Friday, November 8, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Hanya Dato' Nik Amar cabar Haji Muhamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS

Selepas penerimaan pencalonan ditutup petang ini, sah akan berlaku pertembungan satu lawan satu antara penyandang timbalan presiden Mohd Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Ini ekoran pengumuman di saat-saat akhir penerimaan pencalonan oleh Mohd Amar dan penolakan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa daripada bertanding jawatan itu.

Mohd Amar mengesahkan mencabar Mohamad dalam SMS kepada Malaysiakini hari ini.

Manakala Husam pula mengesahkan akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang.

Menurut Husam, beliau membuat pilihan itu selepas mengambil kira pencalonan terbanyak yang diterimanya untuk mempertahankan jawatan - yang dianggap isi hati akar umbi.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Dato' Husam terima pencalonan Naib Presiden PAS, Dato' Mujahid hanya bertanding AJK PAS Pusat


KUALA LUMPUR: Datuk Husam Musa hari ini mengesahkan hanya akan mempertahan jawatan Naib Presiden PAS yang disandangnya dan menolak untuk pencalonan jawatan Timbalan Presiden.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, pengesahan penerimaan pencalonan itu baru sahaja dibuat sebentar tadi.

"Penerimaan untuk bertanding hanya jawatan Naib Presiden sahaja dan tidak jawatan lain adalah berpedoman kepada jumlah pencalonan terbanyak untuk saya adalah untuk jawatan tersebut.

"Saya menggagap itu adalah isi hati dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana mereka inginkan saya tempatkan diri saya," katanya.

Read more ...