Monday, February 21, 2011

Merlimau : Politeknik Merlimau dijadikan bilik gerakan BN, PAS buat laporan polis

PAS lapor polis isu dakwaan salah guna kuasa

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi40QTbTEG-Td-lqupPJnjCVXenvA7oHOpsp2heOXH1k26mL1msMaEh9OyBRn7f_ZyfT9hrfGQBO2YuSRxajPw0rSU07aB6ccTD9rQ4zV0o5PNNUgKvq_3D_WNjedaArI1CJwsmcR4JVQ/s1600/Politeknik+Merlimau+01.jpgMELAKA, 22 Feb. : Pas Jasin membuat laporan polis berhubung tindakan BN dan UMNO yang didakwa menjadikan Politeknik Merlimau sebagai bilik gerakannya dengan menjalankan program untuk kempen pilihan raya kecil di DUN Merlimau.

Laporan dibuat kira-kira jam 10.30 pagi tadi oleh Yang Dipertua Pas Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang di Balai Polis Merlimau.


Menurut Jasme, Pas membantah kerana tindakan itu tidak adil kepada parti dan Pakatan Rakyat yang tidak dibenarkan menggunakannya.

"Kami mahu pihak berkuasa menyiasat jika wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di situ.

"Pelajar juga terganggu daripada segi emosi, pembelajaran, keselamatan dan sebagainya disebabkan kehadiran ramai orang yang tidak dikenali bebas keluar masuk ke dalam kawasan politeknik itu," laporan polis itu dipetik.

Ketika ditemui di perkarangan Balai Polis Merlimau, Jasme berkata, antara program yang dijalankan UMNO dan BN adalah pelancaran jentera pilihan raya BN (24 Januari) oleh Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan program suai-kenal bapa angkat dengan AJK peti undi BN Merlimau.

"UMNO dan BN juga menyalahgunakan lokasi berkenaan berikutan mengadakan majlis jamuan dan Tahun Baru Cina bersama Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada 19 Februari lalu.

"Jelas penyalahgunaan berlaku apabila mereka mengadakan kursus untuk memenangi DUN Merlimau kepada petugas UMNO dan BN pada 20 Februari lalu dan terbaru, Naib Presiden, Datuk Seri Mohd Shafie Afdal mengadakan pertemuan dengan Pengerusi dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) negeri Melaka," katanya.

Katanya, memandangkan Politeknik itu digunakan sebagai pusat penamaan calon serta pusat penjumlahan undi pada dalam pilihan raya 6 Mac nanti, Jasme mendakwa ia dikhuatiri memberikan kelebihan kepada BN.

Read more ...

TV3 menipu lagi

Pelepasan Kuota Perumahan Belum Diputuskan, TV3 Tipu Rakyat


SHAH ALAM 22 Feb. : Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad menegaskan laporan Buletin Utama berhubung penghapusan kuota perumahan Bumiputera di negeri ini hanyalah berita berupa propaganda untuk menipu rakyat.

Jelas beliau, berita yang tersiar pada 21 Februari itu hakikatnya tidak tepat apabila hanya menyebut koata perumahan di Selangor adalah 30 peratus.

"Pada hakikatnya kuota tersebut adalah berbeza menurut daerah dan mukim iaitu dari 30 hingga 70 peratus," jelas Iskandar dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, melalui beberapa siri perjumpaan dengan wakil pemaju iaitu Majlis Persatuan Hartanah dan Pemaju Perumahan (REDHA) memang telah dibangkitkan tentang pelepasan kuota secara automatik.

" Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri setakat ini belum lagi membuat sebarang keputusan tentang "automatic release" yang diminta oleh REHDA.

" Kerajaan Negeri telah hanya menubuhkan sebuah syarikat, (iaitu) Syarikat Perumahan Dan Hartanah Selangor, untuk membantu pemaju memasarkan hartanah di bawah kuota Bumiputera," jelasnya lagi.

Menurut Iskandar, tindakan penubuhan syarikat itu bertujuan untuk meringankan beban pemaju di samping untuk memastikan pemilikan hartanah oleh masyarakat Bumiputera terus terbela.

Justeru itu, Iskandar menggesa semua pihak supaya tidak terpedaya dengan taktik Umno-Barisan Nasional yang menggunakan media milikan mereka untuk mengaburi mata rakyat.

" Umno sentiasa memainkan sentimen perkauman di dalam setiap isu tetapi sebenarnya bersifat hipokrit.

" Contohnya di dalam isu kuota perumahan Bumiputera, UMNO berkokok kononnya mahu mempertahankan kuota ini tetapi di dalam masa yang sama pemaju-pemaju UMNO juga adalah di antara yang kerap mempertikaikan kuota tersebut," tambahnya lagi.

Read more ...

'Selangor Terkini' diedar bersama kalendar YB Umno, masih nafi tak terlibat ?

'Selangor Terkini' Ada Bukti Umno Terlibat


SHAH ALAM 22 Feb.: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin hari ini mendedahkan bukti terbaharu bahawa Umno menjadi dalang menerbitkan akhbar 'Selangor Terkini'.

Dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini, Faekah memberitahu penglibatan ADUN Kuang, Abdul Syukur Idris.

Katanya, Ahad lalu pihaknya mengesan kalendar Syukur diedar bersama akhbar tersebut kepada penduduk setempat.

Syukur sebelum ini menafikan terlibat dalam penerbitan akhbar itu.

Faekah juga mengesa polis menyiasat segera perkara ini kerana tindakan pihak yang menerbitkan akhbar ini jelas melanggar undang-undang apabila menggunakan lambang kerajaan negeri dan gambar Sultan Selangor.

Pihak kerajaan negeri juga bersedia menyediakan penyiasat persendirian bagi membantu polis menyiasat perkara ini.

Read more ...

Mahathir tidak boleh tipu , rakyat Malaysia tahu apa Mahathir buat selama 22 tahun perintah Malaysia

Senarai Panjang ,22 Tahun Dr Mahathir Memerintah

Oleh Tun Telanai
Sejak kebelakangan ini mantan PM ke-4, Dr.Mahathir Mohamad mula menunjukkan yang ia seorang negarawan tulin yang kononnya ia mementingkan kebajikan rakyat dan kepentingan Negara sepanjang 22 tahun ia memerintah.

Memandangkan usianya semakin lanjut dan kesempatan yang masih berbaki, maka beliau menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mempertahankan dirinya daripada kutukan dan cacian generasi muda terutama di masa beliau sudah tiada lagi di dunia ini.


Oleh itu, beliau cuba membetulkan persepsi rakyat terhadap kerakusan beliau ketika ia berkuasa. Langkah pertamanya ialah dengan menyalahkan pasukan polis dalam ‘Operasi Lalang 1987’ dan melahirkan kekesalan beliau terhadap pasukan polis yang menolak cadangan beliau untuk menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).Adalah dijangkakan banyak lagi isu-isu yang berkaitan dengan dirinya akan dibangkitkan pada masa terdekatkan ini bagi membersihkan dirinya seperti kes pembunuhan beramai-ramai di Memali, kes pemecatan Tun Salleh Abas dan banyak lagi kes-kes yang menjadi kontroversi yang masih tersimpan kemas dalam karbinet besi berkunci. Semua kes ini akan terbongkar ketika beliau dan UMNO tidak berkuasa lagi di satu masa nanti. InsyaAllah.

Di bawah ini saya perturunkan perkara-perkara yang mana pada pandangan dan anggapan saya adalah satu perbuatan jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang telah dilakukan Mahathir dan juga ahli-ahli kabinetnya sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri :


1. Menyekat penyiasatan atau pendakwaan ke atas kroni-kroni kanan BN seperti kes:


• Pemberian saham oleh Rafidah Aziz, ketika itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada menantunya yang telah disiapkan kertas pertuduhan oleh Peguam Negara, tetapi tidak didakwa kerana ditutup failnya oleh Peguam Negara kononnya kekurangan bukti.



• Penyiasatan ke atas bekas Ketua Menteri Melaka, Abdul Rahim Tamby Chik tentang penglibatan beliau dalam kes rogol pelajar bawah umur dan pengamal rasuah yang tersohor.


• Sekatan ke atas siasatan BPR dalam kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara, Ali Abul Hassan Sulaiman yang didedahkan secara bersumpah oleh bekas Pengarah BPR, Datuk Shafie Yahya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.



2. Kegagalan dan melambatkan proses penyiasatan ke atas kroni-kroni BN


• Penyiasatan lanjut ke atas kes Perwaja dan Eric Chia (kerana perbicaaan dilakukan secara olok-olok yang akhirnya Eric Chia dibebaskan dan sudah pun meninggal dunia). Kes Eric Chia kini diulang tayang semula dengan pendakwaan ke atas bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik dituduh terlibat menipu kerajaan dalam skandal PKFZ yang mana dijangkakan Ling juga akan turut dibebaskan seperti mendiang Eric Chia.


• Penyiasatan kes BMF dan kes pembunuhan saksi utama dalam skandal BMF.


• Penyiasatan kes pelaburan Tabung Haji bernilai RM200 juta yang diluluskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Hamid Othman.


• Kes penyelewengan saham MAIKA Holding oleh bekas Menteri Kerja Raya dan bekas Presiden MIC S Samy Vellu.


• Penyiasatan kes bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Perpaduan Negara, Dr Siti Zaharah Sulaiman yang menyeludup kereta mewah Mercedes Benz S320.


• Penyiasatan kes membaik pulih rumah Menteri Besar Selangor dengan kos RM5 juta Khir Toyo dan lain-lain kegiatan rasuahnya yang telah dilaporkan secara detail kepada SPRM. Khir kini menghadapi satu kes daripada berpuluh kes yang dilaporkan. Khir hanya didakwa memiliki tanah dan rumah mewah bernilai jutaan ringgit sahaja. Itu pun dijangka akan dibebaskan juga kerana ia merupakan lakonan Najib mahukan rakyat tahu bahawa yang beliau anti kepada pemimpin yang rasuah. Persepsi rakyat: Mahkamah adalah sebuah institusi ‘pembersihan’ bagi para pemimpin UMNO yang dituduh kurop, kemudian dibebaskan oleh mahkamah dengan alasan yang lapok yang rakyat bosan mendengarnya. Mahkamah Malaysia bukan institusi menegak kebenaran dan keadilan.


3. Menyelewengan dana-dana awam untuk membantu kroni BN


• Merompak wang royalti minyak Terengganu dan ditukar menjadi wang ehsan untuk kegunaan politik UMNO ketika PAS memerintah Terangganu dari tahun 1999 hingga 2004.


• Mengagihkan projek lebuh raya Utara Selatan kepada syarikat milik Umno, UEM bagi tujuan membiayai pembinaan Ibu Pejabat UMNO, PWTC.


• Memaksa Kumpulan Wang Simpanan Guru-guru (KWSG) menyelamat (bail out) 50.6 peratus saham MAS milik Naluri Sdn Bhd dengan harga RM8 sesaham ketika harga semasanya RM3.60 sesaham.


• Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tajuddin Ramli yang bernilai RM1.8b.


• Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerjaan melalui Dana Harta.


• Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80 peratus saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation.


• Penyuntikan modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik Umno, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCB).


• Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta .


• Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom.


• Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS.

• Memaksa Petronas membeli saham Proton.

• Memaksa Petronas mengambil alih Litar Sepang.


• Memaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.


• Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.


• Pemilikan 200 syarikat oleh Mirzan Mahathir.


• Kes anak Ling Liong Sik memiliki harta RM1b ketika berusia 28 tahun.


• Penglibatan keluarga Daim Zainuddin dalam pelbagai jenis perniagaan, dan


• Penglibatan adik dan anak Abdullah Ahmad Badawi dalam perniagaan.


4. Menyalahgunakan akta-akta draconian seperti ISA, OSA dan Akta Cetak dan Mesin Cetak bagi tujuan kepentingan politik UMNO:

• Kes ISA seperti Operasi Lalang (1987), Operasi Kenari (1989), al-Arqam (1994), Reformasi (1998), al-Maunah (2000) dan KMM (2001).

• Kes OSA seperti kes Mohd Ezam Mohd Noor (2002).


• Kes Akta Cetak dan Mesin Cetak seperti kes Lim Guang Eng (1999).



5. Menyekat kebebasan badan penguatkuasa



• Campur tangan terhadap tugas-tugas polis

• Mengganggu penyiasatan BPR
• Menghalang pendakwaan oleh Peguam Negara, dan
• Mencampuri tugasan SPR dalam urusan pilihan raya.

6
. Mengagihkan tender-tender secara runding terus kepada kroni yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan kes-kes seperti:
• Keruntuhan makmal computer;
• Kegagalan menyiapkan 2,192 makmal komputer dalam fasa pertama;
• Terbengkalainya projek perumahan polis di Batu Pahat;
• Keretakan PULAREK; dan
• Penyelewengan pembekalan alat-alat saintifik ke Kolej Matrikulasi.

7. Mempengaruhi integriti dan kebebasan kehakiman


• Kes Anwar Ibrahim (kes liwat 1)

• Kes fiasco Tun Salleh Abbas;
• Percutian Ketua Hakim Negara, Mohd Eusoff Chin bersama VK Lingam.
. Kes tape Lingam, Suruhanjaya Diraja yang terlibat menyiasata kes ini mencadangan beliau bersama 5 orang lagi disiasat lanjut. Nazri Aziz kata tiada kes, maka kes ditutup.

• Campur tangan seorang hakim kanan dalam pengendalian kes pengundi hantu DUN Likas.


• Pendedahan oleh Datuk Syed Aidid, bekas Hakim Mahkamah Tinggi tentang 112 kes rasuah hakim-hakim.


• Penghapusan bukti dalam kes seks DP Vijandran.


• Perlantikan Mohtar Abdullah sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan setelah beliau terlibat membebaskan Rahim Tamby Chik, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Rafidah Aziz dan sebagainya ketika menjadi Peguam Negara, dan


• Perlantikan Ariffin Jaka dan Agustin Paul (sudah meninggal dunia kerana mengidap barah) sebagai Hakim Mahkamah Agung.


8. Kerugian dan penyelewengan dana-dana awam


• Penyelewengan RM 40 juta wang PPRT;

• Kerugian pelaburan Tabung Haji;
• Kerugian RM15b Bank Negara;
• Kerugian RM40 juta AIM;
• Kerugian LRT Putra dan LRT Star; dan
• Kemerosotan keuntungan KWSP hampir RM600 juta pada 2000.

9. Menghina dan menyekat
Islam
• Merancang membuang nama Islam daripada pertubuhan Islam;
• Mengucapkan penghinaan ke atas sunnah-sunnah Nabi;
• Mengucapkan penghinaan ke atas hukum-hukum Tuhan;
• Membiarkan penulis-penulis menghina hukum Allah, Islam, nabi dan ulama;
• Menyekat dan memperkecilkan sekolah agama rakyat; dan
• Memecat Mufti Selangor kerana mempertahankan tiga orang ratu cantik.

10. Menghapuskan hak istimewa Melayu dan Bumiputera



• Menutup dua MRSM di Terengganu;

• Menutup sekolah agama rakyat; dan
• Menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar subjek Matematik dan Sains di sekolah.

Atas beberapa keadaan inilah maka saya berpandangan bahawa:


• Dr Mahathir Mohamad sepanjang menjadi Perdana Menteri telah melakukan pelbagai jenayah atau melindungi kegiatan jenayah dengan menyalahgunakan kuasa beliau sebagai Perdana Menteri;


• Dr Mahathir Mohamad telah menyalahgunakan dana-dana awam untuk membantu kroni-kroni, kaum keluarga dan kepentingan-kepentingan BN;


• Dr Mahatir Mohamad juga telah melakukan pelbagai penyelewengan dalam pentadbiran kerajaan termasuk membiarkan berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya;


• Dr Mahathir Mohamad juga telah menggunakan kuasanya untuk mencampuri urusan badan-badan penguatkuasa dan menghalang kebebasan kehakiman; dan



• Dr Mahathir Mohamad telah melakukan pencabulan ke atas hak asasi rakyat, mencabul kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabul hak istimewa orang-orang Melayu dan Bumiputera.


Oleh yang demikian, Dr.Mahathir perlu disiasat bagi menentukan sejauh mana keterlibatan beliau dalam pelbagai jenayah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang 22 tahun memerintah negara ini. Pihak polis yang kena belasah oleh Dr Mahathir sekarang perlu membuat penyiasatan menyeluruh tentang kegiatan jenayah yang sebutkan di atas.



“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

Read more ...

Mari baca Puak-Puak Songkok Tiga Jengkal jahanamkan tanah orang Melayu, bukan auta tapi fakta

http://i986.photobucket.com/albums/ae343/toirtap/050508-monkey-404_668094c.jpgIni fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu;

1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

2) 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

3) 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

4) Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

5) 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

6)Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

7) Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

8) 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

9) 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

10) Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

11) 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

12) Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang. Menang pada Umno ialah Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala Malaysia hadhari dapat pulau tenggelam timbul. Ini lah lawaknya pemimpin Umno yang jaga kedaulatan negara.

13) Kampung Chubadak Sentul Kuala Lumpur, sebanyak 273 ekar tanah kampung Melayu tradisi telah menyebabkan kira-kira 160 keluarga telah dihalau keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu.

14) Tanah rezab Melayu seluas 94 ekar yang diteroka sejak 72 tahun telah terkorban untuk projek Pencala Link dekat Damansara Kuala Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang bakal hilang apabila projek ECER (Koridor ekonomi pantai timur)

15) Pengkhianatan Umno kepada orang Melayu telah berjaya menghilangkan tanah rezab Melayu dari 3juta hektar pada tahun 1957 kepada 1.7 juta hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang ditinggal oleh penjajah dengan susut kadar 1.2% setahun. Nampaknya penjajah lebih berhati perut daripada pemimpin Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat maka tahun 2020 tanah rezab Melayu hanya tinggal 30% sahaja.

Daripada fakta di atas bolehlah dirumuskan Umnolah pengkhianat dan menggadai tanah orang melayu, Bukan PAS, bukan PKR dan bukan DAP. Sebenarnya slogan Umno “Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan sebaliknya, iaitu “di mana Umno kuat di situ Melayu merempat”.SETUJU????

Read more ...

Krisis Libya: Lebih 200 maut, Gaddafi semakin tertekan

TRIPOLI, 21 Feb. : Kol Muammar Gaddaf, yang memimpin lebih empat dekad, terus berhadapan dengan tekanan ekoran tunjuk perasaan yang tidak pernah diduga di ibu negara dan pembelotan beberapa diplomat kanan sejak beberapa hari lalu.

Penunjuk perasaan jalanan di Tripoli lewat semalam pula berhadapan dengan pasukan keselamatan yang menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata dalam usaha menyuraikan mereka.

Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya, berada dalam kawalan penunjuk perasaan.

Bagaimanapun anak lelaki Muammar, Saif al-Islam memberi amaran Libya akan berhadapan dengan perang saudara jika keadaan tidak dikawal.

Dalalam ucapan panjang lebar, Saif menawarkan reformasi politik yang signifikan tetapi rejim bertekad akan “bertarung sehingga peluru terakhir” terhadap “elemen-elemen hasutan.”

Beliau mengakui bandar raya sebelah timur – Benghazi dan al-Bayda telah jatuh ke tangan pembangkang.

Hari ini, laporan-laporan dari Tripoli menunjukkan jalan-jalan kelihatan sunyi dengan pasukan keselamatan masih meronda Dataran Hijau selepas pertempuran dengan penunjuk perasaan yang saksi menamakannya sebagai “pembunuhan beramai-ramai.”

Situasi di Libya terus keliharan keliru dan huru-hara.

Ada laporan yang mengatakan Muammar telah meninggalkan Tripoli untuk menuju ke kampung halamannya di Sirt atau kawasan padang pasir Sabha.

Di Tripoli sendiri, elemen pasukan keselamatan masih mengawal jalan-jalan utama meskipun keganasan kelihatan semakin mengecil.

Ketika waktu malam ada serangan kejam ke atas penunjuk perasaan yang berhimpun selepas khabar angin menyebut Muammar telah meninggalkan negara itu.

Dari semasa ke semasa terdapat detik pembelotan.

Hampir kesemua pemimpin suku kelihatan menyertai tindakan pembangkang, begitu juga pemimpin-pemimpin agama dan beberapa duta kanan Libya.

Laporan BBC menyebut, hampir keseluruhan sebahagian timur sudah berada di luar kawalan kerajaan.

Malah katanya, kuasa Muammar yang sudah memerintah negara itu selama 42 tahun semakin lemah dari hari ke hari.

Duta Libya ke Liga Arab, Abdel Moneim al-Honi mengumumkan beliau menyertai revolusi manakala duta ke India, Ali al-Essawi pula memberitahu BBC, beliau meletakkan jawatan ekoran tindakan ganas kerajaan ke atas penunjuk perasaan.

Mohamed Bayou, yang sehingga sebulan lalu merupakan ketua jurucakap kerajaan Libya berkata, kepimpinan negara itu salah dalam mengancam bahawa akan menggunakan kekerasan ke atas pihak yang membangkang.

“Saya berharap bahawa (Muammar) akan... mengubah ucapan untuk memperakui kewujudan bangkangan popular dalaman, untuk menyertai dialog berkaitan dengan perubahan mendalam dalam sistem Libya,” kata beliau dalam satu kenyataan diperoleh Reuters.

Badan Human Rights Watch pula mengumumkan lebih 200 orang sudah terbunuh sejak Khamis lalu meskipun Saif mendakwa angka itu sengaja dibesar-besarkan.

Ketua Liga Arab Amr Moussa menyifatkan tuntutan penunjuk perasaan sebagai sesuatu yang sahih.

Muammar menerajui Libya sejak 1969.

Satu lagi laporan Reuters menyebut Pejabat Luar Britain telah memanggil duta Libya ke Britain bagi mengecam penggunaan pasukan “maut” untuk mengatasi tunjuk perasaan.

Setiausaha Luar William Hague meminta agar tindakan ganas dan tindakan membunuh penunjuk perasaan dihentikan segera.

Read more ...

Malaysia no. 36 tapi diwar-warkan no.8

Ketuanan Kencing : KP Pelajaran seleweng kenyataan?

Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud dikatakan menyeleweng satu kenyataan apabila mendakwa laporan dalam satu satu majalah antarabangsa, Newsweek bahawa Malaysia menduduki tangga kelapan di dalam kedudukan penyedia pendidikan di negara ini.

Kenyataan beliau telah disanggah oleh Datin Noor Azimah Abdul Rahim, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE) sebagai tidak tepat.

Noor Azimah memberitahu kedudukan sebenarnya ialah Malaysia berada di tangga kelapan di dalam satu kajian di kalangan negara-negara berpendapatan sederhana sahaja.

Negara-negara di dalam kategori bukannya negara-negara maju di Barat Eropah, Amerika Syarikat mahupun Jepun dan Korea Selatan serta malah Singapura.

Negara-negara yang Malaysia dipadankan ialah negara-negara membangun seperti Russia, Latvia, Cuba, Poland dan Kazakhstan serta negara-negara yang mencapai purata pendapatan kebangsaan antara USD3,946 dan USD12,195 sahaja.

Tambah Noor Azimah lagi, Malaysia hanya berjaya menduduki tempat ke 36 di dalam mutu penyediaan pendidikan dengan kadar literasi (boleh baca) sebanyak 89 peratus dengan skor kajian sebanyak 86.43.

Di dalam laporan itu, 10 negara yang menggungguli kedudukan teratas adalah Finland, Korea Selatan, Kanada, Singapura, Jepun, Switzerland, United Kingdom dan negara-negara yang dianggap mempunyai pendapatan per kapita tinggi.

Noor Azimah menasihatkan Abdul Ghafar supaya berhati-hati membuat kenyataan kerana pada zaman sekarang, maklumat-maklumat berkenaan mudah diperolehi oleh golongan cerdik pandai dan berilmu serta diterbitkan untuk pengetahuan umum.

PAGE yang sebelum ini mendesak kerajaan supaya kembali melaksanakan Program Pembelajaran Sains dan Matematik di dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pula mendakwa banyak kejayaan negara-negara pendapatan pertengahan dari negara-negara bekas Soviet komunis memberikan perhatian ke atas Sains dan Matematik untuk berada pada kedudukan yang lebih baik dalam ranking tersebut.

Oleh yang demikian, Noor Azimah menegaskan PAGE akan terus mendesak kerajaan bagi memberi pilihan kepada ibu bapa kepada pelajar Malaysia untuk memilih medium pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris di dalam Sains dan Matematik kerana mendakwa itu adalah cara bagi mencapai tahap negara maju.

Beliau menolak tanggapan bahawa pembelajaran menggunakan Bahasa Inggeris hanya terhad kepada mereka yang mampu menghantar anak mereka ke sekolah-sekolah swasta dan rakyat Malaysia tidak kira status perlu diberi pilihan berkenaan.

Walaupun PAGE terus mendesak dengan menghantar memorandum beberapa bulan lalu kepada Perdana Menteri berhubung isu PPSMI yang didakwa mereka sebagai bermotif politik, pihak kerajaan mengumumkan tidak akan berganjak daripada keputusan yang telah diambil sebelum ini untuk membatalkan pelaksanaannya.

Read more ...

Puak Songkok Tiga Jengkal punca masih ada maksiat di Kelantan

Dimana ada UMNO, disitulah adanya Maksiat, Kezaliman, Kesesatan, Penipuan

Oleh: Tok Janggut
Terbongkarnya sarang maksiat di Lorong Limau Manis, Kota Bharu Kelantan baru-baru ini sebenarnya memberi tamparan dan malu yang amat sangat terhadap UMNO Kelantan dan seluruhnya. Ia tidak sekali-kali menjatuhkan krebiliti Kerajaan PAS Kelantan.

Ini adalah kerana sudah menjadi dasar PAS yang mengambil Al Quran dan Hadis sebagai rujukan dalam pemerintahan dan pentadbiran, sudah tentulah segala maksiat, kemungkaran, kezaliman, penipuan dan penindasan ditentang habis-habisan.

Namun begitu, bukanlah mudah untuk menghapus segala larangan Allah dan Rasul itu, kerana masih lagi terdapat manusia yang bertopengkan Islam yang masih mencari ruang untuk melakukan kerderhakaan terhadap Allah dan Rasul walaupun secara sulit, senyap dan menggunakan berbagai tipu muslihat untuk mengkaburi mata pihak berkuasa.

Siapakah mereka-mereka ini? Mereka ialah suka sakat, saki baki peninggalan puak jahiliah, penyokong dan pengampu puak Abdullah bin Ubai yang berlakun sebagai orang Islam kononya tetapi segala maksiat dan kemungkaran sudah sebati menjadi darah daging dan budaya hidup puak mereka. Mereka inilah puak UMNO yang kini mengambil puak Yahudi sebagai penolong dan penasihat mereka.

Selagi UMNO wujud dimana-mana saja selagi itulah segala bentuk maksiat, kemungkaran, kezaliman, penindasan, penipuan dan sebagainya akan bertapak subur. Begitulah yang terjadi di Kelantan sekarang ini.

Budaya pelacuran, kaki arak, zina, judi, rasuah adalah hobi dan kegemaran puak UMNO terutamanya diperingkat bawahan, manakala peringkat atasan pula mereka tidak mengunjungi tempat pelacuran seperti di Lorong Limau Nipis itu, tetapi yang menjadi sasaran mereka ialah dari kalangan Putri UMNO, golongan artis, pelakun dan model-model.

Golongan atasan ini agak sukar untuk dikesan kerana mereka menggunakan tempat-tempat eksklusif, hotal-hotel mewah yang sukar ditembusi oleh pihak berkuasa. Dan selepas melakukan maksiat dan mungkar, mereka akan datang kepada rakyat dan bercakap tentang Islam pula. Inilah golongan munafiqin yang jelas lagi nyata.

Apabila datang bulan Israk Mikraj, mereka ini akan bersungguh menyambutnya di rumah-rumah Allah dengan menjemput penceramah yang senada dengan mereka, bila bulan kelahiran Nabi, mereka juga menyambutnya malahan sanggup berpanas berbaris dijalanraya dan mengadakan juga di masjid-masjid kononya untuk memuliakan Nabi.

Malangnya, apabila dibacakan ayat tentang haramnya zina, judi, arak, zalim, menipu, rasuah, penindasan, dosa dedah aurat, mereka seakan-akan pekak telingan dan bisu.

Mereka marah PAS berkawan dengan DAP, apakah mereka merasakan mereka lebih baik dari DAP? Apakah dengan berkawan dengan Yahudi yang laknat Allah itu mereka masih merasakan mereka itu masih beriman dengan Allah dan Rasul? Mereka mempertikaikan mengapa PAS sanggup bermusuhan dan bergaduh dengan UMNO yang sebangsa denganya.

Lupakah mereka bahawa Nabi juga bergaduh malahan berperang dengan bapa saudara, ahli keluarganya yang juga sebangsa dengan baginda? Mengapa? Kerana Aqidah, kerana Islam, kerana iman, kerana Al Quran dan kerana Allah. Mereka sebangsa dengan Nabi tetapi menolak Islam dan menolak al Quran. Wajib diperangi. Kini UMNO walaupun mengaku Islam kerana melaksanakan lima rukun Islam, tetapi mereka jelas menolak al Quran dan sunnah Nabi malahan mempertikaikan, memperlekeh dan menghina hukum-hukum yang terdapat dalam Quran itu.

Ingatlah, beriman dengan Quran adalah salah satu dari rukun iman, menolak atau mempertikai satu sahaja dari enam rukun iman boleh membawa kepada "murtad". Jadi apa masalahnya jika PAS berperang dengan UMNO pun? Berperang diantara satu puak yang hendak melaksanakan perintah al Quran dan satu lagi puak yang menentang al Quran.

Oleh kerana menolak dan menentang hukum dalam Quran lah maka UMNO masih bebas melakukan segala maksiat kepada Allah termasuk menjadikan pelacur sebagai barang ketagihan mereka walaupun secara senyap dan sulit seperti yang terbongkar di Kota Baru Kelantan baru-baru ini.

Yang jelasnya, selagi UMNO wujud selagi itu segala kemungkaran, maksiat, penipuan, kezaliman, kesesatan, penindasan dan sebagainya sukar dihapuskan kerana semua ini adalah sebahagian dari hidup mereka sejak dulu, kini dan selamanya.

Ingatlah Nabi pernah menjawab soalan dari sahabatnya bahawa " kamu akan bersama-sama orang yang kamu cintai, kamu sokong, kamu ikut dan taat semasa di dunia nanti ketika di akhirat kelak".

Maksudnya, golongan yang beriman semasa di dunia yang mencintai Nabi, mencintai orang-orang alim, ulama-ulama yang mambawa ajaran Nabi akan bersama ke syurga di akhirat kelak.

Manakala golongan yang semasa di dunia sangat menyokong, membela, taat dan menyintai puak zalim, kaki maksiat, kaki menipu, kaki arak, judi, zina, rasuah, menipu, menindas, menentang syariat Allah dan Sunnah Nabi dan sebagainya (seperti pemimpin dan UMNO itu) akan juga bersama dengan puak itu di akhirat kelak untuk bersama ke neraka Allah. Wallahualam.

Read more ...

PAS mampu buat kejutan di KerdaU

http://pasabah.files.wordpress.com/2008/02/bendera-8.jpg

Bagi sesetengah aktivis PAS di Pahang, pilihan raya kecil (di negeri itu) bagi mereka lebih baik tiada daripada ada.

Selepas beberapa pilihan raya kecil silih berganti dan berpindah dari satu negeri ke satu negeri yang lain sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008, sesetengah aktivis PAS dari negeri itu kalau ditanya bila pula di Pahang, jawapan mereka boleh dikatakan hampir sama: "Harap-harap jangan ada Yang Berhormat Pahang meninggal dunia."

Beberapa faktor dipercayai menjadi sebab timbulnya kebimbangan seperti itu dalam kalangan aktivis PAS Pahang.

Salah satunya ekoran kecemerlangan Barisan Nasional (BN) negeri itu dalam pilihan raya umum lalu iaitu ketika di negeri-negeri lain, BN dikejutkan dengan pencapaian luar biasa parti-parti pembangkang yang kini bersatu dalam Pakatan Rakyat.

Selain itu, kewujudan tanah-tanah rancangan Felda yang begitu banyak di Pahang, sosio-budaya masyarakat khususnya masyarakat Melayu tradisonal negeri itu dan prestasi PR Pahang yang dikatakan kurang memberangsangkan turut menjadi faktor tambahan mengapa ada kalangan aktivis PAS Pahang tidak gembira jika berlaku pilihan raya kecil di negeri mereka.

Bagaimanapun bagi aktivis-aktivis tersebut, PRK tidak boleh lagi menjadi mimpi ngeri atau iguan buruk kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah pun menetapkan 6 Mac ini sebagai tarikh membuang undi manakala 26 Febuari sebagai hari penamaan calon bagi pilihan raya Kerdau - sebuah kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang terletak dalam Parlimen Kuala Krau, Pahang.

Kerusi Dun Kerdau kosong ekoran Adunnya, Datuk Zaharuddin Abu Kasim, 63, meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang 12 Februari lalu akibat serangan jantung selepas terjatuh dalam bilik air di rumahnya.

Malangnya, ketika ada kebimbangan aktivis PAS Pahang jika berlakunya pilihan raya kecil di negeri mereka, PAS negeri itu bukan sahaja perlu berhadapan dengan “sekadar pilihan raya kecil” tetapi satu yang dilihat sangat penting khususnya kepada PAS dan juga PR.

Kerdau ditakdirkan ketika graf prestasi BN dalam pilihan raya kecil berada dalam situasi menaik setelah mencatatkan kejayaan demi kejayaan dalam beberapa pilihan raya terakhir sebelum ini.

Kurang sebulan lalu, BN baru sahaja meraikan kemenangan mereka di Tenang, Johor dengan majoriti yang lebih besar menewaskan calon PAS.

Situasi yang sama turut dihadapi oleh PAS Melaka yang bakal berhadapan dengan satu lagi PRK di Dun Melimau pada tarikh yang sama.

Justeru, sama ada bersedia atau tidak, Kerdau dan Merlimau boleh dikatakan menjadi benteng terakhir kepada PAS untuk menyekat momentum BN atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti dengan jumlah yang besar untuk dijadikan mesej politik kepada rakyat Malaysia sebelum pilihan raya umum akan datang.

Dalam menghadapi situasi ini, Kerdau sebenarnya mempunyai potensi sangat baik kepada PAS untuk melaksanakan misi tersebut berbanding Merlimau yang dikatakan lebih sukar untuk PAS membuat kejutan dalam tempoh dua minggu sahaja lagi.

Dun Kerdau wujud hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR pada tahun 2003.

Jika sebelum ini Kerdau dalam Parlimen Temerloh, kini di bawah Parlimen Kuala Krau. Istimewanya Dun Kerdau ialah kerana kawasannya meliputi kedua-dua belah tebing Sungai Pahang.

Di sebelah pekan Kerdau kawasan mengundi menjajar sejauh kira-kira 15 kilometer bermula dari Desa Murni hingga ke Kuala Tekal. Sementara di seberang sebelah lagi Sungai Pahang, kawasannya menganjur dari Kampung Badok hingga ke Rumpun Makmur di seberang pekan Kuala Krau.

Walaupun timbul kebimbangan dalam kalangan aktivis PAS ekoran senario politik di Pahang, Kerdau sebenarnya menyediakan medan terbaik kepada PAS untuk memberi tentangan paling sengit kepada BN dalam Dun yang mereka kuasai dan negeri yang dikatakan antara kubu kuat mereka.

Daerah itu sendiri menyediakan banyak kelebihan kepada PAS yang hanya perlu dilihat lebih halus dari pelbagai aspek untuk digarap dengan baik seterusnya dijadikan bahan kempen pilihan raya, ia termasuklah aspek geografi, sejarah dan sentimen masyarakatnya.

Kisah stesen keretapi Kerdau, bangunan usang pekan Kerdau dan perkembangan mutakhir kampung-kampung tradisi serta penduduknya dalam daerah itu sebenarnya langsung tidak memberi kelebihan kepada BN sebagai parti yang memerintah selama lebih 50 tahun.

Manakala isu-isu tempatan yang dikatakan paling signifikan dalam sebuah pilihan raya kecil berbanding isu-isu bersifat nasional atau antarabangsa juga tidak kurang banyaknya di Kerdau.

Beberapa projek gagal di Gunung Senyum yang terletak dalam Dun Kerdau seperti 100 ekar tanaman nangka madu, projek ayam kampung dan ladang durian misalnya cukup kuat untuk dimanfaatkan memujuk pengundi supaya mengangkat calon daripada PR pula sebagai wakil rakyat mereka.

Begitu juga dengan masalah harian penduduk yang sudah berlarutan sehingga melampaui belasan tahun. Masalah air, rumah terbengkalai dan jalan rosak sentiasa menjadi perbualan dari masa ke semasa penduduk kawasan ini.

Selain itu, tiga kawasan Felda dan sebuah Fecra yang terdapat dalam Dun Kerdau tidak lagi dilihat sebagai benteng kebal BN khususnya dalam mendapatkan undi orang Melayu yang mendominasi 90 peratus pengundi daerah itu.

Lebih dari itu, kewujudan penempatan masyarakat peneroka ini sewajarnya menjadi kelebihan besar kepada PAS yang selama ini mengangkat isu Felda sebagai agenda penting dalam perjuangan parti.

Melalui Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah serta Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang diterajui salah seorang pimpinan pusat PAS tentulah tidak sukar kepada PAS dan PR menyusun isu demi isu sepanjang tempoh 10 hari yang diberikan oleh SPR.

Tambahan pula, Pahang merupakan antara kawasan Felda yang menjadi tumpuan Anak selama badan itu ditubuhkan.

Difahamkan, kebangkitan masyarakat Felda yang diuruskan oleh Anak dalam menuntut hak-hak mereka lebih ketara di Pahang berbanding negeri lain - selain sebahagian besar aktivis anak sendiri merupakan kalangan peneroka ataupun anak-anak peneroka di Pahang.

Justeru, BN yang akan diwakili Umno sudah pasti tidak mampu duduk dengan selesa sehingga 6 Mac depan dengan pelbagai beban isu yang perlu dijawab mereka dan PAS pula mampu membuat kejutan sekiranya dapat mengunakan semaksimanya segala sumber dan jentera yang mereka ada bersama sekutunya, PKR dan DAP.

Sementara itu, dalam tinjauan awal Harakahdaily, Pekan Kerdau sudah mula sibuk dengan petugas-petugas parti yang melaksanakan kerja-kerja awal pilihan raya. Pekan Kerdau dan kawasan-kawasan sekitarnya sudah mula bergentayangan dengan petugas-petugas parti yang bertanding.

Bilik-bilik hotel yang berhampiran (bandar Temerloh dan Mentakab) sudah penuh tempahannya sementara warung-warung makan sudah mula luar biasa larisnya.

Penyokong-penyokong parti bertanding dijangka akan berkunjung ke sini lebih ramai lagi dalam masa terdekat ini kerana lokasinya hanya sekitar 5 kilometer daripada susur keluar Tol Temerloh, melalui Lebuhraya Pantai Timur.

Kali terakhir berlaku pilihan raya kecil di situ ialah pada tahun 2000, ketika itu pekan Kerdau termasuk dalam Dun Sanggang yang kematian Adunnya Datuk Abdullah Kia.

Kerdau mempunyai jumlah pengundi seramai 9,082 orang berdasarkan buku daftar pengundi terbaru SPR. Daripada jumlah tersebut terdapat 8,182 orang pengundi Melayu (90.09 peratus), Cina 466 orang (5.13 peratus), India 166 (1.82 peratus) dan Orang Asli 268 (2.95 peratus).

Terdapat 13 Unit Pusat Mengundi di Kerdau meliputi kawasan pinggir bandar, kampung tradisional Melayu, estet, pekan lama serta tiga Tanah Rancangan Felda iaitu Jengka 22, Jengka 23 dan Jengka 25.

Pada pilihan raya umum 2008 BN menang dengan majoriti 1,615 undi. Zaharuddin yang pertama kali bertanding sebagai calon BN mendapat 4,135 undi berbanding calon PAS Hasanuddin Salim yang memperoleh 2,520 undi.

Walau bagaimanapun keputusan tersebut dilihat satu kejayaan buat PAS kerana merendahkan undi BN sebanyak 950 undi daripada majoriti 2,565 undi yang diperolehi BN pada 2004.

Read more ...

Berita Harian sama teruk dengan Utusan di Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita42/Khir-Johari.jpgKUALA TERENGGANU - Rencana yang diterbitkan dalam akhbar Berita Harian semalam, Isnin 20 Februari, yang bertajuk ''Mengekang nafsu PAS tawan semula Terengganu' mengesahkan akhbar tersebut adalah lidah rasmi Umno selepas Utusan Malaysia.

Saya mencadangkan agar penulis rencana tersebut, Abdul Halim Yusoff, yang juga Ketua Biro Berita Harian negeri Terengganu, mengusulkan kepada pihak pengurusan New Straits Times Press, syarikat keluarga yang mencetak Berita Harian supaya meletakkan label 'Hanya Untuk Ahli Umno Sahaja' kepada Berita Harian sebagaimana label yang diletakkan kepada Harakah.

Barulah senang kita bertarung! Bukan berselindung disebalik perisai 'dana awam', tetapi tunduk dan 'kow tow' kepada Umno!

Yang lebih memeranjatkan, Abdul Halim yang dikenali sebagai seorang wartawan kanan kerana profesionalismanya, tiba-tiba berlagak seperti 'pakar gerak saraf Umno' yang dari nada tulisannya itu, menasihatkan rakyat, kononnya berhati-hati dengan gagasan 'PAS Ganti Umno' (PGU yang dibawa oleh PAS.

Apa yang menjadi 'kisah pahit' zaman pemerintahan PAS 1999 - 2004 yang perlu dingat-ingatkan oleh Halim?

Adakah tentang propganda ciptaan Umno 'kanak-kanak tadika Kemas dihalau' yang masih menjadi aqidah Halim?

Kemas bukanlah agensi kerajaan, tetapi ia adalah agensi Parti Umno dan bukankah gambar itu adalah lakunan yang diatur lalu dirakamkan oleh seorang rakan jurugambar Berita Harian kalau pun tidak Utusan!

Pembangunan apakah yang dilakukan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional, yang telah membelanjakan hampir RM2 bilion setahun dan dari 2005 hingga sekarang belanjawan negeri Terengganu telah mencecah RM10 bilion???


Soal pembangunan negara yang perlu diingat-ingatkan dalam tulisan itu, adakah ia berkaitan bekalan air bersih, bekalan tenaga elektrik, bantuan itu dan bantuan ini yang mahu diungkit-ungkit?

Sedang membangunkan negeri atau negara itu memang menjadi satu tanggungjawab mana-mana parti politik yang diberikan mandat untuk memerintah, hatta negara komunis Rusia dan China juga membangunkan negara mereka, sama seperti negara demokrasi Amerika Syarikat ataupun negara beraja seperti United Kingdom.

Umpama tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk membesarkan anak-anak kita, memberi pakai dan minum, memberikan pendidikan.

Adakah apabila anak kita besar nanti, dan tidak mahu lagi tinggal bersama kita, lalu kita mengungkit segalanya dan menggelarnya sebagai tidak mengenang budi dan penderhaka??

Bukan itu semua sebabnya mengapa PAS mesti menggantikan Umno! Bukan secara totok kerana pembangunan, bukan kerana memberikan kita pendidikan dan pekerjaan.

Tetapi, masalah nilai yang dibawa oleh Umno adalah nilai yang merosakkan,

Sebagai huraiannya, untuk 'round' yang pertama Jabatan Penerangan PAS Terengganu telah mengeluarkan risalah 'Sebab-sebab Mengapa PAS Perlu Ganti Umno - Umno Khianat Agama Islam.

Antara nilai merosakkan yang menjadi dasar Umno adalah, Umno menghalalkan judi.

Selain itu, nilai merosakkan agama yang paling besar nilai khianatnya adalah Umno tidak mahu melaksanakan undang-undang Islam, Enakmen Jenayah Syariah yang telah diluluskan dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu dan telah diperkenankan oleh Tuanku Sultan.

Itulah antara sebabnya.

Dan untuk 'round' yang kedua, akan diterbitkan pula secara telus dan terbuka, dasar-dasar Umno yang telah merosakkan bangsa Melayu.

Yang pertamanya, Umno telah menghapuskan tulisan jawi, yang berasal dari Bahasa Arab, yang menjadi tulisan al-Quran.

Kira-kira 30 tahun dahulu, ketika bekas Setiausaha Agung Umno, Khir Johari telah menjadi Menteri Pelajaran.

Khir Johari terkenal dan tersohor di bawah Kementerian Pelajaran. Beliau telah melakukan satu reformasi dalam pendidikan negara apabila menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama dan tulisan pengantar kepada Bahasa Melayu.

Bermula dari itu, semua pelajaran yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ditukar tulisannya ke dalam tulisan rumi.

Akibatnya, berpuluh-puluh ribu anak-anak bangsa Melayu Islam buta jawi, sekaligus buta al-Quran.

Maka, apakah itu suatu nilai baik hasil dari pemerintahan Umno??

Read more ...

Video : Ceramah Bob Lokman , cicit Tok Kenali



KOTA BHARU, 21 Feb 11: Bob Lokman, adalah cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Hari ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan Bob Lokman artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela. Beliau Bob Lokman kini telah menjadi ahli PAS.

Ketua DPP Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Menurutnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.

Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.

Read more ...

Boleh bayang ka air mani keluar kot dubur ?

Air mani Saiful dikesan di dubur sendiri..ha...ha..apa hal budak nie...!!!


KUALA LUMPUR, 21 Feb. : Prosiding kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini “dikejutkan” dengan dakwaan peguamnya bahawa salah satu profil DNA dikesan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik pengadu dan saksi utama itu sendiri.

Ramkarpal Singh, salah seorang peguam Anwar berhujah, penemuan laporan kimia menunjukkan air mani yang ditemui pada bahagian rektal sebenarnya adalah milik Saiful (gambar) memandangkan profil DNA “12, 13” adalah lebih dominan berbanding profil DNA “Lelaki Y”.

“Saya mengesyorkan kepada anda profil dalam B8 adalah milik Saiful, oleh itu (ia) boleh ditafsirkan bahawa air mani yang dikesan di bahagian duburnya sendiri,” kata Ramkarpal di mahkamah hari ini.

Bagaimanapun Dr Seah menafikan perkara itu sambil berkata terdapat dua bentuk kesan di bahagian rektal iaitu sperma dan bukan sperma.

Profil DNA Saiful, menurut Dr Seah, tergolong dalam kategori pertama.

“Ya, meskipun profil DNA Saiful ‘12, 13’ dikategorikan di bawah pati bukan sperma, di mana Dr Seah tidak dijawab ialah DNAnya sendiri juga ditemui pada kesan sperma B8.

“DNA Saiful bukanya penyumbang utama dalam kes ini, tetapi ia juga dikesan dalam kedua-dua ekstrak,” kata seorang lagi penguam Anwar, Sankara Nair kepada The Malaysian Insider kemudian.

Terdahulu pagi tadi, peguam-peguam Anwar meneruskan pemeriksaan balas ke atas Dr Seah dengan meminta beliau mengulas mengenai kesahihan laporan kimia.

“Anda mempunyai situasi di mana pancutan (air mani) ke dalam dubur adalah 56 jam sebelum laporan (dibuat). Adakah anda menduga untuk melihat kemerosotan kualiti sperma dan DNA?” soal Ramkarpal.

Menjawab soalan itu, Dr Seah berkata, tidak perlu mengambil langkah-langkah tambahan untuk menentukan kemerosotan kualiti meskipun air mani berada dalam dubur selama 56 jam.

Read more ...

Pro M menang di universiti tertua di Malaysia

Pro-M menang di UM

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

Mereka menyapu bersih semua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 16 kerusi fakulti.

Manakala calon bebas menang dua kerusi fakulti.

Keputusan diumumkan pada jam 6 petang tadi. Manakala tempoh bantahan ditetapkan sehingga jam 8 malam ini.

Bantahan tersebut akan diteliti esok dan keputusannya akan diumumkan lusa.

UPM: Pro-M tumbang

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 12 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.

Pro-Aspirasi pula mendapat 31 kerusi. -mk

Read more ...

SPR nak menangkan Umno

Main Kotor : Mengapa SPR enggan terima bantahan

AMPANG, 21 Feb: Pihak-pihak yang bertanggungjawab digesa menjalankan penyiasatan terperinci ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana dibimbangi telah dijadikan alat oleh Barisan Nasional (BN) untuk mendapat kemenangan secara tidak bertanggungjawab dalam pilihanraya umum akan datang, terutama di Selangor.

Tindakan tersebut disyaki telah dilakukan oleh BN setelah kecewa dengan penerimaan rakyat terhadap kempen-kempen mereka di Selangor, sehingga mendorong para pemimpinnya menggunakan apa saja cara untuk mencapai matlamat mereka.

PAS Kawasan Pandan dalam gesaannya telah menemui beberapa bukti berhubung perkara itu, sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahlinya amat tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR dari 9 hingga 15 Februari lalu.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Iskandar A. Samad menegaskan, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Menurut beliau, mereka tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

"Jadi persoalannya sekarang, siapa yang telah mendaftarkan mereka? Kami juga ingin menyatakan rasa kesal di atas sikap pegawai-pegawai SPR di pejabat mereka di Shah Alam yang bersungguh-sungguh enggan menerima bantahan-bantahan kami," katanya pada sidang akhbarnya di Pusat Khidmat PAS Pandan di Pandan Indah, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau juga amat kesal kerana pegawai-pegawai SPR di Shah Alam bertindak kasar dan tidak profesional ketika mereka mengadakan bantahan itu baru-baru ini yang ternyata mahu menolak bantahan-bantahan itu tanpa alasan kukuh.

Beliau yang juga Adun Chempaka menegaskan, pada hal bantahan-bantahan itu dibuat mengikut peraturan dan sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan oleh pihak SPR sendiri.

"Sikap SPR ini seolah-olah terdapat muslihat tertentu. Kenapa SPR begitu bersungguh-sungguh hendak menolak bantahan-bantahan yang dibuat oleh kami? Apa yang SPR cuba sembunyikan?" katanya.

Hanya setelah didesak dengan keras oleh mereka sehingga menimbulkan suasana kurang baik, jelasnya, barulah SPR telah menerima bantahan-bantahan itu.

Bantahan yang dibuat oleh mereka pada hari itu, menurut beliau lagi, melibatkan 7 orang pengundi muda di kawasan Dun Chempaka dengan lima daripadanya lelaki dan dua lagi perempuan.

Antara perkara yang amat mengelirukan pada pendaftaran pengundi tersebut, ada di antaranya bernama Melayu tetapi dicatatkan tinggal di kawasan kilang Cina, pada hal di kawasan kilang itu tiada sesiapa pun yang tinggal, apatah lagi orang Melayu.

"Tidakkah pelik dengan apa yang berlaku itu? Untuk melakukan bantahan pula bukan senang. Banyak prosedur yang terpaksa diikuti, selain dikenakan bayaran RM10 untuk bantahan setiap seorang dan RM200 untuk peringkat pendengaran oleh pihak SPR," tegasnya.

Dun Chempaka mempunyai jumlah pengundi 32,000 orang. Peningkatan pengundinya sejak PRU Ke-12 lalu hingga kini agak tinggi iaitu seramai 1,600 orang dengan tujuh daripadanya termasuklah mereka yang dibantah oleh mereka pada hari itu.

Read more ...

Manipulasi media Umno terlalu jahat

Nik Aziz salahkan manipulasi media

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ4MoBfkiwHrc5nc0NIwS6bN8JoFo0iTYTVCew9whhHn3Rin1jHvVYuSzGuVCe8d_0OyRN21a7cY5cyUbvV918wEBnIyrblELjsIaQagConns3n-To8oSMYVihDfWEZh4J9L3SCnhoc_E/s400/Tuan+Guru+Nik+Aziz.jpgKUALA LUMPUR – Pas mendakwa penurunan undi kaum Melayu terhadap parti itu sejak beberapa pilihan raya kecil (PRK) yang lalu berpunca daripada manipulasi dan laporan berat sebelah media yang dikuasai UMNO-Barisan Nasional (BN).

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pembangkang di negara ini tidak mendapat tempat untuk menjelaskan sesuatu isu di media arus perdana, sekali gus menyebabkan rakyat tidak memperoleh maklumat yang tepat.

Menurutnya, sekatan tersebut menyebabkan Pas terjejas kerana konon-kononnya media terbabit mempengaruhi minda orang Melayu dengan menonjolkan berita bahawa kuasa politik Melayu terhakis jika menyokong Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, ia adalah tidak adil kepada PR kerana sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar demokrasi, kerajaan BN seharusnya tidak menyalahgunakan media perdana, sebaliknya memberi peluang kepada pembangkang menjelaskan isu-isu tertentu.

“Pas menyeru orang Melayu, sokonglah PR tidak kira calon dari PKR atau DAP kerana dalam PR itu ada Pas, ada Islam.

“Pada zaman Nabi Muhammad SAW, baginda membawa agama kepada seluruh umat manusia, baginda bukan bawa ideologi kebangsaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Selain itu, Nik Aziz turut menegur sebuah akhbar bahasa Melayu semalam yang menunjukkan laporan muka depan bertajuk ‘Nik Aziz Ubah Nada’ yang didakwa sebagai satu usaha menjejaskan kredibilitinya.

“Saya tidak pernah ubah nada saya, ini adalah bohong. Apa yang saya cuba sampaikan adalah orang Melayu perlu diutamakan dalam agenda Pas kerana Melayu adalah kaum pertama di Tanah Melayu yang memeluk Islam.

“Kalau Pas mahu memperjuangkan Islam, siapa yang perlu diutamakan jika tidak orang Melayu yang juga kaum majoriti di negara ini,” katanya.

Mengulas mengenai dakwaan yang mengatakan Pas sekarang sudah mula mengutamakan perjuangan Melayu berbanding Islam, Nik Aziz menegaskan bahawa Pas akan tetap melebihkan Islam daripada perkara lain.

“Tugas menjaga orang Melayu memang perlu bukan sahaja kepada UMNO, tetapi kepada Pas dan semua parti lain di negara ini,” katanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut menegur Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu (Bebas), Zulkifli Nordin yang meminta beliau kembali kepada ajaran Rasulullah SAW dalam mengutamakan orang Islam.

“Zulkifli orang yang sudah tidak siuman. Beliau mengkhianati pengundi di kawasannya dan sekarang beliau mengkhianati saya pula,” katanya.

Dalam blognya, Zulkifli menceritakan bagaimana Rasulullah SAW dalam Surah ‘Abasa ditegur Allah SWT kerana berpaling muka dan bermasam muka terhadap orang Muslim lain.SH

Read more ...

Kenapa saksi tak mahu jawab soalan peguambela ?

Fitnah II - DNA sperma Saiful: Saksi pendakwa elak jawab soalan, sembunyi maklumat...kerana mangsa terliwat diri sendiri...!!!

KUALA LUMPUR: Perbicaraan Fitnah 2 yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendedahkan fakta bahawa DNA sperma milik Mohd Saiful Bukhari Azlan ditemui dengan banyaknya di bahagian dubur pengadu itu sendiri.

Perkara itu diakui Ketua Unit Jenayah Berat Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hoong, ketika disoal balas peguam Anwar, Ram Karpal Singh.

Terdahulu mahkamah dikejutkan dengan kenyataan Ram bahawa peguam bela menemui dua lagi DNA ditubuh Saiful, tidak termasuk tiga DNA yang ditemui Dr Seah ketika memeriksa pengadu itu.

Sesi soal balas peguam terhadap Dr Seah pada sebelah petang juga menyaksikan saksi pendakwa ke-5 itu mengelak menjawab beberapa soalan yang ditanya peguam.

Ia berhubung sampel yang dianalisa pakar kimia itu pada 1 Julai 2008, iaitu beberapa hari selepas Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat.

3.22 petang - Ram Karpal mempersoal mengapa DNA Lelaki Y ditemui pada kawasan hadapan berhampiran zip sedangkan jika liwat berlaku dan ia ‘bocor’, sepatutnya ia ditemui pada bahagian berhampiran cawat seluar atau cawat seluar dalam.

“Kalau ejakulasi berlaku dalam dubur selepas 56 jam, sepatutnya ada kebocoran pada bahagian belakang bukan? Dan bukannya pada bahagian hadapan seluar bukan?” tanya Ram Karpal.

“Saya tak mahu jawab sebab saya tak mahu buat spekulasi,” kata Dr Seah.

Dr Seah juga dikiritik Ram Karpal kerana tidak mendedahkan jenis fabrik yang juga akan mempengaruhi analisa DNA yang dilakukan sebelum ini.

Saksi pendakwa itu juga kemudian mengakui DNA Saiful ditemui dalam jumlah yang banyak dalam duburnya sendiri, iaitu pada bahan bukti B9 yang merupakan calitan kapas di bahagian atas rektum dubur Saiful.

3.04 petang- Dr Seah memilih untuk tidak menjawab beberapa soalan malah tidak membawa beberapa dokumen yang diperlukan untuk perbicaraan kes Fitnah 2 ini.

Di antaranya beliau tidak mampu menjawab peratusan DNA yang ditemui pada spesimen sperma dan bukan sperma pada bahan bukti.

“Berapa peratus DNA anda temui pada spesimen bukti sperma dan bukan sperma?” tanya Ram Karpal.

“Saya tidak dapat jawab sekarang, saya tiada maklumat tersebut dengan saya,” kata Dr Seah.

“Anda ada rekod dengan anda tapi memilih untuk tidak bawa ke mahkamah,” kata Ram Karpal.

3.10 petang – Dr Seah juga didapati tidak menjalankan analisis secara menyeluruh dengan mengambil kira faktor ‘kemerosotan’ DNA yang berada dalam tubuh Saiful hampir 56 jam sebelum analisis dilakukan Jabatan Kimia.

“Bagaimana anda menentukan kemerosotan DNA dalam dubur Saiful memandangkan sampel hanya dianalisa hampir 56 jam kemudian”tanya Ram Karpal.

“Tidak penting buat saya,”kata Dr Seah.

Read more ...

Buku Jingga gerunkan BN

Anwar: Buku Jingga Hapus Dasar Kuku Besi BN


MENTAKAB 21 Feb.: Dasar 'kuku besi' yang menjadi amalan Umno-Barisan Nasional(BN) akan dihapuskan serta-merta melalui Program 100 Hari yang terkandung dalam Buku Jingga jika Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian semasa menghadiri ceramah di Mentakab Pahang dalam rangka jelajahnya yang menerangkan berkenaan isu semasa kepada rakyat.

Melalui program Buku Jingga, Pakatan Rakyat juga meletakkan agenda pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama sebagai teras kepada semua demi membela nasib rakyat terbanyak.

"Kita perintah yang kita nak tolong rakyat, Cina, Melayu, India, yang miskin kita tolong. Kenapa nak tolong tiga, empat pemimpin Umno, ini negeri Umno ke? Ini negeri rakyat punya ini yang mesti kita faham.

"Kerja kita bukan tolong tauke. Kita mesti tukar dasar dan tumpu kepada rakyat. Cina, India, Melayu, Iban atau Kadazan kita mesti tolong," jelasnya.

Ketua Umum PKR itu juga yakin, revolusi yang berlaku di Tunisia dan juga Mesir akan merubah dasar serta corak sesuatu pemerintahan melalui kuasa rakyat yang mampu menumbangkan penguasa serta pemimpin kuku besi.
Anwar berkata, peristiwa di Tunisa dan Mesir harus dijadikan pengajaran kepada pemimpin Umno-BN.

"Orang Tunisia miskin, harga semua naik, tepung, minyak, susu, cukai tinggi. pemimpin curi 70 bilion ringgit.

"Orang marah, rakyat miskin, semua kontrak dia sapu, harga barang naik, orang muda tak ada kerja maka berlaku pemberontakan rakyat," katanya.

Hari ini di Malaysia beliau menambah, kemiskinan yang ditanggung oleh rakyat bawahan adalah akibat sifat tamak pemimpin Umno-BN yang mengamalkan dasar 'memperkayakan pemimpin' sahaja demi kepntingan diri serta kroni masing-masing.

"Ini yang saya tak faham umno punya otak, kasi tauke banyak banyak ok. Sebab apa? poket ada masuk lah.

"Tolong rakyat miskin, dia marah," katanya.

Read more ...

Keluarga tahanan mati dalam lokap desak siasatan kedua

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam bersama ahli keluarga mangsa tahanan mati dalam lokap, Hairul Amri Aliyas, menyerahkan memorandum ke Bukit Aman di sini, hari ini.

Manikavasagam berharap memorandum itu membolehkan siasatan dan keadilan ke atas kematian Hairul Amri dapat diperjelas supaya tidak timbul keraguan.

“Kami menyerahkan memorandum kepada polis bagi meminta mereka menyiasat semula kes Hairul kerana keluarga curiga dengan punca kematian mangsa. Saya berharap siasatan kedua dijalankan.

“Terlalu banyak kes melibatkan tahanan mati dalam lokap tetapi sehingga kini belum selesai. Kami meminta polis bersikap professional dengan mengadakan inkues kematian Hairul.

“Kita sudah senaraikan peguam yang akan mengendali kes iaitu Latheefa Koya dan N Surendran,” kata Manikavasagam.

Memorandum itu diterima Cif Inspektor, Adzzi Ismail di pondok polis Bukit Aman.

Hadir sama ialah Ibu mangsa, Zaleha Bahari, 48 dan adik mangsa, Azira Naim, 17 yang masih bersedih dengan kematian Hairul serta mendakwa terdapat beberapa kesan lebam di tubuh mangsa.

Bagaimanapun, isteri mangsa, Rozaini Rosli, 22, tidak hadir kerana anak keduanya, Mohd Rizki Hakimi berusia sembilan bulan, tidak sihat.

Hairul mati dalam lokap balai polis Kuala Selangor jam 4.30 pagi Khamis lalu dan bedah siasat Hospital Tanjung Karang menyatakan kematian berpunca akibat ulser pecah dalam perut.

Bapa kepada dua anak itu ditahan kerana disyaki mencuri tetapi selepas pemeriksaan air kencing, beliau didapati positif ganja dan direman tujuh hari.

Ketika ditemui media, Zaleha berkata, anaknya sihat ketika ditahan polis dan terkejut apabila bedah siasat menunjukkan Hairul mati akibat ulser dalam perutnya pecah.

“Saya diberitahu tahanan dalam lokap sama, Hairul pada malam sebelum kematiannya, ada mengadu sakit di perut tetapi tidak diendahkan polis.

“Saya berharap kes anak saya dapat diselesaikan segera supaya kejadian seperti ini tidak berulang kepada keluarga lain,” kata Zaleha dengan nada sebak.

Read more ...

Terbongkar : BMF senarai 49 firma berkait Taib di seluruh dunia...SPRM nak diamkan ke..!!!!

NGO yang berpangkalan di Switzerland - Tabung Bruno Manser (BMF) hari ini mengeluarkan senarai 49 firma di empat benua di seluruh dunia yang didakwanya berkaitan dengan ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya.

NONESenarai itu termasuk 13 syarikat di Malaysia, 10 di Australia, sembilan di Kanada, tujuh di Hong Kong, empat di Amerika Syarikat, tiga di British Virgin Islands, satu di pulau Jersey dan dua lagi di United Kingdom.

"Tujuan senarai ini adalah untuk membantu pihak berkuasa pencegahan rasuah dan pengubahan wang haram di negara-negara berkenaan mengenal-pasti dan membekukan aset Taib,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

Senarai itu disiarkan di laman sesawang anti rasuah barunya dan dikemas-kini dari semasa ke semasa.

NONEBMF juga melancarkan petisyen di sesawangnya mendesak pihak berkuasa di negara-negara berkenaan bagi menyiasat kedudukan kewangan Taib dan keluarganya serta membekukan aset mereka.

Petisyen itu juga akan dihantar ke pihak berkuasa di Australia, the British Virgin Islands, Kanada, Hong Kong, Jersey, Malaysia, United Kingdom dan Amerika Syarikat serta Kumpulan Pengubahan Wang Haram Asia Pasifik yang mempunyai keahlian 139 negara.

Antara syarikat Malaysia yang disenaraikan itu termasuk Borsarmulu Resort Sdn Bhd, Cahya Mata Sarawak Sdn Bhd, K&N Kenanga, Kumpulan Parabena Sdn Bhd, Mesti Bersatu Sdn Bhd, Sarawak Energy Bhd, Naim Holdings dan Kumpulan Ta Ann.

NONESesetengah syarikat berkenaan dimiliki sebahagiannya oleh kerajaan negeri dan terbabit dengan projek yang disokong oleh kerajaan negeri seperti Royal Mulu Resort dan empangan Murum.

Sebahagian besar firma yang disenaraikan itu membabitkan syarikat yang terbabit dalam hartanah, termasuk Sakti International Corporation Incorporated, yang berpangkalan di Amerika Syarikat.
Negara-negara UNCAC

Dokumen yang disiarkan oleh laman sesawang Sarawak Report menunjukkan syarikat itu bernilai lebih kurang RM250 juta.

azlanJuga disenaraikan adalah kumpulan syarikat-syarikat di Kanada, Sakto yang didakwa Sarawak Report mempunyai hartanah bernilai lebih RM300 juta.

Gesaan yang sama dibuat oleh BMF ke pelbagai pertubuhan di Kesatuan Eropah untuk membekukan aset milik bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak yang telah melarikan diri ke luar negara.

Semua negara, termasuk Malaysia - di mana syarikat-syarikat yang disenaraikan oleh BMF itu terletak telah menandatangani dan mengesahkan perjanjian Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai pencegahan rasuah (UNCAC).

Semua negara-negara UNCAC diwajibkan untuk menyelaras dengan satu sama lain dan membekalkan bantuan perundangan di mana kes dana-dana tertentu dikaitkan dengan jenayah, termasuk mendapatkan perintah ekstradisi ke atas orang yang dituduh.

Read more ...