Sunday, April 24, 2011

Ro$mah tidur tak lena


Azmin dakwa tidur malam rosmah tak lena

Tidak dapat dipastikan bagaimana timbalan presiden PKR Azmin Ali mengetahuinya tetapi dakwanya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai masalah untuk tidur malam sejak kebelakangan ini, terutamanya selepas pilihan raya Sarawak.

NONEAzmin, yang juga ahli parlimen Gombak mendedahkan bahawa Najib pula bergelut dengan dilema sama ada untuk membubarkan parlimen ataupun terus menunggu sehingga tahun 2013.

Justeru, katanya, penyokong Pakatan rakyat perlu bersiap sedia sama ada pilihan raya umum ke-13 negara diadakan tahun ini ataupun tidak.

“Sama ada awak adalah rakyat Malaysia, ahli parti, ADUN ataupun ahli parlimen, bersiap-sedialah,” katanya kepada kira-kira 500 hadirin pada majlis makan malam bagi mengutip derma di cawangan PKR Bukit Gelugor di Pulau Pinang, malam semalam.

Azmin berkata beliau yakin jika rakyat bersiap sedia, maka menjelang pilihan raya umum akan datang, Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya yang kini diduduki oleh BN.

“Ada orang kata pilihan raya umum akan ditangguhkan… tetapi ramai pula kata jika tangguhkan keputusannya mungkin lebih teruk kepada BN,” katanya.

najib and rosmah 250608 01“Sebab itu Najib dalam dilema dan Rosmah pula tidak lena tidur malam,” katanya.

Azmin berada di Pulau Pinang bagi mewakili Anwar yang tidak dapat menghadiri lawatan dua harinya ke negeri itu kerana masalah kesihatan.

Beliau kemudiannya bergegas ke ceramah perdana ‘Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia’ bertempat di Dewan Sungai Tiram, Batu Maung.

Antara yang berucap selain Azmin adalah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Isu yang disentuh ialah pembaziran emel 1Malaysia yang menelan kos RM50 juta, muslihat slogan 1Melayu, 1Bumi’ yang dibangkitkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno-BN dan banyak lagi.

NONEDalam ucapannya, Azmin menyelar sikap sikap hipokrit Najib dalam isu 1Melayu, 1 Bumiputera yang dicanangkan Utusan Malaysia yang konon untuk menyatukan semua Melayu sedangkan akhbar itu sebenarnya memecah belahkan perpaduan Melayu.

Azmin berkata Najib secara tiba-tiba semalam menafikan hubung kait antara Utusan Malaysia dan pimpinan Umno BN yang selama ini menjadi lidah rasmi parti itu.

“Inilah hipokrit Barisan Nasional pimpinan Najib. Najib kata: 1Melayu, 1Bumiputera pandangan editor Utusan Malaysia.

“Wahai Najib dan Rosmah, kita tahu Utusan Malaysia disokong Umno. Kita tahu Utusan Malaysia surat khabar milik Umno. Kita juga tahu Utusan Malaysia hidup kerana Umno yang memainkan politik perkauman,” kata Azmin.

Read more ...

Taukeh Gelang Masuk Umno, Syok Sendiri Pulak Tu

hahaha..mamat ni tolong buat lawak bagi Bik Mama dan PM gelak sikit..

Maalomlah masih berduka kerana 45% undi popular dah hilang kat Sarawak sana..

kalu ya pun engkau nak masuk Umno pun masuklah..tak payah laa buat lawak centu..hahaha

Ada laa kot parti pembangkang di Kedah dan Selangor nak ‘offer’ jawatan tinggi kat mamat ni..kalu pembangkang di Kedah ,Penang dan Selangor aku boleh percaya nak bagi jawatan tu kat hang.

Rupa rupanya betui pun..memang parti pembangkang di Perak yang offer jawatan tu kat si mamat yang suka jadi pondan dalam filem ni.

Cuma satu aku nak habaq kat hang..di Perak tu mamak Zamry tak beli dah hang punya gelang..pasai dia suka manek koran pasar malam punya.

AC Mizal masuk Umno

Pelakon dan pengacara AC Mizal yang menyerah borang keahlian Umno hari ini, berkata beliau sebelum ini ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan dasar yang diperjuangkan oleh parti berkenaan.

“Adalah sukar untuk saya menerima pelawaan menyertai parti tersebut kerana saya dibesarkan dengan perjuangan Umno yang popular dengan slogan ‘Dulu, Kini dan Selamanya…

“Tambahan pula saya langsung tidak bersetuju ataupun serasi dengan dasar perjuangan yang didukung oleh mereka,” katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, AC Mizal bersama isterinya Emylia Rosnaida menyemarakkan Program Jom Masuk Umno di Ipoh apabila bersama 500 yang lain mengemukakan borang kemasukan sebagai anggota parti itu.

AC Mizal, 40, yang juga ahli perniagaan, menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno bahagian Ipoh Barat, Datuk Shamsuddin Ghaffar.

Bercakap kepada pemberita, AC Mizal berkata beliau menyertai Umno kerana selari dengan perjuangannya dan selepas dipelawa oleh ketua Pemuda bahagian Ipoh Barat, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi.

“Saya terus menerimanya kerana selama ini saya lihat (Umno) begitu komited dalam perjuangan demi menegakkan keadilan,” katanya kepada pemberita di program anjuran Umno bahagian Ipoh Barat.

AC Mizal berkata beliau akan bergiat secara ikhlas dan telus sebagai seorang ahli biasa Pemuda Umno dan tidak berhasrat untuk merebut jawatan di dalam parti.

“Saya berniat untuk bergerak secara aktif dalam pergerakan Pemuda walaupun usia telah mencapai 40 tahun pada tahun ini tetapi bagi saya masih belum terlambat bagi membantu parti yang menjaga negara sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Anak kelahrian Muar, Johor itu berkata beliau turut memilih untuk bersama-sama Umno Perak berdasarkan nasihat Allahyarham ayah mentuanya yang telah berpesan sekiranya beliau ingin memperjuangkan nasib bangsa, Perak adalah tempatnya.

Isterinya Emylia berasal dari Ipoh.

Sementara itu, pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya.

Bernama

Read more ...

‘Drama Bangkok’ pula


Quantcast

Drama Bangkok’ seperti sejarah 2008: Raja Petra

Raja Petra Kamarudin yang menyifatkan perkembangan terbaru mengenai dirinya semalam sebagai “drama Bangkok” menjelaskan, pihak polis mahu mengambil kenyataan daripadanya berkaitan laporan Utusan Malaysia susulan temu bual siaran TV3 dua minggu lalu.

Malah kata beliau drama Bangkok juga menunjukkan nasib yang menimpa dirinya berulang dikenakan tuduhan fitnah jenayah selepas ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Sehubungan itu, tegas editor kontroversial Malaysia Today ini, polis mendampingi beliau di ibu negara Thailand semalam untuk mendapatkan kenyataan beliau bukan berkaitan temu bual TV3 ataupun akuan bersumpah (SD) yang dibuatnya tiga tahun lalu.

“Nampaknya Utusan Malaysia membawa satu laporan berita mengenai temu bual dengan TV3 dan satu laporan polis yang dibuat oleh pihak tertentu berkaitan dengan laporan Utusan Malaysia.

“Jadi, ia bukannya mengenai SD saya buat pada Jun 2008. Ia mengenai temu bual saya dengan TV3. Ia mengenai laporan berita Utusan Malaysia,” kata Raja Petra dalam entri terbaru di portalnya hari ini.

Salah seorang peguam Raja Petra, Haris Ibrahim pagi tadi memberitahu The Malaysian Insider bahawa polis belum mengambil kenyataannya.

Dalam tulisannya tengah hari ini, Raja Petra berkata, menurut polis pihaknya mahu menyiasat beliau di bawah Seksyen 203.

“(Seorang lagi peguam saya) Amarjit kemudian memberitahu ACP Aziz bahawa mereka (polis) telah pun mengambil kenyataannya di bawah Seksyen 203. Dan, kenyataan saya diambil di bawah Seksyen 112, yang bermakna ia disoal siasat sebagai saksi sahaja.

“Bagaimanapun mereka akhirnya caj saya di bawah Seksyen 501 bagi kesalahan fitnah jenayah dan bukannya Seksyen 203 kerana membuat kenyataan palsu,” kata beliau yang juga Pengerusi Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM).

Raja Petra berada di Bangkok untuk melancarkan cabang MCLM di Thailand.

Bagaimanapun menurut Raja Petra, ACP Aziz mengatakan bahawa ia bukan keputusannya tetapi Peguam Negara.

Laporan polis terhadap Raja Petra dibuat pada 14 April.

“Dan, laporan polis dengan jelas mengatakan bahwa Utusan Malaysia membawa satu laporan mengenai temu bual TV3 saya dan saya harus disoal siasat,” tulis Raja Petra lagi.

“Tanggapan peguam-peguam saya ialah soal siasat adalah terhadap saya dan ia kemungkinan memfokus pada kemungkinan saya telah berbohong dalam temu bual TV3. Itu sebabnya siasatan memfokus pada laporan polis dan di bawah Seksyen 203.

“Dan, itu yang sebenarnya berlaku pada 2008, di mana berakhir dengan saya dikenakan tuduhan fitnah jenayah. Jadi, kita melihat sejarah berulang di sini,” katanya lagi.

Raja Petra menambah, selepas perbincangan beliau memberitahu Haris dan Amarjit bahawa bersedia untuk diambil kenyataan meskipun wujud kekeliruan.

“Mereka tidak bersetuju tetapi akhirnya berlembut dengan syarat saya tidak melangkah ke Kedutaan Malaysia.

“Keputusan ini dipanjangkan kepada ACP Aziz yang naik angin dan berkata dia tidak lagi berminat untuk mengambil kenyataan,” katanya lagi.

“Kemudian saya menelefon ACP Aziz untuk saya secara sukarela bersedia kenyataan saya diambil tetapi dia memberitahu perkara yang sama dia maklum Haris bahawa dia tidak berminat untuk mengambil kenyataan saya.

“Dan, begitulah bagaimana drama Bangkok berakhir pada pukul 2 pagi (tadi),” katanya lagi.

Raja Petra menambah, beliau bersedia untuk memberikan kenyataannya tetapi peguamnya hanya bersetuju selagi tidak diambil di Kedutaan Malaysia.

“Polis berdegil bahawa ia mesti diambil di kedutaan. Jadi ke mana kita harus pergi dari sini?” kata blogger ini yang kini berada dalam buangan kendiri.

MI

Read more ...

Kejutan di Kedah


1. SETPOL MB Azizan Razak tewas Timbalan YDP di Kawasan Sik.

2.Pengganti Mahfuz di Kedah Sato tewas YDP di Kawasan Merbok.

3.Cikgu Johari mengalahkan ustaz Taib Azamudin Timbalan YDP di Kawasan baling.

4.Persaingan sengit YDP di Kawasan Kulim/Bandar Bharu.

5.Amirudin Hamzah ‘terselamat‘ kerana Timbalan YDP tidak dipertandingkan di Kawasan Kuala Kedah.

ALOR SETAR – Pemilihan jawatankuasa parti di enam Pas kawasan sejak kelmarin menyaksikan beberapa pemimpin utama Kerajaan Negeri termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengekalkan jawatan di kawasan masing-masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Pas negeri, Musoddak Ahmad berkata, dalam mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Jerai yang diadakan petang semalam, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri berjaya mengekalkan jawatan Yang Dipertua (YDP) tanpa bertanding, bersama Timbalan YDP, Makhtar Abdul Hamid dan Naib YDP, Che Me Ahmad.

Menurutnya, pemilihan Pas Kawasan Alor Setar turut menyaksikan penyandang YDP, Dr Ismail Salleh menang tanpa bertanding, disusuli Timbalan dan Naib YDP baru iaitu Zulkifli Yahaya dan Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya.

“Di Merbok, Exco Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dilantik sebagai YDP baru setelah menang pertandingan dua penjuru, begitu juga Exco Penerangan, Abdul Ghani Ahmad (Jerlun), Exco Perumahan, Datuk Ir Phahrolrazi (Kuala Kedah) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh (Sungai Petani).

“Bagaimanapun, berlaku sedikit kejutan di Sik dan Kulim Bandar Baharu apabila ADUN Jeneri, Mohd Yahya Abdullah gagal mempertahankan jawatan YDP Pas Sik setelah tewas di tangan Ahli Parlimen Sik, Che Ya Che Nik, manakala Pegawai Khas Menteri Besar, Hassan Razak turut mengekal jawatan YDP Kulim Bandar Baharu setelah mengetepikan cabaran sengit ADUN Kulim Bandar Baharu, Yaakub Hussin,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian lewat petang semalam.

Musoddak berkata, kejutan lain yang berlaku di Sik apabila Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor turut tewas dalam pemilihan jawatan Timbalan YDP Sik di tangan Bakar Baqilani Hassan.

Menurutnya, di sebalik kejutan dan keputusan luar jangkaan yang dicatatkan di beberapa Pas kawasan, keseluruhan perjalanan pemilihan lancar dan tidak mempunyai sebarang masalah setelah satu jawatankuasa khas bagi dibentuk memantau proses pemilihan.

“Enam mesyuarat agung Pas kawasan yang dijalankan pada minggu ini iaitu di Sik, Jerai, Kulim Bandar Baharu, Kuala Kedah, Baling dan Kubang Pasu menjadikan keseluruhan 12 Pas kawasan telah menjalankan mesyuarat bermula 1 April lalu.

“Keputusan di Kubang Pasu masih belum diketahui setakat ini (semalam) manakala baki tiga kawasan iaitu Padang Terap, Padang Serai dan Pendang akan dilaksanakan akhir bulan ini,” katanya.

Musoddak berkata, terdapat beberapa aduan tidak puas hati calon dikemukakan kepadanya sepanjang perjalanan pemilihan parti, bagaimanapun dapat diselesaikan dengan berkesan.

“Untuk maklumat pencalonan jawatankuasa Pas Pusat oleh setiap kawasan, ianya perlu dirujuk kepada jawatankuasa kepimpinan Pas kawasan baru kerana sebahagian besar mereka baru adakam mesyuarat pertama,” katanya.

HS

Read more ...

Polis tidak menyorok dalam belukar dan sebalik tiang lagi


Polis hapus sistem ‘Tangkap Laju’ : Timbalan Ketua Polis Negara

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan menggunakan lagi sistem perangkap kelajuan, yang menjadi sebahagian daripada punca rungutan mengenai notis saman ekor selama ini.

Sebaliknya Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan bertindak telus dan akan memberi amaran kepada kepada para pemandu mengenai operasi mengesan kelajuan memandu terlebih dahulu.

Sistem perangkap kelajuan menggunakan kamera telah digunakan hampir dua dekad oleh PDRM.

Polis tidak menyorok dalam belukar dan sebalik tiang lagi

“Kami tidak harus bersembunyi di sebalik belukar. Kami perlu tampil secara terbuka dan menguatkuasakan undang-undang (secara telus),” kata beliau kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

Banyak pihak mempertikaikan notis saman yang dihantar ke alamat pemilik dengan ramai mendakwa bukan mereka yang mengendalikan kenderaan ketika dikesan.

Ada yang mewujudkan jawatankuasa atau pertubuhan bukan kerajaan membantah sistem itu, antara Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) yang mahu kerajaan menghapuskan sistem notis saman ekor.

Bagaimanapun kata beliau, jika dikenakan saman pemandu-pemandu terbabit mesti menjelaskan saman.

“Kita tidak lagi menyorok balik tiang, kita saman terus dan kalau sudah kena saman jangan lupa bayar,” katanya dipetik Bernama Online.

Khalid membuat kenyataan itu apabila seorang peserta dialog mengutarakan mengenai kekerapan kehadiran polis di jalan raya sejak kebelakangan ini menyebabkan pemandu lebih berdisiplin berbanding sebelum ini di mana ada anggota polis yang menyorok di hujung jalan dan kemudian keluar dari persembunyian dan menahan pesalah trafik.

Khalid kemudian memberitahu sidang media bahawa kehadiran anggota polis secara ketara dalam operasi lalu lintas telah dimulakan tidak berapa lama dahulu.

“Jangan terkejut bila kena saman… kita tidak seharusnya menyorok, kita akan keluar dan menguatkuasakan undang-undang,” katanya.

Mengenai usaha PDRM membanteras gejala samseng di kalangan masyarakat India di Selangor, Khalid berkata selain didakwa di mahkamah, polis juga melakukan tindakan pencegahan.

“Tahun lepas 300 orang telah kita tahan di bawah undang-undang pencegahan, tindakan terhadap gangsterisme dibuat secara berterusan itu sebab tidak ada kumpulan kartel jenayah atau mafia yang berkuasa di negara ini,” katanya.

Khalid juga berkata PDRM tidak lagi melihat belia dan persatuan belia sebagai pelanggan sebaliknya melihat belia sebagai rakan dan persatuan belia sebagai rakan kongsi.

MI

Read more ...

Rasullah tidak guna al-Mubahalah dalam fitnah 'seks', UMNO memang tak faham agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/ustharindinmesymarang.jpg

KUALA TERENGGANU - Isu 'klip video seks' yang dilontarkan di persada politik tanah air menjadikan situasi semakin bergelora umpama pepatah Arab, 'biar selut dan tanah itu menjadi lumpur'.

Bagi PAS sebuah perjuangan yang mempunyai konsep, pegangan dan rujukan, isu tersebut mestilah dirujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah yang menjadi panduan Parti Islam itu.

Menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr. Harun Din, ianya adalah isu yang hampir sama sebelum ini, yang diulang kembali sehingga menyebabkan pihak yang terlibat' mengaturkan 'Mubahalah' dalam masjid.

Beliau menolak kedua-dua isu yang meletup menjelang dua pilihanraya, pilihanraya kecil permatang pauh dan menjelang pilihanraya negeri Sarawak, sebagai satu kebetulan.

"Dahulunya, berlaku hal yang 'ala' ini, melibatkan 'orng yang terlibat' itu mengaturkan sumpah dalam masjid dan hal itu berlaku menjelang pilihanraya (kecil) Permatang Pauh,

"Yang mutakhir ini pun kita lihat ada 'paten' itu, beberapa hari (sebelum) pilihanraya dewan undangan negeri Sarawak, meletup isu ini, mungkin(kah) kita katakan itu kebetulan......tapi (sudah) dua kali.......apa kebetulannya??,"soalnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Marang, Sabtu 23 April.

Menurutnya, pernah berlaku satu senario dalam sejarah Islam satu isu yang lebih besar dari apa yang sedang berlaku sekarang melibatkan Ummul-Mukminin A'isyah dituduh dengan fitnah dan disebarkan dengan meluas.

Katanya, A'isyah di tuduh melakukan hubungan sulit dengan sahabat yang juga pahlawan dan pakar kuda perang RasuluLlah S.A.W, Safwan al-Mua'ttol as-Sulami

Beliau berkata, akibat tuduhan fitnah itu, Ai'syah telah pengsan dan mengalami demam panas, apabila khabar fitnah itu sampai ke pengetahuannnya

Namun, sepanjang peristiwa pahit yang berlaku selama 40 hari itu, menurutnya, Nabib Muhammad S.A.W tidak menggunakan kaedah al-Mubahalah

"Sepanjang kisah tersebut berlaku, selama 40 hari (ada yang mengatakan 3 bulan), tapi....sepanjang peristiwa itu, lihatlah dari mana-mana sumber Islam, tafsir (atau) hadis, Nabi (Muhammad SAW) tidak menggunakan cara al-Mubahalah, nabi tidak minta Ai'syah bersumpah dan tidak sesiapa pun meminta Safwan bersumpah,"tegas Dr. Haron Din.

Read more ...

Tipudaya UMNO dah tak berkesan

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/tipudayaumno.jpg

Inilah kerja bangang puak-puak Songkok Tiga Jengkal

Kalau kita cakap pemimpin UMNO ni bodoh berasa hati pulak. Tapi hakikatnya memang macam tulah. Dengan media yang mereka miliki mereka menyerang Pas dengan pelbagai fitnah dan propaganda. Cuma kekadang mereka terlupa jugak. Sekali-sekala jerat makan tuan.

Di Terengganu, Pas bersama PR menggerakkan kebangkitan rakyat dengan slogan ‘Pas ganti Umno’ (PGU). Gelombang kebangkitan rakyat yang dilancar peringkat pusat amat relevan dengan politik Terengganu. Ini memandangkan pertembungan politik sebenar dinegeri majoriti orang melayu semenjak merdeka sehingga kini adalah dua parti politik besar iaitu Pas dan UMNO. Pas secara bergilir pernah memerintah Terengganu pada tahun 1959 dan 1999.

Negeri yang penduduknya melayu dan mendapat asas-asas pendidikan agama yang tinggi meskipun tidak sekuat Kelantan tetapi pengaruh ulama dalam perjuangan menegakkan islam dibumi Terengganu ini sentiasa segar sejak sebelum kemerdekaan sehingga kini. Bahkan suasana politik serta pendokongnya mempunyai cara dan budaya yang tersediri serta berbeza dengan negeri-negeri lain.

Kemenangan Pas ditahun 1999 dengan majoriti 28 kerusi adalah termasuk dun Bandar yang dianggap memiliki pengundi cina. Ketika itu tiada walau satu kerusi Adun cina didalam dewan Terengganu. Memang bilangan pengundi cina di Terengganu adalah sedikit yang hanya melibatkan sedikit di Jerteh, Kuala Terengganu, Wakaf Tapai, Kuala Dungun, Batu lima, Air Jernih dan Bandar Cukai, kemaman. Pun begitu setelah UMNO-BN mengambil balik Terengganu sejak 2004, sehingga kini wakil tunggal dengan kerusi MCA-BN terpacak di dalam dun Terengganu.

Cuma kini perubahan yang berlaku dikalangan pengundi cina membimbangkan Umno-BN khususnya dengan trend yang berlaku di Sarawak baru-baru ini. Dan ia juga memberi kesan di Terengganu sendiri apabila berlaku PRU Kuala Terengganu yang membolehkan Pas menawan kerusi Umno-BN tersebut. Trend ini masih dibimbangi oleh pemimpin UMNO sendiri. Selama ini Umnolah yang memfitnah Pas dan menakutkan masyarakat cina dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan. Tetapi kini tipudaya Umno sudah tidak berkesan. Ini diakui sendiri oleh YB Umno bekas Kadi, ahli agama dalam Umno sendiri.

Read more ...

Cadangan Penggabungan DAP-SNAP Masih Dibincangkan




SIBU 24 APRIL : Cadangan penggabungan antara DAP dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) masih di peringkat awal perbincangan, kata penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, ia tidak sepatutnya dilihat sebagai satu ancaman kepada perpaduan pakatan pembangkang tetapi bagi menggalakkan pertumbuhan, sokongan dan kekuatan bukan sahaja di negeri ini tetapi juga di seluruh negara.

"Cadangan itu adalah demi kepentingan pakatan pembangkang dan bukan satu penentangan terhadapnya.

"Kepimpinan DAP Sarawak masih meneliti idea ini lebih lanjut. Ia tidak akan diteruskan jika pimpinan SNAP menentangnya," katanya di sini, hari ini selepas bedah siasat parti mengenai pilihan raya negeri.

Lim juga berkata, bahawa kemenangan DAP di 12 kerusi pada pilihan raya negeri 16 April lalu bukan atas sokongan kaum Cina sahaja tetapi daripada semua kaum.

"Jika bukan kerana sokongan Bumiputera, ia agak sukar untuk memenangi kawasan pilihan raya seperti Batu Kawah, Meradong, Kidurong, Kota Sentosa, Repok, Piasau dan Dudong.

Mereka memainkan peranan penting dalam kejayaan kita iaitu bagi semua orang Sarawak," katanya.

Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng berkata, satu mesyuarat antara DAP, PKR dan PAS akan diadakan pada 1 Mei jam 2 petang di Kuching bagi membincangkan lebih lanjut mengenai penggabungan itu. - BERNAMA

Read more ...

Tiada Paksaan Untuk Hafarizam Menghadap JKHK DUN Selangor




SHAH ALAM 24 APRIL : Kerajaan Negeri Selangor tidak akan memaksa Datuk Mohd Hafarizam Harun, peguam yang mewakili Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah untuk menghadap Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Dewan Negeri Selangor (DNS) pada 29 April ini.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sebagai pengamal undang-undang, Mohd Hafarizam bebas untuk bercakap apa sahaja dan tahu menilai mana yang betul dalam sebarang tindakannya.

"Saya tidak mahu komen lanjut kerana seperti yang kita tahu Mohd Hafarizam ialah peguam UMNO dan beliau boleh cakap apa dia suka.

"Cuma apa yang kerajaan negeri tekankan ialah Mohd Hafarizam dan Badrul Hisham dihadapkan ke JKHK berhubung kesalahan menghina dewan negeri," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di sini hari ini.

Abdul Khalid diminta mengulas mengenai keengganan Mohd Hafarizam untuk menghadap JKHK kerana menganggap arahan tersebut "terletak di luar peruntukan undang-undang".

Pada Jumaat lepas, Mohd Hafarizam berkata tindakan DUN Selangor itu adalah "penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu dan tindakan menyaman beliau hadir menghadap JKHK adalah ugutan politik".

Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang bagi menjaga hak dan kepentingan beliau sekiranya JKHK tidak menarik balik saman itu dengan serta-merta.

Pada 1 April lepas, Badrul Hisham dan Mohd Hafarizam dirujuk ke JKHK atas tuduhan mereka secara berasingan atau bersama melakukan kesalahan menghina dewan dengan menghantar sepucuk surat bertarikh 29 Mac lepas kepada Speaker Dewan Datuk Teng Chang Khim yang didakwa mengandungi bahasa yang amat tidak "senonoh, biadap dan mengugut".

Badrul Hisham bagaimanapun berkata beliau akan menghadap JKHK selepas dinasihatkan oleh peguam untuk berbuat demikian.

Ditanya mengenai dakwaan Mohd Hafarizam bahawa beliau menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa oleh pihak tertentu, Abdul Khalid berkata hal lain tidak harus timbul kerana perkara utama dalam isu itu ialah kesalahan menghina DUN.

"Biarlah jawatankuasa ini tentukan apa yang berlaku dan tindakan seterusnya yang akan diambil," katanya.

Pada 18 Feb lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong.

Hakim Zaleha membuat keputusan itu di dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng.

Kontroversi kerusi Pelabuhan Klang timbul setelah Teng mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Jan lepas dengan mengatakan Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.

Read more ...

Anwar : Semangat Juang Pakatan Rakyat Luar Biasa





KUCHING 24 APRIL : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas semangat luar biasa Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke 10, 16 April lalu.

Menurut Anwar, walaupun gagal menafikan dua pertiga majoriti Kerajaan Barisan Nasional namun prestasi dan semangat yang ditunjukkan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu memberi tentangan kepada parti itu malah telah meniup semangat kebangkitan rakyat di negeri 'Bumi Kenyalang' ini.

"Saya tetap akan mengucapkan tahniah diatas kejayaan Pakatan Rakyat dalam menambah kerusi pada PRN Sarawak lalu kerana semangat juang yang ditunjukkan amat membanggakan dan sangat luar biasa. Kita juga telah mengubah senario politik Sarawak, dimana BN menang dengan segala masalah tanpa menunjukan satu keghairahan kerana mereka sedar dengan kelemahan dan kecurangan yang berlaku pada PRN tempoh hari," kata Anwar dalam satu majlis perjumpaan Pemimpin-pemimpin PKR Sarawak di Dewan Ruai Berlian, Menara Grand, Kuching petang tadi.

Dalam PRN lepas, PKR memenangi 3 kerusi di Krian, Ba'kelalan dan Batu Lintang, DAP 12 kerusi manakala PAS gagal memenangi sebarang kerusi.

Bagaimanapun Pakatan Rakyat berjaya mendapat sokongan undi popular lebih 45 peratus dari rakyat Sarawak dan menguburkan Parti Komponen BN kedua terbesar negeri itu, SUPP.

Menurut Anwar, kehadiran pemimpin-pemimpin di Sarawak hari ini membuktikan semangat perjuangan yang harus dikekalkan sebagai satu pasukan dalam mendepani pilihanraya Umum akan datang.

"Kita hadir dalam pertemuan ini dengan tekad iaitu membina kekuatan kita untuk melihat kedepan dengan mempertahankan prinsip-prinsip yang kita bawa untuk mempersiapkan jentera maju menghadapi pilihanraya umum ke-13 nanti."

Majlis dihadiri lebih 100 Ahli Dewan Undangan Negeri Parti Keadilan Rakyat, Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang serata negeri Sarawak.

Turut hadir, ialah ADUN PKR yang baru memenangi kerusi PRN lepas iaitu Baru Bian, See Chee How, dan Ali Ak Biju.

Tambah Anwar, beliau turut mengesa pemimpin Parti Keadilan Rakyat agar mengekalkan semangat berpasukan dan menyelesaikan permasalahan yang ada secara aman dan bukannya di luar ruang bincang Pakatan Rakyat

"Parti Keadilan, saya nasihatkan pimpinan agar menghormati semangat dalam Pakatan, tidak membuat tuntutan diluar yang menyinggung kawan-kawan dalam pakatan , jadi kami, PKR, DAP dan PAS adalah gagasan, jadi kita tidak perlu buat tuntutan diluar forum," katanya

"Tentunya menerusi forum yang baik agar memberi mesej yang baik, jadi kalau melatah diluar dengan buat tuntutan yang agak kasar dengan menyinggung gagasan yang lain itu tidak memberi mesej yang baik, dalam pilihanraya, kawasan yang ditandingi PKR dibantu oleh DAP dan PAS, kawasan DAP saya pun turun kempen, PAS, DAP dan keadilan turut kempen, jadi kami bergerak dalam satu pasukan," tambah Anwar.

Read more ...

Polis Siasat Empat Nama Yang Disebut RPK




KUALA LUMPUR 25 APRIL : Empat individu termasuk pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kolonel Azmi Zainal Abidin yang didedahkan Raja Petra Kamarudin dengan akuan bersumpahnya disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung kes jenayah.

Turut disiasat editor Malaysia Today itu kerana akuan bersumpahnya Jun 2008 yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibu.

Dipetik Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, siasatan yang dilakukan pihaknya lebih menjurus kepada empat individu yang didedahkan Raja Petra.

Mereka ialah Kolonel Azmi iaitu bekas pegawai risikan ATM, penulis blog Din Merican, selain Nik Azmi Nik Daud dan John Pang masing-masing dari pejabat veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

“Sebenarnya Raja Petra banyak membantu dengan menyalurkan maklumat kepada polis untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dihantar kepada Pejabat Peguam Negara.

“Sebaik keterangan Raja Petra diambil, polis akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaannya dan pendedahannya (mengenai empat lelaki terbabit),” kata beliau.

Kelmarin, dua pegawai polis dari Bukit Aman menemui Raja Petra di Bangkok untuk mendapatkan kenyataannya.

Bagaimanapun mengikut tulisan Raja Petra dan peguamnya Haris Ibrahim semalam, kenyataan dimaksudkan belum diambil memandangkan beliau tidak mahu bertemu anggota polis di Kedutaan Malaysia di Bangkok.

Pihak polis mahu mengambil kenyataan Raja Petra di Kedutaan Malaysia.

Read more ...