Saturday, October 6, 2012

AHMAD MASLAN!!! Sudahlah pengecut berdebat, kini terserlah pula kebodohannya


“Saya rasa beliau lupa," kata Pengerusi Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda Kebangsaan (Bangkit), Abd Rahman Ramli berhubung kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Maslan yang mendedahkan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) merupakan sebuah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.

Menurut Abd Rahman, kenyataan dibuat Ahmad memberi peluang kepada kepimpinan Anak untuk membidas semula.

“Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti PAS sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri,"
katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Abd Rahman juga mempersoalkan kewujudan beberapa lagi pertubuhan yang tidak berdaftar di bawah RoS tetapi tidak dibangkitkan Ahmad.

“Antara pertubuhan dikenal pasti adalah Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), Gerakan Peneroka Wanita (GPW) dan Belia Felda.

“Anak memang sebuah pertubuhan tetapi kewujudan Anak tidak menyalahi undang-undang kerana ia berjalan atas tiket parti PAS tetapi mempunyai perbezaan dengan JKKR dan GPW,” katanya.

Beliau turut mendesak Ketua Pengarah RoS, Abdul Rahman Othman mengambil tindakan sewajarnya ke atas pertubuhan itu juga.
Ahmad Maslan kini terdesak dicalonkan semula bertanding di parlimen Pontian berdasarkan cakap-cakap bahawa penggantinya terdiri daripada calon yang pro kepada Perdana Menteri, Najib .
JALAN PULANG

Read more ...

BUKTI TERBARU!!! Najib restui perasuah

Tanpa mempedulikan, jauh sekali menghormati siasatan yang baru saja bermula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), nampaknya pemimpin Umno-APCO cukup kebal dengan sebarang tindakan undang-undang apatah lagi membabitkan kepentingan rakyat.

Kontroversi majlis perkahwinan membabitkan anak lelaki Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang dikatakan memakan belanja sehingga RM600 ribu dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai ketua kerajaan negeri terus bertiup kencang.


Genap seminggu majlis tersebut yang berlangsung di Dewan Tun Ali, Bukit Katil yang dihadiri lebih 100 ribu pengunjung tersebut, malam tadi, Perdana Menteri, Najib dan suaminya Rosmah Mansor pula menghadiri majlis resepsi pasangan mempelai tersebut di sebuah hotel mewah lima bintang di Kuala Lumpur.


Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan Siti Hasmah yang dijemput khas Ali tidak lama selepas Mahathir pulang dari New York, Amerika Syarikat.



Kira-kira 900 tetamu VVIP dan para kenamaan dilihat berada dalam majlis tersebut yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet yang diundang khas Ali dan seluruh keluarga.

Sepatutnya, Najib menasihatkan Ali supaya menangguhkan atau membatalkan majlis tersebut sebagai tanda hormat terhadap siasatan yang sedang berlangsung, tetapi dengan kehadirannya di majlis tersebut seolah-olah Najib  merestui penyalahgunaan kuasa Ali Rustam semasa mengadakan majlis yang sama minggu lalu.


Jika harga RM600 ribu yang dihabiskan Ali Rustam untuk 'kenduri rakyat' yang purata seorang berharga RM6, berapa pula bil majlis untuk seorang di hotel mewah yang cukup eksklusif yang menambah syak wasangka di kalangan rakyat, dari mana pula datangnya wang tersebut sedangkan gaji dan elaun Ali cuma RM40 sebulan?


JALAN PULANG

Read more ...

BAKAL KALAH!!! The Economist samakan nasib Najib dengan Gordon Brown


Perdana Menteri Najib mirip bekas perdana menteri Britain Gordon Brown (gambar, kiri) yang gagal mengadakan pilihanraya ketika beliau secara relatifnya masih popular, kata majalah antarabangsa mingguan Economist.

Ini berlaku ketika usaha Najib menonjolkan dirinya sebagai pembawa perubahan progresif dengan imej pendahulu Brown - Tony Blair; hatta mengupah penasihat Blair.


"Bertahun-tahun Brown gelisah untuk menolak lawannya ke tepi. Apabila berjaya, Brown mensia-siakannya dengan gagal memanggil pilihan raya ketika beliau secara relatifnya beliau masih popular," kata akhbar yang berpangkalan di London itu.


"Bukan sahaja gagal mendapat mandat, Brown, tidak dipilih dan masih diragui, melihat kuasanya semakin tersudut apabila terpaksa mengadakan pilihanraya di penghujung penggal - yang mana dia kalah."

Dalam artikel itu, Economist berkata, Najib sekarang menghadapi keadaan sama dengan Brown selepas mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Abdullah Ahmad Badawi pada 2009 selepas Barisan Nasional (BN) hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen untuk pertama kalinya.

Read more ...

NAJIB ADA BERANI!! Dicabar isytihar harta


Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Najib dicabar mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.


“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

“Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.

“Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan

“Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.


JALAN PULANG

Read more ...

VIDEO TERKINI!!! Kerabat Diraja Terengganu, bekas AJK Bahagian dan tokoh muda korporat sertai PAS


Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Foto dan Video - Buletin Online 
 
Perkembangan paling menarik di Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno Kali Ke-5 (PGU 5) di Jabi Setiu Terengganu apabila seorang kerabat Diraja Terengganu iaitu Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengisytiharkan diri menyertai PAS.

 Beliau menyerahkan borang menyertai Pas di Majlis perasmian yang disempurnakan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau pernah menjadi wakil rakyat DUN Tanggol pada tahun 1990 - 1995 mewakili Parti Melayu Semangat 46.Apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan pada bulan Mei 1996, Tengku Ibrahim kembali menyertai Umno


Selain beliau,turut menyerahkan borang menyertai Pas ialah bekas pegawai akhbar Kementerian Pertahanan  yang juga bekas AJK & Ketua Penerangan Umno Kemaman
,Datuk Omar Abu  Bakar dan seorang tokoh muda berpengalaman dibidang korporat saudara Ahmad Amzad Bin Mohamed @ Hashim ~ Tinta Hijau DKB

Read more ...

PANAS!!! Orang Penan berhimpun bantah Empangan Murum


 Orang Penan di sarawak terus berhimpun & halang jalan masuk ke tapak pembinaan empangan Murum, selaki gus putuskan perhubungan keluar masuk kenderaan pengangkut bahan binaan bernilai ribuan ringgit. Halangan baru di buat pada Khamis di jalan balak lama melalui ladang kelapa sawit, yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

Kapitalis & Cukong Sarawak Energy Berhad at
au SEB sebelum ini menggunakan jalan itu sebagai alternatif ke tapak empangan untuk tiga hari lepas, hadangan itu menyebabkan SEB dan syarikat lain berhenti menggunakan jalan utama untuk ke Murum dan tapak projek itu.


Kerja-kerja penting pembinaan untuk empangan itu lumpuh sejak minggu lepas, manakala PEMANDU LORI sudah meninggalkan lori simen, trak dan lori treler mereka tersadai dengan bahan pembinaan dekat hadangan itu..



Dua Minggu Lepas TV Al Jazeera Telah Melapurkan Tentang Masalah Ini :

Stesen TV Al Jazeera Melaporkan Mengenai Kesan Sampingan Dari Pembinaan Empangan Di Sarawak

24 Sep 2012

Para pembina empangan di Sarawak kini tahu dan sedar betapa sukarnya untuk menutup kebocoran sesuatu berita mengenai kegiatan mereka.
Kebenaran dan hakikat mengenai rancangan-rancangan bermalapetaka Taib dan kesan buruknya ke atas orang-orang yang terjejas dan juga ke atas alam sekitar akhirnya telah didedahkan menerusi rancangan Last Frontier di stesen TV Dateline Australia.


Berita Lanjut : Disini

Read more ...

GUAN ENG CABAR NAJIB!!! Najib tak berani, pencacai UMNO sanggup mempertahan




Semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Najib dicabar mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka ikhlas dan bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender terbuka, melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang amalkan gaya hidup mewah.

“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan diri dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. 
Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

“Dan sehingga kini juga tiada jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud,” katanya.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya Najib Altantuya mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.
 
“Pada masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan

“Satu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat kerugian,” katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam Belanjawan 2013.
JALAN PULANG

Read more ...