Igauan yang melanda lapan individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah kapal selam kelas Scorpene kini semakin nyata!
Peguam Perancis yang dilantik SUARAM, William Bourdon menelefon Cynthia Gabriel memaklumkan satu berita gembira, malam tadi!
Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.
"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.
Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.
Jasbir merupakan orang kanan di syarikat Perimekar, yang sebenarnya hanyalah sebuah agensi pelancongan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah tidak ada langsung pengalaman dan kepakaran dalam bidang ketenteraan.
Selain Perimekar, satu lagi syarikat yang diperbadankan di Hong Kong, Terasasi Pte Ltd yang dimiliki Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda mempunyai kaitan dengan Perimekar menurut kertas siasatan pendakwaraya Perancis, sejumlah EUR36 juta (RM114 juta) disalurkan ke dalam akaunnya melalu Macau.
Tujuh lagi individu yang terbabit selain Jasbir adalah Najib Altantuya sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Razak Baginda, Lodin Wok Kamaruddin, bapa Altantuya, Setev Shaaribuu, Menteri Pertahanan sekarang Zahid Hamidi, penyiasat persendirian yang kini lari ke India, P Balasubramaniam dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Skandal kapal selam ini mencetuskan huru hara politik negara apabila perdana menteri sendiri terbabit dalam skandal paling memalukan dalam sejarah negara apabila ia dikaitkan dengan sekurang-kurangnya enam negara iaitu Perancis, Hong Kong, Sepanyol, Macau, Malta dan Pakistan selain Malaysia sendiri.
Ia juga ada kaitan dengan pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang menuntut komisennya sebanyak USD500 ribu (RM1.8 juta) sebaik rundingan dan perjanjian jual beli kapal selam bernilai EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) selesai pada 2005.