Tuesday, August 17, 2010

PAS mungkin letak calon bukan Islam di Kedah


ALOR SETAR , 18 Ogos : PAS mungkin akan meletak calon bukan Islam bertanding mewakili parti itu di beberapa kawasan majoriti bukan Melayu di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke - 13.


Timbalan Pesuruhjaya I PAS negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, perkara itu akan diputuskan oleh PAS Pusat selepas rundingan dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain menerusi Jawatankuasa Pembahagian Kerusi yang dijangka akan diadakan penghujung bulan depan.


“Kita di negeri hanya mengkaji dari aspek keperluan dan keseimbangan. Keputusan muktamad akan dibuat PAS Pusat selepas berunding dengan rakan PR,” katanya.

Apa yang penting kata Ir Phahrolrazi ialah PR perlu menang besar untuk mengukuhkan pemerintahan negeri.

“Keputusan akan dibuat setelah mengambil kira faktor sokongan dan penerimaan pengundi selain pendirian rakan komponen PR. Kita akan kaji dengan teliti dan memberikan laporan yang tepat kepada PAS Pusat. Jika perlu, calon bukan Islam akan diletak bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu yang boleh memberikan PR kemenangan besar,” katanya.

Ir Phahrolrazi yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri berkata, peluang untuk ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) daripada kalangan bukan Islam untuk terpilih mungkin ada jika ketiga-tiga parti komponen, PKR, PAS dan DAP berpendapat peluang calon bukan Islam daripada PAS untuk menang lebih tinggi berbanding calon parti mereka.

“Ia bergantung sepenuhnya kepada keperluan parti dan PR. Saya tidak menafikan kemungkinan calon bukan Islam daripada PAS untuk diletakkan dalam pilihan raya memang ada,” katanya. SH

Ir Phahrolrazi berkata, tiada kuota yang ditetapkan untuk calon bukan Islam bertanding di negeri ini.

Beliau bagaimanapun yakin, sokongan ahli DHPP terhadap parti tidak akan terjejas di samping menyatakan peluang terpilih sebagai calon pilihan raya bukan objektif utama penyertaan mereka.

“Peningkatan bilangan penyertaan orang bukan Islam bersama PAS disebabkan mereka yakin dengan hala tuju perjuangan parti ini yang berlandaskan Islam dan bebas daripada rasuah.”

“Saya tidak nampak ketiadaan kuota calon bukan Islam akan menjadi satu masalah besar kepada DHPP,” katanya.SH

Read more ...

Pemuda Umno Kedah meludah ke langit


KUALA NERANG, 18 Ogos : Ketua Penerangan Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria menganggap kenyataan Pemuda UMNO Kedah, Badrol Hisham Hashim terhadap kejadian banjir di Sik dan Baling diibaratkan seperti ‘meludah ke langit’ kerana pembalakan yang berlaku di kawasan tersebut adalah di bawah kelulusan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Sementara itu, Sinar Harian siaran 17 Ogos, kelmarin mengeluarkan pendirian Pemuda UMNO Kedah yang kesal dengan kejadian banjir di Sik yang mana mahu Kerajaan Negeri menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terlibat.


Nasir berkata, punca kejadian tersebut tidak seharusnya di tuding kepada kerajaan Kedah di bawah pimpinan Pakatan Rakyat-PAS kerana Pemuda UMNO seharusnya tersedia maklum kejadian itu berpunca daripada kerajaan sebelum ini.

“Dia seorang yang berada dalam kepimpinan UMNO seharusnya tahu mengenai isu balak tersebut yang dilakukan kerajaan BN sebelum ini. Sekiranya apa yang dilakukan itu tidak betul dan memberi kesan kenapa dia tidak mempertikaikannya sebelum ini.

“Kerajaan yang ada sekarang tidak pernah meluluskan lesen untuk aktiviti pembalakan. Kenapa ini ditimbulkan. Beliau perlu sedar yang patut bertanggungjawab adalah kerajaan yang meluluskannya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri akan mengambil tanggungjawab membantu mangsa terlibat sebaliknya Pemuda UMNO perlu muhasabah diri dengan kenyataan tersebut.SH

Read more ...

Perkasa tak periksa




















SHAH ALAM, 18 Ogos : Pengurusan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) berkata pihaknya menggunakan pendekatan perniagaan dalam membenarkan mana-mana pihak kemudahan premis mereka, tetapi syaratnya perlu menjaga sensitiviti pelbagai pihak.


Sehubungan itu, pengurusan SACC mendakwa pihaknya tidak tahu akan pelan sebuah gereja mengadakan persembahan drama Kristian seperti didakwa Perkasa.

Menurut Pengerusi Siera Management Sdn. Bhd., syarikat yang menguruskan SACC, Datuk Muhammad Adan, pihaknya hanya mengetahui perkara itu ekoran laporan The Malaysian Insider berhubung aduan polis dibuat Perkasa, semalam.

Malah kata beliau, perkara itu sebagai bukan isu kerana tempahan gereja tersebut telah pun dibatalkan beberapa hari lalu.

“Tidak ada apa-apa. Dia pun dah batalkan program itu. Tiada isu yang patut timbul,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa ditemui pada majlis berbuka puasa di SACC malam tadi.

Menurut beliau, SACC bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan dan akan membenarkan penggunaan prasarananya seperti diminta pelanggan.

Bagaimanapun beliau tetap mengambil kira sensitiviti masyarakat tentang apa yang berlaku dalam premis SACC.

“Pendirian kita ialah kita tidak mendiskriminasikan pelanggan tetapi dalam masa yang sama kita juga akan lihat sensitiviti masyarakat kalau ia bercanggah dengannya.

“Saya perlu hormati undang-undang dan perlembagaan persekutuan yang juga undang-undang terpenting dalam negara ini,” jelas beliau.

Ditanya pendapat beliau mengenai permintaan dan memorandum Perkasa itu, Muhammad mengambil sikap neutral.

“Tiada komen. Kami bertindak sebagai entiti perniagaan dan tidak berniat terlibat dalam sebarang polemik,” tegasnya lagi.

Pengerusi Perkasa Daerah Petaling Zainal Abidin telah membuat laporan polis terhadap Gereja Grace Shah Alam dan Pastor Joseph Marcose yang didakwa mereka mahu mengadakan pementasan drama bertajuk “Harapan” di SACC 4 September ini.

Perkasa mendakwa gereja tersebut melakukan kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang Islam Selangor dan Perlembagaan Persekutuan yang menyekat penyebaran agama lain kepada orang Islam.

Bagaimanapun Marcose menafikan perkara tersebut dan mengatakan pementasan drama itu dilakukan di dewan tertutup dan hanya untuk golongan bukan Islam.

Malah beliau berkata pementasan itu telah pun dibatalkan kerana ia musim cuti panjang dan ramai ahli gereja tersebut bercuti panjang.

Read more ...

Jenazah isteri Pesuruhjaya PAS Perak selamat dikebumikan


IPOH, 18 Ogos : Malam tadi juga selepas Solat Isya' di Masjid Raja Nazrin Kg. Rapat Jaya Tambahan lebih kurang 1000 umat Islam memberi penghormatan terakhir ke atas Allahyarhamah Siti Rafeah bt. Hj Ramli 56 tahun isteri Ust. Abu Bakar Husein, PJ Perak. Solat Jenazah diadakan sejurus selepas sahaja selesai Solat Isya' dengan dimami sendiri oleh Ustaz Abu Bakar Husein.

Jenazah Siti Rafeah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Rapat Jaya Tambahan dengan Ustaz Abu Bakar Husein sebagai suaminya sendiri membacakan talqin dan memimpin bacaan tahlil. Orang ramai sebak dan kagum dengan ketabahan serta kesabaran Ust Abu Bakar Husein walaupun kesedihan tetapi masih mampu mentalqinkan isterinya dengan lancar dan jelas dan ada ketikanya sebak.

Pimpinan PAS negeri Perak, Ulama, Pemuda & Muslimat kelihatan ramai yang hadir memberi penghormatan dan takziah.

Tidak ketinggalan juga pimpinan PKR dan DAP Negeri dan seluruh Adun-adun serta Ahli-ahli Parlimen PR ramai memberi penghormatan dengan berada di beranda masjid di ketika umat Islam mengerjakan solat Jenazah. Antara yang kelihatan YB Lee Boon Chye Ahli Parlimen Gopeng, YB Chan Lee Kang, Adun Simpang Pulai, YB Sum, Adun Bercham dan yang lain-lain.

Turut kelihatan di perkuburan memberi penghormatan ialah pimpinan dan ahli-ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak.


Sebelum itu, seluruh lapisan masyarakat di sekitar Ipoh khususnya dan Perak sejak awal petang lagi berduyun-duyun menziarahi Allahyarhamah di Kediaman Ust Abu Bakar Husein yang tidak jauh dari Masjid Raja Nazrin. YB Dato' Ngeh, YB Nga, YB Sivakumar dan beberapa yang lain antara yang kelihatan di kediaman Ustaz Abu Bakar Husein.

Urusan pengkebumian jenazah selesai kira-kira jam 10.30 malam. Namun orang ramai yang tidak sempat menunaikan solat Jenazah dan menyaksikan pengkebumian tetap terus berkunjung ke rumah Ustaz Abu Bakar Husein untuk mengucapkan takziah.Misabah

Read more ...

Sekretariat Pemuda PR Ipoh Timur ditubuh

IPOH, 18 Ogos: Usaha bagi menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat (PR) Kawasan Parlimen Ipoh Timur telah menjadi kenyataan dan bakal dirasmikan sempena program bersama ahli parlimennya, Lim Kit Siang pada 20 Ogos ini.

Sekretariat yang diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Salman Saleh bersama ahli jawatankuasanya yang terdiri daripada Pemuda PAS kawasan, Angkatan Muda PKR Cabang Ipoh Timur dan Pemuda Sosialis DAP.

Antara program yang telah disusun ialah menyerahkan sumbangan kepada warga yang kurang bernasib baik di sekitar kawasan Ipoh Timur dan bantuan di Surau Taman Temara, Ipoh.

Manakala pada sebelah malamnya di Dewan Chin Woo akan diadakan ceramah bertajuk 'Ke Putrajaya'.

Antara tetamu yang akan bersama ialah Pengerusi Pakatan Rakyat Negeri Perak yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan Timbalan Pengerusi PKR negeri yang juga Naib Presiden PKR, Dr Lee Boon Chye.

Pada malam itu, panelis lain yang turut bersama ialah Ahli Parlimen Taiping yang juga Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hutan Melintang yang juga Naib Pengerusi PKR negeri, S.Kesevan.

Selain daripada program-program yang bakal disusun, sekretariat itu telah bergerak menjalankan kempen bersama untuk pendaftaran pemilih baru kepada seluruh warga penduduk di sekitar kawasan Ipoh Timur.

Read more ...

Ada bukti Saravanan terlibat


PETALING JAYA, 18 Ogos : M S Arjunan, bekas calun KEADILAN bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Chenderiang berkata beliau mempunyai cukup bukti untuk mengaitkan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan berhubung dakwaan pembabitannya dalam kegiatan pelacuran, dadah dan gangsterime.

Ketika bercakap kepada pemberita dalam satu sidang media di sini petang semalam, Arjunan berkata beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Saravanan apabila menerima sepucuk surat daripada ayah kepada seorang pelajar perempuan yang dikatakan menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral yang didakwa didalangi Timbalan Menteri daripada MIC itu.

Arjunan, 50, membuat laporan polis itu di ibu pejabat polis daerah Brickfields kira-kira pukul 11.08 malam Sabtu lalu terhadap Ahli Parlimen Tapah itu yang didakwanya terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan termasuk membekalkan gadis terdiri pelajar kolej bagi tujuan tidak bermoral.

"Laporan polis yang saya buat hanya sebagai respons kepada aduan yang dibuat oleh ayah kepada seorang mangsa melalui sepucuk surat kepada saya," tegas Arjunan.

Menurut Arjunan lagi pelajar tersebut merukan penuntut Kolej Tafe di Negeri Sembilan antara tahun 1998 hingga 2001.

Beliau berkata hasil daripada laporan di dalam media mengenai pendedahnya seramai tiga orang wanita yang mendakwa menjadi mangsa kepada Saravana telah menaliponnya dan menceritakan pengalaman pahit yang dilalui mereka.

"Semua dakwaan ini kami ada bukti yang telah kami serahkan kepada peguam. Saya akan dedahkan bukti yang ada apabila kes ini di bawa ke mahkamah nanti," kata beliau yang ditemani Ketua Pemuda Persatuan Kamajuan Pelajar-pelajar Tamil Malaysia, A Kalaimughilan.

Arjunan juga membidas kenyataan Pengarah Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang menganggap dakwaan terhadap Timbalan Menteri itu sebagai satu tohmahan.

Beliau secara sinis mengucapkan tahniah kepada Mohd Bakri kerana berjaya menyelesaikan dakwaan jenayah yang dilakukan selama lebih 10 tahun hanya dalam tempoh masa 3 jam sahaja.

"Saya nak ucapkan tanhniah kepada Mohd Bakri kerana saya rasa di antara anggota polis terbaik di dunia kerana dapat menyelesaikan masalah berkaitan jenayah yang dilakukan sejak 10 tahun dahulu hanya dalam 3-4 jam sahaja.

"Saya minta beliau supaya betul-betul adil dan jangan sokong sebelah pihak sahaja. Dia mesti jaga kepentingan rakyat. Saya sedia beri kerjasama sepenuhnya kepada beliau dan kalau saya memfitnah Saravanan heret saya ke mahkamah," kata Arjunan kepada Suara Keadilan.

Dalam responsnya kepada dakwaan Arjunan, Saravanan yang juga Naib Presiden MIC menganggap ia sebagai satu tindakan mahu memburukkan nama dan menghancurkan kerjaya politiknya.

Read more ...

Kesal layanan buruk polis


KUALA LUMPUR , 18 Ogos : PAS kesal kerana menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa ketika mengadakan ceramah di Markas PAS Sungai Tongkang, Batu Pahat, Johor dan di Felcra Bandar Seberang Perak, Pasir Salak, Perak pada 31 Julai dan 1 Ogos lalu.

Yang Dipertua PAS kawasan Lenggong, Perak, Razman Zakaria berkata, lokasi ceramah di Pasir Salak adalah milik persendirian yang telah mendapat kebenaran daripada pemilik tanah dan pihaknya telah memohon kebenaran sebanyak dua kali daripada pihak berkuasa di Balai Polis Kampung Gajah.


“Malangnya, dalam ceramah diadakan 31 Ogos lalu, seramai 16 orang ditahan termasuk tiga orang ditahan reman sebelum dibawa ke balai polis berkenaan.

“Seramai 13 individu terdiri daripada petugas dilepaskan malam itu manakala tiga ditahan reman kerana didakwa membuat gangguan dan membawa senjata sedangkan petugas itu membawa pisau kecil untuk memotong tali,” katanya ketika menyerahkan memorandum kepada Suhakam di Pejabat Suhakam, di sini, semalam.

Beliau berkata, perhimpunan itu seolah-olah cuba menyekat pihaknya daripada menyampaikan maklumat kepada masyarakat dan kesemua ditahan mendakwa mereka diperlakukan secara kasar oleh beberapa anggota polis.

Dalam kejadian di Markas PAS Sungai Tongkang, Batu Pahat, Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan hampir sama berlaku dan alasan yang dikemukakan tidak munasabah dan tidak konsisten.

Sementara itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Muhammad Sha’ani Abdullah berkata, alasan keselamatan negara tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya untuk satu tindakan tidak berasas.

Beliau berkata, dalam mesyuarat suruhanjaya lepas, pihaknya bercadang mengadakan pertemuan dengan pihak berwajib termasuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membincangkan perkara itu.SH

Read more ...

Ridhuan Tee didesak tarik balik kenyataan


SHAH ALAM , 18 Ogos : Pendakwah bebas, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah diminta menarik balik kenyataannya yang mendakwa PAS parti yang ‘suka mengkafir’.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Azman Shapawi Abd Rani berkata, Ridhuan sepatutnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan agar selari dengan tahap pencapaian pendidikan yang beliau miliki.


“Beliau sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sekiranya begini kenyataan beliau, Pemuda PAS mencadangkan agar beliau menyertai UMNO dan isytiharkannya secara terbuka.

“Beliau seharusnya mempelajari Islam dengan lebih mendalam sebelum menuduh PAS sebegitu. Inilah akibat apabila belajar Islam dengan UMNO yang memisahkan politik dengan agama yang mengakibatkan ramai yang kabur dengan Islam sebenar termasuk Ridhuan sendiri,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Pemuda PAS merujuk kepada tulisan Ridhuan dalam sebuah artikel bertajuk ‘Jangan Terlalu Berani Mencabar’ yang disiarkan sebuah akhbar Ahad lalu.

Azman Shapawi berkata, kenyataan pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia itu adalah tuduhan yang serius dan boleh mencemarkan nama baik PAS sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam.

“Atas dasar apa kenyataan ini dikeluarkan? PAS satu parti yang sejak dari dulu berjuang bukan sahaja atas nama Islam. Pemuda PAS mencabar agar dibuktikan individu mana yang pernah PAS kafirkan,” katanya.SH

Read more ...

Desakan siasat Felcra


KUALA LUMPUR , 18 Ogos : PAS mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menjalankan siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa yang berlaku dalam Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra).

Pengerusi Biro Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat, Mazlan Aliman mendakwa, kedudukan Felcra sebagai institusi pemulihan tanah di negara ini semakin kritikal apabila berlaku ‘ketidakadilan’ kepada peserta Felcra.


“Kerajaan memberikan tanah kep
ada Felcra untuk dimajukan tetapi pemilik tanah hanya mendapat pulangan yang sedikit, sebagai contoh kes yang berlaku di Bagan Serai, Perak.

“Peserta Felcra menyerahkan lima ekar tanah untuk diusahakan oleh Felcra tetapi mereka hanya mendapat tiga ekar setengah dan selebihnya adalah hak milik Felcra,” katanya pada sidang media membongkar kepincangan Felcra di ibu pejabat Pas di sini, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Badan Bertindak Peserta-Peserta Felcra, Akmalluddin Mohd Noor dan Pengarah Perhimpunan Warga Felcra Kebangsaan, Razman Zakaria.

Beliau yang juga pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan petugas khas bagi menyemak kembali aduan-aduan yang dibuat oleh peserta Felcra.

Katanya, setakat ini, pihaknya mendakwa mengenalpasti 22 penyelewangan berlaku di agensi kerajaan itu, termasuk mempunyai dokumen bagi membuktikannya.

Antara dakwaan salah laku itu termasuk pembelian 20,000 ekar estet di Sabah dan pelaburan RM17 juta bagi membeli bon tanpa mendapat kelulusan.

Dakwaan itu, antaranya melibatkan pembelian 20,000 ekar estet di Sabah, pelaburan RM17 juta dalam pembelian bon yang didakwa tidak diluluskan serta salah urus tadbir dalam unit perniagaan khas Felcra Berhad dan koperasi pesertanya.

“Perhimpunan Warga Felcra kebangsaan diadakan pada 31 dan 1 Ogos lalu, pihak kami menerima banyak rungutan dan luahan daripada peserta,” katanya. SH

Read more ...