Tuesday, November 1, 2011

MELEPAS LAGI!!!! ADUN Kota Siputeh dilarang hadir DUN Kedah


ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif akan dihalang daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Ia berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang sebulat suara membenarkan permohonan penangguhan keputusan yang dibuat oleh speaker DUN Kedah Dr Abdul Isa Ismail, terhadap penghakiman 18 Ogos lalu yang mengekalkan kedudukan Abu Hassan sebagai wakil rakyat kerusi itu.

Peguam Edmund Bon, yang mewakili Abdul Isa dengan Zulqarnain Lokman membuat permohonan itu hari ini.

Beliau berkata Abdul Isa telah memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan dan jika mahkamah berkenaan memutuskan sebaliknya, apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN - terutamanya semasa pembentangan bajet bulan ini - boleh diisytiharkan batal dan tidak sah.

NONE"Dengan keputusan hari ini, Abu Hassan (kanan, bertali leher) akan dihalang daripada menghadiri sidang pada bulan ini," Bon memberitahu Malaysiakini.

"Mahkamah Rayuan masih belum memberikan alasan bertulis berhunung keputusan 18 Ogos dan sehubungan itu, Mahkamah Persekutuan belum boleh mendengar rayuan itu. Kami terpaksa mengambil langkah ini untuk memastikan kesahihan sidang dewan (akan datang)."

Hakim Datuk Sulaiman Daud mengetuai panel tiga hakim yang mendengar permohonan tersebut. Dua lagi hakim ialah Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Anantham Kasinater.

Pada 18 Ogos, Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Ramly Ali membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dua tahun lalu, yang mengisytiharkan kerusi Kota Siputeh kosong.

Tiada hujahan yang diberikan oleh Hakim Ramly yang bersidang bersama Hakim Datuk Linton Albert dan Datuk ziah Ali.

Bagaimanapun, pada bulan November 2009, Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mengisytiharkan kerusi itu kosong selepas beliau mendapati ada asas bagi permohonan Isa Abdul kerana Abu Hassan gagal menghadiri dua mesyuarat sidang DUN tahun tersebut.

Read more ...

PANAS!!! Blogger UMNO Kedah insaf kerana buat berita palsu, tutup blog berhijrah dari dunia pencacai

Sebelum ini beliau merupakan seorang blogger umno kedah yang sering menghentam kepimpinan Pas Kedah dengan cerita-cerita yang palsu antaranya kisah MB Ustaz Azizan berkahwin 3 di dalam blognya http://husaini.name.my/.

Namun akhirnya beliau insaf dan cuba mencari suatu dunia yang bukan sahaja berpijak di bumi nyata tetapi berpijak di bumi milik Tuhan Sekalian Alam.

Wajah Husaini Harun @ HH semasa dia masih lagi dalam UMNO

Ini wajah terbaru beliau selepas berhijrah daripada dunia pencacai angkat najis yang penuh dengan fitnah dan tomahan kepada suatu jalan yang lebih murni.

kini blognya tidak boleh dilayari kerana beliau tidak mahu segala fitnah yang dilakukan selama ini terus meracuni fikiran umat Islam.Pemuda PAS Wangsa Maju

Read more ...

BERSIAP SEDIA!!! Najib tiada pilihan, parlimen bakal di bubar selepas pulang dari Mekah

http://hazrul7.files.wordpress.com/2009/03/dato-seri-najib-tun-abdul-razak.jpgTeka teki bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13 kini menjadi tajuk perbualan seluruh ahli politik tidak kira dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

Umum mengetahui mandat semasa kerajaan hanya akan tamat Mac 2013, akan tetapi khabar angin mengatakan bahawa parlimen akan dibubar sebaik saja Najib pulang dari Makkah tidak boleh disangkal.


Ini kerana Najib menggunakan mandat yang diberi rakyat kepada bekas perdana menteri, Abdullah Badawi dan bukan untuk dirinya sendiri.


Kekalahan terbesar BN dalam sejarah Malaysia pada 2008 cukup untuk memberi kesedaran betapa rakyat menjadi kuasa penentu menghukum mereka di empat buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan.


Tetapi malangnya kesedaran yang dicanang rupanya hangat-hangat tahi ayam.


BN masih belum sedar dari lena panjang yang semakin meresahkan mereka sehingga kini.


Pergolakan dalam parti komponen BN sendiri masih tidak dapat meyakinkan Najib sendiri untuk memanggil pilihanraya umum seperti nasihat Mahathir beberapa minggu lalu.


Tetapi Najib tiada pilihan lain.


Semakin lama dia menangguhkannya, semakin parah kedudukan BN dan dirinya sendiri.


Dengan kes komisen kapal selam Scorpene bakal disebut dalam hujung bulan ini atau selewatnya bulan depan, pilihan terbaik adalah memanggil pilihanraya secepat mungkin.


Risiko untuk kalah di peringkat persekutuan tetap ada walaupun beberapa negeri bakal kekal di tangan mereka seperti Sarawak, Sabah, Johor dan Melaka.


Dan faktor kekangan kewangan kerajaan yang semakin membimbangkan hingga Akta GST pun mahu dilaksanakan juga membuatkan pilihanraya bakal diadakan dalam tempoh sebulan ini.


Najib dijangka pulang pada 9 November ini dan bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 11 November bagi membolehkan pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari.


Di satu sisi lain, Pakatan Rakyat pula mahu supaya Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) dilaksanakan terlebih dahulu sebelum pilihanraya umum diadakan.


Jika tidak, Pakatan Rakyat akan menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menangguhkannya sehingga siasatan selesai di peringkat parlimen.


Kebimbangan Pakatan Rakyat berasas disebabkan lebih 2.3 juta pendatang asing diberi kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi BN seperti yang didedahkan beberapa bulan lalu.


Inilah talian hayat terakhir BN yang menggusarkan Pakatan Rakyat yang bakal kecundang akibat padang permainan yang berat sebelah.


Dengan 75 kerusi parilmen dalam tangan, Pakatan Rakyat mesti mendapatkan sekurang-kurangnya 40 kerusi lagi bagi mendapat majoriti mudah bagi membentuk kerajaan persekutuan.


Soalnya, dari mana datangnya kerusi ini?


Dengan lebih satu per empat atau 53 kerusi parlimen terletak di kepulauan Borneo, Pakatan Rakyat mesti memenangi 20 kerusi bagi membantu Semenanjung yang mengharapkan kerusi yang dimenangi kekal dan merampas kerusi milik Gerakan, MCA dan terutamanya Umno-APCO.


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dijangka sekali lagi mengetuai jentera Pakatan Rakyat walaupun tidak dapat bertanding dalam pilihanraya umum lalu.


Walaupun masih berisiko dipenjarakan akibat fitnah liwat ke atasnya, Anwar dilihat mampu menerobos dalam kubu Umno-APCO dan parti-parti BN di Sabah dan Sarawak.


Masa sudah mencemburi kedua-dua pihak, dan kini gendang perang pilihanraya sudah semakin lunak didengar apabila menantikan kereta Najib memasuki Istana Negara, sembilan hari dari sekarang.


JALAN PULANG



PRU 13 Pada 9 Disember?


Spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya umum Malaysia akan diadakan dengan tergesa-gesa pada 9 Disember nanti.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kini berada Mekah mengerjakan haji, dijangka akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja dia kembali pada 9 November.


"Satu bulan adalah cukup untuk SPR menyediakan segala-galanya . Mereka seharusnya sudah pun bersedia. Itu pun jika Najib mendapat inspirasi selepas mengerjakan haji. Jika tidak, maka PRU akan diadakan pada tahun depan," kata pemerhati Umno kepada Malaysia Chronicle.


Kepada mereka yang mengikuti teka-teki mengenai tarikh PRU ke 13, ini adalah sesuatu yang mengejutkan.


Ramai yang menjangka ia akan berlaku pada bulan November kerana Disember selalunya musim hujan lebat. Dan apabila jelas PRU tidak mungkin berlaku pada bulan November, jangkaan seterusnya adalah bulan Mac atau April 2012.


Sebuah kejutan yang basah untuk Pakatan?


Tetapi ada yang mengatakan bahawa terdapat beberapa isyarat yang dinantikan oleh Najib. Yang paling penting adalah unsur kejutan terhadap musuhnya Anwar Ibrahim dan parti pembangkang Pakatan Rakyat.


Yang kedua adalah hujan yang boleh menjadikan jumlah mengundi rendah dan ini akan memihak kepada BN yang tidak popular.


Pakatan jauh lebih bersedia kali ini, berbanding dengan tahun 2008 apabila mereka menyapu bersih 5 daripada 13 negeri di negara ini. Walau bagaimanapun, Pakatan menjangkakan penipuan undi besar-besaran dan dengan ini mereka tidak berupaya memeriksa di kebanyakkan tempat seperti yang merka mahu sebelum pergi mengundi.


Pakatan juga boleh membuat keputusan menentang kemahuan Najib dalam membubarkan dewan undangan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan supaya dapat memberi fokus dengan lebih kepada negeri-negeri lain.


Secara teknikalnya, mandat untuk memerintah tidak berakhir sehingga selepas Mac 2013.


"Kami harus bersiap sedia kalau tidak, ia ibarat membunuh diri. Tetapi secara peribadi, saya masih fikir Najib akan menunggu sehingga 2012 selepas sogokkan daripada Bajet dan wang tunai telah diedarkan sebelum membubarkan Parlimen," kata Naib Presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Read more ...

NALLAKARUPPAN JADI SENATOR!!! UMNO tak bantah tapi India yang bantah

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) difahamkan bahawa Datuk K S Nallakaruppan dilantik sebagai senator dan dijadualkan mengangkat sumpah esok di Dewan Negara.

“Mipas ingin mempersoalkan adakah ia suatu majlis yang harus dibanggakan?” soal setiausaha agungnya, Barathidasan Saminathan (gambar) dalam satu kenyataan.

Katanya, Nalla menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (Miup) setelah keluar daripada PKR, malangnya Miup tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 kerana ia hanya menumpukan kepada kerja-kerja dalaman parti sahaja.

Selain itu, ujarnya Miup bukanlah sebuah parti majoriti yang mewakili masyarakat India.

“Mipas ingin bertanya apakah sumbangan Datuk Nalla untuk masyarakat India dan negara?

“Pernahkah beliau membawa apa-apa perubahan dari segi ekonomi, sosial dan politik?” soalnya lagi.

Beliau juga mempersoalkan apakah sumbangan Nalla terhadap pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas 4 ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.

Bagi Mipas, katanya Nallakaruppan hanyalah merupakan bekas ‘rakan tenis’ Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Adakah untuk itu beliau dilantik sebagai senator?” soalnya lagi.hrkh

Read more ...

DULU SOROS SEKARANG BOROS!!! Ro$mah punya nafsu boleh lingkup negara

Ketika semua pihak terutama pencacai Umno-APCO yang masih tak sedar-sedar ditipu hidup-hidup mempertikai kesahihan permata yang dibeli Rosmah Mansor semasa mengekor Najib menghadiri persidangan CHOGM di Perth, Australia minggu lalu, bukti dari akhbar The West Australian jelas menunjukkan sebaliknya.

Keratan akhbar yang diambil bertarih 31 Oktober 2011 (semalam) tidak boleh menutup apa yang terdedah.

Resit pengesahan kastam cincin RM24 juta

Biarpun berhempas-pulas mempertahankan Rosmah yang kini berada di Makkah pula, ia tidak dapat menyembunyikan betapa nafsu mewah Fat Lady of Malaysia (FLOM) terbukti sudah terang depan mata.

Setelah kantoi dengan pembelian cincin berlian jenis "chusion cut diamond" dari Jacob & Co yang berpusat di New York, Amerika Syarikat, bernilai RM24 juta, kini seluruh dunia dapat menyaksikan betapa selera besar Rosmah sudah tidak dapat dibendung lagi.


Belum cukup lagi dengan pendedahan 15 buah limosin khas membawa segala macam beg dan barangan berjenama mahal semasa berada di Las Vegas dan Boston, juga di negara Uncle Sam pada 2010, Rosmah kini sah tersenarai dalam kelas wanita boros berbelanja di sebalik majoriti rakyatnya yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang akibat kos sara hidup yang semakin melambung.

Dan jangan lupa Rosmah juga menginap di suite mewah berharga USD30 ribu (RM105 ribu) semalam di hotel termahal di dunia semasa berkunjung ke Dubai, juga tahun lalu.


Tidak syak lagi, telahan sesetengah pihak yang menganggap pemergiannya menunaikan haji hanyalah untuk mengaburi mata rakyat yang sudah jijik melihat satu-persatu tindakannya membelakangkan slogan yang dicipta suaminya sendiri, Najib .

JALAN PULANG

Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti Facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.


Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).


Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.


Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.


Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Read more ...

KERJA MENTERI UMNO!!! Belasah duit rakyat sambil memperbodohkan rakyat,


Aku tak tahu mana Menteri Pertanian ni belajar.. Sasaran projek ternakan lembu milik Shahrizat, Laki dan Anak-anak ialah sebanyak 186,000 ekor setahun tetapi hasil yang telah dikeluarkan sejak tahun 2008 dan 2010 ialah 5,742 ekor lembu iaitu lebih kurang 1914 ekor setahun.. tak sampaipun 2% dari sasaran.. itupun dia kata Berjaya?ASD

JAWAPAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI MEMPERBODOHKAN RAKYAT

Kami merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar di Parlimen semalam yang mempertahankan prestasi National Feedlot Corporation Sdn Bhd yang diterajui suami dan anak-anak Dato’ Seri Shahrizat Jalil.

Antara lain, Datuk Seri Noh Omar mengumumkan bahawa Barisan Nasional menganggap projek itu berjaya atas beberapa alasan seperti berikut:

Pusat Fidlot Kebangsaan telah membawa masuk sebanyak 8,016 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; kononnya bertepatan dengan sasaran untuk membawa masuk 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010;

Pusat Fidlot Kebangsaan telah menyembelih sebanyak 5,742 ekor lembu di antara tahun 2008 dan 2010; dan

Peruntukan dalam bentuk geran yang berjumlah RM13 juta dan pinjaman murah berjumlah RM250 juta belum diberikan sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Datuk Seri Noh Omar sewajarnya menyemak keseluruhan dasar dan sasaran kementeriannya sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut, apatah lagi apabila projek Pusat Fidlot Kebangsaan adalah projek berimpak tinggi yang dikendalikan oleh kementeriannya di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9).

Sasaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah lebih tinggi daripada yang diumumkan oleh Datuk Seri Noh Omar, lalu menimbulkan persoalan sama ada menteri berkenaan berbohong untuk mengelirukan rakyat atau tidak menyemak angka-angka bersabit Pusat Fidlot Kebangsaan ini dengan pegawai-pegawai beliau.

Sasaran ini (dilampirkan bersama dengan kenyataan akhbar ini) dipaparkan secara jelas untuk diteliti oleh orang ramai di laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar di alamat (lawat laman Jabatan Perkhidmatan Veterinar www.dvs.gov.my -> Pengeluaran Komoditi Ternakan -> Program Pengeluaran -> Projek Berimpak Tinggi – NFC):

http://www.dvs.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=b4321724-2eb7-463a-86b9-6077bb3182a6&groupId=28711

Oleh yang demikian, prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan untuk menentukan sama ada projek berimpak ini gagal atau berjaya perlulah diukur dengan sasaran-sasaran rasmi yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani seperti berikut:

JUMLAH TERNAKAN LEMBU

Pusat Fidlot Kebangsaan perlu menyediakan sekurang-kurangnya 60,000 ekor lembu fidlot setahun yang diternak di ladangnya di Gemas. Angka yang dicapai hanyalah 8,016 ekor antara tahun 2008 dan 2010; iaitu kurang dari 3,000 ekor lembu setahun.

Pada masa yang sama, sebagai integrator projek syarikat tersebut juga perlu membangunkan 310 penternak kecil seluruh negara dengan saiz ternakan 600 ekor setahun, menjadikan sasaran ternakan lembu sebanyak 186,000 ekor setahun. Sasaran ini gagal sama sekali kerana Pusat Fidlot Kebangsaan masih belum pun menjalankan skim untuk membangunkan penternak-penternak kecil.

Kementerian juga menetapkan supaya Pusat Fidlot Kebangsaan membangunkan sebuah ladang komersil bebas dengan sasaran 30,000 ekor setahun. Sasaran ini juga gagal kerana syarikat yang dikenalpasti telah menarik diri.

Oleh itu, sasaran keseluruhan ternakan lembu di bawah skim yang diusahakan oleh Pusat Fidlot Kebangsaan ini adalah 276,000 ekor lembu setahun, iaitu sasaran yang lebih munasabah berbanding dengan sasaran 8,000 ekor lembu menjelang tahun 2010 seperti yang disebut Datuk Seri Noh Omar.

JUMLAH DAGING YANG PERLU DIBEKALKAN DAN SEMBELIHAN

Kementerian menetapkan sasaran pengeluaran bekalan daging mencecah 50,000 tan setiap tahun menjelang 2009, iaitu memenuhi sasaran 40% permintaan daging Malaysia.

Mengikut perkiraan kasar dengan anggaran seekor lembu menghasilkan 150 kg daging mentah, sasaran 50,000 tan daging lembu setiap tahun bersamaan dengan penyembelihan sebanyak 330,000 ekor lembu setiap tahun. Sasaran penyembelihan ini bertepatan dengan sasaran ternakan lembu sebanyak 276,000 ekor lembu setahun seperti yang ditetapkan Kementerian.

Angka yang dicapai oleh Pusat Fidlot Kebangsaan hanyalah 5,742 ekor lembu disembelih di antara tahun 2008 dan 2010; jauh lebih rendah dari sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

KONSEP PELAKSANAAN PROJEK FIDLOT KEBANGSAAN

Kertas dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menggariskan beberapa fungsi utama Pusat Fidlot Kebangsaan sebagai integrator projek; termasuklah membangunkan penternak satelit, membekalkan baja organik, membekalkan makanan ternakan bermutu, membina rangkaian pemasaran dan lain-lain.

Sehingga kini, semua fungsi lain yang diamanahkan masih belum dilaksanakan. Malah, bekalan daging yang disembelih (anggaran 20 ekor sehari seperti yang dimaklumkan pekerja di ladang yang ditemuramah) sebenarnya dibekalkan kepada restoran-restoran mewah milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di bawah jenama-jenama Meatworks, Senor Santos dan Brawns (turut beroperasi di Singapura).

Ini bertentangan dengan kaedah dan konsep asal penubuhan Pusat Fidlot Kebangsaan yang bertujuan mewujudkan rangkaian pemasaran menyeluruh dan membekalkan daging mentah ke seluruh negara, bukannya menjadi pusat penyembelihan peribadi untuk restoran-restoran mewah milik keluarga menteri.

DANA KEWANGAN

Datuk Seri Noh Omar menyebut bahawa tidak ada sebarang percanggahan kepentingan (conflict of interest) di dalam projek ini dan dana masih belum dibayar sepenuhnya kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Setakat ini, sebanyak RM6 juta geran peruntukan dan RM135 juta pinjaman berkadar rendah telah diberikan kepada Pusat Fidlot Kebangsaan.

Melihatkan kepada prestasi seperti yang dihuraikan di atas, jumlah ini adalah satu jumlah yang besar dan membazir memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri menggariskan anggaran kos sebanyak RM6.37 juta untuk mengusahakan ladang ternakan 9,000 ekor setahun dengan pulangan keuntungan 27.59% setahun.

Oleh itu, kos yang telah dibelanjakan sebanyak RM141 juta untuk menternak 8,000 ekor lembu selama 3 tahun (purata 3,000 ekor setahun) adalah 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos yang dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Huraian-huraian di atas secara jelas membongkarkan kedangkalan Datuk Seri Noh Omar yang seolah-olah cuba memperbodohkan rakyat apabila mengumumkan jumlah ternakan lembu 8,000 ekor selama 3 tahun adalah satu kejayaan negara. Rakyat Malaysia boleh mengira dan faham bahawa peruntukan RM141 juta setakat ini untuk menternak 8,000 ekor lembu adalah melampaui batas.

Oleh kerana Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum bersuara dalam perkara ini, seperti yang dijanjikan minggu lepas, KEADILAN akan menganjurkan satu rombongan menjejaki lembu di Pusat Fidlot Kebangsaan pada hari Khamis 3 November 2011 dengan diketuai oleh YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat), Saudara T Kumar (Timbalan Setiausaha Agong) dan Saudara Fariz Musa (Ahli Majlis Pimpinan Pusat) untuk meninjau sendiri prestasi Pusat Fidlot Kebangsaan.


YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN/AHLI PARLIMEN AMPANG

RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN

Read more ...

AIR LIUR SHABERY CHEEK!!! Program Kementerian dituduhnya program Kerajaan Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjelaskan jawapan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam sewaktu sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat adalah tidak tepat dan mengelirukan.

"Saya ingin nyatakan jawapan Menteri Belia dan Sukan tidak tepat serta mengelirukan. Apa yang ingin saya beritahu Kejohanan The Challenger Muay Thai adalah merupakan program di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

"Apabila program telah ada maka kerajaan negeri telah dimaklumkan dan dalam masa yang sama Kerajaan Negeri Selangor memohon agar ianya diadakan di negeri ini," jelasnya.

Tambahnya lagi, mengenai penglibatan peserta Israel, Ilya Grad kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa terdapat peserta dari negara tersebut.

"Kerajaan negeri tidak dimaklumkan bahawa dalam kejohanan tersebut ada perserta dari Israel kerana semua jemputan dilakukan oleh pihak kementerian dan Negeri Selangor hanya menyediakan tempat sahaja.

"Sekiranya kita tahu jika ada penglibatan peserta dari Israel sudah pasti kita akan membuat bantahan awal tetapi kita tidak diberitahu. Apa yang kita tahu hanyalah mengenai program tersebut sahaja dan kita sanggup untuk menganjurkannya," katanya.

Khalid memberitahu mengenai penglibatan kerajaan negeri dengan peserta Israel itu tidak benar kerana kerajaan negeri hanya terlibat untuk menganjur dan menyediakan tempat.

Kenyataan Ahmad Shabery semalam memberitahu bahawa Kerajaan Negeri Selangor telah memberi peruntukan RM5 juta untuk kejohanan tersebut manakala kementeriannya hanya meluluskan penganjuran sebagai aktiviti kesukanan dan tidak terlibat dengan aspek lain.

"Untuk mendapatkan tempat sebahagian daripada kos tersebut, kita diberitahu bahawa ia perlu dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor, apa yang kerajaan negeri lakukan semuanya diketahui oleh kementerian.

"Kita dijemput sebagai penganjur dam penyediaan tempat manakala urusan jemputan dilakukan oleh pihak kementerian.

"Saya jelaskan kenyataan menteri itu tidak benar sama sekali," sambungnya lagi.

Kehadiran Ilya Grad dalam Kejohanan The Challenger Muay Thai yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia, baru-baru ini telah menimbulkan persoalan bagaimana rakyat Negara Israel boleh memasuki Malaysia.

Malah sewaktu memasuki Malaysia beliau ditahan selama 25 jam di pintu masuk sebelum mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, "dengan sokongan menteri sukan Malaysia" mengikut kenyataan di blog tinju Muay Thai Authority.

Kejohanan tersebut telah dirakamkan dalam kampus Universiti Putra Malaysia, Serdang untuk stesen TV AXN.

Pusat bawa masuk peninju Israel

SHAH ALAM, 1 Nov: Kerajaan Selangor langsung tidak terlibat dalam penganjuran program realitiThe Challenger Muay Thai yang melibatkan peninju Israel, kata Exconya, Elizabeth Wong (gambar).

Beliau mengulas dakwaan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kononnya kerajaan negeri terlibat dalam kemasukan peninju Israel, Ilya Grad yang menyertai sukan itu di Malaysia.

“Menteri Belia dan Sukan tidak patut menunding jari pada pihak lain dan sebagai seorang menteri, beliau patut sedar hal imigresen berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor KeadilanDaily.

Menurutnya, pendirian Pakatan Rakyat sangat jelas bahawa demi semangat setiakawan dengan rakyat Palestin, Malaysia harus menolak sebarang hubungan diplomatik, perdagangan, budaya ataupun sukan dengan rejim Zionis-Israel.

“Kami tidak menjemput mana-mana ahli sukan ataupun menandatangani sebarang dokumen sokongan untuk membolehkan kaum Israel memasuki Malaysia.

“Jika kami dimaklum, Kerajaan Selangor pasti memohon kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Imigresen agar menolak kemasukan kaum Israel itu,” tegasnya.

Justeru itu, beliau menyeru kerajaan persekutuan menghentikan pengeluaran pas masuk khas kepada kaum Israel dalam apa keadaan sekalipun.

Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.

Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.

Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”

Kerajaan Malaysia sebelum ini membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej. Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun 2010 menyebabkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang parlimen selama hampir setengah tahun.

Read more ...

ANTARA PAPA GOMO DAN NALLAKARUPPAN!!! UMNO lebih sayang Nallakaruppan

Oleh: WFAUZDIN NS

DI DALAM negara di bawah pemerintahan Umno/Bn ini nampaknya tidak sukar untuk mendapat kedudukan yang setaraf dengan Wakil Rakyat bahkan untuk menjadi Menteri. Tanpa bertanding di dalam Pilihanraya dan tanpa berbuat jasa kepada rakyat dan negara, sesiapa pun boleh mendapat kedudukan seperti itu dengan hanya menjadi `pengampu' dan `pencacai' kerajaan.

Jawatan Senator adalah jawatan yang dilantik bukan melalui Pilihanraya seperti Wakil Rakyat. Lojiknya sesiapa yang mendapat jawatan itu mestilah tokoh yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara. Tetapi di bawah Kerajaan Umno/Bn, sesiapa pun boleh berada di kedudukan itu asalkan sanggup menjadi `pencacai dan pengampu' nombor Wahid. Contohnya, apa jasa Ezam sesumpah? Apa jasa Jamil Khir Baharom? Dan, terbaru Datuk Nalla.

Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai Senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok (Malaysiakini). Kita lebih mengenali beliau sebagai taukeh judi dan suka menyebarkan cerita fitnah memburukkan DS Anwar. Ezam sesumpah juga begitu, semenjak keluar dari GERAK iaitu NGO yang kononnya menentang amalan rasuah, akhirnya Ezam sesumpah bergelumang dengan parti yang penuh dengan rasuah. Selepas `bermazhabkan' Umno, Ezam sesumpah menjadi pencacai dengan memburukkan peribadi DS Anwar. Maka, layaklah dia menjadi Senator.

Jalan singkat yang dilalui oleh Ezam sesumpah menjadi ikutan Datuk Nalla. Maka, beliau berhasil mencapainya. Kesilapan pemimpin-pemimpin Umno bawahan yang begitu lama berjasa pada parti dan ada yang bekerja kuat membela rakyat di kawasannya namun tidak berpeluang menjadi calon Pilihanraya, mereka ini tidak pandai untuk memburukkan DS Anwar. Kerana `jahil' untuk memburukkan DS Anwar, mereka tidak layak untuk menjadi Senator.

Simpati juga kita kepada ramai pemimpin Umno bawahan yang begitu setia dengan parti tetapi tidak layak untuk diangkat sebagai Senator. Zul Kulim pun bertuah kerana mendapat gelaran Dato' dari Istana walaupun tidak mendapat Senator. Jasa Zul Kulim? Tentunya semua tahu.

Saya menasihatkan elok benarlah pemimpin-pemimpin Umno yang merasakan `terbuang' itu bermuhasabah diri dan bersama Pakatan Rakyat demi rakyat. Masakan mereka sanggup melihat seorang demi seorang diberi `anugerah' berbagai-bagai hanya jasa mereka mengampu dan mencacai, sedangkan perjuangan pemimpin Umno bawahan yang setia kepada parti terus diperlekehkan. Sudah tentu KJ, Ketua Pemuda Umno bersetuju dengan pendapat saya./wfauzdin.blogspot.com

Read more ...