Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan
23 Mac sebagai tarikh pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) DUN
Kajang, manakala penamaan calon ditetapkan pada 11 Mac.
Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Putrajaya selepas mempengerusikan mesyuarat khas membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor yang dikosongkan berikutan peletakan jawatan ADUNnya, Lee Chin Cheh pada 27 Januari lepas.
Ini bermakna tempoh kempen akan berjalan selama 12 hari bagi PRK yang pertama bagi tahun ini, yang bakal menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding untuk menganggotai DUN Selangor.

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan
Melintang, S Kesavan menafikan laporan beliau menghantar surat
pengisytiharan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada Yang
Dipertua Negeri Perak, hari ini. 