Tuesday, June 19, 2012

POLIS SIBUK JAGA CERAMAH?!!!!Taktik kotor halang ceramah Pakatan Rakyat

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM telah menghantar beberapa keping gambar menunjukkan taktik kotor yang digunakan untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat di Johor.

Menurut pengirim, gambar diambil di daerah Kulaijaya, Johor di tempat membasuh tangan (singki) salah sebuah kedai makan di daerah itu.

Difahamkan, notis pemberitahuan seperti ini ditampal di banyak lokasi tumpuan orang ramai di sekitar Kulaijaya berhubung ceramah Pakatan Rakyat yang bakal diadakan di daerah itu.

Notis berkenaan dipercayai dikeluarkan oleh pihak Polis.

Tujuannya pula dikatakan untuk menyuruh para penduduk setempat agar membuat bantahan terhadap ceramah yang bakal diadakan sekaligus memberi alasan untuk Polis menghalang ceramah tersebut.


Persoalannya, mengapa jika program ceramah anjuran United Malays National Organization, Umno tiada pula notis begini ditampal?

Tindakan ini dilihat membuka ruang kepada gerombolan songkok tinggi membuat bantahan beramai-ramai kononnya sebagai mewakili penduduk setempat bagi membolehkan polis menghalang ceramah dengan alasan ada bantahan.

Wahai polis, rakyat Johor bukan bodoh, mereka nak datang ceramah biarlah mereka pergi, mereka ada otak, ada akal fikiran, kalau ceramah Pakatan Rakyat penuh penipuan dan fitnah mereka juga tak bodoh untuk terus percaya.

Kenapa sibuk sangat nak halang ceramah? Pergi tangkap perompak, pencuri, perogol.

ReJaM© "Patutlah banyak kes tak settle, Polis sibuk jaga ceramah... "

Kredit Gambar: Sihat Selalu

Read more ...

TERKINI!!! MCA hentam hudud, PAS jelaskan kerana UMNO takut MCA

Perdebatan mengenai masa depan demokrasi di Malaysia menjadi ‘panas’ apabila isu negara Islam dibahaskan oleh Naib Presiden MCA, Gan Ping Sieu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mujahid Yusuf Rawa.

NONEKetika pusingan kedua pada sesi menjawab soalan Debatkini, Gan (kanan) dilihat mengutarakan isu adakah PAS akan menukarkan perkara asas di dalam negara sekiranya menjadikan negara ini, negara Islam dan melaksanakan hudud.

Sehubungan itu, Mujahid yang juga merupakan ahli Parlimen Parit Buntar dengan lantang membidas kenyataan Gan dengan mengatakan bahawa, walaupun PAS menjadikan agama Islam sebagai asas, tetapi parti itu sentiasa membuka ruang untuk demokrasi.

Beliau juga percaya, agama Islam merupakan sebuah agama yang menghormati pilihan.

“Kita komited dengan proses demokrasi. Walaupun dasar PAS ialah Islam tetapi kami percaya, Islam itu sebagai panduan. Sebab itu kita boleh komited dengan situasi yang pelbagai kaum.

“Saya juga percaya, kita perlu membincangkan (isu murtad) dengan lebih intelektual. Ia adalah intipati dalam ajaran Islam. Ttapi ia juga adalah interpretasi.

“Berdasarkan pengetahuan saya, mereka yang meninggalkan agama ini tidak meninggalkan iman dan dalam konteks sejarah, mereka yang murtad, adalah kerana menentang sistem atau boleh dikatakan sebagai pengkhianat,” katanya menjadikan murtad sebagai contoh dalam Debatkini anjuran Malaysiakini di ibu negara malam tadi.

Menjelaskan kenyataanya itu lagi, Mujahid berkata, seseorang yang murtad itu perlu memilih diantara iman dan hati naluri sendiri dan jika melakukannya kerana menghormati undang-undang, maka tiada isu mengenai murtad.

NONE“Isunya ialah, orang yang murtad dijadikan alat politik bagi mereka yang berfikiran sempit antara dua-dua belah pihak,” katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Sementara itu,sebagai  membidas kenyataan Mujahid (kiri), Gan berkata, walaupun enakmen hudud tidak dilaksanakan, tetapi beliau mendakwa, PAS cuba menerapkan elemen tersebut di Kedah apabila penggubalan undang-undang bagi menghalang fatwa dicabar di mahkamah diluluskan.

“PAS kata undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan kerana Umno takut dengan MCA. Saya amat mengambil berat tentang perkara ini. Bayangkan tekanana ke atas perdana menteri dan rakan-rakan dalam BN apabila mereka kata Umno tidak boleh laksanakan hudud.

“Saya percaya Islam itu ialah bersederhana dan tiada paksaan. Tetapi jika kami mahu ingin melaksanakan (hudud) sebagai cara hidup, maka, jauhkanlah,” kata Gan.

Selain itu, Gan  yang juga merupakan seorang peguam menambah, beliau turut menganggap sistem perundangan Islam atau hudud akan menjadi ‘mimpi ngeri’ kerana. katanya, setiap hukuman yang dikenakan bergantung sama ada banduan tersebut beragama Islam atau tidak.

NONEJusteru, membidas kenyataan Gan, Mujahid dengan tegas berkata, tiada istilah ‘Hudud PAS’.

Mujahid menjelaskan, PAS mempunyai aspirasi dengan melakukan sesuatu secara demokratik.

“Di Kelantan dan Terengganu, enakmen hudud dikenalkan secara demokratik dan kamu mungkin tidak suka tetapi dalam demokrasi, anda tidak mungkin akan membenci semuanya.

“Kita telah sampai ke peringkat di mana, kita melihat hubungan antara Islam dan negeri ini tidak secara formatif tetapi dengan cara substantif bagi menyuntik Islam kepada negara.

“ Ini merupakan lonjakan terbesar PAS. Sama ada MCA atau Umno tidak suka, itu adalah masalah mereka. Kita progresif. Islam ialah meletakkan diri dalam demokrasi. Kita percaya tidak ada pemisah antara Islam dan demokrasi,” kata Mujahid lagi.

Read more ...

PR BANTAH SAR?!!! Cerita Utusan Vs Cerita Sebenar

 
 Ini cerita Utusan ....

IPOH 19 Jun - Memalukan! Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sanggup bersekongkol dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Taman Pegoh Aman di atas tapak sebuah padang awam di sini.

Alasan mereka adalah mahu mempertahankan padang itu untuk kegunaan penduduk.

Namun yang menghairankan, sebahagian besar penduduk taman tersebut tidak pula membantah projek berkenaan kecuali sebilangan kecil penduduk bukan Islam yang tinggal di hadapan padang berkenaan yang dipercayai telah dihasut oleh pihak tertentu.

Pas dan PKR bukan sahaja membuat demonstrasi mendesak bangunan yang dalam pembinaan itu dirobohkan pada 29 Mei lalu, malah turut mengganggu majlis dialog yang diadakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman (gambar tengah ) bagi memberikan penjelasan kepada penduduk Sabtu lalu.

Ini cerita sebenar.... 

Sebenarnya isu tersebut dibangkitkan kerana UMNO ingin menakluki Dewan Orang Ramai Kg Pengkalan Pegoh (selama ini merupakan tapak Sekolah Agama Rakyat Pengkalan Pegoh) untuk dijadikan sebagai bilik gerakan UMNO BN menjelang musim pilihanraya.

UMNO telah mengarahkan SAR tersebut supaya mengosongkan Dewan Orang Ramai untuk kegunaan piliharaya.  Dalam masa yang singkat, SAR terpaksa menumpang di Surau Taman Desa Aman.  Pelajar-pelajar terpaksa belajar di bawah khemah selama dua minggu.

Image
Image
Hakikatnya, UMNO sanggup menghalaukan pelajar SAR keluar dan tidak membekalkan tempat alternatif kepada pelajar.  Pelajar-pelajar terpaksa dihalaukan ke sini sana, tetapi hanya untuk memberikan ruang awam tersebut kepada kegunaan UMNO BN.  Siapa yang menzalimi rakyat?

Kini, Dato Hamidah pula mengarahkan pembinaan SAR baru di Tapak Padang Taman Pegoh Aman tanpa mendapatkan kelulusan pejabat tanah / DBI dan tidak mendapatkan persetujuan daripada penduduk tempatan.  Tanah tersebut masih tidak digazetkan sebagai kegunaan tapak sekolah.  

Akibatnya, pembinaan tersebut dibantahkan oleh penduduk tempatan dan ini mencerminkan UMNO memang JUARA dalam isu merampas hak rakyat.
Bantahan rakyat:
  • UMNO sanggup merampaskan harta rakyat termasuk Dewan Orang Ramai untuk kegunaan sendiri, dan merampaskan tapak padang demi mengautkan publisiti murahan.
  • Bangunan didirikan tanpa kelulusan dan tidak mendapat persetujuan / persefahaman daripada penduduk tempatan, serta ia telahpun dilaksanakan kira-kira 30% kerja dan peruntukan kerajaan RM100,000.00 diberikan walaupun tiada kelulusan tanah.
  • YB Dato Hamidah Osman sebagai exco kanan telah melanggar undang-undang dan beliau bersikap angkuh kerana tidak mempedulikan suara rakyat untuk berdialog.
  • Kerajaan negeri seharusnya memberikan tanah alternatif kepada SAR tersebut supaya tapak  pembinaan SARyang baru adalah lebih sesuai dan strategik.
Sebenarnya, bantahan penduduk Taman Pegoh Aman adalah membantah pembinaan bangunan yang tiada kelulusan.

.... Hebat Kak Midah..hebat UMNO....Betul ke ni?

Read more ...

UMNO JOHOR TERTEKAN!! Tsunami politik bakal melanda Johor


Akhbar dalam talian DAP, Roketkini telah menemu bual dengan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub yang kini memimpin jentera pilihan raya PAS Johor bersama dengan Pakatan Rakyat negeri dalam usaha mendapatkan mandat rakyat bagi membawa perubahan di negeri yang dikatakan kubu kuat UMNO-Barisan Nasional itu.
Ikuti wawancara Hafiz Zainuddin bersama dengan Salahuddin anak watan Johor yang kini menjadi Ahli Parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Gambar-gambar oleh Wira Andika.

Apa isu utama masyarakat Melayu di Johor?

Perkara yang menyentuh isu Melayu di Johor ialah orang telah bercakap tentang integriti yang melibatkan urus tadbir. Sebab itu bagi saya, perkara paling penting sekarang ini adalah, rakyat perlu diberitahu tentang apa yang dikatakan sebagai hala tuju urustadbir kerajaan negeri.

Isu kronisme dan nepotisme juga semakin jadi bualan rakyat peringkat bawahan. Sebab itu Pakatan Rakyat telah bersepakat  dan bersetuju bahawa perkara pertama yang harus diberi keutamaan sekiranya kita diberi mandat untuk mengambil alih Nusajaya, kita perlukan kepada management audit. Management audit ini penting bagi saya untuk kita melihat prestasi kerajaan negeri, semua GLC di bawahnya, dan juga tentang integriti pihak kerajaan sendiri.

Financial audit tu nombor dua, management audit tu yang pertama. Yang ini saya rasa satu isu yang harus kita berikan perhatian. Yang kedua isu tanah, isu yang cukup dirasa oleh rakyat hari ini isu pengambilan tanah, pembayaran pampasan tanah yang tidak adil, dan sudah tentu orang-orang melayu ingin tahu kemanakah perginya tanah rizab melayu yang tergadai di sepanjang pemerintahan BN di Johor ini.

Contohnya bagaimana?


Isu tanah ini seperti pengambilan tanah untuk projek-projek kerajaan yang melibatkan seperti projek RAPID Petronas, tanah yang berstatus pertanian rakyat itu, adakah ia dibayar dengan adil? Begitu juga dengan isu pengambilan tanah di Tanjung Pelepas, walau pun kita bangga kita punyai pelabuhan, RAPID Petronas atau pun projek pembangunan infrastruktur yang penting itu kita tidak pertikaikan tetapi pendekatan kerajaan dan cara kerajaan mengambil tanah itu yang menjadi satu pertikaian yang sampai ke hari ini saya melihat ia telah menjadi suatu isu, iaitu dalam himpunan tanah baru-baru ini di Angsana seminggu selepas BERSIH hari Sabtu pertama. Lebih kurang 5,000 orang hadir yang mewakili pelbagai segmen masyarakat. Saya rasa ini isu yang seharusnya highlight kan khususnya kalau bercakap tentang pengundi Melayu.

Apa sebenarnya isu yang dimainkan dan apa kesannya kepada PAS sendiri dalam memenangi hati pengundi terutamanya pengundi Melayu.

Sudah barang pasti isu ini melibatkan sebahagian besar majoriti orang Melayu. Isunya adalah isu keadilan, kita boleh bayangkan satu tanah pertanian, tanah yang orang kampung duduk, mencari rezeki, bergantung kehidupan mereka dengan tanah itu atas nama pembangunan, (kerajaan) mereka ambil tanah itu.

Sebab itu kita masih lihat saki baki orang Melayu yang terpaksa menerima kesan langsung. Jadi mereka kehilangan tanah buat selama-lanya dan adakah bayaran itu mencukupi. Saya rasa ini isu yang kalau kita bercakap mengenai orang Melayu, mereka mengharapkan PAS mengambil isu ini. Sebab itu bila PAS mengatakan kita akan gantikan UMNO, sudah barang pasti PAS mesti menunjukkan komitmen yang tinggi. Rakyat ingin melihat betapa seriusnya kita memperjuangkan isu ini.

Persediaan pilihan raya di Johor bagaimana?


SALAHUDDIN: Ya seperti saya sebut tadi kita nak buat roadshow, kita nak buat himpunan. Respon sangat baik dan ini saya rasa kita tidak boleh memandang remeh isu ini yang kita rasa kita boleh untuk kita memberikan keyakinan kepada orang Melayu bahawa PAS sudah bergerak dan dilihat boleh ganti UMNO dan kita mampu untuk memperjuangkan nasib mereka.

PAS lebih rela berkawan dan berkongsi kuasa berbanding dengan UMNO. Isu itu cukup menghantui UMNO. Isu yang UMNO gunakan DAP yang merampas hak, melunturkan maruah serta martabat orang Melayu. PAS mengaku perjuangan orang Islam tidak rela bersatu (perpaduan) dengan UMNO adalah cubaan menjauhkan pengundi Melayu dengan PAS

Persepsi orang Melayu jika DAP menang, masyarakat Cina lebih ke hadapan dalam menyokong Pakatan tapi Melayu masih was-was, adakah perasaan takut hilang kuasa terlalu menebal pada Melayu?

A: Hilang kuasa, hilang tanah, itulah cara propaganda UMNO. Kerana itu masih ada orang Melayu yang tak puas hati dengan UMNO tapi tak bersedia bagi undi kepada PAS kerana takut ‘hilang kuasa’ orang Melayu. Memang sikap ini masih menebal. Bukan sekadar Melayu Johor tapi kelompok Melayu tegar penyokong UMNO dan khususnya mereka yang tidak ada akses dengan media baru dan hanya bergantung pada media arus perdana kawalan kerajaan BN.

Namun kita sudah berjaya menembusi banyak kawasan Melayu. Contohnya kawasan pendalaman Paya Mengkuang, Ulu Kulai, Gelang Patah, penempatan perkampungan Melayu tradisi, yang tanah diambil oleh projek yang kini sudah ada kawasan baru. Dulu tidak boleh masuk walau pun kita PAS. Ada juga gangguan polis cuba kacau kononnya tidak ada permit dan sebagainya tetapi kehadiran 200 hingga 300 orang yang sebelum ini tidak akan ada orang kampung keluar. UMNO buat laporan polis cuba ugut tuan rumah tapi kami masih teruskan ceramah sehingga jam 12 malam.

Kita akan memberikan fokus yang lebih terutamanya di kampung tradisi di Johor, dan sambutannya juga amat bagus. Kita bawa bersama risalah dan media baru ini secara berterusan. Ada yang hantar sms kepada semua setiap kali ada program dan ini amat   berkesan.  kami ada sistem khusus Sis-Pro yang dibayar oleh PAS dan penerima boleh mencecah 2,000 peneriman maklumat yang dihantar

Apakah sambutan ini boleh diterjemah kepada undi?


Itu persoaln yang lain tapi PAS yakin kerana walau pun bergerak perlahan dalam undi Melayu tapi amat drastik pada undi Cina, kita sentiasa meningkat. Sebab itu saya tidak bimbang undi Melayu hilang tapi ia akan menambah sedikit biar pun lambat. Kita ada sokongan kuat.

Media baru yang ada kumpulannya sendiri boleh sampai kepada orang muda, kelas pertengahan dan kelas pekerja yang menjadi sasaran. Ceramah kelompok menjadi tradisi yang serentak ceramah umum tapi lebih tumpu kepada kawasan yang sukar ditembusi dengan ceramah umum menggunakan Sis-Pro dengan ceramah kelompok.

Bagaimana tentang NFC skandal lembu kondo?


Dalam ceramah atau pun isu penerangan kepada masyarakat, mereka faham isu ini tidak sepatutnya jadi pada UMNO. Mereka kecewa, sebenarnya isu ini mudah untuk kita jawab, adakah walau pun dari segi perundangannya mungkin Dato Sharizat Jalil terlepas kerana isu ini terkena pada keluarga dia, suami, anak-anak dia dan syarikat suami dia. Ini yang kita katakan “you maybe legally right but morally wrong”. Jadi dia tetap bersalah.  Adakah suami dia boleh dapat projek itu kalau isteri dia orang kampung biasa, kalau isteri penjaja gerai biasa? Kalau ikut kenyataannya ‘tidak salah’ tapi kes suami terbukti dan kes berada dalam mahkamah, isu ini lebih menarik.

Bagaimana dengan dakwaan penipuan undi yang dilakukan oleh BN?


Pengalaman di Terengganu dalam pilihan raya umum 2004 terasa akan wujud pekara itu seperti di Selangor di mana 486,000 pengundi baru termasuk undi pindah masuk. Memang mereka sengaja buat untuk itu. PAS, DAP dan PKR menyokong BERSIH kerana kita mahukan pilihan raya yang adil dan bersih kerana kita ke arah itu. Jadi dalam isu memenangi isu pengundi hantu ini kita perlu konsisten.

Mereka tak pedulikan Pakatan di Johor kerana mereka rasa ini kubu kuat mereka. Ada orang kata jangan terkejut mereka akan lebih fokus pada Selangor dan akan terlepas Johor. Saya lebih realistik. Saya yakin kalau pun kita tak tumbangkan atau ‘take over government pun, tapi kalau dah patahkan sedikit kuasa mereka pun dah cukup bagus untuk Pakatan di Johor. Bagi saya Johor mesti menyumbangkan sekurang-kurangnya 10 – 15 kerusi untuk ke Putrajaya

Secara realistik, PAS boleh menang berapa kerusi di Johor?

Saya rasa 17 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ini berdasarkan kekuatan jentera pilihan raya kita. sokongan orang Melayu dan peratusan undi Cina yang sudah menolak BN. Memang pengundi Cina akan lebih memilih PAS sekarang tetapi kita tidak pernah lupakan pengundi Melayu. Kalau dilihat menang Maharani dan Sungai Abong, orang Cina beri hampir 60 peratus undi tapi juga betambahnya undi Melayu amat penting di dua tempat ini. Faktor itu penting, Melayu juga harus menyumbang manakala Cina pula sudah bersedia untuk berubah.

Suhu politik Johor?

Saya rasa ada perubahan sedang berlaku di Johor. Corak politik Johor juga sama dengan Selangor dari  segi politik, geografi, komposisi kaum. Contohnya Shah Alam, Kelana Jaya, Ulu Langat (Parlimen) di mana kita hilang berbelas-belas ribu undi pada tahun 2004 tetapi pada 2008 apabila tsunami politik datang, semua jatuh kepada kita. Komposisi kaum Cina 35-40%, India 10 % menyumbang kepada kemenangan.

Johor bakal menjadi ransangan kerana semua orang di Johor sedang menunggu untuk membuat perubahan terutamanya di kalangan kaum Cina. Kajian daripada Havard, Oxford dan beberapa pihak lagi meramalkan undian Cina akan betukar sehingga 80%, terpulang sama ada anda percaya atau tidak. Inilah kajiannya

Benarkah saudara kembali ke Johor untuk bersedia menjadi Menteri Besar jika Pakatan menang?

Saya balik ke Johor kerana saya telah bersetuju untuk bersama berjuang kerana sejarah politik saya bermula di sini. Saya mahu menjadi sebahagian daripada sejarah itu. Saya tidak berada di Kubang Kerian bukan bermakna Kubang Kerian tak mahukan saya, tapi parti dah buat keputusan pada Disember tahun 2011, masa itu dah ada ura-ura ada pilihan raya umum.

Saya rasa tepat pada masanya. Sebagai Naib Presiden yang agak  lama dalam parti, sepatutnya apabila rakyat perlukan anda, kenapa anda tidak balik ke tempat asal dan saya terima itu sebagai cabaran. Saya juga  kaji tentang Johor sebelum saya balik. Ahli-ahli DAP juga dan mengalu-alukan kehadiran saya disini. Datuk Seri Anwar Ibrahim pun rasa ini adalah terbaik untuk kita dan PAS minta saya balik. Dan masa ni saya ini cuma sumbangan kecil saya, tunjukkan sedikit keberanian dan panduan berada di gelanggang UMNO. Lupakan isu siapa menteri besar, menang dulu.

Bukankah sukar untuk Pakatan menang di Johor buat masa ini?

Sama ada di segi politik ia adalah “bunuh diri” atau pun “terbunuh”, ini adat dalam politik. Saya dah bagi tahu orang Johor hidup mati saya di Johor. Kalau “terbunuh” pun sebagai seorang wira, saya bukan orang pengecut.

Dalam era politik baru, masih ada anggapan umum bahawa PAS adalah parti konservatif. Adakah pemikiran politik konservatif masih boleh betahan?


Saya tidak rasa PAS mengamalkan konservatif kerana saya sudah berada di dalam PAS selama 30 tahun dengan dasar parti kita amat jelas, kita ikut ajaran Islam. Islam ke arah kebaikan mengajar pemimpin kita agar lebih menjadi produktif, proaktif dan progresif dan ini cita-cita kita. Mungkin dulu ada sedikit stigma dalam dalam masyarakat PAS terlalu ekstrem, ada unsur-unsur fanatik dan seumpamanya. Tapi bila kita telah sampai ke tahap yang ada sekarang, ada juga orang yang datang untuk mengenali dan mendekati kita, kita ada banyak sesi dialog kita dah mula ada satu pakatan yang kuat.

Sekarang kita ada Pakatan Rakyat. Jadi sekarang orang ramai boleh melihat bagaimana keterbukaan PAS dalam menyesuaikan diri dalam arus perdana politik. Jadi saya rasa yang penting hari ini berilah kami peluang untuk kita buktikan kepimpinan dalam PAS. Jadi saya rasa yang ada dalam pemimpin tertinggi PAS semuanya tidak akan ada lagi masalah kerana rakyat boleh menilai mereka dalam sebagai pemimpin sama ada di Parlimen mahu pun di luar. Dalam diskusi kita di mana-mana forum dan seminar. Dan PAS tidak lagi asing dan apa yang disebut tadi luntur daripada pandangan.

Semakin ramai orang sertai PAS sekarang, bagaimana pula pandangan saudara tentang orang Melayu yang masuk DAP?


Ini juga perkembangan yang menarik yang juga, DAP berusaha kuat untuk memecahkan tembok mereka dengan masyarakat dan mungkin dengan beberapa peristiwa yang belaku kebelakangan ini yang berlaku seperti integriti kerajaan Pulau Pinang dan juga keyakinan mereka terhadap orang-orang muda dalam DAP macam Anthony Loke, Tony Pua, Liew Chin Tong, mereka semua banyak bercakap isu nasional, bukan lagi isu kecinaan. Ini yang mendorong orang-orang profesional Melayu ingin mencuba berpolitik dengan DAP. Ini bagus ia menyuburkan lagi pentas demokrasi dalam dunia kita.

Tentang masa depan PAS?

Ini masanya kita tunjukkan usaha membuang pemikiran yang menghantui PAS agar menjadikan PAS  lebih moderat, lebih faham tentang landskap politik negara dan meletakkan yang penting memastikan kedudukan dalam arena politik negara. Kita lebih berperanan, lebih amanah, dan lebih bertanggungjawab menjadi contoh yang baik dari segi kepimpinan dan dua kerajaan negeri yang boleh kita jadikan bukti, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat di Kelantan dan Dato Azizan Razak di Kedah. Kita cukup jelas dengan gelombang yang kita bawa, kita juga sanggup bekerjasama dengan DAP dan PKR sekiranya kita diberi peluang di Putrajaya.

Sebagai mengakhiri wawancara, boleh ceritakan sedikit latar belakang politik saudara?

Saya dipilih sebagai Ketua Pemuda PAS Johor sepanjang tahun 1989 hingga 1999 kemudian sebagai Ketua Pemuda PAS Malaysia mulai 2003 hingga 2009. Selepas itu saya dipilih sebagai Naib Presiden PAS sejak 2009 hingga sekarang.

Saya berkelulusan sarjana muda Human Development daripada Universiti Putra Malaysia.

Dalam perjuangan politik, saya hanya mahukan keadilan untuk semua, jadi kita perlu membela rakyat, membela kaum masyarakat. Sebab itu dalam Islam kita tidak boleh berjuang mengikut perkauman. PAS cukup relevan dan saya sesuaikan dengan idealisme saya sekarang. Idealisme pejuangan itu dimiliki oleh PAS.

Paling menarik sekarang ini saya buat keputusan untuk balik ke Johor. Itu yang buat saya rasa bahagia dan bangga sebagai Naib Presiden. Yang paling tidak lupa ialah sewaktu menjadi Ketua Pemuda PAS Johor pada tahun 1989 di mana ketika itu saya tidak punya kerja tetapi kawan-kawan yang banyak membantu. Saya percaya wang bukan segala-galanya tapi terus kuat berjuang sehingga saya diberi peluang bertanding di Kelantan pada 2004. Dari tahun 1989 saya mula serius dalam jawatan yang besar sehingga 2004 saya tidak ada punca pendapatan yang tetap. Terima kasih pada tahun 1989 saya dapat RM300 sebulan dari PAS.

Saya sangat berterima kasih pada kawan-kawan yang banyak membantu. Tidak ada duit bukan alasan untuk tidak berjuang. Peringkat awal dikutuk oleh keluarga untuk berjuang untuk Islam sedangkan saya tak punya kerja tapi mahu perjuangkan Islam. Sekarang mereka faham. Isteri saya amat banyak membantu dan menjadi tulang belakang perjuangan saya. Saya juga bersyukur dengan enam anak yang mana lima sudah lepasan universiti. – Roketkini.com


Read more ...

PANAS!!! Anwar Ibrahim menang kes Saman Nallakaruppan!

Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Nallakaruppan a/l Solaimalai berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

Satu kenyataan dikeluarkan hari ini menyebut, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan memihak kepada Anwar petang ini.

Pada 26 Mac lalu, Anwar Ibrahim telah memfailkan saman RM100 juta terhadap bekas pembantunya yang juga Presiden Parti Kebangsaan India Malaysia (MUIP), S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Meloya.

Saman tersebut dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta oleh ahli parlimen Subang yang juga peguam Anwar, Sivarasa Rasiah.


Saman itu difailkan di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany.


Selain menamakan Nallakaruppan sebagai defendan pertama, Anwar juga menamakan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd sebagai defendan kedua dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Meloya Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan ketiga.


Dalam saman pemulanya, beliau mendakwa perkataaan-perkataan fitnah seperti yang dinyatakan di dalam laporan itu adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat untuk memburukkan dan mencemarkan reputasinya sebagai ketua pembangkang serta sebagai seorang ahli politik.


Anwar menuntut ganti rugi am sebanyak RM100 juta, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Beliau memohon satu injunksi bagi menghalang semua defendan dan ejen mereka daripada terus menyatakan atau menerbitkan perkataan-perkataan berunsurkan fitnah.


Selepas tempoh 48 jam yang diberikan untuk menari balik artikel yang diterbitkan oleh akhbar itu pada 20 Mac tamat, Anwar mengarahkan para peguamnya supaya meneruskan saman terhadap kedua-dua defendan.


Nallakaruppan dalam kenyataannya mencabar Anwar supaya mengheretnya ke mahkamah kununnya untuk membuktikan bahawa Anwar seorang pengamal biseksual (dua jenis) dan disiarkan di Utusan pada keesokannya.


Utusan pula yang berdepan dengan pelbagai tuntutan saman tidak dapat memberikan ulasan setelah dimaklumkan sebentar tadi.


Nallakaruppan mendakwa pernah melihat Anwar mengadakan hubungan seks dengan pelacur tetapi tidak dapat memberikan bukti kukuh serta hanya berdasarkan keterangan mulut dan percakapan yang dibuat oleh seorang lagi bekas pembantu Anwar, Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.


Ini sekaligus mematikan fitnah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Mohamed Hashim yang menuduh Anwar tidak akan berani menyaman Nalla kerana takut rahsia terbongkar.

Read more ...

APA PUNYA PROF?!!! Ini Presiden Pemikir Profesional 'bodo',tak pernah pergi Kelantan

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/165967_10150976556982929_492707134_n.jpg

Mungkin Prof ni tak pernah jejak kaki ke Negeri Kelantan kot.

Siapa la yang lantik Prof ni jadi Presiden Pemikir Profesional?


Malu beb orang bodoh macam ni jadi presiden. 



 Inilah gambaran dalam kepala otak Prof ini

Read more ...

BLOGGER UMNO BERGADUH!!! PAPA GOMO dah bagi penumbuk blogger UMB?



Aku dapat info via email. Aku akan share kan kandungan email tue kat sini. Aku dah check blogger yang dimaksudkan. Aku tengok blog dia telah diletakkan tanda peringatan iaitu UNDER PROTEST. Which mean dia tengah protest.

Actually, semalam memang aku nampak pg ada update twitter bagitau perselisihan antara blogger umno dah selesai. Yang mana tak puas ahti tue simpan untuk selepas PRU-13. Kalau nak ungkit ke apa tunggu PRU-13 settle dulu kot. Lebih kurang gitulah maksud dia.

So kalau aku linked kan citer yang aku dapat via email dengan update dari pg, memang sah lah bahawa mereka adakan perjumpaan baru2 neh. Kalau ikut analisis aku, RASAnya benda neh ada 2 KESIMPULAN  tersembunyi. Tapi aku diam2kan dulu. Aku cuma akan bagi hint diperguna or memperguna. 

Aku kan kawan baik si conan.

Kah kah kah

Lihat kandungan email kat bawah neh oke ;
Ada sedikit maklumat mengenai pepecahan blogger Umno dan perangai kurang ajar Papagomo!!

Semalam 18hb Jun 2012 kira2jam 2ptg satu perjumpaan bloggers dgn Dato Menteri KBS Shabery Cheek di Bukit Kiara telah diadakan.Tujuan perjumpaan ini adalah sesi round up hari belia yang lepas dan sesi ambik upah. Dikatakan blogger pro BN "PAPAGOMO" telah bertengkar dan menumbuk seorang blogger UMB "APA a.k.a Aku Peduli Apa (http://aku-tak-peduli.blogspot.com/)"

Isu nya adalah dendam lama Papagomo terhadap Blogger APA. Papagomo (Nama sebenar Wan Azri, sila rujuk gambar Papagomo) seorang blogger yang bongkak dan angkuh ini, pada kejadian itu dikatakan berada diluar dewan lalu menumbuk blogger APA.

Blogger APA naungan UMB yang diterajui Tun Faisal (Exco Pemuda Umno Msia) ini dikatakan telah mengeluarkan gambar rumah, kereta dan beberapa gambar peribadi Papagomo didalam blognya. Oleh itu ianya mengundang kemarahan Papagomo dan terus berdendam dengan blogger APA.

Tun Faisal selaku ketua UMB ini juga adalah seorang pegawai khas kpd DS Hishamuddin dan Papagomo pula adalah blogger naungan DS Shabery Cheek. Pepecahan kumpulan blogger UMB, DS Hishamuddin dan kumpulan blogger DS Shabery Cheek (Papagomo) semakin kritikal.

Persoalannya disini adakah kumpulan blogger UMB kendalian Tun Faisal yang ber boss kan DS Hishamuddin ini memang mengatur strategi untuk menghentam DS Shabery Cheek, Papagomo and then geng? Adakah ini strategi DS Hishamuddin untuk menghancurkan semua "Rival" nya didalam Umno ataupun ini memang perangai kurang ajar Papagomo yang semakin berlagak, sombong, angkuh dan "demanding" ini?

Ada juga sumber mengatakan DS Hishamuddin juga ada membuat "engagement" dgn Papagomo secara sulit dan memberikan duit komitmen bernilai ribuan ringgit dengan kadar bulanan. Klau ini benar berlaku sememangnya DS Hishamuddin mementingkan diri sendiri demi survival politik sempitnya dan si bahlol Papagomo ni memang tiada maruah diri dan tiada integriti.

Kita harus BOIKOT blogspot PAPAGOMO dan juga BOIKOT menteri yang membela sampah2 masyarakat ini.

Aku takmo campur dalam bab peribadi dorang. Dalam bab harta peribadi pun aku takmo campur. Itu urusan dorang dan takde kena mengena dengan aku satusen pun. Cuma aku nak tekankan satu perkara disini yang ramai orang seringkali sangsi dan mempersoalkan.

Mereka kata blogger umno berjuang tanpa upah. Aku nak bagitau perkara tersebut adalah KARUT semata2. Aku tak kata pun amek upah itu satu kesalahan oke. Aku rasa takde hal lah blogger amek upah untuk menulis kerana blogging juga merupakan satu kerjaya.

Yang aku persoalkan ialah kalau dah amek upah tue mengaku je lah. Toksah takut dengan persepsi masyarakat kalau kita yakin apa yang kita buat neh benar dan betul kan.Yang sorok2 taknak mengaku tue sebab nak memperlihatkan sangat yang kekonon korang tue sama macam blogger2 pr yang bergerak cari dana sendiri tanpa disponsor bagai.

Alamak aii.. aku sendiri pun kena sponsor. Tak percaya ko tanya pembaca2 aku. Siap tulis terang2 lagi siapa yang taja aku.

kah kah kah

Yang sorok2 neh sebenarnya satu jek sebab nya. Sebab menulis bukan dari ahti dan fakta tapi ikhlas membodek dan menipu. Betul tak? Mengaku je larh weh.. money can buy you.. errk jap silap.. money already bought you..

kah kah kah
Ameno : Sedap tumbuk orang pg?

Read more ...

PESARA NO 1 NEGARA!!! Mengapa memiliki jiwa yang tak tenang?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj47AQpuQ0HJCYulvMpqOSlOZvS3NXvrlH77Y_m7lxaE01FpfpP44sTV5H6ZqmJEvSWY3skNyCFQ1Jz35mKiGRfHCakxqYGIjUz1UAv7Ayws6vNOvlszP1Byy4EvWHJAOT3vDrJw8G3Qg4g/s1600/Tun+M+4.bmpMahathir mungkin satu-satunya pesara jawatan tertinggi di Malaysia dan dunia, yang tetap memenuhkan setiap hari yang dilaluinya dengan kesibukan mengkritik dan memikirkan tentang politik.

Jika pesara lain yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden mana-mana negara, mereka hanya lebih banyak menjalani kehidupan santai bersama keluarga dan anak cucu serta sesekali menghadiri jamuan selepas meletakkan jawatan, ini tidak berlaku kepada Mahathir.


Sejak melepaskan jawatan pada 2003 dan kemudian berlaku episod Anwar dibebaskan dari penjara, perselisihannya dengan pengganti yang dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah dan keputusan buruk pilihanraya 2008, Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak pernah duduk diam.


Menjelang pilihanraya akan datang ini di mana musuh utamanya, Anwar sedang mengintai untuk menuju ke Putrajaya dan dalam masa yang sama UMNO semakin ditolak rakyat, Mahathir kelihatan semakin sibuk dan menjadi tidak tenang jiwanya. Pelbagai pandangan, tulisan, kritikan dan ucapan mengenai politik, masa depan negara, UMNO, Anwar dan sebagainya sudah diluahkannya. Matlamatnya tidak lain, mengelak impian Anwar menjadi Perdana Menteri menjadi kenyataan.


Baru-baru ini beliau bercakap tentang demokrasi, pembaharuan dalam pentadbiran Najib yang disifatkannya menggalakkan ekstremisme dan kebimbangannya jika Anwar menyalahgunakan kuasa setelah berjaya menjadi Perdana Menteri dan seterusnya memungkinkannya di bawa ke muka pengadilan dan dipenjarakan.


Jelas bahawa Mahathir mulai bimbang dengan kebangkitan rakyat yang mahukan pembaharuan sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara sebelum ini.Namun dengan membuat andaian bahawa kemungkinan beliau akan menjadi mangsa balas dendam Anwar, beliau mengharapkan rakyat menolak perubahan dan lebih melihat kesan buruknya berbanding kebaikannya.


Mahathir akan terus mengkritik Anwar dan pembangkang sehingga tarikh pilihanraya diumumkan dan ketika tempoh kempen, keaktifannya mungkin berganda lagi. Jiwa pencennya tidak akan tenang selagi Anwar masih bernafsu untuk merebut kuasa. Beliau ghairah mempertahankan UMNO bukan sangat kerana sayangkan Najib tetapi semata-mata mahu mengelak rakyat memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.


Jika diimbas pencapaian dan kejayaan Mahathir menundukkan musuh-musuh politiknya, beliau sepatutnya sudah boleh menggunakan tempoh persaraan ini dengan jiwa lebih tenang. Semua musuh politiknya berjaya ditunduk dan dijinakkan. Beliau memang boleh berbangga dengan pencapaian itu.


Tetapi putaran kehidupan menjadikan beliau lebih serabut dan kalut berbanding bekas musuh-musuh yang pernah dikalahkannya itu.


Musa Hitam, musuh politiknya yang pertama, kelihatan lebih enjoy dan tenang di usia persaraan ini dengan menceburi dunia korporat dan banyak menghabiskan masa di luar negara. Tengku Razaleigh yang ditewaskannya pada 1987, walaupun masih aktif dan bernyawa dalam politik tetapi jiwanya kini juga pasti lebih tenang dan santai berbanding Mahathir. Begitu juga dengan Pak Lah, sejak bersara pada 2009, beliau mengambil keputusan bersara sepenuhnya dan tidak pernah menyusahkan penggantinya iaitu Najib. Masanya banyak dipenuhkan bersama keluarga dan hanya sesekali muncul di khalayak ramai.


Hanya Anwar, musuhnya yang turut tidak tenang tetapi Anwar belum bersara dan sedang gigih mendaki tangga untuk menawan Putrajaya.


Kenapakah Mahathir tidak setenang Musa Hitam, Ku Li dan Pak Lah?


Mahathir menjadi sedemikian rupa tentunya ada kaitan dengan langkah-langkah politik yang dilakukannya sepanjang 22 tahun berkuasa yang kadang-kadang dilihat zalim dan keterlaluan. Beliau tidak pernah ada perikemanusiaan terhadap penentang yang mahu menggugat kuasa yang sedang disandangnya.


Apabila melantik Pak Lah sebagai penggantinya, beliau antara lainnya tentulah mengharapkan dapat bersara dengan aman dan tenang. Tetapi bermula dengan pembebasan Anwar dari penjara dan kemunculan pengaruh KJ menyebabkan Mahathir kembali menyingsing lengannya. Dan sejak itu, sekitar tahun 2004 sehinggalah sekarang, Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak tenang jiwanya.


Mahathir kini bagai diburu oleh dosa-dosa silamnya. Kerakusan untuk mempertahankan kuasanya suatu ketika dahulu sehingga tiada perasaan belas terhadap orang lain menyebabkan beliau kini sentiasa dibayangi ketakutan dan kebimbangan.


Walaupun mengakui tidak bimbang jika nasibnya menjadi seperti Hosni Mubarak atau Muammar Gaddafi tetapi keaktifannya bersuara akhir-akhir dan mahu rakyat mengelak perubahan berlaku dalam politik negara seperti di beberapa negara Arab, jelas bahawa Mahathir mempunyai kebimbangan itu.


Jika UMNO dan BN tumbang, bukan sahaja legasinya akan musnah malahan kedudukan dirinya sendiri juga menjadi tidak menentu. Masa depan anak-anaknya dalam politik dan perniagaan juga menjadi buntu. Bolehkah kita membayangkan bagaimana kehidupan Mahathir jika Anwar menjadi Perdana Menteri?


Dengan kita pun tidak mampu membayangkannya, maka tentulah Mahathir sendiri tidak mahu membayangkan nasib dirinya ketika itu nanti.


Kiranya apa yang sedang dilaluinya kini dinamakan pembalasan, Mahathir tentunya sedang meniti detik-detik sengsara akibat dosa-dosa silamnya. Sementara menjalani kehidupan hari tua tidak sebagaimana bekas Perdana Menteri lainnya di mana-mana di dunia ini, dan jika sesekali terbayang di kepalanya kemungkinan UMNO kehilangan kuasa dan Anwar pula menduduki kerusi Perdana Menteri yang pernah didudukinyan selepas pilihanraya akan datang ini, derita jiwanya pasti lebih parah lagi.


Mahathir kini sedang bertarung mengelakkan semua itu. (SH 19/06/2012)

Read more ...