Tuesday, October 16, 2012

BAGI UMNO!!! Ceramah dengan kerusi lebih meriah dan bersemangat


Pertengahan Mei lalu Senator Ezam Mat Nor telah dilaporkan bercakap dengan kerusi setelah beliau dijemput sebagai pemidato utama dalam ‘Pidato Perdana’ yang telah diadakan di Bandar Petrajaya, Sarawak.

Beliau dilaporkan bercakap dengan kerusi kerana ‘Pidato Perdana’ ini menyaksikan kerusi lebih banyak dari manusia..

Mungkin rakyat di Sarawak sudah muak mahu mendengar fitnah terhadap DS Anwar Ibrahim yang bakal di sampaikan oleh Ezam.. isu dia ni Anwar saja.. mana ada isu lain dah... sila baca di (
SINI )

Kali ini pula sahabat kepada Ezam Mat Noor iaitu Lokman Noor Adam pula melalui pengalaman yang sama dengan apa yang telah Ezam lalui.


Dalam ceramah UMNO yang bertajuk ‘Penjelasan Bajet Kerajaan vs Buy Jet Populis Pembangkang’ di Simpang Durian, Negeri Sembilan Lokman Noor Adam seolah-olah sedang bercakap dengan kerusi…


Ini kerana jumlah kerusi yang dihadirkan ke tempat ceramah tersebut jelas melebihi jumlah manusia yang hadir mendengar ucapannya.


Gambar-gambar di bawah ini dirakam telah dirakam  ketika penceramah utamanya iaitu Lokman Noor Adam, Exco Pemuda UMNO Malaysia sedang menyampai pidatonya.


Ceramah Pemuda UMNO di Simpang Durian, Negeri Sembilan malam ini cukup meriah dengan kerusi.. disebabkan kerusi lebih banyak dari manusia ianya hambar, sunyi sepi dan lenggang.

Lokman Noor Adam sedang berucap
Sebelah kiri pentas

Di hadapan pentas
Di sebelah kanan pentas
Gambar dari jauh.. kerusi banyak sekali..
Butir-butir ceramah seperti biasa... mengguna pakai apa yang disediakan oleh JASA.

Kisah DAP nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi, Soros membiayai dana PR dan maukan DSAI jadi Perdana Menteri boneka selain memfitnah DSAI kaki liwat dan zina.


Simpang Durian ini difahamkan terletak dalam daerah Jelebu @ Kuala Klawang dimana ahli parlimennya Rais Yatim.


JASA salah satu Jabatan yang terletak dibawah Kementeriannya dan Lokman Noor Adam adalah seorang yang dilantik bergaji sebagai Ahli Pemikir JASA.


Sebenarnya bukan mereka saja yang punya kebolehan bercakap dengan kerusi.. ADUN Sungai Rapat pun punya kebolehan yang sama.. tengoklah di (
SINI )
 
ASD 

Read more ...

INI BUKTINYA!!!! Bonus Ismee Ismail RM 700 Ribu sebulan

Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula.

Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.


Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.

Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.


Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di bawah.



Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!


Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!


Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?


Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegupitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?


Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!


Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.
~jalanpulang

Read more ...

HINA ISLAM!!! Tan Keng Liang sekutu UMNO terus dikecam


Gara-gara menulis di laman mikroblog Twitter miliknya, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang terus dikecam termasuk dari pengikutnya sendiri!

Dengan niat menghina umat Islam sambil mendedahkan kedangkalan hujahnya, Keng Liang langsung tidak peduli itu semua sebaliknya terus mempertikaikan keputusan Kerajaan Kedah berhubung tindakan mengkaji peraturan papan iklan di negeri berkenaan.


Mesej Twitter Keng Liang yang menimbulkan kemarahan berbunyi:


@tankengliang
 imagine what will happen if PAS seize Putrajaya ....all Malaysian atheletes, incl nonMuslim must wear long pants & shirt with sleeves


@tankengliang bayangkan apa akan jadi jika PAS tawan Putrajaya ....seluruh atlit Malaysia, termasuk bukan Islam mesti pakai seluar panjang dan baju berlengan




Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad berkata, pihaknya memandang serius isu tulisan Ketua Pemuda Gerakan Kedah dalam twitternya itu yang didakwa bersifat jahat dan provokasi.

Kandungan tulisan itu antara lain mempersoal dan mempersenda arahan pakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada orang Islam.


Pengikut Keng Liang di Twitter turut mengutuk kenyataannya yang sangat biadap hingga menggelarnya 'orang dungu klasik'.

@firdyfire 
Classic moron logic @a_HIRO_r: Yes!! @tankengliang plse also tell ur boss  dat this is not n islamic country as he proclaimed.

@firdyfire Logik orang dungu klasik @a_HIRO_r: Ya!! @tankengliang Harap beritahu juga bos anda @NajibRazak yang negara ini bukannya negara Islam seperti yang diisytihar


Satu lagi twit turut mengundang ketawa:


@kuihgulung@tankengliang you've painted yourself as an epic moron. Undoubtedly.

@kuihgulung: @tankengliang anda menyerlahkan diri anda sebagai epik dungu. Tak dinafikan

Manakala satu lagi twit turut menyindir Keng Liang supaya mencari peguam yang baik walaupun dirinya sendiri merupakan seorang peguam!


"
@leongyookkong @MalaysiaForAll Pls help @tankengliang 2find a good lawyer."- A false sensational & a loser lawyer can defend himself, what!

"@leongyookkong @MalaysiaForAll Harap bantu @tankengliang untuk mencari peguam terbaik." - Seorang personaliti sensasi palsu dan peguam gagal boleh dia cari sendiri apa!

Satu lagi twit menempelak Keng Liang menunjukkan kebodohannya:

@fendimalik Berpakaian sopan bukan polisi pas tapi tuntutan agama.Mcm mana lawyer mcm @tankengliang gagal membezakan perkara mudah sebegini?

Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi juga turut menempelak Keng Liang dalam Twitternya.

@khairulfaizi73 @chegubard: @tankengliang tutup aurat/pakai sopan utk elak 'jambu' teransang? Itu tak hina? Bangsat sungguh kamu..jgn brpolitik hingga hina agama Islam.

Dalam pada itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis menyiasat tulisan itu yang didakwa telah menghina agama Islam.


“Tan bukan sahaja menghina kepercayaan agama lain malah telah mengelirukan perkara sebenar tentang Islam. Soal menutup aurat bukan arahan parti PAS tetapi ianya adalah tuntutan Islam.

“SAMM mendesak polis membuka kertas siasatan dan Tan perlu ditahan dan telefon bimbitnya perlu dirampas sebagai bahan bukti tambahan dan dia perlu dihukum sewajarnya, “ kata penyelarasnya di Selangor, Azhar Achil.

Laporan sama turut dibuat Pemuda PAS Negeri Sembilan yang diketuai ketuanya Mohd Khairil Anuar Wafa dan ketua penerangan, Norazman Mohamad.


JALAN PULANG

Read more ...

TERKINI!!! PKR Pasir Salak secara rasmi serah kerusi Parlimen kepada PAS Pasir Salak

16 Oktober 2012, tercatat suatu deklarasi bersejarah buat seluruh warga Parti Islam Semalaysia (PAS), Kawasan, Negeri dan Pusat apabila persetujuan Parlimen Pasir Salak kini milik PAS dicapai daripada JK Tertinggi Cabang PKR Pasir Salak. 
 
Persetujuan ini berlaku sekaligus menjadikan tambahan kerusi parlimen yang dipertandingan menerusi PAS kini bertambah satu lagi. 
 
Syukur Alhamdulillah dan terima kasih buat barisan kepimpinan parti PKR khususnya yang menjadi Hero dalam Redho untuk bertindak sedemikian. 
 
Sesungguhnya persepakatan sebegini menunjukkan bahawa segala-galanya boleh berlaku dan terjadi asal dengan ada kerjasama dan permuafakatan erat antara Pakatan Rakyat kini dan selama-lamanya. 

"Saya redho menyerahkan kerusi ini kepada sahabat saya PAS" inilah ungkapan Tn Hj Osman b. Abdul Rahman selaku Ketua Cabang PKR Pasir Salak sewaktu pertemuan tertutup anggota tertinggi kawasan dan cabang baru-baru ini. 
 
Rentetan persetujuan tersebut maka, suatu surat rasmi dan deklarasi telah dibuat dengan ditandatangani oleh semua Jawatankuasa Cabang PKR Pasir Salak dan JK Pas Kawasan Pasir Salak. 

Berita yang ditunggu-tunggukan ini telah menaikkan semangat rakyat marhain Parlimen Pasir Salak untuk terus menerus berkerja dan berusaha melaksanakan tanggungjawab memenangkan Pakatan Rakyat menerusi PAS yang bertanding. 

Untuk perhatian bahawa Parlimen Pasir Salak mempunyai 2 Kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu N48 Sungai Manik & N49 Kampong Gajah. Menerusi catatan surat berkenaan yang ditujukan kepada Pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat Pusat menyatakan dengan jelas sepertimana berikut :-

3.1. PKR bertanding di N48 Sungai Manik pada PRU-13
3.2. PAS bertanding di P073 Parlimen Sungai Manik pada PRU-13
3.3. PAS bertanding di N49 Kampong Gajah pada PRU-13

Persetjuan tanpa bantahan
Persefahaman dan tolak ansur yang hebat penuh bersejarah ini disambut dengan laungan Allahu Akbar!!! dan ikrar untuk berkerja keras memastikan calon bagi kesemua yang bertanding kelak akan memperolehi kemenangan mutlak demi merealisasikan 'Hijau ke Putrajaya'. 
 
Ikrar ini biarlah diterjemahkan kepada semangat berkerja berpasukan yang sedia ada dari semua pihak termasuk ahli-ahli PAS dan PKR sendiri. Tanpa kerjasama tersebut maka impian kelak akan bertukar igauan. Namun keyakinan dan semangat malam ini membuktikan bahawa musuh dihadapan perlu diganyang habis-habisan. 

Hero & Redho
"Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di Mekah) mengeluarkannya (dari negerinya Mekah) sedang dia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika dia berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera (malaikat) yang kamu tidak melihatnya dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya) dan Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah at-Taubah ayat 40
 
PAS Pasir Salak

Read more ...

NAJIB NAK MAI PERAK 18/10/12!!! Amaran PPD , jangan sapa-sapa tanya tentang Najis Mughallazah?

Kalau murid tanya....cikgu yang kena...hahaha...
18 Okt nanti dijangka Najib akan ke Lumut...sudah pasti sekolah-sekolah sekitar Perak terutama yang dekat dengan Daerah Manjung akan dikerah paksa ke program tersebut..kemungkinan arahan pekeliling dari PPD akan dikeluarkan kepada semua pengetua sekolah yang terlibat...

Antara arahanya mungkin macam karikatul kat atas tu...hehehehe...Orang ni

Read more ...

KETETAPAN PERKASA!!! Akan sokong UMNO walaupun dengan muka yang tak malu?

Zulkifli Noordin (bersongkok) dan Muhammad Zahid Md. Arip (kiri) semasa sidang media di pekarangan Dewan Orang ramai Kampung Ahmad Said pada Rapat Umum Perkasa Perak di Ipoh, kelmarin.
 
IPOH 15 Okt. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengambil ketetapan untuk menyokong serta membantu memenangkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Naib Presidennya, Datuk Zulkifli Noordin berkata, keputusan itu diambil setelah melihat senario politik semasa yang menyaksikan kedudukan Islam dan orang Melayu di negara ini diserang bertubi-tubi oleh golongan tertentu dengan mendapat bantuan asing.

“Kita akan bantu UMNO dan BN mendapatkan semula mandat daripada rakyat. Kita akan berusaha membantu UMNO dan BN bukan setakat menang dengan majoriti tetapi mendapat semula majoriti dua pertiga daripada rakyat.


Read more ...

GELORA UMNO!!! Jika Muhyiddin mengidam jawatan PM, Zahid Hamidi bepotensi sebagai TPM

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/07/Scorpene-Najib-terperangkap.jpgJika Muhyiddin Yassin mula mendapat perhatian yang semakin meluas sebagai sosok yang dilihat lebih sesuai menggantikan Najib yang penuh dengan segala macam masalah selepas piihanraya umum akan datang, nama Zahid Hamidi turut meniti di bibir majoriti ahli dan perwakilan UMNO sebagai tokoh yang paling mantap untuk bergandingan dengan Muhyiddin.

Tidak dapat dinafikan pilihanraya yang mesti diadakan sebelum April 2013 ini adalah
penentuan hidup dan mati karier politik Najib. Kalah atau gagal mendapat majoriti dua pertiga, Najib pasti dihumban ke lembah persaraan. Hanya kejayaan mendapat majoriti lebih dua pertiga saja yang mampu memberikan talian hayat bagi bernafas lebih lama di Seri Perdana.

Sementara PR makin bertambah keyakinan disebalik pelbagai isu yang kini hampir semuanya menjadikan UMNO dan BN semakin lemah, di dalam UMNO sendiri Najib juga mula menghadapi bibit-bibit persaingan daripada timbalannya, Muhyiddin.


Muhyiddin kini seakan memulakan apa yang dipanggil "constructive critism" iaitu memberi komen seakan-akan bersetuju dengan sesuatu isu yang dibangkitkan Najib tetapi sebenarnya memberi tekanan dalam masa yang sama.


Contoh yang jelas ialah cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan sebagai program yang berpanjangan atas alasan ia mampu melonjakkan kuasa beli rakyat sedangkan Najib pula hanya mahu menjadikan BR1M sebagai "umpan politik" bagi menghadapi pilihanraya ini sahaja. Sementara Muhyiddin mahukan ia diteruskan, Najib pula sehingga ini masih berdiam diri dan tidak berani bersuara sama ada BR1M masih ada atau tidak pada tahun hadapan jika BN terus berkuasa.


BR1M yang bernilai RM500 saja sudah memakan belanja lebih RM3 billion setahun, dan dengan Najib mewujudkan juga BR1M untuk orang bujang bernilai RM250, baucer buku kepada pelajar universiti sebanyak RM250 dan bantuan RM100 kepada pelajar sekolah, jumlah wang tunai yang diperlukan Najib sebagai "umpan politik" sebenarnya amatlah besar. Ditambah dengan suasana ekonomi yang tidak berapa baik sekarang, pendekatan membeli sokongan ini dilihat banyak pihak seperti mahu memufliskan negara.


Cadangan Muhyiddin agar BR1M diteruskan lagi jelas mahu memberi tekanan kepada Najib tetapi dalam masa yang sama pendekatan itu cuba memihak kepada rakyat dalam jangka panjang berbanding Najib yang hanya mahu berjangka pendek.


Selain itu, Muhyiddin juga berbeza pendapat dengan Najib mengenai 1Malaysia. Najib gah menggambarkan dirinya dengan slogan 1Malaysia tetapi Muhyiddin tetap meletakkan dirinya Sebagai orang Melayu melebihi sebagai rakyat Malaysia.


Mengekalkan jati dirinya sebagai lebih Melayu berbanding Najib dalam kemelut politik yang getir sekarang jelas menggambarkan bahawa Muhyiddin tidak mahu tergelincir daripada sokongan fundamental dalam UMNO itu sendiri.


Dengan mengekalkan jiwa Melayunya, Muhyiddin tahu kelebihan akan memihak kepadanya jika keputusan kurang daripada 140 kerusi Parlimen yang mampu digapai oleh BN dalam pilihanraya akan datang.


Dalam konteks yang sama, seiring dengan melonjaknya nama Muhyiddin, nama Zahid Hamidi kelihatan lebih ke depan berbanding dua lagi Naib Presiden UMNO iaitu Hishammuddin Tun Hussein dan Shafie Afdal untuk menjadi pemimpin utama UMNO.


Jika BN sekadar menang dengan majoriti tipis dan Muhyiddin didesak untuk mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan sebagaimana yang pernah berlaku kepada Pak Lah dulu, tidak syak lagi Zahid adalah gandingan yang sesuai bersama-sama dengan Muhyiddin untuk memulihkan kembali kekuatan UMNO.


Dengan pengalaman, rekod baik, peribadi serta rangkaian sokongan yang luas di dalam dan di luar UMNO, Zahid jauh lebih diyakini berbanding pesaing terdekatnya, Hishammuddin.


Sebagaimana Najib sering digambarkan sebagai PM paling lemah, Hishammuddin juga digambarkan sebagai Menteri Dalam Negeri paling tidak berwibawa sejak merdeka. Wibawanya berbanding dengan Tun Dr Ismail, Ghazali Shafie dan Musa Hitam yang pernah menjadi Menteri Dalam Negeri sebelum ini sering dijadikan perbandingan.


Kegagalan beliau menanganai isu perhimpunan Bersih dengan bijaksana, menyatakan tindakan merampas kamera wartawan sebagai mematuhi SOP polis tetapi kemudiannya dibantah oleh Ketua Polis Negara sendiri dan kenyataan yang seperti tidak memberi jaminan terhadap keselamatan rakyat dalam isu bas jelajah Anwar disimbah cat merah, jelas menggambarkan beliau tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai bidang tugas kementeriannya sendiri.


Keyakinan terhadap Hishammuddin bukan saja merudum di mata rakyat, malahan juga terjejas teruk di kalangan ahli dan perwakilan UMNO sendiri. Di laman sosial Facebook dan Twitter, beliau banyak dicemuh oleh ahli UMNO sendiri ketika isu Bersih dulu.


Beliau mungkin hanya selamat jika Najib terus menang dengan cemerlang tetapi dengan kemungkinan BN hampir mustahil mencapai kejayaan lebih baik daripada 2008, dengan sendirinya kedudukan Hishammuddin juga bagaikan telur di hujung tanduk.


Jika UMNO dan BN kalah pula, nasib Zahid Zahidi mungkin lebih menyerlah. Selain kedudukannya tetap terjamin untuk bergandingan dengan Muhyiddin bagi memulihkan UMNO, Zahid juga mungkin didesak untuk terus menerajui UMNO bagi menghadapi piliharaya yang seterusnya. Ini kerana dengan tumbangnya kerajaan Pusat ketika itu, ia juga mungkin dilihat sebagai kegagalan gandingan Najib dan Muhyiddin dan ia menjadikan alasan terbaik untuk menyingkirkan kedua-duanya sekali.


Dan kiranya BN terus kekal memerintah melebihi majoriti dua pertiga serta Najib pula kekal sebagai Presiden UMNO dan PM, Zahid Hamidi juga dilihat mungkin mencabar kedudukan nombor dua dalam UMNO bagi menempatkan dirinya mengempuki kerusi Timbalan Perdana Menteri yang kini diduduki oleh Muhyiddin.


Sama ada Zahid akan mencabar kedudukan Muhyiddin atau menjadikan persaingan nanti kepada tiga penjuru dengan penyertaan Hishammuddin dalam perebutan kerusi Timbalan Presiden UMNO itu, ramai yang percaya Zahid akan mempunyai kelebihan dalam persaingan itu nanti.


Selain wataknya yang disenangi, mudah didekati, berpengalaman, rekod baik dan peribadi yang meyakinkan, Zahid juga mempunyai rangkaian yang luas dalam UMNO yang dikenali sebagai Grup Sahabat. Grup ini wujud secara semulajadi bermula ketika Zahid menjadi Ketua Penerangan Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Grup ini dianggotai oleh kalangan yang pernah menjadi Ketua Pemuda Bahagian atau perwakilan UMNO ketika Zahid memegang kedua-dua jawatan tersebut.


Dengan Zahid kini menjadi Naib Presiden UMNO dan Menteri Pertahanan, rangkaian grup ini menjadi semakin luas dan berkembang. Pertemuan, perbincangan tidak rasmi, sembang kedai kopi dan majlis-majlis sosial juga kerap mempertemuan mereka ini daripada seluruh negara.


Jamuan hari raya yang diadakan Zahid Hamidi yang mengundang limpahan hadirin setiap tahun adalah salah satu ukuran yang boleh dilihat untuk untuk menilai sokongan terhadapnya melalui kewujudan Grup Sahabat itu.


Selain itu, dengan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia melangkah ke final Piala Malaysia setelah 49 tahun menanti juga sedikit-sebanyak melonjakkan lagi rating Zahid di mata umum.


Hakikatnya, berbanding Najib yang hampir pasti akan "tenggelam" selepas pilihanraya akan datang dan Muhyiddin yang "entahkan hidup entahkan mati" serta Hishammuddin pula tidak pasti antara "timbul dan tenggelam", Zahid sebaliknya mempunyai cahaya yang lebih terang di hujung terowong perjalanan karier politiknya. ( SH 16/10/2012)

Read more ...

SAHNON AHMAD!!! Terus istiqamah bersama PAS, UMNO tak yakin dengan al Quran dan Sunnah


PULAU PINANG: "Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama,” demikian ditegaskan oleh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Shahnon Ahmad dalam ziarah mahabbah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin A. Razali ke rumah beliau di Minden, Gelugor, pagi tadi.

Malah, beliau sangat yakin menerusi tahaaluf siyasi (kerjasama politik) yang merupakan persefahaman antara tiga parti iaitu PAS, PKR dan DAP yang insya Allah mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional dalam PRU13 nanti.

"Saya istiqamah bersama dengan PAS menerusi kepimpinan ulama. Saya sangat yakin, Insya Allah menerusi tahaaluf siyaasi yang merupakan persefahaman bersama antara tiga parti; PAS, PKR dan DAP, kita bakal menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang telah banyak melakukan kezaliman terhadap rakyat, malah tidak yakin dengan penyelesaian al-Quran dan al-Sunnah.


"Umno tak yakin dengan al-Quran dan Sunnah, berbeza dengan PAS yang berpegang teguh dengan al-Quran dan Sunnah. Kerana dasar yang dipegang oleh PAS itulah saya masuk PAS,” ujar beliau lagi.


Malah beliau mengajak seluruh rakyat Malaysia merujuk kepada artikel beliau yang menjelaskan kenapa bersama PAS dalam buku tulisan bertajuk "Perjalananku Sejauh Ini: Sebuah Autobiografi" yang dikeluarkan pada tahun 2006 selepas beliau tidak lagi menjadi ahli Parlimen Sik.


Artikel beliau bertajuk "Penglibatan Ku dalam Jema'ah PAS" dalam buku tersebut, menjelaskan secara terperinci sebab beliau bersama dengan PAS, iaitu menegakkan yang maaruf dan mencegah kemungkaran.


Antaranya beliau menulis: "paling pokok yang mendorongku memilih jemaah PAS ialah kepimpinan para ulamanya yang menjadi dasarnya kerana sudah pasti ulama-ulama ini adalah pewaris para Nabi yang pastinya mempunyai sifat-sifat ulama yang tulen dan 'amil dan bukan ulama-ulama "Suk" yang tak boleh diharapkan”.

Shahnon turut melahirkan kebimbangan terhadap akhbar dan media perdana yang mempergunakan wawancara dengan beliau untuk menggambarkan seolah-olah beliau tidak lagi bersama dengan PAS.


Selain Dr. Khairuddin, ziarah mahabbah tersebut juga diiringi oleh Ustaz Fauzi Yusof, Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Pulau Pinang merangkap Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pulau Pinang.

Read more ...

KASIHAN HASAN ALI!!! UMNO tak terima, meroyan kepada PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgf-yOU2H7esizP7gwqwGGDJi9nT1u0rH6u64uDg0hXHCyb_jGEbXe39nD7fR0_oG7geSBAW0fk8Zz7NNklkeTIoceLjoVY7tH564xrns3fmVFnu5XjJo1jS6wqOJ3SpnVfmaEh6uUClf5P/s1600/hassan+ali.jpgBESUT: Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan Anwarinas.
 
"Saya akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, hari ini.

Beliau yang juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh negara.


"Sehingga sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.

Berhubung dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan tidak dipedulikan lagi.

Beliau berkata ramai golongan ulama semakin diperkecilkan peranan mereka dan termasuk dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.

"Justeru, orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PAS akan memecat lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan Presiden PAS) Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. - BERNAMA

Read more ...

LAPORAN AUDIT !!!! PR akan perjelas kepada rakyat


KUALA LUMPUR, 16 OKT : Pakatan Rakyat(PR) akan mengadakan penjelasan menyeluruh kepada rakyat berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2011 berkenaan ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, laporan audit yang dikemukakan itu menunjukkan berlakunya ketirisan yang jumlahnya melebihi berbilion ringgit.

“Ketirisan itu berlaku yang dipadam begitu sahaja adalah berkenaan hutang-hutang dan projek-projek kepada rakyat seperti rumah-rumah guru dan tentera yang tergendala,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat di Parlimen.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau kesal kerana laporan audit itu lambat dibentangkan di Parlimen.

“Walaupun ia sudah diterima oleh pihak Parlimen tetapi ia merupakan pelanggaran kepada Parlimen oleh pihak Eksekutif.

“Setiap tahun kita melihat laporan audit lebih tebal dan berat yang menunjukkan semakin banyak kes yang menunjukkan bahawa perubahan perlu dilakukan untuk mengatasi masalah penyelewengan,” kata Kit Siang.

Sebelum ini, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2011, dua syarikat kerajaan Rangkaian Pengangkutan Deras Sdn Bhd (RapidKL) dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) mengalami kerugian lebih RM1 bilion sehingga akhir 2010.

Menurut laporan itu, IWK terus mengalami kerugian sehingga mencatatkan angka RM888.81 juta sehingga akhir 2010, manakala RapidKL pula mengalami kerugian terkumpul RM293.82 juta antara 2008 hingga 2010.

Read more ...

FITNAH PEMIMPIN PAS!!! Mashitah kena saman lagi, kali ini oleh Timbalan Presiden PAS

NONETimbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim.

Ia ekoran tulisan Mashitah dalam Sinar Harian bertajuk "Skandal seks, krisis politik Pakatan" pada 2 Mac tahun lepas.

Mashitah (kanan) seorang kolumnis di harian berbahas Melayu itu.

Ketua Pengarang Sinar Harian Norden Mohamed, penerbit Karangkraf Sdn Bhd dan pencetak Ultimate Print Sdn Bhd turut dinamakan sebagai defendan.

Saman itu difailkan pada 25 September.

Saman yang sama difailkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Artikel Mashitah itu antaranya didakwa menggambarkan Mohamad bertindak mendedahkan aurat kepada wanita bukan mahram dan pemimpin tidak bermoral.

Read more ...