (ukuran berat di zaman tersebut) gandum untuk keperluan harian baginda dan keluarga. Jika berurusniaga dengan bangsa Yahudi itu salah, sudah tentu ia tidak dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW.

Contoh yang lebih untuk difahami ialah jika datangnya seorang Yahudi untuk membeli atau menjual sesuatu, adakah urusniaga tidak boleh dilakukan semata-mata kerana beliau seorang Yahudi? Jika ada yang menyatakan haram, tidak ada sebab lain melainkan hanyalah kerana kejahilan tentang Islam.

Adapun yang ditentang oleh PAS ialah melakukan urusniaga dengan kerajaan zionis yang tertegak pada hari ini di atas tanah yang dirampas daripada bangsa Palestin.

Berurusniaga dengan kerajaan zionis Israel ertinya mengiktiraf kewujudan mereka dan mengiktiraf kewujudan Israel merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan. Mejadi rakan dagang negara Israel juga termasuk dalam berurusniaga dengan entiti haram Israel.

Hairannya, ada sesetengah pihak nampaknya cuba menjadi juara menentang Israel tetapi dalam masa yang sama menjalinkan hubungan dagang dengan negara Israel.

Saya ingin merujuk kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Kuala Krai, YB Dr. Mohd Hatta bin Mohd Ramli di Dewan Rakyat pada 13 Mac 2012 yang meminta Menteri Kewangan menyatakan bagaimana barangan dari Israel dikatakan boleh berada di dalam pasaran Malaysia. Agak mengejutkan apabila jawapan diberikan bahawa".... larangan mutlak ke atas pengimportan barangan dari Israel yang diletakkan di Jadual Pertama Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) telah dipinda ke Larangan Bersyarat di bawah Jadual Kedua Perintah yang sama pada 26 Mei 1994. Selaras dengan ini barangan yang diimport dari Israel kini dibenarkan tertakluk kepada Lesen Import dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri..."

Tidakkah ini merupakan bukti cerah seterang matahari di siang hari tentang hubungan dagang dengan Israel? Hairan saya, tidak malukah akhbar milik UMNO memainkan isu ini sedangkan jawapan rasmi di dalam Dewan Rakyat menjelaskan keterlibatan hubungan dagang Malaysia - Israel?

Hakikatnya, menerima akidah Yahudi lebih bahaya daripada menerima wang dari Yahudi. Apakah yang dimaksudkan dengan akidah Yahudi? Ia adalah menolak sebahagian ayat-ayat Allah SWT dan hanya menerima apa yang selari dengan hawa nafsu mereka.

Demikian juga dengan mereka yang mengaku muslim tetapi menolak Islam sebagai cara hidup dan menerima ideologi kebangsaan sekular untuk menjadi pegangan. Bukankah ikrar seringkali dilafazkan di dalam solat bahawa kita memohon dijauhkan terjebak dengan jalan orang-orang yang dimurkai Allah SWT, dan golongan itu ialah Yahudi. Firman Allah SWT :

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ (6) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ (7)

yang bermaksud : "Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat..." - Surah al-Fatihah, ayat 6-7

Muslim yang menolak sebahagian ayat-ayat Allah dan menerima ideologi kebangsaan sekular hakikatnya sedang menerima akidah Yahudi sekalipun nama mereka bukan Yahudi.

Ini lebih merbahaya. Akidah inilah yang paling penting. Rasulullah SAW tidak diutuskan hanya untuk mengajar tentang solat dan puasa. Bahkan di dalam sejarah, solat lima waktu hanya difardhukan pada tahun ke-10 kenabian manakala puasa pula pada tahun ke-15 kenabian (tahun kedua hijrah). Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum pensyariatan solat dan puasa jika tidak menegakkan akidah?

Hari ini dalam keadaan kemelut jenayah yang semakin meningkat sekalipun negara semakin 'selamat', tidak ada jalan lain untuk menjadi penyelesaian kecuali kembali kepada undang-undang Allah SWT.

Inilah yang PAS lakukan sepanjang 22 tahun mentadbir negeri Kelantan. Pertanyaan saya yang dari dulu hingga sekarang, apakah yang dilakukan oleh PAS di Kelantan yang bertentangan dengan Islam?

Adakah mengharamkan premis judi bertentangan dengan Islam? Adakah menghadkan penjualan arak bertentangan dengan Islam? Adakah mengalihkan wang kerajaan dari perbankan riba kepada perbankan Islam bertentangan dengan Islam? Adakah mentadbir negeri dengan bebas daripada rasuah bertentangan dengan Islam? Ini hanyalah beberapa persoalan daripada ribuan persoalan yang wujud apabila UMNO bersungguh-sungguh untuk merampas Kelantan.

Nasihat saya, tinggalkanlah akidah Yahudi. Baliklah kepada akidah Islam yang sebenar, Islam yang syumul dan lengkap yang diturunkan oleh ALlah SWT. Jika andainya dijemput oleh Allah SWT, adakah dengan penerimaan terhadap Islam pada hari ini boleh menjadi bekal mengadap Allah SWT?

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 26 Rabiul Akhir bersamaan 19 Mac 2012

Read more ...