Thursday, November 22, 2012

UMNO YANG BERJUANG ISLAM!!! Ketua Pemuda UMNO di tahan bersama arak dan dadah


KUALA LUMPUR 22 NOVEMBER: Seorang Ketua Pemuda Umno cawangan di Negeri Sembilan ditahan polis dalam satu serbuan minggu lalu.
“Dia ditahan di sebuah hotel dalam keadaan dikelilingi dadah dan arak,” kata Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shahrin kepada Keadilan Daily.
Mendedahkan hal itu, beliau berkata, bapa kepada individu itu seorang pemimpin Umno bergelar Datuk yang juga bekas senator.
Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berharap pendedahan awal itu bertujuan mengelak kes kecurangan pemimpin disorok atas arahan politik.
“Kita harap pendakwaan dapat dilakukan dengan adil.

Read more ...

ADUN UMNO MENGAMUK!!! Diperintah keluar dewan kerana pertahankan hak rakyat?


ALOR SETAR – ADUN Kota Siputeh, Dato’ Abu Hasan Sarif diarahkan keluar Dewan Undangan Negeri apabila beliau membantah keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi laluan.ADUN tersebut sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak beliau sendiri. 
Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan bermotifkan politik. YDP MDKP yang terbabit dengan penurunan pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.Exco Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada hanyalah untuk gred N17.

Read more ...

KRONI KENYANG RAKYAT BAYAR!!! Kamera AES harga RM 19 ribu , kerajaan beli RM 223 ribu


Audit Perlu Siasat KDN Bayar 10 Kali Ganda Beli Kamera Perangkap Laju


[KD] KUALA LUMPUR 22 November: Audit terbuka perlu dilakukan terhadap Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung pembelian kamera perangkap laju yang meningkat sepuluh kali ganda dari harga asal, kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau merujuk jawapan bertulis KDN kepada Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibekalkan kamera perangkap laju sejak 1995 dengan jumlah terkini 124 unit.

Ia meliputi model Laser Digicam berjumlah 85 dengan harga RM173,925 seunit, manakala bagi model Laser Trucam berjumlah 39 unit dengan harga RM223,500 seunit.

“Kontrak-kontrak kerajaan ini sangat diragui. Siasatan perlu dibuat, lebih-lebih lagi sekiranya diberi secara runding terus (awarded tender). Kita tak mahu ada salahguna dari peruntukan KDN,” tegasnya kepada Keadilan Daily.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Ceramah Janji Ditepati dah jadi Ceramah Janji Di kerusi

22 Nov. - Malam tadi saya menghadiri "Ceramah Janji Ditepati" Barisan Nasional Bandar Tun Razak.

kehadiran kerusi lebih hangat dari kehadiran manusia dan ceramahnya pula tidak lekang dengan cerita lucah dan bahan mencarut yang sangat sinonim dengan jiwa UMNO/BN. 

semoga ALLAH SWT membalikkan hati2 mereka untuk meninggalkan UMNO. AMIN....Mohammad Saiful Bin Mansur

Read more ...

TU DIA!!! Perwakilan UMNO diarah menjadi 'Pak Angguk' dan 'Mak Turut'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjjeovMYolbxqYwOxMr6Ec2wqVv2v6FX4033ty3kMa5ePvDhPWwi9QMPP8i5MDB8AaGI98gINdOyuZ6y1vqK2Y2kofv3fYI1UtiCEnE7IrecslM4ZTr9GxjwGc5I7wWWPI3C3-54BL9Pg4/s400/012473855.jpgSalah seorang Naib Presiden UMNO Dato' Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO telah mengarahkan perwakilan untuk menutup mulut dalam Perhimpunan Agong UMNO yang akan bermula 27hb November ini. Arahan ini bertujuan untuk perwakilan tidak menyentuh pandangan isu yang berbeza memandangkan pilihanraya luar biasa akan mereka hadapi tidak lama lagi. Perwakilan di arah untuk tidak menyentuh perkara-perkara yang sensitif kerana ia boleh melemahkan parti dalam mengahadapi pilihanraya yang akan datang ini.

Presiden dan Timbalan parti itu akan bertemu dengan perwakilan sehari sebelum perhimpunan itu di adakan bagi menentukan apa yang boleh dibincangkan dan setiap Perhubungan negeri akan menamakan siapa yang akan berucap dalam perhimpunan itu. Arahan ini adalah arahan yang tidak pelik dalam UMNO dan saya berharap mana-mana parti dalam PR tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh UMNO itu. Apa maknanya perhimpunan agong jika perwakilan tidak boleh bercakap apa yang mereka ingin perkatakan untuk kebaikan parti.

Read more ...