Tuesday, April 3, 2012

RM 400 JUTA SETAHUN!!! Kos korupsi di bawah UMNO Selangor , tapi SPR akan bantu UMNO tumbangkan PR



Sepanjang pemerintahan PAkatan Rakyat di Selangor, kegiatan korupsi telah diperangi habis2an.

Projek2 yang diberi dengan cara terus(direct nego) telah pun dihapuskan.

Segala projek di Selangor adalah melalui tender terbuka (open tender).

Hasil dari usaha kerajaan Negeri memerangi rasuah dan salah guna kuasa ini, Selangor telah berjaya menyelamatkan wang negeri sebanyak RM2b.

Kalau dibahagi dengan 5 tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, maka kos korupsi yang dapat diselamatkan adalah RM2b/5 = RM400juta setahun.

BARANG DIINGAT, RM400 juta inilah yang masuk ke poket2 beberapa kerat kepimpinan UMNO dan kroni2 mereka.

Kalau ada 400 orang pemimpin dan kroni, sorang akan dapat RM1juta wang tanpa perlu buat apa2.

Itu pun untuk setahun. Kalau 5 tahun, maka seorang akan dapat RM5 juta.

Kalau tidak ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah, rakyat Selangor tidak akan tahu bahawa wang yang masuk poket2 kepimpinan UMNO/BN dulu mencecah ratusan juta.

Tak heranlah Khir Toyo boleh belanja RM1.5juta semata-mata untuk percutian luar negara di Disneyland dan Perancis. Ada apa dengan RM1.5 juta berbanding RM400 juta.

Tulang Besi

Read more ...

TERKINI !!! BN hilang satu kerusi DUN di Kedah

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu berkata, hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan,Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.
Beliau berkata pada Disember lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi. - Bernama

Read more ...

HARGA RON97 DAH NAIK!!! Lepas PRU 13, BN menang RON95 pula naik

KUALA LUMPUR - Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.90 seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman ketika dihubungi malam ini mengesahkan kenaikan harga itu.

Beliau berkata harga diesel kekal pada RM1.80 seliter.

Minggu lepas, kerajaan mengumumkan harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 per walaupun harga bahan api di pasaran dunia naik baru-baru ini. - Bernama

Read more ...