Saturday, November 19, 2011

PERKASAM MEMBISU ISU NFC!!! Rupa-rupanya Brahim Ali takut kepada Shahrizat

Tuduhan terbaru Ketua Perkasa Ibrahim Ali bahawa penasihat PAS Nik Aziz Nik Mat takut kepada DAP hanya menunjukkan betapa terdesaknya beliau dalam mengalih perhatian orang ramai terhadap skandal NFC yang melibatkan pemimpin atasan Umno. Ibrahim Ali tidak menyebut satu pun tentang orang Melayu yang setiap hari terpaksa berhadapan dengan harga makanan yang semakin meningkat dan sekarang jelas terbeban lagi oleh skandal lain yang telah pun terbongkar.

Ini menunjukkan Ibrahim Ali tetap tunduk kepada golongan elit Umno, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. “Ramai yang merasa jijik dan tertipu apabila mereka mendapat tahu tentang skandal NFC. Pertama sekali, adakah anak lelaki Shahrizat akan mendapat yang projek bernilai RM250 juta itu tanpa beliau? Seorang menteri sepatutnya menjaga kepentingan awam.

Beliau menduduki pejabat awam, justeru, seorang menteri bukan sahaja harus bersih tetapi mesti kelihatan bersih. Malangnya, Ibrahim Ali yang sepatutnya menegakkan kepentingan rakyat, sibuk pula menyerang Nik Aziz. ” ujar Ahli Parlimen DAP Taiping, Nga Kor Ming kepada Malaysia Chronicle.

Jaguh palsu


Ibrahim Ali telah berusaha untuk menjadi jaguh ‘palsu’ Orang Melayu. Cuba mempertahanan hak-hak masyarakat seraya menegaskan bahawa Perkasa tidak mempunyai kecenderungan politik tetapi akan berdiri untuk orang Melayu tanpa rasa takut.


“Rakyat ingin tahu mengapa Nik Aziz tidak mengatakan bahawa Abdul Hadi Awang akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan menang pilihan raya akan datang,” katanya kepada Utusan pada hari Khamis.


“Dan jika Hadi menjadi PM, maka PAS boleh mewujudkan sebuah negara Islam dan undang-undang hudud. Oleh itu, tidak ada sesiapapun yang boleh berkata bahawa kita tidak mampu untuk melaksanakan hukum hudud.”


Penganalisis politik berkata, walaupun Hadi menjadi PM, untuk sebuah negara Islam melaksanakan undang-undang hudud, pindaan perlu dibuat kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya boleh diluluskan dengan majoriti dua pertiga di Parlimen. Walaubagaimanapun, Ibrahim, Ahli Parlimen Pasir Mas, gagal menyebut fakta ini.


Rasuah yang nyata tetapi isu tidak diperbesarkan


Menurut pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, apabila ada isu yang melibatkan rasuah golongan elit Umno, Ibrahim tidak akan kelihatan. Beliau akan sama ada secara senyap mengalih perhatian kepada isu lain. Itu tidak akan membantu masyarakat Melayu, kata pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Mereka menegaskan bahawa dalam kes NFC, yang merupakan satu projek kebangsaan untuk memastikan harga munasabah bagi bekalan daging lembu melalui projek RM250 juta menggunakan dana awam; mereka yang menanggung kerugian terbesar adalah orang Melayu. Mereka membentuk kira-kira 60% daripada penduduk manakala daging lembu adalah sumber protein alternatif utama bagi mereka selain daripada ayam dan ikan. Daging babi adalah haram disisi Islam.


Seperti semua rakyat Malaysia yang telah merasai kesan daripada harga makanan yang sering naik, orang Melayu pula malangnya membentuk majoriti daripada pekerja-pekerja berpendapatan rendah di negara. Alangkahkah peritnya berita yang mereka harus telan mengenai Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil yang didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk projek NFC. Walaubagaimanapun, seperti dalam laporan Ketua Audit Negara, projek tersebut adalah dalam “keadaan kucar-kacir” dan jauh daripada sasaran.


Pemimpin PKR telah menuduh keluarga Shahrizat menyalahgunakan RM83 juta daripada projek itu, dan membelanjakan RM10 juta untuk membeli kondo mewah di Bangsar dan RM800, 000 untuk membiayai perjalanan keluarga. Namun, Ibrahim Ali dan lain-lain ‘pembela’ hak Melayu terus senyap dan memekakkan telinga.


“Sekurang-kurangnya, kita harapkan mereka untuk menuntut siasatan penuh oleh SPRM. Sahlah bahawa Perkasa hanya berfungsi untuk mempertahankan golongan elit Umno dan mereka yang berada di akar umbi Umno tidak akan terkesan oleh kegagalan projek ini.


Setiap kali satu projek nasional gagal, kita semua menjadi semakin miskin, kecuali mereka yang melakukan rompakan tersebut. Mereka akan menjadi lebih kaya, ” tegas Ahli Parlimen Batu PKR Tian Chua kepada media./mc

Read more ...