Saturday, April 12, 2014

DAH LA ZALIM TAMAK PULA!!! Putrajaya rayu hukuman penjara lebih panjang bagi Anwar

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhbowUL8134BFEy38H5VWnYc7TaPgVsp2g27MKZU3pXgJlwC_TyfoyF5ZNYNo_GugBKxdwGAgc99pl6jo3b2T9ru0YnXdM5IbWdbMzKvnJa4u37toPtIPYy-BPkHRtl-D_XflFW5gZCbA/s400/anwar+najib+penjara.jpgPutrajaya nampaknya cuba menyukarkan lagi keadaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memfailkan rayuan balas untuk meningkatkan lagi hukuman penjara lima tahun terhadap ketua pembangkang itu yang didapati bersalah atas kes liwat bulan lepas.

Peguamnya, Karpal Singh berkata rayuan Anwar terhadap keputusan dan hukuman beliau seperti akan dipercepatkan untuk Mahkamah Persekutuan, memandangkan pejabat pendaftar mahkamah sudah pun menghantar sebahagian daripada rekod rayuannya.

"Selepas meneliti rekod rayuan, saya dapati pihak pendakwa raya membuat rayuan untuk meningkatkan lagi hukuman penjara Anwar," kata Karpal kepada The Malaysian Insider.

Ini berlaku selepas hampir dua minggu Putrajaya membuat rayuan balas terhadap hukuman yang lebih ringan dikenakan terhadap Karpal yang didakwa bersalah dalam kesalahan menghasut.

Pada 11 Mac, Karpal disaman RM4,000 tetapi pendakwa raya membuat rayuan balas, menggesa Mahkamah Rayuan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat.

Dalam kes Anwar pula, Mahkamah Rayuan dengan tiga hakim menjatuhkan hukuman lima tahun penjara kepada pemimpin de facto PKR itu, selepas membenarkan rayuan Putrajaya untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang pada mulanya membebaskan beliau.

Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh, dalam risiko kehilangan kerusi Parlimennya dan mungkin akan kecundang alam kerjaya politiknya jika mahkamah tertinggi itu menegakkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Di bawah Perlembagaan Persekutuan, seorang wakil boleh tersingkir daripada kerusinya jika disaman lebih daripada RM2,000 atau dipenjarakan untuk lebih daripada setahun.

Hukuman liwat di bawah Seksyen 377B Kod Penal membawa penjara sehingga 20 tahun dan pesalah juga kemungkinan disebat.

"Dalam membuat rayuan balas ini, saya percaya pihak pendakwa raya mahukan Mahkamah Persekutuan untuk mengenakan masa penjara lebih daripada lima tahun. Menyebat Anwar memang tidak akan terjadi kerana beliau sudah 66 tahun," katanya.

Anwar didapati bersalah meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di kondominium mewah di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Read more ...