Tuesday, July 27, 2010

Jambori Amal Tanjung malim

TANJUNG MALIM, 27 Julai : Jambori Amal Kawasan Tg Malim telah berjaya diadakan di Kg Baru Sabar Jaya, Sungkai dengan penyertaan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada remaja-remaja dari cawangan sekitar Kawasan Tg Malim.

Pendaftaran jambori bermula jam 5.00 petang pada hari Jumaat 23 Julai 2010. selesai pendaftran, peserta ditugaskan mendirikan khemah masing-masing. Manakala petugas sibuk menyediakan makan malam.

Selesai Solat Maghrib, satu taklimat ringkas diberikan oleh Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar. Setelah selesai, Ustaz Azhari mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyampaikan Tazkirah Maghrib.

Selesai Solat Isyak, semua peserta menikmati juadah makan malam.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Ustaz Azhari. Setelah selesai, disambung pula dengan slot Taklimat Kawad kaki oleh Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamuddin dan diakhiri dengan taklimat Malam Kebudayaan oleh Timbalan Amal Tg Malim, Sdr Fazrin.

Setelah selesai, semua peserta menikmati lemang yang telah siap tersedia dengan kari ayam istimewa bagi menutup slot akhir sebelum peserta diarahkan tidur pada jam 1.00 pagi.

Jam 5.30 pagi hari kedua, semua peserta dikejutkan untuk menunaikan Solat Subuh Berjamaah..Selepas Solat subuh, diisi dengan Kuliah oleh Ustaz Norzarir. Aktiviti hari kedua dimulai dengan Kawad kaki dan majlis perasmian oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Selepas itu.. macam-macam hal yang menarik berlaku. Lawati blog Amal Tg Malim di url http://uamaltm.blogspot.com


Taklimat daripada Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar


Penyampaian anugerah kepada Tn Imam Kholili pada majlis penutup

Read more ...

Pesakit jantung berlubang dapat simpati

CIMG4185.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 27 Julai : Penderitaan seorang pesakit jantung berlubang Ahmad Firdaus Abu Bakar , 26 yang tinggal berdua bersama bapanya di Parit Lebai Akir, Bagan Tiang mendapat perhatian Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar.

Pegawai khas Ahli Parlimen Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad bersama AJK PAS Bagan Tiang datang menziarahi pesakit ini dan menyampaikan bantuan kepadanya.

Bapa kepada pesakit berkenaan Abu Bakar Che Mat, 56 berkata, beliau memikul tanggungjawab menjaga anaknya setelah berpisah dengan isterinya.

“ Firdaus menghidap sakit jantung berlubang sejak kecil lagi. Namun, beliau sihat apabila meningkat remaja dan sudah boleh bekerja.

“ Beliau tiba-tiba sakit dan dimasukkan ke hospital serta disahkan oleh doktor bahawa sakit jantung berlubangnya menyerang kembali pada tahap kritikal” katanya

Menurutnya, doktor membenarkan beliau membawa pulang anaknya ke rumah atas permintaan anakya sendiri setelah mendengar penjelasan tentang penyakitnya dari doktor yang merawatnya.

“ Anak saya amat berharap agar ahli keluarganya terdekat dapat datang menziarahinya di rumah.

“ Saya harap ahli keluarga dapat datang menjenguk Firdaus kerana beliau memerlukan kekuatan untuk terus melawan penyakitnya” katanya

Abu Bakar mengucapkan terima kasih kepada Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar dan PAS Bagan Tiang yang datang menziarahi anaknya dan memberi sumbangan kepada anaknya.

Sementara itu, AJK PAS Bagan Tiang Mohd Ridhuan Maharane yang turut menziarahi Firdaus bersimpati dengan penderitaan yang dialami Firdaus.

“ Beliau masih muda untuk menghadapi semua ini. Saya harap lebih ramai yang dapat menziarahi beliau sebagai tanda simpati” katanya

Read more ...

Kursus pembinaan blogger muda

IPOH, 25 Julai : Bertempat di Pejabat Perhubungan PAS negeri Perak, satu kursus anjuran Lajnah Teknologi Maklumat dan Komunikasi (IT) DPPN telah diadakan pada hari tersebut. Kursus yang dimaksudkan ialah bengkel pembinaan blogger.

Kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan blogger-blogger profesional dikalangan pemuda PAS. Menurut pihak penganjur peserta kursus adalah diwakili oleh pemuda di setiap Kawasan kawasan.

Kursus atau bengkel ini disampaikan oleh blogger terkenal tanah air iaitu Wak Din Albanjari yang merupakan pemilik blog Albanjari serta dibantu oleh blogger Ajijoi.

Menurut penganjur, kursus ini adalah kursus yang pertama kali dianjurkan oleh pihak Laj. IT DPPN dan akan dipanjangkan kepada kawasan kawasan supaya turut menganjurkan kursus yang sama.

"Kita meletakkan sesaran supaya semua DPPK akan memiliki blog rasmi DPPK masing-masing tahun ini supaya maklumat dan aktiviti kawasan-kawasan boleh di sebar luaskan".

"Lajnah IT DPPN juga meletakkan sesaran untuk menambah bilangan blogger PAS kepada 500 blogger muda PAS".

Berkata Ahmad Fairus, pengerusi Laj. IT DPPN Perak. Oleh yang demikian pihak lajnah telah melancarkan petandingan blog DPPK terbaik dan blogger muda terbaik tahunan serta akan menganjurkan beberapa lagi kursus/ bengkel yang berkaitan dengan IT seperti Videografi, Fash, PhotoScape dan lain-lain yang berkaitan dengan IT.

"Bagi yang berminat bolehlah menghubungi Laj. IT DPPN" menurutnya ahmad Fairus.

Dalam kursus yang disampaikan oleh Wak Din Albanjari hari ini, beliau memberi tips-tips atau panduan supaya blog lebih menarik serta mempunya animasi supaya dapat perhatian dari pembaca.

Beliau juga menunjukkan cara penggunan software yang berkaitan supaya dapat membuat persembahan terbaik pada blog atau laman web. Teknik dan sklil ini amat penting bagi mereka yang mengendalikan blog supaya tanpak lebih 'eligen' serta berjaya menarik perhatian pembaca.

Menurut peserta yang hadir kursus sperti ini patut dilanjukan lagi di kawasan-kawasan agar ilmu alam 'siber' ini dapat dikongsikan oleh ramai lagi pemuda PAS. Malah ada dikalangan peserta belum puas kerana masa terhad untuk menguasai software yang diajarkan oleh trainer pada hari ini.

Majlis penutup dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Sdr. salman Salleh, Naib Ketua Pemuda PAS Perak.

Dalam ucapan beliau, beliau menyentuh peranan media baru dalam menyampaikan maklumat kepada masyarakat kini. Menurut beliau dalam Inkues PRU yang dijalankan berapa bulan yang lepas kesan keyakinan pembaca kepada blog adalah sebanyak 90%.

Ini menandakan media baru ini seperti blog, facebook, email dan lain-lain merupakan satu keutamaan yang perlu diberi perhatian oleh setiap DPPN dan DPPK.

"Kita mahukan semua DPPK memiliki blog rasmi masing-masing mejelang akhir tahun ini". berkata Salman, NKP DPPN.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil serta cenderahati kepada peserta serta Trainer (Wak Din).

Read more ...

Kedah laksana janji negeri kebajikan

ALOR SETAR, 27 Julai : Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah merealisasikan janji pilihan raya untuk menjadikan negeri itu sebagai sebuah negeri berkebajikan dengan mengumumkan kenaikan kadar minimum bantuan amnya mulai tahun hadapan.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dalam usaha membantu golongan yang memerlukan, kerajaan negeri telah menyediakan peruntukan berjumlah RM14 juta pada tahun ini yang disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri itu.

Menurutnya, jumlah peruntukkan tersebut akan ditambah berikutan kerajaan menaikkan kadar minimum Bantuan Am Negeri kepada RM150 mulai tahun hadapan.

"Bajet 2011 akan datang, kerajaan akan menyediakan peruntukan tambahan berjumlah RM1.6 juta untuk tujuan tersebut.

“Ini tentang kebajikan rakyat di mana orang miskin amat bergantung kepada pertolongan dan kita kena selesaikan masalah itu dengan secepat mungkin,” ucapnya pada Majlis Penyampaian Bantuan Am Kerajaan Negeri di perkarangan Pejabat Daerah Padang Terap.

kerajaan negeri juga turut menyediakan bantuan Skim Kafalah kepada keluarga si mati yang mendaftar melalui e-Sinar dan bantuan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan yang akan melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam.

“Kita menyediakan bantuan itu kepada rakyat yang kurang berkemampuan tanpa mengira politik dan kita berharap bantuan yang diberikan itu dapat mengurangkan beban yang terpaksa dihadapi oleh keluarga terbabit,”.

kerajaan juga akan memberi sumbangan kepada golongan guru agama di kampung-kampung yang banyak berjasa mendidik anak-anak bangsa di negeri itu.

Read more ...

Sebar maklumat lebih tepat


SHAH ALAM , 27 Julai : Kerajaan Selangor menyediakan peruntukan RM15 juta dalam Bajet 2011 untuk menyebar maklumat dengan lebih tepat kepada rakyat mengenai pelbagai bantuan yang diberikan oleh negeri ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam.


Beliau berkata, langkah itu bertujuan mempertingkat pemahaman rakyat terhadap dasar-dasar dan program negeri, terutama Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas), bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu kepada pengguna Selangor dan ‘Skim Mesra Usia Emas’.


“Pemahaman rakyat tentang bantuan yang diberi oleh negeri masih rendah oleh kerana perkara itu tidak mendapat publisiti meluas dan liputan seimbang dalam media arus perdana.

“Sesetengah mereka menganggap air percuma 20 meter padu (sebulan) datang dari kerajaan persekutuan. Oleh itu Kerajaan Negeri memperuntukkan RM15 juta untuk mempertingkat penyampaian maklumat demi membetulkan persepsi sedemikian,” katanya.

Beliau berkata, jumlah itu merupakan satu peratus dari jumlah hasil Kerajaan Negeri dianggarkan RM1.5 bilion.

“Jika kita ambil kira populasi 5.2 juta di Selangor, amaun ini (RM15 juta) bersamaan RM3 dari setiap orang,” Khalid memberitahu pemberita selepas merasmikan sesi dialog Bajet Negeri 2011 selama dua hari anjuran Perbendaharaan Selangor di sini.

Khalid berkata, maklumat akan disebarkan menerusi media milik negeri iaitu TV Selangor, portal Selangor Kini dan akhbar Selangor Kini.

Sementara itu, Khalid berkata, Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan Belanjawan Seimbang bagi 2011 demi menentukan perbelanjaan mengurus berpadanan dengan hasil yang dijangka dikutip bagi tahun berkenaan.

“Kita tidak mempunyai bajet defisit oleh kerana Kerajaan Negeri tidak ada kuasa meminjam wang bagi membiayai perbelanjaan besar.

“Kami mahu setiap ringgit memberikan kita nilai terbaik dalam perbelanjaan kita,” katanya.

Bajet 2011 Selangor akan dibentangkan oleh Khalid di Sidang Dewan Negeri pada November.

Tahun lepas, Khalid membentangkan bajet seimbang 2010 dengan RM1.3 bilion untuk perbelanjaan dan RM1.3 bilion pendapatan.

Di bawah Bajet 2010, RM709.6 juta atau 54.58 peratus diperuntukkan bagi belanja pentadbiran dan RM590.4 juta atau 45.42 peratus untuk pembangunan.

- BERNAMA

Read more ...

BN terdesak : Bersih sungai dituduh korek pasir


ALOR SETAR , 27 Julai : Aktiviti mengorek pasir di Sungai Ular dekat Kulim bukan kes curi pasir atau kegiatan tidak terkawal sebaliknya dibuat untuk membersihkan dan meluruskan sungai berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, kegiatan itu tidak menimbulkan sebarang masalah kerana sungai berkenaan merentasi ladang milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan tidak menyalahi undang-undang.


“Saya tidak faham kenapa isu ini ditimbulkan. Tiada masalah pun dalam aktiviti mahupun permit kerana permit pengeluaran pasir itu dikeluarkan oleh Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri untuk kerja-kerja membersihkan sungai,” katanya.

Azizan mengulas kenyataan sebuah akhbar kelmarin, mendakwa berlaku kegiatan mengorek pasir sungai tidak terkawal di sepanjang jalan menghubungkan bandar Kulim ke Pekan Serdang sejak lebih setahun lalu.

Dalam kenyataan itu, Naib Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Chua Teng Ghee berkata, aktiviti yang dijalankan secara berleluasa itu boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya apabila tebing sungai runtuh akibat hakisan.

Teng Ghee turut mendesak Kerajaan Negeri mengkaji semula pengeluaran permit tersebut dan membuat pemantauan rapi terhadap aktiviti pengeluaran pasir di kawasan berkenaan.

Azizan berkata, kenyataan yang dibuat Teng Ghee itu adalah sekadar aduan terhadap ancaman hakisan dan sepatutnya disalurkan kepada saluran yang betul untuk diambil tindakan dan bukannya mengada-adakan cerita tidak tepat berkenaan isu berkenaan.

“Apabila sungai itu mahu dibersihkan, sudah tentu pasir sungai dikorek dan pasir diletakkan di tebing buat sementara waktu. Ianya bukan aktiviti tidak terkawal seperti didakwa kerana kita memang maklum berhubung perkara itu,” katanya.

Menurutnya, penduduk sekitar hendaklah membuat aduan kerosakan atau hakisan kepada Pegawai Tanah Daerah (PTD) Kulim mengenai hakisan yang dikatakan berlaku di Kilometer 7, Jalan Kulim-Serdang berdekatan sebuah kuil Hindu supaya tindakan dapat dibuat.

“Soal aduan dan tuduhan adalah dua perkara berbeza. Jika ada aduan laporlah kepada pihak berkenaan,” katanya.

Kelmarin, Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kulim/Bandar Baharu, Mohd Khuzai Khussani berkata, pItalic
ermit pengeluaran pasir itu dikeluarkan oleh Pejabat PTG Negeri Kedah dan aktiviti itu sudah berjalan sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, pihaknya berada dalam dilema kerana pemilik tanah sekitar iaitu PKNK melalui anak syarikatnya, Kulim Hi-Tech Park Corporation (KTPC) memohon mengeluarkan pasir dari kawasan sungai di situ untuk kegunaan projek pembangunan di Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Mohd Khuzai berkata, walaupun JPS cuba menghalang dengan alasan kegiatan itu kelak akan merosakkan ekosistem persekitaran dan menyebabkan tanah runtuh di tebing jalan raya, namun pihaknya terpaksa mengalah memandangkan kawasan tersebut adalah milik PKNK.SH

Read more ...

DHPP Perak dilancar 31 Julai

IPOH, 27 Julai: PAS Negeri Perak akan melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) negeri pada 31 Julai ini di Hotel Hilcity bermula jam 3.00 petang.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha PAS Perak, Misbahul Munir Masduki dalam satu pertemuan di Pejabat PAS Perak pagi ini.

Program tersebut, katanya akan dirasmikan ole Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Adalah dijangkan 500 ahi Dewan Himpunan Penyokong PAS dari seluruh Perak akan hadir pada hari itu," ujarnya.

Sempena pelancaran itu juga akan diumumkan senarai Ahli Jawatankuasa DHPP Negeri Perak oleh Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Abu Bakar Hussein.

"Mesyuarat agung pertama DHPP Perak akan diadakan pada tahun hadapan, ahli-ahli akan memilih sendiri jawatankuasanya," jelasnya.

Beliau yakin dengan pelancaran DHPP itu, PAS negeri akan bertambah kuat dan akan berusaha keras bagi menawan kembali negeri ini setelah dirampas oleh Umno BN selepas Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu.hrkh

Read more ...

12 penunjuk perasaan ‘kepala lembu’ mengaku salah



SHAH ALAM, 27 Julai : Dua belas orang yang tahun lalu didakwa berhubung protes berkaitan kepala lembu, hari ini mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan alternatif perhimpunan haram. Mereka sebahagian daripada sekumpulan penunjuk perasaan yang mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan SUK Selangor di sini dengan membawa kepala lembu pada 28 Ogos lalu untuk membantah pembinaan kuil di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Islam.

Mereka membantah pemindahan kuil Sri Maha Mariamman berusia 150 tahun dari Seksyen 19 ke Seksyen 23.

Kumpulan 12 orang itu dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan 1948.

Tertuduh terdiri daripada Ahmad Mahayuddin, 36, Ibrahim Sabri, 43, Eyzva Ezhar Ramly, 31, Mohd Azmir Mohd Zain, 35, Ahmad Suhairy Zakaria, 30, Mohd Hilmi Ni, 40,Jainuddin @ Zainuddin Md Yusuff, 67, Mohd Jurit Ramli, 39, Mohamad Nordin Zakaria, 46, Jamil Mohamad Isa, 40, Rahimuddin Md Harun, 39, dan Azhari Shaari, 39.

Hakim Hasbi Hasan memutuskan perkara itu selepas kesemua 12 tertuduh mengaku salah.

Semua mereka mengaku bersalah setelah pihak pendakwaan meminda tuduhan mengikut Seksyen 143, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman lebih ringan.

Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,000 kepada semua 12 lelaki yang dituduh terlibat dalam perhimpunan haram sambil membawa kepala lembu pada tahun lalu.

Read more ...

Guru dibenar aktif politik BN sahaja



KUALA LUMPUR, 27 Julai:
Pengumuman Ketua Setiausaha Negara (KSN) bahawa pegawai pendidikan (guru) grad DG41 ke DG48 boleh aktif politif bukan satu dasar baru kerana ia telah diamalkan sebelum ini.

Namun pengumuman KSN itu hanya mengesahkan penglibatan mereka dalam Umno atau lain-lain parti BN sahaja, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

"Apabila mereka memerlukan pengesahan pihak atasan bermakna mereka tidak bebas sebenarnya. Hanya mereka yang menyokong BN sahaja akan mendapat kelulusan dan yang hendak sokong pembangkang hanya menghulurkan kepala mereka sahaja untuk dipancung.

"Hasilnya tiada kebebasan sebenarnya," kata Mustafa dalam satu kenyataannya kepada media.

Beliau mengulas kenyataan Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini yang memaklumkan, kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pegawai pendidikan kumpulan itu aktif politik dengan syarat ia mendapat kelulusan bertulis dari Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan.

Sebelum ini, hanya kumpulan sokongan dibenarkan aktif politik iaitu bertanding atau memegang sebarang jawatan dalam parti politik.

Sementara itu, bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim juga mempunyai pendapat yang sama dengan Mustafa dalam hal ini.

"penglibatan pegawai pendidikan dan kerajaan hanya boleh aktif politik BN dan bukan sebaliknya," kata Zaid dalam Twitternya.

Bagi beliau, langkah ini hanya untuk mengesahkan (formalise) apa yang telah sedia berlaku sebenarnya, ia tidak menghairankan," tulis Zaid lagi.
hrkh

Read more ...

Guru gred 41 hingga 48 dibenar terlibat dalam politik

eof3

















KUALA LUMPUR, 27 Julai : Bermula 1 Ogos ini, pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik, demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Menurut Mohd Sidek, langkah itu berlandaskan hakikat bahawa guru suatu masa dahulu memain peranan penting dalam memimpin masyarakat dalam senario politik negara.

"Masanya sudah tiba mereka dibenar aktif semula dalam politik," katanya dalam satu kenyataan.

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakan sedang diambil untuk mewartakan pindaan peraturan tersebut, tambahnya.

Sebelum ini, Peraturan 21(2) peraturan tersebut menetapkan hanya pegawai dalam Kumpulan Sokongan boleh bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam sebuah parti politik dengan syarat terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Ketua Setiausaha kementerian berkenaan.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu.

"Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran tidak boleh mewakilkan kuasanya untuk memberikan kelulusan bertulis itu kepada mana-mana orang lain dan apa-apa keputusan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah muktamad," kata Mohd Sidek.

Beliau berkata syarat-syarat ketat akan dikenakan agar tugas dan fokus utama golongan itu iaitu mendidik tidak terjejas dengan penglibatan mereka dalam politik.

Katanya mereka yang dibenarkan terlibat dalam politik kelak hendaklah mematuhi sepenuhnya Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, termasuk batasan tugas mereka sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan dengan aktiviti dalam politik.

- Bernama

Read more ...

Operasi ‘underground’ tarik pengundi muda 'atas pagar'


KOTA BHARU, 27 Julai : PAS sedang mempergiatkan usaha termasuk mewujudkan operasi ‘underground’ untuk menarik sokongan lebih 60 peratus undi muda yang berada dalam situasi ‘atas pagar’ sebagaimana yang dilaporkan sebuah akhbar sebelum ini.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abd Rahman, mengakui bahawa hasil kajian yang dibuat oleh pihaknya mempunyai persamaan dengan kajian yang dibuat oleh pemuda UMNO yang mendapati lebih 60 peratus undi muda berada situasi ‘atas pagar’.


Sehubungan dengan itu katanya, mana-mana parti dari Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) yang dapat menguasai undi itu akan memperoleh mandat untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) nanti.


“Kajian kita menunjukkan senario yang sama, 64 peratus adalah undi muda yang masih tidak menyokong mana-mana pihak dan mereka bersikap tunggu sehingga tempoh pengundian.

“Bagi pihak PAS bersama PR, kita sedang merangka gerak kerja yang rapi termasuk mengadakan operasi ‘underground’ untuk memastikan undi ini mampu dimiliki Pas dan pakatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Sebuah akhbar semalam melaporkan hasil kajian dari makmal pemuda BN yang mendapati 62 peratus daripada undi muda masih “duduk atas pagar ”mengenai parti pilihan mereka.

Kajian terbaru memberi wawasan tentang pemikiran go:longan pengundi muda dengan kebanyakan mereka mengambil pendirian non partisan (tidak memihak) berhubung politik negara.

Mengulas mengenai trend undi Melayu kepada PAS, Abdul Halim yang juga Ahli Parlimen Pangkalan Chepa menafikan bahawa sokongan kepada parti itu menurun sejak PRU-12 yang lalu.

“PAS mempunyai “culture voter’(undi setia) yang tidak berubah walaupun apa senario yang berlaku, satu lagi peringkat kita mempunyai undi dari ahli UMNO dan pengundi atas pagar.


“Apa yang berlaku kini, undi Melayu tidak menurun walaupun banyak cerita dikaitkan dengan perubahan parti, malah kita sedang bekerja keras untuk mendapatkan undi muda untuk memastikan kemenangan dalam PRU-13 nanti,” katanya.
SH

Read more ...