Penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Kudeta dan badan kehakiman mereka, apabila satu perbicaraan yang melibatkan Dr Mursi telah diselewengkan oleh badan kehakiman.
Pihak kehakiman dan keselamatan kudeta telah membawa "Dr Mursi" yang lain (pelanduk dua serupa) ke mahkamah dan menyamar menjadi Dr Mursi yang sebenar dengan menghadiri perbicaraan yang melibatkan dirinya.
Sewaktu perbicaraan itu dijalankan, Dr Mursi yang menyamar itu langsung tidak bercakap, membantah, melawan atau memberikan reaksi serta tindak balas sepanjang perbicaraan itu dijalankan.
Hal ini, dijelaskan lagi oleh anak perempuan Dr Mursi sendiri iaitu Alshymaa Mohammed Morsy, apabila beliau menulisnya di laman FB kepunyaan sendiri dengan mengatakan :
Read more ...
Walaupun
pemimpin Umno di peringkat pusat dan negeri Kelantan berjanji untuk
menyokong undang-undang syariah khasnya hudud jika ia dibawa oleh PAS di
Parlimen, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini
menolak usul sama dibawa oleh parti Islam itu.
Speaker DUN Terengganu, Mohd Zubir Embong pagi ini menolak usul yang
dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Payong, Mohd Nor
Hamzah di bawah peraturan mesyuarat Fasal 30 Peraturan-peraturan dan
Perintah Tetap DUN.
Bagaimanapun, Zubir mencadangkan semua ahli Parlimen beragama Islam
menyokong usul yang akan dibawa oleh Kelantan ke Dewan Rakyat.
Mohd Nor berkata, tindakan menolak usul itu kerana Umno Terengganu cuba
melepaskan diri dan takut dengan tekanan daripada parti komponen
Barisan Nasional (BN) terutama MCA dan MIC.
"Mereka takut dengan kerajaan pusat," kata Mohd Nor kepada The Malaysian Insider.
Read more ...