Wajah samseng BERLESEN yang menceroboh masuk dan membuat kecoh di dlm Dun Pulau P.Pinang semalam adalah individu yang sama yang mendalangi Demo Kek Taik, Demo Bra & Underware, dan juga Demo berlakon menjadi ahli PAS.
Read more ...

ANTARA isi kandungan SMS Datuk kepada isteri pengadu.
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berasa sangat terhina apabila mendakwa
dirinya dianiaya isteri yang belum pun setahun dikahwininya selepas
wanita itu 'ditangkap' menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas ahli
politik.
Lebih menyakitkan hati, dakwa pengadu yang berusia 46 tahun dan
merupakan seorang anggota polis itu, dia telah diusir oleh isterinya
yang merupakan seorang ahli perniagaan sebaik perkara itu terbongkar
pada 27 Januari lalu. Demikian Lapor Kosmo!
Sementara itu, menurut Sinar Harian individu bekas ahli politik itu
adalah bekas Ahli Parlimen dari Melaka bergelar Datuk didakwa
mempunyai hubungan sulit dengan isteri seorang pegawai kanan sebuah
agensi penguat kuasa di negara ini.
Difahamkan hubungan terlarang itu bermula sejak lebih setahun lalu dan
berterusan sehingga wanita berkenaan mendirikan rumah tangga dengan
pegawai kanan terbabit pada November 2013. Wanita berusia 44 tahun itu yang turut terlibat dalam politik,
dikatakan 'diikat' Datuk berkenaan dengan pelbagai kemewahan seperti
duit mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan, selain turut
dihadiahkan sebuah kereta mewah jenis Mercedez Benz.
Read more ...