Wednesday, July 13, 2011

Ada juga himpunan Bersih sambut Najib di London

Menurut blog Tukar Tiub/Jalan Pulang yang memetik laporan daripada wartawan Filipina, Perdana Menteri Britain, David Cameron dikatakan telah membatalkan jamuan makan tengah hari sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan laporan yang sama, terdapat sekumpulan kecil aktivis yang melancarkan protes susulan tindakan mesra polis menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 2.0 9 Julai lalu.



Pejabat Perdana Menteri Britain di No 10 Downing Street akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut.

Semalam, ketibaan Najib di London disambut TANPA karpet merah yang lazimnya dihamparkan untuk pemimpin penting sesebuah negara. Malah, pegawai yang menyambut Najib dan rombongan hanyalah Setiausaha Negara Bahagian Luar Komanwell. Rujuk sini.

Jika benar dakwaan ini, maka sambutan dingin kerajaan Britain itu amat memalukan Regim BN!
Saya petik:
We have been writing to the Home Secretary here (Theresa May) and the UK Parliamentary Working Group on Malaysia and Human rights. Today we received a response from Bill Cash (Chair of the UK PArliamentary Working Group on malaysia) to say he will take up this matter urgently with the Foreign Office.

We also got a small group together to protest today during lunchtime outside Downing Street as Cameron was meant to have lunch with Najib (But think it was cancelled as Cameron got bogged down with PM question time).


Anyway we didn't see Najib bt we had a lot of yellow posters and banners and picketed along the broad lines of 'Malaysia stop abusing human rights ' and 'Stop detention without trial', 'Free all detainees now' , 'Mr cameron hear our plea, tell Najib to set them free' ;).

Sila baca! Menarik!


PM NAJIB's TYRANNY FOCUS ON BRIBES , MURDER
- phil.star.com - pilipina (jarious bondoc)

Whom the gods wish to destroy they first make . . . Mad it was for Malaysian Prime Minister Najib Razak to prime the police into thinking days prior that last Saturday’s opposition protest in Kuala Lumpur was illegal, and that seized firebomb stashes would have been used. Madder still, for him to have the 20,000 marchers tear-gassed and 1,667 arrested.


The rally was to call for electoral reforms, a domestic issue that attracted only the Malaysian press. But when riot squads aimed teargas canisters at opposition leader Anwar Ibrahim’s head, actually hitting his aide’s eye, and causing the fatal heart attack of one demonstrator, the event drew world attention. Now international groups are denouncing the mayhem as proof of Najib’s disregard for human rights. Worse, there’s sudden global interest in an imminent subpoena of Najib to a Paris trial on kickbacks in purchasing three French submarines in 2002, and the consequent murder of a Mongolian socialite in 2006.


Malaysia’s parliament will have no choice but to take up the brutal dispersal. Najib’s home minister’s claim has been debunked that police performed their duties “with bravery, fairness and integrity.” Narratives jibe that marchers were on their way to a downtown stadium from different parts of the capital when confronted with teargas and chemical-laced water cannons. Even if the storm does not affect next year’s setting of national polls, the fallout predictably will hurt Najib.


Najib allegedly has concocted sexcapades to bring down arch foe Anwar. Not only has the scheme backfired, Najib is now himself under fire for immorality. Trial is to begin of French arms giant DCN-Armaris for bribery in the 2002 submarine sale to Malaysia through then-defense minister Najib. Commissions supposedly came in three tranches: first euro 30 million upon contract signing, then euro 114 million subcontracted to an unknown firm owned by Najib’s security adviser Razak Baginda, and last euro 2.5 million. From reports, Najib, Baginda, and their purported shared Mongolian girlfriend Altantuya Sharibu motored around France after sealing the deal. Najib and now London-based Baginda will be summoned to Paris as soon as a judge is assigned to the case this month or next.


The bribery worsened into kidnapping-murder when Altantuya raucously tried to collect her euro 350,000-share from Baginda in 2006. Najib’s jealous wife Rosmah forbade the men from paying her a single cent, provoking Altantuya to picket their manor. Two Najib bodyguards abducted the pregnant Altantuya, shot her dead in the woods, and burned the corpse with military explosives. Party mates nevertheless made Najib prime minister in 2009. The bodyguards confessed and were convicted last year; Baginda was acquitted. Prosecutors, defense lawyers, and the judge were forbidden from mentioning the sleazy submarine deal during the trial. Still, Najib got an international black eye.


France has no power to compel the attendance of Najib or Baginda. But it can demand the truth from DCN-Armaris. The Malaysia Chronicle recently quoted Kuala Lumpur politicians as saying that if Najib snubs the trial he would in effect tell the world that he’s guilty as charged.


And the world will be watching, now that Najib has turned the spotlight on himself with last weekend’s tyrannical squashing of dissent.
Kredit: Tukar Tiub/Jalan Pulang

Read more ...

Takut dengan Kuning, peserta Relay For Life pun nak tangkap?

http://kidchan.com.ns8.small-dns.net/wp-content/uploads/2009/06/relay4life01.jpgKUALA LUMPUR, 14 Julai — Warna kuning terus menjadi isu, kali ini penganjur program Larian Untuk Kehidupan atau Relay For Life menafikan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Selain mengharamkan Bersih 2.0, Putrajaya juga mengisytiharkan bahawa kemeja-T berwarna kuning yang tertera mesej tuntutan pembaharuan pilihan raya juga diharamkan.

Larian anjuran Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) itu akan berlangsung di stadium Universiti Kebangsaan Malaysia pada Sabtu dan Ahad ini.

Penasihat Kehormat NCSM Datuk Zuraidah Atan berkata, warna kuning merupakan warna simbolik antarabangsa bagi kanser dan program ini telah masuk kali ketujuh.

“Kebetulan tahun ini kami memilih warna kuning untuk baju larian,” kata beliau dipetik Utusan Malaysia hari ini.

Zuraidah berkata terdapat dua warna yang telah dipilih sempena program tersebut iaitu penghidap kanser akan memakai baju berwarna ungu manakala bukan pesakit akan memakai baju berwarna kuning.

“Selain merah, jambu, hijau dan biru, kuning juga merupakan warna yang sering digunakan untuk program-program kanser.

“Saya berharap tidak ada pihak yang salah faham atau cuba mengambil kesempatan di atas kebetulan ini kerana kami hanya menjalankan tugas murni untuk membantu pesakit kanser dan berharap orang ramai turut memberi sokongan yang sepenuhnya,” katanya.

Peserta akan berjalan kaki selama 16 jam tanpa henti di trek stadium sebagai lambang usaha yang berterusan melawan kanser.

Penganjur dan penyokong Bersih 2.0 mahu menjadi setiap Sabtu sebagai hari mengenakan simbol berwarna kuning bagi meneruskan kempen pembaharuan pilihan raya di Malaysia.

Sejak sebulan lalu, penggunaan warna kuning dan perkataan “bersih” menjadi polemik di kalangan rakyat negara ini.

Read more ...

Tindakan memperalat polis dikesali

PARIT BUNTAR, 14 Julai : PAS Parit Buntar kesal dengan tindakan memperalatkan polis sehingga bertindak ganas semasa menyuraikan perhimpunan Bersih 2.0.

Himpunan yang sepatutnya berlangsung dengan aman bertukar menjadi kecoh akibat tindakan polis membuat sekatan, menyembur gas pemedih mata dan memancutkan air berasid kepada orang ramai. Demikian Kenyataan Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid kepada media hari ini.

“ Cara pihak polis menangani perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur 9 Julai lalu jelas menunjukkan kerajaan BN tidak tahu makna demokrasi.

“ Tindakan BN itu disifatkan amat malang bagi sebuah negara yang mengaku sedang menuju negara maju tetapi para pemimpinnya tidak tahu menghargai suara rakyat”katanya

Fakhrurrazi berkata, ratusan ribu rakyat yang berhimpun secara aman bagi menyampaikan suara hati mereka agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil di negara ini dilayan dengan amat kasar.

“ Apa salahnya jika pihak polis mengendalikan perhimpunan itu dengan baik, menanganinya dengan tenang di setiap tempat perhimpunan diadakan?

"Ini tidak, atas arahan kerajaan BN, pihak polis memilih untuk bertempur dengan rakyat dengan melakukan pelbagai keganasan terhadap para pemimpin Bersih, Pakatan Rakyat dan para peserta perhimpunan itu," katanya

Tindakan kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis itu, katanya, jelas membuktikan kerajaan BN sudah ketinggalan zaman, walaupun para pemimpinnya lantang bersuara untuk membawa Malaysia ke arah negara maju.

"Tetapi dengan tindakan yang dilakukan itu, sesiapapun boleh mempersoalkan, mampukah para pemimpin BN membawa negara Malaysia kepada negara maju?

"Sedangkan hendak menangani perhimpunan aman yang diadakan oleh ratusan ribu rakyat pun gagal, jadi bagaimana para pemimpin BN hendak menjadikan negara kita sebagai negara maju?" katanya.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, katanya, jelas membuktikan kebangkitan rakyat untuk melakukan perubahan terhadap politik di tanah air.

"Itu adalah suara rakyat. Bagi sebuah negara yang maju, suara rakyat amat dihargai oleh para pemimpinnya. Suara rakyat tidak akan disekat malah amat dihargai oleh para pemimpinnya bagi membawa negara ke arah yang lebih baik.

"Namun bagi para pemimpin BN, mereka begitu takut dengan suara rakyat, walaupun ia adalah untuk kebaikan. Mereka akan menghalang rakyat dari bersuara termasuk menerusi perhimpunan walaupun perhimpunan itu adalah perhimpunan aman," katanya.


Menurut beliau, perhimpunan Bersih ini memperjelaskan lagi kegagalan polis untuk meyakinkan kepada orang ramai bahawa ia bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan keamanan dan tidak ada kekecohan.

”Umno dan BN mahu mengekalkan sistem pilihan raya yang ada sekarang bagi memastikan kuasa mereka tetap kekal.

" Jelas sekali tindakan ganas polis semalam dibuat semata-mata untuk menjaga kepentingan Umno dan BN dan bukan untuk keamanan negara" Katanya lagi.

Beliau juga menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon maaf kepada rakyat kerana menyalahgunakan polis demi menjaga kepentingan kuasa mereka dan parti mereka.

Read more ...

Lihat dua tangan Ro$mah, nilailah watak isteri PM Malaysia ?


Sebelah tangannya, menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada Gaza dalam beberapa siri bantuan agar ada sinar harapan buat mereka yang menjadi mangsa keganasan Zionis.

Namun tangannya yang sebelah lagi membantu zionis menyembelih anak-anak Palestin apabila tangan itu dipenuhkan dengan cincin bertatahkan intan berlian yang dibeli dari sebuah syarikat barangan mewah yang pengasasnya berbangsa Yahudi.

Hipokrasi ini tidak akan disenyapkan begitu sahaja. Kita cukup mual melihat tangisan kesedihan Rosmah yang melambaikan tangan kepada para petugas kempen bantuan kemanusiaan ketika mereka berlepas ke Mesir sebelum memasuki Gaza melalui jalan laut.

Rupa-rupanya, orang yang sama ini juga telah membantu kempen tidak berperi-kemanusiaan yang dilakukan zionis.

Bagaimana ini berlaku ?

Adalah tidak mustahil daripada keuntungan yang diperolehi oleh syarikat Jacob & co termasuklah beberapa pembelian Rosmah yang berjuta RM nilainya, disalurkan untuk pembinaan sebuah negara haram bernama Israel.

Untuk mendirikan sebuah negara haram Israel pula, terlebih dahulu sekatan demi sekatan telah dilakukan untuk melemahkan gerakan-gerakan pro-penubuhan Palestin dan tidak kurang juga anak-anak Palestin yang bangkit menentang yahudi dibunuh agar tiada kebangkitan dari kalangan empunya negara.

Persoalan dari mana datangnya dana untuk membeli barangan mewah puluhan juta ringgit adalah satu perkara, persoalan mengapa syarikat yahudi menjadi pilihan juga adalah satu perkara.

Kedua-dua perkara ini harus dijawab oleh Rosmah kerana telah jelas namanya tertera dalam urusan sistem KDRM dan juga terdapat gambar Rosmah menggayakan dirinya dengan gelang emas putih rekaan Jacob & co yang menunjukkan Rosmah adalah pelanggan syarikat terbabit.

Untuk seorang isteri kepada Perdana Menteri, yang juga menjadi penaung kepada beberapa pertubuhan dan NGO, adalah tidak logik untuk Rosmah mengumpul duitnya dari segelinap kantong hanya untuk membeli cincin bernilai RM24 juta.

Jika Rosmah sanggup menghabiskan wang sakunya RM24juta untuk hanya membeli sebentuk cincin, berapa pula yang sanggup dihabiskan oleh Rosmah dalam majlis perkahwinan anaknya kelak ?

Pagi tadi sekumpulan anak muda dari SAMM telah hadir ke pejabat SPRM Pulau Pinang untuk membuat laporan rasmi mengenai beberapa bukti mengaitkan Rosmah Bin Mansur dengan kemasukan belian bernilai RM 24.4 j tanpa cukai yang masuk melalui KLIA.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus mengambil tindakkan dan mengemukakan hasilnya kepada tatapan umum kerana kes ini melibatkan isteri kepada Perdana Menteri.

Siasat Rosmah dari mana datangnya uwang yang berjuta itu. Adakah ia dari projek Permata, tidaklah diketahui. Yakin dan percaya ramai lagi pihak yang akan tampil ke hadapan untuk memastikan siasatan ke atas Rosmah tidak dibakul-sampahkan. SAMM juga akan bertidak dari semasa ke semasa jika pihak SPRM tidak menjalankan tugasnya.

Bayangkan sekiranya seorang kerani bank secara tiba-tiba memiliki BMW yang bernilai RM2juta yang mana gajinya hanya sekitar RM2ribu sebulan, sudah tentu kerani bank ini akan dikejarkan ke pejabat SPRM.

Begitu jugalah dengan kisah isteri Perdana Menteri membeli cincin bukan sejuta harganya tetapi RM24juta. Sebelum ini juga dilaporkan nilai beg-beg tangan isteri Perdana Menteri ini mencecah ratusan ribu.

Tidak cukup dengan aksoseri sahaja yang merangkumi cincin berlian, gelang emas putih dan beg tangan mewah, Rosmah sebelum ini juga telah menginap di sebuah hotel termahal dalam dunia.

Harga bilik hotel termahal itu untuk satu malam, bukan beli tetapi sewa, ialah melebihi RM100ribu. Itu belum termasuk harga bilik hotel bagi delegasi kehormat yang sentiasa mengikuti Rosmah melancong ke luar negara.


Isteri Perdana Menteri ini juga pernah menggemparkan negara apabila membangunkan sebuah jabatan yang diberi nama First Lady of Malaysia atau singkatannya FLOM. Jabatan FLOM adalah sebaris dengan beberapa jabatan penting yang berada di bawah JPM.

Buat pertama kalinya seorang isteri perdana menteri bukan sahaja mempunyai pejabat, tetapi mempunyai Jabatan FLOMnya tersendiri. FLOM pernah didedahkan oleh Edyes sebelum nama bahagian tersebut telah dipadam dari diakses melalui laman rasmi Jabatan Perdana Menteri.


Rosmah juga telah membazirkan wang negara apabila mengadakan Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang berlangsung di hotel paling terkemuka dalam negara iaitu Hotel Palace of The Golden Horses.

Berpuluh juta juga dilapor telah dihabiskan oleh Rosmah dalam program yang menjemput wanita pertama dari kebanyakkan negara benua Afrika dan Oceania. Duit negara telah dibazirkan untuk memenuhi kehendak isteri Perdana Menteri dalam rangkanya menjamu isteri-isteri pemimpin negara yang lain.


Program Sidang Kemuncak Wanita Pertama ini juga dikatakan satu pembaziran kerana adalah tidak wajar bagi seorang isteri Perdana Menteri mendakwa dirinya seorang First Lady, di dalam sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berpelembagaan. Ini bermakna Seri Paduka Baginda Permaisuri Agong sahaja yang berhak digelar Wanita Pertama Negara.


Justeru itu, dapat kita lihat dari banyak sudut yang menunjukkan negara hari ini berada dalam keadaan yang menyedihkan apabila banyak berlaku ketirisan terutamanya di kalangan pembesar negara hidup dengan begitu bermewah-mewahan tatkala rakyat bawahan semakin dijerut oleh cukai dan kenaikkan harga semua sektor perbelanjaan harian.

Bercerita tentang cukai, adakah anda sedar bahawa anda dicukai setiap kali makan di restoran makanan segera, anda dicukai ketika membayar bil astro, bil telifon dan dicukai dalam banyak perkara yang bisa dilakukan seharian.

Tetapi cincin yang dibeli Rosmah ini, Gelang yang dimiliki Rosmah ini, tidak dicukai di atas dasar Perdana Menteri suatu ketika dahulu sewaktu pembentangan bajet. Aksoseris wanita termasuk pakaian dalam wanita akan bebas cukai, maka sekarang rakyat faham betapa Perdana Menteri telah tunduk kepada isterinya yang bermewah-mewahan.

Atas sebab-sebab ini, tidak hairanlah sekiranya ada yang mengelarnya sebagai Imelda Rosmah, merujuk kepada Imelda Marcos First Lady of Philiphine.

Seorang isteri kepada Presiden Filipina ke-10 Ferdinand Marcos. Imelda Marcos terkenal dengan sejarah perbelanjaan mewahnya ketika rakyat Filipina yang lain sengsara. Negara kita juga mempunyai Imelde Marcos dalam pembikinan iaitu Imelda Rosmah.

Justeru itu, berbalik kepada perkara pokok iaitu bagaimana kedudukan kewangan Rosmah sehingga mampu membelanjakan RM24.5juta untuk sebentuk cincin. Kita menjemput Rosmah untuk menafikan pembelian cincin ini.

Dalam masa yang sama, kami rakyat yang bersimpati kepada dunia Palestin juga ingin tahu mengapa begitu tergamak seorang isteri Perdana Menteri sebuah negara Islam memilih untuk memberi keuntungan kepada sebuah syarikat kroni zionis ?

Cukuplah sekali kita mempunyai isteri Perdana Menteri yang sebegini. Cukuplah sekali...

EDYES @ edyesdotcom

demam selsema...

Read more ...

Gambar terbaru Fayad Al-Bakri , mangsa tembakan polis

Gambar terbaru mangsa peluru getah dan bom pemedih mata, Fayad Al-Bakri



MENGIKUT peraturan, jika perlu, Polis hanya boleh melepaskan tembakan gas pemedih mata pada paras 45 darjah ke arah udara, namun apa yang berlaku di KL Sentral 9 Julai lalu, pihak polis dipercayai sengaja menembak peluru gas pemedih mata ke arah Anwar Ibrahim namun peluru itu melantun ke pipi pengiring beliau, Fayad Al-Bakri.

Akibatnya pengiring Anwar ini mengalami pendarahan dan kecederaan yang teruk di bahagian tulang pipinya.

Rakyat biasa yang berhimpun secara aman, tanpa senjata, ditembak dengan peluru gas pemedih mata. Beliau dilaporkan terpaksa menjalani pembedahan plastik.- milosuam.blogspot.com







Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Read more ...

Sekumpulan doktor terkenal Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin sahkan polis tembak gas ke dalam kawasan hospital

http://beritaharian.org/wp-content/uploads/2011/07/66218dc34f6634dc.jpg.jpgKUALA LUMPUR, 13 Julai: Sekumpulan doktor terkenal hari ini mengeluarkan satu kenyataan mengutuk cara pihak berkuasa mengendalikan perhimpunan aman Bersih, terutamanya tindakan polis yang menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin di Jalan Pudu Sabtu lalu.

Menyatakan bahawa hospital sepatutnya menjadi ‘santuari yang selamat untuk semua’ dan ‘tempat yang dikhaskan untuk perlindungan’ bahkan semasa masa perang, sebelas doktor dan pakar bedah, ada yang di antaranya berkhidmat di hospital berkenaan telah mengutuk keras tindakan polis yang memasuki kawasan hospital untuk memburu para pendemo aman yang lari lintang-pukang akibat serangan polis.


“Apa yang lebih memeranjatkan dan disaksikan ramai ialah serangan tanpa provokasi dalam kawasan hospital dan penahanan beberapa peserta yang hanya masuk ke hospital untuk mengelak serangan pemedih mata dan air,” kata mereka dalam satu kenyataan yang diemelkan ke Harakahdaily.


Kenyataan tersebut merupakan reaksi pertama daripada kumpulan doktor selepas polis menafikan bahawa anggota mereka ada menembak gas pemedih mata dalam kawasan hospital.


Ini diikuti dengan sidang akhbar Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang mendakwa bahawa polis sememangnya tidak menembak gas pemedih mata dan air asid ke dalam kawasan Hospital Tung Shin dan menyerang dakwaan para peserta Bersih 2.0 yang menyaksikan perkara tersebut dengan mata sendiri sebagai tidak benar.


Pelbagai bukti video walaubagaimanapun telah menolak penafian polis dan Liow dengan memaparkan dengan jelas bahawa gas pemedih mata sememangnyat telah ditembak ke dalam kawasan Hospital Tung Shin, ditambah dengan satu laporan Majlis Peguam Negara yang mencatitkan pengamatkannya pada perhimpunan aman Julai 9 yang mengesahkan bahawa insiden tersebut berlaku.


Kenyataan yang ditandatangani oleh Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr. Farouk Musa, Dr. Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong turut mengecam pihak berkuasa yang tidak tahu malu dalam menafikan insiden tersebut dengan pelbagai bukti dan saksi yang jelas terpampang di depan mata.


"Ia adalah menjijikkan bahawa pihak berkuasa yang diamanahkan untuk mengurus negara dan melindungi yang lemah dan memerlukan, tanpa malu dinafikan secara umum, kejadian-kejadian walaupun tidak terkira banyaknya foto, video, dan pengakuan saksi mata tentang apa yang sudah jelas kepada semua pemerhati bebas," kata mereka.


Walaupun mereka menyatakan bahawa mereka tidak mahu menyertai polemik selepas perhimpunan aman besar-besaran yang dipanggil oleh kumpulan Bersih yang menuntut pembaharuan pilihan raya, para doktor tersebut di mana ada beberapa orang yang bertugas di hospital-hospital yang terlibat semasa kejadian itu, berkata mereka bersedia untuk menyediakan afidavit bersumpah "jika perlu, kepada kebenaran insiden".


Kenyataan itu juga mengingatkan para pemegang jawatan awam untuk menunaikan tugas mereka dengan "integriti moral, maruah, dan ketelusan".

"Kegagalan mereka untuk berbuat demikian akan menimbulkan keraguan orang ramai terhadap kecekapan dan kredibiliti mereka dan juga merosakkan imej orang-orang di pejabat tinggi," tegas mereka.

Read more ...

Najib tiba di London tanpa David Cameron dan tanpa permaidani merah di lapangan terbang Farnborough, London

Gambar dari NST Online

Nasib rakyat Malaysia mendapat PM yang seolah-olah tak mendapat pengiktirafan dari bekas penjajah negara Malaysia sendiri.....

Cuba peratikan kesemua gambar-gambar tu,,, kesemuanya sekerat sahaja,,, dari paras betis hingga ketapak kaki dan tanah tak disiarkan..... he he....

Petang tadi aku sempat tengok berita NTV7 jam 7 ptg, ada ditunjukkan juga,,, memang jelas tak ada karpet-karpet,,, batu kerikil tapak airport ada la....

Dan yang sambut ketibaan PM pun mengikut dari BH Online hanya Setiausaha Negara bahagian Luar Komanwell,,, ish,ish,, sambut kedatangan PM 1Malaysia depa letak SU sahaja......

Padanlah muka Rosmah FLOM yang sebelum ini selalu menyibuk pun tak kelihatan dalam gambar tu..... .....ManjungMari

Berita Bernama di bawah :

LONDON: Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini Selasa untuk lawatan rasmi empat hari bagi meningkatkan hubungan antara Malaysia dengan United Kingdom. Dengan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Perdana Menteri terbang ke London selepas menamatkan lawatannya ke Turkmenistan.

Najib tiba di lapangan terbang Farnborough pada 3.45 petang waktu tempatan (10.45 mlm Malaysia) dan disambut oleh Wakil Khas kepada Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel John Mcdonald, Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia Simon Featherstone, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Duta Besar Malaysia ke UK Datuk Zakaria Sulong.

Perdana Menteri dijadual bertemu pemimpin kerajaan UK dan tokoh-tokoh industri semasa lawatan itu yang dibuat atas jemputan Perdana Menteri Britain David Cameron. Najib juga dijadual menghadap Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham. -BERNAMA

Read more ...

Pengalaman Bersih 2.0 Group Transnasional Parit Buntar ( Siri 3 )

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 3

Berbalik kepada kumpulan kami, dalam samar-samar muncul pimpinan yang kami tungu-tungu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa (Ahli Perlimen Parit Buntar). Baru lah semangat datang semula.

Memang Ana perasan sejak dari awal pagi Ana tak Nampak langsung muka pimpinan. Sangkaan Ana semua pimpinan telah di tangkap. Allhamdulillah Allah telah pertemukan kami dengan seorang pemimpin yang boleh mambawa kami berjuang.

Dengan pasukan FRU 100 meter di hadapan kami yang sudah sedia untuk belasah kami tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Kata Ustaz
Mujahid dalam taklimat ringkas beliau Allah SWT telah turunkan tenteranya iaitu HUJAN dalam perjuangan kita, terdengar lah laungan Takbir beberapa kali.

Kami bersyukur disebabkan hujan turun dengan lebat maka banyak angkatan FRU yang angkat kaki. Hanya beberapa belas orang sahaja yang ada di hadapan kami, Kami pun terus memulakan perhimpunan, berarak dengan kapisiti orang yang sudah mencecah puluhan ribu orang (Ana tak tau jumlah sebenar berapa, Ana agak sahaja) kami memulakan perarakan di jalan berhampiran Petaling Street. Maka bermulalah demonstrasi jalan dalam lingkungan jam 2.10 pm.

Disebabkan kumpulan kami mempunyai penunjuk arah yang mahir selok-belok jalan KL, di bantu pula oleh polis yang sudah menutup jalan, maka mudahlah kami bergerak dengan puluhan ribu orang tanpa ganguan kenderaan di jalan raya. Kami menyusuri jalan- jalan kampung, jalan-jalan desa yang Ana pun tak pasti jalan mana. Yang Ana ingat kami melalui Kg Pandan, Menara AM Bank, dan last di Dataran KLCC.

Kumpulan kami tidak diganggu polis dan FRU disebabkan mereka sibuk berperang dengan kumpulan pertama yang mana kumpulan tersebut diketuai oleh pimpinan yang hebat seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Hj, Mat Sabu, Aabiga, Tian Chua dan ramai lagi. Kami adalah kumpulan kedua.

Kami berarak tanpa sebarang ganguan. Shamsul hanya sempat menyertai kumpulan tersebut sehingga jam 3.00ptg sahaja. Beliau tidak mampu lagi disebabkan kakinya tarik mengkarung. Biasalah umur dah lanjut paham-paham ja lah.

Ana meneruskan legasi perjuangan berseorangan di sebabkan telah berpecah dari awal. Selepas berpisah dengan Shamsul Ana tidak mendapat berita lagi dari beliau. Kemuncak demonstrasi Bersih adalah di dataran KLCC iaitu sekitar jam 4.03 pm .

Di sana terjumpa lah pemimpin muda iaitu Cikgu Bard, Dr Hatta, Ketua Pemuda Pas dan orang kanan Ambiga. Kami berkumpul dengan kekuatan ratusan ribu orang, dengan permulaan menyanyikan lagu Negaraku. Laungan Daulat Tuanku dan laungan Takbir. Bayangkanlah baper jam kami jalan tanpa henti.


Ketika orang ramai mula duduk dalam keadaan tenang ketika mendengar pidato dari kesemua pimpinan, munculah abang kepala merah (FRU) sekitar jam 4.40 petang. Kami bertempiaran melarikan diri. Ketika Ana melarikan diri, beg Ana di rentap dari belakang sempat lagi Ana meloloskan diri.

Ketika itulah Ana dapat rasakan sesuatu di belakang Ana. Rupanya Ana ditembak dari belakang dengan Gas Pemedih mata. Ana hampir jatuh, Ana lari kearah utara dataran dan Ana ditembak kali kedua. Tetapi nyaris terkena, mata Ana pedih seakan terkena cabai (Cili). Ana gunakan garam untuk pulihkan semula.

Alhamdulillah beransur hilang kesan cabai tersebut. Apabila Ana buka mata Ana, Ana Nampak beberapa orang aktivis seperti Ana terbaring atas jalan dengan tangan di ikat kabel plasticdi belasah oleh FRU tanpa belas kasihan.

Betul kata ustaz Sharir Long, sejahat-jahat manusia ialah manusia yang bernama abang kepala merah. Tanpa belas kasihan Ana nampak ramai pemuda yang dibelasah tanpa belas kasihan. Ana pun kena bantai jugak di belakang tapi sempat lagi lari, memang kena bantai nie Ana ingat sampai mati.

Belum sempat Ana bangun Ana dengar suara lantang “jangan lari”, tanpa menoleh Ana teruskan lari kearah satu bangunan yang Ana tidak tahu bangunan apa. Belum sempat larian 100 meter berpagar Ana habiskan.

Ana ditembak dengan Gas Pemedih mata kali yang ketiga dan ketika Ana mengelak dengan asap gas tersebut, Ana bertembung dengan seorang aktivis dan Ana terjatuh melambung di sebelah kon penutup jalan seperti kita lihat yang selalu di gunakan oleh JKR.

Mata Ana pedih untuk kali yang ke 3, sempat lagi Ana makan garam untuk menutrel kan semula peglihatan Ana. Ana bingkas bangun, dalam fikiran Ana terbayang lah Wajah Anak Ana, Wajah Isteri Ana dan wajah parent Ana. Tidap dapat dibayangkan jika Ana tertangkap bagaimana.

Bermacam-macam yang terfikir dalam kotak pemikiran Ana. Dalam keadaan seperti di Medan peperangan, Ana sekali lagi lari menyelamatkan diri. Kali ini Ana tekad lari ke Arah Dataran dan Ana Berjaya panjat salah satu tembok batu tersebut.

Tummm, terdengar bunyi tembakan dan tembakan ke 4 betul-betul di depan muka Ana. Bahang gas dirasai kali yang ke 4. Ana lompat dan terjun ke jalan dan meyelamatkan diri. Ketika hampir pasti polis tidak mengejar Ana, Ana ternampak seorang kakak yang terjatuh di bersebelahan Ana.

Cepat-cepat Ana tarik anak kecil dan terus mendukung berlari mambawa anak tersebut kearah satu restoran bersebelahan pondok jaga. Ana dengan pantas dapat melompat dan melintasi longkang yang besar. Ana pun tak pasti bagaima Ana lompat dengan jarak longkang yang agak luas.

Mungkin ini bantuan Allah SWT. Sempat juga Ana mengucapkan syukur kerana Ana tidak ditangkap. Kakak tadi datang melalui jalan yang jauh (jalan belakang) untuk mengambil anaknya semula.

Ana rasa anak kakak tue baya anak Ana 3-5 tahun. Ana berpesan kepada akak tersebut supaya pesan makanan dan jangan pergi selagi FRU ada. Ana meninggalkan dua beranak tersebut dan terus ke belakang restoran.

Di belakang restoran Ana menghilangkan lelah, bersihkan diri dari siraman air asid, dan salin baju lain agar Ana tidak dapat dikesan. Hampir 15 minit berlalu Ana tabahkan hati untuk keluar dari tempat persembunyian Ana.

Ana memandang sekitar kawasan tersebut masih ramai polis yang masih mencari aktivis perjuangan seperti kami. Ana rasakan seperti Ana dah lakukan rompakan besar dan polis sedang buru Ana.

Itulah perasaan yang Ana rasakan, Bagaimanakah anda rasa jika Anda di tempat Ana. Ana bergerak seorang diri dalam keadaan berpura-pura tenang, supaya polis tak dapat cam Ana. Ana teruskan destinasi ke geduangI-Setan, dikuncinya pula semua pintu gedung membeli belah I- Setan. Hah sudah bentak Ana.

Ana bergegas pula ke LRT di atas. 10 orang polis menunggu di situ dan tak benarkan semua orang menaiki LRT sehingga waktu yang ditetapkan. Ana rasakan Ana terkepung dan tidak boleh keluar lagi. Ketika itu terfikir dalam hati ini untuk bertanyakan kepada seorang hamba Allah yang memegang Helmet.

Dah tentu dia orang tempatan sebab naik motosikal. Rupanya lelaki tadi adalah student UM. Student tersebut mengatakan Ana perlu berjalan 6 km untuk keluar dari kawasan kepungan ini. Ana ikut jalan dan penunjuk seperti yang telah diberitahu student tersebut.

Penat berjalan hampir 40 minit, Ana sampai di Menara Standart Charted. Terus Ana ambik teksi bermeter dan berjumpa dengan Fauzan di jalan Brickfield. Tambang jangan cakap la, RM 22.80. Ranap duit Ana.

Ana bertemu Fauzan dalam lingkungan jam 6.02 ptg. Di Brickfield, Ana, Fauzan dan birasnya naik teksi dan terus ke Masjid Wilayah. Kami semua berkumpul di sana. Walaupun letih masing-masing berasa gembira dapat menyertai perhimpunan Bersih 2.0 ini.

Ada antara kumpulan kami dintangkap dan dilepaskan semula jam 8.00 mlm. Ada juga berita yang mengatakan sahabat kami Amir ditangkap sebelum berjuang. Ana pun tak tahu nasib beliau macamana. Jumlah yang ditangkap hanya 3 orang.

Kami semua mendapat berita tentang kematian saudara Baharuddin yang sesak nafas akibat terhidu Gas Pemedih Mata berlebihan. AL-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau. Moga beliau ditempatkan pada para shuhada.

Amat bangga diri ini dapat merasakan satu pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup ini. Kami solat Isyak dan jamak solat Maghrib di sini dan bertolak ke hentian Jalan Duta jam 10.30 pm.

Rugilah kepada pejuang di luar sana tidak dapat hadir di sini. Pengalaman memang best sangat-sangat. Bertolak balik dengan bas dan pemandu bas yang sama jam 11.15 mlm. Kami tiba di stesen bas PB jam 3.25 pagi.

Terima kasih pada sahabat kerana sudi menelefon bertanya khabar dan jangan mara kalau tak diangkat atas sebab hidup umpama pelarian di bumi KL ini. Antara sahabat yang sempat call Ana adalah Hj. Latiff, Kak Zah, Mahyuddin dan ramai lagi.

Kenapakah kami sanggup menyertai perhimpunan ini ?

Antara 8 Tuntutan Bersih 2.0 Adalah :
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor

Dalam tuntutan Bersih tidak pun menyebut untuk mengubal Hak Keistimewaan Melayu, Tidak pula menyebut untuk menghapuskan hak imuniti Raja-raja melayu dan juga tidak menyebut untuk tukarkan Agama rasmi Agama Islam kepada Agama Lain.

Kesimpulan disini adalah hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil kepada semua parti dan diutuju khas kepada SPR. Persoalannya mengapa UMNO pula yang melatah dan paling kuat membantah dengan 8 tuntutan Bersih ini. Mari kita berfikir sejenak.

Dalam erti kata lain salahkah kami menyertai perjuangan ini.

Berdosakah kami
- menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia ini?
- menentang arak diharamkan di Malaysia?
- menentang Judi diharamkan di Malaysia?
- mahukan pemimpin yang amanah?
- menentang kerajaan yang zalim?
- mahukan Agama Islam yang Hakiki di Malaysia?
- menentang Rasuah di Malaysia?

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

Read more ...

Lepas ni pencacai UMNO dalam kerajaan negeri tak boleh dah sabotaj kerajaan Selangor melalui perobohan rumah ibadat

Dewan S'gor Lulus Usul Tindakan Roboh Rumah Ibadat Perlu Kelulusan Exco Dahulu

http://www.selangorkini.com.my/my/wp-content/uploads/2010/12/dun-selangor.jpgSHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri Selangor pada Rabu meluluskan usul supaya sebarang tindakan untuk meroboh atau memindahkan rumah ibadat Islam dan bukan Islam perlu mendapat persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri terlebih dahulu.

Untuk itu, kerajaan negeri diminta mengeluarkan surat pekeliling kepada pihak-pihak berkuasa tempatan agar mematuhi arahan tersebut.

Usul yang dibawa oleh M.Manoharan (DAP-Kota Alam Shah) pada sidang dewan itu juga menggesa Kerajaan Negeri untuk menentukan semua masjid, surau, kuil Hindu, tokong Cina, gereja dan semua rumah ibadat lain kekal di tempat asal masing-masing.

Usul itu disokong oleh Lau Weng San (DAP-Kg Tunku), Gan Pei Nei (PKR-Rawang)dan Lee Kim Sin (DAP-Kajang).

Manoharan juga berkata, sudah sampai masanya garis panduan pembinaan rumah ibadat Islam dan bukan Islam di taman-taman perumahan dipanjangkan kepada syarikat-syarikat pemaju milik kerajaan negeri dan bukan hanya pemaju swasta.

Lee semasa membahaskan usul berkenaan berkata, Jawatankuasa Rumah Ibadat Bukan Islam telahpun mengeluarkan pekeliling bahawa rumah ibadat bukan Islam yang dibina sebelum 2008 tidak boleh dirobohkan tanpa persetujuan Exco negeri.

Persidangan dewan kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan. - BERNAMA

Read more ...

Setelah 50 tahun bertapak di Malaysia, Esso bakal ditutup pada zaman Najib



SHAH ALAM 13 JULAI : Desas-desus Exxonmobil mahu melupuskan pegangannya di dalam Esso Malaysia sekali gus menutup operasi runcitnya di negara ini kerana mempunyai margin keuntungan yang rendah merupakan faktor utama kegagalan pentadbiran Najib meyakinkan pelabur asing berhubung keadaan ekonomi semasa Malaysia.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, tindakan Exxonmobil itu bukan saja menunjukkan bahawa kegagalan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) mengekalkan pelabur sedia ada, malah ia menjadi kayu pengukur kepada tahap kemampuan Perdana Menteri menguruskan negara.

"Esso telah bertapak dinegara kita lebih 50 tahun, kenapa tiba-tiba mereka mahu tarik diri dari melabur? Mesti ianya bersebab?," soalnya.

"Mereka tidak yakin dengan kepimpinan dalam negara kita yang dilihat semakin bertambah buruk dan tidak cekap dari segi pengurusan," katanya memberitahu Tvselangor.

Memetik laporan media kawalan Umno, Utusan Malaysia hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berharap Esso Malaysia tidak akan menutup operasi runcitnya di negara ini.

Bagaimanapun menurut Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sekiranya syarikat itu masih berhasrat berbuat demikian, beliau berharap operasinya akan diambil alih oleh syarikat tempatan.

Esso Malaysia dimiliki oleh Exxonmobil International Holdings Inc.

Syarikat minyak antarabangsa itu juga didakwa mahu memberi fokus kepada penerokaan dan pengeluaran minyak berbanding perniagaan runcit.

Mengulas lanjut berhubung tindakan kerajaan memberi milikan operasi runcitnya kepada syarikat tempatan, Azan berkata, ia tidak berasas.

Katanya, sedangkan syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dan pengalaman juga mengalami margin keuntungan yang rendah, bagaimana pula sebaliknya nanti?.

"Kita bimbang oleh kerana ketidakcekapan ini akan menyebabkan pengguna akan teraniaya kerana kos pengurusan yang teruk itu akan terbeban kepada pengguna," ujarnya.

Bagaimanapun, beliau mengesa agar Najib segera mencari jalan penyelesaian terbaik ini kerana sekiranya Najib bertegas untuk memberi milikan kepada syarikat tempatan ia dikhuatiri mempunyai kepentingan politik pemerintah.

"Ada beberpa perkara yang perlu dijawab dan tidak boleh disembunyikan oleh kerajaan sekarang, kenapa perkara seumpama ini berlaku sedangkan kita sedia maklum ia akan memberi kesan serta merta kepada rakyat (pengguna) iaitu menanggung beban kos yang lebih mahal,"katanya.

"Soal kepentingan pemilikan diberi kepada syarikat kroni, itu perkara biasa dilakukan oleh kerajaan, tetapi persoalannya kenapa kerajaan tidak mahu memikirkan nasib yang bakal ditanggung rakyat,"tambahnya lagi.

Read more ...

Bersih 2.0 : Kehadiran orang muda petanda baik - Anwar



KUALA LUMPUR 13 JULAI : Kehadiran peserta perhimpunan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk golongan muda yang menyokong tuntutan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini petanda baik berhubung kesedaran politik.

Menurut Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, kehadiran golongan muda itu juga membuktikan kesedaran mengenai hak mereka.

"Ya, ribuan daripada generasi muda hari ini hadir dan mereka bukan sahaja terdiri daripada orang Melayu tetapi juga kaum Cina dan India pada perhimpunan itu.

"Ini petanda baik untuk politik Malaysia. Saya berharap ini akan mendorong mereka untuk mendaftar sebagai pengundi dan ini amat baik,” katanya Malaysiakini.

Anwar, yang memakai pemaut leher atas nasihat doktor selepas terjatuh diKL Sentral Sabtu lalu, diminta mengulas kehadiran ribuan peserta demonstrasi daripada golongan muda yang terdiri daripada pelbagai bangsa di ibu negara itu.

Read more ...

SPRM kena siasat cincin RM24 juta

http://maidoali.files.wordpress.com/2011/07/rosmah.jpg?w=300&h=221GEORGETOWN 13 JULAI : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini digesa menyiasat dakwaan bahawa isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor mengimport sebentuk cincin berlian bernilai RM24 juta tanpa cukai dari Amerike Syarikat April lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin membuat laporan kepada SPRM di Pulau Pinang bersabit dakwaan itu dengan mengemukakan apa yang disebut beliau sebagai salinan dokumen import yang diperolehi daripada sebuah sumbernya.

Badrul yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata cetakan dokumen itu daripada skrin komputer mengandungi maklumat terperinchi mengenai cincin berkenaan dan butiran penuh mengenai pengimportnya.

Antara maklumat tertera adalah cetakan komputer itu adalah :

Nama Barangan : Natural Fancy Blue Gray Cushion Cut Diamond
Nama Pengekspot : Jacob & Co dari New York
Nama Pengimpot : Datin Seri Paduka Rosmah Mansor dan Jeremi Beh Sin Tee
Tarikh Impot : 6-04-2011
Tempat Impot : KLIA

Sehubungan dengan itu, Chegu Bard menggesa SPRM mengadakan siasatan secara terperinci dan telus sebelum menyatakan hasil siasatan.
"Kita mendesak SPRM untuk tampil menyatakan hasil siasatan mereka kepada umum kerana ini melibatkan bukan sedikit jumlah wang rakyat Malaysia."

Beliau berkata cetakan maklumat yang diperolhi "hampir mustahil" untuk dipalsukan.
"Hampir mustahil untuk seseorang membekalkan butiran penerbangan, nama pegawai kastam yang bertugas, nama pengimport dan sebagainya," kata beliau.

"Ini mengingatkan kita kepada negara jiran kita yang pernah dihancurkan oleh seorang wanita pertama yang bernama Imelda Marcos. Kita tidak mahu negara kita jadi begitu.
Cukuplah rakyat yang terseksa. Kita tidak mahu orang yang bernama sebagai wanita pertama bersikap sedemikian rupa." tambahnya.
Badrul turut menggesa Rosmah tampil memberi penjelasan bersabit dakwaan itu, khususnya mengenai cetakan maklumat pengisythiaran Kastam yang diperolehi.

Beliau juga berkata syarikat Jacob dan Co yang dikatakan mengeksport cincin itu, turut dikaitkan dengan perhiasan yang diguna oleh isteri Perdana Menteri.
"Jacob & Co merupakan sebuah syarikat yang berpengkalan di New York. Beberapa barang keluarannya yang terpapar dalam websitenya, kita dapat padankannya dengan beberapa perhiasan yang sering dipakai oleh Rosmah Mansor,"katanya.
Beliau juga mempersoalkan bagaimana pengimport cincin berlian itu mendapat pengecualian cukai bagi membawa masuk perhiasan itu.

"Adakah suami individu yang dinamakan diatas menggunakan kuasanya sebagai Menteri Kewangan untuk memperolehi cukai kosong itu," tanya beliau.

Read more ...

Video : Lagi kenyataan BANGANG dari Pengerusi SPR


Pengerusi SPR tengok la video ini sebelum buat kenyataan BANGANG, memang "Anjing UMNO" sungguh

Bernama melaporkan:
KUALA LUMPUR, 12 Julai (Bernama) -- Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada Selasa diingatkan supaya tidak terlalu gopoh dalam mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunaikan kesemua lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) sedangkan satu memorandum mengenai perkara itu belumpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Pada saya tidak sesuailah Timbalan Presiden Pas mencabar SPR dan berilah peluang kepada Yang di-Pertuan Agong teliti memorandum itu dahulu," kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Bernama pada Selasa.

Beliau menyifatkan desakan oleh Mohamad Sabu itu sesuatu yang tidak berasas memandangkan memorandum yang sepatutnya dipersembahkan kepada Tuanku Mizan oleh pengerusi Berish Datuk S.Ambiga belum diserahkan.

"Mereka (Bersih) kata nak serah memorandum kepada Agong. Saya hairan kenapa Timbalan Presiden Pas nak mencabar SPR sedangkan Bersih yang nak serah memorandum kepada Agong.

"Jangan terlalu gopoh sebelum pihak istana membuat keputusan atau cadangan. Kenapa pula timbalan presiden PAS nak buat cabaran baru kepada SPR. Tunggulah dulu, biar memorandum itu sampai kepada Yang di-Pertuan Agong," kata Abdul Aziz. - Bernama.
Satu lagi kenyataan yang BANGANG dari pengerusi SPR 'si anjing Umno'.

Kenyataan SPR tu macam nak tipu rakyat, nak bagitau yang kononnya BERSIH tak berminat pun nak serahkan memorandum tuntutan tu kepada Agong pada 9 Julai lepas.

Memang Agong belum terima memorandum tu. Bukan BERSIH 2.0 tak mau serah, malah berusaha nak serah dengan strategi. Pasai tu la kumpulan yang dipimpin oleh Dr. Hatta akhirnya berhimpun depan KLCC manakala kumpulan yang dipimpin Husam pulak berhimpun dekat Stadium Merdeka. Dua-dua kumpulan tu tak pun berusaha berarak ke Istana Negara macam masa BERSIH yang pertama dulu, biar FRU sibuk 'berperang' dengan kumpulan demonstrasi.

Yang sampai di hadapan Istana Negara cuma Sasterawan Negara A. Samad Said dengan satu kumpulan kecil. Kumpulan yang cukup kecil macam dalam video kat bawah ni. Cukup kecil kalau nak dibandingkan dengan kumpulan Patriot sekali pun. Strategi ni untuk pastikan kebarangkalian kumpulan tu berjaya sampai ke depan Istana Negara dengan aman.

Walaupun yang hantar memorandum tu Pak Samad, individu yang mungkin paling bersopan tuturkata di Malaysia ni, yang beberapa hari sebelum tu diperkenankan mengadap Agong, memo tu tak berjaya jugak disampaikan kepada Agong pasai dihalang polis.

Walau apa pun, tuntutan BERSIH 2.0 tu bukannya untuk Agong penuhi tapi untuk dilaksanakan oleh SPR untuk pastikan yang pilihanraya jadi bukan saja dilihat bersih tapi menang benar-benar bersih.

Serahan kepada YDP Agong tu cuma sebagai simbolik saja, nak tunjukkan sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Raja berpelembagaan, tempat terakhir untuk rakyat mengadu. Himpunan besar-besaran pulak dibuat untuk menggambarkan kemahuan rakyat. Kalau pihak Istana Negara terima memo tu pun sebenarnya dah boleh dianggap sebagai satu bonus.

Tak logik langsung kalau ada yang berharap kalau Agong dapat memorandum tuntutan BERSIH 2.0 tu, Agong akan bertitah mengarahkan kerajaan supaya tunduk kepada tuntutan tu. Memang tak pernah jadi dalam sejarah Malaysia.

Taktau la pulak kalau Agong sekarang ni cukup berani nak buat rekod baru? Tak payah bermimpi la...

Pasainya memang macam tu konsep Raja berpelembagaan cara Malaysia. Raja dipandu oleh perlembagaan manakala perlembagaan pulak dipandu oleh parlimen. Raja cuma berkuasa berdasarkan peruntukan perlembagaan. Yang jelasnya, Raja dan kerajaan memang tak tak pernah bertembung malah memang sepatutnya bertembung.

Tuntutan BERSIH adalah tuntutan rakyat kepada SPR. Pasai tu la Mat Sabu terus secara langsung desak SPR 'si anjing Umno' laksanakan tuntutan tu. Pasai tu la Mat Sabu terus secara langsung ugut akan buat himpunan BERSIH lagi sekali.Cenangau

Read more ...

Tuan Guru Nik Aziz sokong Bersih 3.0 jika tidak berubah

KOTA BHARU, 13 Julai: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, (gambar) menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya.

Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

”Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut.

Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

”Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,”ujarnya.

”Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,”ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti.

Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

”Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,”ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat.

Read more ...

BERSIH 2.0: Pelajar saksi warga tua dihenyak polis

NONESeorang pelajar berkata beliau melihat seorang warga emas terjatuh dan dihenyak oleh polis ketika sepasukan lebih 100 orang anggota berkenaan menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0 berhampiran menara KLCC pada Sabtu lalu.

Pelajar berkenaan berkata, warga emas berkenaan mungkin merupakan individu yang meninggal dunia selepas dibawa ke hospital selepas terjatuh semasa perhimpunan itu berlaku.

"Saya rasa itulah pakcik yang meninggal itu. Saya nampak dia jatuh, kemudian saya nampak polis tengah hurung dia, tapi itu saya tak sempat rakam sebab saya tengah lari.

"Saya tak pasti tapi saya rasa dialah. Orang itu memang kena lanyak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Ketika ditanya, pelajar itu berkata beliau tidak melihat sekiranya polis telah menendang lelaki terbabit, "tapi saya rasa polis henyak dia. Tak mahu bagi dia bergerak."

NONEIndividu berkenaan, Allahyarham Baharudin Ahmad (foto kanan) menjadi perhatian apabila ia dikaitkan dengan dakwaan keganasan yang dilakukan polis ketika menyuraikan kumpulan yang berhimpun di sekitar ibu negara pada Sabtu lalu.

Polis setakat ini menyatakan bahawa Allahyarham Baharudin meninggal dunia akibat penyakit jantung, namun sebab sebenar kematian lelaki berkenaan masih menimbulkan tanda tanya.

Dalam kejadian pada petang itu, saksi mata tersebut berkata, beliau melihat kedua-dua tangan warga emas itu dipegang oleh anggota polis yang turut menghenyak lelaki tua berkenaan ke permukaan jalan.

"(Warga tua itu) dah jatuh, kemudian polis hurung dia. Saya nampak macam mereka henyak dia, saya nampak macam guna kaki. Yang saya nampak polis ada lima orang polis yang hurung," katanya lagi.

Pelajar berkenan juga berkata, beliau tidak melihat sama ada mangsa berkenaan berjaya melarikan diri ke bangunan Avenue K yang terletak kira-kira 200 meter daripada persimpangan berkenaan, seperti dilaporkan sebelum ini.

funeral baharudin bersih protesterKetika ditanya, beliau juga tidak dapat mengesahkan sama ada polis telah melepaskan gas pemedih mata sebelum menyerbu ke arah kumpulan yang berhimpun itu.

"Gas (pemedih mata) saya tak perasan sebab saya dah lari," kata pelajar berusia 19 tahun itu lagi yang menambah, kejadian berkenaan berlaku selepas polis berkenaan menggempur sekumpulan lebih 1,000 orang yang menyertai perhimpunan berkenaan.

Kumpulan berkenaan berhimpun di tengah-tengah persimpangan Jalan Ampang – Jalan Yap Kwan Seng – Jalan P Ramlee.

Selain warga emas tersebut, beliau turut melihat beberapa orang lagi turut terjatuh selepas sekumpulan anggota polis berpakaian seragam menyerbu kumpulan yang menyertai perhimpunan tersebut.

Kumpulan polis berpakaian seragam itu mara dari barisan belakang sekumpulan anggota FRU yang membentuk halangan di Jalan P Ramlee, berhampiran persimpangan berkenaan.

Pada masa itu juga, sepasukan polis dan FRU membentuk halangan di hadapan SJKC Lai Meng, di bahagian barat Jalan Ampang.

Difahamkan, polis pada masa itu bertindak untuk menyuraikan kumpulan berkenaan – yang bergerak daripada kawasan Kampung Baru – ke arah timur Jalan Ampang dan juga Jalan Yap Kwan Seng.

Read more ...

Mad Bashah yang tak tahu malu



bangunan UMNO Cawangan Kg Berjaya..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjik8T2eajRRcElijicoNadGjAbZvmFFTiThT5KUx6zw7-vcOMkzN2BAGy8RBQBJ15sYgaMOz4cOIwZZ6nqlXG0lTL11HLgO5EqqsLAxHWMmnrVQjO4uO7OPsYdkE_gdM7yFFHbjPgfSoOO/s1600/bashah+pejabat.jpg
Pejabat Yang berada atas Tanah Kerajaan Negeri

Oleh : Lang Tok Teh

Bukan setakat salah, malah tak bermoral, tapi umno jenis muka hemoi, sudahlah duit GLC hampa sapu, premis bagunan kerajaan negeri pun umnosapu, buat macam harta tu macam mak bapak umno yang punya.

Di Pendang tanah milik ahli umno, pun umno kelentong, ahli umno pun umno tipu. Ahli umno tu bangsa melayu, melayu pun umno tipu.

Pengerusi Perhubungan umno kedah Dato Ahmad Bashah tak payah dok tipu la semua orang tau pejabat yang Dato' dok guna tu bukan bangunan milik umno, bangunan tu , hak milik Kerajaan Negeri .Ternyata Dato dah salah guna premis kerajaan.

Pemimpin yang tak ada moral saja yang buat perangai macam Dato Bashah. SPRM pun 'samdol' juga dah tau benda tu salah ,ambil la tindakan, elok sangat la orang dok hentam SPRM.

Kalau SPRM pengecut sangat nak siasat Dato Bashah SPRM boleh pi siasat Pegawai Daerah Kota Setar ,tanya dia pasai apa hang bagi kunci bangunan tu kepada ketua pembangkang, atau paling tak reti nak buat kerja, pi tanya Pegawai Daerah Kota Setar berapa ribu sebulan ketua pembangkang tu bagi pada hang sebulan.


PDRM lagi kalut.... tunggu lagi, kut-kut ada mamat mana pi buat repot, baru nak buka fail ..... tu pun belum tentu tindakan akan diambil, Padahal dalam FB & blog tak ada mamat mana pun yang pi repot pun, polis dah ambil tindakan. Yang tu boleh pulak.

Ahli umno boleh sedar kot, 50 tahun lebih umno ada kuasa memerintah sebiji pejabat umno pun tak boleh buat.. Asyik duk tumpang bangunan Kerajaan saja.Kedahlanie

Read more ...

Pengalaman Bersih 2.0 Group Transnasional Parit Buntar ( Siri 2 )

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 2

inilah polis yang hampir-hampir menangkap kami di Masjid Negara

Tatkala hati masih gelisah ditangkap, kami semua bergerak terus ke Stesen KTM yang tak berapa jauh dari Masjid Negara. Hanya beberapa puluh meter dari Masjid Negara. Kami berkumpul dalam keadaan masing-masing tidak tahu hala tuju. Mana tak nya, demonstrasi difahamkan akan bermula jam 2.00 petang kalau di ikutkan masa sebenar. Sekarang baru jam 9.15 pagi.

Maknanya kami perlu berkeliaran hampir 5 jam lagi untuk berdemonstrasi. Dalam keadaan yang hampir kembali tenang di KTM, sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran puluhan polis yang datang.

Dengan nada yang tegas dan kasar polis tersebut membuat pengumuman “ sesiapa yang mempunyai tiket KTM sila angkat dan tunjuk, dan sesiapa yang tidak punyai tiket KTM sila beredar dari stesen ini segera”. Ketika itu terdengarlah laungan takbir yang bergema dari pejuang-pejuang Islam.

Yang menghairankan Ana, sesiapa yang takbir, akan di tangkap dan terus dibawa kemana, Ana pun tak pasti. Polis tersebut sambil nada sinis mengatakan “nak takbir balik rumah, zikir di rumah kuat-kuat, sapa pun tak ganggu”.

Ini polis yang nak jaga keamanan Negara beragama Islam, akan tetapi mempersendakan kalimah ALLAH. Subhanallah Ana berfikir. Jahil sungguh polis-polis ini, terima arahan membuta tuli dari pimpinan atas, sampai sanggup gadaikan akidah.

Penangkapan dibuat di dalam pekarangan stesen KTM

Bermulalah dari sini Ana dan Joe Pg terus beredar dari KTM dan kami membuat keputusan akan ke Berjaya Time Square untuk habiskan masa di sana. Kami hanya berdua berjalan kaki ke sana hampir 10 km dengan ditemani secebis semangat yang ada.

Dalam perjalanan Ana sempat lihat berpuluh-puluh trak FRU di kiri dan kanan. FRU tersebut memerhati kami dari jauh. Ana harapkan semoga kami tidak di tangkap ketika dalam perjalanan. Kami tiba di Berjaya Time Squre jam 12.13 pm.

Alhamdulillah, kami berdua sempat sampai kesana dengan selamat. Kami membeli tiket wayang Transformer untuk memujuk hati ini supaya tenang dan tenteram agar dapat melupakan Abang Kepala Merah buat seketika. Terfikir dalam hati ini habis menonton wayang akan terus bergegas ke Stadium Merdeka.

Tentu korang hairan kenapa kami membeli tiket wayang sedangkan matlamat asal adalah Perhimpunan Bersih 2.0?


Kami membuat keputusan untuk menonton wayang disebabkan keadaan yang agak tidak menentu. Jika kami berkeliaran di luar sana besar kemungkinan kami akan ditangkap. Ditangkap sebelum berjuang adalah satu pekara yang tidak diinginkan oleh pejuang seperti kami.

Jika ditakdirkan ditangkap, biarlah ditangkap ketika berjuang bukan ditangkap sebelum berjuang. Polis berkeliaran di merata tempat. Ana dan Joe Pg bukanlah orang tempatan yang mahir selok-belok Bandar KL ini. Kami telah pun terpisah dari kumpulan asal.

Kami tidak tahu lagi kemana yang harus kami tuju. Berjaya Time Square adalah tempat yang kami rasa selamat buat sementara waktu. Terasa menjadi pelarian di Negara sendiri.

Ketika kami tidak keruan serta dalam keadaan tertekan, taktala mendapat berita masih berlarutan ada kestangkapan dibuat, ketika semangat kami hampir lemah serta perasaan bercampur dengan takut, atas sebab itulah kami membuat keputusan untuk berada di Plaza Berjaya Time Square.

Sebenarnya berat juga hati ini untuk masuk ke pawagam, akan tetapi memandangkan kami perlu tunggu hampir 2 jam lagi, dengan hati yang berat terpaksa lah juga.

Jam telah menandakan waktu tayangan hampir tiba. Kami lihat waktu ketika itu tepat jam 12.17 pm (09.07.2011). Tayangan bermula jam 12.30 pm. Ketika mana kami dalam keadaan gelisah menuju ke dewan tanyangan, telefon bimbit Ana berbunyi.

Ketika itu Ana telah mendapat panggilan dari sahabat baik Ana Siper Fisabilillah yang mengatakan perhimpunan (kumpulan perhimpunan pertama) sudah pun bermula.

Difahamkan keadaan di sana meriah dan juga sudah ada tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. Bermula di kawasan Pejabat Pos Besar betul-betul di bangunan besar Daya Bumi.

Ketika itulah datangnya semangat entah dari mana, terasa seperti mati hidup kembali. Tanpa sebarang alasan kami terus membatalkan niat kami untuk menonton wayang.

Kami terus bergegas meunuju ke bangunan Daya Bumi dengan semangat yang berkobar-kobar. Ana dan Joe Pg pun hairan mana datangnya semangat ini.

Ketika dalam perjalanan ke sana kami bertembung dengan aktivis yang datang dari kedah Johor. Katanya baik kita terus ke stadium Merdeka atas sebab ianya sudah hampir dengan kedudukan kami ketika itu. Ana dan Joe Pg pun tak tahu yang kami berada sudah hampir dengan stadium Merdeka.

Kami pun terus menyertai kumpulan tersebut. Inilah yang di katakan takdir Allah SWT. Jika niat baik dibalasnya dengan baik, jika sebaliknya dibalas dengan sebaliknya pula. Kami melalui balai polis besar(IPK Kuala Lumpur) yang Ana pun tak pasti balai polis apa entah.

Ana dan kumpulan tersebut terus berjalan dengan niat nak menuju ke stadium Merdeka, akan tetapi kami terjumpa kumpulan perhimpunan yang kedua (kumpulan perhimpuan kedua) sedang menunggu waktu zohor untuk solat berjemaah di Masjid Al-Bukhori.

Tak terlintas pun yang Ana dan Joe Pg akan jumpa kumpulan tersebut. Kami solat Zohor berjemaah bersama. Selesai sahaja solat zohor berjemaah, kami terus keluar. Kami dapati orang ramai mula berkumpul untuk memulakan perhimpunan.

Ana dengan Joe Pg yang telah disuntik semangat baru terus menyertai perhimpunan. Dengan laungan takbir yang begitu kuat kami terus begerak ke stadium Merdeka. Akan tetapi perjalanan kami di halang oleh sepasukan kecil di hadapan.

Pimpinan kami yang saya tak kenal mengarahkan kami bertahan sahaja di persiaran Masjid Al-Bukhori. Kami berpatah balik dan pimpinan merancang perjalanan perarakan yang baru. Dalam suasana yang tenang muncul unit amal dan penunjuk jalan yang membawa kami terus ke jalan berhampiran dataran Maybank.

Perjalanan kami terhenti disebabkan disekat oleh kepungan FRU di hadapan. Ana mula rasa cuak dalam diri ini. Malah Joe Pg pun begitu. Keadaan mula bertukar menjadi agak tegang. Tidak jauh dari tempat kami berhimpun terdapat satu lagi kumpulan yang jaraknya hanya 200 meter dari kami.

Tidak lain tidak bukan kumpulan PATRIOT (pejuang takut gas pemedih mata, mati lagi takut sebab belum sempat bertaubat) dengan bangga membawa bendera Malaysia lebih kurang 200 orang. Gamaknya penyokong diorang nie mungkin terkandas dek sekatan polis kot.

Tak berapa ekor jer yang ada. Ana perhatikan gerak-geri mereka. Ana perasan baru kena tembak satu gas pemedih mata sudah lari lintang pukang.Tinggal bendera Malaysia di atas jalan. Ceh, pooorahhh, kata pejuang bangsa. Baru kena tembak satu das dah hilang. Memang pejuang takut mati.

Nantikan sambungan seterusnya.

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

Read more ...