Sunday, March 2, 2014

GAMBAR AHLI PAS KELUAR PARTI!!! Nak bohong pun agak-agak la TV3, bila masa Thanasegaran ini masuk PAS



 TEMBERANG TV3

TV3 suku....Kalau nak temberang pun agak-agak la sama.. Tak kanlah nama Thanasegaran ini pun pernah jadi ahli PAS..


Ingat nak jadi ahli PAS main masuk borong macam UMNO ka

Read more ...

KEMPEN ANTI SYIAH!!! Iran bertindak balas, ekonomi negara terjejas pemimpin PAS dicari


Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail.Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail. 


























Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.
"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.



Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.


AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.


Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.


Read more ...

MINTA MAAF ATAU PROTES BESAR!!! Amaran Panglima Rosmah kepada Malaysiakini


NNGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (kanan, berbaju kuning) berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Read more ...