Sunday, February 5, 2012

ROYAN SHAHRIZAT!!! Rafizi tak perlu jawab, Ketua UMNO Cheras tolong jawab

http://media1-cdn.malaysiakini.com/419/1604c0a6f481a07c0c20770d752479be.jpgAntara kata-kata hikmat Ketua UMNO Bahagian Cheras,Datuk Wira Syed Ali Alhabshee untuk Shahrizat "Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita UMNO sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku,"

"Mengapa nak heret wanita dalam isu keluarga beliau ? isu NFC bukan perjuangan UMNO, bukan perjuangan rakyat, itu urusan bisnes keluarga Shahrizat, wanita UMNO tak ada kepentingan,"

"Khairy tidak menangis pun tak ada jawatan, dia tak kata pun ada orang UMNO nak sebotaj beliau, sebaliknya dia tetapi menunaikan amanah dan tanggungjawab selaku ketua pemuda, penampilannya disenangi ramai terutama di kalangan pemuda, "

Hmmm.. tak sedar lagi tak tahulah..ASD


******************************************


Syed Ali ingatkan Shahrizat jangan jadikan wanita UMNO sebagai perisai dalam isu NFC

SHAHRIZAT Abdul Jalil tidak sewajarnya menyalahkan pihak lain berhubung isu NFC yang kini menjadi kemarahan rakyat, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

"Jangan reka cerita kononnya ada yang nak jatuhkan beliau, realitinya beliau tidak seharusnya menjadikan wanita UMNO sebagai perisai untuk melindungi kelemahan dan kepincangan yang berlaku," tegasnya.

Dalam hal ini, beliau mempersoalkan Shahrizat apakah terlalu sayangkan jawatan sebagai menteri atau pun ikhlas berjuang dalam UMNO walaupun sekadar memegang jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO.

"Mengapa susah sangat nak letak jawatan menteri, tak perlu bercuti dan salahkan orang lain kononnya ada agenda peribadi nak jatuhkan beliau," ujarnya.

Beliau berkata, tidak ada pemimpin UMNO yang secara peribadi memusuhi beliau tetapi mereka bersuara kerana tidak mahu UMNO dicemuh rakyat berkaitan isu NFC.

"Sampai bila mahu cakap tak serupa bikin, kononnya UMNO menentang segala bentuk penyelewengan, rakyat sedang memerhati sejauhmana ikhlasnya kerajaan hari ini," ujarnya.

Bagaimanapun tegas Syed Ali, hanya pemimpin UMNO yang berkepentingan dan tidak ikhlas terhadap perjuangan parti sahaja yang bersikap 'lepas tangan' dan tidak berani bersuara.

"Saya sendiri akan bangun bersuara, sebab saya tak ada kepentingan peribadi, saya tak gilakan jawatan, yang ada pada saya ialah niat mempertahankan maruah UMNO daripada dicemuh, menjaga kesucian UMNO daripada dinodai dan menegakkan kebenaran berasaskan perjuangan rakyat," tegasnya.

Justeru tegasnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu sepatutnya bermuhasabah diri dan tidak menuduh ada pihak yang ingin menjatuhkannya.

"Kita kena tengok dalam diri kita, tanya diri kita dengan ikhlas, betul kah apa yang kita telah buat ini, jangan nak salahkan orang lain," tegasnya.

Beliau menjelaskan, desakan dibuat pelbagai pihak sebelum ini supaya beliau meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet bukan bermotifkan agenda politik pihak tertentu tetapi demi menjaga nama baik parti dan kerajaan.

"Kalau ada desakan berbuat demikian, rasanya amat wajar kerana isu NFC ada kaitan dengan keluarga beliau dan dalam masa yang sama beliau juga adalah menteri kabinet," tegasnya.

Jadi kata beliau, tidak munasabah apabila Shahrizat melemparkan tuduhan kononnya desakan supaya beliau berundur daripada kabinet kerana mempunyai motif politik peribadi.

"Tak ada yang iri hati, tetapi yang menjadi perhatian umum sekarang ini ialah konflik NFC itu membabitkan duit rakyat dan beliau pula memegang jawatan menteri kabinet," katanya.

Di Bruas, Perak semalam, Shahrizat memberitahu pemberita desakan sesetengah pihak supaya beliau berundur tidak mewakili 1.3 juta ahli wanita UMNO secara keseluruhannya.

Malah Shahrizat menegaskan, beliau tidak sesaat pun merasakan diketepikan oleh pemimpin dan ahli wanita peringkat akar umbi, malah semakin ramai yang menyokongnya dalam menghadapi dugaan tersebut.

"Mengapa nak heret wanita dalam isu keluarga beliau ? isu NFC bukan perjuangan UMNO, bukan perjuangan rakyat, itu urusan bisnes keluarga Shahrizat, wanita UMNO tak ada kepentingan," tegas Syed Ali lagi.

Mengulas lanjut kenyataan Shahrizat itu, beliau mengingatkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu supaya tidak terlalu mendabik dada bahawa beliau sentiasa hebat dan mendapat sokongan padu kalangan ahli-ahlinya.

"Isu NFC bukan dugaan kepada Shahrizat, ini kisah benar yang perlu ditangani secara ikhlas oleh semua pihak yang terbabit, ini cerita rakyat, rakyat marah dan bersuara sebab duit bela lembu yang disalurkan oleh pihak kerajaan kepada NFC adalah duit mereka.

Katanya, rakyat kecewa sebab duit rakyat disalurkan kepada NFC milik suami Shahrizat, seorang pemimpin kanan UMNO dan juga menteri kabinet.

"Shahrizat boleh bermain dengan angka, bermegah dengan sambutan yang diberikan, tetapi pengundi melihat isu NFC merupakan beban yang terpaksa dipikul oleh parti dan kerajaan selagi tidak diselesaikan secara berhemah dan terbuka," jelasnya.

Sambil menyifatkan Shahrizat pemimpin wanita berpengalaman, beliau berkata tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang sengaja 'menyibuk' dalam isu NFC.

"Tetapi kerana melibatkan duit rakyat dan dakwaan pembangkang banyak duit itu dibelanjakan untuk membeli pelbagai aset mewah termasuk kemudahan peribadi, maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian dalam isu tersebut," tegasnya.

Katanya, jika seseorang pemimpin sayangkan kepada parti sudah tentu mereka tidak akan berdiam diri membiarkan perkara itu berlaku di depan mata sehingga menimbulkan kecurigaan dan kebencian rakyat.

Hari ini kata beliau, ada pihak sewenang-wenangnya menuduh UMNO dan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak 'cakap tak serupa bikin' kerana dikatakan melindungi kepentingan keluarga Shahrizat dalam isu NFC.

"Ini bala yang kita terima, kita akan berdepan dengan pilihan raya umum tidak lama lagi, mana kita nak sorok muka apabila rakyat tuduh kita (UMNO) bela lembu tetapi tak pandai mengurus sehingga membazir duit rakyat," tegasnya.

Sehubungan itu kata Syed Ali, tidak timbul tuduhan ada pihak kerana agenda politik peribadi ingin menjatuhkan Shahrizat tetapi ini berlaku kerana mereka sayangkan parti lebih daripada kepentingan individu tertentu.

Syed Ali menegaskan, beliau secara ikhlas tetap akan bersuara membangkitkan keresahan golongan akar umbi berkaitan isu NFC tetapi bukan bermakna ingin bermusuh dengan Shahrizat.

"Kita orang parti, orang UMNO dan menjadi hak serta kewajipan kita untuk menegur mana-mana yang dirasakan perlu diperbetulkan, bukan bermakna kita tegur kerana kita ingin jatuhkannya," tegasnya.

"Kalau orang UMNO tak boleh bersuara, di halang untuk melontarkan pandangan dan teguran, apa ertinya menjadi ahli parti, tetapi bukan bermakna kita boleh keterlaluan melanggar peraturan dan tatatertib parti.

Beliau berkata, pemimpin UMNO lantang menegur Shahrizat kerana mereka sayangkan parti melebihi kepentingan individu supaya tidak rosak dan dicemuh oleh rakyat.

"Shahrizat tidak penting, saya pun tidak penting, tetapi perjuangan UMNO dan aspirasi rakyat yang harus kita utamakan, mengapa kita selalunya sanggup berboh0ng kononnya kita pejuang rakyat, tetapi kita terlalu sayangkan jawatan yang disandang," tegasnya lagi.

Dalam hal ini kata beliau, seseorang pemimpin yang ikhlas dan berjiwa rakyat tidak akan menjadi takut dan melenting apabila ditegur walaupun kritikan itu amat pahit.

Menurut Syed Ali lagi, Shahrizat harus ikhlas melihat ke dalam dirinya bahawa walau apa pun alasan dan andaian yang diberikan, ia tetap berkait dengan keluarga beliau.

"Beliau boleh kata tak tahu atau tak ada kaitan, tetapi peneraju NFC adalah suami dan anak-anak beliau, masih ada hubungan keluarga, ada pertalian suami isteri, masakan dia tak pernah tahu dan ambil tahu, oleh sebab itu pembangkang tuduh Shahrizat buat lawak bodoh," katanya lagi.

Dalam hal ini katanya, adalah wajar desakan dibuat oleh rakan-rakan UMNO supaya beliau meletakkan jawatan sebagai anggota jemaah menteri tetapi masih kekal sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

"Ini penting supaya mengelak daripada Shahrizat dituduh mempunyai kepentingan, sebab dia jadi menteri, jadi jika benar Shahrizat pejuang tulin UMNO, maka tidak ada sebab mengapa beliau takut sangat nak undur diri daripada kabinet," ujarnya.

Justeru katanya, tidak rugi jika Shahrziat mengambil keputusan bijak dengan meletakkan jawatan sebagai menteri tetapi tetap meneruskan perjuangan memperkasakan wanita UMNO.

"Apakah jika tak pegang jawatan menteri atau timbalan menteri, seseorang itu tidak boleh berkhimat kepada rakyat ? Apakah itu sebenarnya matlamat perjuangan kita bersama UMNO?,"soal beliau.

Menurut Syed Ali lagi, pemimpin UMNO yang benar-benar ikhlas, amanah dan bertanggungjawab kepada parti tidak akan berasa janggal untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat walaupun tidak diberikan jawatan penting sama ada dalam parti dan kerajaan.

Beliau menyebut contoh bagaimana Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yang masih cemerlang berkhidmat walaupun tidak diberikan jawatan menteri atau timbalan menteri.

"Khairy tidak menangis pun tak ada jawatan, dia tak kata pun ada orang UMNO nak sebotaj beliau, sebaliknya dia tetapi menunaikan amanah dan tanggungjawab selaku ketua pemuda, penampilannya disenangi ramai terutama di kalangan pemuda, " katanya.

Tambah beliau lagi, UMNO akan disenangi dan dihormati terutama oleh orang Melayu jika pemimpinnya ikhlas dan tidak hipokrik termasuk dalam kehidupan harian.


UMNO Bahagian Cheras

Read more ...

BOUCAR BR1M!!! Boleh pun ambil di Pejabat Daerah, kenapa UMNO susahkan rakyat beratur tengah panas sebelum ni?


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata setelah mendapatkan baucar berkenaan, mereka perlu ke bank yang ditetapkan untuk menukar baucar itu kepada wang tunai.

"Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, saya minta mereka mengisi borang rayuan dengan segera. Bukan mengisi borang permohonan tetapi borang rayuan yang disediakan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan kepada 27 mangsa ribut di Kampung Ulu Chemor di Ipoh, semalam.

Beliau berkata orang ramai yang belum menerima maklum balas berhubung permohonan mereka diminta bersabar kerana pihak terlibat sedang menyediakan surat panggilan penyerahan baucar berkenaan.

Ahmad Husni berkata terdapat rungutan daripada pemohon bahawa mereka tidak mendapat maklum balas sama ada permohonan mereka diterima atau sebaliknya.

"Ia dalam urusan....kita ada masa sehingga 15 Mac ini untuk menjelaskan pembayaran bantuan itu dan bagi saya ia mengikut jadual," katanya.


JADILAH WARGA YANG BIJAK... WARGA YANG PANDAI MENGGUNAKAN AKAL DAN OTAK....

MENGAPA PERLU BERJEMUR DIBAWAH PANAS MATAHARI YANG TERIK UNTUK BERJAM-JAM LAMANYA SAMPAIKAN ADA YANG PENGSAN SEMATA-MATA MAU MENGAMBIL HAK ANDA TERUS DARI TANGAN PARA PEMIMPIN UMNO....

NILAINYA TETAP SAMA.. SAMA ADA AMBIL DARI TANGAN PARA PEMIMPIN UMNO/BN ATAU TERUS KEESOKAN HARINYA KE PEJABAT DAERAH BERKENAAN...

JANGANLAH KITA DIPERLAKUKAN SEBAGAI ANJING KURAP OLEH PARA PEMIMPIN UMNO/BN....OMAK KAU

Read more ...

PRU 13!!! PAS berpotensi menang lapan kerusi di Negeri Sembilan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgjLpXg_XiCuQAHI5ner-R6hqDnDcsbalYeROlJfPQrq3TFU2v8f3q0pOBji18ShEPwA4dWqPk3-9FKhghTJnjJ8i4gP_CH8Lg8Xac7BJBIYOnRjwWY0yREqX2tAa4-InXxLE8bGE2IN7mp/s1600/taufek_pjns2.pngPAS Negeri Sembilan mengenalpasti lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berpotensi dimenangi dalam pilihan raya umum depan, kebanyakannya di kawasan pengundi campuran seperti Klawang, Gemencheh dan Chembong.

Pesuruhjaya PAS negeri Mohd Taufek Abdul Ghani berkata, di kawasan-kawasan itu, pengundi bukan Melayu yang kebanyakannya didakwa Pro-Pakatan Rakyat mencapai jumlah sehingga 40 peratus.


"Justeru saya merasakan ada lapan kerusi yang kita tumpukan untuk kita menang di samping menggerakkan juga kerusi-kerusi lain agar ianya menjadi kemenangan luar jangkaan.


"Setakat ini, semua kawasan sasaran kita ini telah digerakkan jenteranya semaksimum mungkin dan kita yakin, jika semuanya lancar, kemenangan akan menyebelahi kita," anggota DUN Paroi itu dipetik sebagai berkata.

Dalam pilihan raya umum lalu, kecuali Taufek, semua calon PAS tewas di tangan BN. Bagaimanapun, Pakatan Rakyat berjaya menjadi pembangkang kuat di negeri itu apabila DAP menang di tujuh kerusi dan PKR pula berjaya di empat kawasan.

Sekiranya sasaran PAS itu berjaya dan kerusi sedia ada dapat dipertahankan, di atas kertas, Pakatan berjaya mengambil alih negeri itu daripada BN.

Dalam wawancaranya yang disiarkan dalam blog wartawan kanan Harakah, Taufek berkata, tidak melupakan pengundi Melayu, pihaknya melancarkan awal manifesto mereka yang antaranya cuba menyelesaikan masalah tanah adat.

Beliau juga mendakwa mendapat kelebihan di kawasan Felda seperti Serting yang dijadikan Felda Angkat oleh NGO yagn dekat dengan PAS Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK).

"Saya nampak peluang menang sebenarnya cerah kerana kita hanya dipisahkan dengan empat kerusi sahaja dalam pilihan raya umum yang lalu untuk menerajui Negeri Sembilan.

"Justeru dengan gerak kerja yang jauh lebih teratur, saya yakin kita berada di landasan yang sangat baik untuk menerajui negeri ini," katanya.

Sementara itu, berhubugn pemilihan calon, Taufek berkata, majoriti calon PAS di Negeri Sembilan muda baru dan berumur sekitar 40-an.

"Kita ada calon yang sangat dikenali masyarakat, bekas imam, bekas pegawai kerajaan, pengurus bank dan sebagainya, kita sangat kritikal dalam memilih calon," katanya.

Read more ...

TERUSKAN HJ. DZULKEFLY!!! Tak kan undur biar setapak

NUSAJAYA, 6 Feb 2012: Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor merangkap YDP PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj. Dzulkefly Ahmad menjelaskan bahawa beliau tidak akan patah semangat dan tidak akan undur setapak kebelakang walaupun rumah dan kereta beliau dibakar pada kejadian yang berlaku pada jam 3.40 pagi, 3 Februari yang lalu.

Sebaliknya beliau menyatakan bahawa beliau tidak panik dan menganggap ia adalah sebahagian daripada ujian di dalam perjuangan.


" Saya tidak panik dengan kejadian yang menimpa saya dan keluarga saya ini. Semasa kejadian, saya menyuruh ahli keluarga untuk keluar dari pintu belakang. Alhamdulillah saya dapat membuka pintu belakang dengan baik", jelas beliau ketika menceritakan kembali saat rumah dan kereta beliau dibakar kepada masyarakat sekitar Taman Universiti yang hadir ke majlis solat hajat untuk kejadian ini.



"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada saya dan keluarga. Kehadiran pemimpin dari Pakatan Rakyat dan penduduk sekitar memberi sokongan moral kepada saya. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian kepada saya dalam perjuangan ini", ujar beliau lagi.

Sementara itu, YB Salahuddin Ayob yang merupakan Naib Presiden PAS Pusat turut melahirkan kenyakinan kejadian sabotaj yang berlaku ini akan menguatkan lagi hati penyokong pakatan rakyat agar tidak gentar menghadapi musuh.


Turut bersama-sama hadir ke majlis solat hajat tersebut adalah Dato' Dr. Mahfodz Mohamed selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Saudara Mazlan Aliman selaku AJK PAS Pusat merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor dan Saudara Suhaizan Kaiat selaku Ketua Pemuda PAS Johor.

Read more ...

MAI BACA!!! Blogger UMNO menyampah dengan Hasan Ali, tidak setuju UMNO sedia platform ceramah

Malas aku nak komen bab ini,, cuma aku paparkan dari pandangan blogger UMNo yang tiada apa-apa kepentingan diri......ManjungMari

Cantiikkk...atas scallop Umno
.....pentas lak warna PKR?

Saperti yang aku janjikan,aku ulas sedikit tentang ceramah Hassan Ali yang berlangsung di Ampang malam tadi.Aku pada mulanya memang tak mahu turun membuang masa mendengar ceramah bekas motivator dan Pesuruhjaya Pas Selangor ini,tapi atas desakan beberapa sahabat AJK Bahagian aku turun lah juga.

Semua pun tahu aku ini skeptikal sikit dengan karektor Hassan Ali dan pernah aku sarankan dia jual KISMIS JAMPI dari membuang masa menjelajah negara menerangkan sebab dia DITENDANG keluar Pas dan perjuangan IMR (Islam Melayu Raja) yang baru diilhamkan nya itu.

Memang sejak dipecat dari Pas aku tak pernah menulis atau membaca artikel tentangHassan Ali ini malahan video video siri jelajah dia setakat hari ini yang banyak dipromo sahabat sahabat bloggers pun tak pernah aku tonton lagi.

Hanya sekadartertonton bila menonton Buletin Utama TV3 setiap hari,itupun klip klip pendek yang disunting TV3 untuk tujuan propa,jadi tak adalah aku ambil serious sangat apa yang dilalakan Hassan Ali hampir setiap hari.

Jadi misi aku turun ke Ampang Indah malam tadi adalah untuk mengikuti sendiri secara LIVE apa yang akan diperkatakan Hassan Ali yang aku rasa tidak akan banyak berbeza dengan apa yang telah dia perkatakan sebelum ini dalam siri jelajah nya.

Aku berharap aku SILAP dalam membuat andaian aku terhadap dia sebelum ini dan mungkin malam ini akan mengubah PERSEPSI aku tentang susuk tubuh yang bernama HASSAN ALI.

Tapi setelah mengikuti ceramah penerangan/penjelasan Hassan Ali malam tadi,aku tambah menyampah dengan manusia bongkak dan hipokrit ini.

Tiada apa yang diperjuangkan oleh Hassan Ali kecualiKEPENTINGAN DIRI dia sendiri dengan menjaja keburukan Pas yang dianuti dan didakapi nya selama bertahun tahun.

Persetan lah dengan alasanPERJUANGAN DEMI MENEGAKAN AGAMA TOK NENEK yang konon nya menjadi sebab mengapa dia DISINGKIR Pas!Semua nya sembang kosong dan terlalu plastik pada aku.

Dato Mail Kijo dan Hj Aziz Derus cuma duk dalam gelap je..?

Hassan Ali tidak lebih dari PEMECAH MELAYU dengan agendaKUASA KETIGA dan NGO JATI yang bakal dia lancarkan pada 21 Feb ini.

Tidak kah secara terang terangan Hasan Ali berniat memecahkan kesatuan orang Melayu kepada kumpulan baru yang akan bernaung dibawah NGO JATI?Tidak cukupkah perpecahan sebelum ini yang melibatkan Perkasa dan lain lain NGO?

Nampaknya UMNO masih buta dengan menyediakan platform untuk PENJUAL KISMIS JAMPI ini menjual temberang nya.

Meskipun Ketua Bahagian dan Timbalan nya tidak duduk dalam kemah dan memilih untuk duduk dalam samar samar cahaya belakang kemah utama,tapi kehadhiran ramai AJK Umno Bahagian Ampang memperlihatkan program malam ini di Ampang adalah dengan kerjasama Umno Bahagian.

Tenguk saja kain scallop merah putih orang dah tahu anjuran siapa program ini.

Tak tahulah aku apa MILEAGE yang Umno akan perolehi denganMENGUSUNG Hassan Ali kesana kemari memberi ceramah?

Apa yang aku nampak Hassan Ali hanya berminat menarik penyokong nya didalam Pas untuk menyertai JATI yang mungkin akan digunakan nya sebagai PLATFORMuntuk dia bertanding sebagai Calun Bebas di PRU13.

Program malam tadi tak ubah macam sessi motivasi yang diberi percuma ditengah padang dan tidak dikenakan bayaran saperti lazimnya.Hasan Ali saperti ramai pemimpin Pas tidak lebih dari SAUDAGAR AGAMA!Jadi persoalan nya...

APAKE JADAH YANG UMNO TERHEGEH HEGEH PROMO HASSAN ALI INI..???

Sumber :lagi-pasal-jelajah-hassan-ali-di-ampang.

Read more ...

MENANG ATAS TIKET PAS!!! Hasan Ali perlu letak jawatan ADUN Gombak Setia

http://2.bp.blogspot.com/-R8LngVe5KR8/TvRwdwZoJFI/AAAAAAAAF3Q/yKF45M1Y3Yc/s1600/Hassan-Ali-PERKASA.pngSHAH ALAM – Datuk Dr Hasan Mohamed Ali perlu meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia sekiranya enggan membuat rayuan kerana kerusi dimenanginya itu atas tiket Pas.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas akan terus mendesak Hasan supaya melepaskan jawatannya serta-merta sekiranya beliau sudah membuat keputusan muktamad tidak mahu merayu dan berhajat untuk ‘angkat kaki’ daripada menjadi ahli parti itu.

Menurutnya, adalah lebih baik bagi bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu berdiam diri dan tutup mulut daripada memburukkan orang lain serta melabelkan pemimpin tertentu sebagai parasit.

“Sekiranya beliau tidak suka pada seseorang, itu haknya. Ini semua tiada kaitan dengan Pas lagi, tetapi saya ingatkan supaya tidak meletakkan semua kesalahan kepada orang lain sedangkan ia adalah kesalahan yang dilakukan dirinya sendiri.

“Hasan tidak boleh cakap orang lain parasit kerana orang berkenaan ada hati dan perasaan. Sebab itu menasihatinya supaya tidak buka mulut,” katanya, semalam.

Semalam akhbar ini melaporkan keengganan Hasan membuat rayuan terhadap keputusan pemecatannya daripada Pas yang disifatkan dilakukan se­ca­ra autokratik dan tidak de­mokratik.

Malah Hasan turut menggariskan sembilan sebab mendorongnya membuat keputusan penting itu.

Mengulas tindakan Hasan yang melemparkan kesalahan ke atas Pas dan mengemukakan sebab-sebab menolak parti itu, Tuan Ibrahim berkata, tindakan itu langsung tidak munasabah, malah beliau masih gagal mendedahkan individu dimaksudkan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan Hasan seorang pemimpin yang gagal dan tidak mempunyai autoriti serta hak melakukan perubahan setelah diberikan peranan memegang dalam jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

“Kenapa beliau mahu menyalahkan orang lain? Mengaku saja yang diri sendiri buat salah. Tidak ada urusan campur tangan orang lain ketika beliau pegang jawatan berkenaan," katanya

Read more ...

TANAH REZAB MELAYU!!! Inilah buktinya Hasan Ali menuduh hak Melayu akan hilang di bawah Pakatan


Tanah Rezab Melayu disebut dalam Perlembagaan Malaysia sebagai suatu aset yang dilindungi dan dijamin hak untuk memulihara hak milik orang Melayu di negara ini. Tetapi sepanjang BN perintah Malaysia lebih 54 tahun, bilangan tanah rezab Melayu semakin pupus.

UMNO telah bertindak mengambil tanah-tanah rezab Melayu tanpa digantibalik sepertimana yang diperuntukan perkara 153 Perlembagaan.

Melalui Pindaan Kanun Tanah Negara pada tahun 1992, memberi peluang kepada kerajaan-kerajaan negeri mengambil tanah-tanah rezab Melayu dengan alasan untuk pembangunan.

Dua perkara besar menyebabkan menyebabkan hak milik tanah rakyat tidak terjamin.

Pertama, kerajaan berkuasa mengambil tanah rakyat tanpa halangan dan rakyat tidak berhak mendakwa kerajaan di mana-mana mahkamah.

Kedua, tanah rakyat boleh dijual kepada warga asing. Harus diingat sebelum akta ini dipinda, kerajaan tidak sewenang-wenangnya boleh mengambil tanah-tanah ini, tanah-tanah ini hanya boleh diambil untuk kemudahan awam, sekolah dan hospital.

Kerajaan Negeri Kedah di bawah BN

  • Merampas tanah sawah 2,000 ekar di Kerpan dan diserahkan kepada Syarikat Benladin Group untuk projek udang harimau. Projek itu gagal dan petani-petani di Kerpan sekarang hilang hak mereka ke atas tanah-tanah sawah tersebut.

Di Johor pula

  • -Umno merampas 26,000 ekar tanah dari Tanjung Langsat hingga ke Tanjung Piai, Pontian untuk membina Bandar Baru Piai. Kampung rakyat itu diserahkan kepada Syarikat Kok Brothers dan UEM.
  • yang paling teruk ialah tanah-tanah rezab Melayu dan tanah-tanah projek WPI juga telah dijual kepada Cina Singapore

Di Melaka,

  • Umno mengambil tanah rakyat di Kampung Pantai Kundur dan tanah Merah untuk pembinaan Butter Zone oleh Petronas.

Di Terengganu,

  • Umno menjual tanah orang ramai di Pulau Redang kepada Syarikat Berjaya Group seluas kira-kira 300 ekar dengan harga RM500.00 seekar. Ia dijual pula dengan harga RM70,000.00 seekar.
  • Sanusi Junid ketika menjadi MB Kedah telah memberi jawapan bertulis terhadap pertanyaan ADUN Sala, Ustaz Azizan Abdul Razak di persidangan DUN bulan Ogos 1996 menyatakan 20,677.89 hektar tanah rezab Melayu telah dijual dan pada tarikh itu kerajaan Kedah belum lagi mengganti tanah yang dijual itu.

Di Langkawi pada tahun 1990,

  • 80 penduduk yang tinggal di Pantai Gelang telah diambil tanahnya untuk dirikan Pelangi Beach Resort. Di Selanggor seluas 8,299. 9 hektar telah hilang statusnya.

Di Negeri Sembilan

  • Seluas 930 hektar telah diambil di Mambau untuk pembangunan.
  • Selama 3 Dekad UMNO Memerintah, Tanah Rezab Melayu Berkurang dari 3 Juta Hektar kpd 1.7 Juta Hektar

Akibatnya jumlah keluasan tanah rezab Melayu menurun dengan drastik dalam tempoh hanya tiga dekad dari sejumlah tiga juta hektar pada tahun 1957 mengecil menjadi 1.7 juta hektar pada tahun 1995, iaitu merosot hamper 44% daripada asal bersamaan 1.2% kemerosotan setiap tahun.

Manakala jumlah yang digantikan semula mengikut kajian yang dibuat pada tahun 1995 hanya sekitar 34% sahaja. Jika pengambilan ini berterusan tanpa penggantian dibuat dengan alasan pembangunan, maka akan tinggal 14% sahaja pada tahun 2020.

Kadar Kehilangan Tanah Rezab Melayu Setelah Dijual Oleh UMNO

Pengambilan tertinggi tanah rezab Melayu yang tidak diganti berlaku di Kuala Lumpur iaitu daripada 1. 067.5 hektar keluasanan sebelumnya kepada 787.1 hektar pada tahun 1995. Diikuti Kedah, 820.6 hektar pada tahun 1995 berbanding sebelumnya 964.9 hektar.

Selangor memiliki 173,599.16 hektar berbanding sebelumnya sebanyak 181,658.62 hektar. Pulau Pinang pada tahun 1975 memiliki 67.410 ekar atau 34% daripada seluruh tanah yang didaftarkan menurun menjadi 31.815 ekar pada tahun 1985.

Kesan pengambilan di Kuala Lumpur lebih dashat, iaitu daripada ? hartanah di KL ini adalah hak milik Melayu pada tahun 1957 menjadi hanya 5.1 % sahaja pada sekarang sedangkan bangsa lain memiliki 94.9 % hartanah.

Pemimpin-pemimpin Umno ini kianat terhadap bangsanya sendiri. Pengambilan tanah-tanah ini dibayar pampasan tidak mengikut harga pasaran semasa kerana status tanah ini masih dalam status pertanian belum lagi ditukar status.

Sebaik sahaja pengambilan tanah-tanah ini selesai dibuat, maka status tanah-tanah ditukar ke status kormesial dan dijual kepada tokoh-tokoh korporat bukan Melayu dengan nilai berjuta ringgit.

Mereka menjadi kaya raya sekelip mata, buat untung atas angin. Begitulah cerdiknya pemimpin-pemimpin Umno.

Apa Akan Jadi Dgn 16, 997 Hektar Tanah Rezab Melayu Di WPI?

WPI akan melibatkan 16,997 hektar Tanah Rezab Melayu (TRM) yang mana sebahagiannya adalah tanah Felda. Apakah nasib TRM ini? Pada masa sekarang banyak TRM yang diambil balik oleh kerajaan tidak digantikan semula.

Dalam Pelan Pembangunan Komprehensif WPI tidak dinyatakan bagaimanakah kaedah untuk mengekalkan pemilikan TRM.

WPI juga akan melibatkan tanah-tanah milik orang Bumiputera/Melayu yang bukan berstatus TRM. Bagaimanakah nasib tanah-tanah ini? Setelah isu ini diketengahkan, Menteri Besar Johor pada 14 April, 2007 menyatakan kerajaan bercadang untuk menubuhan Amanah Hartanah (Property Trust) bagi membolehkan masyarakat bumiputera bersama-sama menyertai pemilikan harta di WPI walaupun pada nilai yang rendah.

Modul operandi Amanah Harta ini sehingga sekarang tidak dijelaskan secara terperinci. Kita tidak mahu melihat nasib orang Melayu/Bumiputera di WPI akan menerima nasib seperti orang Melayu/Bumiputera di Pulau Pinang dan Pulau Langkawi yang terpinggir dan terkorban atas nama pembangunan.

Kita mahu melihat pegangan pemilikan hartanah oleh Melayu/bumiputera akan terus kekal walaupun tanah-tanah mereka dibangunkan.

Pemilikan Tanah WPI Oleh Singapura

Pemilikan tanah oleh pelabut-pelabur dan syarikat-syarikat dari Singapura akhirnya akan menjadikan Singapura memiliki kuasa perundingan yang significant (significant bargaining power) ke atas Malaysia.

Dengan kata lain dalam perundingan selepas dari ini khususnya berkaitan dengan WPI, suara, pandangan serta persetujuan daripada Singapura hendaklah diperolehi. Secara tidak langsung Singapura boleh “memandrumkan” Malaysia supaya tunduk kepada pelbagai tuntutan daripada Singapura di masa hadapan. Ini adalah antara risiko yang perlu ditanggung apabila kerajaan mengambil tindakan “menjual” negara kepada warga asing.

Singapura selepas dari ini tidak berlu lagi menggunakan pendekatan berkonfrantasi dengan Malaysia tetapi memadai dengan ugutan untuk menarik balik pelaburan daripada WPI sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi oleh Malaysia. Akhirnya Malaysia akan menjadi barua kepada Singapura.

Baca lagi di sini

Apa sudah jadi dengan tanah orang Melayu? Ini fakta menunjukkan Umno penjahanam tanah orang Melayu:-

• 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung.

• 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

• 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Highway!

• Kerajaan Umno/BN Perak gadai tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor, Kinta, dan Perak kepada taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).

• 9 ribu hektar tanah Rezab Melayu di Selangor telah ditukar status kepada bukan rezab Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih kurang 3 ribu hektar sahaja yang diganti. Selebihnya jin tanah makan.

• Pada tahun 1990, seramai 80 orang penduduk di Pantai Chenang Langkawi yang duduk di atas tanah rezab Melayu dihalau untuk membina Pelangi Beach Resort.

• Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah Rezab Melayu Kampung Mambau Negeri Sembilan telah diambil untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal disitu.

• 26,000 hektar (dua puluh enam ribu) tanah rezab Melayu di Tanjung Langsat-Tanjung Pia Johor diambil untuk New Town Ship. Projek yang diusahakan oleh Kuok Brother Collabratioan UEM.

• 300 ekar tanah Rezab Melayu di Pulau Redang Teregganu kepada Vicent Tan untuk projek perlancungan.

• Pada tahun 1993, 1000 ekar tanah Rezab Melayu di Kerpan Kedah (tapak sawah yang subur) untuk projek kolam udang.

• 13 Jun 2008 (Utusan Malaysia) melaporkan penduduk sekitar daerah Kota Tinggi, kecewa dengan tindakan pejabat tanah menolak permohonan mereka mendapatkan tanah seluas 182.11 hektar di Batu 15 Jalan Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di sini. Tanah yang sudah dipohon sejak 20 tahun dahulu telah diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya angkara? PR atau Umno.

• Akibat kebodohan pemimpin Umno menyebabkan Pulau Batu Putih pun terlepas yang dapat hanya pulau tenggelam timbul (Batuan Tengah dan Tubir Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka Pulau Batu itu timbul. Inilah yang disebut oleh Datuk Rais Yatim Menteri Luar menang-menang.RM

Read more ...

TU DIA!!! Wanita UMNO bergasak kerana lembu



Shahrizat: Saya tak mahu kurang ajar kepada Rafidah

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menolak desakan Tan Sri Rafidah Aziz supaya beliau mengundurkan diri selepas terheret dengan skandal projek ternakan lembu syarikat Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Bercakap kepada wartawan selepas majlis penyampaian hamper sempena sambutan Maulidul Rasul, di Wad Bersalin, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur hari ini, Shahrizat berkata beliau tidak akan mengulas kerana dia tidak mahu dianggap kurang ajar terhadap bekas ketuannya itu.

"Saya tidak mahu serang orang yang lebih tua daripada saya, saya datang dari keluarga di mana ibu bapa saya mengajar saya untuk tidak kurang ajar kepada sesiapa, lebih-lebih lagi mereka yang lebih tua daripada saya, jadi saya akan tutup mulut," katanya.

Khamis lalu, akhbar Malay Mail menyiarkan pada halaman utamanya, gesaan Rafidah supaya penggantinya meletakkan jawatan kerana menimbulkan masalah kepada Umno.

Ditanya sama ada keengganan beliau untuk meletak jawatan dari kerajaan mahupun parti akan menjejaskan reputasi Umno, Shahrizat berkata kontroversi adalah perkara biasa bagi mana-mana pemimpin politik.

Menurut beliau, di seluruh dunia, baik pihak kerajaan mahupun pembangkang sentiasa akan berdepan dengan isu dan kontroversi yang mencabar.

"Di serata dunia, setiap kerajaan dan setiap parti politik, sama ada anda dengan kerajaan atau dengan pembangkang, anda melalui tempoh yang penuh cabaran. Tidak ada yang luar biasa atau aneh.

"When you are a leader, you will always (be) on the line of fire," (bila anda jadi pemimpin, anda akan sentiasa berada di sasaran serangan), katanya.

Perkara biasa

Jadi, apa yang berlaku ke atas dirinya dianggap sebagai perkara biasa. Shahrizat berkata beliau tidak perlu menjawab pelbagai tuduhan yang dilemparkan dan dia hanya bertanggungjawab kepada Allah.

"Mengapa saya pergi ke Mekah tiga kali dalam dua setengah bulan? Kerana saya takut kepada tuhan, saya minta petunjuk dan bimbingan dari Allah," kata Shahrizat, yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat.

Menurutnya, beliau tidak akan menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan NFC kerana siasatan masih berterusan tetapi menegaskan bahawa beliau tidak seharusnya dilabelkan bersalah tanpa proses yang sewajarnya.

"Sebagai seorang peguam dan bekas majistret, saya tidak menghukum seseorang bersalah sehingga dibuktikan. Jadi, tidak, saya tidak akan letak jawatan," katanya.

Malah, katanya, beliau juga memahami apa yang dilakukan oleh pembangkang adalah semata-mata untuk melemahkan semangat beliau selaku Ketua Wanita Umno, yang juga menjadi kekuatan kepada parti itu dan BN.

Pengerusi NFC Datuk Seri Mohamed Salleh Ismail adalah suami Shahrizat. Syarikat itu dituduh menyalah-gunakan dana RM250 juta dalam bentuk pinjaman mudah yang diberikan oleh kerajaan melalui dana Kumpulan wang Simpanan Pekerja kepada NFC.

Projek NFC bertujuan untuk mengurangkan import daging lembu di negara ini tetapi Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan bahawa projek berkenaan telah tersasar jauh.

Berikutan itu, beberapa pemimpin PKR kemudiannya mendedahkan bahawa pinjaman RM250 juta itu bukan digunakan untuk projek ternakan lembu tetapi dibelanjakan kepada perkara-perkara yang tidak ada kaitan, seperti pembelian kondominium mewah di Kuala Lumpur dan Singapura.

Dana berkenaan juga didakwa digunakan untuk membeli beberapa plot tanah utama di Putrajaya dan kereta mewah.

NFC ialah projek 'Lembah Daging' di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import.Kedah La

Read more ...

AGAK-AGAK LA NAK MENIPU!!! Blogger UMNO segala benda nak tipu sampai orang UMNO pun tak percaya

Oleh: Che Nad

Secara teorinya, apabila terlalu banyak seseorang itu berbohong... maka rakyat akan makin kuat menolak mereka. Sebab itu bagi Che Nad, blog pro PR di samping godam BN sampai rapat ke dinding, kena dedahkan banyak2 pembohongan UMNO/BN supaya apa yang disampaikan selepas itu maka orang tak pikiaq banyak kali... sepatah saja orang komen.."Bohong aihh!"


Pagi ni Che Nad petik pembohongan terbaru UMNO dari sebuah blog upahan Najib. Cha pakat baca tengok...






Sedang Kulaan beratur menunggu giliran untuk membeli tiket feri ke Langkawi, tiba-tiba datang sebuah bas berstikerkan Kerajaan Negeri Kedah.

Kulaan sempat bersembang dengan seorang pakcik yang turun daripada bas tersebut bertanyakan tujuan beliau ke Langkawi. Pada mulanya Kulaan ingat ada rombongan kakitangan Kerajaan Negeri Kedah nak melancong sama ke Langkawi.

Alangkah terkejutnya Kulaan bila jawapan yang diberikan adalah "nak pegi ceramah Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Aziz mai ceramah kat Langkawi esok malam..." Terlopong mulut Kulaan seketika. Kulaan bertanya lagi, itu bukan ka bas Kerajaan Negeri Kedah. " Dah Pas pegang Kedah, mesti la Kerajaan Pas yang bagi guna".

"Asal tak naik kat Kuala Kedah?" Tanya Kulaan lagi. "Entah, takut orang UMNO nampak kot. Kat Kuala Perlis nie depa tak perasan kot" jawab pakcik tu lagi tanpa mengenali siapa Kulaan sebenarnya. Mungkin pakcik tuh ingat Kulaan pelancong macam yang lain.

Siapa kata Pas tak menyalahgunakan kenderaan kerajaan negeri demi kepentingan parti seperti yang sering dilaungkan Pas kepada kerajaan BN. Ini antara bukti penyalahgunaan kuasa yang diberikan oleh rakyat yang memberi undi kepada Pas kononnya parti yang memperjuangkan Islam tapi hakikatnya mereka juga manusia biasa yang punya nafsu.

Sah! Esok akan keluar di Harakah lidah rasmi Pas dan di blog-blog pro pakatan yang datang ke ceramah Nik Aziz beribu. Hakikatnya yang datang bukanlah orang Langkawi tapi "Pendengar Ceramah Hantu", orang luar sama seperti ceramah-ceramah mereka yang lain.


Ulasan Che Nad:

Cerita di atas adalah BOHONG semata-mata kerana di zaman PAS menjadi kerajaan jentera kerajaan tidak digunakan untuk urusan politik kepartian. Kerja jahat seperti ini hanya berlaku di zaman BN dulu.

Kononnya hantar 1 bas... elehh kalau takat 1 bas pi dengar ceramah Tok Guru, lekat celah gigi jerr.

Tak logik langsung orang nak dengar ceramah sampai kena pulun lintas laut pi Langkawi. Kat tanah besaq ni pun bersepah ceramah PAS/PR yang dihadiri oleh ribuan rakyat Kedah hingga mengecutkan telor para pemimpin UMNO. Tok Guru Nik Aziz baru mai ceramah saja dalam konvensyen PR di Suka Menanti yang dihadiri oleh lebih 50 ribu rakyat Kedah.

Cerita ni dibuat oleh UMNO sebagai strategi nak cover siap2 bila nanti orang Langkawi berhimpun beribu orang dengar ceramah Tok Guru maka tergugatlah UMNO Langkawi yang laa ni tengah nyawa2 ikan nak mampoih pi dah. Kalau rakyat Malaysia pakat terkejut, ramainya orang pakat pi dengar ceramah Tok Guru maka depa jawab.. Kan aku dah habag, penyokong import dari seberang.

Tapi kalau kita tengok pembohongan yang dibuat tu begitu kreatif, siap dengan dailog bagi nampak real. Itulah kelebihan blogger UMNO yang mendapat latihan khusus dari Yahudi APCO di Institut Latihan Propaganda UMNO (ILPO) di Janda Baik.

Sapa ada lagi cerita2 bohong dari blogger upahan Najib, mai laporkan kad Kedah La.. kita londeh Umno sampai tinggai telog.Kedah La

Read more ...