Tuesday, July 19, 2011

Gambar-gambar kejayaan Najib dan UMNO mempertahankan hak dan tanah orang Melayu

TAHNIAH UMNO!!


Sempena dengan penutupan Stesen Keretapi Tanjong Pagar di Singapura pada 30 Jun lalu, kini inilah hasil peninggalan Najib untuk rakyat Malaysia "tercinta" kah kah kah...


Bermula dengan penghujung landasan di Tanjong Pagar, kontraktor yang ditugaskan membongkar landasan keretapi milik KTMB ini berjaya membaraikan sehingga satu kilometer landasan sehari, malah lebih jika di kawasan lurus sekitar Bukit Timah.


"Kejayaan" Najib yang "diugut" sekeping gambar dengan Altantuya Shariibuu oleh Perdana Menteri Singapura "de-facto", Lee Kuan Yew akan dikenang seratus keturunan kerana dengan mudahnya bersetuju dengan pengambil alihan tanah KTMB selama-lamanya.


Kah kah kah...

Tahniah Najib!!


Saksikan "pencapaian KPI" tak terbanding dengan mana-mana Perdana Menteri, malah Mamak Kerala sekalipun kah kah kah...


JALAN PULANG



Pictures: KTM Track removal begins


Workers removing the railway tracks near Bukit Timah station on Monday.


Contractors told The Straits Times they expect to remove about 1km of the steel rails each day, but it will take longer to excavate the gravel - nearly 1m deep in some areas - and remove the sleepers and tracks.

Read more ...

Anugerah 'Dinasour Melayu' : Dah masuk laman web tapi NC kata belum buat sebarang keputusan


SHAH ALAM 20 JULAI : Naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar memberitahu pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Presiden PERKASA supaya anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada pelajar universiti itu atas komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Menurut Sahol, UiTM tidak memilih nama ataupun membuat sebarang cadangan anugerah berkenaan.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.

Menurut Sahol, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sama ada sesuatu anugerah boleh diberikan.

“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.

Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata Sahol Hamid.

Isnin lalu, Impak pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Ia menimbulkan kritikan pelbagai pihak termasuk mempertikaikan kredibiliti Ibrahim Ali untuk dijadikan ikon dan juga pihak pengurusan UiTM yang membuat keputusan.

Read more ...

BERSIH 2.0 sudah serahkan dokumen 8 perkara kepada Agong, tunggu apa pula jawapan SPR mewakili UMNO

Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 semalam berjaya menyerahkan memorandumnya yang mengandungi lapan perkara kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, lapor sebuah laman berita setempat.

Encik Richard Yeoh dan Encik Liau Kok Fah, dua anggota jawatankuasa pandu Bersih 2.0, menyerahkan memorandum itu kepada seorang pembantu setiausaha peribadi Sultan Mizan pada sebelah petang.

'Memorandum itu menggesa agar diadakan pembaharuan (proses) pilihan raya,' kata Encik Liau kepada laman berita dalam talian Free Malaysia Today (FMT), semalam.

Antara lain, memorandum Bersih 2.0 itu menggesa agar dikemaskinikan senarai pengundi bagi pilihan raya mendatang, membaharui amalan undi pos dan menghentikan politik kotor dan rasuah.

Ia juga mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia menggunakan dakwat tidak boleh dikikis bagi setiap pengundi, mengadakan tempoh berkempen selama 21 hari, akses media yang bebas dan adil, serta pengukuhan institusi awam seperti SPR.

Selain itu, Bersih 2.0 turut menggesa agar enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), termasuk seorang Ahli Parlimen (AP), Dr Michael Jeyakumar Devaraj, dibebaskan daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

Dalam satu perkembangan lain pula, Datuk Marina Mahathir, anak mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau marah dengan serangan peribadi para pemimpin Barisan Nasional, termasuk Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, terhadap Ketua Gabungan bagi Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

'Saya rasa rakyat Malaysia sangat terkejut dengan tindakan ini. Juga tindakan kerajaan menahan anggota-anggota Parti Sosialis Malaysia dengan alasan mereka 'komunis'. Satu tuduhan yang sangat tidak berasas,' kata Datuk Marina, seperti yang disiarkan oleh laman berita Indonesia, VIVANews.com.

Anak sulung Dr Mahathir itu menyertai perhimpunan Bersih di Kuala Kumpur pada 9 Julai lalu bagi menuntut pilihan raya adil dan bersih tetapi mengakui dirinya bernasib baik kerana menyertai perhimpunan itu di kawasan polis tidak langsung bertindak keras.

Namun, menurutnya, para pembantah di tempat lain mengalami tindakan kekerasan berlebihan daripada polis.

'Ada banyak cerita daripada peserta lain, termasuk rakan kerja saya. Mereka terkenan gas pemedih mata, meriam air dan keadaan kacau bilau,' katanya.

Datuk Marina berkata, walaupun mereka tidak melakukan hal-hal yang provokatif, mereka tetap diserang polis, walaupun telah melarikan diri, dengan tembakan gas pemedih mata hingga dalam pekarangan Hospital Tung Shin.


Bersih hands over memo to King

The Bersih's eight-point memorandum was delivered to the palace on Friday by two members of the steering committee.

KUALA LUMPUR: Election watchdog Bersih 2.0 has finally delivered its eight-point memorandum to the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Richard Yeoh and Liau Kok Fah, members of the Bersih 2.0 steering committee, gave the memorandum to an aide of the King’s private secretary on Friday afternoon.

“The memorandum called for electoral reforms,” Liau told FMT today.

Bersih 2.0’s eight-point memorandum calls for a cleaning of the electoral roll, the reformation of the postal ballot, using indelible ink, a minimum of 21 days for campaigning, free and fair access to media, the strengthening of public institutions such as the Election Commission, and putting a stop to corruption and dirty politics.

It also calls for the release of the six leaders of Parti Sosialis Malaysia (PSM), including Member of Parliament Dr Michael Jeyakumar Devaraj, who has been detained under the Emergency Ordinance.

The Bersih 2.0 rally held on July 9 saw tens of thousands people dressed in yellow taking to the streets to call for fair electoral processes.

However, the Bersih steering committee members were not able to march to the palace to deliver their memorandum as they had been arrested earlier by the police. -FMT

Read more ...

Anak Datuk mana ditangkap seludup Manusia ni?



JOHOR BAHRU 19 Julai - Tiga lelaki, salah seorang daripadanya anak orang kenamaan (VIP) bergelar 'Datuk' ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam jenayah penyeludupan manusia di Kota Tinggi dekat sini, baru-baru ini.


Anak VIP itu yang berusia 21 tahun ditahan bersama dua rakannya di persimpangan tiga jalan besar Sungai Rengit-Teluk Ramunia pada pukul 8 malam kelmarin.

Suspek merupakan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dan sedang bercuti semester.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Supritendan Muhammad Shamsuddin berkata, suspek menggunakan kenderaan Perodua MyVi miliknya mempunyai pelekat VIP untuk membawa empat pendatang asing tanpa izin (PATI) di lokasi tersebut.

"Polis sebelum itu menerima maklumat mengenai kegiatan penyeludupan manusia di Sungai Rengit sejak beberapa bulan lalu.

"Bagaimanapun ketika serbuan, dua daripada mereka berjaya meloloskan diri tetapi tiga suspek berjaya ditangkap bersama 15 PATI Indonesia termasuk dua wanita," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, hari ini.

Tambah Muhammad, dua lagi rakan suspek berusia lingkungan 20-an dan siasatan awal mendapati, mereka biasanya membawa PATI dari Ulu Tiram ke Sungai Rengit sebelum diseludup pulang ke negara masing-masing.

Katanya, setiap PATI biasanya dikenakan bayaran RM3,000 dan mereka dibawa menggunakan kenderaan lebih besar termasuk van sebelum diseludup keluar.

Berikutan itu, polis sedang mengesan dua lelaki, Erey Azlan Abd. Ghani, 30, dari Felda Palong 5, Gemas, Negeri Sembilan dan Muhammad Redhuan Mat Sheh, 21, dari Taman Bukit Tiram, dekat sini, untuk membantu siasatan.


Lidah Rasmi UMNO

Read more ...

Economist akan siasat tapisan KDN terhadap artikelnya


KUALA LUMPUR 20 JULAI : Majalah antarabangsa The Economist akan menyiasat tapisan atau suntingan Kementerian Dalam Negeri ke atas keluaran terbarunya berhubung laporan perhimpunan Bersih 2.0 kata pengurus jenamanya Caroline Marrows.

"Kami akan siasat dakwaan itu,” katanya kepada Malaysiakini menerusi email.

"Saya boleh sahkan sebarang bentuk tapisan dalam The Economist di Malaysia minggu lalu bukan kerja kami sendiri. Namun buat masa ini, kami tidak mahu mengulas lanjut.”

Marrows juga berkata majalah mingguan itu juga tidak akan membuat sebarang spekulasi berhubung motif kerajaan Malaysia membuat tapisan itu.

Kementerian Dalam Negeri telah menghitamkan beberapa bahagian dalam laporan majalah antrabangsa yang berpangkalan di London itu pada edisi 16 Julai berhubung perhimpunan Bersih 2.0.

Laporan, 'Political affray in Malaysia: Taken to the cleaners', menunjukkan beberapa ayat dihitamkan dengan pen penanda berdakwat kekal.

Dalam emel berasingan kepada Malaysiakini, timbalan editor The Economist edisi Asia John Parker berkata kerajaan Malaysia membuat tapisan tanpa memaklumkan kepada majalah itu terlebih dahulu.

Sementara itu, setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, KDN Abd Aziz Md Nor mendakwa tindakan kerajaan menapis sebahagian daripada artikel itu adalah kerana laporan itu tidak tepat dan mengelirukan.

Ayat-ayat yang dipadamkan itu adalah berkaitan dengan dakwaan salah laku polis dan kerajaan ketika menghalang perhimpunan Julai 9 yang menyaksikan hampir 1,700 peserta ditangkap.

Laporan akhbar The Star, memetik Abd Aziz berkata keputusan dibuat setelah berunding dengan pihak polis dan kementeriannya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada penerbit majalah tersebut.

Antara ayat-ayat yang dihitamkan itu adalah:

* 'seorang lelaki mati akibat sakit jantung' (and one man died of a heart attack), pada perenggan pertama.

* 'Perarakan itu kemudiannya diharamkan, meskipun pihak berkuasa menawarkan sebuah stadium untuk berhimpun - tetapi menarik balik tawaran itu' (The march itself was then banned, although the authorities offered Bersih a stadium to meet in - and then withdrew the offer') pada perenggan kedua.

* 'Taktik polis mencetuskan kemarahan; kerajaan akur menjalankan siasatan rasmi berhubung dakwaan keganasan polis. Dalam satu kejadian (sempat dirakamkan dalam filem) polis seolah-olah dilihat menembak gas pemedih mata dan memancutkan meriam air ke arah peserta himpunan yang berlindung daripada serangan belantan' (The heavy-handed police tactics have provoked a lot of anger; the government has conceded an official investigation into claims of police brutality. In one instance (caught on film), police seemed to fire tear gas and water cannon into a hospital where protesters were sheltering from a baton charge), pada perenggan keempat.

Read more ...

“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin (Sharpshooter)

KUALA LUMPUR 20 JULAI : Amizudin Ahmat yang semalam diarah membayar Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim RM400,000 berhubung satu artikel berkaitan dakwaan merogol pembantu rumah Indonesia berkata, beliau tidak terkejut dengan keputusan itu, sebaliknya menegaskan akan “terus lawan.”

“Saya akan terus lawan. Saya akan meneruskan perjuangan... akan membuat rayuan,” kata Amizudin kepada The Malaysian Insider.

“Sebenarnya saya tidak terkejut dengan keputusan ini... jumlah RM400,000 yang diarah dibayar pak menteri (kepada Rais),” kata beliau.

Pengendali laman sharpshooterblogger.blogspot.com ini menambah, keputusan mahkamah mengarahkannya membayar RM400,000 juga tidak akan menghalangnya daripada terus menyiarkan tulisan-tulisan kritikal mengenai pemimpin-pemimpin kerajaan.

“Saya akan terus menulis. Tindakan pak menteri hanya mahu menakut-nakutkan blogger Pakatan Rakyat, saya tidak akan patah semangat,” katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan beliau sudah berbincang dengan peguamnya untuk membuat rayuan berhubung keputusan mahkamah semalam.

Rayuan dijangka difailkan hari ini ataupun esok.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais. Selain itu, mahkamah juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada 1 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga ahli jawatankuasa Angkatan Muda PKR, berhubung artikel yang disiarkan dalam blognya pada atau sekitar 28 Disember lalu.

Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dan Azad Bashir manakala Amizudin diwakili peguam William Leong.

Dalam komen disiarkan di blognya, Amizudin berkata, “sebenarnya kalah sebab gagal bawa saksi Migrant Care dan Robengah ke mahkamah dan semua tahu bahawa laporan yang menuduh pak menteri rogol itu adalah laporan tiga muka surat Migrant Care.”

“‘Sharpshooter’ diberi pilihan sebelum perbicaraan pada Isnin 4 Julai 2011 lalu untuk mohon maaf secara terbuka kepada Rais Yatim, namun ‘sharpshooter’ tolak pilihan tersebut kerana sudah pasti jika ‘sharpshooter’ mohon maaf secara terbuka... akan ada tuduhan ‘berapa ribu sharpshooter terima duit daripada Rais Yatim untuk minta maaf’.”

“Walau bagaimanapun ‘sharpshooter’ akan keluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat setelah berbincang dengan peguam di Pulau Pinang. Lawan tetap lawan,” katanya.

Read more ...

5,000 doktor swasta tuntut Jeyakumar dibebaskan



KUALA LUMPUR 19 JULAI : Persekutuan Pengamal Perubatan Swasta yang mewakili kira-kira 5,000 doktor swasta di seluruh negara bergabung dengan pertubuhan perubatan yang lain menuntut pembebasan ahli parlimen Sungai Siput Dr. D Jeyakumar.

"Kami amat prihatin dengan tahanan berterusan rakan kami, Dr Jeyakumar Devaraj, yang kami iktiraf dan sahkan sebagai seorang doktor yang mematuhi undang-undang, cekap dan tekun.

"Rekod perkhidmatan awamnya cukup cemerlang dan sepanjang pengetahuan kami, beliau tentunya bukan ancaman kepada keselamatan negara ini,” kata persekutuan itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Ia memetik Jeyakumar telah berkhidmat untuk tempoh yang lama dengan kerajaan dan memberikan perkhidmatan kepada rakyat tanpa mementingkan dirinya.

Doktor itu juga dipuji kerana kerja-kerja kebajikan dan sikap baik hati yang ditunjukkannya kepada semua di bawah jagaannya tanpa mengira bangsa dan agama.

"Kami, rayu perintah tahanan ke atas Dr Michael Jeyakumar ditarik," petik kenyataan itu yang juga memohon pembebasan lima anggota Parti Sosialis Malaysia yang ditahan bersama, lapor Malaysiakini.

Jeyakumar dan lima rakannya kini ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa terbabit dengan aktiviti haram bagi merancang perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut pembaharuan pilihan raya.

Sebelum ini, 176 pengamal perubatan lain juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama menuntut pembebasannya.

Read more ...

Iklan anugerah 'Dinasour Melayu' sudah ditutup kerana terlalu ramai penyertaan atau memalukan universiti

SEMALAM Website Rasmi UiTM ada menyiarkan iklan berkenaan anugerah Ibrahim Ali (RM5,000) yang ditaja sendiri oleh Bapak Katak itu kepada mana-mana pelajar yang boleh menunjukkan sikap rasis yang keterlaluan seperti dirinya [Anugerah Katak].



Akibat dikecam dan dibidas teruk oleh pelbagai pihak berhubung anugerah lawak dan menjadi antara berita paling kelakar bulan ini [Malaysiakini], laman sesawang yang menggunakan sub domain impak.uitm.edu.my itu telah memadam iklan anugerah lucu tersebut [Impak UiTM].


Semalam ada [Google Cache] hari ni dah hilang [Impak UiTM]. Elok Ibrahim Katak bagi anugerah tu kepada ahli-ahli Perkasa sahaja, tak pun bagi jelah kat diri sendiri.

ReJaM© "Universiti bukan tempat mendidik pelajar menjadi katak yang rasis"

Read more ...

Bantah sokong Ambiga buta sejarah - Presiden PAS


KUALA LUMPUR, 19 Julai: PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.


"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.



Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.

Read more ...

Pakatan akan terus kuasai Pulau Pinang


PETALING JAYA: Pemimpin Pakatan Rakyat berkeyakinan dapat mengekal kerajaan negeri dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata beberapa ahli Parlimen negeri itu hari ini.

Bagaimanapun, menurut mereka kerajaan negeri perlu berwaspada dengan ancaman Barisan Nasional (BN) khususnya Umno untuk merampas negeri itu.

Ahli Parlimen PAS Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, sokongan semasa pengundi Melayu masih memihak kepada PAS.

“Tetapi saya mengingatkan supaya kita jangan leka dan berfikir bahawa Umno dan BN tidak boleh merampas Pulau Pinang,” kata beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

“Namun saya percaya rakyat Pulau Pinang secara keseluruhan gembira kerana sebahagian besar janji pilihan raya telah dapat ditunaikan,” katanya.

BN sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan merampas semula kerajaan negeri Pulau Pinang dalam PRU ke 13 kelak.

Bagi PKR, kerajaan negeri telah melakukan yang terbaik kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai halangan yang dibuat oleh Umno negeri.

Oleh itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusof menyifatkan hasrat BN merampas negeri Pulau Pinang dalam PRU akan datang sebagai mimpi di siang hari.

Propaganda dan fitnah

“BN hanya ada satu agenda di Pulau Pinang iaitu propaganda dan fitnah. Tetapi Pakatan Rakyat yang memerintah sejak tiga tahun lalu mempunyai agenda yang lebih baik dalam bidang ekonomi dan sosial.

“Dakyah bahawa hanya Umno yang menjadi juara Melayu hanya omong kosong dan tidak boleh dipakai,” katanya.

Mengenai gangguan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu terhadap kerajaan negeri, Yusmadi berkata, ia hanya kumpulan nakal yang membuat propaganda tetapi tidak akan bertahan lama.

“Umpama bunyi petir yang kuat tetapi tidak ada hujan,” tambahnya.
Beberapa kumpulan terutama Umno dan Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang sering kali mendakwa kerajaan DAP meminggirkan orang Melayu.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan semua dakwaan tersebut.

Read more ...

ADUN UMNO bina banglo tanpa kelulusan majlis tempatan



Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau hari ini mempersoalkan integriti pengerusi Jawatankuasa Kira-kira (PAC) negeri itu Datuk Abdul Hamid Abdul Rahman yang didakwa membina sebuah banglo di Simpang Renggam tanpa kelulusan pihak majlis tempatan.

datuk abdul hamid abdul rahman, Adun Machap 081206Bagaimananpun Abdul Hamid yang juga ADUN Machap dalam kenyataannya menafikan dakwaan itu dan berkata Boo yang juga ADUN Skudai itu cuba menepis isu sebenar yang dirinya diperintah keluar dari dewan undangan negeri baru-baru ini kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Hamid mengakui tapak tanah di mana banglonya didirikan itu adalah tanah miliknya yang diklasifikasikan sebagai tanah pertanian.

“Saya telah memohon untuk permit sebelum pilihan raya 2008 tetapi pihak majlis tempatan belum meluluskannya. Oleh kerana belum ada kelulusan, maka saya menghentikan projek itu,” kata Abdul Hamid.

Boo, yang juga pemimpin DAP Johor pada sidang akhbarnya hari ini mahu ADUN Machap itu dibawa kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negeri Johor supaya tindakan diambil berhubung integritinya


NONE“Integriti beliau perlu disiasat sebab gagal mematuhi undang-undang di mana pelan bangunan rumah kediaman baru beliau perlu diluluskan oleh PBT sebelum pembinaan dimulakan,” kata Boo


“Saya juga mencabar Menteri Besar Johor menjelaskan pendirian beliau sama ada Abdul Hamid masih memperolehi integriti dan keyakinan awam untuk memegang jawatan Pengerusi PAC selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan akhbar


Boo mendakwa rumah Abdul Hamid terletak di lot tanah seluas 2.16 hektar yang bernilai RM280,000 dan menjangkakan bangunan banglo itu apabila siap kelak akan menelan belanja bernilai di antara RM1.5 juta hingga RM2.5 juta.- mkini

Read more ...

Sosej babi pun ada logo halal Jakim

KUALA LUMPUR: “Saya pernah menetap di Sepanyol dan setahu saya perkataan ‘chorizo’ merujuk kepada sosej diperbuat daripada babi, jadi saya hairan bungkusan produk itu turut tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).”

Itu kata seorang wanita dikenali sebagai Aira, 30-an dalam aduannya kepada Harian Metro semalam, berhubung penjualan sosej disyakinya diperbuat daripada babi di sebuah pasar raya, di sini.


Semakan Harian Metro mengenai perkataan ‘chorizo’ di Wikipedia mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.


Aira berkata, selepas mengesan sosej ‘chorizo’ itu dia cuba menyemak bahan kandungannya bagi memastikan ia benar-benar diperbuat daripada daging babi, tetapi maklumat itu tidak tertera pada bungkusannya.


“Yang pasti, warna sosej itu nampak lebih terang berbanding sosej daging lembu yang kelihatan kemerahan,” katanya. -hmetro


Read more ...

Bekas pelajar bantah anugerah Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Bekas pelajar Uiniversiti Teknologi Mara (UiTM) membantah tindakan universiti itu yang mahu menawarkan Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar cemerlangnya.

Dalam satu surat kepada Harakahdaily, seorang alumni kampus itu, Hatri Asmawi berkata tindakan menerima anugerah itu hanya akan memburukkan nama universiti itu sahaja.

Ia memandangkan latar belakang dan perjuangan Ibrahim Ali yang terlalu ekstrim, mementingkan bangsa tanpa memperdulikan sensitiviti kaum lain.

"Sebagai seorang alumni UiTM yang prihatin, saya amat tidak bersetuju jika anugerah ini diteruskan.

"Sekiranya anugerah ini diberitakan, graduan UITM lain akan menjadi mangsa kepada diskriminasi akibat dari anugerah dari seorang rasis," katanya.

(Gambaran kartunis terhadap anugerah Ibrahim Ali)

UiTM semalam dilaporkan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah berkenaan menawarkan wang RM5,000 yang ditaja oleh presiden pendesak Melayu, PERKASA itu sendiri kepada dua orang pelajar cemerlang yang mempunyai prisip yang jelas dan konsisten memartabatkan bangsa.

Masing-masing mereka akan mendapat RM2,500.

Antara kriteria lain pelajar tersebut:

-Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus.

-Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.

-Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM.

Difahamkan idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri.

Mengulas lanjut, Hatri berkata tindakan itu juga akan mencemarkan visi dan misi UiTM sebagai sebuah institusi yang mengeluarkan pelajar-pelajar yang berbilang bangsa dan agama yang mementingkan muhibah sesama kaum dan sesama rakyat Malaysia.

"Anugerah ini juga akan menyebabkan institusi UiTM akan dipandang serong oleh industri-industri domestik yang selama ini memandang tinggi graduan UiTM yang serba boleh dan berprestij tinggi.

"Saya berharap usaha yang keras perlu dilakukan untuk menghalang anugerah ini dari diteruskan," tegasnya.

Read more ...

Hiburan: UMNO bersandiwara di sebalik isu moral

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Umno dan kerajaan BN jelas kelihatan amat tidak ikhlas dalam mengawal persoalan hiburan di kalangan rakyat, sebaliknya hanya bersandiwara dalam menjaga persoalan moral dan agama dalam sistem pentadbirannya.

Perkara itu jelas terbukti apabila diteliti sikap para pemimpin Umno dan BN terhadap langkah baik yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mengenai larangan berhibur pada bulan Ramadhan, tetapi ditentang oleh mereka dari segala sudut.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, lebih ketara lagi, di sebalik tentangan mereka terhadap langkah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu, mereka tidak pula membantah tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Melaka yang melanjutkan tempoh berhibur sehingga jam 3.00 pagi.

Menurut beliau, pada hal tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat Kedah di bawah kepimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu, selaras dengan keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan Kedah ketika berada di bawah kepimpinan BN dahulu, yang telah pun membuat peraturan itu pada bulan Ramadhan.

Katanya, bezanya, kerajaan BN Kedah dahulu hanya sekadar meluluskan peraturan itu sahaja, tetapi tidak pernah dikuatkuasakan, manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula mengambil tindakan untuk melaksanakannya dalam erti kata sebenarnya demi kepentingan agama dan seluruh rakyat negeri itu.

"Setelah Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah mahu melaksanakannya, para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan tiba-tiba bangkit menentangnya, seolah-oleh peraturan itu adalah sesuatu yang asing kepada mereka, pada hal ia telah diluluskan oleh kerajaan Kedah semasa berada di bawah BN dahulu.

"Jika mereka ikhlas, kenapa mereka tidak menentang ketika kerajaan BN Kedah meluluskan peraturan itu dahulu, tetapi hanya menentang apabila Kerajaan Pakatan Kedah yang mahu melaksanakannya?

"Ini jelas memperlihatkan sikap double standard di kalangan para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan dalam perkara ini yang pasti dapat dilihat dengan jelas oleh setiap pihak," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Amat menyedihkan, menurut beliau, tindakan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu sememangnya amat baik bagi orang ramai terutama di kalangan umat Islam, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

Katanya, namun disebabkan kepentingan politik, para pemimpin Umno dan BN sanggup menentangnya, walaupun ia pasti akan mendatangkan kesan amat buruk kepada masyarakat.

Lebih dikesali oleh beliau, ketika Kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha untuk mendidik rakyat agar menjadi lebih berakhlak, bermoral dan mematuhi ajaran agama, kerajaan BN Melaka di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohamad Ali Rustam telah mengambil langkah lebih tidak bertanggungjawab.

"Ini amat jelas kelihatan apabila kerajaan Melaka telah melanjutkan pembukaan pusat hiburan di Melaka dari jam 1.00 pagi sehingga jam 3.00 pagi.

"Tetapi tindakan kerajaan Melaka itu tidak pula ditentang oleh para pemimpin Umno, MCA dan Gerakan yang begitu bersungguh-sungguh menentang langkah yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah itu.

"Jadi amat jelas, mereka sebenarnya hanya bersandiwara dengan rakyat. Mereka sebenarnya bertindak sedemikian bukanlah untuk kepentingan moral rakyat, tetapi hanyalah untuk kepentingan politik mereka sendiri sahaja," ujarnya.

Dalam dalam hubungan ini, beliau memuji langkah bijak yang diambil oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kerana mengambil pendekatan tepat setelah mengadakan perbincangan dengan pemimpin DAP yang menentang larangan hiburan pada bulan Ramadhan.

"Tindakan DAP itu sebenarnya berpunca dari ketiadaan kefahaman para pemimpin DAP mengenai perkara itu. Setelah diadakan perbincangan, pemimpin DAP dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan di Kedah sendiri akhirnya bersetuju untuk melaksanakan larangan itu di kalangan umat Islam.

"Setelah diberikan kefahaman, orang-orang bukan Islam sendiri turut memberikan komitmen untuk menguatkuasakan larangan itu. Ini kerana larangan memasuki pusat-pusat hiburan pada bulan Ramadhan itu sendiri bukanlah untuk orang bukan Islam, tetapi hanya untuk orang Islam.

"PAS sebenarnya tidak menyekat orang bukan Islam berhibur, tetapi PAS menyekat orang Islam dari berhibur sehingga keterlaluan, lebih -lebih lagi pada bulan puasa dan ini tentunya berkait rapat dengan sensitiviti umat Islam sendiri dalam menyambut Ramadhan," katanya.

Dari kejadian itu juga, beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar secara jelas menegaskan perbezaan Pakatan Rakyat dan BN, apabila para pemimpin Pakatan Rakyat ternyata lebih bertanggungjawab kepada rakyat dalam menjaga isu moral.

"Ini jelas terbukti apabila para pemimpin Pakatan Rakyat sentiasa mengambil sikap berterus terang, berbanding para pemimpin Umno dan BN yang sering bermuka-muka dengan rakyat untuk menjaga kepentingan politik masing-masing," tegas beliau.

Read more ...

Penganut kristian tulis surat kepada Pope Benedict XVI supaya jangan terpedaya dengan sikap pura-pura Najib


KUALA LUMPUR: Seramai 365 rakyat Malaysia penganut Katolik menulis surat kepada Ketua Gereja Katolik, Pope Benedict XVI menyatakan kegusaran mereka terhadap lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Vatican semalam.

Surat itu disampaikan kepada wakil Pope Benedict di Singapura, delegasi Apostolik His Grace Archbishop Leopoldo Girelli.

Najib bertemu Pope Benedict XVI di Rom semalam bagi meningkatkan hubungan diplomatik dan kerjasama dengan Wisma Putra.

Perkara itu didedahkan oleh penulis, Anil Netto dalam laman web Aliran.com semalam.

Ia menyampaikan rasa hati penganut Katolik yang risau kemungkinan kerajaan dan pemimpin asing terpengaruh dengan Najib yang ghairah menyebarkan mesej kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan Najib sendiri berulang kali menggunakan kekerasan terhadap rakyat dalam negaranya.

Antara lain mereka menyebut tentang keganasan Najib menangani himpunan aman Bersih, manipulasi sentimen etnik dan keagamaan yang diamalkan Najib untuk kekal berkuasa, dan kekangan terhadap kebebasan beragama di Malaysia.

Mereka juga risau Najib akan menggunakan lawatan tersebut untuk meraih undi dan mengekalkan popularitinya di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak.

“Kami risau jika terdapat agenda politik tersembunyi untuk memenangi sokongan pengundi Kristian di Sabah dan Sarawak bersempena lawatan Najib ke Vatican ini.

“Akhir sekali, kami juga risau Najib cuba untuk mendekati Holy See pada masa ini untuk mendapatkan sokongan popular dalam pilihan raya umum akan datang yang bakal berlangsung menjelang awal 2013,” tulis mereka dalam surat itu yang dipetik Keadilan Daily.

Justeru, mereka meminta Pope Benedict agar berwaspada dalam berurusan dengan kerajaan pimpinan Najib

“Kami berdoa agar Holy See akan mempertimbangkan isu-isu yang kami nyatakan ini dan mendapat petunjuk dari Roh Kudus dalam berurusan dengan kerajaan Malaysia,” kata mereka.

Akhbar arus perdana hari ini menyiarkan berita hubungan diplomatik yang baru termeterai di antara Vatican dan kerajaan Malaysia selepas Najib bertemu Pope Benedict XVI di istana musim panasnya di Castel Gandolfo.

Lawatan itu dibuat Najib selepas beberapa minggu sebelumnya membuat kenyataan terbuka kononnya himpunan aman Bersih yang berlangsung 9 Julai lalu didalangi dan dibiayai gerakan Kristian luar negara.

Read more ...