Monday, March 10, 2014

MEDIA CHINA DAH BELASAH!!! IC palsu, pasport palsu, maklumat pun palsu ka

 
Sebuah akhbar yang rapat dengan pemimpin China membidas Malaysia ekoran kehilangan pesawat MH370, dan berkata Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawab serta perlu membekalkan maklumat terkini tentang kapal terbang yang hilang itu.
Dalam lidah pengarang akhbar itu hari ini, Global Times berkata kehilangan pesawat "harus disiasat dengan teliti dan pokok masalahnya perlu dipertanggungjawabkan kepada  Malaysia".

"Pihak Malaysia tidak boleh lari dari tanggungjawabnya. Sehingga semalam, ia tidak dapat memastikan maklumat yang tepat mengenai penumpang. Respon awal dari Malaysia tidak cukup pantas.



"Terdapat kelemahan dalam kerja Malaysia Airlines dan pihak berkuasa keselamatan," kata akhbar pro-Beijing dalam laman beritanya.

Read more ...

TERKINI!!! Anwar tawar diri secara rasmi tanding jawatan presiden PKR



Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tawar diri tanding jawatan presiden PKR, hari ini. Gambar fail.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tawar diri tanding jawatan presiden PKR, hari ini. Gambar fail. Walaupun didapati bersalah dakwaan liwat dan dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti Mei tahun ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut di depan pemimpin PKR daripada semua peringkat hari ini.
Majis taklimat tersebut diadakan di dewan serbaguna, Bandar Utama bermula jam 2 petang tadi. 

Read more ...