Friday, January 21, 2011

Mail Bangsawan cabar Datuk Radzhi Sheikh Ahmad berdebat

Giliran Ismail cabar Radzhi berdebat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgObZ-ckhMIYCUM2xDx9Cvv5uBdZfaYWdpzZfkieMtS0q-rGB8MWQ7LUduS4mLHgMHUXHF-nSHXm5G0PcnD8Mj3iDZ05Qn5GS3GTsPlNLvSGz_rZ3tb0bG6ZT_mWFltAgzyGG5p2TbuLhU/s400/mh_01_big.jpgKANGAR, 22 Jan. : Setelah bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh mengemukakan hasrat untuk berdebat secara terbuka dengan Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Radzhi Sheikh Ahmad, kini giliran Ketua Penerangan UMNO Arau, Ismail Hashim pula menyuarakan hasrat sama.

Ismail yang turut dikenali Mail Bangsawan berkata, tujuan cabaran debat itu dibuat demi mengupas punca sebenar masalah dan konflik dalaman yang berlaku dalam UMNO Perlis di samping mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali ahli UMNO negeri.

Bersandarkan jawatan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Arau, Ismail menegaskan beliau layak untuk berdebat dengan Radzhi kerana pengalamannya dalam UMNO adalah lebih lama berbanding Radzhi yang sebelum ini menganggotai parti Semangat 46.

“Perdebatan ini penting untuk memberitahu rakyat siapa yang menjadi punca berlakunya kemelut politik dalam UMNO Perlis sehingga menyebabkan orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan.

“Selain itu, konspirasi demi konspirasi yang didalangi oleh segelintir pemimpin politik negeri ini termasuk Radzhi dalam usaha untuk menjatuhkan Timbalan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim perlu didedahkan kepada rakyat agar mereka tahu pihak mana yang telus,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini.

Ismail berkata, surat cabaran sudah dihantar kepada Radzhi melalui pos pada 18 Januari lalu dan salinannya kepada Presiden, Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua penerangan parti dan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Md Isa Sabu.

Menurutnya, mengikut perancangan, debat itu akan diadakan pada 3 Februari ini pada sebelah malam di tempat yang belum diputuskan lagi.

“Sekiranya Radzhi tidak berani hendak berdebat, beliau boleh menghantar wakil. Bagaimanapun, wakil itu perlulah sekurang-kurangnya ahli jawatankuasa (AJK) Perhubungan UMNO negeri yang boleh membuat keputusan untuk parti.

“Saya tidak beri tempoh spesifik kepadanya (Radzhi) untuk menyahut cabaran dan sekiranya beliau enggan memberikan jawapan, program debat itu tetap akan diteruskan,” katanya.

Ditanya sama ada tindakannya itu atas arahan individu tertentu, Ismail berkata ia dibuat atas kerelaannya sendiri di samping kesedaran untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Saya berharap Radzhi akan menerima cabaran debat ini demi menjamin kestabilan politik UMNO Perlis bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.SH

Read more ...

Harga ayam pula naik

http://www.wartakota.co.id/upload/photo/2009/08/21/8284b6228168ccfe0f45e843a2c6f2fb.JPGBUKIT MERTAJAM, 22 Jan. : Harga ayam naik lagi. Itu keluhan sebahagian besar peniaga ayam di Pasar Awam Bukit Mertajam.

Tinjauan Sinar Harian ke pasar berkenaan semalam mendapati, rata-rata peniaga terpaksa menjual dengan harga maksimum RM8 bagi sekilogram ayam berikutan kenaikan secara mendadak oleh pembekal kebelakangan ini.

Peniaga, Hafizi Mat Saad,30, berkata, kenaikan itu bukan sahaja membebankan mereka sebagai peniaga, tetapi juga pembeli yang merungut mengenai harga ayam yang tidak masuk akal.

Menurutnya, jika dahulu harga ayam proses yang diambil daripada pembekal hanya sekitar RM5.50, tetapi hari ini ia mencecah RM6.90 ke RM7 sekilogram.

“Harga hari ini adalah rekod dalam sejarah kerana sebelum ini tidak pernah lagi harga ayam melambung begitu tinggi. Paling mahal pernah kami jual hanya RM7.50, itu pun sekitar dua minggu lalu, tetapi, hari ini kami terpaksa jual RM8.

“Apabila ditanya kepada pembekal, mereka juga tidak boleh berbuat apa kerana persatuan peladang yang menentukan harga ayam. Jadi, mahu tidak mahu kami terpaksa menjual kepada pelanggan dengan harga tinggi. Tetapi, bila harga dah tinggi, siapa yang nak beli?,” katanya.

Hafizi berkata, jika sebelum ini dia mampu menjual antara 120 hingga 130 ayam sehari, namun hari ini hanya mampu terjual sekitar 40 hingga 50 sahaja sehari, merosot hampir 50 peratus.

Katanya, peniaga bukan sahaja tertekan akibat kenaikan harga, tetapi juga terpaksa mendengar rungutan, tidak kurang juga yang menyalahkan mereka kerana mendakwa mereka sengaja menaikkan harga sesuka hati.

Tambahnya, perkara itu pernah diajukan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), namun, pihak berkenaan mendakwa mereka hanya mengawal harga pada musim perayaan dan tidak boleh mengawal harga pasaran kerana ia ditetapkan peladang.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Noor Zihad Abdullah,45, berkata, harga ayam naik berpunca dari Persatuan Peladang.

Menurutnya, harga ayam sepatutnya perlu dikawal supaya ia tidak membebankan peniaga seterusnya pengguna.

“Memang sebagai peniaga, amat terbeban dengan kenaikan harga ayam kerana ia adalah punca pendapatan utama kami. Sepanjang saya berniaga ayam selama 30 tahun, inilah kali pertama harga naik sangat tinggi.

“Jika dahulu, ayam hidup di ladang boleh diperoleh dengan harga antara RM4.40 hingga RM4.50 sekilo, tetapi sekarang mencecah RM5.40,” katanya.

Dalam pada itu, rata-rata pelanggan yang ditemui turut mengeluh berikutan harga ayam yang terlalu tinggi.

Yusni Mohd Yusoff,42, ketika ditemui terkejut dengan harga ayam yang melambung tinggi di pasar.

Ia kerana katanya, baru bulan lalu dia membeli ayam dengan harga RM6.50 hingga RM6.80 sekilo, tetapi, hari ini harga yang dijual naik lebih sekali ganda.

“Saya berharap agar pihak berkenaan dapat mengkaji semula perkara ini dan tidak mengambil kesempatan,” katanya.SH

Read more ...

Kenyataan Najib : Gempar tidak keliru ada

Peruntukan 1.6b mengelirukan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg7l4hKpDprK5P0SQcg58iSdUev8d7fltxnrLJIrCYNsLmj9xZwp72ikfnBk_Fp7MEXDA6Mj401tRjWqUd2V7bH2o9XXmAPhUoYqlDmHDgR17_TXsnjjQ6YlWmhDSZ6ZpUff9Xp4851Z8oI/s1600/MAZLAN+ALIMAN+1.jpg
SENAI, 22 Jan. : Peruntukan RM1.6 bilion yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk warga Felda di seluruh negara, dilihat tidak gempar malahan mengelirukan khususnya kepada generasi kedua Felda.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, walaupun jumlah berkenaan besar, tetapi ia tidak langsung menggemparkan memandangkan peruntukan berkenaan adalah perkara biasa yang akan diberikan setiap tahun kepada Felda.

“Peruntukan tersebut adalah untuk Felda di seluruh negara dan jumlah RM8.5 juta akan disalurkan bagi membina prasarana 500 buah lot kedai, tetapi jumlah tersebut tidak mencukupi untuk menampung permintaan generasi kedua Felda,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian kelmarin.

Menurutnya, peruntukan tersebut juga mengelirukan terutamanya berkaitan dengan pembinaan Menara Felda yang menelan belanja RM622 juta selain tidak langsung menyentuh mengenai pembangunan sosial dan ekonomi generasi kedua Felda.

Beliau berkata, selepas ditolak peruntukan tersebut dengan kos membina menara, jumlah tersebut telah menyusut dan tidak mencukupi untuk memajukan 315 Felda di seluruh negara.

Selain itu beliau turut mempertikaikan mengenai pengumuman peruntukan berkenaan yang dibuat dalam tempoh menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Saya melihat pengumuman peruntukan berkenaan seperti tidak kena pada masanya dan seperti gimik politik semata-mata yang kononnya mahu menunjukkan keprihatinan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan berkenaan yang tidak menggariskan pelan pembangunan untuk generasi kedua sedangkan masa depan Felda terletak di tangan mereka yang akan meneruskan perjuangan membangunkan Felda.

Justeru beliau berpendapat satu pendekatan terbaik perlu diambil bagi mengatasi masalah pembangunan generasi kedua Felda supaya tanah rancangan berkenaan tidak kosong pada masa depan.

“Jika diperhatikan kebanyakan yang tinggal di Felda kini adalah golongan yang berusia iaitu generasi pertama Felda, tetapi golongan muda kebanyakannya tinggal di bandar,” katanya.

Ketiadaan peluang pekerjaan yang menjanjikan pendapatan lumayan selain bidang pertanian tidak menarik golongan muda untuk terus tinggal dan meneruskan kehidupan di Felda.

Oleh itu beliau menyokong tindakan yang digariskan di dalam pelan 100 hari pembangkang iaitu untuk memansuhkan Felda dan 10 ekar tanah akan diberikan kepada lebih 79,000 generasi kedua Felda di seluruh negara.

Read more ...

Kenderaan wajib pasang beg udara


RANTAU PANJANG 22 Jan. : Kerajaan akan mewajibkan penggunaan beg udara bagi semua kenderaan, kecuali kenderaan pacuan empat roda, sebagai aksesori utama bermula 2012 dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, dua syarikat pengeluar utama, Proton Holdings Bhd (Proton) dan Perusahaan Automobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sudah diberitahu menge­nai peraturan baru itu.

Menurutnya, mesyuarat diadakan minggu lalu bersama wakil kedua-dua syarikat pengeluar tempatan itu dan secara dasarnya, mereka bersetuju.

"Kajian sudah dibuat mengenai pemasangan beg udara ini bersama beberapa agensi keselamatan lain bagi memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.

"Walaupun ia bukan satu perkara yang dikuatkuasakan tetapi kita akan mewajibkan pemasangan ini sebagai satu langkah pencegahan awal," katanya ketika merasmikan Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Tahun Baru Cina di pekarangan stesen kereta sewa, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh.

Cho Ha berkata, perbincangan itu dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dan JKJR serta terbukti beg udara adalah aksesori keselamatan yang paling penting dalam semua kenderaan.

Read more ...

Kenapa Satim tidak mahu serah transkrip dan sijil PHD kalau bukan palsu ?

Satim tidak mahu layan

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/satim%20diman01.jpg
SHAH ALAM, 22 Jan. : Ketua Pembangkang, Datuk Dr Satim Diman menyifatkan dakwaan beliau menggunakan gelaran doktor falsafah (Dr) palsu sebagai tuduhan jahat.

Katanya, dakwaan yang ditimbulkan Exco Kerajaan Negeri, Yaakop Sapari itu adalah tidak benar dan rekaan semata-mata.

“Isu ini pernah digunakan beliau ketika berkempen semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 tetapi ia tidak berkesan kerana saya menang pada PRU tersebut.

“Ia sengaja dibuat bagi tujuan serangan peribadi terhadap saya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, beliau menganggap tindakan itu satu gimik politik murahan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR) untuk menjatuhkannya.

“Biarlah... Saya tidak mahu layan Yaakob,” katanya.

Semalam, Yaakop dalam satu kenyataan menggesa Datim mendedahkan bentuk pengajian dan universiti terlibat menganugerah gelaran tersebut.

Yaakop mendakwa, gelaran Dr yang dimiliki Satim diragui dan mahu beliau menyerahkan transkrip dan sijil penganugerahan doktor falsafah beliau kepada Speaker Selangor dengan segera bagi tujuan pengesahan oleh Lembaga Akreditasi Negara (MQA).

“Situasi hari ini amat membimbangkan kerana ramai masyarakat sanggup membeli Ph.D melalui sindiket tanpa perlu bersusah payah dalam mendalami ilmu,memperkembangkan kajian dan mempercambahkan nilai keilmuan,” katanya.

Yaakob menganggap tindakan membeli Ph.D adalah satu jenayah, merendahkan martabat universiti dan merupakan satu penghinaan kepada dunia akademik.

“Kita meragui perkara itu dan menggesa beliau supaya mengisytiharkan taraf pendidikan beliau.

“Satim telah menggunakan gelaran Dr secara berleluasa dalam poster pilihan raya dan dicetak pada rehal untuk edaran di beberap masjid dan surau sekitar DUN Sri Serdang,” katanya.
SH

Read more ...

Badrul boleh tidur di rumah , tak perlu hadir sidang DUN

Badrul dilarang hadir Sidang DUN Isnin ini

http://www.utusan.com.my/pix/2009/1030/Utusan_Malaysia/Muka_Hadapan/mh_01.1.jpgSHAH ALAM, 22 Jan. : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah dilarang menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Isnin ini selepas kerusinya diisytiharkan kosong, Rabu lalu.

Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim berkata, hanya Ahli Dewan sahaja dibenarkan menghadiri sidang berkenaan.

“Notis pengosongan kerusi DUN tersebut sudah dibuat dan beliau bukan lagi ADUN Pelabuhan Klang yang sah. Hanya Ahli Dewan sahaja dibenarkan hadir dan berhujah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kelmarin, Badrul Hisham mengesahkan akan menghadiri sidang DUN tersebut.

DUN Selangor akan bersidang Isnin ini bagi meminda Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang ada kaitan dengan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), baru-baru ini.

Rabu lalu, Teng mengumumkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong selepas Badrul Hisham gagal menghadiri Sidang DUN selama enam bulan tanpa sebab munasabah, tetapi kemudian dinafikan Badrul Hisham.

Sementara itu ditanya mengenai kenyataan ADUN Barisan Nasional (BN) yang mendakwa Kerajaan Negeri tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada ADUN Barisan Nasional (BN), Chang Khim menolak dakwaan tersebut.

Sebaliknya, Chang Khim mengakui pihaknya kesuntukan masa untuk mengedarkan draf tersebut kepada pihak berkenaan.

“Kita minta semua ADUN untuk datang ke pejabat untuk mendapatkannya (draf). Namun, ikut peraturan ia boleh disampaikan sebelum mesyuarat atau pada hari mesyuarat tersebut.

“Jangan jadi ia isu kerana kita telah sampaikan maklumat ini. Tidak ada agenda tersembunyi seperti didakwa oleh pihak berkenaan,” katanya.

Read more ...

Pastikan Cikgu Mala menang

Wanita Pakatan mahu pastikan Cikgu Mala menang

LABIS, 22 Jan. : Jentera Pilihan Raya Wanita Pakatan Rakyat di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang diyakini sudah memahami bidang tugas masing-masing dan mampu melaksanakan tugas mereka bagi memenangkan calon PAS, Normala Sudirman.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata, jentera wanita Pakatan Rakyat sudah banyak belajar daripada 13 pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini.

"Muslimat kita akan sentiasa bertenang, tidak mudah termakan dengan provokasi pihak lawan kerana pilihan raya ini bukan suatu yang baru. Ini pilihan raya yang keempat belas selepas pilihan raya umum lalu.

"Diharapkan daripada pelancaran ini dapat menaikkan semangat petugas-petugas kita.

"Daripada ekspresi wajah wanita-wanita yang hadir tadi, nampak mereka ada keazaman yang kuat untuk bekerja bagi memenangkan calon kita di Dun Tenang ini," katanya ketika ditemui selepas himpunan dan pelancaran jentera wanita Pakatan Rakyat Dun Tenang petang semalam.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan juga berharap proses penamaan calon hari ini berjalan lancar dan wanita dapat hadir sebagai tanda sokongan kepada calon dan parti.

Diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang mempersendakan peribadi calon PAS, Nuridah berkata amat malang apabila seorang bekas menteri yang rapat dengan Umno masih tidak memahami budaya orang Islam.

"Amat malanglah seorang bekas menteri seperti dia yang sudah-sudah bertahun berhadapan dengan orang Melayu, berkawan dengan Umno tapi masih tak memahami budaya dan amalan orang Islam. Memang patutlah dia tak jadi menteri lagi," katanya.

Sebaliknya kata Nuridah, DAP lebih memahami ajaran Islam dan bersungguh-sungguh membantu PAS memberikan penerangan kepada orang bukan Islam mengenai perkara yang tidak boleh dilakukan dalam Islam.

"Sepanjang saya bersama-sama dengan Cikgu Mala, memang ada di kalangan lelaki bukan Islam nak bersalam dengan beliau.

"Tapi kita memberitahu mereka dengan cara baik dan kita sangat berterima kasih kepada DAP yang bersama-sama kita, mereka terus memberikan penerangan kepada orang bukan Islam.

"Kerjasama daripada DAP sangat bagus. Jadi sebenarnya dia (Soi Lek) tak ada isu nak mainkan, dia mainkan isu ini," katanya.

Soi Lek sebelum ini mempersendakan Normala dengan menyamakan beliau dengan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah yang memakai sarung tangan dan tidak bersalam dengan bukan mahram.

Soi Lek turut mengandaikan Normala tidak akan pergi ke rumah ibadat bukan Islam dan bertemu dengan masyarakat bukan Islam.

Sementara itu, ahli jawatankuasa muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pelancaran jentera wanita itu sebagai momentum untuk mereka bergerak lebih aktif lagi ke setiap unit peti undi bagi memastikan PAS memenangi pilihan raya kecil ini.

"Kita buat pelancaran ini petang ini sebagai momentum kepada jentera bahawa kita sedang menuju semboyan pilihan raya dan esok kita akan bergerak ke seluruh unit peti undi, melakukan tugas kempen," katanya.

Beliau berkata, calon PAS sangat berpotensi untuk menang namun harus dibantu secara bersungguh-sungguh oleh jentera wanita.

"Kita sudah aturkan gerak kerja di setiap uni peti undi tinggal lagi proses pemurnian.

"Kita lihat calon kita sangat berpotensi di kawasan ini sebab itu kita mahukan jentera wanita bergerak dengan seluruh kekuatan yang ada," katanya.

Beliau turut mengajak wanita Umno memberikan sokongan kepada Normala untuk menambah bilangan ahli wanita di Dun Johor.

"Kita hanya ada dua orang wanita di Dun Johor. Jadi kita minta puteri dan wanita Umno menyokong calon muslimat PAS untuk menambah suara wanita di Dun.

"Usahlah terlampau berkira soal perbezaan politik asalkan kita boleh memperbanyak suara wanita," katanya.

Read more ...

Peluang PAS dan Umno sudah sama 50 : 50

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.

Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.

Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.

Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.

Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.


Presiden PAS : Peluang Menang PRK Tenang Tetap Ada



LABIS 22 Jan. : Pakatan Rakyat berpeluang merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang bermula hari ini dengan sasaran kini '50 : 50 ' namun ' tidak mustahil' untuk PR memenangi pilihanraya kecil itu,kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata peluang Pakatan Rakyat untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang untuk menang tetap ada mengambil kira faktor sebelum ini sudah ada dua kerusi dimenangi PAS dalam Pilihanraya Umum ke-12.

Menurut Abdul Hadi, Pakatan Rakyat yang meletakkan calon PAS Normala Sudirman mempunyai peluang cerah sekiranya maklumat dapat disampaikan dengan tepat kepada pengundi di DUN Tenang.

"Peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga Barisan Nasional (BN), tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil.

"Kita letak 50 peratus dulu tapi kempen kita bergerak bermula dari 40 peratus, di Johor kita sudah menang dua kerusi. Jadi peluang (menang) memang ada.

"Malah perubahan besar sudah berlaku di sini (Johor), BN juga hadapi masalah malah kedudukan Umno juga tidak kuat," kata beliau ketika ditemui di proses penamaan calon DUN Tenang di pejabat Majlis Daerah Labis di sini.

Pakatan Rakyat meletakkan Ketua Muslimat PAS Labis, Normala, bekas guru manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim, 39.

Tambah Abdul Hadi, pengundi muda di DUN Tenang merupakan penentu kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan itu.

"Pengundi muda yang dapat menatap media baru, mereka boleh mendapatkan maklumat yang tepat. "Bagi saya pengundi muda adalah undi penentu, di sini BN tiada undi Orang Asli, malah undi warga Felda juga sudah memihak kepada kita.

"BN tiada undi deposit di sini, kita mempunyai peluang kerana meletakkan calon anak tempatan bukan BN yang meletakkan calon yang sudah lama meninggalkan kawasan," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Marang.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus).

Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN pada 17 Disember lepas.

Read more ...

Pertarungan PAS Vs Umno di Tenang

PRK Tenang: Satu Lawan Satu, PR Dan BN


LABIS 22 Jan. : Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada 30 Januari ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PAS dan Barisan Nasioanal (BN).

BN diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat Mohd Azahar Ibrahim, 39, manakala calon PAS Ketua Muslimat parti itu di Labis Normala Sudirman, 38.

Selepas tamat tempoh bantahan di akhir proses penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Labis di sini hari ini, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md Asri Amir mengumumkan nama kedua-dua calon itu pada 11.20 pagi.

Pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh oleh penyokong kedua-dua parti. Mohd Azahar, merupakan calon pertama menyerahkan borang pencalonannya pada pukul 9.02 pagi dan Normala, menyerahkan borang pencalonan beliau pada 9.10pagi.

Sejak seawal jam 6 pagi lagi, penyokong parti masing-masing berkumpul di markas dan ibu pejabat parti masing-masing.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian Datuk Sulaiman Taha di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu kerana jangkitan kuman dalam darah serta suhu badan yang tidak stabil.

Seramai 14,753 pengundi yang melibat 14,735 pengundi biasa dan 18 pengundi pos, layak memilih ADUN Tenang.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Proses penamaan calon akan diadakan di Majlis Daerah Labis manakala Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis akan dijadikan pusat penjumlahan undi.

LAPORAN LINTAS LANGSUNG

11.25 pagi: Pegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan pilihan raya kecil Tenang pada Ahad ini akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN dan PAS.

11.10 pagi: Md Asri berkata terdapat tiga bantahan dikemukakan tetapi beliau telah menolak semua bantahan tersebut.

Dalam kertas undi pada 30 Januari ini, nama Normala akan mendahului nama Azahar.

11.00 pagi: Tempoh bantahan berakhir.

10.55 am: Ketua Pembangkang Dun Johor Dr Boo Cheng Hau, dari DAP berkata "Kami tunggu kehadiran Cikgu Mala bersama kami di Dun Johor".

10.40 am:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, PKR akan menghantar sekurang-kurangnya 1,000 petugas bantu kempen calon PAS.

10.10 am: Calon PAS Normala sudirman menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.10 pagi. Beliau dicadang oleh Mahat Jamin dan disokong Rosiah Ahmad.

Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menyerahkan borg pcalonan jam 9.02 pagi. Beliau dicadang oleh Ma Chong Pah dn didsokong Jayaraman Chinasamie

10.05 am:
Hanya dua borang pencalonan dipamer iaitu masing-masing dari calon PAS dan calon BN.

10.00 am: Pegawai pengurus pilihan raya megumumkan waktu penyerahan borang pencalonan ditutup dan kini dipamer dan dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.


9.23 pagi:
Kedua-dua calon BN dan PAS telah mengemukakan borang masing-masing dan menikmati hidangan ringan sambil berbual sesama mereka.

NONE9.20 pagi: Penyokong PAS pula menyanyikan lagu rasmi Umno tetapi menukarkan lirik lagu berkenaan. Kata-kata "Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia" ditukar kepada "Umno terus lara, rompak rakyat Malaysia".

9.15 pagi:Pergelutan hampir tercetus antara penyokong PAS dan polis apabila beberapa penyokong yang tidak mempunyai pas cuba merentasi halangan atau sekatan polis.

Menurut beberapa penyokong Pakatan, perhimpunan kali ini adalah yang terbesar yang pernah mereka saksikan untuk pilihan raya kecil.

Kedengaran juga beberapa penyokong PAS yang mencemoh polis yang tidak berpakaian seragam yang bertugas.

"Lepas makan gaji Umno, boleh balik," kata seorang penyokong PAS.

9.10 pagi: Calon PAS, Normala mengemukakan borang pencalonannya.

9.05 pagi: Ribuan penyokong BN di luar dewan, menyanyikan lagui "Inilah Barisan Kita".

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "BN Janji dikota", "Undilah Barisan Nasional, Hidup Sejahtera" dan "Tiada Tempat untuk Pembangkang di Johor".

Pihak polis, menutup terus laluan masuk daripada penyokong BN.

Seramai kira-kira 40 anggota polis berkawal di laluan masuk ke tempat penamaan calon.

Penyokong juga mengibarkan bendera BN dan parti komponen yang lain.

9.03 pagi: Azahar adalah calon pertama yang menyerahkan borang pencalonannya.

9.00 pagi: Penamaan calon dibuka.

NONEPegawai pengurus pilihan raya, Md Asri Amir mengumumkan penamaan calon mulai dibuka hingga jam 10 pagi nanti.

8.58 pagi:
Normala dan pemimpin Pakatan yang lain tiba di pusat itu. Mereka termasuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Chua Jui Meng, Abdul Hadi Awang, Zuraidah Kamaruddin dan Chong Eng.

8.50 pagi: Azahar masuk ke dewan. Kawalan agak ketat daan beberapa pemimpin kenamaan terpaksa bersempit kerana laluan di pintu masuk agak kecil.

NONE8.42 pagi:Penyokong BN dan pemimpinnya adalah yang pertama sampai di pusat penamaan calon.

8.30 pagi: Calon BN, Azahar, diiringi Muhyiddin dan penyokong BN mula berarak ke pusat penamaan calon, yang tidak jauh dari tempat mereka berkumpul. Labis adalah pekan yang kecil.

8.14 pagi: Penyokong PAS mula berarak selepas berlaku sedikit kekeliruan - pembawa bendera parti diminta berhimpun di belakang calon.

NONENormala diiringi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa ahli parlimen seperti, Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Khalid Samad (Shah Alam) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali juga hadir bagi memberikan sokongannya.

Terdapat tidak kurang 5000 penyokong PAS dan mereka kemudiannya disertai oleh kira-kira 2000 penyokong DAP yang menunggu di pertengahan jalan.

8.10 pagi: Police menutup jalan menuju ke Pusat Penamaan Calon di Majlis Daerah Labis kepada semua kenderaan dan penyokong. Hanya calon dan beberapa pemimpin yang mengiringi mereka dibenarkan masuk.

NONEJumlah polis yang hadir agak ramai - dianggarkan ratusan yang dikerah bagi mengawal keselamatan di kawasan sekitar Tenang.

Kedua-dua penyokong BN dan Pakatan diasingkan dengan anggota polis menjadi penampan. Mereka diletakkan dalam lingkungan 100 meter daripada satu sama lain.

Terdapat juga laporan bahawa sekatan jalan diadakan di beberapa lokasi di sekitar pekan Labis dan juga bandar Segamat yang terletak kira-kira 30 kilometer dari Labis.

8.08 pagi:
Timablan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno tiba di ibu pejabat MCA di Labis.

NONE7.40 pagi: Azahar dan isterinya, Tuty Roshizana Tumin, 31, tiba. Calon memakai baju Melayu berwarna unggu.

Apabila disapa wartawan, Azahar mengakui beliau sedikit gementar. Katanya beliau tidur lena malam tadi.

Seperti kerusi Tenang, saya juga tenang," katanya.

7.30 pagi: Ribuan penyokong BN berkumpul di ibu pejabat MCA, Labis dengan mengibarkan bendera BN dan Umno sebagai tanda sokongan kepada calon mereka, Mohd Azahar.

Antara yang hadir, termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman and pemimpin kanan BN seperti Datuk Seri Shahrizat Jalil, Datuk Wee Ka Siong dan Datuk Rosnah Abdul Rashid Syirlin.

Read more ...

Umno dan Perkasa akan bergabung besar-besaran membantah usaha Kerajaan Pulau Pinang ini

Pulau Pinang tubuh Yayasan Islam

http://sun2surf.com/images/sun2surf/articles/45733/MANSOR%20OTHMAN%20.jpgPENANTI, 21 Jan: Kerajaan negeri meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang tetapi lokasinya belum dipastikan lagi, kata Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman.

Jelasnya, namun berapa peruntukan belum lagi dinyatakan dengan jelas kerana ia dalam proses mengenal pasti tanah dan perbelanjaan keseluruhan.

"Masyarakat Islam sekali lagi menerima berita gembira apabila Kerajaan Negeri telah meluluskan penubuhan Yayasan Islam Negeri Pulau Pinang. Penubuhan itu sekaligus boleh meningkatkan syiar Islam selepas Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kenaikan peruntukan untuk Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) berbanding di era pentadbiran Barisan Nasional (BN), " ujarnya ketika ditemui di majlis penyampaikan anak kunci rumah kepada warga emas Encik Taha Daud di Tanah Liat, Bukit Mertajam pagi tadi.

Menurut beliau, pembentukan Yayasan Islam Pulau PInang akan melaksanakan mana-mana tugas yang tidak dimainkan oleh Maipp mahupun Jabatan Agama Islam Pulau PInang (Jaipp).

Golongan profesional akan dipanggil mengendalikan Yayasan Islam Pulau Pinang ini selain mencari perbagai kaedah untuk diketengahkan sebagai cadangan peranan yayasan itu kelak.

"Yayasan itu nanti bukan menjalankan tanggungjawab yang bertindih dengan Maipp dan Jaipp sebaliknya menjalankan aktiviti yang lain asalkan ia melibatkan kepentingan umat Islam sejagat," tegasnya.

Sebelum itu, Yang Dipetua Maipp, Ustaz Elias Zakaria berkata, Pusat Urus Zakat (PUZ) telah pun memperuntukan RM15 ribu untuk membina rumah Taha Daud yang sebelum ini tinggal keseorangan di rumah usang di Kampung Tanah Liat.

Dengan bantuan itu menjadikan pada tahun 2010 PUZ telah membina 30 buah rumah yang menelan belanja RM900 ribu.

Manakala kerja baik pulih rumah pula melibatkan 164 rumah keseluruhan Pulau Pinang dengan kos RM1.7 juta di tahun yang sama.

"Memandangkan kita tidak mahu ada lagi individu Islam hidup melarat maka PUZ akan membantu bagi meningkatkan emej Islam agar dipandang tinggi oleh masyarakat bukan Islam," terangnya.

Hadir sama dalam program itu ialah Timbalan YDP Maipp, Ustaz Saleh Man, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Hasan Ahmad dan Pengarah PUZ, Dr Azman Samat.

Read more ...

Maaf Dato' Seri, maaf Dato' Seri

ADUN Merlimau dikebumi, KM marah pengerusi SPR

NONEADUN Merlimau, Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Chinchin, Jasin, Melaka selepas solat Jumaat hari ini.

Lebih 1,000 jemaah menghadiri solat jenazah yang diimamkan oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Rashid Redza Mohd Salleh.

Antara kenamaan yang hadir ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang mengiringi jenazah sehingga selamat dikebumikan.

Hidhir (pertama dari kiri) adalah rakan karib Abdullah sejak sekian lama dan dipilih bertanding sebagai ADUN ketika Adullah adalah perdana menteri.

“Jenazahnya dibawa ke masjid di Chinchin untuk disembahyangkan dan kemudiannya dikebumikan pada jam 2.50 petang,” kata speaker dewan undangan negeri, Datuk Wira Othman Muhammad.

"Selepas dikebumikan, pejabat speaker akan memaklumkan kekosongan kerusi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung kematian Hidhir," katanya.

Hidhir, 54 yang juga adalah anggota exco kerajaan negeri Melaka meninggal dunia di Hospital Putra pada jam 8.10 malam semalam selepas serangan sakit jantung.

azlan
Allahyarham meninggalkan seorang balu dan empat anak.

Kematian itu menyaksikan pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari ini.

Ia adalah pilihan raya kecil ke-15 di negara ini selepas pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 tetapi yang pertama di Melaka.

Namun pilihan raya kecil Merlimau ini tidak akan mengubah sebarang kedudukan dewan undangan negeri Melaka kerana BN menguasai 23 kerusi (Umno, 18, MCA, empat dan MIC, satu) manakala Pakatan Rakyat mempunyai lima kerusi yang semuanya dimiliki DAP.

Sementara itu, Othman berkata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah berjumpa dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam malam semalam dan dimarahi kerana kesilapan mengumumkan kematian Hidhir semasa beliau masih bernyawa.

"SPR buat silap, tiada kenyataan rasmi daripada saya ataupun ketua menteri.

"Abdul Aziz menjelaskan kepada kami kesilapan itu dibuat oleh seorang daripada pegawainya di Melaka dan beliau telah memohon maaf,” katanya.

Abdul Aziz pernah berkhidmat di bawah pentadbiran Mohd Ali sebagai setiausaha kerajaan negeri.

Kesilapan itu menyaksikan Utusan Malaysia menyiarkan berita kematian Mohd Hidhir dan mengumumkan SPR akan bermesyuarat dalam tempoh 10 hari bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil.

Mengikut konvensyen, adalah menjadi tanggungjawab speaker bagi memaklumkan kepada SPR berhubung kekosongan kerusi di dewan negeri.- mkini

Read more ...

Formula menambah bangsa ialah kahwin dan beranak

Jika Takut Miskin Berkahwinlah -Presiden Iran


Tehran Khamis 20 Jan 11: Presiden Republik Islam Iran Mahmoud Ahmadinejad, berkata Al-Quran menyatakan bahawa jika kamu takut miskin, maka berkahwinlah. "Barat ingin menusia hidup bebas dalam pusaran hawa nafsu, sementara kita ingin manusia bebas dalam ikatan spiritual, karena itu metode kita berbeda dengan cara Barat. Kita harus mengkristalkan teladan Islam dalam pemikiran kita secara bertahap, kemudian mengaktualisasikannya dalam kehidupan dan aktivitas kita," tambahnya.

Dalam ucapan dengan jajaran pejabat Provinsi Yadz, ahmadinejad mengkritik keras slogan "Dua Anak Cukup."Sebagaimana dilaporkan IRNA, Ahmadinejad mengatakan, slogan dua anak cukup (seperti yang amalkan di Indonesia) sebenarnya formula untuk memusnahkan sebuah bangsa.

Ditambahkannya, metode ini merupakan jalan yang kini menciptakan krisis di tengah masyarakat Eropa. Ahmadinejad menilai teori dua anak cukup sebagai pandangan yang didasari pada pemikiran humanisme dan kapitalisme Barat. Ditegaskannya, riset para ilmuan Iran menyimpulkan bahwa mereka pernah hidup dalam keluarga besar yang anggotanya mencapai delapan dan sembilan orang.

Seraya menolak pandangan bahwa jumlah yang sedikit pasti mendapat kesejahteraan, Ahmadinejad menuturkan, "Pada awal revolusi, kita memproduksi minyak lebih dari lima juta barel, padahal jumlah populasi Iran setengah dari jumlah sekarang. Namun kini produksi minyak kita hanya setengah dari itu, sementara jumlah penduduk mencapai dua kali lipat, tapi dengan memperhatikan fasilitas dan infrastruktur yang telah dibangun, kondisi kesejahteraan masyarakat meningkat beberapa kali lipat."

"Barat berpendapat bahwa pernikahan akan mendatangkan kemiskinan. Sebenarnya pandangan itu ingin memperluas kerusakan di dunia," jelasnya. "Masalah ini sudah populer di tengah masyarakat kita. Para pemuda tidak akan menikah sebelum memiliki rumah dan mobil, akibatnya usia rata-rata pernikahan di kalangan perempuan mencapai 23 tahun, dan laki-laki 26 tahun."

"Menunda-nunda dalam usia pernikahan, memiliki dampak mental, psikologi dan budaya." Jelasnya. (Ibnu Hasyim)

Read more ...

Bankrap duit, bangkrap juga jawatan

Si Bankrap Dilarang Sertai Persatuan -Jab. Insolvensi




PETALING JAYA 21 Jan 11: Individu yang diisytiharkan bankrap tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan dalam mana-mana persatuan. Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata, ini kerana ia akan menimbulkan konflik kerana penubuhan persatuan adalah bertujuan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Jika seseorang yang diisytiharkan bankrap itu mempunyai kedudukan atau jawatan di dalam persatuan sudah tentu ia akan menjejaskan integriti dan kepercayaan.

“Kemungkinan si bankrap akan menyalahgunakan kuasa atau pengaruhnya demi kepentingan peribadi,” katanya kepada mStar Online, Khamis.

Beliau mengulas laporan mStar Online pada Rabu mengenai Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan diisytiharkan bankrap pada 9 September 1985 kerana gagal menjelaskan hutang berjumlah RM1,491,437.05.

Berdasarkan kenyataan Jabatan Insolvensi pada Rabu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan perintah pengkomitan (perintah untuk menghantar ke penjara) selama sebulan terhadap Nadzim kerana kegagalan beliau memfailkan Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan Enam Bulan kepada Jabatan itu.

Bagaimanapun beliau masih tidak perlu menjalani hukuman penjara selepas peguamnya, Pritam Singh mendapatkan perintah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara yang dibuat secara lisan di Mahkamah Tinggi pada hari yang sama. Menurut Abdul Karim, Akta Kebankrapan 1967 dan Akta Pertubuhan 1966 menjelaskan bahawa seseorang yang diisytiharkan bankrap akan hilang kelayakan sebagai ahli atau memegang sebarang jawatan dalam persatuan.

“Nadzim merupakan salah satu kes yang membabitkan individu bankrap kerana sebenarnya ramai lagi yang masih memegang jawatan dalam persatuan juga syarikat.

“Akta Kebankrapan 1967 tidak membenarkan mereka menjadi pengarah syarikat atau melibatkan diri dalam pengurusan syarikat terutama hal kewangan kecuali mendapatkan kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi,” katanya.

Tegas beliau, kepentingan itu juga mungkin digunakan bagi mendapatkan sumber kewangan yang membolehkannya menyelesaikan masalah kebankrapan. Antara sekatan lain yang dikenakan individu yang diisytiharkan bankrap seperti tidak dibenarkan ke luar negara atau menjalankan perniagaan. Kira-kira 15,000 rakyat Malaysia diisytiharkan bankrap pada tahun lalu. (mSrtar Online)

Read more ...

Gambar-gambar Himpunan Menjunjung Kasih

Candid : Himpunan Rakyat Selangor














Sekadar membetul fakta, berita Malaysiakini tidak berapa tepat kerana disini kerana tiada tolak menolak seperti dilapurkan, semuanya tenang dan perbincangan dibuat oleh Azmizam dan khairuddin dengan pihak polis.



Polis ramai tapi secara keseluruhan Polis Klang memang OK dan sporting




Polis Klang menyediakan 2 buah kenderaan untuk membawa deligasi ke Istana.
Tok Ketua Kampung Kapar, YB Dr Rani, Khairuddin lebih selesa berjalan kaki dan menolok menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak Polis


Sampai Istana lebih awal kerana naik kenderaan khas

Nun hujung sana, merupakan anggota keselamatan yang menumpangkan saya dari masjid ke Istana, dia tau orang tu tak berapa sihat kut.





Parlimen Kota Raja

Read more ...