Monday, October 4, 2010

Sepakat adakan jamuan raya

DSC00574.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 5 Okt.: Tiga cawangan PAS sekitar Bagan Tiang sepakat mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Markas UPU Bagan Tiang di sini.

Pengarah program Bahtiar Arshad berkata, cawangan tersebut ialah Pekan Bagan Tiang , Kuala Bagan Tiang dan Sungai Labu Bawah.

“ Kemeriahan Aidilfitri tahun ini jelas terasa apabila penduduk sekitar Bagan Tiang dan kawasan berhampiran hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri petang ini.

“ Pelbagai menu makanan seperti lemang, nasi himpit, kerang rebus , mee goreng dan kueh raya disediakan kepada orang ramai yang hadir”katanya

Bahtiar berkata, pada majlis rumah terbuka ini juga diadakan penyampaian sumbangan kepada 31 guru Al- Quran yang mengajar di kampung-kampung dalam kawasan Bagan Tiang dan Sungai Labu.

“ Guru Al-Quran banyak berjasa mendidik anak-anak kita mengaji Al-Quran sejak sekian lama. Sumbangan ini adalah tanda PAS menghargai jasa dan pengorbanan mereka selama ini.

“ Selain itu, seramai lapan orang miskin dan dua anak yatim turut tidak dilupakan untuk menerima sumbangan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ini” katanya

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bertambah meriah dengan kehadiran Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa, Yang Dipertua PAS Parit Buntar Harun Hashim , ADUN Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan ADUN Titi Serong Drs. Khalil Idham Lim Abdullah.

DSC00575.jpg picture by paspb

DSC00573-1.jpg picture by paspb

DSC00570.jpg picture by paspb


Read more ...

Janji Manek Urai hantui Umno


KUALA LUMPUR, 5 Okt. : Ketua penerangan PAS Idris Ahmad berkata, peningkatan sokongan terhadap calon Umno semasa pilihan raya kecil Manek Urai tahun pada 2008 bukan disebabkan apa-apa modul tertentu yang unik kepada pilihan raya itu saja.

"Dalam mana-mana pilihan raya juga sama, mereka hanya ada satu modul iaitu gunakan sumber kewangan dan menabur janji-janji," katanya dan menambah, janji tersebut termasuk pembinaan satu
jambatan baru di Manek Urai.

Jambatan dua lorong dianggarkan bernilai RM7 hingga RM10 juta itu diumumkan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kempen pilihan raya kecil tersebut, bagi menggantikan satu jambatan merentasi Sungai sedia ada di kawasan itu.


"Kita akan dedahkan balik janji-janji ini di Galas," kata Idris lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Kesan daripada janji jambatan tersebut, calon PAS Mohd Fauzi
Abdullah menang tipis untuk mengekalkan kerusi tersebut dengan kelebihan 65 undi sahaja, berbanding 5,283 undi yang diperolehi calon BN Tuan Aziz Tuan Mat.


Mengulas keputusan tersebut, ada di kalangan pemimpin PAS tempatan beranggapan bahawa ianya disumbang daripada pengundi muda yang tidak mempunyai sikap politik yang jelas dan mudah disogok dengan janji-janji BN.

Melihat realiti semasa pula, Idris berkata Manek Urai bukanlah penanda aras sebenar bagi sokongan daripada golongan pengundi muda.


Jelasnya, pilihan raya kecil Manek Urai pada Julai tahun lalu berlangsung ketika Pakatan Rakyat masih baru membentuk kerajaan di negeri-negeri yang dikuasainya.


"Ketika pilihan raya umum ke-12, anak muda kita telah tunjukkan kelainan sikap mereka (apabila ramai yang mengundi calon Pakatan Rakyat).


"Tapi kita baru bentuk kerajaan sendiri, kesannya belum kelihatan (oleh mereka)," katanya lagi.

Ketika ditanya, beliau juga berkata PAS setakat ini masih belum mempunyai apa-apa senarai calon untuk pilihan raya kecil Galas.


Ditanya lanjut, beliau berkata mesyuarat PAS Pusat semalam juga tidak membincangkan perkara itu.


Katanya lagi, PAS Pusat menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab untuk memilih calon kepada PAS negeri.


"PAS negeri akan mesyuarat (mengenai calon Galas) selepas SPR umumkan tarikh untuk pilihan raya kecil (Galas)," katanya lagi.

Read more ...

70 peratus pengundi Cina berpihak kepada PAS di Galas



















KOTA BHARU, 5 Okt. : D
ewan Himpunan Penyokong PAS yakin lebih 70 peratus dari 2,500 undi masyarakat Cina yang akan membuang undi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan berpihak kepada PAS.

Ketuanya, Hu Pang Chaw berkata, momentum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu menunjukkan masyarakat bukan Melayu memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat (PR) tidak berubah, sekali gus memberi kelebihan kepada PAS untuk mempertahankan kerusi Galas.

“Analisa awal menunjukkan sokongan masyarakat Cina di Gua Musang terutama di Galas tidak berubah, mereka masih memberi sokongan penuh kepada rakan PR tidak kira apa parti sekalipun,” katanya kepada Sinar Harian.

DUN Galas mempunyai 10,330 undi yang diwakili masyarakat Melayu 65 peratus, Cina 22.3 peratus, India 1.8 peratus manakala lain-lain 10.5 peratus.

Dalam pada itu, Pang Chaw berkata, pihaknya tidak bermasalah untuk mendapatkan undi bukan Melayu termasuk masyarakat Orang Asli di Galas.

Katanya, kelebihan itu penting buat PAS untuk mempertahankan kerusi itu tetapi perlu memasang strategi khusus untuk menarik sokongan kaum Melayu.

Mengenai persiapan sayap baru PAS itu, Pang Chaw berkata, pihaknya kini hanya menunggu arahan untuk menggerakkan jentera parti dan pihaknya tidak bermasalah untuk mengumpulkan jentera parti. -SH

Read more ...

Kerajaan BN Kedah buat hutang Kedah RM1.7 Billion





























ALOR SETAR, 5 Okt. :
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempertahankan pendiriannya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu berhubung kenaikan tarif air di negeri itu oleh Syarikat Air Darul Aman (Sada) mulai bulan ini.


Beliau mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini adalah penyebab utama kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menanggung beban hutang dengan kerajaan pusat sebanyak RM1.7 bilion.

"RM1.7 bilion itu meliputi keseluruhan hutang yang ditanggung kerajaan negeri melalui projek air, perumahan dan projek di kawasan perindustrian Kulim Hi-Tech, dan bukannya hutang projek bekalan air bersih," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di kediaman rasminya di sini, Isnin.

Azizan mengulas kenyataan Ketua Pembangkang yang juga bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid semalam bahawa beliau cuba memutarbelitkan fakta untuk merasionalkan keputusan kerajaan negeri menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai Jumaat lepas.

Sebelum ini, beliau mendakwa kenaikan tarif air tersebut berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan kerajaan pusat pada 2006, bertujuan menyelesaikan pinjaman oleh kerajaan negeri berhubung bekalan air.

Pada sidang akhbar pada Isnin, Azizan berkata kenaikan tarif air tersebut juga perlu dilaksanakan kerana kerajaan negeri terpaksa membayar kepada dua syarikat pengendali rawatan air di negeri itu, Taliworks Sdn Bhd dan Air Utara Indah Sdn Bhd.

"Di Langkawi, kerajaan terpaksa membelanjakan RM39 juta setahun untuk membayar kepada Taliworks. Namun kerajaan negeri hanya memperoleh RM14 juta sahaja kutipan daripada pengguna, dan kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM25 juta lagi bagi membiayai kos rawatan air yang dilakukan oleh syarikat berkenaan.

"Ia sama bagi Syarikat Air Utara Indah yang mengenakan caj sebanyak 18 sen bagi satu meter padu air, namun kerajaan negeri juga terpaksa menanggung kerugian sebanyak 48 peratus ekoran air tidak sampai kepada pengguna 100 peratus," katanya.

Beliau berkata ini disebabkan masalah paip yang menyalurkan air ke kediaman rosak, dan sedang diperbaiki oleh kontraktor terbabit.

Read more ...

Tempoh 24 jam untuk Umno Besut























BESUT, 4 Okt. : PAS Kawasan Besut memberikan tempoh 24 jam kepada Umno bahagian memohon maaf secara terbuka kepada Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila).

Ini kerana penceramah jemputan Umno bahagian berkenaan dalam dalam ceramahnya bertajuk ‘DAP Anti Islam’ di Padang Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh pada 1 Oktober lalu menggelarkan Mursyidul Am PAS itu ‘gilo’ berulang kali.

Sekiranya, Umno Bahagian Besut gagal berbuat demikian sehingga jam 12 tengah hari 5 Oktober (Selasa), maka PAS kawasan tidak akan teragak-agak mendapatkan nasihat peguam bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak terbabit.

Yang Dipertua PAS kawasan, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad (gambar) dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini berkata, pihaknya telah meneliti kandungan ucapan penceramah jemputan itu, Abdullah Sa’amah yang dianggap biadap.

“Kami telah mengambil kira dan meneliti laporan kandungan ucapan yang dibuat oleh penceramah jemputan, Abdullah Sa’amah yang memaki hamun, mencerca, menghina dan menggelarkan Menteri Besar Kelantan itu dengan kalimah yang amat biadap dan penuh prejudis.

“Beliau (Abdullah) menggelarkan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Tok Guru ‘gilo’ (gila) dan diulang berkali-kali,” katanya.

Menurutnya lagi, situasi tersebut tidak mungkin berlaku sekiranya penganjur program tidak mewarnai emosi serta pemikiran penceramah ke arah suatu bentuk ketegangan kepada isu keagamaan dan perkauman.

Justeru itu, katanya PAS Kawasan Besut juga akan menghantar nota bantahan kepada pengurusan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPN) kerana membenarkan premis sekolah digunakan oleh parti politik.

Menurutnya, parti politik berkenaan secara jelas mempunyai tendensi serta kecenderungan memupuk budaya liar dan samseng di kalangan masyarakat setempat.hrkh

Read more ...